Upload
chekgualan
View
249
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
7/29/2019 TGFu Assignment
1/20
ISI KANDUNGAN
TAJUK MUKA
SURAT
1.0 Pengenalan TGFU1.1 Faktor yang mendorong tokoh-tokoh untuk mengkaji TGFU1.2 Perkembangan TGFU
1.2.1 Sasaran (Target)1.2.2 Striking/ Fielding1.2.3 Jaring/ dinding (net/wall)1.2.4 Serangan (Invasion)
1.3 Permainan Jaring/ Dinding1.3.1 Bola Tampar1.3.2 Sepak Takraw1.3.3 Skuasy1.3.4 Tenis1.3.5 Tenis Meja1.3.6 Badminton
12
3
4
5
2.0Kategori Jaring/ Dinding
2.1 Matlamat2.2 Objektif2.3 Tarikh2.4 Jangka Masa2.5 Tempat2.6 Kumpulan Sasaran (Tahap Umur Kanak-kanak)2.7 Bilangan Peserta2.8 Panduan Pelaksanaan Permainan
2.8.1 Jawatan Kuasa Kerja2.8.2 Senarai Nama Peserta2.8.3 Senarai Semak Sebelum, Semasa dan Selepas Pelaksanaan
Permainan
Senarai Semak Peralatan Senarai Semak Sebelum Permainan Senarai Semak Semasa Permainan Senarai Semak Selepas Permainan
6
7
8
9
10
11
12
7/29/2019 TGFu Assignment
2/20
2.8.4 Senarai Alatan2.8.5 Prosedur Pelaksanaan Permainan2.8.5.1Pelan Kedudukan Pelaksanaan
Permainan2.8.5.2Langkah-langkah Pelaksanaan
Permainan
2.8.5.3Peraturan dan Syarat-syarat
Permainan
2.8.5.4Sistem Permarkahan
13
13
14
15
3.0 Rumusan 16
4.0 Refleksi KendiriChai Xiao Min
Chow Yin Yin
Chuah Xue Li
Kong Yee Ming
Lim Feng Ying
17
19
21
23
25
5.0 Bibliografi 27
6.0 Lampiran 28
1.0 Pengenalan TGFU
Teaching Games for Understanding merupakan suatu konsep
pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan oleh David Bunker dan Rod
Thorpe pada tahun 1982 di Universiti Loughboroungh. TGFU merupakan
suatu pengajaran permainaan untuk kefahaman yang dapat menarik minat
dan perhatian kanak-kanak di dalam atau di luar bilik darjah supaya mereka
7/29/2019 TGFu Assignment
3/20
tidak berasa bosan. (rujuk kepada buku Kaedah Mengajar Pendidikan
Jasmani yang ditulis oleh Mohd Sofian Omar Fauzee)
TGFU ini adalah lebih berfokus terhadap pemahaman yang meyeluruhpada setiap permainan. Murid-murid dapat memahami sesuatu prinsip atau
konsep dalam permainan tertentu. TGFU juga menekankan kepada
peningkatan tahap aktiviti fizikal. Waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di
dalam sekolah rendah dan sekolah menengah hendaklah selalu menjalankan
TGFU supaya pelajar-pelajar dapat berseronok dalam aktiviti fizikal. TGFU
juga menjadikan kelas Pendidikan Jasmani sebagai tempat dan masa yang
sesuai untuk persaingan, motivasi serta bersuka ria. Guru hendaklah
memastikan persaingan ini dijalankan dengan sihat dan menjalankan
permainan yang dapat mengeratkan hubungan persahabatan dan kerjasama
di antara pelajar.
Melalui TGFU, pelajar bukan sahaja melibatkan aktif untuk mencapai
markah yang tinggi dan menjadikan pemenang, maka juga adalah penting
untuk pelajar untuk belajar membuat keputusan yang tepat dan sesuai
dengan pintas dan serta merta dalam proses permainan. TGFU adalah lebih
bebas dan tidak mempunyai terlalu banyak peraturan. Ini disebabkan TGFU
lebih mengutamakan pengajaran dan pembelajaran dengan seronok.
1.1 Faktor yang mendorong tokoh-tokoh untuk mengkaji TGFU
Tokoh-tokoh yang mengkaji TGFU ini ialah David Bunker dan Rod
Thorpe yang membuat kajian di Universiti Loughborough di United Kingdom.
