Upload
siti-zawiyah-abdul-halim
View
346
Download
1
Embed Size (px)
DESCRIPTION
MENGAJAR PERMAINAN
Citation preview
1.0 TAJUK PERMAINAN
“Bolly Ball” Permainan Kategori Jaring dan Dinding.
2.0 MATLAMAT
Permainan kanak- kanak ini diwujudkan adalah untuk memenuhi syarat-syarat
ujian amali PJM 3102 Pergerakan Asas. Terdapat empat jenis komponen di dalam
permainan kecil pergerakan asas iaitu sasaran (target), pukulan, jaring/ dinding dan
kategori serangan atau kawasan
Permainan yang dibincangkan ini adalah dalam kategori jarring/dinding. Nama
permainan ini ialah “Bolly ball ” kerana ia merupakan satu aktiviti yang memerlukan
peserta untuk servis, memukul dan menimbang bola. Permainan ini dikatakan dapat
meningkatkan kemahiran pergerakan asas individu dan ia juga dapat meningkat
kemahiran psikomotor, kognitif dan afektif seseorang individu itu. Selain itu, permainan
ini juga dapat meningkatkan kecergasan tubuh badan dengan melakukan beberapa
pergerakan asas yang merangkumi pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.
Justeru itu, seseorang individu dapat mempraktiskan aspek jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial (JERIS) yang selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK).
3.0 OBJEKTIF
Permainan kanak-kanak ini bertujuan untuk:
1. Menguji ketahanan fizikal dan mental murid-murid.
2. Menerapkan nilai-nilai positif dalam diri pelajar seperti toleransi dan nilai bekerjasama
dalam pasukan.
3. Membantu murid mencapai perkembangan yang menyeluruh menerusi kegiatan
jasmani yang tersusun.
4. Dapat memberi murid kemahiran tentang cara memukul bola dengan betul.
5. Mengajar murid untuk mematuhi peraturan dan berlawan secara adil.
1
6. Memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengelolakan permainan kanak-kanak.
7. Memberi kemahiran kepada murid memilih dan menggunakan taktik dan strategi
yang tepat untuk memenangi permainan.
4.0 Kesedaran Taktikal
Prinsip pergerakan
koordinasi mata dan juga tangan
fokus kepada bola, jaring dan juga pihak lawan
Ruang dan masa
saiz gelanggang badminton
permainan ditamatkan setelah tiga pusingan
5.0 KEPENTINGAN
dapat membina sifat jasmani dan sosial contohnya kepantasan, daya tenaga,
ketangkasan dan juga kemahiran.
mendedahkan murid kepada kemahiran-kemahiran asas dalam permainan dan sukan
meningkatkan perkembangan bahasa dan perbendaharaan kata kanak-kanak
meningkatkan keyakinan diri
6.0 TARIKH
28 April 2013
2
7.0 JANGKA MASA
Jangka masa yang diperlukan bagi permainan ini ialah sekitar 5-10 minit.
8.0 TEMPAT
Gimnasium IPG Kampus Tuanku Bainun
9.0 KUMPULAN SASARAN
Murid Tahap 1 dan Tahap 2
10.0 BILANGAN PESERTA
Satu kumpulan terdiri daripada 5 orang murid.
