Upload
chan-jien-jean
View
66
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
CADANGAN PROJEK TAHUN AKHIR SEBAGAI SEBAHAGIAN
KEPERLUAN PROGRAM SARJANA MUDA OPTOMETRI
NV4053 PROJEK PENYELIDIKAN I
NV4063 PROJEK PENYELIDIKAN II
TAJUK: KESAN EMULSI MINYAK KELAPA DARA (VCO) TERHADAP KUALITI AIR MATA DAN TAHAP KESELESAAN
PENGGUNA
NAMA PELAJAR: NO MATRIK:
CHAN JIEN JEAN A136663
PENYELIA: PROF. MADYA DR. HALIZA BINTI ABDUL MUTALIB
PROF. DR. SHARANJEET KAUR A/P MALKEET SINGH
PROGRAM OPTOMETRI & SAINS PENGLIHATAN
FAKULTI SAINS KESIHATAN
2014/2015
ii
ISI KANDUNGAN
Halaman
1. Tajuk 1
2. Tujuan kajian 1
3. Latar belakang kajian 1
4. Permasalahan kajian 3
5. Objektif kajian 4
6. Hipotesis kajian 4
7. Justifikasi kajian 4
8. Rekabentuk kajian 5
9. Tempat kajian 5
10. Tempoh kajian 5
11. Persampelan kajian 5
12. Bahan dan kaedah 6
13. Analisis kajian 8
14. Carta alir kajian 9
15. Carta Gantt 10
16. Rujukan 10
17. Lampiran 14
1
1. TAJUK KAJIAN
Kesan emulsi minyak kelapa dara (VCO) terhadap kualiti air mata dan tahap
keselesaan pengguna
2. TUJUAN KAJIAN
Mengkaji kesan VCO dan emulsi VCO terhadap kualiti air mata dan tahap
keselesaan pengguna
3. LATAR BELAKANG KAJIAN
Menurut kajian Wolff (1946), air mata manusia digambarkan sebagai lapisan
cecair yang nipis di atas kornea mata iaitu filem air mata prakornea. Filem air
mata tersebut mengandungi tiga lapisan iaitu lapisan lipid yang merupakan lapisan
paling luar, lapisan akues yang berada di bahagian tengah filem air mata dan
lapisan musin yang merupakan lapisan paling dalam. Jumlah ketebalan filem air
mata manusia diukur berdasarkan teknologi kini adalah lebih kurang 3 mikrometer
(Azartash et al. 2011; King-Smith et al. 2000; Wang et al. 2003). Beberapa kajian
telah menunjukkan bahawa purata ketebalan lapisan lipid air mata manusia adalah
antara 41 sehingga 67 nanometer (Hwang et al. 2014; King-Smith et al. 2010; Lu
et al. 2014). Kajian King-Smith et al. pada tahun 1999 pula menunjukkan bahawa
ketebalan lapisan lipid air mata adalah hanya lebih kurang 1% dalam ketebalan air
mata.
Lapisan lipid air mata yang dirembeskan oleh kelenjar Meibomian amat
penting dalam mengekalkan fungsi dan kestabilan filem air mata. Lapisan ini
melambatkan penyejatan air dari lapisan akues air mata dan melembabkan
permukaan dalam kelopok mata agar pergerakan lancar merentasi permukaan
kornea boleh dicapai. Lapisan lipid juga berfungsi untuk melindungi permukaan
okular dari pencemaran mikrobial dan benda asing (Christensen et al. 2004;
Mishima & Maurice 1961). Selain itu, lapisan lipid berperanan dalam
mengurangkan tegangan permukaan filem air mata supaya air mata dipegang kuat
pada permukaan okular. Lapisan lipid air mata yang bersifat hidrofobik boleh
menghalang air mata daripada melimpah ke pipi serta mengelakkan lipid kulit
daripada memasuki filem air mata dan seterusnya menjejaskan kestabilan filem air
2
mata (McDonald 1968).
Sindrom mata kering adalah sejenis penyakit mata yang biasa dijumpai dan
berlaku kepada manusia tanpa mengira jantina dan usia, walaupun golongan
berusia dan perempuan berisiko lebih tinggi untuk mendapat masalah mata kering.
Di Singapore, prevalensi sindrom mata kering adalah 12.3% manakala prevalensi
penyakit ini di Bangkok, Thailand pula mencatat sebanyak 34% (Lekhanont et al.
2006, Tan et al. 2014). Menurut kajian Mohd-Ali et al. (2011), terdapat lebih
kurang 15% penduduk di Kuala Lumpur, Malaysia mengalami sindrom mata
kering. Sindrom mata kering boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu mata
kering disebabkan kekurangan akues air mata dan mata kering disebabkan
penyejatan air mata yang cepat. Faktor utama berlakunya mata kering disebabkan
penyejatan ialah disfungsi kelenjar Meibomian (Meibomian gland dysfunction,
MGD) yang menyebabkan kekurangan lapisan lipid air mata dirembeskan (Dry
Eye Workshop 2007; Nelsonet al. 2011). Berdasarkan beberapa kajian, lebih
kurang 40% sehingga 60% kes mata kering adalah disebabkan oleh kekurangan
perembesan lapisan lipid dalam air mata (Albietz et al. 2000; Lekhanont 2006; Lin
et al. 2003). Isreb et al. (2003) telah membuktikan bahawa ketebalan lapisan lipid
air mata adalah berkorelasi dengan gejala sindrom mata kering.
