Tingkah Laku Prososial Berkongsi Dan Membantu

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Tingkah Laku Prososial Berkongsi Dan Membantu

Citation preview

  • DP. Jld. 3, sn 112003

    TINGKAH LAKU PROSOSIAL BERKONGSI DAN MEMBANTUDALAM KALANGAN KANAK-KANAK CINA SEBUAH TADIKA

    DI SEBERANG PERAI

    Oleh

    Chee Siew Lan.e-mel: [email protected] Hashimah Hashime-mel: [email protected] Daud Hamzahe-mel: [email protected]

    Abstract

    The purpose of this research was to investigate prosocial behavior. namelyhelping and sharing behavior among Chinese preschoolers. The specificobjectives of the research were: (1) to examine the existence of helping andsharing behavior of preschoolers. (2) to determine the reasons behind thesharing and helping behavior of the preschoolers. (3) to investigate thereasoning ability of the preschoolers regarding sharing and helping behavior.and (4) to identify gender differences in sharing and helping behavior. The-methods used in this research include observation and interview. Situationswere simulated to examine these behaviors. Teachers were interviewed. moraltextbooks and work books were examined. Altogether. nineteen respondentswere involved. The data was analysed according to the method used byEisenberg and Neal (1979) and Koh, Gan & Tochterman (1986). The findingsshowed that (1) there were helping and sharing behaviors among thepreschoolers; (2) preschoolers performed sharing behavior due to needs ofothers. 'wanted to' orientation and friendship. They performed helpingbehavior due to stereotyped orientation. needs of others orientation and 'wantedto' orientation; (3) not all the subjects acquired the reasoning ability and (4)both girls and boys displayed sharing and helping behavior. Nevertheless thegirls had the tendency to help more than the boys. On the whole. the girls hadhigher reasoning ability than the boys regarding sharing and helping behavior.

    Pengenalan

    Tingkah laku prososial penting dalam pembentukan perhubungan interpersonal yangpositif (Babcock, Hartle & Lamme, 1995). Terdapat perkaitan yang positif antaratingkah laku altruistik yang tinggi dengan darjat popular seseorang kanak-kanak dikalangan rakannya. Bagi kanak-kanak kecil yang pernah menerima latihan untukmemupuk tingkah laku prososial, mereka kurang menunjukkantingkah laku agresif danlebih baik perhubungan dengan rakan-rakan mereka (Feshbach, 1982 dalam Babcock,Hartle & Lamme, 1995). Cara seseorang kanak-kanak bergaul dengan rakannya akan12

  • 13

    OP. lId. 3, Bil1l2003 9'~~

    meramalkancara dia menyesuaikan diri da1am masyarakat apabi1a dewasa nanti (Hartup,1991 dalam Babcock, Hartle & Lamme, 1995). Dengan itu, tingkah laku prososialseharusnyaditekankan sejak kanak-kanak masih kecillagi.

    Kertas ini membincangkan kajian tingkah laku prososial kanak-kanak prasekolah, iaituberkongsi dan membantu. Berkongsi mengikut definisi Babcock, Hartle dan Lamme(1995) adalah berkaitan dengan berkongsi barang, memberi barang personal kepadaorang lain dan menunggu giliran. Seterusnya Babcock, Hartle dan Lamme (1995)menjelaskanmembantu meliputi membantu dalam tugas, mengajar orang lain bagaimanamembuatsesuatu, membantu orang yang memerlukan bantuan, menerangkan idea kepadaoranglain dan membuat sesuatu untuk orang lain.

