20
SOALAN : BINCANGKAN PERBEZAAN TOKOH TAMADUN CHINA KUNG FU-TZE DENGAN TOKOH TAMADUN JEPUN MAHARAJA MEIJI DALAM MENJANA TAMADUN MASING-MASING. PEMBENTANG : LOW WENG SHENG LEE MING CHUNG AHMAD AFENDI TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

TITAS Meiji Dan Kung Fu-tze

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TITAS Meiji Dan Kung Fu-tze

SOALAN :BINCANGKAN PERBEZAAN TOKOH

TAMADUN CHINA KUNG FU-TZE DENGAN TOKOH TAMADUN JEPUN MAHARAJA MEIJ I

DALAM MENJANA TAMADUN MASING-MASING.

PEMBENTANG :LOW WENG SHENGLEE MING CHUNG

AHMAD AFENDI

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Page 2: TITAS Meiji Dan Kung Fu-tze

Perbezaan Kung Fu-Tze dan Maharaja Meiji

KUNG FU-TZE MAHARAJA MEIJI

pentadbiran: Penekanan ajaran Confucius kepadapersoalan moraliti menyediakan asas yang kukuh bagi perjalanan hal ehwal kerajaandan dalam pembentukan masyarakat China yang teratur. Ia muncul sebagai satufalsafah politik yang diterima oleh mereka yang menganut agama Buddha dan Taoisme.

Pentadbiran : 1868, Maharaja Meiji memperkenalkan perlembagaan yang mengandungi sistem demokrasi, penghapusan feudalisme dan menerapkan tamadun barat dalam masyarakat dan Negara Jepun. 1872 dan 1873, memperkenalkan sistem Kementerian berasaskan sistem Barat dan juga sistem Kabinet berasaskan sistem kerajaan Prusia pada 1885.Maharaja Meiji juga memperkenalkan Sistem Pemerintahan Monarki BerperlembagaanParlimen (DIET)

Page 3: TITAS Meiji Dan Kung Fu-tze

Perbezaan Kung Fu-Tze dan Maharaja Meiji

KUNG FU-TZE MAHARAJA MEIJI

i. Dari segi politik, ahli-ahli falsafah China seperti Confucius sebenarnya tidakberminat dalam mengasaskan masyarakat yang sama rata atau individu yangbebas. Jika Humanisme Renaisance berusaha untuk membebaskan individudaripada sistem feudalisme tetapi ahli falsafah Confucius pula berusaha untukmemperkukuhkan semula feudalism dan autotarian.

ii. Dari segi politik, Confucius menggalakkan pemusatan kuasa dan pembahagiankuasa yang adil dan saksama.

Majlis Raja ditubuhkan pada 1885 untuk memberi nasihat kepada Maharaja dalam urusan pentadbiran.Pilihanraya pertama di Jepun telah dilaksanakan pada tahun 1890

Page 4: TITAS Meiji Dan Kung Fu-tze

Perbezaan Kung Fu-Tze dan Maharaja Meiji

KUNG FU-TZE MAHARAJA MEIJI

iii. Untuk menghasilkan satu kerajaan yang aman dan makmur, pemerintah mestimenunjukkan budi pekerti yang baik supaya dapat dicontohi oleh rakyat.Tambahan pula kedudukan raja adalah disifatkan seolah-olah sebagai utusandari dari langit dan bumi. Istana pula tempat tersimpannya kuasa-kuasa ghaib.Sekiranya raja dapat mengikuti arahan ini, maka amanlah dunia ini.

Page 5: TITAS Meiji Dan Kung Fu-tze

Perbezaan Kung Fu-Tze dan Maharaja Meiji

KUNG FU-TZE MAHARAJA MEIJI

iv. Menurut Confucius, negeri yang unggul ialah negeri yang dipimpin secara tegas,tetapi tidak kejam. Pegawai- pegawai kerajaan harus bekerjasama denganrakyat untuk menjamin kemakmuran. Konsep ini dikenali sebagai Jen dan Yiyang bermaksud kemanusiaan dan kewajipan.

v. Hubungan raja dengan pegawai iaitu raja mesti bersifat perikemanusiaan danpegawai harus taat.

Page 6: TITAS Meiji Dan Kung Fu-tze

Perbezaan Kung Fu-Tze dan Maharaja Meiji

KUNG FU-TZE MAHARAJA MEIJI

Pendidikan : Penulisanpenulisanutama Confucius ditulis sebelum abad ke-2 S.M. apabila Confuciusdiisytiharkan sebagai ahli falsafah negara. Karya-karya yang mengandungi ajaranConfucius dikenali sebagai Ching atau Klasik. Klasik bermaksud hasil karya yang terbaikdan suci. Selain itu, terdapat juga karya-karya yang disusun oleh pengikutnya,iaitu Lu Yu atau Analekta.