Rawatan boleh diberikan berdasarkan jenis dan keterukan MGD. Untuk
MGD yang ringan dan sederhana, terapi kelopak mata (kebersihan, haba dan
urutan), pengambilan asid lemak omega-3, ubat titis air mata tiruan, antibiotik
oftalmik, anti-keradangan oftalmik boleh dicadangkan untuk pesakit (Geerling et
al. 2011). Ubat titis mata Systane Balance Lubricant Eye Drops (Alcon Inc) yang
mengandungi minyak mineral dipasarkan pada tahun 2010 berjaya mengurangkan
gejala mata kering seperti rasa terbakar dan kerengsaan untuk sementara. Polimer
dan lipid terkandung dalam ubat titis mata tersebut boleh melindungi permukaan
okular daripada kecederaan dan menambah ketebalan lapisan lipid air mata
(Benelli 2011). Ini membawa idea bahawa minyak boleh bertindak sebagai
tambahan untuk filem air mata. Ciri-ciri tersebut dikaitkan dengan ciri-ciri yang
terdapat pada komponen-komponen terkandung dalam VCO.
3
Minyak kelapa dara atau virgin coconut oil (VCO) merupakan minyak
kelapa yang diproseskan daripada isi kelapa segar, santan atau sisa santan secara
penyulingan sejuk tanpa melalui proses seperti penapisan, pelunturan dan
penyahbauan. VCO tidak berwarna serta mempunyai sedikit bau dan rasa kelapa
yang unik. VCO mengandungi tiga jenis asid lemak, iaitu lebih kurang 93% asid
lemak tepu (saturated fatty acid), 6% asid lemak mono tak tepu (monounsaturated
fatty acid) dan 1% asid lemak poli tak tepu (polyunsaturated fatty acid). Lebih
daripada 64% antara kandungan asid lemak tepu VCO adalah asid lemak rantai
sederhana (medium chain fatty acid, MCFA, C6 – C12). MCFA yang paling tinggi
kandungannya dalam VCO adalah asid laurik (C12) iaitu 47 – 50%. Asid lemak
lain dalam VCO termasuk asid kaproik (C6), asid kaprilik (C8), asid kaprik (C10),
asid miristik (C14), asid palmitic (C16), asid stearik (C18), asid oleik (C18:1) dan asid
linoleik (C18:2) (Kamariah et al. 2008).
Beberapa kajian telah membuktikan bahawa MCFA tersebut mempunyai
ciri-ciri seperti antioksidasi, antibakteria, antiviral dan antikulat (Isaacs et al. 1995;
Kabara et al. 1972; Marina et al. 2009; Shibasaki & Kato 1978; Thormar et al.
1987; Welsh et al. 1979). VCO juga dapat mengurangkan tahap kolesterol
keseluruhan, trigliserida, fosfolipid, kolesterol LDL dan VLDL dalam serum dan
tisu manusia (Nevin & Rajamohan 2004). Kajian terhadap tikus menunjukkan
VCO mempunyai kesan anti-keradangan yang melebihi asid mefenamik dan
setanding dengan aspirin (Canela et al. 2007). Siklosporin A merupakan sejenis
ubat anti-keradangan dan telah dibuktikan berkesan sebagai ubat titis mata untuk
mengurangkan gejala mata kering (Sall et al. 2000). Oleh itu, penyelidikan perlu
dijalankan untuk mengkaji keberkesanan VCO dalam meningkatkan kualiti air
mata dan tahap keselesaan penggunanya.
4. PEMASALAHAN KAJIAN
a. Adakah VCO atau emulsi VCO lebih berkesan dalam meningkatkan kualiti
air mata pengguna?
b. Adakah VCO atau emulsi VCO memberi tahap keselesaan yang lebih
memuaskan kepada penggunanya?
4
5. OBJEKTIF KAJIAN
1.1. OBJEKTIF UMUM
Membandingkan kesan antara VCO dengan emulsi VCO terhadap kualiti air
mata dan tahap keselesaan pengguna
1.2. OBJEKTIF KHUSUS
a. Mengenalpasti NIBUT (non-invasive break-up time) air mata sebelum dan
selepas menggunakan VCO dan emulsi VCO
b. Menentukan tahap keselesaan (skor 1 – 10) pengguna selepas mengunakan
VCO dan emulsi VCO
c. Menentukan skor penglihatan (skor 1 – 10) pengguna selepas
menggunakan VCO dan emulsi VCO
6. HIPOTESIS KAJIAN
a. Emulsi VCO meningkatkan kualiti filem air mata secara lebih berkesan
berbanding dengan VCO.
b. Emulsi VCO memberikan tahap keselesaan dan skor penglihatan yang lebih
baik berbanding dengan VCO.