11.0 PANDUAN PELAKSANAAN PERMAINAN
11.1 Ahli Jawatankuasa
Penasihat : Encik Rosli Sham bin Ramli
Pengerusi : Noor Azilawati bt Zabidi
Naib Pengerusi : Azlina bt Zabidi
Setiausaha : Siti Zawiyah bt Abdul Halim
AJK Peralatan : Faliza bt Ali
Norzuraidah bt Jaafar
3
11.2 Senarai Nama Peserta
Pasukan A
Bil. Nama Pemain No. Kad Pengenalan
1. Mohd Nazri bin Ali 770501-07-5993
2. Mohd Fauzi bin Hj Harun 760213-08-5557
3. Fairus binti Mohamad 751126-02-5498
4. Aslina bt Awang 760327-03-5478
5. Suhaida bt Daud 720323-02-5372
Pasukan B
Bil. Nama Pemain No. Kad Pengenalan
1. Mohd Sabri bin Zainol 790403-07-5525
2. Mohd Ridzuan bin Kamarudin 820911-02-5879
3. Azura bt Abu Bakar 751018-02-5132
4. Zainab bt Yahaya 720226-07-5394
5. Yusnita bt Ramli 720701-08-5138
4
12.0 PANDUAN PELAKSANAAN PERMAINAN
12.1 Senarai Semak Gerak Kerja
BIL SENARAI SEMAK SEBELUM
PERLAKSANAAN PERMAINAN
YA TIDAK CATATAN
1 Mengadakan perbincangan dengan semua ahli
kumpulan
2 Melantik ahli jawatankuasa pertandingan serta
senarai tugas masing-masing
3 Membuat kertas kerja
4 Menghantar kertas kerja kepada pensyarah
pembimbing dan diluluskan
BIL SENARAI SEMAK SEMASA
PERLAKSANAAN PERMAINAN
YA TIDAK CATATAN
1 Memastikan keadaan kesihatan pelajar
2 Memastikan pakaian pelajar adalah sesuai
3 Memastikan pelajar berada di tempat yang
selesa
4 Memastikan pelajar memanaskan badan
5
dengan cara yang betul
5 Penyemakan alatan
6 Mengambil kehadiran pelajar
7 Memastikan keadaan disiplin pelajar terkawal
8 Kemudahan peti pertolongan cemas
disediakan
9 Memberi penerangan tentng aktiviti yang akan
dijalankan
10 Memastikan bahawa guru menjalankan
demontrasi permainan
11 Memastikan keadaan gelanggang selamat
12 Pengadil mestilah berada di kawasan
permainan sepanjang permainan berlangsung
6
Selepas
BIL SENARAI SEMAK SELEPAS
PERLAKSANAAN PERMAINAN
YA TIDAK CATATAN
1 Post Mortem
2 Mengemas kawasan gelanggang
3 Menyimpan semula alatan yang digunakan
4 Membuat refleksi terhadap perlaksanaan
permainan
12.2 SENARAI JENIS ALATAN
Bil Jenis peralatan Kuantiti
1 Jaring badminton 1
2 Bola Getah 1
3 Skitel 8
4 Beep bola jaring 10 ( 2 set warna )
Jadual 1.1 Senarai Jenis Alatan
12.2.1 GAMBAR SEBENAR PERALATAN YANG AKAN DIGUNAKAN
7
JARING BADMINTON
BOLA
SKITEL KECIL
‘BIBS’ YANG BERLAINAN WARNA
8
12.3 PROSEDUR PELAKSANAAN PERMAINAN
1 . Menggunakan kawasan permainan iaitu gelanggang badminton .
2. Garisan sempadan kawasan permainan ditentukan menggunakan garisan pada
gelanggang dan juga skitel di sekitarnya.
3. Garisan tengah gelanggang yang direntangkan jaring badminton memisahkan
kawasan antara pasukan.
4. Setiap pasukan terdiri daripada 5 orang dan setiap peserta haruslah memakai satu
beep berlainan warna bagi membezakan antara pasukan A dan pasukan B.
5. Pihak penganjur akan menggunakan duit syiling untuk menentukan pasukan mana
yang memulakan permainan dahulu.
6. Pasukan yang memulakan permainan dahulu diberi peluang untuk memilih tapak
gelanggang.
7. Satu biji bola getah akan diberi kepada pasukan yang memulakan permainan.
8. Peserta yang memegang bola bertanggungjawab untuk memulakan permainan
dengan memukul bola kearah pihak lawan.
9. Pasukan A memulakan permainan dengan menghantar bola ke pasukan B.
10 Pasukan A dan B perlu menjaga bola daripada jatuh. Sekiranya, bola diijatuhkan
oleh mana-mana pasukan, pasukan lawan akan diberi 1 mata.
11.Sekiranya peserta terkeluar daripada kawasan perlawanan yang ditetapkan, pihak
9
lawan akan diberikan 1 mata.