    Latar Belakang Kajian

    Pendidikan awal kanak-kanak menjadi perhatian sejak akhir-akhir ini. Ibu bapaberlumba-lumba menghantar anak-anak mereka ke tadika dan juga institusi-institusipendidikanyang berlainan dengan kepercayaan yang berbeza-beza. Secara keseluruhan,terdapatdua golongan ibu bapa yang mempunyai pendirian yang berbeza. Golongan yangpertamamerupakan golongan yang mementingkan akademik yang mengharapkan tadikadapatmembantu perkembangan dan kemahiran kanak-kanak dari segi membaca, menulisdan mengira. Golongan ini mempercayai cara ini dapat menjamin kejayaan akademikkanak-kanakdi sekolah kelak tanpa mernikirkan ciri-ciri perkembangan mereka (RohatyMohdMajzub, 1989). Golongan yang kedua pula menganggap tadika atau taska sebagaitempatsosialisasi, tempat kanak -kanak dapat berinteraksi dengan kanak -kanak lain selaindaripadamempelajari pelbagai kemahiran. Dengan itu, wujud dua jenis tadika, iaitu jenisyang mementingkan pembelajaran secara formal dan jenis yang mementingkanpembelajaranmelalui aktiviti dan permainan sebagai memenuhi kehendak ibu bapayang berbeza-beza. Jenis yang pertama mementingkan kebolehan kanak-kanak darisegilogik-maternatikal dan kecerdasan bahasa tetapi aspek sosialisasi tidak dipentingkan.Jenis yang kedua pula mementingkan aktiviti dan permainan yang membolehkankanak-kanakberinteraksi dengan kanak-kanak lain dan juga belajar pelbagai kemahiranmelaluiaktiviti dan permainan.

    Pernyataan Masalah

    MengikutKohlberg (1969 dalam Essa,1999), kanak-kanak dalam lingkungan umur duahinggatujuh tahun, membuat keputusan moral berasaskan kecenderungan peribadi, emosidanminat. Ganjaran ataupun dendaan daripada orang lain' dapat menentukan betul atausalah sesuatu perbuatan. Mengikut teori perkembangan tradisional, kanak-kanakprasekolah tidak dijangka menunjukkan tingkah laku prososial disebabkan tahappernikiranmereka berada dalam peringkat praoperasi (Koh, Gan & Tochterman, 1982).Walaupunbegitu, terdapat data-data yang menunjukkan bahawa kanak-kanak yang masihkecil mempunyai tingkah laku prososial seperti berkongsi dan bekerjasama semasaberinteraksi(Eisenberg & Mussen, 1990).

  • DP. JId. 3, Bil 112003

    Mengikut ahli-ahli teori pembelajaran sosial pula, kebanyakan tingkah laku manusiaadalah dipelajari dan dibentuk oleh peristiwa persekitaran, khasnya oleh ganjaran,dendaan dan model (Eisenberg & Mussen,1990). Melalui proses kognitif, seseorangkanak-kanak akan menjangka akibat sesuatu tingkah laku dan bertindak mengikut carayang akan membawa akibat yang diingini (Eisenberg dan Mussen, 1990). Dapatan kajianmenunjukkan bahawa kanak-kanak melakukan tingkah laku prososial dengan motif yangpelbagai yang menggambarkan kualiti perbuatan mereka (Bar-Tal, Raviv & Leiser,1980).

    Hasil kajian dari luar negara mungkin berlainan daripada hasil kajian negara ini. Olehkerana negara kita merupakan negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum, makatingkah laku berkongsi dan membantu amat penting di kalangan rakyat agar rakyat hidupsecara harmoni dan tolong menolong. Tingkah laku tersebut dapat menjaminkemakmuran dan kemajuan negara. Kanak-kanak merupakan bakal pemimpin masadepan, maka tingkah laku mereka semasa kecil akan membentuk sikap mereka pada masadewasa. Maka kajian ini dijalankan untuk meninjau tingkah laku prososial di kalangankanak-kanak tadika yang berumur lima tahun di kawasan Perai. Kajian ini menumpukantingkah laku prososial berkongsi dan membantu.

    Objektif Kajian

    1. mengenal pasti tingkah laku prososial kanak-kanak prasekolah dari aspekberkongsidan membantu,

    Kajian ini dijalankan ke atas kanak-kanak prasekolah berumur lima tahun untukmencapailima objektif berikut:

    2. meneliti kebolehan kanak-kanak memberi sebab-sebab yang mereka berkongsidan membantu,

    3. menentukan kebolehan kanak-kanak prasekolah membezakan tingkah lakuberkongsi dengan tidak berkongsi, dan tingkah laku membantu dengan tidakmembantu, dan

    4. meneliti tingkah laku prososial dari aspek berkongsi dan membantu bagi kanak-kanak prasekolah yang berbeza jantina.

