28
TINJAUAN TAHAP MINAT, TAHAP SIKAP BELAJAR DAN PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN OLEH PELAJAR 2 SPA DALAM MATA PELAJARAN REKABENTUK STRUKTUR (SAU 3422) TAN PEI CHING UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TINJAUAN TAHAP MINAT, TAHAP SIKAP BELAJAR DAN … · 2.4.7 Latihan Pengukuhan 42 ... dan mahir bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga manusia. ... yang membolehkan seseorang individu

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TINJAUAN TAHAP MINAT, TAHAP SIKAP BELAJAR DAN … · 2.4.7 Latihan Pengukuhan 42 ... dan mahir bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga manusia. ... yang membolehkan seseorang individu

TINJAUAN TAHAP MINAT, TAHAP SIKAP BELAJAR DAN PENILAIAN

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN OLEH PELAJAR 2 SPA DALAM

MATA PELAJARAN REKABENTUK STRUKTUR (SAU 3422)

TAN PEI CHING

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: TINJAUAN TAHAP MINAT, TAHAP SIKAP BELAJAR DAN … · 2.4.7 Latihan Pengukuhan 42 ... dan mahir bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga manusia. ... yang membolehkan seseorang individu
Page 3: TINJAUAN TAHAP MINAT, TAHAP SIKAP BELAJAR DAN … · 2.4.7 Latihan Pengukuhan 42 ... dan mahir bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga manusia. ... yang membolehkan seseorang individu
Page 4: TINJAUAN TAHAP MINAT, TAHAP SIKAP BELAJAR DAN … · 2.4.7 Latihan Pengukuhan 42 ... dan mahir bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga manusia. ... yang membolehkan seseorang individu

TINJAUAN TAHAP MINAT, TAHAP SIKAP BELAJAR DAN PENILAIAN

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN OLEH PELAJAR 2 SPA DALAM

MATA PELAJARAN REKABENTUK STRUKTUR (SAU 3422)

TAN PEI CHING

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2006

Page 5: TINJAUAN TAHAP MINAT, TAHAP SIKAP BELAJAR DAN … · 2.4.7 Latihan Pengukuhan 42 ... dan mahir bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga manusia. ... yang membolehkan seseorang individu
Page 6: TINJAUAN TAHAP MINAT, TAHAP SIKAP BELAJAR DAN … · 2.4.7 Latihan Pengukuhan 42 ... dan mahir bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga manusia. ... yang membolehkan seseorang individu

iii

Buatmu ayah yang tersayang,

( TAN GUAN LENG )

Doamu, galakanmu dan didikanmu menjadi dorongan

perjuanganku dalam mengenal kehidupan ini ….

Buatmu ibu yang dikasihi,

( LIM SEEW WA )

Doamu, nasihatmu dan pengorbananmu menjadi pelita

serta panduan perjuanganku dalam mengenal kehidupan ini ….

Buatmu adik-adik yang disayangi,

( SEOW CHING, SHI WEI, SHI TIAN DAN WEI SIANG )

Kalian amat bermakna dalam diri ini,

Kejayaanku, kejayaanmu jua ….

Buatmu pembimbing yang disanjungi,

( DR. BAHARIN ABU )

Bimbingan, tunjuk ajar, dan jasa yang engkau berikan

tidak akan kulupai ….

Buat teman-teman yang dirindui,

Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini

akan kukenang selamanya ….

Setinggi-tinggi terima kasih atas sokongan, prihatin

dan bantuan anda semua.

Page 7: TINJAUAN TAHAP MINAT, TAHAP SIKAP BELAJAR DAN … · 2.4.7 Latihan Pengukuhan 42 ... dan mahir bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga manusia. ... yang membolehkan seseorang individu

iv

PENGHARGAAN

Penghargaan ikhlas setinggi-tingginya kepada penyelia projek sarjana muda,

Dr. Baharin bin Abu atas bimbingan, dorongan dan galakan serta nasihat yang

diberikan sejak awal kajian ini dirancang sehinggalah projek ini disempurnakan.

Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar dengan penuh kesabaran dalam proses

menyiapkan laporan ini.

Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan kepada pelajar 2 SPA yang

telah sudi meluangkan masa dan memberi kerjasama dalam membantu menjayakan

penyelidikan ini.

Ucapan jutaan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan

serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha

menjayakan projek ini. Tanpa sokongan dan kerjasama daripada semua pihak,

projek ini tidak akan disiapkan dengan sempurna.

Ucapan terima kasih kepada saudara Woon Chee Seng yang memberi

sokongan serta dorongan sepanjang menyediakan projek ini. Sesungguhnya budi

baik saudara sukar untuk dibalas. Semoga saudara sentiasa sihat sejahtera dan

diberkati Tuhan.