Terdapat beberapa faktor yang mendorong mereka untuk berusaha dalam
mengkaji TGFU.
Pada masa itu, pencapaian permainan adalah kurang
memuaskan.Murid-murid kurang menikmati dan berseronok dalam permainan
7/29/2019 TGFu Assignment
4/20
yang disediakan oleh guru. Murid-murid adalah bersifat lebih pasif dan tidak
aktif dalam permainan.
Selain itu, pendidik pada masa itu mempunyai pengetahuan yangterhad tentang permainan. Mereka tidak memahami matlamat dan objektif
bagi setiap permainan yang dijalankan. Permainan yang dirancangkan
hendaklah mempunyai matlamat tertentu supaya murid-murid dapat
mempelajari sesuatu melalui permainan.
Faktor yang lain adalah seperti lemah dalam kemahiran asas dan
kurang berupaya dalam membuat keputusan. Melompat, melari dan
membaling bola merupakan kemahiran asas yang banyak membantu murid
bergerak cergas dan aktif dalam permainan.
Mereka juga memerhatikan bahawa Pendidikan Jasmani pada masa
itu adalah terlalu bergantung kepada jurulatih atau guru untuk membuat
keputusan. Mereka ingin mengkaji satu set kajian yang berkesan dan dapat
membantu dalam pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, mereka juga terdorong untuk mengkaji TGFU atas sebab
kadar perkembangan dalam permainan yang terlalu lambat dan tidak
menonjolkan. Pendidikan pada masa itu kurang mementingkan permainan
dalam pengajaran dan pembelajaran. Maka, mereka pun berusaha untuk
mengkaji TGFU.
(rujuk kepada http://spartan.ac.brocku.ca/~jmandigo/inclusionOC.pdf)
1.2 Perkembangan TGFU
Falsafah TGFU masih diubahsuai dan diperkembangkan dari semasa ke
semasa untuk menghasilkan suatu idea yang lagi cemerlang. Pada tahun
2004 Webb dan Pearson telah menkategorikan permainan kepada 4 kategori
utama:
1.2.1 Sasaran (Target)
- menempatkan objek pada sasaran atau mendekati sasaran untuk
mendapatkan mata. Murid-murid mempunyai sasaran tertentu dan permainan
http://spartan.ac.brocku.ca/~jmandigo/inclusionOC.pdfhttp://spartan.ac.brocku.ca/~jmandigo/inclusionOC.pdf7/29/2019 TGFu Assignment
5/20
ini berfokus terhadap tempat sasaran itu. Contoh permainan adalah seperti
bowling, achery dan golf
1.2.2 Striking/ Fielding- perlawanan yang melibatkan dua pihak iaitu pasukan striking dan pasukan
fielding. Pasukan striking akan bermain dengan bersungguh untuk mendapat
markah manakala pasukan fielding akan cuba sedaya upaya untuk
menghalang pasukan striking mendapat lebih markah. Mata dikumpul melalui
larian yang selamat dan berjaya selepas pukulan dalam masa atau pusingan
yang ditetapkan. Contoh permainan adalah seperti baseball, softball dan
criket.
1.2.3 Jaring/ dinding (net/wall)
- permainan dimainkan antara jaring atau atas dinding. Kedua-dua pihak
bermian dengan suatu alat manipulasi seperti bola. Mata dikumpul melalui
menghantar objek ke gelanggang pihak lawan dengan syarat objek tersebut
tidak dapat menghantar balik dalam kawasan gelanggang. Contoh permainan
adalah seperti badminton, squash dan table tennis.
1.2.4 serangan (Invasion)
- Permainan berpasukan. Dalam jangkaan masa yang tertentu, masuk ke
dalam kawasan pihak lawan dan mengumpulkan mata. Contoh permainan
seperti soccer, basketball dan handball. (Rujuk
kepadahttp://www.penz.org.nz/downloads/IchperConf/WEB06004_final.pdf)
1.3 Permainan Net and Wall
1.3.1 Bola tampar
Bola tampar merupakan satu sukan di mana dua pasukan yang dipisahkan
oleh satu jaring tinggi menggunakan tangan atau bahagian badan lain untuk
memukul atau menampar sebiji bola melangkaui jaring kepada lawan [1].
