9
TIPS: -Pendahuluan dan kesimpulan tak perlu panjang sangat. -Isi-isi yang diberi mestilah relevan dan matang. -Tak perlu nak cerita panjang lebar tentang sejarah rasuah dll. -Jangan lupa ikut formula yang diberikan. 3+2,2+3 -Buat draf sebelum buat karangan sebenar. -Elakkan kesalahan tatabahasa. BAHAGIAN A DAN B (ESEI) – 25 MARKAH PRAPENULISAN : 1. 1. Memilih Soalan/Tajuk (Penting !!!) – (2 minit) 1. a. Baca setiap soalan dengan teliti. 2. b. Pilih soalan yang sesuai dan “mudah/senang.” dapat mengemukakan sekurang-kurangnya empat isi telah dibuat/diajar. pemahaman, pengetahuan dan keupayaan untuk mengembangkan isi. 1. 2. Menganalisis Soalan/Tajuk – (2 minit) Mengenal pasti “kata kunci” soalan. ISU Apa isu ? Konsep, istilah dsb seperti jenayah juvana, vandalisme, lebuh raya. (yang akan disentuh dari awal hingga akhir esei.) Skop isu ? Lokaliti tempatan (masyarakat / negara) atau global (antara bangsa) MAKLUMAT ; tunggal atau majmuk FOKUS Kehendak / Tugasan soalan ? Bentuk /Arahan soalan dan format jawapan. Tugasan Contoh Soalan 1. Satu kehendak 2. Dua kehendak seimbang 3. Dua kehendak tidak seimbang 4. Tiga kehendak 5. Sejauh manakah anda bersetuju

TIPS.docx

  • Upload
    nora-nj

  • View
    215

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TIPS.docx

TIPS:-Pendahuluan dan kesimpulan tak perlu panjang sangat.-Isi-isi yang diberi mestilah relevan dan matang.-Tak perlu nak cerita panjang lebar tentang sejarah rasuah dll.-Jangan lupa ikut formula yang diberikan. 3+2,2+3-Buat draf sebelum buat karangan sebenar.-Elakkan kesalahan tatabahasa.

BAHAGIAN A DAN B (ESEI) – 25 MARKAH

PRAPENULISAN :1. 1. Memilih Soalan/Tajuk  (Penting !!!)  – (2 minit)

1. a. Baca setiap soalan dengan teliti.

2. b. Pilih soalan yang sesuai dan “mudah/senang.”

dapat mengemukakan sekurang-kurangnya empat isi

telah dibuat/diajar.

pemahaman, pengetahuan dan keupayaan untuk mengembangkan isi.

1. 2. Menganalisis Soalan/Tajuk – (2 minit)

Mengenal pasti “kata kunci” soalan.

ISU

√   Apa isu ? Konsep, istilah dsb seperti jenayah juvana, vandalisme, lebuh raya. (yang akan disentuh dari awal hingga akhir esei.)

√    Skop isu ? Lokaliti tempatan (masyarakat / negara) atau global (antara bangsa)

MAKLUMAT ; tunggal atau majmuk

FOKUS

√    Kehendak / Tugasan  soalan ? Bentuk /Arahan soalan dan format jawapan.

Tugasan Contoh Soalan

1. Satu kehendak

2. Dua kehendak seimbang

3. Dua kehendak tidak seimbang

4. Tiga kehendak

5. Sejauh manakah anda bersetuju

Page 2: TIPS.docx

( 2 setuju & 2 faktor lain) @

( 3 setuju & 1 faktor lain)

6. Bandingan (2 isu)

1. 3. Merangka isi  – (3 minit)

Kepentingan :

a.   Mengelak kebuntuan idea semasa menulis.

b.   Penyusunan isi mengikut keutamaan.

c.   Mengelakkan pengulangan isi.

