Upload
lamkiet
View
273
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
TINJAUAN PERKAITAN DI ANTARA KOMPOSISI TUBUH BADAN DAN
PARAS GLUKOSA DALAM DARAH DENGAN KEKERAPAN SENAMAN
MENGIKUT KATEGORI UMUR DAN JANTINA
NORHIDAYAH BINTI HASAN BASARI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ19:16 (Pind. 1/07)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atauTERHAD, sila lampirkan surat daripada
pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda
(PSM).
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada
pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau
disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: TINJAUAN.PERKAITAN DI ANTARA KOMPOSISI TUBUH DAN PARAS
GLUKOSA DALAM DARAH DENGAN KEKERAPAN SENAMAN MENGIKUT
KATEGORI UMUR DAN JANTINA
SESI PENGAJIAN: 2010/2011
Saya NORHIDAYAH BINTI HASAN BASARI 0
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ()
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan
Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
Disahkan oleh:
_________________________________ _____________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:
NO. 108A, EN. SYAHRUL RIDHWAN B. MORAZUKI0
KAMPUNG PARIT TENGAH, Nama Penyelia
82200 BENUT, PONTIAN,
JOHOR DARUL TAKZIM.
Tarikh: 7 MEI 2011 Tarikh: 7 MEI 2011 0
SULIT
TERHAD
TIDAK TERHAD
ii
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)”.
Tandangan : ____________
Nama Penyelia : EN. SYAHRUL RIDHWAN MORAZUKI
Tarikh : 7 MEI 2011
TINJAUAN PERKAITAN DI ANTARA KOMPOSISI TUBUH BADAN DAN
PARAS GLUKOSA DALAM DARAH DENGAN KEKERAPAN SENAMAN
MENGIKUT KATEGORI UMUR DAN JANTINA
NORHIDAYAH BINTI HASAN BASARI
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
7 MEI 2011
iii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : _______ _________________
Nama Penulis : NORHIDAYAH BINTI HASAN BASARI
Tarikh : 7 MEI 2011
iv
DEDIKASI
Teristimewa buat ayahanda dan bonda yang tercinta,
Setinggi-tinggi penghargaan ku ucapkan,
Atas segala pengorbanan dan doa restumu,
Buat pensyarah-pensyarah di UTM, Johor,
Terima kasih di atas segala ilmu yang dicurahkan kepada kami,
Jasamu akan dihargai sampai ke hujung nyawa,
Buat teman-teman seperjuangan,
Terutamanya pelajar-pelajar SPS 2007-2011,
Terima kasih di atas segala sokongan anda selama ini,
Semoga kejayaan milik kita semua,
Amin...
v
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya ucapkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberi
peluang untuk sama-sama mengecapi nikmat hidup. Alhamdulillah dengan izin dan
limpah kurnia-Nya, akhirnya kami dapat menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dalam
tempoh yang ditetapkan.
Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyelia saya iaitu En.
Syahrul Ridhwan Morazuki atas segala bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar yang telah
diberikan dalam memastikan projek kajian ilmiah ini sempurna dan siap dengan
jayanya.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih juga kami rakamkan kepada semua semua
pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung yang sudi melibatkan diri
dalam kajian ini dengan menjadi subjek dalam kajian ini.
Selain itu, ribuan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan
yang sentiasa berkongsi pendapat dan idea sekiranya terdapat sebarang masalah
sewaktu di dalam proses menyiapkan projek kajian ini. Akhir kata, semoga kajian
ini dapat memberi manfaat dan maklumat berhubung isu yang dibincangkan. Moga
Allah S.W.T. sentiasa memudahkan dan memberkati perjalanan hidup kita.
vi
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji perkaitan di antara komposisi tubuh
dan paras glukosa dalam darah dengan kekerapan senaman mengikut kategori
umur dan jantina. Seramai 60 orang awam terlibat dalam kajian ini. Subjek lelaki
dan perempuan yang berumur di antara 13 hingga 20 tahun dikategorikan sebagai
remaja manakala subjek yang berumur 21 tahun keatas dikategorikan sebagai
dewasa. Pengukuran komposisi tubuh dijalankan dengan menggunakan alat
analisis komposisi tubuh (TANITA, TBF-300, Jepun) manakala sampel darah
diambil dari hujung jari untuk menguji paras kandungan glukosa dalam darah
dengan menggunakan alatan ACCU-CHEK Perfoma Glocose Analyzer, (Roche
Diagnostics, USA). Berdasarkan analisis Ujian Two Independant Sample Test,
didapati terdapat perbezaan yang signifikan bagi berat untuk kategori dewasa
mengikut jantina. Selain itu, analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat
perkaitan yang kuat antara paras kandungan glukosa dalam darah dengan
kekerapan senaman bagi kategori dewasa.
vii
ABSTRACT
The study has been carried out to investigate the relationship between body
composition and glucose levels with frequency of exercise according to age category
and gender. Sixty people were involved in this research. Subjects comprising male
and female aged between 13 to 20 years well categories as teenagers whereas
subjects who aged above 21 years old were categorized as adults. Body composition
measurement has been conducted by using body composition analyzer (TANITA,
TBF-300, Japan). Whereas, blood samples for glucose levels measurement were
taken from the finger prick by using ACCU-CHEK Perfoma Glocose Analyzer,
(Roche Diagnostics, USA). Based on Two Independant Sample Test, there was
significant difference in weight for adult category according to gender. Besides
Pearson correlation analysis revealed that there is strong relationship between
glucose levels and frequency of exercise for adult category.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
AKUAN PENYELIA ii
AKUAN PELAJAR iii
DEDIKASI iv
HALAMAN PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN/SIMBOL xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Hipotesis kajian 6
1.7 Kepentinagan kajian 8
1.7.1 Individu 8
1.72 Masyarakat 8
1.8 Skop Kajian 9
1.9 Limitasi Kajian 9
1.10 Definisi Istilah 9
1.10.1 Kesihatan 9
ix
1.10.2 Komposisi Tubuh 9
1.10.3 Kecergasan Fizikal 10
1.10.4 Berat Badan 10
1.10.5 Indeks Jisim Tubuh (BMI) 10
1.10.6 Parasa Glukosa 10
1.10.7 Kategori Umur 10
1.10.8 Tahap Kesihatan 11
BAB 2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 12
2.2 Pengukuran Komposisi Tubuh 12
2.3 Jantina 14
2.4 Umur 14
2.5 Kekerapan Senaman 15
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 17
3.2 Rekabentuk kajian 17
3.3 Subjek Kajian 19
3.4 Tempat Kajian 19
3.5 Instrumen Kajian 19
3.6 Prosedur Kajian 20
3.6.1 Pengukuran Komposisi Tubuh 20
3.6.2 Persampelan Darah 21
3.7 Penganalisis Data 21
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 23
4.2 Latar Belakang Subjek 24
4.3 Pembahagian Subjek Mengikut Peringkat 25
Umur
x
4.3.1 Kategori Remaja 25
4.3.2 Kategori Dewasa 26
4.4 Tahap Kesihatan 26
4.5 Komposisi Tubuh Mengikut Kategori 28
Umur dan jantina
4.6 Paras Glukosa Dalam Darah 29
4.7 Hubungan Senaman Dengan Komposisi 30
Tubuh
4.8 Hubungan Senaman Dengan Paras 31
Kandungan Glukosa
4.8 Rumusan 32
BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 33
5.2 Perbincangan Hasil Kajian 32
5.2.1 Perbincangan Komposisi Tubuh 32
Mengikut Kategori Umur dan
Jantina
5.2.2 Paras Kandungan Glukosa Dalam 34
Darah
5.2.3 Hubungan Antara Kekerapan 35
Senaman dan komposisi Tubuh
5.2.4 Hubungan Antara Kekerapan 37
Senaman dan Paras Kandungan
Glukosa
5.3 Kesimpulan 38
5.4 Cadangan 39
5.4.1 Pemilihan Subjek 39
5.4.2 Profesion dan Latar belakang 39
5.4.3 Kawasan Yang Berbeza 40
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT
Jadual 4.1 Analisis Tahap Kesihatan Bagi Setiap Kategori 27
Jadual 4.2 Analisis Komposisi Tubuh Mengikut Kategori Umur 28
Dan Jantina
Jadual 4.3 Analisis Paras Kandungan Glukosa Dalam Darah 29
Mengikut Kategori Umur Dan Jantina
Jadual 4.4 Analisis Korelasi Hubungan Antara Komposisi 30
Tubuh Dengan Kekerapan Senaman Mengikut Kategori
Umur Dan Jantina
Jadual 4.5 Analisis Korelasi Hubungan Antara Kekerapan 31
Senaman Dengan Paras Kandungan Glukosa
Mengikut Kategori Umur Dan Jantina
xiii
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT
Rajah 3.1 Carta Alir Pelaksanaan Kajian 18
Rajah 3.2 Mesin Analisis Komposisi Tubuh TANITA, TBF-300, 20
Jepun
Rajah 4.1 Taburan Bilangan Keseluruhan Subjek Mengikut Jantina 24
Rajah 4.2 Taburan Subjek Mengikut Jantina Bagi Peringkat Umur 25
Kategori Remaja
Rajah 4.3 Taburan Subjek Mengikut Jantina Bagi Peringkat 26
Umur Kategori Dewasa
xiv
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL
% Peratus
& Dan
< Lebih Kecil
> Lebih Besar
≤ Dan Lebih Kecil
BMI Indeks Jisim Tubuh
f Frekuensi
Kg Berat
Kgm-2
Berat(kg) bahagi (tinggi(m))2
HA Hipotesis Alternatif
HO Hipotesis Null
Mmol/L milimeter per mol
N kekerapan
No. Nombor
r Nilai Kolerasi
s Nilai Signifikan
UTM Universiti Teknologi Malaysia
BAB I
1.1 Pendahuluan
Kesihatan ditakrifkan sebagai sesuatu yang sempurna dari segi fizikal, mental
dan sosial dan bukan hanya sekadar tiada penyakit atau cacat cedera sahaja (World
Health Organization, 1948). Kesihatan adalah kualiti hidup yang melibatkan sosial,
emosi, mental, spiritual, dan kecergasan biologikal individu hasil daripada adaptasi
individu terhadap persekitaran (Dubos, 1968). Kesihatan juga berkait rapat kepada
siapa kita sebagai individu, bagaimana kita memberi maklum balas terhadap orang
lain, persekitaran yang sihat dan cabaran kehidupan seharian.