Setiap pasukan yang mempunyai enam pemain dibenarkan memukul bola
tersebut tiga kali berturut-turut. Mata dikira apabila bola jatuh ke dalam
gelanggang lawan, lawan melakukan kesalahan atau lawan gagal
mengembalikan bola dengan betul. Bola tampar merupakan satu sukan aktif.
http://www.penz.org.nz/downloads/IchperConf/WEB06004_final.pdfhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sukan_Olimpikhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bolahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bola_tampar#cite_note-0%23cite_note-0http://www.penz.org.nz/downloads/IchperConf/WEB06004_final.pdfhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sukan_Olimpikhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bolahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bola_tampar#cite_note-0%23cite_note-07/29/2019 TGFu Assignment
6/20
Disebabkan banyak serangan memerlukan pemaain menyentuh bola di atas
jaring, kebolehanmelompat ditekankan dalam permainan ini.
1.3.2 Sepak Takraw
Sepak Takraw adalah jenis olahraga campuran dari sepak bola dan bola
volley, dimainkan di lapangan ganda badminton, dan pemain tidak boleh
menyentuh bola dengan tangan. Permainan ini berasal dari abad ke-15 dan
disebut Takrawdalam bahasa Thai dan Sepak Raga dalam bahasa
Melayu.Bola terbuat dari anyaman rotan dan pemain berdiri membentuk
lingkaran. Pada tahun 1940-an hal ini berubah dengan menggunakan jaring
dan peraturan angka. Di Filipina permainan ini disebut Sipa, di
Burma Chinlone, di Laos Kator.
1.3.3 Skuasy
Skuasy ialah satu sukan berraket dalaman yang mana dulunya dikenali
sebagai "Squash Rackets", satu rujukan kepada bola lembut yang boleh
dipenyek (bahasa Inggeris: squashable), digunakan dalam perlawanan
skuasy. Permainan ini dimainkan oleh dua pemain (atau dalam sesuatu masa
empat pemain bagi beregu) dengan raket 'piawai' dalam gelanggang
berdinding empat dengan satu bola getah yang kecil dan berongga.
1.3.4 Tenis
Tenis ialah sejenis permainan yang menggunakan raket dan bola dan
dimainkan di sebuah gelanggang yang dibahagi dua oleh sebuah jaring.
Pertandingan diadakan mengikut jantina dan jumlah pemain. Kategori bagi
pertandingan biasanya termasuk perseorangan lelaki, perseorangan wanita,
bergu (di mana dua pemain yang sama jantina bermain), serta bergu
campuran(di mana dua pemain berlainan jantina bermain). Terdapat juga
pertandingan untuk orang kurang upaya. Dalam empat pertandingan 'grand
slam' hanya 128 peserta akan bertanding.
1.3.5 Tenis meja
http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Melompat&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/wiki/Olahragahttp://id.wikipedia.org/wiki/Sepak_bolahttp://id.wikipedia.org/wiki/Bola_volleyhttp://id.wikipedia.org/wiki/Bola_volleyhttp://id.wikipedia.org/wiki/Badmintonhttp://id.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Thaihttp://id.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayuhttp://id.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayuhttp://id.wikipedia.org/wiki/Rotanhttp://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Sipa&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Chinlone&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Kator&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Inggerishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sukanhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Raket&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Melompat&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/wiki/Olahragahttp://id.wikipedia.org/wiki/Sepak_bolahttp://id.wikipedia.org/wiki/Bola_volleyhttp://id.wikipedia.org/wiki/Bola_volleyhttp://id.wikipedia.org/wiki/Badmintonhttp://id.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Thaihttp://id.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayuhttp://id.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayuhttp://id.wikipedia.org/wiki/Rotanhttp://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Sipa&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Chinlone&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Kator&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Inggerishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sukanhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Raket&action=edit&redlink=17/29/2019 TGFu Assignment
7/20
Tenis meja, atau ping pong (sebuah merek dagang), adalah suatu olahraga
raket yang dimainkan oleh dua orang (untuk tunggal) atau dua pasangan
(untuk ganda) yang berlawanan. Di Republik Rakyat Cina, nama
resmiolahraga ini ialah "bola ping pong". Bola tenis meja adalah gery. Raketmerupakan untuk peralatan memukul bola, dikenal sebagai istilah bat,
padle.Raket terdiri dari dua bahagian iaitu blade dan rubber.