PENULISAN ( 30 minit )

Pemerincian

Pemerengganan

Penjalinan – penanda wacana

Penggunaan bahasa/Penataan laras bahasa

Pengolahan

ESEI A & B (@ 25 MARKAH)

Perenggan 1

(2 – 3 ayat)

± 30 patah kata

Pendahuluan

√ Isu utama

√   Ulas isu (ubah suai soalan)

√ Jangan masuk isi

√ Kehendak soalan

Perenggan 2 – 5

(5 – 7 ayat)

± 70 patah kata

Perenggan isi 1, 2, 3 dan 4

√   Idea / Ayat isi

√ Huraian

√ Fakta / Contoh

√ Ayat penegas isi*

Idea ….. betul @ salah ? {tahu}

Huraian …. Jelas @ tidak jelas?

{analogi dan gambar}

Apa?  Kenapa ?Bagaimana?

Perenggan 6 Penutup

Page 3: TIPS.docx

(2 – 3 ayat)

± 30 patah kata

√ Kembali kepada isu

√ Rumus isi

√ Harapan / komentar / amaran

A.   Menulis pendahuluan

Fungsi dan kepentingan :

1. 1. Komponen karangan yang harus ditulis dengan menarik berkesan untuk merangsang “impression” pemeriksa/ berfungsi sebagai denak.

2. 2. Item utama yang menjadi asas penilaian. Kedudukannya seperti wajah/muka kepada seseorang.

3. 3. Kebulatan/kemantapan karangan terungkap pada peranggan pendahuluan.

4. 4. Pendahuluan berfungsi untuk membayangkan perkara/isi yang akan dihuraikan seterusnya.

Cara atau langkah penulisan pendahuluan; * Rujuk contoh

1. 1. Perlu menyentuh isu yang diperkatakan secara umum.

2. 2. Jangan sesekali menulis isi dalam perenggan pendahuluan.

3. 3. Seelok-eloknya, kehendak soalan terungkap pada  ayat terakhir perenggan pendahuluan.

B.   Menulis perenggan isi.

Kepentingan Perenggan Isi

1. a. Fokus terpenting dalam sesebuah karangan

2. b. Bahagian terbesar (80 %) dan utama dalam penulisan.

3. c. Konsep isi dan penyampaian merupakan unsur yang terpenting

4. d. Aspek pemerincian, pemerengganan, penjalinan, penataan laras bahasa,

dan pengolahan akan tergambar dalam perenggan isi.

Cara Menulis Perenggan Isi * rujuk contoh

1. 1. Ayat judul / ayat isi.

1. a. Kehendak soalan + isi karangan

2. b. Tepat, jelas, padat, konkrit

3. c. Jangan gabungkan dengan huraian dan contoh.

Page 4: TIPS.docx

1. 2. Pengembangan isi.

1. a. Huraian, bahasan, fakta, contoh, data

2. b. 4W + 1H; Apa? Siapa? Mengapa? Bila? Bagaimana?

3. 3. Ayat penegas isi.

1. a. (rujuk ayat judul)

4. 4. Penanda wacana.

Fungsi / Menyatakan Maksud

Contoh Penanda Wacana

Tambahan daripada apa-apa yang telah dikatakan sebelumnya.

selain itu, di samping itu, tambahan pula, kemudian, lagi pula, pertama, akhirnya, sehubungan dengan itu, sehubungan dengan hal itu, dalam pada itu, kemudian.

Perlawanan atau kontras terhadap apa-apa yang telah dikatakan sebelumnya.

sebaliknya, sebenarnya, biarpun,  biarpun begitu, walaupun, walau bagaimanapun, walaupun begitu,  walaupun demikian, namun begitu, namun demikian, sungguhpun, meskipun, akan tetapi, pada hal.

Sebab-musabab terhadap apa-apa yang dikatakan sebelumnya.

maka, jadi, akibatnya, lantaran itu, oleh sebab itu, oleh itu, oleh hal demikian, dengan demikian, namun demikian, berhubung dengan ini, hasilnya.

Ringkasan atau kesimpulan terhadap apa-apa  yang telah dikatakan sebelumnya.

ringkasnya, jadi, dengan perkataan lain, pendek kata, dengan kata lain, secara ringkasnya, pendeknya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhirnya.

