16
SENARAI KANDUNGAN 1 BIL PERKARA MUKA SURAT 1 SENARAI KANDUNGAN 1 2 ABSTRAK 2 3 PENGENALAN 3 4 OBJEKTIF 4 5 KANDUNGAN ILMIAH 5 6 PERBINCANGAN 8 7 KESIMPULAN 9 8 LAMPIRAN 10 9 RUJUKAN 12

Titas

  • Upload
    wan

  • View
    28

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

tamadun

Citation preview

SENARAI KANDUNGANBIL PERKARA MUKA SURAT

1SENARAI KANDUNGAN 1

2ABSTRAK 2

3PENGENALAN 3

4OBJEKTIF 4

5KANDUNGAN ILMIAH5

6PERBINCANGAN8

7KESIMPULAN9

8LAMPIRAN 10

9RUJUKAN12

ABSTRAK

Di Malaysia, proses transformasi sememangnya berkait rapat dengan kesan pembangunan akibat daripada pertumbuhan ekonomi termasuk di pekan kecil. Isu transformasi yang berlaku di pekan kecil pada asasnya telah memberi kesan perubahan pelbagai sudut mencakupi pertumbuhan ekonomi, perkembangan perindustrian, prasarana dan perumahan. Perubahan tersebut sekaligus menyaksikan sebuah pekan kecil menjadi padat dengan kepelbagaian aktiviti ekonomi dan meningkatkan taraf sosioekonomi rakyatnya. Transformasi yang berlaku di Pekan Parit Raja telah menunjukkan perubahan dari segi peningkatan taraf pendapatan, pemilikan harta dan kenderaan, pemilikan peralatan moden serta perubahan gaya hidup penduduk setempat.Jumlah pendapatan penduduk semakin meningkat iaitu hampir sekali ganda berbanding 20 tahun dahulu dengan majoriti responden (53.8%). Pemilikan sesetengah kemudahan dan peralatan rumah menggambarkan kemampuan kuasa membeli responden. Perbandingan kemampuan pemilikan peralatan elektrik penduduk berbanding dari tahun 1990-2009 turut menunjukkan peningkatan.Justeru, transformasi yang berlaku di Pekan Parit Raja bukan sahaja membawa perubahan positif dari aspek ekonomi bahkan turut menyumbang kepada kemerosotan dalam aspek keselamatan sosial penduduk dan persekitaran fizikal.

PENGENALAN

Parit Raja adalah sebuah bandar di Daerah Batu Pahat , Johor, Malaysia. Penduduk utama bandar ini adalah Jawa. Terdapat pertumbuhan yang besar di rantau ini untuk beberapa tahun kebelakangan ini iaitu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ( UTHM ). Pembandaran merujuk kepada penumpuan aktiviti-aktiviti dan manusia dalam satu ruang yang melibatkan perubahan guna tanah bukan bandar kepada guna tanah bandar. Pada masa ini, isu pembandaran bukan hanya tertumpu pada masalah dalaman kawasan bandar tetapi turut memberi penekanan terhadap kawasan luar bandar. Hal ini disebabkan oleh proses pembandaran yang lazimnya telah dikenal pasti mendatangkan pelbagai impak terutama apabila melibatkan limpahan pembandaran. Tiga isu perancangan yang biasanya dikaitkan dengan pembandaran adalah berkaitan aspek fizikal, corak guna tanah dan kesan-kesan berkaitan; aspek ekonomi, alam sekitar dan kesihatan awam; serta aspek sosial dan kemasyarakatan. Ini dapat dilihat dari segi aspek fizikal misalnya, proses pembandaran telah menyebabkan berlakunya konflik guna tanah, ancaman aktiviti pertanian dan spekulasi pasaran tanah (Johnson 1974); pembangunan luar jangkaan di kawasan pinggir bandar (Bast 1998); percanggahan paparan antara kampung-kampung dan pembangunan yang dirancang (Burgess 1998) dan sebagainya. Jelaslah hal ini merupakan satu cabaran kepada pihak berwajib kerana pembandaran bukan sahaja melibatkan perubahan dari segi fizikal malahan juga dari segi sosio- ekonomi atau lebih jelas lagi berdasarkan ciri-ciri unik sesuatu kawasan. Proses pembandaran yang berlaku telah mengubah guna tanah di Parit Raja. Kefahaman tentang proses ini boleh membantu pihak berkuasa yang berkaitan untuk merancang pembangunan pada masa hadapan.