    Konsep Tingkah Laku Prososial

    Eisenberg dan Mussen (1990) menyifatkan tingkah laku prososial sebagai perbuatanyang bertujuan untuk membantu atau memberi kebaikan kepada individu lain ataukumpulan individu. Bar-Tal (1976) pula mendefinisikan tingkah laku prososial sebagaitingkah laku secara sukarela dengan tujuan untuk memberikan kebaikan kepada orang

    14

    L ~

  • DP. Jld. 3, Bil1l2003 9'~t/uJ.QJi

    lain tanpa mengharapkan ganjaran dan dilakukan di bawah dua keadaan: (1) tingkah lakuitu dilakukan dengan tujuan semata-mata melakukan perbuatan itu sahaja, dan (2)tingkah laku dilakukan sebagai perbuatan pembalasan atau ganti rugi.

    Seterusnya Bar-Tal (1976) telah mengemukakan 'Proses Membuat Keputusan MengenaiTingkah Laku Altruistik' untuk menerangkan penentu-penentu tingkah laku prososial.Bagi beliau, syarat pertama untuk tingkah laku prososial jenis altruistik ialah kesedaranbahawa seseorang memerlukan bantuan. Orang yang berpotensi untuk membantu harusmembuat keputusan sarna ada hendak membantu atau tidak dan bagaimana membantu.Keputusan ini bergantung kepada proses pertimbangan yang mengandungi dua peringkat:(i) punca tanggungjawab, (ii) analisis kos dan ganjaran. Proses pertimbangan inidipengaruhi oleh empat jenis pemboleh ubah: (a) pemboleh ubah personal yangmengandungi ciri-ciri kesabaran pembantu, (b) pemboleh ubah situasi yang mengandungiciri-ciri situasi yang khusus dan peringkat psikologi yang sementara bagi bakalpembantu, (c) pemboleh ubah yang menggarnbarkan orang yang memerlukan bantuan,(d) pemboleh ubah kebudayaan yang mengandungi norma dan nilai yang menentukantingkah laku yang dikehendaki dalarn kumpulan sosial pembantu yang berpotensi.Keempat-empat jenis pemboleh ubah tersebut berinteraksi dan mempengaruhi kedua-duapertimbangan. Keputusan yang muktamad sarna ada hendak melakukan tingkah lakuprososial atau tidak dan bagaimana menjalankannya ditentukan oleh hasil prosespertimbangan (Bar-Tal, 1976).

    Bagi Eisenberg (1990) pula, faktor-faktor penentu tingkah laku prososial dapatdigolongkan kepada tujuh kategori utama, iaitu biologi, kebudayaan, pengalamansosialisasi, proses kognitif tindak balas emosi, pemboleh ubah personal dan keadaansituasi. Beliau berpendapat bahawa empati adalah asas bagi altruisme yang berdasarkanbiologi (Hoffinan,l981 dalarn Eiseberg, 1990). Kanak-kanak akan membina tingkah lakuprososial dengan tahap yang tinggi kalau mereka dibesarkan dalarn suasana budaya: (i)ibu bapa dan rakan-rakan menekankan aspek memberi perhatian terhadap orang lain (ii)memperuntukkan tugas kepada kanak-kanak. Pengalaman sosialisasi pula dibahagikepada dua aspek, iaitu aspek sosialisasi dalarn keluarga dan aspek sosialisasi di luarkeluarga. Bagi faktor proses kognitif, sebelum kita membantu seseorang, biasanya kitaakan melihat situasi dahulu dan menjangka perasaan orang lain. Seseorang itu akanmenilaikan keperluan dan kehendak mereka dan membuat keputusan apakah jenistindakan yang berkesan sekali dan membawa faedah kepada mereka. Akhirnya baru kitamelakukantingkah laku prososial. Faktor emosi, empati dan simpati memainkan perananyangpenting bagi tingkah laku prososial. Bagi faktor personal pula, didapati unsur umur,jantina dan kelas sosio ekonomi kadang-kadang mempengaruhi tingkah laku prososial.Bagipenentu situasi, faktor keadaan fikiran dan ciri-ciri penerima bantuan ditekankan.

