Upload
vanhanh
View
254
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
1
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
PUSAT IKLIM NASIONAL
TINJAUAN CUACA BAGI TEMPOH MAC HINGGA OGOS 2019
Tinjauan cuaca jangka panjang bagi bulan Mac hingga Ogos 2019 ini adalah berdasarkan
hasil konsensus ahli-ahli meteorologi melalui perbincangan dan penganalisaan model -
model tinjauan iklim terpilih seperti NCEP coupled forecast system model version 2
(CFSv2), JMA Ensemble Prediction System (Tokyo Climate Centre), European Centre for
Medium Range Weather Forecast (ECMWF) dan Seasonal Climate Forecast, International
Research Institute for Climate Society (IRI). Fenomena global yang mempengaruhi
keadaan cuaca semasa seperti El-Niňo Southern Oscillation (ENSO), Madden-Julian
Oscillation (MJO) dan Indian Ocean Dipole (IOD) juga turut diambilkira dalam membuat
jangkaan tinjauan cuaca ini.
Kebanyakan model iklim antarabangsa menjangkakan keadaan El Niño terbentuk dan
berterusan sehingga Mei 2019 dengan kebarangkalian 55%. Pemantauan anomali purata
suhu permukaan laut (SST) iaitu Oceanic Niňo Indeks (ONI) yang terkini bagi November-
Disember-Januari (NDJ) adalah 0.8°C berbanding 0.9°C pada Oktober–November-
Disember (OND) lalu. Manakala anomali SST mingguan terkini di kawasan pemantauan
Niňo 3.4 ialah 0.7°C. Sementara itu, anomali di kawasan pemantauan Niňo 1+2, Niňo 3
dan Niňo 4 masing-masing adalah 0.2°C, 0.5°C dan 1.0°C.
Sepanjang tempoh tinjauan Mac hingga Ogos 2019 ini, keadaan cuaca di negara
dipengaruhi oleh tiga (3) fasa monsun iaitu Monsun Timur Laut (Mac), peralihan
monsun (April), dan Monsun Barat Daya (Mei-Ogos). Bulan Mac merupakan penghujung
Monsun Timur Laut dan kebanyakan tempat lazimnya kurang menerima hujan bagi
tempoh yang panjang. Keadaan ini juga boleh menyebabkan bacaan suhu di negeri-
negeri di sebelah utara dan tengah Semenanjung Malaysia meningkat kerana
cenderung untuk mengalami keadaan cuaca yang lebih panas dan kering berbanding
negeri-negeri lain.
Pada bulan Mac 2019, kebanyakan tempat di Semenanjung Malaysia dijangka menerima
jumlah hujan pada paras purata kecuali di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Hulu
Perak, Kelantan dan Terengganu yang dijangka menerima hujan sedikit di bawah paras
2
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
PUSAT IKLIM NASIONAL
purata dengan jumlah kurang daripada 150mm. Negeri-negeri di Pantai Barat
Semenanjung dijangka menerima jumlah hujan di antara 100mm hingga 350mm.
Sementara itu, kebanyakan bahagian di negeri Sabah masih lagi dijangka menerima
jumlah taburan hujan yang kurang berbanding purata bulanan iaitu dengan jumlah kurang
daripada 150mm. Di negeri Sarawak, kebanyakan bahagian dijangka menerima jumlah
hujan pada paras purata sepanjang tempoh Mac 2019. Kawasan pedalaman Sarawak
seperti Bahagian Kapit dijangka akan menerima cuaca yang lebih lembap berbanding
bahagian-bahagian lain dengan jumlah hujan bulanan boleh mencecah sehingga 450mm.
Manakala Bahagian Kuching dan Samarahan dijangka menerima jumlah hujan bulanan
sekitar 250mm hingga 400mm. Sementara itu, Bahagian Miri dianggarkan menerima
hujan kurang daripada 200mm. Lain-lain bahagian di Sarawak dijangka menerima hujan
pada paras purata di antara 200mm hingga 350mm.