Sistem Pendidikan : Menghantar rakyat Jepun untuk mengkaji sistem pendidikan Barat dan luar negeriSekolah rendah dan menengah telah diperkenalkan di Jepun dengan berasaskan sistempendidikan BaratKanak-kanak berusia enam tahun diwajibkan bersekolahSistem pelajaran Barat juga diperkenalkan termasuk matematik dan sainsSistem pendidikan vokasional berasaskan kepada orientasi Jepun diperkenalkan

Page 7: TITAS Meiji Dan Kung Fu-tze

Perbezaan Kung Fu-Tze dan Maharaja Meiji

KUNG FU-TZE MAHARAJA MEIJI

Lima klasik utama yang dihasilkan oleh Confucius ialah: Book of Odes atau Shih Ching: Ia mengandungi 3000 sajak, 305 sajak adalah laguIagu rakyat dan selebihnya sajak-sajak politik serta nyanyian ritual yang diselitkanunsur-unsur moral. Book of History pula mengandungi dokumen - dokumen sejarah dan separa sejarahyang bermula dari zaman awal Dinasti Chou.

Universiti diperkenalkan dengan berasaskan kepada model Barat pada tahun 1877Sistem pendidikan di Jepun bertujuan melahirkan masyarakat berpendidikan mahir, celikhuruf dan mempunyai semangat cintakan tanahair1906, sekitar 95% pendunduk Jepun memiliki asas sekurang-kurangnya bersekolah rendah.

Page 8: TITAS Meiji Dan Kung Fu-tze

Perbezaan Kung Fu-Tze dan Maharaja Meiji

KUNG FU-TZE MAHARAJA MEIJI

Book of Changes atau Yi Ching adalah karya klasik yang berkaitan dengan kuasaluar biasa. Book of Rites pula dianggap sebagai teks asas Confucius. Spring and Autumn Annals adalah mengenai sejarah negeri Lu

Page 9: TITAS Meiji Dan Kung Fu-tze

Perbezaan Kung Fu-Tze dan Maharaja Meiji

KUNG FU-TZE MAHARAJA MEIJI

Sistem perhubungan 1872, jalan kereta api pertama yang menghubungkan Tokyo dengan pelabuhanYokohama diperkenalkan 1877, pembinaan rangkaian jalan kereta api telah diusahakan oleh syarikat swasta Akhir abad ke 19, Jepun memiliki sekitar 3417 km sistem rangkaian jalan kereta api Sistem telegraf dan pos diwujudkan

Page 10: TITAS Meiji Dan Kung Fu-tze

Perbezaan Kung Fu-Tze dan Maharaja Meiji

KUNG FU-TZE MAHARAJA MEIJI

Hubungan individu dengan sosial: Doktrin Confucius berpusatkepada kehidupan yang teratur dan penyusunan masyarakat yang baik. Confuciusberpendapat bahawa kepincangan dalam masyarakat disebabkan oleh keadaan moralyang rendah. Confucius juga berpegang kepada konsep Ten atau syurga dan ajaranajarannya menyentuh sejarah dan kebudayaan masyarakat silam, kekeluargaan dankehidupan sosial.

Sistem Sosial Sistem feudal dihapuskan dan tanah milik golongan feudal dijadikan hak milik negara Golongan Samurai yang mendapat kedudukan dalam masyarkat telah melibatkan diridalam perusahaan dan perniagaan sehingga mewujudkan kapitalis dalam sistem ekonomi

Page 11: TITAS Meiji Dan Kung Fu-tze

Perbezaan Kung Fu-Tze dan Maharaja Meiji

KUNG FU-TZE MAHARAJA MEIJI

Oleh kerana manusia tidak dapat hidup berseorangan atau terasing daripadamasyarakat maka diajar cara-cara bagaimana mereka harus bertindak alammasyarakat. Beliau menggalakkan masyarakat mengadakan upacara adat istiadat (Li).Beliau juga mementingkan muzik kerana pada pandangnya seni muzik dapat mengajaratau mendorong seorang itu hidup berbaik antara satu sama lain.

Penubuhan Kementerian Perusahaan pada tahun 1870 dan perusahaan tempatan dankecil dikembangkan dengan galakan bantuan teknikal, pemberian pinjaman dengankadar faedah rendah dan bantuan subsidi. Perkembangan perusahaan melalui pembinaan kilang alat marin (1871), kilang kaca(1876), kilang simen (1875) kilang pembuatan senjata dan peluru di Osaka dan Tokyo (1883) serta kilang pembinaan kapal di Hyogo

Page 12: TITAS Meiji Dan Kung Fu-tze

Perbezaan Kung Fu-Tze dan Maharaja Meiji

KUNG FU-TZE MAHARAJA MEIJI

Sistem Pertanian Diperkenalkan dengan penambahan bilangan tanah untuk pertanian Penyelidikan dan penggunaan jentera berat serta penggunaan baja dagangan Kemudahan pinjaman luar bandar untuk petani Petani digalakkan mempunyai tanah dan cukai tanah telah diperkenalkan pada tahun1873 Cukai yang dikenakan adalah sekitar 20%- 30% daripada hasil tanaman