12. Peserta juga hanya dibenarkan menimbang bola 3 kali sahaja jika terlebih giliran
menyerang akan diberikan kepada pihak lawan.
13. Bola boleh dibiarkan melantun sekali terlebih dahulu sebelum diambil oleh pihak
lawan.
13. Permainan ini dijalankan sepanjang 5 minit.
14. Pasukan yang mempunyai mata yang paling banyak di akhir permainan dikira
sebagai pemenang.
15. Jika berlaku keadaan seri, 1 minit lebih akan diberi untuk menentukan pemenang.
12.4 PELAN KEDUDUKAN PELAKSANAAN PERMAINAN
GELANGGANG BADMINTON
10
Kedudukan peserta sebelum permainan dimulakan
12.5 Carta Markah (Scoreboard)
PUSINGAN
KUMPULAN
A B
1
2
3
11
12.6 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERMAINAN
1. Setiap pasukan dikehendaki memakai pakaian sukan yang sesuai.
2. Dalam perlawanan permainan ini, peserta harus memukulnbola dengan
menggunakan tangan sahaja.
3. Peserta dilarang membawa alat tajam yang boleh mendatangkan kecederaan.
4. Peserta dilarang memakai barang perhiasan semasa permainan.
5. Peserta dilarang memukul bola dengan anggota selain tangan.
6. Peserta dilarang memijak, menendang bola getah dengan kaki.
7. Jika bola terkeluar dari gelanggang, peserta boleh mengutip bola dan meneruskan
permainan.
8. Peserta tidak dibenarkan memulakan bola dan memukul bola di luar kawasan
gelanggang.
9. Peserta hanya boleh berada di dalam kawasan permainan sendiri.
10. Keputusan pengadil permainan adalah muktamad.
13.0 RUMUSAN
Tidak dapat dinafikan bahawa kanak- kanak memang suka dengan aktiviti yang
banyak melibatkan pergerakan sama ada pergerakan jenis lokomotor atau bukan
lokomotor. Mereka kelihatan lebih cergas dan telah menunjukkan sikap inkuiri yang
tinggi apabila aktiviti permainan dijalankan sekira dibandingkan dengan aktiviti
pembelajaran yang dilaksanakan dalam bilik darjah. Jadi, program Teaching Games for
Understanding (TGFU) memang sesuai untuk pelajar-pelajar yang belajar pada
peringkat sekolah rendah.
12
Program TGFU ini telah menghubungkaitkan ilmu pengetahuan dengan aktiviti-
aktiviti permainan. Dengan kata lain, pelajar-pelajar boleh belajar sambil bermain
melalui program ini. Dalam program ini, pelajar boleh banyak didedahkan kepada
prinsip gerakan yang umum dalam sesuatu permainan seperti bola tampar dan
sebagainya. Oleh sebab permainan bukan aktiviti yang hanya melibatkan seorang
tetapi adalah lebih, justeru pelajar harus mempelajari cara bergiat dalam permainan
jenis persaingan serta memupuk nilai kerjasama dengan rakan perjuangan dengan
menggunakan taktik yang sesuai berdasarkan peraturan- peraturan ditetapkan. Secara
ringkasnya, program ini banyak mendatangkan manfaat kepada para pelajar.
Melalui permainan “ Bolly ball ” ini, murid-murid dapat belajar kemahiran asas
seperti kemahiran asas servis, kemahiran asas memukul bola dan kemahiran asas
menimbang bola. Melalui penerapan ini, murid-murid dapat menggunakan kemahiran
asas yang dipelajari dalam permainan badminton dan bola tampar. Aktiviti ini juga akan
memberikan keseronokan kepada murid-murid. Hal ini kerana melalui permainan ini
setiap murid diberi peluang untuk bermain dan menentukan strategi mereka sendiri
tanpa melangkaui had peraturan permainan. Oleh yang demikian, murid-murid
akanmenjadi lebih seronok ketika bermain dan sekali gus membantu mereka untuk
menguasai kemahiran asas yang ingin diajar. Secara keseluruhannya, permainan
kanak-kanak “Bolly ball”bukan sahaja dapat menjadikan murid-murid lebih cerdas dan
sihat tetapi dapat menerapkan pelbagai kemahiran asas dan nilai-nilai murni dalam diri
murid-murid.