1. JUSTIFIKASI KAJIAN
Kajian ini mengkaji kesan VCO terhadap kualiti filem air mata dan tahap
keselesaan penggunanya. Kajian Khanal et al. (2007) telah menunjukkan bahawa
emulsi minyak kastor-dalam-air (castor oil-in-water) 1.25% adalah lebih berkesan
sebagai ubat titik mata kering dalam mengurangkan penyejatan air mata
berbanding dengan ejen pelembab mata biasa tanpa minyak. Dalam kajian Basel
El. (2006), TBUT pengguna VCO selepas dua minggu adalah lebih tinggi
berbanding dengan pengguna polyvinyl alcohol selepas dua minggu. Namun,
menurut kajian Lallemand et al. (2012), kepekatan ubat titik mata emulsi dalam
filem air mata mula turun dengan cepat selepas sepuluh minit. VCO bukan sahaja
mempunyai ciri-ciri minyak yang akan membantu dalam menebalkan lapisan lipid
air mata, malah juga mempunyai ciri-ciri seperti anti-keradangan, antioksidasi,
antibakteria, antiviral dan antikulat (Isaacs et al. 1995; Kabara et al. 1972; Marina
5
et al. 2009; Shibasaki & Kato 1978; Thormar et al. 1987; Welsh et al. 1979). Oleh
itu, kajian perlu dijalankan untuk menerokai kesan VCO terhadap kesihatan okular
serta menilai keberkesanan VCO dalam meningkatkan kualiti filem air mata dan
tahap keselesaannya kepada pengguna. Data kajian akan menunjukkan potensi
VCO untuk dijadikan sebagai alternatif baru bagi mengurangkan gejala mata
kering pada masa depan.
2. REKABENTUK KAJIAN
Rekabentuk eksperimen mata berpasangan (paired-eye) topeng berganda (double
masked)
3. TEMPAT KAJIAN
Klinik Optometri Universiti Kebangsaan Malaysia, Kampus Kuala Lumpur, Blok
F, Jalan Raja Muda Aziz, 50300, Kuala Lumpur, Malaysia.
4. TEMPOH KAJIAN
Kajian ini dijalankan dari bulan September 2014 sehingga bulan Mei 2015.
5. PERSAMPELAN KAJIAN
5.1. SAMPEL KAJIAN
Kajian ini menggunakan persampelan mudah. Kriteria subjek kajian ini
adalah perlu berumur 18 tahun dan ke atas serta tidak mempunyai penyakit
okular selain mata kering. Subjek kajian boleh terdiri daripada orang yang
mempunyai masalah mata kering atau orang yang normal iaitu tidak
mempunyai masalah mata kering. Subjek yang mempunyai penyakit
sistemik seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya boleh menyertai
kajian ini.
Subjek yang dipilih dibahagikan kepada tiga kumpulan umur seperti
berikut:
a. Dewasa muda (18-25 tahun)
b. Dewasa (25-45 tahun)
6
c. Umur tua (45 tahun ke atas)
Setiap kumpulan umur terdiri daripada 80 orang subjek iaitu 40
subjek mata kering dan 40 subjek normal. Oleh itu, seramai 240 orang
subjek yang terdiri daripada tiga peringkat umur akan terlibat dalam kajian
ini.
1.3. SAIZ SAMPEL
Saiz sampel bagi menganggarkan kadar tunggal untuk formula penduduk
yang besar telah digunakan untuk mengira saiz sampel.
no = (Zα/2)2 p(1-p)
∆2
= (1.96)2 0.15(1-0.15)
0.052
= 195.9216
≈ 196
(Formula Daniel, 1999)
Saiz sampel yang ditetapkan untuk kajian ini ialah 240.
2. BAHAN DAN KAEDAH
2.1. KEIZINAN SUBJEK
Bagi mematuhi Deklarasi Helsinki, subjek yang telah dikenal pasti sebagai
subjek kajian akan dipelawa untuk menyertai kajian ini sebagai subjek
kajian. Subjek akan dimaklumakan terlebih dahulu berhubung dengan
kajian. Maklumat ini adalah seperti di lampiran A dan B. Persetujuan
daripada subjek akan diperolehi terlebih dahulu sebelum sebarang
pemeriksaan dilakukan pada pesakit. Borang keizinan pesakit penyertai
kajian ini ditunjukkan di lampiran C dan D.
Di mana,
n = saiz sampel
Z = statistik untuk tahap keyakinan
(95%, nilai z ialah 1.96)
p = populasi mata kering di Kuala
Lumpur (Cina, Melayu dan India)
= 15% (Mohd-Ali et al. 2011)
∆ = Ketepatan 5%
7
2.2. TATACARA KAJIAN
Seramai 240 orang subjek dipilih secara persampelan mudah untuk
menyertai kajian ini yang berekabentuk mata berpasangan topeng berganda.