Akhirnya, ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara

langsung atau tidak langsung dalam mendorong kejayaan menghasilkan projek

penyelidikan ini.

Page 8: TINJAUAN TAHAP MINAT, TAHAP SIKAP BELAJAR DAN … · 2.4.7 Latihan Pengukuhan 42 ... dan mahir bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga manusia. ... yang membolehkan seseorang individu

v

ABSTRAK

Kajian ini mengkaji tahap minat, tahap sikap belajar, masalah pengajaran dan

pembelajaran pelajar-pelajar 2 SPA dalam mata pelajaran Rekabentuk Struktur

(SAU 3422) semester pertama sesi 2005/2006 di Universiti Teknologi Malaysia.

Kajian ini melibatkan seramai 30 orang responden yang terdiri daripada 28 orang

pelajar Melayu, dan masing-masing seorang India dan Bidayuh. Kajian ini

berbentuk deskriptif. Nilai kebolehpercayaan alpha cronbach bagi instrumen kajian

ialah 0.92. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik yang mengandungi

3 bahagian: Bahagian A (3 item Latar belakang), Bahagian B (56 item objektif) dan

Bahagian C (2 item subjektif). Data-data yang diperolehi diproses menggunakan

SPSS 12.0 (Statistical Package For Social Science) dan dijelaskan dalam bentuk

peratusan, kekerapan dan min. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap sikap

belajar pelajar 2 SPA adalah pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga

menunjukkan tahap minat pelajar terhadap mata pelajaran Rekabentuk Struktur

(SAU 3422) dan penilaian tahap prestasi pengajaran pensyarah dalam mata pelajaran

Rekabentuk Struktur (SAU 3422) masing-masing berada pada tahap sederhana.

Walau bagaimanapun, penilaian terhadap kualiti keperibadian pensyarah berada

pada tahap tinggi. Kajian mendapati masalah-masalah pengajaran dan pembelajaran

berpunca daripada pengajaran pensyarah, silibus dan latihan, minat, dan masa.

Beberapa cadangan dan implikasi kajian juga dibincangkan.

Page 9: TINJAUAN TAHAP MINAT, TAHAP SIKAP BELAJAR DAN … · 2.4.7 Latihan Pengukuhan 42 ... dan mahir bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga manusia. ... yang membolehkan seseorang individu

vi

ABSTRACT

This research aims to investigate students’ interests, student’ attitudes and

the teaching and learning problems of 2 SPA students who are taking the subject of

“Rekabentuk Struktur” (SAU 3422) during the first semester of the academic term

of 2005/2006 in University Technology of Malaysia. A total of 30 students (N=30)

who are currently taking the subject of “Rekabentuk Struktur” in University

Technology of Malaysia on the first semester of session 2005/2006 were chosen to

represent the population. The racial composition of the respondents consisted of 28

Malays, 1 Indian and 1 Bidayuh. The design of this study was being in descriptive

analysis. The cronbach alpha value for the instrument in this study was 0.92. This

research employed a set of questionnaire as the instrument. The questionnaire

consisted of three part. Part A consisted of items on student’s background, Part B

consisted of 56 items which were related to the three objectives of this research, and

Part C consisted of 2 open-ended questions. The data collected were analyzed using

the Statistical Package for Sosial Science (SPSS) version 12.0 to obtain the

percentages, frequency and mean. The results of this research had shown that in

general, the learning interest, attitude, and evaluation on the effectiveness of

lecturer’s teaching method were at moderate levels. However, respondents’

perception of the lecturer’s personality recorded a high mean value. This research

had also shown that the problems faced by the respondents in this research were

caused by the lecturer’s teaching, the syllabus and exercises used, students’ interest

and time factor. A number of recommendations and implications of this research

were also discussed.

Page 10: TINJAUAN TAHAP MINAT, TAHAP SIKAP BELAJAR DAN … · 2.4.7 Latihan Pengukuhan 42 ... dan mahir bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga manusia. ... yang membolehkan seseorang individu

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SIMBOL xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 9