    Metodologi Kajian

    Kajian ini merupakan satu kajian kes kualitatif untuk meninjau tingkah laku prososialkanak-kanak prasekolah dari aspek berkongsi dan membantu. Kajian kes dipilih sebab

    15

  • DP. ne. 3, Bil 1/2003

    penyelidik harus memerhati tingkah laku dan menganalisis secara intensif tingkah lakuberkongsi dan membantu yang dilakukan oleh kanak-kanak (Cohen dan Manion, 1994).Seterusnya, Gay (1996) menyatakan kajian kualitatif melibatkan pengutipan data secaraintensif dalarn alarn yang semula jadi.

    Prosedur Pengumpulan Data

    Pemerhatian dan temu bual dalarn keadaan semula jadi di dalarn kelas telah dijalankanuntuk mengetahui dan mengenal pasti tingkah laku berkongsi dan membantu kanak-kanak. Penyelidik menandakan senarai semak sarnbil memerhatikan tingkah laku kanak-kanak semasa menjalankan aktiviti. Eisenberg dan Mussein (1990) menyatakan bahawauntuk mengutip data mengenai tingkah laku prososial, kaedah penyelidikan pemerhatiandalarn alarn yang semula jadi seperti di bilik darjah, tapak permainan atau tempat kanak-kanak menjalankan aktiviti berjaya mendapatkan hasil kajian yang konsisten dan stabilmerentas masa.

    Temu bual antara penyelidik dengan kanak-kanak diadakan melalui dua cara. Pertama,temu bual dengan kanak-kanak dalarn kelas sebaik sahaja penyelidik perhatikanberlakunya tingkah laku berkongsi atau membantu pada kanak-kanak tertentu. Kedua,temu bual dengan kanak-kanak dengan menggunakan empat jenis situasi berikut: (1)berkongsi keropok jagung; (2) berkongsi kek; (3) cantum suai gambar; (4) menunjukkangambar dan menanyakan soalan mengenai berkongsi dan membantu.

    Temu bual juga dilaksanakan dengan guru-guru tadika untuk mengetahui sebab-sebabyang mendorong kanak-kanak berkongsi dan membantu. Pengurus tadika juga ditemubual untuk mendapat maklumat menyeluruh mengenai tingkah laku kanak-kanak tadika.Selain itu, buku dan buku kerja pendidikan moral kanak-kanak dirujuk untuk mengenalpasti sarna ada kanak-kanak sudah atau belum mempelajari konsep berkongsi danmembantu. Ini berkaitan dengan kebolehan mereka untuk membezakan tingkah lakuberkongsi dengan tidak berkongsi dan membantu dengan tidak membantu. Kajian rintisdijalankan terlebih dahulu untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen.

    Populasi dan Persampelan

    Populasi kajian ini adalah sebuah tadika di Perai. Tadika ini mempunyai lebih kurangseratus tiga puluh orang kanak-kanak berbangsa Cina yang berumur empat hingga limatahun, lima orang guru dan dijalankan dalarn dua sesi persekolahan, iaitu sesi pagi danpetang. Pernilihan sarnpel kajian tertumpu kepada kanak-kanak prasekolah yang berumurlima tahun dari sebuah kelas sesi petang. Latar belakang sarnpel ialah kanak-kanakharnpir sarna, iaitu kanak-kanak terdiri daripada keluarga menengah atas yangbrpendidikan, budaya Cina dan menitikberatkan akademik. Subjek kajian yang dipilihterdiri daripada dua belas orang kanak-kanak lelaki dan tujuh orang kanak-kanakperempuan. Subjek dipilih secara rawak dengan bantuan pengurus tadika.