Penjelasan terhadap apa-apa yang telah dikatakan sebelumnya.

jelasnya, lebih tepatnya, tampaknya, sesungguhnya

Masa kemudian, selanjutnya, selepas itu, pada waktu itu.

C.  Menulis penutup.

Fungsi dan Kepentingan

1. Merumus keseluruhan karangan

2. Pelengkap kepada karangan seperti mana fungsi pendahuluan

3. Sentuhan terakhir dalam penulisan yang akan meninggalkan “bekas” kepada pemeriksa.

Cara Menulis Perenggan Penutup* rujuk contoh

1. 1. Penanda wacana

2. 2. Kembali kepada isu/tema/tajuk

3. 3. Mengulas isi secara ringkas/merumus isi secara umum.

4. 4. Komentar/Cadangan/Nasihat/Harapan.

PASCAPENULISAN ( 3 minit)

Page 5: TIPS.docx

1. 1. Menyemak isi

2. 2. Pengeditan bahasa(ejaan/tanda baca)

TEKNIK MENULIS KARANGAN PENGAJIAN AMTEKNIK MENULIS KARANGAN (Masa Dicadangkan 30-35 minit)PERINGKAT-PERINGKAT MENULIS KARANGANPanduan Umum1. Sebelum menulis karangan, para calon perlu membuat keputusan tentang tajuk karangan yang hendak dipilih.2. Pemilihan sesuatu tajuk haruslah berdasarkan sejauh manakah pengetahuan calon tentang isu yang menjadi tajuk dalam sesuatu soalan.3. Hal ini penting supaya calon tidak buntu dalam mencari isi-isi karangan yang boleh mengganggu kelancaran penulisan karangan kelak.4. Calon-calon perlu mempertimbangkan setiap maklumat tentang isu yang diperkatakan secara mendalam.5. Maklumat-maklumat itu merangkumi fakta, data, dan contoh yang benar dan logik.6. Setelah calon yakin dapat menguasainya ditambah pula tajuk itu sesuai dengan keupayaan diri calon, maka pilihlah tajuk berkenaan.

Peringkat 1: Menganalisis Kehendak Soalan.1. Mengenalpasti kehendak soalan atau tajuk merupakan perkara yang amat penting supaya isi-isi dan pendekatan yang dikemukakan nanti tidak menyeleweng daripada tajuk karangan yang diberi.2. Ramai calon yang gagal untuk mendapatkan gred yang baik kerana tidak mematuhi kehendak soalan.3. Oleh itu, calon haruslah mengenal pasti kata kunci yang dapat memandu para calon menggarap isi persoalan dalam sesuatu tajuk karangan.4. Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan dalam menganalisis kehendak soalan ialah;

a. Bentuk Soalan - Tertutup atau Terbuka.i. Terbuka - Soalan berada dihadapan ayat.Contoh soalan:Pada masa kini, masyarakat di seluruh dunia dapat berinteraksi secara maya melalui aplikasi teknologi maklumat sepertiFacebook, MySpace, Twitter, Friendster dan sebagainya. Jaringan komuniti maya ini mewujudkan pelbagai implikasi. Jelaskan kebaikan dan keburukan jaringan komuniti maya.

(Pernyataan tidak perlu dianalisis kerana kehendak soalan adalah jelas)

ii. Tertutup - Soalan berada dibelakang ayat.

Page 6: TIPS.docx

Contoh soalan:Pada masa kini, masyarakat di seluruh dunia dapat berinteraksi secara maya melalui aplikasi teknologi maklumat sepertiFacebook, MySpace, Twitter, Friendster dan sebagainya. Jaringan komuniti maya ini memberikan kebaikan tertentu. Namun demikian, ia juga boleh membawa impak negatif jika disalahgunakan. Bincangkan?