Tambahan pula, melalui kertas kerja ini, saya menyedari bahawa cara bermain,
peraturan dan syarat permainan adalah penting dalam pelaksanaan suatu permainan.
Untuk menjadikan aktiviti permainan itu menarik dan diminati oleh pelajar, pertamanya
peraturan dan syarat permainan yang ditetapkan mesti mudah difahami dan pendek.
Seterusnya, guru Pendidikan Jasmani harus memberi peluang untuk murid
mempelajari, melakukan dan merasai keriangan bergerak dalam situasi persaingan
mengikut keperluan, kebolehan dan minat individu masing-masing. Kemudian, kadang-
kala guru boleh membiarkan pelajar memodifikasi permainan demi menyuburkan
pemikiran kreatif mereka serta menyebabkan mereka lebih memahami konsep bagi
permainaan tertentu.
13
Kesimpulannya, para pendidik Pendidikan Jasmani dan Kesihatan memainkan
peranan yang penting untuk mendedahkan pelajar kepada aktiviti permainan yang
berbagai-bagai jenis supaya mereka ini lebih memahami terhadap organisasi
permainan- permainan dan juga mempelajari gerakan yang tepat bagi aktiviti permainan
tertentu. Selain itu, pendidik wajib menekankan aspek kemahiran asas, aktiviti latihan,
dan permainan- permainan yang bersesuaian dalam waktu jasmani kerana segala
pengetahuan yang dipelajari pada peringkat sekolah akan mempengaruhi
pandangannya terhadap permainan yang seterusnya. Dengan kata lain, pendidik perlu
membuat persediaan yang secukupi dalam perancangan aktiviti permainan dalam
setiap pengajaran terutamanya dalam permainan kategori sasaran, pukulan, jaring/
dinding dan serangan.
14
Dalam tugasan PJM3102, salah satu tugasan yang perlu dipersembahkan
adalah untuk mencipta satu permainan kanak-kanak berdasarkan kepada teori yang
dikemukakan oleh Bunker dan Thorne, 1982 iaitu Teaching Games For Understanding
(TGFU). Kumpulan tutorial PPG Sains 1 telah dibahagikan kepada empat kumpulan
dan ahli kumpulan saya terdiri daripada lima orang iaitu Norzuraidah, Azlina, Nor
Azilawati , Nor Faliza dan saya sendiri. Kumpulan saya dikehendaki mencipta satu
permainan bagi kategori jaring/ dinding.
Hasil daripada perbincangan dengan rakan-rakan dan pensyarah pembimbing
iaitu Encik Rosli Sham bin Ramli maka terhasil satu permainan yang kami namakan
sebagai “Bolly Ball” sesuai untuk murid-murid tahap 2 yang telah didedahkan dengan
permainan bola tampar. Pada mulanya terdapat salah faham dalam menghasilkan
permainan kecil dalam kategori jaring, namun masalah ini dapat di atasi apabila Encik
Rosli Sham memberikan idea dan pandangan beliau berkaitan jaring/ dinding. Selain itu
beliau banyak memberikan ilmu baru yang sebelum ini kurang jelas berkaitan
rengangan dan memanaskan badan.
Berdasarkan tugasan ini, saya telah mengetahui bahawa TGFU dihasilkan
bertujuan untuk memperbaiki model kurikulum bagi pengajaran dan pembelajaran
pendidikan jasmani yang sedia ada. Selain ia juga berfungsi untuk mewujudkan guru
atau jurulatih yang bukan sahaja mementingkan kemahiran kepada kanak-kanak, malah
memberi ruang kepada kanak-kanak untuk terus meneroka dan mengekalkan minat
mereka untuk terus bermain dengan seronok serta memberi faedah yang baik. Untuk
15
REFLEKSI KENDIRI
Nama : Siti Zawiyah bt Abdul Halim
No. K/P : 760220-07-5116
Kumpulan : PPG Sains 1 Kohort 2
memenuhi keperluan tugasan ini, saya dan rakan-rakan berusaha untuk mereka satu
permainan yang menarik untuk murid-murid tahap 2.
