2
Teruskan amalan gotong royong Amalan bekerjasama dalam masyarakat berbilang kaum merupakan satu amalan yang baik untuk membina perpaduan dan kekuatan sama ada dalam sebuah keluarga, masyarakat, parti mahupun kerajaan. Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Lambir, Datuk Aidan Wing berkata amalan yang baik sebegini seharusnya dipupuk dari peringkat awal iaitu seawal usia di bangku sekolah menerusi kerja berkumpulan, gotong-royong dan juga persatuan. “Saya percaya dengan adanya semangat kerjasama yang jitu seperti ini, kita akan menjadi lebih kuat dan teguh kerana kita bergerak dalam satu kumpulan yang besar,” ujar beliau ketika ditemui selepas menyertai kerja gotong-royong bagi membersih Dewan Kampung Tunku Abdul Rahman (TAR) Lambir di sini hari ini. Menurut Aidan, tidak kira dalam apa jua situasi, semangat kerjasama, persefahaman dan saling membantu merupakan faktor asas untuk kita membina sebuah kekuatan dan kejayaan sama ada dalam keluarga, masyarakat dan parti. Sehubungan itu, beliau menyeru semua penduduk di kawasan Lambir supaya mengekalkan sikap kerjasama yang jitu dengan pihak kerajaan yang menjadi tunjang perpaduan dan pembangunan di kawasan tersebut. Dalam pada itu, kerja gotong-royong tersebut yang bermula seawal jam 8 pagi turut disertai Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang, Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Lambir, Kaunselor Zainani Salleh, Kaunselor Abdul Razak Joni, Manai Langa selaku pengerusi Dewan TAR Lambir. Selain itu, lebih 50 orang penduduk yang terdiri daripada para tuai rumah dari kawasan berhampiran, golongan ibu dan belia telah menjayakan aktiviti gotong-royong tersebut.

Teruskan amalan gotong royong.doc

Embed Size (px)

Citation preview

Teruskan amalan gotong royongAmalan bekerjasama dalam masyarakat berbilang kaum merupakan satu amalan yang baik untukmembina perpaduan dan kekuatan sama ada dalam sebuah keluarga, masyarakat, parti mahupun kerajaan.Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Lambir, Datuk Aidan Wing berkata amalan yang baik sebegini seharusnya dipupuk dari peringkat awal iaitu seawal usia di bangku sekolah menerusi kerja berkumpulan, gotong-royong dan juga persatuan.aya per!aya dengan adanya semangat kerjasama yang jitu seperti ini, kita akan menjadi lebih kuat dan teguh kerana kita bergerak dalam satu kumpulan yang besar," ujar beliau ketika ditemuiselepas menyertai kerja gotong-royong bagi membersih Dewan #ampung $unku Abdul %ahman &$A%' Lambir di sini hari ini.(enurut Aidan, tidak kira dalam apa jua situasi, semangat kerjasama, perse)ahaman dan saling membantu merupakan )aktor asas untuk kita membina sebuah kekuatan dan kejayaan sama ada dalam keluarga, masyarakat dan parti.ehubungan itu, beliau menyeru semua penduduk di kawasan Lambir supaya mengekalkan sikapkerjasama yang jitu dengan pihak kerajaan yang menjadi tunjang perpaduan dan pembangunan dikawasan tersebut.Dalam pada itu, kerja gotong-royong tersebut yang bermula seawal jam * pagi turut disertai Ahli +arlimen ibuti, Ahmad Lai ,ujang, #etua Wanita +arti +esaka ,umiputera ,ersatu &+,,' Lambir, #aunselor -ainani alleh, #aunselor Abdul %a.ak /oni, (anai Langa selaku pengerusi Dewan $A% Lambir.elain itu, lebih 01 orang penduduk yang terdiri daripada para tuai rumah dari kawasan berhampiran, golongan ibu dan belia telah menjayakan akti2iti gotong-royong tersebut.+elbagai kerja dilakukan sepanjang akti2iti berlangsung termasuk membersihkan timbunan sisa batu-batan, lumpur serta menerangkan kawasan semak di sekeliling kawasan dewan berkenaan.