Ruang lingkup kesihatan merangkumi pelbagai sudut dan perspektif yang
memerlukan penghuraian lebih mendalam. Secara umumnya, kesihatan tubuh badan
boleh di kategorikan sebagai aset yang sangat penting untuk memastikan badan kita
kekal cergas di samping sihat dari segi rohani dan jasmani selain bebas dari sebarang
penyakit yang boleh mendatangkan mudarat pada anggota badan kita. Ini adalah
kerana badan yang sihat akan melahirkan minda yang sentiasa aktif untuk membuat
sesuatu kebaikan sekaligus meningkatkan kualiti kerja yang akan membawa kepada
kecemerlangan dalam kehidupan seseorang individu. Dengan itu, adalah penting
untuk memastikan badan kita kekal sihat dan cergas dengan mengamalkan gaya
hidup sihat yang bersesuaian.
Kecergasan fizikal merupakan satu keadaan individu yang berupaya
menikmati kehidupan yang seimbang serta lengkap secara keseluruhan yang
melibatkan sosial, psikologi dan fisiologi. Hal ini dipengaruhi oleh aspek-aspek
keturunan (baka), persekitaran (alam sekitar) dan gaya hidup (tingkahlaku), jantina,
umur dan cara hidup seseorang (Fox dan Mathew, 1981). Menurut Wee Eng Hoe (1995),
2
komponen kecergasan fizikal terbahagi kepada dua bahagian iaitu kecergasan
berasaskan kesihatan dan kecergasan berasaskan lakuan motor. Seseorang yang sihat
perlu mempunyai kecergasan berasaskan kesihatan tetapi sekiranya seseorang yang
ingin mempunyai prestasi yang tinggi dan mantap seperti atlit, mereka perlu
menguasai kedua-duanya sekali gus. Ini bermakna kecergasan dan kesihatan
memberi makna yang luas untuk difahami dan dihayati.
Cabang kesihatan dan kecergasan merupakan dua perkara yang berbeza
namun saling berkait antara satu sama lain. Kecergasan fizikal berlandaskan
kesihatan berkait rapat dengan penjagaan kesihatan diri secara keseluruhan
merangkumi lima komponen iaitu kekuatan otot, fleksibiliti, daya tahan otot,
komposisi badan dan daya tahan kardiorespiratori. Kesemua komponen kecergasan
ini sangat penting untuk memastikan seseorang itu berada pada tahap kecergasan
yang minima mengikut peringkat usia dan jantina. Manakala kecergasan
berlandaskan perlakuan motor berkait rapat dengan pencapaian kemahiran dalam
aktiviti sukan. Kecergasan merangkumi enam komponen, iaitu kepantasan,
ketangkasan, kuasa, keseimbangan, koordinasi dan tindak balas. Komponen ini
sangat penting untuk ahli sukan yang bergiat aktif agar tahap kecergasan dapat
diukur seterusnya mempengaruhi prestasi seseorang atlit.
Pelbagai pendapat diutarakan mengenai kesihatan serta kecergasan fizikal di
mana kedua-dua aspek ini amat penting bagi setiap individu. Namun begitu, tidak
ramai yang menyedari akan kepentingan kecergasan fizikal ini jika dibandingkan
dengan pengetahuan sedia ada. Justeru itu, pendedahan mengenai kepentingan serta
aktiviti-aktiviti yang sihat amat perlu ditekankan agar menjadi satu budaya kepada
masyarakat untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat disamping menjaga kesihatan
tubuh badan agar bebas dari sebarang penyakit kronik yang membahayakan diri.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Lebihan berat badan atau lebih dikenali sebagai obesiti merupakan salah satu
perkara yang amat dibimbangi oleh semua individu terutamanya wanita. Obesiti
ditakrifkan sebagai kehadiran lemak tubuh yang melampau (World Health
Organization, 1998; Bjorntorp, 2002). Masalah berat badan di kalangan rakyat
negara ini semakin membimbangkan berdasarkan artikel “Malaysia mempunyai
peratusan rakyat dengan berat berlebihan dan masalah obesiti tertinggi berbanding
negara lain di Asia” (Bernama, 2005). Jika keadaan ini tidak dikawal pastinya ia
akan menjadi masalah yang memudaratkan serta merugikan negara.
Punca asas obesiti atau lebihan berat badan ialah ketidakseimbangan antara
pengambilan dan penggunaan kalori. Menurut Norkumala (2007), masyarakat negara
kita sering terdedah dengan pelbagai masalah kesihatan yang kronik dan akhirnya
mengundang kepada kematian. Ini adalah kesan daripada amalan gaya hidup yang
tidak sihat dan ketidakseimbangan kesihatan rohani dan jasmani dalam kitaran hidup
seharian. Kementerian Kesihatan kerap kali mengadakan kempen kesihatan untuk
memberi kesedaran kepada awam tentang penjagaan kesihatan yang perlu dipupuk
dalam budaya hidup kita malah perlu disemai sejak awal lagi agar kita tidak
tergolong dalam kalangan yang mempunyai masalah kesihatan.
Lebihan berat badan dan obesiti terjadi apabila pengambilan tenaga melebihi
pengeluaran untuk jangkamasa yang tertentu. Perubahan lemak badan bergantung
kepada ketidakseimbangan antara tenaga yang diambil dan yang digunakan. Terdapat
pelbagai punca yang dikaitkan dengan lebihan berat badan dan obesiti namun faktor
sosial dan persekitaran yang berkaitan peningkatan pengambilan tenaga atau
berkurangan aktiviti fizikal memainkan peranan penting berlaku gejala ini. Hal ini
terjadi dengan peningkatan taraf ekonomi masyarakat dan penurunan aktiviti fizikal
generasi muda dan yang telah berusia. Aspek keturunan terhadap kejadian lebihan
berat badan dan obesiti sukar untuk ditentukan. Menurut Ghani (2007), bagi
mengatasi masalah ini, amalan gaya hidup yang sihat perlu dijalani seperti
4
mengambil pemakanan yang berkhasiat, aktif bersenam, mengawal berat badan,
berhenti merokok dan sentiasa menjalani dan mematuhi jadual rawatan kesihatan.
Kajian lain menunjukkan lebihan berat badan dan obesiti adalah faktor risiko
pada penyakit kardiovaskular. Lebihan berat badan dan obesiti merupakan faktor
primer bagi penyakit koronari jantung dan bersama faktor risiko lain yang telah
dibuktikan seperti diabetes, hiperkolesterolemia atau kekurangan tahap lipoprotein
kepadatan tinggi (HDL) (Pollock dan Wilmore, 1984). Kandungan glukosa dalam
darah yang tinggi menjadikan seseorang berisiko menghidap kencing manis yang
merupakan penyakit paling utama menyerang penduduk di negara ini. Hal ini berlaku
kerana pengambilan diet harian yang tidak seimbang dan kekurangan melakukan
senaman atau aktiviti fizikal. Walaupun begitu, masih ramai dalam kalangan rakyat
Malaysia tidak sedar akan kepentingan melakukan senaman sebenarnya dapat
menghasilkan komposisi tubuh yang baik selain memberi banyak faedah kepada
kesihatan. Kepentingan melakukan aktiviti fizikal akan menjadikan seseorang kekal
cergas dan sihat. Dengan itu, kegiatan yang dilakukan bukan sekadar mengeluarkan
peluh malahan dapat melegakan ketegangan serta menurunkan berat badan. Pelbagai
kajian yang telah dilakukan dan kekerapan melakukan senaman sememangya
menjadi salah satu punca untuk meningkatkan tahap kesihatan seseorang. Justeru,
kajian ini dijalankan untuk melihat corak hidup seseorang individu yang
mempengaruhi status kesihatan diri merangkumi kekerapan senaman yang diamalkan,
paras kandungan glukosa yang menjadi kebimbangan serta komposisi tubuh badan
pelbagai peringkat umur seterusnya dapat membantu memberi kesedaran kepada
golongan masyarakat agar lebih prihatin untuk mengamalkan gaya hidup sihat.
5
1.3 Pernyataan Masalah
Pemahaman dan kesedaran mengenai gaya hidup sihat penting dalam
kehidupan seseorang individu atau kumpulan masyarakat. Ini kerana dengan tahap
kesihatan yang kurang baik, akan mengakibatkan individu mengalami masalah dalam
melakukan aktiviti fizikal seharian seperti bekerja dan sebagainya. Sehubungan
dengan itu, pengkaji mengambil inisiatif membuat satu tinjauan mengenai tahap
kesihatan dari aspek komposisi tubuh, faktor kekerapan senaman, dan paras
kandungan glukosa dalam darah bagi penduduk di sekitar kawasan SMK Dato’
Usman Awang, Perling, Johor.
1.4 Objektif Kajian
Di antara objektif kajian ini adalah :
i. Mengenalpasti komposisi tubuh badan penduduk di sekitar SMK Dato’
Usman Awang , Perling mengikut kategori umur dan jantina.
ii. Mengenalpasti paras kandungan glukosa dalam darah bagi penduduk di
sekitar SMK Dato’ Usman Awang, Perling mengikut kategori umur dan
jantina.
iii. Mengkaji perkaitan kekerapan melakukan senaman terhadap komposisi
tubuh badan dan paras glukosa dalam darah.
6
1.5 Persoalan Kajian
i. Adakah terdapat perbezaan komposisi tubuh badan penduduk di sekitar
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Usman Awang, Perling mengikut
kategori umur dan jantina?
ii. Adakah kekerapan melakukan senaman mempengaruhi komposisi
tubuh badan seseorang dan paras glukosa dalam darah.