Page 11: TINJAUAN TAHAP MINAT, TAHAP SIKAP BELAJAR DAN … · 2.4.7 Latihan Pengukuhan 42 ... dan mahir bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga manusia. ... yang membolehkan seseorang individu

viii

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Batasan Kajian 10

1.8 Skop Kajian 10

1.9 Definisi Operasi 11

1.9.1 Tahap 11

1.9.2 Sikap 11

1.9.3 Minat 12

1.9.4 Pembelajaran 12

1.9.5 Pengajaran 13

1.9.6 Penilaian Pengajaran 13

1.9.7 Pelajar 2 SPA 14

1.9.8 Mata Pelajaran Rekabentuk Struktur 14

1.10 Kesimpulan dan Organisasi Laporan 14

2 SOROTAN KAJIAN 16

2.1 Pengenalan 16

2.2 Konsep Pembelajaran 16

2.3 Minat dan Sikap Belajar 21

2.4 Kemahiran Belajar 27

2.4.1 Persediaan Diri Pelajar 28

2.4.2 Teknik Mencatat Nota 32

2.4.3 Teknik Mengulangkaji 33

2.4.4 Teknik Membaca 34

2.4.5 Teknik Perbincangan 36

2.4.6 Pengurusan Masa 39

2.4.7 Latihan Pengukuhan 42

2.5 Guru dan Pengajaran 43

2.5.1 Persediaan Pengajaran 45

2.5.2 Penstrukturan dan Penyampaian 46

2.5.3 Pengawasan Suasana 47

2.5.4 Teknologi Pengajaran 48

2.5.5 Kualiti Keperibadian 53

Page 12: TINJAUAN TAHAP MINAT, TAHAP SIKAP BELAJAR DAN … · 2.4.7 Latihan Pengukuhan 42 ... dan mahir bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga manusia. ... yang membolehkan seseorang individu

ix

2.5.6 Kemahiran Komunikasi 54

2.6 Masalah-masalah Pembelajaran 55

2.7 Kesimpulan 58

3 METODOLOGI KAJIAN 59

3.1 Pengenalan 59

3.2 Rekabentuk Kajian 59

3.3 Prosedur Kajian 60

3.4 Populasi 60

3.5 Tempat Kajian 61

3.6 Instrumen Kajian 62

3.7 Kesahan dan Kebolehpercayaan 63

3.8 Analisis Data 64

3.9 Kesimpulan 66

4 ANALISIS DATA 67

4.1 Pengenalan 67

4.2 Analisis dan Dapatan Kajian Bahagian A 68

4.2.1 Jantina dan Bangsa Responden 68

4.3 Analisis dan Dapatan Kajian Bahagian B 69

4.3.1 Tahap Minat Pelajar 2 SPA Dalam

Pembelajaran Rekabentuk Struktur

(SAU 3422) 70

4.3.2 Tahap Sikap Belajar Pelajar 2 SPA

Dalam Pembelajaran Rekabentuk

Struktur (SAU 3422) 73

4.3.3 Tahap Prestasi Pengajaran Pensyarah

Rekabentuk Struktur (SAU 3422) 78

Page 13: TINJAUAN TAHAP MINAT, TAHAP SIKAP BELAJAR DAN … · 2.4.7 Latihan Pengukuhan 42 ... dan mahir bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga manusia. ... yang membolehkan seseorang individu

x

4.4 Keputusan Bahagian C 91

4.4.1 Masalah Pengajaran dan

Pembelajaran 92

4.4.2 Cadangan Meningkat Prestasi

Pengajaran dan Pembelajaran 94

4.5 Kesimpulan 96

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 98

5.1 Pengenalan 98

5.2 Rumusan Kajian 98

5.3 Perbincangan Kajian 100

5.3.1 Tahap Minat Dalam Pembelajaran

Rekabentuk Struktur (SAU 3422) 100

5.3.2 Tahap Sikap Belajar Dalam Pembelajaran

Rekabentuk Struktur (SAU 3422) 101

5.3.3 Tahap Prestasi Pengajaran Pensyarah

Rekabentuk Struktur (SAU 3422) 104

5.3.4 Masalah dan Cadangan Memperbaiki

Pengajaran dan Pembelajaran 110

5.4 Cadangan Kajian 112

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 113

RUJUKAN 115

Lampiran A - D 124 - 143

Page 14: TINJAUAN TAHAP MINAT, TAHAP SIKAP BELAJAR DAN … · 2.4.7 Latihan Pengukuhan 42 ... dan mahir bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga manusia. ... yang membolehkan seseorang individu

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN 1.1 Taburan Kekerapan Keputusan Pelajar 2 SPA Semester 7

Pertama (Sesi 2005/2006)

3.1 Taburan Responden Kajian Dari Kumpulan 2 SPA 61

3.2 Bilangan Item Berhubung Persoalan Kajian Untuk

Bahagian B 63

3.3 Skala Ordinal Empat Mata 65

3.4 Pengkelasan Analisis Skala Ordinal Empat Mata 65

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina dan Bangsa

Bagi Pelajar 2 SPA Sesi 2005 68

4.2 Skala Ordinal Empat Mata 69

4.3 Pengkelasan Analisis Markat Min 69

4.4 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus,

Min dan Sisihan Piawai bagi Aspek Minat Pelajar 2 SPA

Dalam Pembelajaran Rekabentuk Struktur (SAU 3422)