Musim peralihan monsun kebiasaannya berlaku pada bulan April dan lazimnya
berakhir pada pertengahan bulan Mei. Sepanjang tempoh ini,aktiviti perolakan
cenderung untuk berlaku berikutan tiupan angin yang lemah dari pelbagai arah di
samping keadaan atmosfera yang tidak stabil. Ini boleh mengakibatkan hujan lebat
berserta ribut petir dan angina kencang boleh terjadi pada sebelah petang terutama
bagi negeri-negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia. Sepanjang tempoh April
2019, kebanyakan tempat di Semenanjung Malaysia masih lagi dijangka menerima hujan
pada paras purata kecuali di Hulu Perak, Kelantan dan sebahagian utara negeri
Terengganu yang dijangka menerima taburan hujan kurang daripada 150mm iaitu sedikit
bawah daripada paras purata hujan bulanan. Lain-lain tempat di Semenanjung Malaysia
dijangka menerima jumlah hujan di antara 150mm hingga 400mm. Bagi negeri Sarawak,
cuaca yang lembap masih lagi dijangka tertumpu di Bahagian Kapit dengan jumlah
mencecah 450mm iaitu sedikit melebihi paras purata bulanan. Bahagian Kuching,
Samarahan, Sri Aman, Betong, dan Sibu pula dianggarkan menerima hujan kurang
daripada 350mm. Manakala lain-lain bahagian seperti Bahagian Miri dan Limbang
masing-masing dianggarkan menerima jumlah hujan kurang daripada 200mm dan
300mm. Di Sabah, kebanyakan bahagian dijangka menerima hujan pada paras purata
kecuali di Bahagian Kudat, Sandakan dan Tawau yang dianggarkan menerima curahan
hujan kurang daripada 100mm iaitu sedikit kurang berbanding nilai purata hujan bulanan.
Sementara itu, Bahagian Pedalaman Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan dijangka
3
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
PUSAT IKLIM NASIONAL
menerima hujan sehingga 250mm. Manakala Bahagian Pantai Barat dijangka menerima
jumlah hujan di antara 100mm hingga 150mm.
Kebanyakan tempat di negara dijangka akan menerima jumlah hujan pada paras purata
sepanjang bulan Mei 2019, kecuali di pedalaman Sarawak yang dijangka akan menerima
hujan sedikit melebihi purata bulanan. Di Semenanjung Malaysia, kebanyakan tempat
dijangka menerima curahan hujan sekitar 100mm hingga 300mm. Di negeri Sarawak,
Bahagian Kapit dijangka menerima hujan lebih tinggi berbanding bahagian-bahagian lain
iaitu sekitar 350mm hingga 450mm. Bahagian Miri pula dijangka akan menerima taburan
hujan sekitar 150mm hingga 250mm. Manakala lain-lain bahagian dianggarkan menerima
hujan di antara 200mm hingga 300mm. Di negeri Sabah, Bahagian Pedalaman, Kudat,
Sandakan dan Tawau dijangka menerima jumlah hujan kurang daripada 200mm.
Sementara itu, Bahagian Pantai Barat pula dianggarkan menerima curahan hujan di
antara 150mm hingga 250mm. Manakala Wilayah Persekutuan Labuan pula dijangka
menerima taburan hujan di antara 250mm hingga 350mm.