    16

  • DP. Jld. 3, Bill/2003 ~

    Analisis Data

    Data-data kajian yang diperoleh dari pemerhatian dan transkripsi temu bual dikod dandianalisis pada hari pemerhatian atau temu bual diadakan. Penyelidik cuba mengesansarna ada terdapat satu gambaran pemyataan pendapat daripada data-data tersebut.Penyelidik mengasingkan data-data tersebut untuk mengesan frasa-frasa yang sarna,corak, kategori, perkaitan dan tema (Miles dan Huberman, 1994). Penyelidik cubamengesan persamaan dan perbezaan antara sub kumpulan Peratusan dan kekerapandigunakan untuk menganalisis data. Kemudian generalisasi yang didapati berdasarkanteori-teoriyang berkaitan diterangkan.

    Denganmerujuk kepada kajian yang dijalankan oleh Eisenberg dan Neal (1979), sebab-sebab berkongsi atau membantu yang diberikan oleh kanak-kanak dikodkan kepadakategoriberikut:

    a) berorientasikan autoriti atau dendaan (merujuk kepada permitaan autoriti dan /atau dendaan)

    b) berorientasikan hedonistik (memberi justifikasi tingkah laku dengan merujukkepada penerimaan sesuatu yang telah dijangkakan untuk diri sendiri)

    c) berorientasikan saling dapat keuntungan (memberi justifikasi tingkah lakudengan merujuk kepada akibat mendapat keuntungan untuk diri sendiri dan jugapenerima bantuan)

    d) berorientasikan perhubungan kesayangan (memberi justifikasi tingkah lakudengan merujuk kepada perhubungan antara kanak-kanak dengan .penerimabantuan)

    17

    e) berorientasikan interpersonal (berkongsi supaya diterima oleh orang lain secarasosial dan /atau memupuk interaksi personal)

    f) berorientasikan baik atau buruk secara stereotaip (memberi justifikasi kepadatingkah laku berpandukan sebab stereotaip, seperti "adalah baik untukberkongsi")

    g) tingkah laku yang semula jadi atau majoriti (memberi justifikasi denganmengatakan tingkah laku sedemikian adalah natural atau pun sesiapa pun akanberkongsi dalam situasi demikian)

    h) berorientasikan keperluan orang lain (kanak-kanak merujuk kepada keperluanfizikal atau psikologi orang lain sebagai justifikasi tingkah laku, contoh : "dialapar")

  • DP. lId. 3, Bil 112003

    i) berorientasi pragmatik (memberi justifikasi dengan memberikan sebab yangpraktikal, bukan moral)

    j) berorientasi "hendak" (memberi justifikasi dengan mengatakan "saya hendak")

    k) tindak balas yang tidak dapat diklasifikasikan.

    Selepas dikategorikan, penyelidik cuba mengesan penentu-penentu tingkah laku tersebut.Selain daripada itu, kebolehan kanak-kanak membezakan tingkah laku berkongsi danmembantu dianalisiskan berdasarkan tahap penaakulan prososial yang dikemukakan olehEisenberg dan Mussen (1990).

    Cara analisis situasi berkongsi keropok jagung dan juga kek dijalankan berdasarkankajian yang telah dijalankan oleh Koh, Gwyneth dan Tochterman (1986). Kalau subjekkajian bersetuju memberikan keropok atau kek lebihan kepada orang lain atau memberisebahagiannya kepada orang lain, dia dianggap sebagai berkongsi.

    Data mengenai situasi membezakan keadaan berkongsi dengan tidak berkongsi danmembantu dengan tidak membantu dianalisiskan dengan memberi satu markah bagisetiap jawapan yang betul dengan memberikan sebab yang sesuai. Kalau sesuatu jawapandiberikan tanpa sebab, jawapan dianggap salah. Hal ini perlu dilakukan untukmengelakkan peluang peniruan atau penekaan. Jawapan yang diperolehi dapatmemberikan satu gambaran mengenai kebolehan penaakulan kanak-kanak.