1.3.6 Badminton
Badminton merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh sama ada
dua orang pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan
bertentangan (bergu), yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam
sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring. Pemain dapat
memungut mata melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka jadi
ia dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali
berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya
boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring.
2.0 Kategori Jaring/ Dinding
2.1 Matlamat
Melalui aktiviti permainan ini, murid- murid dapat:
2.1.1 Memperkembangankan dari segi pertumbuhan fisiologikal, psikologikal dansosiologikal mereka pada setiap peringkat perkembangannya.
2.1.2 Mengembangkan potensi yang terpendam dan bakat mereka juga dapatdicungkil melalui aktiviti permainan dengan berbagai- bagai cara dan tidak lagi
hanya terbatas kepada pergerakan fizikal dan senaman biasa.
2.1.3 Memperolehi kemahiran- kemahiran baru, lebih memahami konsep- konseptertentu serta pelbagai latar perhubungan bagi sesuatu permainan ketika
mereka mencipta dan merangka sesuatu permainan yang baru.
http://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Merek_dagang&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Olahraga_raket&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Olahraga_raket&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/wiki/Republik_Rakyat_Cinahttp://id.wikipedia.org/wiki/Olahragahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sukan_raket&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Bulu_tangkishttp://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Merek_dagang&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Olahraga_raket&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Olahraga_raket&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/wiki/Republik_Rakyat_Cinahttp://id.wikipedia.org/wiki/Olahragahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sukan_raket&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Bulu_tangkis7/29/2019 TGFu Assignment
8/20
2.1.4 Mempelajari cara-cara untuk mengawal pergerakan, mempertingkatkanketangkasan pergerakan serta berupaya menggunakan anggota badan dan
minda sebagai alat dalam sesuatu permainan yang penuh saingan.
2.1.5 Membentuk dan memperkembangkan personaliti dan kognitif mereka.
2.1.6 Membina situasi dan persekitaran sesuai untuk pertumbuhan fizikal, mentaldan sosial yang sihat.
2.1.7 Menambah pengetahuan tentang bahagian- bahagian anggota tubuh badandan memahami mekanisme serta fungsi otot- otot badan dalam tubuh badan
mereka.
2.1.8 Penghayatan dan amalan nilai murni dapat dipupuk semasa menjalankanpermainan sesama ahli dalam kumpulan.
2.2 Objektif
Melalui aktiviti permainan, murid- murid dapat :
2.2.1 Memperolehi pengetahuan asas tentang peraturan, kemahiran dan taktikdalam kategori permainan kanak-kanak.
2.2.2 Berupaya menggunakan pelbagai jenis alat permainan dengan gaya yangbetul dan selamat dalam sesuatu aktiviti permainan.
2.2.3 Memperkembangkan kemahiran sosialisasi mereka dan meningkatkan cara
kominunikasi dengan pelajar yang lain.
2.2.4 Mencipta aktiviti permainan atau menggubah variasi dalam permainan-permainan lama yang boleh membantu mereka dalam usaha menyelesaikan
masalah.
2.2.5 Melahirkan perasaan dan memperkembangkan daya imaginasi mereka untukmencipta sesuatu permainan yang bermakna serta menyeronokkan.
7/29/2019 TGFu Assignment
9/20
2.2.6 Berlatih dalam suatu permainan yang dirancang untuk mengeksploitasisegala kemahiran mereka.
2.2.7
Mewujudkan peluang bermain sambil belajar kepada murid agar merekaboleh belajar dalam suasana yang menggembirakan dan selesa.
2.2.8 Menyedari kepentingan nilai murni seperti nilai kerjasama dan tolak-ansurketika sesuatu aktiviti permainan dijalankan.
2.2.9 Menyemaikan rasa keyakinan diri dan ketenangan diri terutamanya dalampenyelesaian sesuatu masalah.
2.3 Tarikh
Permainan ini dijalankan pada 9 Oktober 2008.
2.4 Jangka Masa
Masa yang dijangka bagi permainan ini adalah 30 minit.
2.5 Tempat
Permainan ini digalakkan dijalankan di kawasan yang lapang. Kawasan yang
paling sesuai untuk menjalankan permainan ini ialah di gelanggang tenis.