Melalui pemerhatian semasa demonstrasi permainan kanak-kanak ini, rakan-
rakan yang mengambil bahagian begitu suka dengan permainan ini kerana bola tampar
telah ditukar kepada bola getah yang lebih lembut dan tidak menyakitkan tangan.Selain
itu peraturan permainan dapat diikut dengan baik.
Secara keseluruhan daripada penghasilan tugasan ini, saya mendapat banyak
pengalaman dan ilmu pengetahuan baharu. Tugasan ini menyedarkan saya bahawa
sebagai seorang guru, kita harus kreatif menghasilkan sesuatu yang lain daripada
selalunya dan memberi input yang amat berguna untuk kanak-kanak meneroka
permainan yang dihasilkan dengan pengetahuan mereka terlebih dahulu.
Semoga tugasan ini memenuhi setiap aspek yang dikehendaki oleh pihak
penilai. Sekian, terima kasih.
Yang benar,
……………………………………….
(SITI ZAWIYAH BT ABDUL HALIM)
16
Nama : Norzuraidah bt Jaafar
Kumpulan : Sains 1
REFLEKSI
Syukur ke hadratNya berjaya juga saya menyiapkan tugasan permainan kanak-
kanak. Segalanya dilaksanakan bermula dengan taklimat ringkas oleh pensyarah
mengenai tugasan ini. Tajuk yang telah saya perolehi dalam tugasan ini adalah jaring
dan dinding. Bersama-sama empat lagi ahli kumpulan saya iaitu Siti Zawiyah, Faliza,
Azlina dan Azilawati kami mula berbincang mengenai bentuk permainan yang akan
dilaksanakan.
Pelbagai idea telah disumbangkan untuk dijadikan permainan yang seuai. Bentuk
permainan yang dihasilkan perlulah menarik dan mampu dimainkan dengan mudah dan
tidak begitu merumitkan bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak yang dipilih.
Lakaran demi lakaran permainan telah kami buat dan ditunjukkan kepada pensyarah
kami. Beberapa penambaikan telah dilakukan bagi memastikan permainan kecil yang
dirancang benar-benar memenuhi kriteria dalam TGFU. Pensyarah saya, Encik Rosli
juga banyak memberikan tunjuk ajar serta bimbingan, ini telah saya dan ahli kumpulan
jadikan panduan untuk menyiapkan tugasan ini dengan lebih baik. Kerjasama dari ahli
kumpulan serta rakan-rakan sekelas yang lain juga amat membantu memudahkan lagi
tugasan ini disiapkan. Setiap ahli melaksanakan tugas yang telah diagih-agihkan
dengan penuh rasa tanggungjawab.
Banyak ilmu mengenai TGFU ini yang tidak saya ketahui sebelum ini. Namun
sepanjang proses menyiapkan tugasan permainan kecil ini saya sedar bahawa cara
yang digunakan oleh kebanyakan guru Penddikan Jasmani di sekolah banyak yang
perlu diberi perhatian dan penambaikan. Saya juga mendapat pendedahan baru
mengenai teknik yang betul dalam melakukan aktiviti memanaskan badan dan aktiviti
regangan. Harapan saya semoga melalui tugasan yang telah berjaya saya siapkan ini
akan dapat membantu saya dalam pengajaran saya di sekolah kelak.
17
REFLEKSI
Nama Pelajar : Azlina binti Zabidi
No Kad Pengenalan : 771029 - 08 - 6430
Kelas : PPG Sains 1 (Ambilan Feb 2012)
Sepanjang menjalankan tugasan ini pelbagai panduan dan ilmu berguna yang
saya perolehi untuk mengajar pendidikan jasmani di sekolah.Saya mula mengenali
apakah maksud pergerakan asas dan permainan kecil untuk mengajar kemahiran
sesuatu permainan.