OBJEKTIF

i. Mengenal pasti pembangunan yang berlaku di Parit Rajaii. Dapat mengetahui keadaan sebelum pembangunan di Parit Rajaiii. Dapat mengetahui keadaan selepas pembangunan di Parit Rajaiv. Mengetahui kesan pembangunan yang berlaku

KANDUNGAN

Di satu waktu dulu, kawasan yang menjadi pekanParit Rajadan kampung-kampung di sekitarnya dipenuhi dengan hutan dan paya-paya. Ketika itu memang tidak ada rumah-rumah kediaman apatah lagi sebuah pekan yang seperti dapat kita lihat pada hari ini. Orang yang tinggal di kawasan ini pun tidak ramai. Kalau adapun mungkin beberapa orang dari keturunan Jawa yang bekerja mencari rotan untuk dijual. Mereka ini tinggal di pondok-pondok. Jarak di antara sebuah pondok dengan sebuah pondok pula adalah berbatu-batu jauhnya merentas paya dan belukar.Parit Rajaadalah sebuah kampung diMuar,Johordan juga menyamai sebuah mukim di daerahBatu Pahat,Johor. Mata pencarian penduduk kampung ini bergantung kepada kegiatan pertanian dan nelayan. Kampung ini memang terkenal dengan dusun buah-buahan seperti durian, duku, manggis, rambutan, cempedak, langsat, pulasan, rambai, nanas, kemang dan lain-lain.Selain itu, petani di kampung ini menanam getah, kelapa, kelapa sawit, koko dan sayur-sayuran.Muara Parit Raja dijadikan pengkalan Nelayan memungah hasil tangkapan ikan dari Selat Melaka untuk pasaran di kedai-kedai runcit. Tangkapan yang popular oleh nelayan Kampung Parit Raja ialah ikan kembung, selar, mayong, cencaru, sembilang dan parang. Pantainya juga kaya dengan hasil lokan, siput, kerang dan kupang.Transformasi pembangunan yang berlaku dengan pantas sejak sedekad yang lalu, bukan sahaja berjaya merubah pelan pembangunan negara bahkan turut member kesan terhadap persekitaran sosioekonomi negara. Transformasi ini turut mengubah landskap Pekan Parit Raja, Johor iaitu daripada sebuah pekan kecil-tradisi kepada sebuah bandar yang menumpukan kepada pelbagai aktiviti penduduk yang mencakupi aspek pendidikan, sosial, ekonomi, politik dan infrastruktur.Pekan Parit Raja merupakan pekan kecil, telah mengalami pembangunan yang pesat berdasarkan lokasinya yang begitu strategik, pembangunan yang berlaku sejak dulu dan perancangan pembangunan di masa akan dating. Pekan Parit Raja teletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) pada asalnya ianya merupakan kawasan perkampungan melayu tradisional yang tidak terancang.Sebagai kawasan yang baru mengalami perubahan sudah tentunya ia menjadi pemangkin pembangunan ekonomi kepada kawasan sekitar khususnya orang melayu yang sebelumnya agak ketinggalan dari segi pembangunan dan kemajuan. Perkembangan pecan kecil ini berlaku sejak dari tahun 1960-an lagi dimana pada awalnya kegiatan penduduk kampung hanyalah melakukan kerja-kerja pertanian dan penternakan bagi menampung kos sara hidup. Antara perkembangan yang berlaku ialah dari segi pembangunan beberapa institusi pendidikan iaitu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) serta Kolej Kejururawatan Batu Pahat dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara Sri Gading. Sekaligus ekoran pembinaan beberapa institusi pendidikan ini menyebabkan berlakunya pembangunan di kawasan sekitar dimana apabila terbinanya institusi pendidikan, ianya akan menggalakkan pembangunan yang pesat di kawasan sekitar.Tambahan lagi, pekan Parit Raja akan dinaiktaraf menjadi Pusat Separa Wilayah Negeri. Akibat dari perkembangan ekonomi yang berlaku di pekan Parit Raja menyebabkan kegiatan pertanian yang dahulunya menjadi tunjang utama bagi menampung kos sara diri telah merosot. Pada awalnya, perkembangan yang berlaku di pekan Parit Raja adalah pada kadar yang perlahan kerana kedudukannnya yang agak jauh dari Bandar besar. Seperti yang maklum, perubahan ekonomi yang berlaku di pekan Parit Raja adalah berpunca dari pembinaan beberapa institusi pengajian tinggi dan juga pembangunan industri. Setelah terbinanya intitusi berikut, maka beberapa kawasan permuahan mula tumbuh umpama cendawan selepas hujan dan berlakunya pertambahan bilangan penduduk di Parit Raja.Perubahan yang berlaku dalam beberaa sosioekonomi pnduduk seperti struktur pekerjaan, taraf hidup, gaya hidup dan budaya masyarakat secara tidak lansung adalah disebabkan oleh perubahan taraf pendapatan. Ini boleh dikaitkan dengan banyaknya peluang kerja yang terdapat di pekan Parit Raja. Perubahan ekonomi yang berlaku juga menggalakkan bertapaknya kedai makanan segera seperti Mcdonald, Secret Recipy dan Kentucky Fried Chicken (KFC). Seterusnya, dengan banyaknya terbina kedai-kedai makanan segera seperti berikut memberikan peluang pekerjaan kepada muda-mudi serta penduduk setempat. Akan tetapi, apabila berlakunya perkembangan ekonomi maka berlakulah juga evolusi dari segi sosial penduduk setempat. Dengan tertubuhnya beberapa pusat hiburan seperti pusat karaoke dan pusat snooker menyebabkan kualiti moral juga turut merosot dikalangan remaja. Jika dirumuskan dari segi kualiti alam sekitar akibat dari peningkatan kegiatan ekonomi adalah sangat membimbangkan. Ini kerana, apabila penebangan pokok dan penimbusan kawasan paya berlaku secara berleluasa mengakibatkan berlakunya perubahan pada bentuk muka bumi dan seterusnya boleh mengakibatkan bencana alam. Seterusnya dapat dirumuskan bahawa dalam membawa kearah perubahan kemajuan kepada masyarakat setempat, dapat memberi impak yang besar dari segi kualiti hidup, masalah sosial dan pencemaran alam sekitar. Generasi yang akan datang haruslah lebih peka mengkaji dan membawa perkembangan dengan lebih pesat tanpa perlu melibatkan kemerosotan ketamadunan masyarakat tersebut.