1.6 Hipotesis Kajian
Ho 1: Tidak terdapat perbezaan komposisi tubuh yang signifikan mengikut kategori
umur dan jantina.
Ha 1: Terdapat perbezaan komposisi tubuh yang signifikan mengikut kategori umur
dan jantina.
Ho 2: Berat yang ideal tidak dipengaruhi oleh kekerapan senaman bagi kategori
remaja.
Ha 2: Berat yang ideal dipengaruhi oleh kekerapan senaman bagi kategori remaja.
Ho 3: Berat yang ideal tidak dipengaruhi oleh kekerapan senaman bagi kategori
dewasa.
Ha 3: Berat yang ideal dipengaruhi oleh kekerapan senaman bagi kategori dewasa.
7
Ho 4: BMI yang ideal tidak dipengaruhi oleh kekerapan senaman bagi kategori
remaja.
Ha 4: BMI yang ideal dipengaruhi oleh kekerapan senaman bagi kategori remaja.
Ho 5: BMI yang ideal tidak dipengaruhi oleh kekerapan senaman bagi kategori
dewasa.
Ha 5: BMI yang ideal dipengaruhi oleh kekerapan senaman bagi kategori dewasa.
Ho 6: Peratus Lemak yang normal tidak dipengaruhi oleh kekerapan senaman bagi
kategori remaja.
Ha 6: Peratus Lemak yang normal dipengaruhi oleh kekerapan senaman bagi
kategori remaja.
Ho 7: Peratus Lemak yang normal tidak dipengaruhi oleh kekerapan senaman bagi
kategori dewasa.
Ha 7: Peratus Lemak yang normal dipengaruhi oleh kekerapan senaman bagi
kategori dewasa.
Ho 8: Paras kandungan glukosa yang normal tidak dipengaruhi oleh kekerapan
senaman bagi kategori remaja.
Ha 8: Paras kandungan glukosa dipengaruhi oleh kekerapan senaman bagi kategori
remaja.
8
Ho 9: Paras kandungan glukosa yang normal tidak dipengaruhi oleh kekerapan
senaman bagi kategori dewasa.
Ha 9: Paras kandungan glukosa dipengaruhi oleh kekerapan senaman bagi kategori
dewasa.
1.7 Kepentingan Kajian
Kajian yang di jalankan ini dapat memberi faedah kepada:
1.7.1 Individu
Pengetahuan mengenai elemen kecergasan fizikal iaitu komposisi badan amat
penting bagi setiap individu supaya dapat meningkatkan kesedaran mengenai
kepentingan gaya hidup sihat dengan menjaga corak pemakanan dan senaman supaya
dapat menjaga kesihatan disamping mendapatkan komposisi tubuh yang ideal.
1.7.2 Masyarakat
Dapatan kajian ini dapat meningkatkan lagi kefahaman masyarakat tentang
komposisi tubuh badan yang ideal dan meningkatkan kesedaran tentang taraf
kesihatan di kalangan penduduk. Amalan pemakanan mengikut diet yang seimbang
serta keperluan harian dapat mencegah kita daripada mengalami pelbagai penyakit di
samping melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas.
9
1.8 Skop Kajian
Kajian ini memberi penekanan kepada komposisi tubuh dan paras glukosa
dalam darah mengikut jantina dan peringkat umur yang berbeza bagi penduduk di
sekitar SMK Dato’ Usman Awang, Perling.
1.9 Limitasi kajian
Subjek adalah penduduk yang hadir semasa hari terbuka di sekolah berkenaan
yang secara umumnya terdiri dari pelajar, guru dan ibu bapa.
1.10 Definisi lstilah
1.10.1 Kesihatan
Keadaan sempurna fizikal, mental, dan sosial, dan tidak hanya ketika
ketiadaan sakit (Pertubuhan Kesihatan Sedunia, 1948).
1.10.2 Komposisi Tubuh
Peratusan lemak badan berbanding dengan otot, tulang dan tisu badan.
10
1.10.3 Kecergasan Fizikal
Kecergasan merupakan kebolehan melakukan sebarang kerja tanpa rasa
penat, serta mempunyai cukup tenaga untuk berekreasi dan mempunyai lebihan
tenaga untuk melalui peristiwa kecemasan.
1.10.4 Berat Badan
Menurut Kamus Dewan (2005), berat ialah ukuran sesuatu timbangan dan
badan ialah keadaan bentuk badan dari segi fizikal.
1.10.5 Indeks Jisim Tubuh (BMI)
Indeks Jisim Tubuh (BMI) merupakan formula untuk menilai berat badan
serta berkait rapat dengan ketinggian seseorang itu.
1.10.6 Paras Glukosa
Kandungan gula dalam darah pada paras mmol/L bagi seseorang individu.
1.10.7 Kategori Umur
Subjek dari umur 13 hingga 20 adalah dalam lingkungan peringkat umur
remaja dan subjek dari umur 22 hingga 55 adalah dalam lingkungan peringkat umur
dewasa.
11
1.10.8 Tahap Kesihatan
Merangkumi elemen komposisi tubuh, BMI, peratus lemak, berat, umur dan
paras glukosa.
BAB II
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Bab ini akan membincangkan mengenai komposisi tubuh seseorang adalah
berbeza dari segi peringkat umur, jantina dan sebagainya. Sehubungan dengan itu,
pelbagai kajian yang dijalankan berkenaan komposisi tubuh di mana terdapat
sesetengah kajian yang berkaitan dengan obesiti dan senaman yang diamalkan oleh
individu. Dalam bab ini, disenaraikan beberapa kajian lepas yang berkaitan dengan
kajian yang dijalankan oleh penyelidik.
2.2 Pengukuran Komposisi Tubuh
Analisis komposisi tubuh adalah penting khususnya melibatkan pengiraan
jisim bebas lemak, jisim lemak tubuh sebagai salah stau proses penilaian pemakanan.
Selain itu, perubahan indeks jisim tubuh juga mempengaruhi perubahan dalam
komponen tubuh badan kerana berkait rapat dengan tekanan darah serta faktor lain
penyakit kardiovaskular (Stamler et al., 1975; Berchtold et al., 1981). Penilaian
komposisi tubuh melibatkan penggunaan kaedah yang paling tepat, dan mudah
diakses, dan mungkin untuk menganggarkan komposisi tubuh seseorang sebenarnya.
Salah satu sistem penilaian umum komposisi tubuh adalah model dua bahagian
diperkenalkan oleh Siri (1961) dan Brozek et al. (1963), yang menganggap tubuh
terdiri daripada jisim lemak dan lemak bebas. Istilah jisim bebas lemak dan jisim
tubuh tanpa lemak sering disalahertikan secara umumnya dengan menganggap
13
bahawa jisim-jisim ini adalah dalam kategori yang sama dan tiada beza. Dengan itu,
jisim bebas lemak boleh ditakrifkan sebagai tidak mengandungi lipid manakala jisim
tubuh tanpa lemak pula termasuk sekitar 2% hingga 3% dan 5% hingga 8%, untuk
lelaki dan wanita (Heyward dan Stolarczyk, 1996).
Berdasarkan beberapa penyelidikan Siri, (1961), terdapat 36 elemen
direkodkan wujud dalam tubuh manusia. Daripada kesemua elemen tersebut, didapati
kira-kira 18-20 elemen mempunyai fungsi fisiologi. Unsur-unsur yang paling utama
adalah karbon, hidrogen, oksigen, nitrogen, kalsium, dan fosforus. Terdapat banyak
faktor yang akan menentukan jumlah elemen tertentu di dalam tubuh seperti jantina,
umur, dan saiz juga penting dalam menentukan jumlah perbezaan elemen dalam
tubuh.
Kajian Fatimah Ibrahim (2009), mendapati bahawa komposisi tubuh
mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan
lemak. Terdapat beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, namun kajian
menggunakan Analisis Penyepadanan Bio ternyata akan menghasilkan keputusan
tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah. Teknik ini tidak digunakan
secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan
untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai
penyakit kritikal lain.
Fatimah Ibrahim (2009) juga menyatakan bahawa model untuk mendapatkan
komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat dengan
memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90
darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir. Hasil
dapatan kajian menyatakan bahawa orang yang tidak melakukan lima perkara
tersebut mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik. Kajian tersebut turut
mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan
lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.
14
2.3 Jantina
Bjorntorp (1997) mendapati bahawa dalam proses penuaan, lelaki akan
mengoksidakan lemak, barangkali juga kehilangan jisim otot, manakala perempuan
menukarkan pengagihan lemak dalam badan untuk menampung bahagian atas badan.
Selain itu, beliau turut menyatakan hormon pertumbuhan, seperti testosteron, sering
menurun sesuai dengan usia, kerana itu, kemungkinan besar hormon berkait rapat
dalam perubahan komposisi tubuh berkaitan dengan usia. Terdapat perbezaan jantina
dalam komposisi tubuh yang mungkin ditentukan secara genetik, dengan kesan
tambahan hormon seks steroid dan perembesan hormon pertumbuhan.
Melalui proses penuaan, penurunan ini di pengaruhi hormon dan aktiviti
fizikal biasanya turut menurun. Horber et al. (1997) mendapati bahawa lelaki
mungkin akan lebih terdedah kepada akibat pengoksidaan metabolik lemak
berbanding perempuan. Penurunan kapasiti pengoksidaan lemak mungkin akan
merugikan keseimbangan optimum jisim lemak tubuh dan boleh menyebabkan
kelebihan lipid untuk bertindak balas, seterusnya mempengaruhi potensi untuk
mendapat penyakit diabetes melitus dan penyakit kardiovaskular.
2.4 Umur
Woo (1997) menyatakan melalui kajiannya berkenaan perbandingan
komposisi tubuh dengan umur terhadap wanita Kaukasia tua dan muda menunjukkan
bahawa jisim tidak berlemak lebih rendah manakala peratusan lemak yang lebih
tinggi dicatatkan. Hal ini menandakan bahawa wanita Cina mempunyai peratusan
lemak yang lebih tinggi bagi kategori wanita Kaukasia tua berbanding wanita muda.