Semester Pertama Sesi 2005/2006 71

4.5 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus,

Min dan Sisihan Piawai bagi Aspek Sikap Belajar

Pelajar 2 SPA Dalam Pembelajaran Rekabentuk Struktur

(SAU 3422) Semester Pertama Sesi 2005/2006 74

4.6 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus, Min

dan Sisihan Piawai tentang Aspek Penilaian Pengajaran

Pensyarah Rekabentuk Struktur (SAU 3422) Semester

Pertama Sesi 2005/2006 Dalam Aspek Persediaan Pengajaran 79

Page 15: TINJAUAN TAHAP MINAT, TAHAP SIKAP BELAJAR DAN … · 2.4.7 Latihan Pengukuhan 42 ... dan mahir bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga manusia. ... yang membolehkan seseorang individu

xii

4.7 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus,

Min dan Sisihan Piawai tentang Aspek Penilaian

Pengajaran Pensyarah Rekabentuk Struktur (SAU 3422)

Semester Pertama Sesi 2005/2006 Dalam Aspek

Penstrukturan dan Penyampaian Pengajaran 81

4.8 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus,

Min dan Sisihan Piawai tentang Aspek Penilaian

Pengajaran Pensyarah Rekabentuk Struktur

(SAU 3422) Semester Pertama Sesi 2005/2006 Dalam

Aspek Pengawasan Suasana Pembelajaran 84

4.9 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus,

Min dan Sisihan Piawai tentang Aspek Penilaian

Pengajaran Pensyarah Rekabentuk Struktur

(SAU 3422) Semester Pertama Sesi 2005/2006 Dalam

Aspek Teknologi Pengajaran 85

4.10 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus,

Min dan Sisihan Piawai tentang Aspek Penilaian

Pengajaran Pensyarah Rekabentuk Struktur

(SAU 3422) Semester Pertama Sesi 2005/2006 Dalam

Aspek Kualiti Keperibadian 87

4.11 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus,

Min dan Sisihan Piawai tentang Aspek Penilaian

Pengajaran Pensyarah Rekabentuk Struktur

(SAU 3422) Semester Pertama Sesi 2005/2006 Dalam

Aspek Kemahiran Komunikasi 89

4.12 Min Keseluruhan Bagi Aspek Tahap Prestasi

Pengajaran Pensyarah Rekabentuk Struktur Semester

Pertama Sesi 2005/2006 90

4.13 Min Keseluruhan dan Tahap Bagi Aspek Minat,

Sikap Belajar dan Pengajaran Pensyarah Semester Pertama

Sesi 2005/2006 91

4.14 Masalah-masalah Pengajaran dan Pembelajaran

Yang Dihadapi Dalam Mata Pelajaran Rekabentuk

Struktur (SAU 3422) Semester Pertama Sesi 2005/2006 92

Page 16: TINJAUAN TAHAP MINAT, TAHAP SIKAP BELAJAR DAN … · 2.4.7 Latihan Pengukuhan 42 ... dan mahir bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga manusia. ... yang membolehkan seseorang individu

xiii

4.15 Cadangan Pelajar Untuk Memperbaiki Proses

Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Mata

Pelajaran Rekabentuk Struktur (SAU 3422) Semester

Pertama Sesi 2005/2006 95

Page 17: TINJAUAN TAHAP MINAT, TAHAP SIKAP BELAJAR DAN … · 2.4.7 Latihan Pengukuhan 42 ... dan mahir bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga manusia. ... yang membolehkan seseorang individu

xiv

SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK HALAMAN 2.1 Kesan Ketidakhadiran ke Kelas Ke Atas Markah yang 23

Diperoleh. (PNGK – Purata Nilai Gred Keseluruhan)

3.1 Pengkelasan Kesesuaian Berdasarkan Analisis Markat 66

Min dan Peratus

Page 18: TINJAUAN TAHAP MINAT, TAHAP SIKAP BELAJAR DAN … · 2.4.7 Latihan Pengukuhan 42 ... dan mahir bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga manusia. ... yang membolehkan seseorang individu

xv

SENARAI SIMBOL

SPA - Sarjana Muda Pendidikan serta Teknologi

Kejuruteraan Awam

SPSS - Statistical Packages For Social Science

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 19: TINJAUAN TAHAP MINAT, TAHAP SIKAP BELAJAR DAN … · 2.4.7 Latihan Pengukuhan 42 ... dan mahir bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga manusia. ... yang membolehkan seseorang individu

xvi

SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Contoh Set Soal Selidik 124