PERBINCANGAN

Dapat dikenalpasti hasil perubahan purubahan pusat bagi pekan parit raja adalah disebabkan berlakunya perubahan terhadap ruang ekonomi pekan kecil ini dan peningkatan fungsi yang ditawarkan. Antara faktor utama yang menyebabkan perubahan ini adalah wujudnya sektor pendidikan di samping sektor perindustrian,perniagaan dan perkhidmatan yang menjadi penyumbang utama kepada transformasi.Keadaan ini turut dibuktikan melalui hasil kajian di lapangan yang menunjukkan bahawa majoriti responden berpandangan sektor pendidikan dengan kewujudan UTHM telah menjadi faktor utama kepada pembangunan di pekan parit raja. Disebalik proses transformasi impak dari tekanan pembangunan yang pesat,majoriti responden berpandangan hubungan kejiranan masih rapat dan mengamalkan aktiviti bergoong-royong meskipun wujud golongan migrasi dan golongan yang berpendidikan tinggi. Keadaan ini,mungkin turut di sumbangkan berikutan pola petempatan penduduk pekan parit raja. Bagi persekitaran fizikal pila yang merujuk kepada alam sekitar,secara kesuluruhan telah berlaku kemerosotan dengan kesan yang ketara bagi kualiti udara di pekan parit raja mengikut penduduk di situ.

KESIMPULAN

Bedasarkan hasil kajian yang dijalankan ini menunjukkan Pekan Parit Raja telah melalui arus kemajuan dan pembangunan yang mana dahulunya mundur dengan asas ekonominya dalam sektor pertanian. Arus pembangunan yang pesat melanda kawasan ini terus merubah wajah baru pekan ini. Kawasan-kawasan paya yang luas dan pokok kelapa sawit yang menghijau suatu masa dulu kini bertukar wajah menjadi kawasan perumahan dan pusat perniagaan yang mengalami transformasi pembangunan ekonomi yang pesat. Perubahan guna tanah berlaku di kawasan ini akibat permintaan untuk kegiatan ekonomi dan perkhidmatan yang sangat menggalakkan. Perubahan ekonomi telah banyak mengubah fungsi bagi pekan kecil ini menjadi lebih moden. Perubahan sosioekonomi penduduk di Pekan Parit Raja dapat diketahui telah meningkat yang merangkumi pendapatan, struktur pekerjaan, taraf dan gaya hidup, dan budaya masyarakat setempat. Dengan asas ekonominya adalah sektor pertanian, kini telah berubah kepada sektor pendidikan dan perindustrian yang menyumbang kepada lanskap fizikal yang positif. Transformasi yang berlaku sememangnya memberi impak langsung kepada masyarakat setempat. Perubahan ruang ekonomi telah menyebabkan perubahan ekonomi di pekan ini dengan penawaran peluang pekerjaan. Malahan, impak sosioekonomi seperti yang dilihat dari segi peningkatan pendapatan serta pemilikan harta dan kenderaan memang tidak dapat dipertikaikan lagi. Selain itu juga, dapat dilihat apabila kemampuan penduduk untuk memiliki peralatan rumah moden yang dahulunya tidak pernah ada di rumah mereka kini dianggap barangan keperluan. Walau bagaimanapun, dalam meniti kemajuan di pekan kecil ini, terdapat beberapa impak dari transformasi pembangunan yang perlu diambil kira. Penurunan kualiti alam sekitar dapat dilihat dari segi kualiti udara dan air sungai. Perubahan guna tanah untuk memenuhi tuntutan pembangunan secara tidak langsung turut menyumbang kepada berlakunya bencana alam. Walaupun pencemaran udara dan air di Pekan Parit Raja masih boleh dikawal, namun sekiranya perkara ini berterusan tanpa sebarang pemantauan dilakukan, tidak mustahil kualiti alam sekitar di pekan kecil ini semakin merosot dan keupayaan Pekan Parit Raja menerima pembangunan akan dilihat memberi kesan yang negatif.

LAMPIRAN

RUJUKAN

1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Parit_Raja/ 02.12.2013/ at 2p.m2. http://shalattas.blogspot.com/2012/06/perang-di-parit-raja-1990-parit-raja.html/ 02.12.2013/ at 2p.m3. http://eprints.uthm.edu.my/2016/1/Hayati_FPTPK_(PKGAS).pdf/ 02.12.2013/ at 2p.m

12