Sehubungan dengan itu, dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan peratusan
lemak antara wanita Kaukasia tua dan muda.
15
Berdasarkan kajian, komposisi tubuh yang dijalankan terhadap 186 wanita
yang lebih tua pula mencatatkan penurunan lemak dengan usia, peningkatan jisim
dan air di dalam tubuh tapi tiada perubahan dalam kandungan mineral tulang (Rico et
al., 1993). Selain itu, Hamdy et al. (1994) mengkaji perubahan berkaitan umur dalam
komposisi tubuh dengan subjek seramai 619 wanita Amarika dan 356 lelaki Amarika
yang berusia di antara 40-70 tahun, mendapati bahawa tidak terdapat perubahan yang
signifikan terhadap berat badan semasa kurus atau gemuk dengan usia dan sekaligus
merumuskan perubahan usia hanya berkaitan kepada kepadatan mineral tulang
tubuh. Sebaliknya, dapatan kajian hanya mencatatkan penurunan jisim lemak, dan
tidak berlemak serta kandungan mineral tulang dengan penuaan. Sebagai
kesimpulan, kajian mendapati perubahan usia berkaitan komposisi tubuh lebih
tertumpu kepada wanita berbanding lelaki.
2.5 Kekerapan Senaman
Senaman lazimnya dikaitkan dengan kesihatan individu. Hoyman (1962)
menakrifkan kesihatan sebagai keadaan sihat yang optimum bagi kehidupan yang
sempurna, produktif dan kreatif. Ini ditunjukkan dalam satu hierarki yang bermula
dengan kesihatan optimum dan berakhir dengan kematian (kesihatan sifar). Namun
begitu, semakin ramai individu yang kurang melakukan senaman kerana alasan-
alasan tertentu seperti tiada masa lapang, penat bekerja dan sebagainya. Senaman
merupakan salah satu cara menjadikan tubuh badan sihat dan cergas di samping
dapat mengelak dari terjebak dengan pelbagai penyakit kronik seterusnya dapat
mengurangkan gejala obesiti atau berlebihan berat badan di kalangan rakyat di
negara ini.
Hockey (1966) mendapati bahawa senaman yang konsisten dapat
mengurangkan tekanan yang dialami oleh individu yang mempunyai lebihan berat
badan. Hal ini adalah kerana kekuatan fizikal akibat bersenam dapat menjadikan
16
tubuh badan cergas serta bertenaga dan dapat membina keyakinan diri mereka.
Seseorang yang sudah mencapai kecergasan fizikal dapat mengatasi cabaran aktiviti
fizikal dalam kehidupan harian, manakala seseorang yang mempunyai kecergasan
fizikal yang lemah akan berasa letih sesudah melakukan aktiviti fizikal. Kajian
populasi (Paffenbarger et al., 1986; Blair et al., 1989) menunjukkan aktiviti fizikal
memberi kesan yang positif terhadap jangkaan hidup dengan menurunkan kadar
kematian. Individu yang mempunyai kecergasan fizikal yang baik dapat
meningkatkan kecekapan sistem respirasi dan sistem kardiovaskular yang
merangkumi denyutan jantung, peredaran darah dan menambah kekuatan otot serta
menurunkan kandungan lemak dalam badan (Holloszy, 1998). Individu yang
mengamalkan senaman atau aktiviti fizikal boleh mengelakkan penyakit
kardiovaskular dan tekanan darah tinggi.
BAB III
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Metodologi atau kaedah kajian merupakan aspek yang penting dalam
menjalankan sesuatu kajian. Bab ini menerangkan perincian yang digunakan oleh
pengkaji dalam menjalankan kajian. Beberapa perkara yang dibincangkan adalah
rekabentuk, subjek kajian, tempat kajian, instrumen kajian, prosedur kajian,
penganalisaan data.
3.2 Rekabentuk Kajian
Ujian pengukuran komposisi tubuh badan digunakan untuk mengenalpasti
dengan menggunakan indeks jisim tubuh (BMI), peratusan dan jumlah lemak tubuh,
air, jisim otot, jisim tulang, tinggi, berat dengan menggunakan alatan tertentu seperti
mesin analisis kompisisi tubuh (TANITA, TBF-300, Jepun) dan pita pengukur untuk
mengukur ketinggian. Selain itu, sampel darah juga di ambil bagi menguji tahap
glukosa dalam darah menggunakan alat ACCU-CHEK Perfoma Meter (Roche
Diagnostics, USA) dan ACCU-CHEK Perfoma blood glucose test strips, (Roche
Diagnostics, USA). Analisis sampel darah berkenaan digunakan untuk menilai sama
ada kandungan glukosa subjek berada pada paras normal atau sebaliknya. Manakala
data berkenaan komposisi tubuh digunakan untuk melihat perbezaan dari segi jantina
dan kategori umur setiap subjek.
18
Taklimat kepada subjek tentang prosedur
pengukuran dan ujian yang akan dijalankan.
Pengukuran tinggi menggunakan pita ukur
ketinggian dalam sentimeter.
Pengukuran komposisi tubuh badan
menggunakan mesin analisis komposisi
tubuh (TANITA, TBF-300, Jepun) bagi
setiap subjek.
Pengambilan sampel darah untuk menguji
kandungan glukosa dalam darah
menggunakan analisis glukosa ACCU-
CHEK Perfoma Meter, (Roche Diagnostics,
USA) bagi setiap subjek.
Proses data deskriptif yang diperolehi
dengan menggunakan perisian
Microsoft Excel 2007 dan Computer
Statictical Package for Social Science
(SPSS) versi 15.0.
Rajah 3.1: Carta Alir Pelaksanaan Kajian
19
3.3 Subjek Kajian
Kajian ini melibatkan 60 orang awam yang terdiri dari lelaki dan perempuan
dalam lingkungan umur 13 hingga 55 tahun.
3.4 Tempat Kajian
Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’Usman
Awang, Perling, Johor.
3.5 Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan mesin analisis komposisi tubuh (TANITA, TBF-
300, Jepun) untuk mengukur komposisi tubuh yang merangkumi aspek indeks jisim
tubuh (BMI) iaitu tinggi dan berat. Alat ini menentukan jumlah keseluruhan berat,
peratus dan jumlah lemak tubuh, jisim otot, cecair dalam badan, dan jisim tulang.
Seterusnya pembacaan boleh dipengaruhi oleh tahap penghidratan, pengambilan
makanan, suhu kulit, dan faktor lain. Manakala pengukuran tinggi subjek diukur
menggunakan pita ukur ketinggian dalam sentimeter.
20
Rajah 3.2: Mesin Analisis Komposisi Tubuh TANITA, TBF-300, Jepun
3.6 Prosedur Kajian
Sebelum sesi pengujian dijalankan, subjek terlebih dahulu diberi taklimat dan
penerangan tentang prosedur ujian yang akan dijalankan. Ini adalah bertujuan untuk
memastikan ujian dapat dilakukan dengan betul dan selamat sekaligus memberikan
keputusan yang tepat. Subjek juga dikehendaki melengkapkan borang maklumat
peribadi untuk rujukan penyelidik.
3.6.1 Pengukuran Komposisi Tubuh
Bagi mengukur ketinggian subjek, pengkaji menggunakan pita pengukur yang
dilekatkan di dinding dan kemudian subjek perlu berdiri tegak, memandang ke
hadapan dan bahagian belakang tubuh rapat pada alat pengukur. Seterusnya, subjek
kajian dikehendaki berdiri di atas mesin analisis komposisi tubuh (TANITA, TBF-
300, Jepun) mengikut prosedur alatan untuk mengukur komposisi tubuh badan.
Terlebih dahulu, data berkenaan umur, tinggi, berat, jantina direkodkan pada alat
pengukur, maka subjek berdiri di atas mesin. Bahagian tumit subjek dipastikan
21
berada di belakang elektrod manakala kaki berada tepat di bahagian depan elektrod.
Data komposisi tubuh subjek seterusnya diproses sebaik sahaja subjek berdiri di atas
mesin. Setelah proses analisis komposisi tubuh selesai, keputusan analisis di cetak
terus dari mesin tersebut.
3.6.2 Persampelan Darah
Set peralatan ACCU-CHEK Perfoma Meter, (Roche Diagnostics, USA) atau
dikenali sebagai ‘meter’ digunakan untuk mengambil sampel darah. Sebagai langkah
pencegahan, kedua-dua belah tangan dipastikan kering dan bersih terlebih dahulu
serta di sapu dengan Alcohol Swab untuk mengelakkan risiko jangkitan. Dengan
menggunakan alat ‘Accu-Chek Safe-T-Pro Plus Lancets, hujung jari dicucuk untuk
mengambil sampel darah. Penyelidik menggunakan ‘Accu-Chek Safe-T-Pro Plus
Lancets yang baru setiap kali penggunaanya untuk mengelakkan risiko jangkitan.
Darah yang keluar dari hujung jari dititiskan sehingga memenuhi kawasan sampel
darah yang berwarna kuning pada test strip (ACCU-CHEK Glucose Strips, model,
USA). Dalam keadaan meter terpasang, sampel darah yang telah diambil tadi
diletakkan pada kawasan jalur yang berwarna kuning mengikut kedudukan anak
panah. Meter Accu-Check Perfoma, (Roche Diagnostics, USA) kemudiannya
menganalisis sampel darah tersebut. Keputusan terpapar dalam masa kira-kira 5 saat
dan disimpan secara automatik mengikut tarikh dan masa di dalam memori.
3.7 Penganalisaan Data
Semua data deskriptif dianalisa dengan perisian Microsoft Excel 2007 dan
diterjemahkan dalam bentuk purata dan sisihan piawai (min ± SD). Bagi
penganalisaan yang melibatkan statistik, data dianalisa dengan menggunakan
perisian komputer “Statistial Package for Sosial” (SPSS) versi 15.0. Ujian Two
22
Independent Samples Test digunakan untuk menguji perbezaan komposisi tubuh
dari segi pembolehubah jantina manakala analisis Korelasi Pearson (r) pula
digunakan untuk melihat sama ada terdapat hubungan yang signifikan di antara
pembolehubah kekerapan senaman dengan komposisi tubuh dan kandungan glukosa
dalam darah. Nilai signifikan untuk menguji hipotesis kajian ditetapkan pada aras
signifikan 0.05.