Kajian ini dijalankan dalam ruangan tertutup dengan suhu dari 20°C
sehingga 25°C. Kualiti filem air mata subjek iaitu NIBUT kedua-dua mata
akan diukur sebagai data asas dengan menggunakan Keeler Tearscope-Plus
sebelum VCO atau emulsi VCO diletakkan pada mata subjek. NIBUT
diukur dan dicatatkan dengan menghentikan perakam masa pada Tearscope
apabila pecahan filem air mata dikesan dari kelipan terakhir.
Selepas itu, satu atau dua titik VCO atau emulsi VCO diletakkan
pada satu mata subjek secara rawak (mata kanan atau mata kiri) oleh
penyelidik lain. Emulsi VCO yang digunakan dalam kajian ini ialah emulsi
VCO-dalam-air suling 1.5% dan perlu digoncangkan sebelum dititis ke atas
mata subjek. NIBUT subjek akan diukur dan dicatatkan dengan segera.
Kemudian, subjek diminta untuk memerhatikan tahap keselesaan (skor 1 –
10) serta skor penglihatan (skor 1 – 10) selepas titisan dan skor-skor tersebut
akan dicatatkan. Skor 1 menunjukkan paling tidak selesa atau paling kabur
penglihatan subjek manakala skor 10 menunjukkan paling selesa atau paling
jelas penglihatan subjek. NIBUT subjek akan diukur dan dicatatkan lagi
selepas sepuluh minit.
Satu atau dua titik VCO atau emulsi VCO akan diletakkan pada mata
sebelah (fellow eye) subjek bergantung kepada titisan pertama. Sekiranya
titisan pertama ialah VCO pada mata kanan, maka titisan kedua ialah emulsi
VCO pada mata kiri dan sebaliknya. NIBUT subjek akan diukur dan
dicatatkan dengan segera. Kemudian, subjek diminta untuk memerhatikan
tahap keselesaan (skor 1 – 10) serta skor penglihatan (skor 1 – 10) selepas
titisan dan skor-skor tersebut akan dicatatkan. Skor 1 menunjukkan paling
tidak selesa atau paling kabur penglihatan subjek manakala skor 10
menunjukkan paling selesa atau paling jelas penglihatan subjek. NIBUT
subjek akan diukur dan dicatatkan lagi selepas sepuluh minit.
8
3. ANALISIS KAJIAN
Pengurusan dan analisis data dilakukan dengan menggunakan perisian SPSS versi
20.0. Terlebih dahulu, taburan data akan diuji dengan menggunakan ujian
normaliti Kolmogorov-Smirnov dan kemudiannya dengan analisis diskriptif untuk
menentukan min, median, sisihan piawai dan ralat piawai min data. Analisis
diteruskan dengan ujian-t berpasangan (Paired t-test) atau Wilcoxon Signed Rank
Test (bergantung kepada normaliti data) untuk membandingkan perubahan
NIBUT, tahap keselesaan dan skor penglihatan antara mata selepas titisan VCO
dan emulsi VCO. Ujian ANOVA berulang (Repeated Measures ANOVA) atau
Friedman Test pula digunakan (bergantung kepada normaliti data) untuk
membandingkan NIBUT, tahap keselesaan dan skor penglihatan sebelum dan
selepas (minit 0 dan minit 10) titisan VCO serta emulsi VCO. Analisis kajian
dijalankan pada nilai α=0.05 dan kuasa kebolehpercayaan 95%. Keputusan kajian
dipersembahkan dalam bentuk jadual dan rajah.
9
4. CARTA ALIR KAJIAN
Penyediaan kertas kerja
Mendapatkan kelulusan etika
Subjek dipilih secara persampelan mudah
Mendapatkan kebenaran subjek
NIBUT kedua-dua mata subjek diukur dengan Keeler Tearscope-Plus dan dicatatkan
Satu atau dua titik VCO atau emulsi VCO diletakkan pada satu mata subjek secara rawak (mata kanan atau mata kiri) oleh penyelidik lain
NIBUT diukur dan dicatatkan dengan segera
Subjek diminta untuk memerhatikan tahap keselesaan (skor 1 - 10) serta skor penglihatan (skor 1 - 10) dan skor-skor tersebut dicatatkan
NIBUT subjek diukur dan dicatatkan lagi selepas sepuluh minit
Ujian diulangkan untuk mata sebelah (fellow eye) bergantung kepada titisan pertama
(Contoh: titisan pertama: VCO pada mata kanan, titisan kedua: emulsi VCO pada mata kiri)
Analisis data
Penulisan tesis
Tamat
10
5. CARTA GANTT KAJIAN
Sept
2014
Okt
2014
Nov
2014
Dis
2014
Jan
2015
Feb
2015
Mac
2015
Apr
2015
Mei
2015
Kajian
Kepustakaan√ √ √ √ √ √ √ √
Persembahan
Cadangan
Penyelidikan
√
Koleksi Data √ √ √ √ √
Analisis Data
dan
Penulisan
√ √ √ √
Persembahan
Tesis√
Pengumpula
n
Tesis
√
6. RUJUKAN
2007. The Definition and Classification of Dry Eye Disease: Report of the Definition and Classification Subcommittee of the International Dry Eye WorkShop. Ocul Surf. 5(2): 75-92.