Pada bulan Jun 2019, kebanyakan tempat di negara masih lagi dijangka akan menerima
taburan hujan pada paras purata. Di Semenanjung Malaysia, kebanyakan tempat dijangka
menerima jumlah hujan di antara 100mm hingga 200mm kecuali Pulau Langkawi dijangka
menerima jumlah hujan yang lebih tinggi berbanding tempat lain dengan jumlah sekitar
200mm hingga 300mm. Di negeri Sarawak, Bahagian Bintulu dan Pedalaman dijangka
menerima hujan sekitar 200mm hingga 300mm. Manakala lain-lain bahagian dianggarkan
menerima taburan hujan pada paras purata di antara 150mm hingga 250mm. Sementara
itu, Bahagian Pedalaman di Sabah dijangka akan menerima curahan hujan kurang
daripada 150mm. Sebaliknya, Bahagian Pantai Barat Sabah dianggarkan menerima
taburan hujan di antara 200mm hingga 350mm. Manakala taburan hujan di Wilayah
Persekutuan Labuan pada bulan Jun 2019 dijangka di antara 250mm hingga 350mm.
Lain-lain bahagian di negeri Sabah dianggarkan menerima jumlah hujan 100mm hingga
200mm.
Negara masih lagi dijangka menerima taburan hujan pada paras purata bagi sepanjang
tempoh Julai 2019. Di Semenanjung Malaysia, kebanyakan tempat dianggarkan
menerima jumlah hujan bulanan di antara 100mm hingga 250mm. Sementara itu di negeri
Sarawak, Bahagian Pedalaman dijangka menerima cuaca lebih lembap berbanding
bahagian lain iaitu di antara 250mm hingga 350mm. Manakala Bahagian Bintulu dijangka
4
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
PUSAT IKLIM NASIONAL
menerima jumlah hujan bulanan di antara 200mm hingga 300mm. Lain-lain bahagian
dianggarkan menerima curahan hujan di antara 150mm hingga 250mm. Di negeri Sabah,
Bahagian Pantai Barat dijangka akan menerima taburan hujan sekitar 200mm hingga
300mm. Bahagian Sandakan dan Tawau pula dianggarkan menerima jumlah hujan di
antara 150mm hingga 250mm. Bahagian Pedalaman dan Bahagian Kudat dijangka
menerima taburan hujan yang kurang berbanding bahagian-bahagian lain iaitu di antara
100mm hingga 150mm. Sementara itu, Wilayah Persekutuan Labuan dianggarkan
menerima jumlah curahan hujan bulanan di antara 200mm hingga 350mm.
Pada bulan Ogos 2019, taburan hujan di keseluruhan kawasan di negara dijangka berada
pada paras purata. Kebanyakan tempat di Semenanjung Malaysia dijangka akan
menerima taburan hujan di antara 100mm hingga 300mm. Walau bagaimanapun,
kawasan Pulau Langkawi dijangka menerima jumlah hujan lebih tinggi berbanding
kawasan lain iaitu di antara 250mm hingga 400mm. Di Sabah pula, Bahagian Kudat dan
Pedalaman Sabah dijangka menerima hujan 100mm hingga 140mm. Manakala Bahagian
Sandakan dan Tawau dianggarkan menerima jumlah hujan di antara 150mm hingga
250mm. Wilayah Persekutuan Labuan pula dijangka akan menerima hujan di antara
250mm hingga 350mm. Sementara itu, Bahagian Bintulu, Kapit serta Pedalaman Sarawak
dijangka menerima jumlah hujan di antara 200mm hingga 350mm. Lain-lain bahagian di
Sarawak dianggarkan akan menerima curahan hujan sekitar 200mm hingga 300mm.
Lampiran 1 dan Lampiran 2 berikut menunjukkan ringkasan dan keterangan terperinci
tinjauan cuaca bagi tempoh Mac hingga Ogos 2019 bagi keseluruhan Malaysia.