BAB IV
ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan
Penganalisaan data deskriptif digunakan untuk mendapatkan sukatan serakan
seperti kekerapan, purata, peratusan, sisihan purata min dan sisihan piawai bagi latar
belakang responden, taburan umur, berat, BMI, peratus lemak, dan paras glukosa
dalam darah. Data-data tersebut dipaparkan dalam bentuk jadual bagi memudahkan
proses penganalisaan data oleh penyelidik. Seterusnya bagi analisis statistik inferensi
bagi data yang diperoleh menjurus kepada hubungan antara kekerapan senaman
terhadap komposisi tubuh serta perkaitan antara paras glukosa terhadap kekerapan
senaman.
24
4.2 Latar Belakang Subjek
Rajah 4.1 menunjukkan taburan bilangan subjek yang terlibat dalam kajian ini
Keseluruhannya, seramai 60 orang awam terlibat di mana 14 orang daripadanya
adalah lelaki manakala selebihnya adalah perempuan iaitu seramai 46 orang. Dalam
bentuk peratusan, subjek lelaki mewakili 23.3% manakala subjek perempuan
mewakili 76.7% daripada keseluruhan subjek tersebut.
Rajah 4.1 : Taburan Bilangan Keseluruhan Subjek Mengikut Jantina
14 orang
(23.3%)
46 orang
(76.7%)
lelaki
perempuan
25
4.3 Pembahagian Subjek Mengikut Peringkat Umur
4.3.1 Kategori Remaja
Rajah 4.2 menunjukkan taburan bilangan subjek bagi kategori remaja.
Keseluruhannya, seramai 14 orang awam terlibat di mana 3 orang daripadanya
adalah remaja lelaki manakala selebihnya adalah remaja perempuan iaitu seramai 11
orang. Dalam bentuk peratusan, subjek remaja lelaki mewakili 21.4% manakala
subjek remaja perempuan mewakili 78.6% daripada keseluruhan subjek kategori
remaja tersebut.
Rajah 4.2 : Taburan Subjek Mengikut Jantina Bagi Peringkat Umur Kategori
Remaja
3 orang
(21.4%)
11 orang
(78.6%)
remaja lelaki
remaja perempuan
26
4.3.2 Kategori Dewasa
Rajah 4.2 menunjukkan taburan bilangan subjek bagi kategori dewasa.
Keseluruhannya, seramai 46 orang awam terlibat di mana 11 orang daripadanya
adalah lelaki dewasa manakala selebihnya adalah perempuan iaitu seramai 35 orang.
Dalam bentuk peratusan, subjek lelaki dewasa mewakili 24% manakala subjek
perempuan dewasa mewakili 76.1% daripada keseluruhan subjek kategori dewasa
tersebut.
Rajah 4.3 : Taburan Subjek Mengikut Jantina Bagi Peringkat Umur Kategori
Dewasa
4.4 Tahap Kesihatan
Jadual 4.1 menunjukkan keputusan analisis tahap kesihatan subjek bagi setiap
kategori. Keputusan analisis data bagi tahap kesihatan setiap subjek telah di
bahagikan mengikut kategori iaitu lelaki dewasa, perempuan dewasa, remaja lelaki
dan remaja perempuan. Analisis data bagi kategori remaja lelaki dengan bilangan
subjek seramai 3 orang menunjukkan purata umur serta sisihan piawai untuk umur,
berat, BMI, peratus lemak, paras glukosa dan kekerapan senaman masing-masing
11 orang
(24%)
35 orang
(76.1%)
lelaki dewasa
perempuan dewasa
27
adalah 16.0 ± 1.0, 56.0 ± 8.0, 19.4 ± 0.7, 17.7 ± 5.4, 5.0 ± 0.0, 2.0 ± 1.5. Bagi
kategori remaja perempuan (N=11), didapati umur, berat, BMI, peratus lemak, paras
glukosa dan kekerapan senaman adalah 15.6 ± 0.8 tahun, 50.3 ± 15.6 kg, 20.5 ± 4.8
kgm-2
, 26.0 ± 8.9 peratus, 6.1 ± 0.9 mmol/L, dan 2.2 ± 1.1 kali seminggu.
Seramai 11 orang subjek yang mewakili kategori lelaki dewasa pula
menunjukkan keputusan analisis bagi umur ialah 40.0 ± 9.2, berat 69.0 ± 12.2, BMI
26.2 ± 5.6, peratus lemak 28.7 ± 1.7, paras glukosa 6.4 ± 1.7 serta kekerapan
senaman 1.9 ± 1.2. Bagi kategori perempuan dewasa (N=35), didapati umur, berat,
BMI, peratus lemak, paras glukosa serta kekerapan senaman masing-masing adalah
35.9 ± 8.8, 59.0 ± 9.9, 24.5 ± 4.0, 32.7 ± 7.7, 6.7 ± 2.0, 1.8 ± 0.
Jadual 4.1 : Analisis Tahap Kesihatan Bagi Setiap Kategori
Kategori
Umur
Umur
(Tahun)
Berat
(kg)
BMI
(kgm-2
)
Peratus
Lemak
(%)
Paras
Glukosa
(mmol/L)
Kekerapan
Senaman
(Kali
Seminggu)
Remaja
Lelaki
(N = 3) 16.0±1.0
56.0±8.0
19.4±0.7
17.7±5.4
5.0±0.0
2.0±1.5
Remaja
Perempuan
(N = 11) 15.6±0.8
50.3±15.6
20.5±4.8
26.0±8.9
6.1±0.9
2.2 ± 1.1
Lelaki
Dewasa
(N = 11) 40.0±9.2
69.0±12.2
26.2±5.6
28.7±1.7
6.4±1.7
1.9 ± 1.2
Perempuan
Dewasa
( N = 35) 35.9±8.8
59.0 ± 9.9
24.5±4.0
32.7±7.7
6.7 ± 2.0
1.8 ± 0.5
28
4.5 Komposisi Tubuh Mengikut Kategori Umur Dan Jantina
Jadual 4.2 : Analisis Komposisi Tubuh Mengikut Kategori Umur Dan Jantina
____________________________________________________________________
Kategori Jantina Bilangan Komposisi Sig. (2-tailed)
Tubuh
(N)
Lelaki 3 Peratus Lemak 0.14
Remaja BMI 0.10
Perempuan 11 Berat 0.64
Lelaki 11 Peratus Lemak 0.37
Dewasa BMI 0.27
Perempuan 35 Berat 0.016
Berdasarkan analisis Two Independent Sample Test, tiada perbezaan
signifikan didapati bagi kategori remaja mengikut jantina untuk pembolehubah iaitu
peratusan lemak, BMI dan berat di antara lelaki dan perempuan nilai p masing-
masing adalah 0.14, 0.64 dan 0.10. Bagi kategori dewasa, tiada perbezaaan
signifikan diperolehi untuk pembolehubah peratusan lemak (p = 0.37), dan BMI (p
= 0.27). Namun, terdapat perbezaan yang signifikan bagi berat dengan nilai, p =
0.016.
29
4.6 Paras Kandungan Glukosa Dalam Darah
Jadual 4.3 : Analisis Paras Kandungan Glukosa Dalam Darah Mengikut Kategori
Umur Dan Jantina
Kategori Jantina Min Paras Glukosa Sig. (2-tailed)
(Mmol/L)
Lelaki 4.0
Remaja 0.10
Perempuan 8.5
Lelaki 22.2
Dewasa 0.71
Perempuan 23.9
Nilai min bagi kategori remaja lelaki adalah 4.0 mmol/L dan 8.5 mmol/L
untuk remaja perempuan. Bagi kategori dewasa, nilai min bagi paras glukosa adalah
sebanyak 22.2 mmol/L untuk lelaki manakala 23.9 mmol/L untuk wanita. Analisis
statistik bagi paras kandungan glukosa mengikut jantina tidak menunjukkan nilai
yang signifikan bagi kategori remaja dan dewasa. Bagi kategori remaja, nilai
signifikan (p) yang diperoleh adalah p = 0.10, Manakala nilai p bagi kategori
dewasa ialah 0.71.
30
4.7 Hubungan Senaman Dengan Komposisi Tubuh
Jadual 4.4 : Analisis Korelasi Hubungan Antara Komposisi Tubuh Dengan
Kekerapan Senaman Mengikut Kategori Umur Dan Jantina
Kategori Jantina Pembolehubah Nilai Sig. (2-tailed)
(r)
Berat -0.05 0.84
Lelaki BMI -0.11 0.70
Peratus Lemak -0.04 0.89
Remaja
Perempuan Kekerapan
Senaman
Berat -0.26 0.07
Lelaki BMI -0.34 0.02
Peratus Lemak -0.40 0.006
Dewasa
Perempuan Kekerapan
Senaman
Berdasarkan analisis data berkenaan komposisi tubuh dengan kekerapan
senaman bagi kategori remaja, keputusan korelasi Pearson -r menunjukkan terdapat
hubungan yang signifikan bagi elemen komposisi tubuh yang dikaji iaitu berat -r = -
0.05 kg dan peratusan lemak r = 0.04. Hanya BMI sahaja yang tidak menunjukkan
nilai yang signifikan dengan nilai r = -0.11. Bagi kategori dewasa, dapatan
keputusan yang berbeza turut diperolehi dimana nilai korelasi -r bagi berat, BMI,
dan peratus lemak masing-masing adalah -0.26, -0.34, dan -0.40. Keputusan ini
menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara komposisi
tubuh dan kekerapan senaman bagi kategori dewasa.
31
4.8 Hubungan Senaman Dengan Paras Kandungan Glukosa
Jadual 4.5 : Analisis Korelasi Hubungan Antara Kekerapan Senaman Dengan Paras
Kandungan Glukosa Mengikut Kategori Umur Dan Jantina.