Albietz, J.M. 2000. Prevalence of Dry Eye Subtypes in Clinical Optometry Practice. Optometry and Vision Science 77(7): 357-363.
Azartash, K., Kwan, J., Paugh, J.R., Nguyen, A.L., Jester, J.V. & Gratton, E. 2011. Pre-Corneal Tear Film Thickness in Humans Measured with a Novel Technique. Molecular Vision 17: 756-767.
Basel EI. 2006. Can Virgin Coconut Oil as an Eye Drops Treat Dry Eyes? Manila Central University - Filemon D. Tanchoco Medical Foundation Hospital, Caloocan, Philippines.
Benelli, U. 2011. Systane Lubricant Eye Drops in the Management of Ocular Dryness. Clin Ophthalmol. 5: 783-790.
11
Canela, G.O., Noble, A.M., Bordallo, M.C.A., Pilones, E.V., Monte, R.M. 2007. Anti-Iinflammatory Activity of Virgin Coconout Oil. The Philippine Journal of Internal Medicine 45(2): 85-88.
Christensen, M.T., Cohen, S., Rinehart, J., Akers, F., Pemberton, B., Bloomenstein, M., Lesher, M. Kaplan, D. Meadows, D., Meuse, P., Hearn, C. & Stein, J.M. 2004. Clinical Evaluation of an HP-guar Gellable Lubricant Eye Drop for the Relief of Dryness of the Eye. Current Eye Research.28(1): 55-62.
Daniel, W.W. 1999. Biostatistics: A Foundation for Analysis in the Health Sciences. Ed. Ke-7. New York: John Wiley & Sons.
Geerling, G., Tauber, J., Baudouin, C., Goto, E., Matsumoto, Y., O'Brien, T., Rolando, M., Tsubota, K. & Nichols, K.K. 2011. The International Workshop on Meibomian Gland Dysfunction: Report of the Subcommittee on Management and Treatment of Meibomian Gland Dysfunction. Investigative Ophthalmology & Visual Science 52(4): 2050-2064.
Chen, H.B., Yamabayashi, S., Ou, B., Tanaka, Y., Ohno, S. & Tsukahara, S. 1997. Structure and Composition of Rat Precorneal Tear Film. A Study by an In Vivo Cryofixation. Investigative Opthalmology & Visual Science 38(2): 381-387.
Hwang, H.S., Kim, E.C. & Kim, M.S. 2014. Novel Tear Interferometer Made of Paper for Lipid Layer Evaluation. Cornea 33(8): 826-831.
Isaacs, C.E., Litov, R.E. & Thormar, H. 1995. Antimicrobial activity of lipids added to human milk, infant formula and bovine milk. Journal of Nutrional Biochemistry 6(7): 362-366.
Isreb, M.A., Greiner, J.V., Korb, D.R., Glonek, T., Mody, S.S., Finnemore, V.M. & Reddy, C.V. 2003. Correlation of Lipid Layer Thickness Measurements with Fluorescein Tear Film Break-Up Time and Schirmer’s Test. Eye 17(1): 79-83.
Kabara, J.J., Swieczkowski, D.M., Conley, A.J. & Truant, J.P. 1972. Fatty acids and derivatives as antimicrobial agents. Antimicrobial Agents and Chemotherapy 2(1): 23-28.
Kamariah, L., Azmi, A., Rosmawati, A., Wai Ching, M.G., Azlina, M.D., Sivapragasam, A., Tan, C.P. & Lai, O.M. 2008. Physico-chemical and Quality Characteristics of Virgin Coconut Oil – A Malaysian Survey. J. Trop. Agric. and Fd. Sc. 36(2): 000-000.
Khanal, S., Tomlinson, A., Pearce, E.I. & Simmons, P.A. 2007. Effect of an Oil-in-Water Emulsion on the Tear Physiology of Patients with Mild to Moderate Dry Eye. Cornea. 26(2): 175-181.
12
King-Smith, P.E., Fink, B.A. & Fogt, N. 1999. Three Interferometric Methods for Measuring the Thickness of Layers of the Tear Film. Optometry and Vision Science 76(1): 19-32.
King-Smith, P.E., Hinel, E.A. & Nichols, J.J. 2010. Application of a Novel Interferometric Method to Investigate the Relation between Lipid Layer Thickness and Tear Film Thinning. Investigative Ophthalmology & Visual Science 51(5): 2418-2423.
King-Smith, PE., Fink, B.A., Fogt, N., Nichols, K.K., Hill, R.M. & Wilson, G.S. 2000. The Thickness of the Human Precorneal Tear Film: Evidence from Reflection Spectra. Investigation of Ophthalmolgy and Visual Science 41(11): 3348-3359.