Page 13: TITAS Meiji Dan Kung Fu-tze

Perbezaan Kung Fu-Tze dan Maharaja Meiji

KUNG FU-TZE MAHARAJA MEIJI

Sektor perikanan juga dimajukan Menggalakkan penyelidikan secara sainstifik dengan mendirikan kilang memproses hasillaut Hak penangkapan ikan juga telah dikembangkan sehingga ke perairan pinggir pantai laut Siberia

Page 14: TITAS Meiji Dan Kung Fu-tze

Perbezaan Kung Fu-Tze dan Maharaja Meiji

KUNG FU-TZE MAHARAJA MEIJI

Pembentukan Moral : Ajaran Confucius bukan agama tetapimerupakan falsafah hidup. Confucius ialah satu tatasusila yang akan membawakeamanan dan peraturan di negara China. Manusia mesti hidup dengan suci kerana jikasetiap orang itu baik dan jujur, negara akan menjadi aman dan maju. Oleh sebab ituConfucius menasihati pembesar- pembesar feudal menamatkan peperangan antarasatu sama lain. Confucius berpendapat jika semua orang berkelakuan baik danmengikut peraturan maka keadaan negara akan aman.

Page 15: TITAS Meiji Dan Kung Fu-tze

Perbezaan Kung Fu-Tze dan Maharaja Meiji

KUNG FU-TZE MAHARAJA MEIJI

Sumbangan dalam perundangan: Mereka yang tidak mematuhi peraturan hidupseperti yang dikehendaki oleh masyarakat akan dihukum melalui kaedah perundangandan sosial. Satu perkara yang ironik ialah di sebalik kepercayaan bersifat humanistikahli-ahli falsafah tidak menghiraukan hukuman yang ternyata tidak berperikemanusiaan.Contoh hukuman yang kejam seperti menyelar memotong kaki dan mengembiri.

Page 16: TITAS Meiji Dan Kung Fu-tze

Perbezaan Kung Fu-Tze dan Maharaja Meiji

KUNG FU-TZE MAHARAJA MEIJI

hubungan manusia dan alam : Ajaran Confucius adalahmengenai keperluan menjaga keharmonian manusia dengan alam dan masyarakat.Manusia mesti mengikut _ perubahan alam. Keharmonian masyarakat ialah peraturanyang harus diikuti oleh setiap rakyat dan juga pemerintah dalam mewujudkan satukeadaan yang sesuai bagi kehidupan.

Page 17: TITAS Meiji Dan Kung Fu-tze

Perbezaan Kung Fu-Tze dan Maharaja Meiji

KUNG FU-TZE MAHARAJA MEIJI

hubungan individu dan keluarga : Bagi masyarakat Chinakebajikan kolektif satu-satu kumpulan adalah lebih penting daripada seorang individu.Bagi mereka manusia adalah makhluk yang bersosialisasi. Hubungannya dengan oranglain adalah lebih penting daripada dirinya sendiri. Aspek yang ditekankan dalamhubungan kekeluargaan ini ialah: Hubungan bapa dengan anak iaitu bapa harus berhati baik dan anak harusberkewajipan terhadap orang tua.

Page 18: TITAS Meiji Dan Kung Fu-tze

Perbezaan Kung Fu-Tze dan Maharaja Meiji

KUNG FU-TZE MAHARAJA MEIJI

Hubungan suami isteri di mana suami harus jujur terhadap isteri dan isteri harustunduk dan dengar serta patuh. Hubungan saudara tua dengan saudara muda iaitu yang tua harus bermurah hatidan membantu dan yang muda harus tunduk dan hormat.

Page 19: TITAS Meiji Dan Kung Fu-tze

Perbezaan Kung Fu-Tze dan Maharaja Meiji

KUNG FU-TZE MAHARAJA MEIJI

Sumbangan dalam keagamaanConfucius menekankan bahawa untuk mencapai keharmonian, sifat-sifat seperti salingmenghormati, jujur dan amanah, berbudi pekerti baik, berhati mulia danbertanggungjawab harus dipraktikkan dalam kehidupan. Seorang akan mencapai tahapbudiman atau Chun Tze sekiranya ia menepati lima syarat, iaitu kejujuran, kebenaran,taat setia, mementingkan orang lain dan berperikemanusiaan.

Page 20: TITAS Meiji Dan Kung Fu-tze

Perbezaan Kung Fu-Tze dan Maharaja Meiji

KUNG FU-TZE MAHARAJA MEIJI

Beliau menggalakkan pemujaan nenek moyang untuk menghidupkan semula kenanganterhadap nilai- nilai purba dan tradisi lampau. Di bawah pentadbiran ahli-ahli akademikConfucius, penyembahan imperial atau upacara pengorbanan imperial telah menjadi satu bentuk cult (state cult).Selepas kematiannya,. Confucianisme dianggap sebagai satu agama. Kuil-kuilConfucius dibina di tempat asal, di ibu kota dan di semua kawasan pentadbiran.Confucius mendapat gelaran sebagai Pemerintah Tertinggi kemudian sebagai raja dankeramat.