    Dapatan Kajian

    Dapatan kajian akan dibincangkan mengikut objektif kajian, iaitu mengenal pastikewujudan tingkah laku prososial berkongsi dan membantu; kebolehan kanak-kanakmemberi sebab-sebab berkongsi dan membantu; kebolehan mereka membezakan tingkahlaku berkongsi dengan tidak berkongsi dan tingkah laku membantu dengan tidakmembantu dan; perbezaan tingkah laku berkongsi dan membantu di kalangan kanak-kanak yang berbeza jantina.

    Kewujudan Tingkah Laku Berkongsi dan Membantu

    Secara umumnya, dapatan kajian menunjukkan subjek kajian ada melakukan tingkah lakuberkongsi dan membantu. Tingkah laku berkongsi seperti menunggu giliran dilakukansecara tekal oleh semua subjek kajian. Semasa rehat, subjek kajian berbaris untukmenunggu giliran mencuci tangan. Selain itu, sesetengah subjek kajian jugaberkecenderungan berkongsi barang. Mereka berkongsi dan meminjamkan pensil wama,pengasah pensil dan alat-alat tulis kepada rakan-rakan. Di dalam situasi jumlah barang-barang yang terhad (situasi berkongsi keropok jagung dan situasi berkongsi kek), didapatikanak-kanak berkecenderungan untuk berkongsi.

    18

  • DP.nd. 3, Bil1l2003 !J'IU16J,.td.a1a.

    Subjekkajian juga mempunyai tingkah laku membantu. Mereka sangat suka membantugum.Tingkah laku membantu dalam sesuatu tugas mempunyai ketekalan yang tinggikalau berbanding dengan kategori membantu yang lain. Kerja-kerja membantu yangdilakukan termasuk mengutip sampah, membantu guru mengambil barang ataumengedarkanbarang kepada rakan-rakan dan membantu guru memanggil rakan-rakanlain. Mereka membantu apabila kawan atau guru memerlukan bantuan mereka ataudirnintaoleh kawan atau guru.

    Sebab-Sebab Berkongsi

    19

    Dapatankajian daripada pemerhatian menunjukkan tingkah laku yang tekal untuk subjekkajian berbaris menunggu giliran mencuci tangan. Sebab yang diberikan adalah dalamjenis 'kehendak'. Contohnya, hendak cuci tangan. Jenis sebab ini hanya berlaku padawaktu rehat sabaja. Selain itu, subjek kajian juga berkongsi disebabkan 'keperluan'.Sebab yang diberikan adalah seperti "dia tiada pengasah pensel". Maka subjek kajianberkongsi sebab rakan-rakan memerlukan bantuan. Semua subjek kajian didapatiberbaris untuk mencuci tangan. Dengan itu, terdapat tingkah laku jenis kehendak bagisemuasubjek kajian.

    Berdasarkan temu bual dengan guru tadika, didapati bukan semua subjek kajianmempunyai tingkah laku berkongsi. Subjek kajian berkongsi disebabkan persahabatan.Mengikut guru, subjek kajian berkongsi dengan seseorang sebab hendak _berkawandengan orang itu ataupun untuk mengekalkan persahabatan dengan orang tersebut.Situasi juga diwujudkan untuk melihat sebab-sebab subjek kajian berkongsi denganbahan-bahan yang terhad. Subjek kajian didapati berkecenderungan berkongsidisebabkan persahabatan. Bagi situasi untuk melihat sarna ada subjek kajian berkongsidengan kawan yang kekurangan sesuatu, didapati sebab-sebab berkongsi berupapragmatik yang menerangkan situasi praktikal yang menyebabkan rakan memerlukanbantuan,contohnya "dia tiada kek".

    Sebab-Sebab Membantu

    Dari pemerhatian dan temu bual, didapati subjek kajian berkecenderungan membantudengan sebab jenis 'baik atau buruk secara stereotaip'. Contohnya, subjek kajianmemberikan sebab "baik hati". Ini diikuti dengan kecenderungan sebab jenis 'kehendak'.Contohnya, "hendak susun meja".