Lallemand, F., Daull, P., Benita, S., Buggage, R. & Garrigue, J.S. 2012. Successfully Improving Ocular Drug Delivery Using the Cationic Nanoemulsion, Novasorb. Journal of Drug Delivery. 2012(604204)
Lekhanont, K., Rojanaporn, D., Chuck, R.S. & Vongthongsri, A. 2006. Prevalence of Dry Eye in Bangkok, Thailand. Cornea. 25(10): 1162-1167.
Lin, P.Y., Tsai, S.Y., Cheng, C.Y., Liu, J.H., Chou, P. & Hsu, W.M. 2003. Prevalence of Dry Eye among an Elderly Chinese Population in Taiwan: the Shihpai Eye Study. Ophthalmology 110(6): 1096-1101.
Lu, H., Wang, M.R., Wang, J. & Shen, M. 2014. Tear Film Measurement by Optical Reflectometry Technique. Journal of Biomedical Optics. 19(2): 027001.
Marina, A.M., Man, Y.B., Nazimah, S.A. & Amin, I. 2009. Antioxidant Capacity and Phenolic Acids of Virgin Coconut Oil. International Journal of Food Sciences and Nutrition 60(2):114-123.
McDonald, J.E. 1968. Surface Phenomena of Tear Films. Trans. Am. Ophthal. Soc. 66: 905-939.
Mishima, S. & Maurice, D.M. 1961. The Oily Layer of the Tear Film and Evaporation From the Corneal Surface. Experimental Eye Research 1(1): 39-45.
Mohd-Ali, B., Set Fee, L., Abdul-Mutalib, H. & Mohidin, N. Incidence of Dry Eye in a Sample Population in Kuala Lumpur. International Journal of Collaborative Research on Internal Medicine & Public Health 3(11): 839-845.
Nelson, J.D., Shimazaki, J., Benitez-del-Castillo, J.M., Craig, J.P., McCulley, J.P., Den, S. & Foulks, G.N. 2011. The International Workshop on Meibomian Gland Dysfunction: Report of the Definition and Classification Subcommittee. Investigative Ophthalmology & Visual Science 52(4): 1930-1937.
Nevin, K.G. & Rajamohan, T. 2004. Beneficial Effects of Virgin Coconut Oil on Lipid Parameters and In Vitro LDL Oxidation. Clinical Biochemistry 37(9):
13
830-835.
Perry, H.D., Doshi-Carnevale, S., Donnenfeld, E.D. & Kornstein, H.S. 2003. Topical Cyclosporine A 0.5% As a Possible New Treatment for Superior Limbic Keratoconjunctivitis. Ophthalmology 110(8): 1578-1581.
Sall, K., Stevenson, O.D., Mundorf, T.K., Reis, B.L. 2000. Two Multicenter, Randomized Studies of the Efficacy and Safety of Cyclosporine Ophthalmic Emulsion in Moderate to Severe Dry Eye Disease. Ophthalmoloy 107(4): 631-639.
Shibasaki, I., & Kato, N. 1978. Combined effects on antibacterial activity of fatty acids and their esters against Gram negative bacteria. In: Symposium on the Pharmacological Effect of Lipids, The American Oil Chemists Society, Champaign 101: 15-24.
Tan, L.L., Morgan, P., Cai, Z.Q. & Straughan, R.A. 2014. Prevalence of and Risk Factors for Symptomatic Dry Eye Disease in Singapore. Clinical & Experimental Optometry 10.1111: cxo.12210.
Thormar, H., Isaacs, C., Brown, H.R., Barshatzky, M.R. & Pessolano, T. 1987. Inactivation of enveloped viruses and killing of cells by fatty acids and monoglycerides. Antimicrobial Agents and Chemotherapy 31(1): 27–31
Tomlinson, A., Madden, L.C. & Simmons, P.A. 2013. Effectiveness of Dry Eye Therapy under Conditions of Environmental Stress. Current Eye Research 38(2): 229-236
Wang, J., Fonn, D., Simpson, T.L. & Jones, L. 2003. Precorneal and Pre- and Postlens Tear FilmThickness Measured Indirectly with OpticalCoherence Tomography. Investigation of Ophthalmolgy and Visual Science 44(6): 2524-2528.
Welsh, J.K., Arsenakis, M., Coelen, R.J. & May, J T. 1979. Effect of antiviral lipids, heat and freezing on the activity of viruses in human milk. Journal of Infectious Disease 140(3): 322–328.
Wolff, E. 1946. The Mucocutaneous Junction of the Lid Margin and the Distribution of the Tear Fluid. Trans. Ophthal. Soc. UK. 66: 291–308.
14
7. LAMPIRAN
LAMPIRAN A
MAKLUMAT UNTUK SUBJEK
TAJUK:
Kesan emulsi minyak kelapa dara (VCO) terhadap kualiti air mata dan tahap
keselesaan pengguna.