2.6 Kumpulan Sasaran (Tahap Umur Kanak-kanak)
Permainan ini sesuai dimainkan oleh kanak-kanak yang berumur 12 tahun.
2.7 Bilangan Peserta
Dalam permainan ini, pelajar akan dibahagikan kepada 2 kumpulan dalam
setiap pusingan. Setiap kumpulan sekurang-kurangnya mesti mempunyai 6
orang peserta dan seorang ketua akan dilantik bagi kumpulan masing-masing.
7/29/2019 TGFu Assignment
10/20
2.8 Panduan Pelaksanaan Permainan
2.8.1 Jawatan Kuasa Kerja
Pengelola : Chow Yin YinAJK Mencatat Markah : Chuah Xue Li
AJK Peralatan : Chai Xiao Min
AJK Menjaga Masa : Lim Feng Ying
Pengadil : Kong Yee Ming
2.8.2 Senarai Nama Peserta
2.8.3 Senarai Semak Sebelum, Semasa dan Selepas Pelaksanaan
Permainan
Bil. Perkara TindakanSebelum Semasa Selepas
Kumpulan A Kumpulan B
Ho Tet Foong Teh HuiXin
Loh Nan Xi Ng Ke Jun
Ooi Kheng Yee Tan Min Aik
Lim Wei Xiu Furzanne Goh
Ooi Yin Qi Ng Yu Jie
Leong Shi Tian Kong Yau Yau
7/29/2019 TGFu Assignment
11/20
1 Perbincangan tentang permainan
(jaring/dinding) diadakan antara ahli-ahli
kumpulan.
2 Perancangan pelan permainan.
3 Prosedur dan syarat-syarat ditetapkan
bagi permainan.
4 Pemilihan dan penyediaan peralatan
yang sesuai untuk permainan.
5 Persiapan untuk tapak permainan.
6 Langkah- langkah keselamatan yang
diambil kira.
7 Refleksi dibuat bersama-sama dengan
ahli kumpulan.
SENARAI SEMAK PERALATAN
Bil. Alatan Bil. Alatan Semakan
1. Bola Gymnasium 2
2. Jaring 1
3. Skitel 28
SENARAI SEMAK SEBELUM PERMAINAN
7/29/2019 TGFu Assignment
12/20
Bil. Perkara Semakan
1. Tempat perlaksanaan permainan dikosongkan.
2. Peralatan disediakan.
3. Semua peserta melaporkan diri.4. Peserta berpakaian sukan.
5. Memanaskan badan sebelum memulakan
permainan.
SENARAI SEMAK SEMASA PERMAINAN
Bil. Jawatan Kuasa dan Perkara Semakan
1. Pengelola memberi penerangan tentang cara
permainan.
2. Pengira markah menerangkan cara pengiraan
mata.
3. Pemantau menerangkan peraturan permainan.
4. Pengadil pastikan bilangan peserta mencukupi.
5. Pengadil pastikan permainan dijalankan dengan
adil.
SENARAI SEMAK SELEPAS PERMAINAN
Bil. Perkara Semakan
1. Pengira markah mengira dan mengumumkan
jumlah mata.
2. Peralatan dikemas dan dipulangkan.
3. Refleksi bersama peserta permainan dijalankan
Sebelum permainan
7/29/2019 TGFu Assignment
13/20
2.8.3.1 Pastikan tempat perlaksanaan permainan dikosongkan supaya tidak digunakan
ataupun diganggu oleh pihak lain sebelum atau semasa aktiviti permainan
dijalankan.
2.8.3.2 Semua peralatan perlu disediakan terlebih dahulu.
2.8.3.3 Peserta perlu melaporkan diri di gelanggang tennis sebelum 7:45 a.m.
2.8.3.4 Semua peserta diminta berpakaian pakaian sukan yang kemas.
2.8.3.5 Semua peserta diminta memanaskan badan terlebih dahulu sebelum memulakanpemainan.
Semasa permainan
2.8.3.6 Semua peserta akan diberi penerangan tentang cara permainan dijalankan,
peraturan, cara pengiraan mata kepada peserta terlebih dahulu.