    Dalam temu bual dengan guru-guru tadika mengenai sebab-sebab subjek kajianmembantu, didapati guru-guru berkecenderungan memberikan sebab bahawa guru-gurumengajar kanak-kanak berkaitan tingkah laku membantu. Menurut guru-8l:lru tersebut,kanak-kanak dinasihatkan membantu rakan supaya mereka akan dibantu apabilamengalamikesusahan.

  • DP. lId. 3, Bil 112003

    Apabila situasi berkaitan dengan rakan-rakan menemui kesusahan untuk membuatsesuatu, didapati hanya kawan subjek kajian berkecenderungan membantu. Faktorpersahabatan dan minat mempengaruhi keputusan yang dibuat. Subjek kajian tidakmembantu sebab orang yang menemui kesusahan bukan kawannya atau tidak berminatterhadap hasil yang diterima selepas bantuan diberikan.

    Kebolehan Membezakan Tingkah Laku Berkongsi dengan Tidak Berkongsi danMembantu dengan Tidak Membantu

    Subjek kajian didapati mempunyai kebolehan penaakulan tahap satu bagi tingkah lakuberkongsi. Ini bererti mereka dapat membezakan tingkah laku berkongsi dengan tidakberkongsi. Begitu juga, bagi tingkah laku membantu, subjek kajian mempunyaikebolehan penaakulan tahap satu. Ini bererti mereka juga dapat membezakan tingkah lakumembantu dengan tidak membantu. Selain itu, didapati guru-guru pemah mengajarmereka tentang tingkah laku berkongsi yang merangkurni aspek jangan mementingkandiri sendiri, Kanak-kanak juga diajar tingkah laku membantu. Aspek-aspek yang disentuhtermasuk membantu membuat kerja rumah, suka membantu orang tua, membantu orangrniskin, mengajar kawan yang tidak tahu menjawab latihan dan membantu mengangkatkerusi untuk orang lain.

    Terdapat dua orang subjek kajian lelaki yang langsung tidak dapat memberikan sebabmengenai berkongsi dan membantu. Seorang langsung tidak dapat bertutur dengan betul.Soalan yang ditanya penyelidik tidak dijawab tetapi subjek ini hanya mengikut soalanyang dikemukakan oleh penyelidik. Seorang lagi dapat memaharni pertanyaan penyelidiktetapi tidak dapat memberitahu sebabnya berkongsi dan membantu.

    Tinjauan Kewujudan Tingkah Laku Berkongsi dan Membantu bagi Kanak-KanakPrasekolah yang Berbeza Jantina

    Secara umum, pemerhatian dan temu bual yang diadakan dalarn persekitaran yang semulajadi menunjukkan semua subjek kajian sarna ada lelaki atau perempuan ada melakukantingkah laku berkongsi. Misalnya, pada waktu rehat didapati semua subjek kajianberbaris untuk menunggu giliran mencuci tangan. Selain daripada itu, didapati subjekkajian sarna ada lelaki atau perempuan berkecenderungan meminjamkan barang-barangkepada kawan. Temu bual dengan guru-guru tadika mendapati tiada perbezaan tingkahlaku berkongsi mengikut perbezaan jantina. Kanak-kanak lelaki atau perempuan, masing-masing ada yang berkongsi dan tidak berkongsi. Manakala bagi situasi yang diwujudkan,didapati subjek kajian perempuan dan lelaki berkecenderungan berkongsi disebabkanpersahabatan dan juga perasaan simpati terhadap kawan-kawarn yang kekurangan. Padaamnya tiada perbezaan bagi tingkah laku berkongsi bagi jantina yang berbeza.