PENGENALAN:
Anda dijemput untuk menyertai kajian penyelidikan ini. Sebelum anda bersetuju
untuk menyertai kajian penyelidikan ini, adalah penting anda membaca dan
memahami borang ini.
TUJUAN KAJIAN:
Minyak kelapa dara atau virgin coconut oil (VCO) merupakan minyak kelapa yang
diproseskan daripada isi kelapa segar, santan atau sisa santan secara penyulingan
sejuk. VCO mengandungi asid lemak rantai sederhana iaitu laurik asid yang tinggi
(Kamariah et al. 2008). VCO bukan sahaja mempunyai ciri-ciri minyak yang akan
membantu dalam menebalkan lapisan lipid air mata, malah juga mempunyai ciri-ciri
anti-keradangan yang telah dibuktikan berkesan sebagai ubat titis mata untuk
mengurangkan gejala mata kering (Sall et al. 2000). Tujuan kajian ini adalah untuk
mengkaji kesan VCO dan emulsi VCO terhadap kualiti air mata dan tahap keselesaan
pengguna. Kajian ini dapat menerokai potensi VCO untuk dijadikan sebagai alternatif
baru bagi mengurangkan gejala mata kering.
APA YANG AKAN DILAKUKAN:
Ujian pra-kajian dan pasca-kajian akan dilakukan untuk mendapatkan data seperti
non-invasive break-up time (NIBUT), tahap keselesaan dan skor penglihatan. Peserta
akan dititiskan VCO pada satu mata dan emulsi VCO pada sebelah mata. Kemudian,
data akan diambil segera dan selepas 10 minit.
15
FAEDAH KAJIAN:
Hasil kajian ini berpotensi untuk memberikan maklumat mengenai kesan VCO dan
emulsi VCO terhadap kelembapan serta keselesaan mata penggunanya. Dengan
keputusan ini, VCO sebagai air mata tiruan diharapkan dapat dijadikan sebagai
rawatan mata kering yang berkesan pada masa depan.
RISIKO:
Titisan VCO dan emulsi VCO tidak berisiko sekiranya tiada kontaminasi dan
digunakan mengikut prosedur yang betul.
KERAHSIAAN:
Keputusan yang diperolehi akan dilaporkan secara keseluruhan dan kolektif tanpa
merujuk pada mana-mana peserta. Oleh itu, identiti dan maklumat peribadi anda akan
dirahsiakan. Hanya kumpulan penyelidikan ini dan REC UKM dapat mengakses data
mengenai penyelidikan ini. Sebagai peserta, anda berhak mengetahui keputusan anda
sahaja.
PERLUKAH SAYA MENGAMBIL BAHAGIAN?
Penglibatan dalam penyelidikan ini adalah secara sukarela. Sekiranya anda bersetuju
untuk menyertai penyelidikan ini, anda akan diminta untuk menandatangani “Borang
Keizinan”. Anda boleh menarik diri daripada penyelidikan ini pada bila-bila masa
tanpa memberikan alasan dan maklumat anda tidak akan digunakan dalam
penyelidikan ini.
BAYARAN DAN PAMPASAN
Anda tidak dikenakan apa-apa bayaran dan juga tidak akan dibayar bagi penglibatan
dalam penyelidikan ini.
16
PENYELIDIK:
Associate Professor Dr Haliza Binti Mutalib
Program Optometri dan Sains Penglihatan
Pusat Pengajian Sains Jagaan Kesihatan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Kampus Kuala Lumpur
Jalan Raja Muda Abdul Aziz
50300 Kuala Lumpur
Tel: 013-7877011
Email: [email protected]
Chan Jien Jean
Program Optometri dan Sains Penglihatan
Pusat Pengajian Sains Jagaan Kesihatan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Kampus Kuala Lumpur
Jalan Raja Muda Abdul Aziz
50300 Kuala Lumpur
Tel: 016-4657231
Email: [email protected]
Nabilah Binti Hussin
Program Optometri dan Sains Penglihatan
Pusat Pengajian Sains Jagaan Kesihatan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Kampus Kuala Lumpur
Jalan Raja Muda Abdul Aziz
50300 Kuala Lumpur
Tel: 017-7245628
Email: [email protected]
17
LAMPIRAN B
INFORMATION SHEET FOR SUBJECT
TITLE:
Effect of virgin coconut oil (VCO) emulsion on tears quality and comfort level.
INTRODUCTION:
You are invited to participate in a research study. Before participating in this study, it
is important that you take time to read and understand the information in this
Information Sheet.
PURPOSE OF STUDY:
Virgin coconut oil (VCO) refers to the coconut oil obtained from fresh coconut meat,
coconut milk or coconut milk residue through cold distillation process. VCO contains
high amount of medium chain fatty acid, which is the lauric acid (Kamariah et al.
2008). VCO has the charactheristics of oil which helps in thickening the tears oil
layer, and the charactheristics of anti-inflammation which has been proven to be
effective as an eye drop to reduce the symptoms of dry eye (Sall et al. 2000). This
research is to study the effect of pure VCO and VCO emulsion on the tears quality and
comfort level. This research will explore the potential of VCO to be an alternative for
treating dry eye syndrome.