Kategori Jantina Pembolehubah Nilai Sig. (2-tailed)
(r)
Lelaki Kekerapan Senaman
Remaja 0.14 0.61
Perempuan Paras Glukosa
Lelaki Kekerapan Senaman
Dewasa 0.07 0.63
Perempuan Paras Glukosa
Analisis data menunjukkan nilai min dan sisihan piawai untuk kekerapan
senaman bagi kategori remaja ialah 2.4±1.2 manakala nilai bagi paras kandungan
glukosa dalam darah adalah 5.9 ± 1.0 mmol/L. Keputusan analisis korelasi Pearson,
r menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang kuat di antara paras
kandungan glukosa dengan kekerapan senaman bagi kategori remaja iaitu (r = 0.14).
Selain itu, nilai p yang diperoleh adalah 0.61 lebih besar daripada nilai signifikan
yang ditetapkan (p = 0.05), maka hipotesis ini di tolak kerana tidak terdapat
hubungan yang signifikan antara paras kandungan glukosa yang normal dipengaruhi
oleh kekerapan senaman bagi kategori remaja.
Bagi kategori dewasa, nilai min dan sisihan piawai bagi kekerapan senaman
dan paras kandungan glukosa masing-masing adalah 1.8 ± 0.7 dan 6.6 ± 1.9 mmol/L.
Analisis korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan
dengan nilai korelasi r = 0.07 dan p = 0.63. Keputusan ini menunjukkan bahawa
terdapat hubungan signifikan antara paras kandungan glukosa terhadap kekerapan
senaman bagi kategori dewasa.
32
4.9 Rumusan
Analisis statistik menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan bagi
komposisi tubuh mengikut kategori umur dan jantina kecuali pada elemen berat bagi
kategori dewasa. Selain itu, analisis korelasi juga menunjukkan tiada hubungan
yang kuat di antara berat, BMI, dan peratus lemak dengan kekerapan senaman bagi
kategori dewasa namun bagi kategori remaja pula terdapat hubungan yang
signifikan bagi berat dan peratus lemak dengan kekerapan senaman. Tambahan lagi,
analisis korelasi juga mendapati tiada hubungan yang kuat di antara kekerapan
senaman dengan paras glukosa bagi kategori remaja, berbeza dengan kategori
dewasa yang menunjukkan hubungan yang signifikan.
BAB V
RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan hasil kajian yang telah diperolehi daripada
analisis data. Berdasarkan analisis data pada bab 4, huraian serta
perbincangan dalam bab ini akan menjawab kedua-dua persoalan kajian di
samping menjelaskan pencapaian objektif kajian yang telah dibentuk. Selain
itu, perbincangan dari kajian yang telah dilakukan juga akan dinyatakan di
dalam bab ini di mana setiap kesimpulan dan cadangan yang diusulkan
adalah berdasarkan kepada dapatan analisis.
5.2 Paerbincangan Hasil Kajian
5.2.1 Perbincangan Komposisi Tubuh Mengikut Kategori Umur Dan Jantina
Berdasarkan analisis ujian Two Independent Sample Test, keputusan
menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan bagi semua pembolehubah
yang dikaji iaitu berat, BMI dan peratus lemak bagi kategori remaja lelaki
34
dan perempuan Nilai p yang diperoleh masing-masing adalah 0.14, 0.64 dan
0.10. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa tidak terdapat
perbezaan komposisi tubuh mengikut kategori umur dan jantina antara
remaja lelaki dan remaja perempuan seterusnya membawa kepada
penolakan hipotesis dalam kajian ini.
Pada pandangan penyelidik, dapatan kajian tidak menampakkan hubungan
yang kuat kerana beberapa faktor seperti jumlah bilangan subjek yang sedikit dan
tidak seimbang antara lelaki dan perempuan. Hal ini akan mempengaruhi keputusan
dan data yang di peroleh. Manakala bagi dapatan kajian untuk kategori dewasa
lelaki dan perempuan juga tidak terdapat perbezaan untuk pembolehubah yang diuji
iaitu BMI dan peratus lemak kecuali bagi berat yang menunjukkan nilai, p = 0.01.
5.2.2 Paras Kandungan Glukosa Dalam Darah
Hasil dari dapatan kajian menunjukkan paras kandungan glukosa dalam darah
bagi subjek kategori remaja lelaki (N = 3) adalah pada tahap normal dengan nilai min
serta sisihan piawai adalah 5.0 ± 0.0 mmol/L. Manakala remaja perempuan pula
berada pada paras sederhana dengan nilai min dan sisihan purata adalah 6.1 ± 0.9
mmol/L. Data juga menunjukkan bahawa terdapat seorang subjek yang menunjukkan
paras kandungan glukosa yang tinggi iaitu 7.4 mmol/L yang berumur 16 tahun.
Secara terperinci, didapati daripada 11 orang subjek yang dikaji hanya 6 orang
mempunyai paras kandungan glukosa yang normal, dan selebihnya iaitu 5 orang
berada pada tahap melebihi paras normal iaitu.6.0 mmol/L ke atas.
Analisis bagi kategori lelaki dewasa pula menunjukkan paras glukosa berada
pada tahap sederhana dengan nilai min serta sisihan piawai 6. 4± 1.7 mmol/L.
Daripada 11 orang subjek yang dikaji, hanya 6 orang sahaja yang menunjukkan paras
glukosa pada tahap normal, dan selebihnya berada pada tahap bahaya dan
35
mengundang kepada penyakit kronik seperti diabetes dan sebagainya. Namun
terdapat seorang subjek yang mencecah paras tertinggi dengan nilai 10.4 mmol/L dan
berada pada lingkungan umur 50 tahun. Hal ini kerana subjek memang mengidap
penyakit kencing manis dan pada masa yang sama juga pemakanan atau diet seharian
yang tidak dikawal menjadikan punca paras kandungan glukosa dalam badan
meningkat dengan mendadak. Bagi kategori perempuan dewasa pula, nilai min dan
sisihan piawai iaitu 6.7 ± 2.0 menunjukkan paras kandungan glukosa subjek berada
pada paras sederhana. Daripada 36 orang subjek yang dikaji, hanya 15 orang subjek
yang menunjukkan paras kandungan glukosa mereka berada pada tahap normal dan
selebihnya 21 orang subjek pula berada pada tahap melebihi paras normal iaitu 6.0
mmol/L ke atas.
Selain itu, didapati seorang subjek yang berumur 46 tahun mencatatkan paras
glukosa yang tertinggi dengan nilai 14.6 mmol/L yang mana boleh membahayakan
kesihatan. Walaupun subjek menyatakan beliau menghidap penyakit kencing manis,
namun seharusnya kawalan pemakanan adalah perlu agar paras glukosa tidak
mencecah ke paras yang lebih tinggi. Namun, analisis statistik menunjukkan tidak
terdapat nilai yang signifikan bagi paras kandungan glukosa bagi kategori remaja dan
dewasa. Ini bermakna, kajian yang di jalankan ke atas subjek yang berbeza jantina
dan kategori umur tidak terdapat perbezaan untuk pembolehubah yang dikaji iaitu
paras kandungan glukosa dalam badan.
5.2.3 Hubungan Antara Kekerapan Senaman Dan Komposisi Tubuh
Keputusan analisis korelasi Pearson -r menunjukkan terdapat hubungan yang
signifikan bagi berat dengan nilai -r = -0.05 kg bagi kategori remaja. Dapatan kajian
ini menyokong kajian yang telah dilakukan oleh (McGlynn, 1999), mendapati
bahawa kekerapan melakukan senaman antara 3 hingga 4 kali seminggu akan
36
menghasilkan perubahan yang signifikan pada komposisi tubuh. Ini bermakna,
kekerapan melakukan senaman akan menghasilkan berat yang ideal bagi seseorang
individu. Untuk mendapatkan berat badan yang ideal, faktor-faktor seperti
keghairahan, kematangan, keadaan mental, corak atau tabiat pemakanan dan
sosialisasi mesti diutamakan apabila merawat obesiti (McGlynn, 1999). Dengan itu,
hipotesis kajian diterima iaitu berat badan yang ideal dipengaruhi oleh kekerapan
senaman bagi kategori remaja. Senaman yang dilakukan secara konsisten dan
mengambil diet yang simbang akan menghasilkan berat yang ideal seseorang
individu. Hockey (1993), menyatakan bahawa baki antara pengambilan makanan dan
penggunaan tenaga adalah amat mustahak dalam kawalan berat. Penerimaan
hipotesis ini menunjukkan bahawa remaja lelaki kerap melakukan senaman dan
bersukan sehingga mendapat berat yang ideal.
Berdasarkan keputusan analisis korelasi Pearson menunjukkan walaupun
tidak terdapat perkaitan yang kuat antara BMI dengan kekerapan senaman bagi
kategori remaja dengan nilai korelasi -r = -0.11 kgm-2
, namun nilai min dan sisihan
piawai bagi BMI dengan kekerapan senaman iaitu 20.3 ± 4.2 dan 2.3 ± 1.2
menunjukkan perkaitan yang kuat dengan BMI yang mencapai paras yang ideal.
Hipotesis kajian ditolak iaitu BMI yang ideal tidak dipengaruhi oleh kekerapan
senaman bagi kategori remaja.
Menerusi analisis korelasi Pearson, keputusan menunujukkan terdapat nilai
yang signifikan bagi peratusan lemak untuk kategori remaja dengan nilai r = 0.04 dan
seterusnya menjawab kepada penerimaan hipotesis iaitu peratus lemak yang ideal
dipengaruhi oleh kekerapan senaman. McArdle et al. (1996) juga menyatakan
bahawa jika jumlah pengambilan kalori makanan melebihi penggunaan tenaga
harian, maka lebihan kalori akan disimpan sebagai lipid dalam tisu adipos. Jika tidak
digunakan maka boleh menyebabkan obesiti kerana lemak berlebihan dalam badan
dan kesukaran melakukan aktiviti fizikal.