    20

  • 21

    DP. Jld. 3, Bill/2003 9'It46JtolaA

    Bagi tingkah laku membantu, pemerhatian dan temu bual yang diadakan dalarnpersekitaran semula jadi mendapati subjek kajian perempuan lebih berkecenderunganmembantu berbanding subjek kajian lelaki. Analisis sebab-sebab membantu mendapatisubjek kajian perempuan berkecenderungan membantu disebabkan orientasi baik atauburuk secara stereotaip, keperluan orang lain dan kehendak. Dapatan ini konsistendengandata temu bual guru-guru tadika, yang menyatakan tiada perbezaan tingkah lakumembantu mengikut jantina. Apabila situasi diwujudkan, didapati bagi subjek kajianberkecenderungan memberikan bantuan kepada kawan-kawan rapat sahaja. Sekiranya,seseorang kawan itu tidak rapat dengan subjek kajian, mereka tidak cenderung untukmembantu. Selain itu didapati tiada perbezaan bagi tingkah laku membantu bagiperbezaanjantina.

    Kesimpulan

    Dapatan kajian ini menyokong sesetengah konsep yang disarankan oleh Bar-Tal (1976)berkaitan dengan proses membuat keputusan mengenai tingkah laku altruistik. Secaraamnya didapati kanak-kanak yang mempunyai kebolehan penaakulan, apabila menemuisituasi yang memerlukan sesuatu tingkah laku prososial jenis altruistik, mereka akanmembuatkeputusan sarna ada hendak membantu atau tidak. Keputusan ini bergantungkepada proses pertimbangan yang mengandungi dua pertimbangan: (a) puncatanggungjawab (b) analisis kos dan ganjaran. Bagi kanak-kanak yang belum mencapaitahappenaakulan lagi, empati dan simpati mernainkan peranan yang penting. DP

    Rujukan

    Babcock,Hartle & Lamme (1995). Prosocial Behaviors Of Five-Year-Old Children InSixteenLeaming / Activity Centers. Journal Of Research In Childhood Education, 9:113-127.

    Barrett,D. E. & Yarrow, M. R.(1977). Prosocial Behavior, Social Inferential Ability andAssertivenessIn Young Children. Child Development ,48,475-481.

    Bar-Tal,D. (1976). Prosocial Behavior-Theory and Research. Washington: HemispherePublishingCorporation.

    Bar-Tal, D., Raviv, A., & Leiser, T.(1980). The development of altruistic behavior:empiricalevidence. Developmental Psychology, 16,516-524.

    Birch,L. L. & Billman, J. (1986). Preschool Children's Food Sharing With Friends andAcquaintances. Child Development. 57 , 387-395.

  • DP. JId. 3, Bil 112003

    Eisenberg, N. & Hand, M. (1979). The Relationship of Preschoolers' Reasoning aboutProsocial Moral Conflicts to Prosocial Behavior. Child Development 50 : 356-363.

    Eisenberg, N. & Mussen, P. H. (1990) The roots Of Prosocial Behavior In Children.New York: Cambridge University Press.

    Eisenberg, N. & Neal, C. (1979). Children's Moral Reasoning About Their OwnSpontaneous Prosocial Behavior. Developmental Psychology 1979. 15 (2) : 228-229.

    Essa, E. (1990). Introduction To Early Childhood Education. U.S: Delmar Publishers.

    Kementerian Pendidikan Malaysia, Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). GarisPanduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah.

    Koh, G. & Tochterman, B. (1986) Investigations Into The Prosocial Behavior OfSingapore Pre-School Children - A Developmental Approach. Fourth Asian Workshopon Child and Adolescent Development,103-121.

    Miles, B. M. & Huberman, A. (1994). Qualitative Data Analysis. London: SagePublications.

    Peterson, L., Hartmann, D.P. & Gelfand, D. M. (1977) . Developmental Change In TheEffects of Dependency and Reciprocity' Cues on Children's Moral Judgements andDonation Rates. Child Development ,48,1331-1339.

    Rutherford, E., & Mussen, P. (1968). Generosity In Nursery School Boys. ChildDevelopment, 39 ,755-765.

    Staub, E. & Sherk, L. (1970). Need for Approval, Children's Sharing Behavior andReciprocity In Sharing. Child Development, 1970,243-252.

    Underwood, B. & Moore, B. (1982). Perspective-Taking and Altruism. PsychologicalBulletin, 91, 143-173.

    22