WHAT WILL THE STUDY INVOLVE?
The pre-examination and post-examination will be carried out to obtain data such as
non-invasive break-up time (NIBUT), comfort level and vision score. Participants will
be instilled with pure VCO on one eye and VCO emulsion on the fellow eye. Data
will be taken immediately and after 10 minutes.
RISKS:
There is no risk in instillation of pure VCO and VCO emulsion on the eyes as long as
there is no contamination and using them with proper procedure.
18
BENEFITS:
The result of the study is expected to provide more information on the effect of pure
VCO and VCO emulsion on the tears quality and comfort level. With the information
from this study, VCO as artificial tears can be an effective treatment for dry eye in the
future.
PARTICIPANT CONFIDENTIALLY:
The result of the study will be reported in general and collective manner with no
reference to an individual. Hence, your identity and any personal information will be
kept confidential. The access to the data is only by the research team and the REC
UKM. The participant is only eligible to review his or her own result.
DO I HAVE TO TAKE PART?
Your participant in this study is voluntary. If you agree to participate, you will be
asked to sign the “Informed Consent Form”. You can still withdraw from the study at
any time without giving reason. Your data will not be used and will be discarded.
PAYMENT AND COMPENSATION:
You do not have to pay for participating in this study and no payment will be given
for your participation in this study.
19
RESEARCHERS:
Associate Professor Dr Haliza Binti Mutalib
Program Optometri dan Sains Penglihatan
Pusat Pengajian Sains Jagaan Kesihatan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Kampus Kuala Lumpur
Jalan Raja Muda Abdul Aziz
50300 Kuala Lumpur
Tel: 013-7877011
Email: [email protected]
Chan Jien Jean
Program Optometri dan Sains Penglihatan
Pusat Pengajian Sains Jagaan Kesihatan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Kampus Kuala Lumpur
Jalan Raja Muda Abdul Aziz
50300 Kuala Lumpur
Tel: 016-4657231
Email: [email protected]
Nabilah Binti Hussin
Program Optometri dan Sains Penglihatan
Pusat Pengajian Sains Jagaan Kesihatan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Kampus Kuala Lumpur
Jalan Raja Muda Abdul Aziz
50300 Kuala Lumpur
Tel: 017-7245628
Email: [email protected]
20
LAMPIRAN C
BORANG KEIZINAN
Tajuk Penyelidikan
Kesan minyak kelapa dara (VCO) terhadap kualiti air mata dan tahap keselesaan
pengguna.
Memberikan persetujuan
Saya telah membaca maklumat tentang penyelidikan ini termasuklah risiko berkaitan
penyelidikan ini. Saya juga telah diberi penerangan oleh penyelidik tentang tujuan
kajian ini dilakukan dan hak saya untuk menarik diri pada bila-bila masa. Saya juga
berhak untuk mengetahui maklumat mengenai hasil penyelidikan ini.
Saya __________________________ (No. Kad Pengenalan: ___________________)
bersetuju/tidak bersetuju untuk menjadi subjek dalam penyelidikan ini.
Saya *ingin mengetahui/tidak mengetahui keputusan analisa penyelidikan yang
akan dilakukan ini. (*potong mana yang tidak berkenaan)
Tandatangan: ……………………… Tarikh: ………………………
Saksi
Tandatangan: …………………………
Nama: ………………………………...
No. K/P: ……………………………..
Tarikh: ……………………………….
Penyelidik
Tandatangan: …………………………
Nama: ………………………………..
No. K/P: ……………………………..
Tarikh: ……………………………….
21
LAMPIRAN D
INFORMED CONSENT FORM
Research Title
Effect of virgin coconut oil (VCO) emulsion on tears quality and comfort level.
Giving Approval
I have read the information about this study in the “Information Sheet For Subject”
including the risks associated with this study. I also have been given a brief by
researcher about the study and understand that I may freely choose to withdraw from
this study at any time without reason. I understand my right to know information
about the result of this study.
I _____________________________ (NRIC No.: _________________________)
agree/disagree to participate in this study.
I * want to know/do not want to know about the result of this study.
(*delete which is not applicable)
Signature: ………………………….. Date: …………………………..
Witness
Signature: ………………………..…
Name: ………………………………
NRIC No.: ………………………….
Date: …………………………….….
Researcher
Signature: ………………………..…
Name: ………………………………
NRIC No.: ………………………….
Date: …………………………….….
22
LAMPIRAN E
BORANG PENILAIAN
Nama:
Umur:
Jantina:
RE LE
NIBUT baseline
Titisan pada mata VCO / Emulsi VCO VCO / Emulsi VCO
NIBUT (0 minit)
Tahap keselesaan1 2 3 4 5 6 7 8 9 10(tidak selesa → selesa)
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10(tidak selesa → selesa)
Skor penglihatan1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
(kabur → jelas)1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
(kabur → jelas)
NIBUT (10 minit)