2.8.3.7 Pengelola perlu memastikan semua peserta memahami cara permainan dijalankan.
2.8.3.8 Mengira bilangan peserta dan pastikan mencukupi.
2.8.3.9 Pencatat markah perlu sentiasa peka terhadap pengiraan mata dan masa
permainan.
2.8.3.10 Pengadil perlu memastikan tiada perlanggaran peraturan berlaku semasapertandingan dijalankan.
Selepas permainan
2.8.3.11 AJK permarkahan mengira dan mengumumkan markah selepas tamatnya
permainan.
2.8.3.12 Semua peralatan dikemaskan dan dipulangkan ke tempat asal.
2.8.3.13 Pastikan tiada peserta yang cedera semasa permainan dijalankan.
7/29/2019 TGFu Assignment
14/20
7/29/2019 TGFu Assignment
15/20
.8.8 Peraturan dan Syarat-syarat Permainan2.8.8.1 Peserta bebas berdiri di mana-mana tempat asalkan dalam lingkungan gelanggang
yang ditetapkan.
2.8.8.2 Pengelola akan memberikan satu Tema untuk permainan dan semua peserta akanmenyebut perkataan yang berkaitan dengan tema tersebut setiap kali peserta
menghantar bola kepada pihak lawan.
2.8.8.3 Contohnya, tema diberi ialah Buah-buahan, maka perkataan yang disebut bolehjadi durian, rambutan, pisang dan sebagainya.
2.8.8.4 Jika peserta yang memegang bola salah menyebut perkataan, memegang bolamelebihi 3 saat, gagal menyambut bola, gagal melambung bola melepasi jaring,
maka markah akan diberi kepada pihak lawan.
2.8.8.5 Bola yang dilantun ke atas lantai dikira kalah. Markah akan diberi kepada pihaklawan.
2.8.8.6 Tema permainan ditentukan oleh pengelola dan boleh diubah bila-bila masa.
2.8.9 Sistem Pemarkahan
Pasukan dikira kalah jika:
a. Peserta gagal melambungkan bola melepasi tali ke kawasan pihak lawan.
b. Bola terkeluar daripada kawasan gelanggang.
c. Bola dilantunkan atas lantai (pasukan yang menyambut bola).
d. Peserta salah menyebut perkataan yang berkaitan dengan Tema.
Dengan itu, pasukan lawan akan mendapat 1 markah. Pasukan yang berjaya
mengumpul 10 markah dikira menang.
3.0 RUMUSAN
Tidak dapat dinafikan bahawa kanak- kanak memang suka denganaktiviti yang banyak melibatkan pergerakan sama ada pergerakan jenis
7/29/2019 TGFu Assignment
16/20
lokomotor atau bukan lokomotor. Mereka kelihatan lebih cergas dan telah
menunjukkan sikap inkuiri yang tinggi apabila aktiviti permainan dijalankan
sekira dibandingkan dengan aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan dalam
bilik darjah. Jadi, program Teaching Games for Understanding (TGFU)memang sesuai untuk pelajar-pelajar yang belajar pada peringkat sekolah
rendah.
Program TGFU ini telah menghubungkaitkan ilmu pengetahuan dengan
aktiviti- aktiviti permainan. Dengan kata lain, pelajar-pelajar boleh belajar
sambil bermain melalui program ini. Dalam program ini, pelajar boleh banyak
didedahkan kepada prinsip gerakan yang umum dalam sesuatu permainan
seperti bola tampar dan sebagainya. Oleh sebab permainan bukan aktiviti
yang hanya melibatkan seorang tetapi adalah lebih, justeru pelajar harus
mempelajari cara bergiat dalam permainan jenis persaingan serta memupuk
nilai kerjasama dengan rakan perjuangan dengan menggunakan taktik yang
seuai berdasarkan peraturan- peraturan ditetapkan. Secara ringkasnya,
program ini banyak mendatangkan manfaat kepada para pelajar.
Tambahan pula, melalui kertas kerja ini, saya menyedari bahawa cara
bermain, peraturan dan syarat permainan adalah penting dalam pelaksanaan
suatu permainan. Untuk menjadikan aktiviti permainan itu menarik dan
diminati oleh pelajar, pertamanya peraturan dan syarat permainan yang
ditetapkan mesti mudah difahami dan pendek. Seterusnya, guru Pendidikan
Jasmani harus memberi peluang untuk murid mempelajari, melakukan dan
merasai keriangan bergerak dalam situasi persaingan mengikut keperluan,
kebolehan dan minat individu masing-masing. Kemudian, kadang-kala guru
boleh membiarkan pelajar memodifikasi permainan demi menyuburkan
pemikiran kreatif mereka serta menyebabkan mereka lebih memahami
konsep bagi permainaan tertentu.