B Surat Kebenaran Menulis Laporan Akhir Projek

Sarjana Muda Dengan Melebihi 100 Muka

Surat 134

C Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan 135

D Pendidikan Sains dan Teknologi di Malaysia:

Tinjauan Terhadap Pelaksanaannya Ke Arah

Pembangunan Negara 136

Page 20: TINJAUAN TAHAP MINAT, TAHAP SIKAP BELAJAR DAN … · 2.4.7 Latihan Pengukuhan 42 ... dan mahir bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga manusia. ... yang membolehkan seseorang individu

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan di Malaysia penting untuk menjayakan matlamat dan hasrat

utama negara untuk menyatupadukan masyarakat dan melahirkan rakyat yang

mampu bersaing dengan perkembangan sains dan teknologi masa kini. Selain itu,

pendidikan juga dapat melahirkan orang perseorangan yang berpengetahuan, terlatih

dan mahir bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga manusia. Tujuan asas dalam

pendidikan ialah untuk mengadakan sepenuhnya pengalaman pendidikan yang

dikehendaki, yang membolehkan seseorang individu menghasilkan perubahan yang

optima dari segi fizikal, sosial dan emosi. Justeru itu, pelbagai strategi dan program

pembangunan pendidikan telah dilaksanakan bagi merealisasikan Wawasan 2020

membentuk negara perindustrian dan maju.

Selaras dengan dasar ini, Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan

Pembangunan Pendidikan 2001-2010 pada tahun 2001. Antara matlamat utama

rancangan ini adalah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh bagi

melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras

dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan; meningkatkan kreativiti dan inovasi di

kalangan pelajar; meningkatkan budaya ilmu; membudayakan sains dan teknologi;

membudayakan pembelajaran sepanjang hayat; menyediakan sistem pendidikan

yang lebih cekap, berkesan dan bertaraf dunia; menjadikan Malaysia sebagai pusat

Page 21: TINJAUAN TAHAP MINAT, TAHAP SIKAP BELAJAR DAN … · 2.4.7 Latihan Pengukuhan 42 ... dan mahir bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga manusia. ... yang membolehkan seseorang individu

2

kecemerlangan pendidikan serta meningkatkan martabat pendidikan Malaysia pada

peringkat antarabangsa (Pembangunan Pendidikan 2001-2010, 2001). Pendidikan

berteraskan sains dan teknikal dijangka dapat mempercepatkan matlamat menjadi

negara industri dan maju menjelang tahun 2020 (Siti Aisyah Abd. Rahman dan

Suhaili Zakaria).

Belanjawan Persekutuan 1990 untuk Kementerian Pendidikan menggariskan

bahawa matlamat program pendidikan teknik dan vokasional adalah untuk:

“memberikan pendidikan teknik dan vokasional kepada penuntut

supaya dapat memberi pengetahuan dan kecekapan kemahiran serta

memupuk kecenderungan di bidang teknik dan vokasional bagi

memenuhi keperluan negara.” (Belanjawan Persekutuan 1990:4)

Sehubungan dengan Wawasan 2020, sistem pendidikan teknik dan

kejuruteraan bukan hanya bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja yang

berkemahiran, malah mempunyai kebolehan dalam memperkembangkan lagi

kemahiran dan teknologi tersebut. Pembelajaran sesuatu bidang kemahiran

memerlukan penumpuan yang optimum oleh pelajar dalam bidang teori dan juga

praktikal di mana kedua-dua bidang ini mempunyai perkaitan yang kuat.

Kecemerlangan dalam bidang akademik merupakan matlamat utama pelajar,

ibu bapa dan sekolah. Pencapaian akademik pula berkait rapat dengan proses

pengajaran dan pembelajaran yang dipengaruhi oleh berbagai faktor dalaman dan

juga luaran. Faktor dalaman yang terlibat adalah sikap, minat dan masalah

pembelajaran pelajar. Faktor ini boleh juga dikenali sebagai pengaruh psikologi di

dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 22: TINJAUAN TAHAP MINAT, TAHAP SIKAP BELAJAR DAN … · 2.4.7 Latihan Pengukuhan 42 ... dan mahir bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga manusia. ... yang membolehkan seseorang individu

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Wawasan 2020 telah menghasratkan kewujudan Malaysia sebagai sebuah

negara perindustrian dengan masyarakat bersatu padu, progresif dan makmur,

dinamis serta mempunyai keyakinan diri dan daya ketahanan yang tinggi. Adalah

menjadi keperluan untuk memberikan perhatian yang sewajarnya kepada sektor

perindustrian dalam usaha negara untuk mencapai matlamat tersebut. Salah satu

kriteria penting yang perlu diambil kira ialah dengan melahirkan tenaga mahir yang

bersesuaian dan mencukupi bagi menampung perkembangan sektor perindustrian

tersebut. Bagi merealisasikan usaha ini, pelbagai kemudahan prasarana bagi latihan

vokasional serta program latihan teknologi tinggi telah diberi tumpuan oleh pihak

kerajaan selaras dengan perkembangan teknologi semasa.