37
Seterusnya, keputusan bagi kategori dewasa yang menunjukkan dapatan yang
berbeza iaitu nilai korelasi -r bagi berat, BMI, dan peratus lemak masing-masing
adalah -0.26, -0.34 dan -0.40. Memandangkan nilai (p = 0.05), maka hipotesis kajian
di tolak yang menyatakan berat, BMI dan peratus lemak yang ideal tidak dipengaruhi
oleh kekerapan senaman.
5.2.4 Hubungan Antara Kekerapan Senaman Dan Paras Kandungan Glukosa
Keputusan analisis korelasi Pearson menunjukkan tidak terdapat hubungan
yang signifikan bagi paras kandungan glukosa dengan kekerapan senaman untuk
kategori remaja berdasarkan data yang diperolehi r = 0.14. Memandangkan nilai p =
0.61 maka hipotesis ditolak kerana paras kandungan glukosa yang normal tidak
dipengaruhi oleh kekerapan senaman bagi kategori remaja. Apabila dapatan kajian
tidak menunjukkan hubungan, kemungkinan banyak perkara perlu diteliti dan dikaji
semula. Hal ini mungkin dipengaruhi oleh jumlah subjek yang sedikit maka nilai
dapatan kajian menjadi tidak seimbang. Walaupun nilai korelasi didapati lemah,
namun nilai min serta sisihan piawai bagi paras glukosa dan senaman ialah 5.8 ± 0.9
dan 2.3 ± 1.2 menandakan terdapat perkaitan yang kuat kerana paras glukosa berada
pada paras normal dan kekerapan senaman juga dilakukan sebanyak 2-3 kali
seminggu.
Berbeza dengan dapatan kajian bagi kategori dewasa menunjukkan hubungan
yang signifikan antara paras kandungan glukosa dengan kekerapan senaman dengan
nilai korelasi r = 0.07. Maka dengan itu, hipotesis diterima kerana paras kandungan
glukosa yang normal dipengaruhi oleh kekerapan senaman. Walaupun terdapat
hubungan yang signifikan antara keduanya, namun nilai min dan sishan piawai bagi
paras glukosa menunjukkan nilai yang agak tinggi dan melebihi paras normal 6.6 ±
1.8. Paras glukosa yang normal dipengaruhi oleh pelbagai faktor misalnya usia,
keturunan, gender dan pengambilan makanan yang seimbang dengan mengurangkan
pengambilan makanan bergula, berminyak dan rendah kolestrol.
38
5.3 Kesimpulan
Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan komposisi
tubuh mengikut kategori umur dan jantina bagi kategori remaja. Bagi kategori
dewasa pula hanya berat sahaja yang menampakkan perbezaan yang signifikan
terhadap komposisi tubuh mengikut jantina manakala pembolehubah yang lain iaitu
BMI dan berat tidak menampakkan perbezaan. Manakala, dapatan kajian mengenai
paras kandungan glukosa dalam darah bagi setiap kategori umur dan jantina juga
tidak menampakkan perbezaan yang signifikan untuk kategori remaja dan manakala
kategori dewasa menunjukkan hubungan yang signifikan. Secara terperinci, rata-rata
subjek tidak mengamalkan serta menjaga tabiat pemakanan serta tidak melakukan
senaman atau aktiviti fizikal yang sesuai sehinggakan ramai di antara subjek yang
menghidap penyakit kencing manis.
Seterusnya, bagi dapatan kajian mengenai hubungan senaman dengan
komposisi tubuh, data menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan bagi
BMI, namun berat dan peratus lemak menunjukkan hubungan yang kuat bagi
kategori remaja. Bagi kategori dewasa pula tidak terdapat nilai signifikan bagi
ketiga-tiga elemen. Selain itu, hubungan antara senaman dan paras glukosa juga tidak
menunjukkan hubungan yang kuat antara satu sama lain bagi kategori remaja dan
bagi kategori dewasa pula menunjukkan nilai yang signifikan antara keduanya.
Secara keseluruhannya, hasil analisis menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikan bagi beberapa hipotesis yang dikaji. Oleh yang demikian, hipotesis null
(Ho 1), hipotesis null (Ho 3), hipotesis null (Ho 4), hipotesis null (Ho 5), hipotesis
null (Ho 7), hipotesis null (Ho 8) diterima dan hipotesis alternatif bagi (Ha 1), (Ha
3), (Ha 4), (Ha 5), (Ha 7), (Ha 8). Manakala bagi hipotesis alternatif (Ha 2), (Ha 6),
(Ha 9), diterima dan (Ho 2), (Ho 6), (Ho 9), adalah ditolak.
39
5.4 Cadangan
Setelah kajian dijalankan, penyelidik dapat menyatakan beberapa cadangan
yang boleh dilakukan untuk meningkatkan penyelidikan ini pada masa hadapan.
5.4.1 Pemilihan subjek
Dari segi pemilihan subjek, pengkaji mencadangkan agar kajian seterusnya
dilaksanakan dengan melibatkan subjek yang lebih ramai berbanding kajian ini. Hal
ini kerana kekurangan subjek akan membataskan matlamat kajian dan keputusan
kajian akan dipengaruhi oleh jumlah subjek yang terlibat. Walaupun dapatan kajian
semuanya menunjukkan tidak terdapat perbezaan dan hubungan yang signifikan bagi
setiap hipotesis yang diuji namun penglibatan subjek yang ramai akan menyebabkan
dapatan kajian lebih tepat dan mempunyai kebolehpercayaan yang lebih tinggi serta
keputusan yang berbeza.
5.4.2 Profesion Dan Latarbelakang
Penyelidik juga mencadangkan agar bakal pengkaji memilih subjek dari
pelbagai bidang pekerjaan misalnya guru, polis, atlit sukan negara dan sebagainya
untuk mendapatkan hasil kajian yang berbeza. Hal ini kerana, penyelidik tidak
menetapkan atau mengambil maklumat berkenaan pekerjaan bagi setiap subjek yang
di uji. Oleh itu, kajian akan lebih menarik jika kita dapat mengelaskan subjek
mengikut kumpulan pekerjaan dan seterusnya dapat mendapatkan keputusan yang
berbeza dari aspek pekerjaan.
40
5.4.3 Kawasan Yang Berbeza
Selain itu pengkaji masa hadapan disarankan agar melebarkan kawasan kajian
yang bersesuaian dan tidak terhad kepada satu negeri atau daerah sahaja untuk
mendapatkan hasil kajian yang berbeza.
5.4.4 Sasaran Subjek Mengikut Kategori
Penyelidik mencadangkan supaya pemilihan subjek dilakukan secara telus
dan dipecahkan mengikut kategori masing-masing. Hal ini kerana sewaktu
menjalankan penyelidikan ini, subjek di ambil secara rawak dan setelah itu baru
dipecahkan mengikut kategori. Sehubungan dengan itu, pengkaji masa hadapan perlu
menetapkan kumpulan sasaran seperti kategori dewasa sahaja atau kategori remaja
sahaja atau kedua-duanya untuk memudahkan pemilihan subjek dan proese
mengumpul data. Pengkaji juga disarankan agar mendapatkan maklumat. berkenaan
jenis senaman atau aktiviti fizikal yang dilakukan oleh subjek dengan lebih spesifik
agar dapatan kajian menjadi lebih kukuh.
Rujukan
Berchtold, P., Berger, M., Jorgens, V., Daweke, C., Chantelau, E., Cries, F.A., dan
Zimmermann, H., (1981). Cardiovascular risk factors and HDL-cholesterol
levels in obesity. Int. J. Obes. 5, 5–10.
Bjorntorp, P. (1997). Aging and Body Composition. Nutrition, 13 (6), 572-573.
Bjorntorp, P. (2002). Definition and classification of obesity. In: Fairburn,C.G.,
Brownell, K.D. (Eds.), Eating Disorders and Obesity: A Comprehensive
Handbook. Guilford Press, New York, (pp. 377–381).
Blair, S, Kohl, H.W., Paffenbarger, R.S., Clark, D.G., Cooper, K.H., dan Gibbons,
L.W., (1989). Physical Fitness and all cause mortality: A prospective study
of men and women. Journal of American Medical Association 262, 2395 -
2401.
Brozek, J., Grande, F., Anderson, J.T., Keys, A., (1963). Densitometric analysis of
body composition: revision of some quantitative assumptions. Annals of the
New York Academy of Sciences 110, 113 – 140.
Dubos, R. (1968). So human an animal. New York: Scribner.
Falls, Harold B., dan Baylor, Ann M. (1980). Essentials of fitness. Saunders College
(Philadelphia).
Fatimah Ibrahim, Wan Abu Bakar Wan Abas, dan Ng Siew Cheok. (2008). Solat:
Kebaikan Dari Perspektif Sains. Kuala Lumpur : Jabatan Kejuruteraan
Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya.
42
Fox dan Mathew (1981). Dalam Judith E. Brown (2002), Nutrition Now Fitness.
Wordsworth, CA.
Hamdy, R.C. Whalen, K., Donnelly, J., Cancellaro, V., Moore, S., Hudgins, L.
(1994). Age associated changes in body composition in healthy women
and men. Age Ageing 23 (Suppl. 1), 15.
Heyward, V.H., dan Stolarczyk, L.M. (1996). Applied body composition assessment.
Champaign: Human Kinetics.
Hockey, R.V. (1993). Physical Fitness: The Pathway Healthful Living. Edisi ke-7.
Missouri: Mosby-Year Book Inc.
Hockey (1996). ″ Practical Measurement for Evaluation in Physical Education. ″
(4th edition), UnitedState of America : Burges Publishing United State of
America.
Holloszy, J.O. (1998). Minireview: Exercise and longevity: studies on rats. Journal
of Gerontology, 43, 149 - 151.
Hoyman, H. (1962). Our modern concept of health.Journal of School Health, 32,
253.
Horber, F.F., Gruber, B., Thomi, F., Jensen, E.X., dan Jaeger, P. (1997). Effect of sex
and age on bone mass, body composition and fuel metabolism in humans.
Nutrition 13524.
J.R. Lustig, dan B.J.G Strauss. (2003). Encyclopedia of Food Sciences and Nutrition,
Pages 550-557.