Sebelum ini ,jika saya diberi waktu pendidikan jasmani bagi menggantikan guru
yang tidak hadir ,saya akan membuat aktiviti memanaskan badan dengan membuat
regangan terlebih dahulu sebelum membenarkan murid-murid bermain permainan yang
mereka pilih.Saya suka menggantikan kelas pendidikan jasmani kerana saya juga
dapat bersenam dan bermain bersama-sama murid.Namun saya tidak tahu cara atau
teknik yang betul untuk mengajar sesuatu permainan.Maka saya abaikan jika murid
membuat kesalahan yang kecil ketika bermain dan kebanyakan peraturan permainan
dilanggar sewaktu bermain.
Kini saya mendapat ilmu baru bagaimana untuk melaksanakan aktiviti
pendidikan jasmani yang betul dan menyeronokkan.Saya dapat memberikan cara dan
kaedah bermain sesuatu permainan dengan betul dan berkesan.Fungsi wisel sangat
penting ketika permainan dijalankan.Antaranya saya dapat membetulkan kesalahan
18
murid ketika bermain dan memudahkan saya berkomunikasi dengan murid ketika
mereka sedang bermain.
Saya juga kini lebih memahami bahawa kebanyakan murid belajar melalui
bermain. Pembelajaran yang bermakna berlaku terutama ketika bermain. Pemahaman
guru berkenaan teori-teori perkembangan dan pembelajaran serta interaksi kanak-
kanak dengan guru dan rakan dapat membantu merancang pembelajaran melalui
bermain.
Peraturan-peraturan permainan dapat diberikan dengan lebih berkesan.Murid-
murid akan lebih mengingati cara yang betul untuk bermain jika kesalahan mereka
dibetulkan semasa mereka sedang bermain.Disiplin ketika bermain lebih baik dan tidak
berlaku perkara yang tidak diingini jika peraturan permainan difahami oleh murid-murid.
Saya berasa sangat teruja untuk mengajar pendidikan jasmani lagi kerana ilmu
yang diberikan oleh pensyarah kami iaitu En Rosli Sham bin Ramli sangat membantu
saya ketika mengajar pendidikan jasmani.Walaupun saya tidak mempunyai jadual tetap
untuk mengajar pendidikan jasmani.Saya sentiasa memaklumkan kepada pihak
pentadbir jika ada guru pendidikan jasmani yang tidak hadir,dan saya mempunyai
kelapangan ,maka saya ingin menggantikan kelas tersebut untuk meningkatkan lagi
kemahiran saya mengajar pendidikan jasmani.
Sekian , terima kasih.
19
REFLEKSI OLEH NOR FALIZA BINTI ALI
Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya dapatlah saya
meneruskan pengajian dalam Semester 3 bagi Program Pensiswazahan Guru untuk
Ambilan Februari 2012. Dalam Semester 3 ini saya telahpun belajar satu lagi subjek
baharu iaitu Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan (PJM 3102 ). Seperti mana yang
diketahui umum bahawa melalui subjek ini saya akan mempelajari tentang kemahiran
Pergerakan Asas yang merangkumi pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor serta
TGFU
Oleh itu saya dan juga empat lagi rakan yang lain iaitu Cikgu Azlina bt
Zabidi,Pn. Azila bt Zabidi,Pn. Zuraidah bt Jaafar dan juga Pn. Siti Zawiyah telahpun
diberikan tugasan TGFU tentang tajuk permainan jaringan dinding. Untuk itu kumpulan
kami telahpun memilih permainan bola tampar pantai dengan menggunakan bola getah
yang lembut.
Semasa proses menyiapkan tugasan yang telahpun diberikan, saya berasa amat
berbangga kerana dapat mendalami pengetahuan tentang pelbagai jenis kategori
permainan seperti sasaran,jaringan/dinding,kategori pukulan dan juga permainan
serangan /kawasan yang memang diamalkan sewaktu proses pembelajaran dan
pengajaran di sekolah saya. Pengetahuan tersebut saya dapati dengan mendapatkan
info dan maklumat yang dimuat turun dari pelbagai laman sesawang di internet dan
juga pelbahgai sumber rujukan melalui buku dan juga pelbagai bahan bacaan yang
relevan.