Menurut Mohd. Najib Abdul Ghafar (1999), institusi pendidikan tinggi

adalah tempat pelajar dianggap telah mencapai tahap kematangan fizikal dan emosi.

Keluaran dari Institut Pengajian Tinggi juga akan menjadi pelaksana program

negara. Sekiranya mereka kekurangan idea, tidak kreatif dan inovatif, maka hasrat

kerajaan menuju Wawasan 2020 mungkin terbantut. Di sinilah peranan pengajar

dan pensyarah untuk mengadakan sistem pengajaran pembelajaran dan penilaian

yang membantu memajukan pemikiran kognitif pelajar.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mempunyai sebanyak sepuluh fakulti.

Fakulti Pendidikan merupakan salah satu fakulti di Universiti Teknologi Malaysia

(UTM). Fakulti Pendidikan mempunyai lima jabatan iaitu, Jabatan Pendidikan

Teknik dan Kejuruteraan, Jabatan Asas Pendidikan, Jabatan Pendidikan Sains dan

Matematik, Jabatan Pendidikan Sosial dan Jabatan Multimedia Pendidikan. Jabatan

Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan terlibat menganjurkan empat kursus seperti

Sarjana Muda Pendidikan serta Teknologi (Awam), Sarjana Muda Pendidikan serta

Teknologi (Elektrik), Sarjana Muda Pendidikan serta Teknologi (Jentera) dan

Sarjana Muda Pendidikan serta Teknologi (Kemahiran Hidup).

Page 23: TINJAUAN TAHAP MINAT, TAHAP SIKAP BELAJAR DAN … · 2.4.7 Latihan Pengukuhan 42 ... dan mahir bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga manusia. ... yang membolehkan seseorang individu

4

Pencapaian akademik seseorang pelajar biasanya dikaitkan dengan

pencapaian peperiksaan. Peperiksaan menentukan tahap pencapaian seseorang itu

dan ia biasanya dicatatkan dalam sijil atau dokumen yang sah. Adalah menjadi

hasrat setiap individu, samada ibu bapa, guru atau pihak sekolah bahawa pencapaian

dalam akademik merupakan matlamat utama hasil dari pengajaran dan pembelajaran

di institut tinggi.

Minat dan kecenderungan adalah satu aspek yang memainkan peranan

penting mempengaruhi pencapaian pelajar (Abu Zahari Abu Bakar,1987).

Lazimnya seseorang pelajar akan menunjukkan pencapaian yang baik dalam sesuatu

mata pelajaran jika dia berminat terhadap mata pelajaran itu. Minat pelajar terhadap

sesuatu mata pelajaran itu melambangkan persepsinya terhadap mata pelajaran

tersebut. Setiap pelajar perlulah dipupuk agar sentiasa mempunyai minat yang

positif dalam sesuatu mata pelajaran.

Minat yang mendalam banyak memberikan faedah dalam mempelajari mata

pelajaran Rekabentuk Struktur yang memerlukan kesabaran tinggi kerana

melibatkan banyak pengiraan rumit dan keperluan merujuk kepada buku British

Standard. Sekiranya pelajar dapat melengkapkan diri dengan minat yang tinggi

dalam mata pelajaran ini, sudah tentunya mereka dapat mengatasi masalah di atas

dengan senang. Ini bertepatan dengan kenyataan Sabri Ahmad (2003), di mana

apabila seseorang pelajar itu berminat dalam sesuatu mata pelajaran atau jurusan

tertentu, sudah pasti akan menjadi pendorong kepada pelajar untuk bekerja kuat bagi

mencapai sesuatu yang diminatinya.

Pembelajaran berkesan bermakna satu usaha yang teratur, bersistem,

bertatatertib serta optimum yang menyepadukan dan memanfaatkan kesemua

komponen pembelajaran untuk mencapai kejayaan (Khalid Mohamad Nor, 2002).

Di pihak pelajar pula, tidak banyak tindakan yang melibatkan dua pihak selain

menumpukan perhatian kepada pembelajaran dengan gaya pembelajaran yang

tersendiri. Di sinilah perubahan dari segi kualiti diri dan kesediaan menghadapi

situasi mencabar akan sentiasa berubah. Mereka haruslah menaruh minat yang

mendalam dalam apa jua bidang yang diceburi.