Kesimpulannya, para pendidik Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
memainkan peranan yang penting untuk mendedahkan pelajar kepada aktiviti
permainan yang berbagai-bagai jenis supaya mereka ini lebih memahami
terhadap organisasi permainan- permainan dan juga mempelajari gerakan
yang tepat bagi aktiviti permainan tertentu. Selain itu, pendidik wajib
menekankan aspek kemahiran asas, aktiviti latihan, dan permainan-
permainan yang bersesuaian dalam waktu jasmani kerana segala
pengetahuan yang dipelajari pada peringkat sekolah akan mempengaruhi
7/29/2019 TGFu Assignment
17/20
pandangannya terhadap permainan yang seterusnya. Dengan kata lain,
pendidik perlu membuat persediaan yang secukupi dalam perancangan
aktiviti permainan dalam setiap pengajaran terutamanya dalam permainan
kategori sasaran, pukulan, jaring/ dinding dan serangan.
3.0 BIBIOGRAFI
Abdul Hafidz Bin Haji Omar, Husain Bin Ayob& Zalawati Binti Sufian (2003)
Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan Tahun 2 Sekolah
Kebangsaan Buku Teks. Malaysia: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Mohd Sofian Omar Fauzee (2006). Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani
Karisma Publications Sdn. Bhd.
Rujukan Elektronik
Dr. Paul Webb, Dr. Phil Pearson, Greg Forrest
7/29/2019 TGFu Assignment
18/20
Teaching Games for Understanding (TGFU) in primary and secondary physical
education.
http://www.penz.org.nz/downloads/IchperConf/WEB06004_final.pdf
Accessed on 24 September 2008
James L. Mandigo, Nicholas L. Holt (2002)
The Inclusion of Optimal Challenge in Teaching Games for
Understandinghttp://spartan.ac.brocku.ca/~jmandigo/inclusionOC.pdf
Accessed on 29 September 2008
James Mandigo, Joanna Sheppard
Children's Affective Experiences in TGFU GameEnvironments.http://spartan.ac.brocku.ca/~jmandigo/gameliteracy/affectivemelbourn
e.pdf Accessed on 29 September 2008
Overview of TGFU Modal
http://ltc.umanitoba.ca/wiki/Group_3#Rules_for_Defining_the_4_Categories_of_Gam
esAcessed on 30 September 2008
Lampiran 1
Pelan Kedudukan Pelaksanaan Permainan
skitel
http://www.penz.org.nz/downloads/IchperConf/WEB06004_final.pdfhttp://spartan.ac.brocku.ca/~jmandigo/inclusionOC.pdfhttp://spartan.ac.brocku.ca/~jmandigo/gameliteracy/affectivemelbourne.pdfhttp://spartan.ac.brocku.ca/~jmandigo/gameliteracy/affectivemelbourne.pdfhttp://ltc.umanitoba.ca/wiki/Group_3#Rules_for_Defining_the_4_Categories_of_Gameshttp://ltc.umanitoba.ca/wiki/Group_3#Rules_for_Defining_the_4_Categories_of_Gameshttp://www.penz.org.nz/downloads/IchperConf/WEB06004_final.pdfhttp://spartan.ac.brocku.ca/~jmandigo/inclusionOC.pdfhttp://spartan.ac.brocku.ca/~jmandigo/gameliteracy/affectivemelbourne.pdfhttp://spartan.ac.brocku.ca/~jmandigo/gameliteracy/affectivemelbourne.pdfhttp://ltc.umanitoba.ca/wiki/Group_3#Rules_for_Defining_the_4_Categories_of_Gameshttp://ltc.umanitoba.ca/wiki/Group_3#Rules_for_Defining_the_4_Categories_of_Games7/29/2019 TGFu Assignment
19/20
Peserta bebas berdiri dimana-mana tempat.
Peserta bebas berdiri dimana-mana tempat.
7/29/2019 TGFu Assignment
20/20