20
Di samping mendapatkan info di internet saya juga berasa bertuah kerana saya
kerana saya merupakan seorang guru Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan yang
mengajar dari Tahun 4 hingga Tahun 6. Pada peringkat ini memang permainan kanak-
kanak amatlah ditekankan sewaktu pembelajaran dan pengajaran berlaku. Jesteru itu
maka ini amatlah membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini.
Masalah-masalah yang dihadapi semasa menyiapkan tugasan ini adalah seperti
masalah teknikal semasa melayari internet untuk mendapatkan bahan rujukan berkaitan
dengan tajuk pelajaran.Kadang kala mengambil masa yang untuk mencari sesuatu
bahan rujukan. Contohnya semasa saya cuba memuat turun sesuatu bahan atau artikel
kadangkala mengalami kegagalan. Namun begitu masalah ini dapat diatasi dengan
bertanyakan kepada rakan-rakan seperjuangan yang mempunyai tahap kemahiran
yang tinggi dan bidang teknologi maklumat.
Di sepanjang masa menyiapkan tugasan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
(PJM 3102) ini memberikan suatu kemahiran baharu kepada saya dalam bidang
teknologi maklumat dan komunikasi. Jika sebelum ini saya kurang mahir dalam
perkara-perkara seperti menghantar emel,memuat turan,memuat naik bahan- bahan
dan memasuki blog-blog yang berkaitan dengan tajuk iaitu Permainan kanak-kanak.
Saya berasa bertuah kerana dengan menyiapkan tugasan ini saya memperolehi
kemahiran dalam bidang teknologi maklumat.
Cabaran yang lain adalah kekangan dari segi pengurusan masa. Memang diakui
saya memang seorang yang kurang bijak dalam pengurusan masa. Jadi kadangkala
saya menyiapkan tugasan dalam waktu yang agak suntuk. Namun begitu sebagai
seorang pelajar saya perlu bijak membahagikan masa antara kerjaya sebagai guru dan
ibu kepada empat orang anak. Maka dengan ini dapatlah saya menyiapkan juga
tugasan yang telahpun diberikan oleh pensyarah.Jesteru pengurusan masa dengan
baik perlu diamalkan dan budaya menyiapkan tugasan dalam tempoh yang bersesuaian
perlu saya amalkan.
21
Setelah saya menyiapkan tugasan yang telahpun diberikan,saya bercadang
untuk menggunakan bahan-bahan dan maklumat yang diperolehi ini dapat digunakan
dalam akativiti pembelajaran dan pengajaran saya di masa hadapan bagi subjek
Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan. Dengan memperolehi maklumat yang lebih jelas
dan mendalam ini akan meningkatkan lagi keyakinan diri sewaktu mengajar murid nanti.
Maklumat-maklumat tersebut boleh gunakan sebagai bahan bantu belajar seperti
penggunaan slaid dalam bentuk ‘Power Point’ dan juga buku skrap tersebut boleh
diletakkan di dalam kelas pada Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan juga sudut Info
di Bilik Sukan sekolah
Akhir sekali di kesempatan ini saya ingin menggarapkan ribuan terima kasih
kepada pensyarah iaitu En. Mohammad Sobri bin Harun, En. Rosli Sham bin Ramli
dan juga rakan sekumpulan serta rakan-rakan kelas Sains 1 yang lain yang telah
banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan yang telahpun diberikan.Tidak
dilupakan juga keluarga yang banyak membantu disamping rakan-rakan sekolah yang
tanpa rasa kekok untuk menghulurkan bantuan apabila diperlukan. Terima kasih lagi
sekali untuk mereka semua yang banyak membantu menyiapkan tugasan Pendidikan
Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan (PJM 3102).