Page 24: TINJAUAN TAHAP MINAT, TAHAP SIKAP BELAJAR DAN … · 2.4.7 Latihan Pengukuhan 42 ... dan mahir bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga manusia. ... yang membolehkan seseorang individu

5

Pelajar yang hanya mempunyai kemampuan yang tinggi dan pengetahuan

yang luas tetapi tidak menunjukkan sikap belajar yang baik serta berpandangan

sempit, maka kejayaan yang dimimpikan tidak akan kesampaian. Lantaran itu, para

pelajar seharusnya mengambil kira beberapa aspek tertentu untuk menjadikan proses

pembelajaran menjadi lebih menarik di samping mampu mengecapi keputusan yang

cemerlang. Antara aspek tersebut merangkumi sahsiah yang baik, persediaan awal

dan minat yang mendalam terhadap pembelajaran. Di samping itu, mereka

hendaklah mewujudkan suasana pembelajaran yang baik serta sanggup untuk

berbincang dan berkongsi pengalaman dengan rakan mereka.

Menurut Chuah Chong Cheng (1997), banyak pensyarah universiti sama ada

kerana mereka tidak berminat, atau kerana kegagalan institusinya, tidak biasa

dengan potensi teknologi pengajaran dan pembelajaran. Sering kalinya, apabila

diperkenalkan kepada kaedah-kaedah untuk memperbaiki pengajaran universiti,

seseorang pensyarah tidak mahu menerima kaedah itu atau mengambil pendirian

secara pasif. Justeru itu, tenaga pengajar yang mengalami tekanan besar ini secara

langsungnya akan menjejaskan prestasi pengajaran mereka.

Penyampaian konsep-konsep bagi sesuatu isi pelajaran memerlukan teknik-

teknik atau kaedah-kaedah yang tertentu. Umpamanya kaedah mengajar

Rekabentuk Struktur adalah berbeza dengan kaedah mengajar Lukisan Kejuruteraan.

Seseorang yang hendak menjadi guru dengan baik dan berkesan hendaklah bukan

sahaja menguasai kandungan mata pelajaran berkenaan dengan mendalam tetapi

juga mengetahui kaedah membimbing pelajar-pelajar untuk menguasai konsep-

konsep dan kemahiran-kemahiran yang terdapat di dalam sesuatu mata pelajaran.

Bagi memudahkan bakal tenaga pengajar menguasai bidang kejuruteraan

awam, pelajar yang mengikuti kursus Sarjana Muda Pendidikan serta Teknologi

(Awam) atau dikenali sebagai SPA wajib mengambil mata pelajaran bidang

kejuruteraan awam yang berunsurkan pendidikan. Dengan itu, pihak Fakulti

Pendidikan telah membuat usaha sama dengan Kejuruteraan Awam untuk

Page 25: TINJAUAN TAHAP MINAT, TAHAP SIKAP BELAJAR DAN … · 2.4.7 Latihan Pengukuhan 42 ... dan mahir bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga manusia. ... yang membolehkan seseorang individu

6

menawarkan lapan mata pelajaran awam sepanjang tempoh pengajian dan salah satu

mata pelajaran daripada mata pelajaran tersebut ialah Rekabentuk struktur.

Mata pelajaran Rekabentuk Struktur (SAU 3422) ini merangkumi lapan sub

tajuk, iaitu

a) Pengenalan rekabentuk konkrit Tetulang

b) Rekabentuk Keratan

c) Ricih, Pesongan dan Keretakan

d) Keperluan Kelasakan dan Perincian

e) Rekabentuk Rasuk

f) Rekabentuk Papak

g) Rekabentuk Tiang

h) Rekabentuk Asas

Mata pelajaran Rekabentuk Struktur ini dinilai dengan ujian1 berjumlah

20%, ujian dua 20%, tugasan 10% dan peperiksaan 50%. Mata pelajaran ini berkait

rapat dengan silibus Pengajian Kejuruteraan Awam, Tingkatan empat dan lima.

Kegagalan pelajar menguasai mata pelajaran ini mungkin akan menimbulkan kesan

negatif kepada diri pelajar untuk mengorak langkah pertama ke alam pekerjaan,

misalnya profesion perguruan. Keyakinan dan kebolehan pelajar pastinya kurang

apabila ingin memulakan sesi pengajaran di dalam bilik darjah.