43
J. Woo., T. Kwok., E. Lau., M. Li., L.M. Yu. (1997). Arch. Gerontol. Body
composition in Chinese subjects: Relationship with age and disease 26,
23–32.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Selangor : Dawama Sdn. Bhd.
Lyndon J. O. Joseph, Alice S. Ryan. (2004). Encyclopedia of Endocrine
Diseases, Pages 373-377.
McArdle, D.M. Katch, F.I. and Katch, V.L. (1996). Exercise Physiology: Energy,
Nutrition and Human Performance. (4th
ed.). Philadelphia, PA: Lippincott.
Williams and Wilkins.
McGlynn, G. (1999). Dynamics of Fitness: A Practical Approach. 5th
ed. St. Louis.
The McGraw-Hall Companies Inc. Prentice, W.E. (1999). Fitness and
Wellness for Life. (6th
ed.). Colombia: McGraw-Hill, Inc.
Nor Kumala Awang (2007, 30 Julai). Gaya Hidup Sihat Perlu Keseimbangan
Rohani Dan Jasmani. Institute Of Islamic Understanding Malaysia (IKIM).
Obesiti: Kajian didapati Malaysia Hadapi Masalah Paling Besar Di Asia. (2005,
July 8). Bernama.
Ortiz, O., Russell-Aulet, M., Daley, T.L., Baumgartner, R.N., Waki, M., Lichtman,
S., Wang, J., Pierson, R.N., Heymsfield, S.B., (1992). Differences in overall
muscle and bone mineral mass between black and white females and their
relevance to estimates of body composition. (55), 8–13.
44
Paffenbarger RS Jr, Hyde RT, Wing AL dan Hsieh C-c (1986). Chronic disease in
former college students: XXX. Physical activity, all-cause mortality, and
longevity of college alumni. New England Journal of Medicine 314, 605–613
Pollock, M.L., dan Wilmore, J.H. (1984). Exercise in health and disease: Evaluation
and prescription for prevention and rehabilitation Ed. Ke-2. Philadelphia:
W.B. Saunders Company.
Rico, H., Revilla, M., Hernandez, E.R., Gonzalez-Riola, J.M., dan Villa, L.F. (1993).
Four-compartment model of body composition of normal elderly women. Age
Ageing 22, 265–268.
Siri, W.E., (1961). Body composition from fluid space and density. In: Brozek, J.,
Hanschel, A. (Eds.), Techniques for Measuring Body Composition. National
Academy of Science, Washington, DC, (pp. 223–244).
Stamler, J., Stamler, R., Rhomberg, P., Dyer, A., Berkson, D., Reedus, W.,
Wanamaker, J., (1975). Multivariate analysis of the relationship of six
variables to blood pressure:findings from Chicago community surveys,
1965–1971. J. Chronic Dis. 28, 499–525.
Wee Oeng Hoe (1998). Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Shah Alam:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
World Health Organization (1948). Constitution of the World Health Organization.
In Documents Commodities, Geneva: Author.
World Health Organization, (1995). Physical status: the use and interpretation of
anthropometry. World Health Organization Technical Report Series, 854.
45
World Health Organization, (1998). Obesity: preventing and managing the global
epidemic: Report of a WHO consultation on obesity, Geneva, 3– 5 June 1997.
World Health Organization Division of Noncommunicable Disease
Programme of Nutrition Family and Reproductive Health, Geneva.
LAMPIRAN A
CETAKAN JADUAL ANALISIS DATA SPSS
DEWASA
NPar Tests
Descriptive Statistics
N Mean Std. Deviation Minimum Maximum
Berat 46 61.4130 11.20628 44.20 87.80
BMI 46 24.8870 4.44360 17.30 35.90
Lemak 46 31.7435 8.92469 11.40 50.10
Glukosa 46 6.6022 1.87646 4.00 14.60
Senaman 46 1.8261 .73950 1.00 5.00
Kategori 46 4.0000 .00000 4.00 4.00
Jantina 46 1.7609 .43127 1.00 2.00
47
Mann-Whitney Test
Ranks
Jantina N Mean Rank Sum of Ranks
Berat lelaki 11 32.00 352.00
perempuan 35 20.83 729.00
Total 46
BMI lelaki 11 26.64 293.00
perempuan 35 22.51 788.00
Total 46
Lemak lelaki 11 19.59 215.50
perempuan 35 24.73 865.50
Total 46
Glukosa lelaki 11 22.18 244.00
perempuan 35 23.91 837.00
Total 46
Senaman lelaki 11 21.95 241.50
perempuan 35 23.99 839.50
Total 46
Kategori lelaki 11 23.50 258.50
perempuan 35 23.50 822.50
Total 46
Test Statistics(b)
Berat BMI Lemak Glukosa Senaman Kategori
Mann-Whitney U 99.000 158.000 149.500 178.000 175.500 192.500
Wilcoxon W 729.000 788.000 215.500 244.000 241.500 822.500
Z -2.408 -.889 -1.107 -.374 -.507 .000
Asymp. Sig. (2-
tailed) .016 .374 .268 .709 .612 1.000
Exact Sig. [2*(1-
tailed Sig.)] .015(a) .387(a) .272(a) .722(a) .666(a) 1.000(a)
a Not corrected for ties.
b Grouping Variable: Jantina
48
Correlations
Descriptive Statistics
Mean Std. Deviation N
Berat 61.4130 11.20628 46
BMI 24.8870 4.44360 46
Lemak 31.7435 8.92469 46
Glukosa 6.6022 1.87646 46
Senaman 1.8261 .73950 46
Jantina 1.7609 .43127 46
49
Correlations
Berat BMI Lemak
Gluk
osa Senaman
Jantin
a
Berat Pearson
Correlatio
n
1 .869(**) .635(**) .217 -.262 .386(
**)
Sig. (2-
tailed) .000 .000 .147 .079 .008
N 46 46 46 46 46 46
BMI Pearson
Correlatio
n
.869(**) 1 .859(**) .217 -.336(*) -.171
Sig. (2-
tailed) .000 .000 .147 .022 .256
N 46 46 46 46 46 46
Lemak Pearson
Correlatio
n
.635(**) .859(**) 1 .160 -.400(**) .192
Sig. (2-
tailed) .000 .000 .288 .006 .202
N 46 46 46 46 46 46
Glukosa Pearson
Correlatio
n
.217 .217 .160 1 .072 .067
Sig. (2-
tailed) .147 .147 .288 .633 .660
N 46 46 46 46 46 46
Senama
n
Pearson
Correlatio
n
-.262 -.336(*) -.400(**) .072 1 -.064
Sig. (2-
tailed) .079 .022 .006 .633 .674
N 46 46 46 46 46 46
Jantina Pearson
Correlatio
n
-.386(**) -.171 .192 .067 -.064 1
Sig. (2-
tailed) .008 .256 .202 .660 .674
N 46 46 46 46 46 46
** Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).
* Correlation is significant at the 0.05 level (2-tailed).
50
REMAJA
NPar Tests
Descriptive Statistics
N Mean Std. Deviation Minimum Maximum
Berat 14 51.5357 14.22704 38.80 94.40
BMI 14 20.3000 4.27839 16.40 32.70
Lemak 14 24.2071 8.83224 12.90 46.40
Glukosa 14 5.8929 .96274 4.80 7.40
Senaman 14 2.3571 1.21574 1.00 5.00
Jantina 14 1.7857 .42582 1.00 2.00
Mann-Whitney Test
Ranks
Jantina N Mean Rank Sum of Ranks
Berat lelaki 3 10.67 32.00
perempuan 11 6.64 73.00
Total 14
BMI lelaki 3 8.50 25.50
perempuan 11 7.23 79.50
Total 14
Lemak lelaki 3 4.00 12.00
perempuan 11 8.45 93.00
Total 14
Glukosa lelaki 3 4.00 12.00
perempuan 11 8.45 93.00
Total 14
Senaman lelaki 3 9.17 27.50
perempuan 11 7.05 77.50
Total 14
51
Test Statistics(b)
Berat BMI Lemak Glukosa Senaman
Mann-Whitney U 7.000 13.500 6.000 6.000 11.500
Wilcoxon W 73.000 79.500 12.000 12.000 77.500
Z -1.479 -.468 -1.635 -1.646 -.910
Asymp. Sig. (2-
tailed) .139 .640 .102 .100 .363
Exact Sig. [2*(1-
tailed Sig.)] .170(a) .659(a) .126(a) .126(a) .456(a)
a Not corrected for ties.
b Grouping Variable: Jantina
Correlations
Descriptive Statistics
Mean Std. Deviation N
Berat 51.5357 14.22704 14
BMI 20.3000 4.27839 14
Lemak 24.2071 8.83224 14
Glukosa 5.8929 .96274 14
Senaman 2.3571 1.21574 14
Jantina 1.7857 .42582 14
52
Correlations
Berat BMI Lemak Glukosa Senaman Jantina
Berat Pearson
Correlation
1 .884(**) .631(*) .115 -.059 -.171
Sig. (2-
tailed)
.000 .016 .696 .840 .558
N 14 14 14 14 14 14
BMI Pearson
Correlation
.884(**) 1 .874(**) .173 -.111 .110
Sig. (2-
tailed)
.000 .000 .554 .706 .709
N 14 14 14 14 14 14
Lemak Pearson
Correlation
.631(*) .874(**) 1 .281 .042 .399
Sig. (2-
tailed)
.016 .000 .330 .887 .157
N 14 14 14 14 14 14
Glukosa Pearson
Correlation
.115 .173 .281 1 .147 .503
Sig. (2-
tailed)
.696 .554 .330 .616 .067
N 14 14 14 14 14 14
Senaman Pearson
Correlation
-.059 -.111 .042 .147 1 -.287
Sig. (2-
tailed)
.840 .706 .887 .616 .321
N 14 14 14 14 14 14
Jantina Pearson
Correlation
-.171 .110 .399 .503 -.287 1
Sig. (2-
tailed)
.558 .709 .157 .067 .321
N 14 14 14 14 14 14
** Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).
* Correlation is significant at the 0.05 level (2-tailed).