5
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
PUSAT IKLIM NASIONAL
Lampiran 1
6
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
PUSAT IKLIM NASIONAL
7
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
PUSAT IKLIM NASIONAL
8
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
PUSAT IKLIM NASIONAL
9
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
PUSAT IKLIM NASIONAL
10
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
PUSAT IKLIM NASIONAL
11
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
PUSAT IKLIM NASIONAL
Lampiran 2
Ringkasan Tinjauan Cuaca dari Mac hingga Ogos 2019
Negeri/Wilayah Persekutuan
Tempoh Jangkaan
Jumlah Hujan Bulanan (mm)
Tinjauan Cuaca (Pengkelasan)
Perlis
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
80-100
140-210
130-200
100-150
140-210
150-230
Sedikit Bawah Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Kedah
Alor Setar
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
80-110
160-240
170-260
130-200
160-230
170-260
Sedikit Bawah Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Sungai Petani, Kulim
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
120-160
230-350
200-300
120-180
120-190
170-250
Sedikit Bawah Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Langkawi
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
70-90
160-240
180-270
190-280
210-320
280-420
Sedikit Bawah Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Pulau Pinang
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
90-120
170-250
190-280
140-200
160-240
200-290
Sedikit Bawah Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
12
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
PUSAT IKLIM NASIONAL
Negeri/Wilayah Persekutuan
Tempoh Jangkaan
Jumlah Hujan Bulanan (mm)
Tinjauan Cuaca (Pengkelasan)
Perak
Hulu Perak
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
90-120
120-150
140-220
90-130
90-140
110-160
Sedikit Bawah Purata
Sedikit Bawah Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Kuala Kangsar, Larut dan Matang
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
120-180
150-230
100-150
100-150
100-140
110-160
Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Kinta,
Perak Tengah,
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
160-240
220-330
180-270
120-180
130-190
140-210
Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Hilir Perak, Manjung
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
110-160
120-180
100-150
70-100
80-120
100-140
Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Selangor
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
200-300
230-350
170-250
110-160
110-170
130-190
Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
W. P. Kuala Lumpur
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
240-360
270-410
210-310
120-180
120-190
140-200
Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
13
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
PUSAT IKLIM NASIONAL
Negeri/Wilayah Persekutuan
Tempoh Jangkaan
Jumlah Hujan Bulanan (mm)
Tinjauan Cuaca (Pengkelasan)
W. P. Putrajaya
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
120-180
140-210
110-160
90-140
120-180
110-170
Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Negeri Sembilan
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
170-250
200-310
160-240
110-160
130-200
120-180
Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Melaka
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
110-170
150-220
140-200
130-200
150-220
160-240
Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Kelantan
Tanah Merah, Jeli,
Gua Musang,
Kuala Krai
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
70-90
60-80
130-190
130-200
130-190
150-230
Sedikit Bawah Purata
Sedikit Bawah Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Tumpat, Kota Bharu,
Bachok
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
70-90
50-70
90-140
100-150
130-190
130-200
Sedikit Bawah Purata
Sedikit Bawah Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Terengganu Gong
Kedak, Besut
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
100-130
60-80
130-190
140-210
160-230
190-290
Sedikit Bawah Purata
Sedikit Bawah Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
14
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
PUSAT IKLIM NASIONAL
Negeri/Wilayah Persekutuan
Tempoh Jangkaan
Jumlah Hujan Bulanan (mm)
Tinjauan Cuaca (Pengkelasan)
Kuala Terengganu
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
110-150
60-80
90-130
90-130
100-150
110-160
Sedikit Bawah Purata
Sedikit Bawah Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Dungun, Kemaman
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
90-130
110-160
130-190
120-170
100-150
140-210
Sedikit Bawah Purata Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Pahang
Kuantan
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
140-200
120-190
150-220
130-190
120-190
150-220
Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Pekan, Rompin
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
160-240
110-160
100-160
100-150
120-180
130-190
Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Maran, Temerloh
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
120-180
140-210
140-210
100-140
90-140
120-190
Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Cameron Highlands
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
180-270
220-330
220-330
140-220
150-220
190-280
Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
15
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
PUSAT IKLIM NASIONAL
Negeri/Wilayah Persekutuan
Tempoh Jangkaan
Jumlah Hujan Bulanan (mm)
Tinjauan Cuaca (Pengkelasan)
Batu Embun, Jerantut,
Lipis
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
130-190
140-200
150-220
110-170
120-180
120-190
Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Johor
Mersing,
Kota Tinggi
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
110-170
90-140
120-170
110-170
130-200
140-200
Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Kluang, Pontian,
Batu Pahat, Segamat,
Muar, Tangkak
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
160-240
180-270
150-230
110-160
110-170
110-170
Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Kulai,
Johor Bahru,
Nusajaya
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
160-250
190-290
170-260
120-190
140-220
160-240
Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Sarawak
Kuching
Samarahan
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
270-410
230-350
200-310
180-260
160-240
190-280
Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Sri Aman
Betong
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
240-360
210-320
200-300
160-240
160-230
190-280
Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
16
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
PUSAT IKLIM NASIONAL
Negeri/Wilayah Persekutuan
Tempoh Jangkaan
Jumlah Hujan Bulanan (mm)
Tinjauan Cuaca (Pengkelasan)
Sibu
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
250-380
230-340
190-280
160-230
140-220
180-270
Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Bintulu
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
210-320
210-310
190-280
200-310
200-300
230-350
Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Kapit, Belaga
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
310-470
380-450
380-440
190-290
240-360
230-340
Purata
Sedikit Melebihi Purata
Sedikit Melebihi Purata
Purata
Purata
Purata
Miri
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
120-180
140-210
160-240
180-270
160-240
170-260
Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Limbang
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
200-310
200-290
220-320
170-250
180-270
200-300
Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
W. P. Labuan
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
50-80
170-250
240-350
240-360
230-350
240-360
Bawah Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
17
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
PUSAT IKLIM NASIONAL
Negeri/Wilayah Persekutuan
Tempoh Jangkaan
Jumlah Hujan Bulanan (mm)
Tinjauan Cuaca (Pengkelasan)
Sabah
Pantai Barat
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
30-50
100-150
180-260
230-350
220-330
220-320
Bawah Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Pedalaman
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
50-70
170-260
140-210
80-120
90-140
100-140
Bawah Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Kudat
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
50-80
50-60
90-130
90-140
100-150
100-140
Bawah Purata
Sedikit Bawah Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Sandakan
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
80-120
70-100
110-160
150-230
160-240
180-270
Bawah Purata
Sedikit Bawah Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Tawau
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
70-90
70-90
120-170
130-200
160-240
160-250
Sedikit Bawah Purata
Sedikit Bawah Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
18
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
PUSAT IKLIM NASIONAL
PENGKELASAN JUMLAH HUJAN BULANAN
Pengkelasan Jumlah Hujan Bulanan
Sangat Melebihi Purata Peningkatan melebihi 60% daripada purata jumlah
hujan jangka panjang
Melebihi Purata Peningkatan sebanyak 40% hingga 60% daripada
purata jumlah hujan jangka panjang
Sedikit Melebihi Purata Peningkatan sebanyak 20% hingga 40% daripada
purata jumlah hujan jangka panjang
Purata Peningkatan atau pengurangan lebih/kurang daripada
20% daripada purata jumlah hujan jangka panjang
Sedikit Bawah Purata Pengurangan sebanyak 20% hingga 40% daripada
purata jumlah hujan jangka panjang
Bawah Purata Pengurangan sebanyak 40% hingga 60% daripada
purata jumlah hujan jangka panjang
Sangat Bawah Daripada
Purata
Pengurangan melebihi 60% daripada purata jumlah
hujan jangka panjang
Nota: Jabatan Meteorologi Malaysia akan sentiasa mengemaskini tinjauan cuaca
sekiranya berlaku sebarang perubahan ketara terhadap tinjauan jangka panjang ini.
Dikeluarkan oleh:
Pusat Iklim Nasional
Jabatan Meteorologi Malaysia
Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim
Dikemaskini Pada: 28 Februari 2019