1.3 Pernyataan Masalah

Memperoleh gred yang cemerlang merupakan suatu kemestian bagi para

mahasiswa. Namun begitu, menuntut ilmu di universiti adalah penuh dengan

cabaran. Menurut Sulaiman Masri (2002), banyak perbezaan antara pembelajaran di

sekolah dengan kehidupan baharu di universiti yang akan dilalui. Bangunannya

berbeza daripada bangunan sekolah, kawasannya berbeza, pelajarnya berbeza: bukan

Page 26: TINJAUAN TAHAP MINAT, TAHAP SIKAP BELAJAR DAN … · 2.4.7 Latihan Pengukuhan 42 ... dan mahir bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga manusia. ... yang membolehkan seseorang individu

7

dari satu daerah tetapi dari seluruh pelosok negara dan segelintir mahasiswa dari

negara-negara di seluruh dunia. Mata pelajarannya berbeza. Tenaga pengajar

berbeza; pensyarah, tutor, guru. Malah bentuk pembelajaran pula telah berubah

kepada sistem kuliah, ada esei, banyak tugasan dan juga ada tesis.

Peperiksaan bertujuan untuk mengukur keberkesanan pembelajaran pelajar

(Sabri Ahmad, 2003). Pelajar yang ingin mencapai kecemerlangan dalam

peperiksaan haruslah mempunyai matlamat yang jelas, berusaha dengan

bersungguh-sungguh dan mengamalkan kemahiran belajar yang berkesan. Ini telah

disokong oleh Khalid Mohamad Nor (2002) yang menyatakan “Tidak ada jalan lain

untuk lulus peperiksaan melainkan dengan belajar dan membuat amalan serta latihan

yang diperlukan.”

Jadual 1.1: Taburan Kekerapan Keputusan Pelajar 2 SPA Semester Pertama

(Sesi 2005/2006)

Keputusan Kekerapan Peratus (%) A 2 A- 3

16.7 %

B+ 3 B 1 B- 3

23.3 %

C+ 6 C 0 C- 2 D 6 E 4

60.0 %

Jumlah 30 100 % Sumber : Pelajar 2 SPA

Berdasarkan Jadual 1.1, hanya 5 orang (16.7%) responden mendapat gred A

bagi mata pelajaran Rekabentuk Struktur dan terdapat 18 orang (60.0%) responden

yang mendapat keputusan kurang daripada gred C. Terdapat juga responden yang

mendapat gred D (6 orang) dan gred E (5 orang) dalam mata pelajaran ini.

Page 27: TINJAUAN TAHAP MINAT, TAHAP SIKAP BELAJAR DAN … · 2.4.7 Latihan Pengukuhan 42 ... dan mahir bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga manusia. ... yang membolehkan seseorang individu

8

Analisis pencapaian akademik peperiksaan yang kurang memuaskan ini telah

menarik minat untuk mengkaji punca yang menyebabkan kemerosotan pencapaian

para pelajar 2 SPA dalam mata pelajaran Rekabentuk Struktur (SAU 3422) pada sesi

2005/2006, semester pertama. Kajian ini akan dijalankan untuk mengkaji tahap

minat, tahap sikap belajar dan masalah pengajaran dan pembelajaran pelajar 2 SPA

dalam mata pelajaran Rekabentuk Struktur.

Aspek yang dikaji merangkumi tahap minat, tahap sikap belajar dan masalah

pembelajaran pelajar. Selain daripada itu, satu aspek yang turut dikaji adalah

prestasi pensyarah dalam pengajaran yang juga akan memberi impak kepada prestasi

pelajar.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini dijalankan adalah :

i) mengenal pasti tahap minat pelajar 2 SPA terhadap mata pelajaran

Rekabentuk Struktur (SAU 3422).

ii) mengkaji tahap sikap belajar pelajar 2 SPA terhadap mata pelajaran

Rekabentuk Struktur (SAU 3422).

iii) menilai pengajaran pensyarah dalam mata pelajaran Rekabentuk

Struktur (SAU 3422).

iv) menentukan masalah pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi

oleh pelajar 2 SPA dalam mempelajari mata pelajaran Rekabentuk

Struktur (SAU 3422).

Page 28: TINJAUAN TAHAP MINAT, TAHAP SIKAP BELAJAR DAN … · 2.4.7 Latihan Pengukuhan 42 ... dan mahir bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga manusia. ... yang membolehkan seseorang individu

9

1.5 Persoalan Kajian Daripada objektif di atas, kajian ini mengemukakan empat persoalan kajian

seperti di bawah

i) Apakah tahap minat pelajar 2 SPA terhadap mata pelajaran

Rekabentuk Struktur (SAU 3422)?

ii) Apakah tahap sikap belajar pelajar 2 SPA terhadap mata pelajaran

Rekabentuk Struktur (SAU 3422)?

iii) Apakah tahap prestasi penilaian pengajaran pensyarah dalam mata

pelajaran Rekabentuk Struktur (SAU 3422)?

iv) Apakah masalah pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh

pelajar 2 SPA dalam mata pelajaran Rekabentuk Struktur (SAU

3422)?