Disediakan oleh,
…………………………………
(NOR FALIZA BINTI ALI)
22
REFLEKSI
NAMA : NOR AZILAWATI BT ZABIDI
KP : 790302-08-5302
Syukur ke hadrat Illahi dengan izinNya saya dan ahli kumpulan yang lain berjaya
menyiapkan tugasan amali TJFU yang telah diberikan. Proses untuk menyiapkan
tugasan ini agak mencabar dan menarik untuk dilaksanakan. Faktor utama yang
menjadi kekangan bagi saya ialah masa kerana banyak terikat dengan tanggungjawab
yang lain di sekolah.
Sukar untuk memberi fokus sepenuhnya terhadap tugasan ini. Selain saya dan
ahli kumpulan yang lain juga tidak mempunyai banyak peruntukan masa untuk
berbincang dan membuat latihan secara lebih kerap memandangkan masing-masing
tinggal di kawasan yang berjauhan. Kami hanya berpeluang untuk berjumpa dan
berlatih semasa menghadiri interaksi dan amali sahaja. Setiap kali perjumpaan interaksi
tugasan telah diagihkan membolehkan semua perjalanan TJFU ini dapat
disempurnakan pada masa yang telah ditetapkan oleh pensyarah.
Pada permulaan kami menerima tugasan , saya dan ahli kumpulan langsung
tidak mengetahui apa yang dimaksudkan dengan TJFU. Masing- masing tidak pernah
mengikuti kursus Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Ini adalah perkara yang baru
kami terima dan pelajari semasa mengambil Program PPG ini. Oleh kerana ia baru bagi
kami semua ahli bekerjasama di dalam mencari bahan dan maklumat mengenai
tugasan yang telah diberikan. Saya dan ahli kami telah mendapat permainan yang
menggunakan jaring.
Dengan tunjuk ajar dan pantauan dari pensyarah kami iaitu En Rosli Sham bin
Ramli kami dapat menyiapkan tugasan ini pada akhirnya. Terima kasih diucapkan
kepada pensyarah PJK kerana bersungguh – sungguh mengajar kami dan banyak info
terkini yang kami pelajari. Ilmu yang kami perolehi ini akan dipraktikkan semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran kelak. Saya juga berminat untuk mengajar subjek ini
23
pada tahun hadapan kerana peningkatan ilmu yang diperolehi semasa mengikuti subjek
ini.
Memandangkan sekolah saya kategori Sekolah Kurang Murid, memang
menghadapi masalah kurang alatan untuk mengajar Pendidikan Jasmani. Melalui
aktiviti yang telah dijalankan dalam TJFU saya rasa pelbagai kaedah boleh dilakukan
walaupun tiada alatan. Terutama dalam kaedah jaringan yang telah kumpulan kami
laksanakan. Sebelum ini saya tidak pernah melihat murid tahap 1 bermain bola tampar,
tetapi dengan mereka pengajaran dan menggunakan peralatan yang lain yang sesuai
untuk murid tahap 1 saya pengajaran akan lebih kreatif dan menyeronokkan.
Banyak pengalaman yang baru telah saya perolehi melalui subjek ini terutama
semangat sepasukan dalam menjalankan sesi pengajaran untuk melaksanakan
permainan yang melibatkan jaring. Apa yang menyebabkan tugasan ini menarik adalah
semua rakan sekelas memainkan peranan kerana mereka akan menjadi murid semasa
ujian tersebut. Dengan kerjasama yang baik kami sangat menghargainya.
Sekian , Terima Kasih...
24
Rujukan
Buku Internet
Butler, Joy and Griffin, Linda L.(2013). More Teaching Games For Understanding:
Moving Globally. Dimuat turunkan pada 13 Mac 2013
http://books.google.com.my/book?id
Internet
Nota PISMPPJ.Model Bunker Thorpe. Dimuat turunkan pada Mac 13, 2013 daripada
http://nota-notapismppj.blogspot.com/2012/06/model-bunker-thorpe-1982.html
Maksud TGFU Kolaboratif Dan Koperatif. Dimuat turun pada April 12, 2013 daripada
http://www.scribd.com/doc/98180976/Maksud-Tgfu-Kolabratif-Dan-Koperatif
25