(Pernyataan perlu dianalisis untuk mengenalpasti kehendak soalan)

b. Isu - apakah isu yang diutarakan dalam soalan. kegagalan memahami isu soalan akan menyebabkan karangan calon lari daripada tajuk soalan.c. Fokus Soalan - merujuk kepada perkara yang ditanya dalam soalan sama ada satu fokus atau dua fokus.d. Skema - asas skema hanya ada 2 iaitu 5+0 dan 3A+2B@2A+3B., 1+1+2@1+2+1@2+1+1 tetapi ini hanyalah pecahan daripada skema asas tadi. Skema 5+0 bermakna hanya ada satu fokus soalan dan skema 3A+2B@2A+3B bermakna ada dua fokus soalan.

Peringkat 2: Menyenaraikan Idea Utama.

1. Dalam karangan pengajian am, calon perlu memberikan 5 idea utama (5 markah) dan setiap idea diiringi dengan 3 idea sampingan berbentuk huraian, huraian lanjutan, contoh dan ulasan atau penegasan idea. (5IU x 3H=12H = 15 markah)

2. Bagaimanapun, pada peringkat ini calon perlu menyenaraikan seberapa banyak idea yang berkaitan dengan kehendak soalan. (lebih daripada 4)

Peringkat 3: Mengasingkan Idea Idea Utama dan Idea Sampingan

4. Idea utama ialah idea secara langsung dengan kehendak soalan dan ia merupakan satu perkara pokok yang besar dan boleh berdiri sendiri.5. Idea sampingan ialah tidak langsung dengan kehendak soalan tetapi secara langsung dengan idea utama dan ia merupakan perkara-perkara kecil yang tidak boleh berdiri sendiri tanpa perkara pokok.6. Idea utama perlu diasingkan kerana markah hanya diberikan jika idea utama betul. Idea utama yang salah tidak akan diberikan markah huraian walaupun huraian betul.7. Idea utama yang salah dianggap tidak relevan (TR) kerana tidak menjawab kehendak soalan.

Page 7: TIPS.docx

8. Idea sampingan perlulah diletakkan selepas idea utama sebagai hujah-hujah yang menyokong idea utama.9. Idea sampingan ini perlulah jelas dan tidak boleh dipertikaikan pernyataannya.10. Idea sampingan yang tidak jelas (TJ) tidak diberikan markah huraian.

Peringkat 4: Menyediakan Rangka karangan.1. Rangka karangan haruslah disediakan terlebih dahulu sebagai garis panduan kepada calon-calon semasa proses mengarang.2. Perkara yang harus ada dalam karangan merangkumi aspek berikut:a. Calon-calon dapat menentukan isi-isi yang perlu dimuat dalam sesebuah karangan.b. Calon-calon akan menentukan urutan isi yang disusun mengikut keutamaan.c. Calon dapat memastikan tidak ada isi-isi yang tertinggal.d. Calon dapat merangka pendahuluan dan penutup karangan yang bersesuaian dengan isi karangan.

Peringkat 5: Menulis Karangan1. Proses penulisan dijalankan setelah rangka karangan disediakan dengan jelas dan teratur.2. Proses penulisan ini akan terlaksana dengan baik dan lancara apabila kesemua empat peringkat di atas diikuti dengan sempurna dan berkesan.3. Pada peringkat ini, calon perlu sentiasa ingat "saya menjawab soalan" untuk memastikan karangan tidak terkeluar daripada tajuk.

Peringkat 6: Menyemak Karangan1. Setiap karangan yang ditulis hendaklah disemak semula oleh calon dengan teliti supaya dapat mengesan kesalahan-kesalahan yang tidak disedari.2. Kesalahan ini boleh melibatkan aspek tatabahasa yang terdiri daripada ejaan, tanda baca, perkataan, mahupun struktur ayat.3. Setiap kesalahan yang dikesan hendaklah diperbetul dengan jelas.

Nota: Karangan Pengajian Am wajib mengikut format iaitu mengandungi tiga bahagian; Pendahuluan, Isi dan Penutup. (Perengan 1: Pendahuluan, perenggan 2-6: Isi dan perenggan 7: Penutup).