Upload
others
View
80
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Terma-terma dan Syarat-syarat Utama
Bagi Kemudahan Overdraf Bercagar CIMB
1. DEFINISI
Dalam Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf Bercagar CIMB ini
("Terma-terma dan Syarat-syarat Utama") dan Surat Tawaran, kata-kata berikut akan
membawa maksud yang dibentangkan di bawah:-
"Kolateral" bermaksud semua Cagaran (termasuk tanpa had, Pelaburan) yang
digadai janji, disandarkan, digadai atau diserah hak kepada Bank
sebagai cagaran bagi Kemudahan dari semasa ke semasa selaras
dengan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan/atau Dokumen
Cagaran dan "Kolateral" bermaksud setiap atau mana-mana
daripadanya atau mana-mana bahagian daripadanya.
"Had Peminjaman
Komponen"
bermaksud berkaitan dengan setiap Kolateral, jumlah Margin
Pembiayaan yang terpakai kepada Kolateral dan Nilai Pasaran
Kolateral;
"Had Pengeluaran" bermaksud pada masa yang ditentukan dan tertakluk kepada Had
Kredit Diluluskan Maksimum tidak dilampaui, agregat semua Had
Peminjaman Komponen ditolak Jumlah Belum Dijelaskan.
"Peristiwa
Keingkaran"
bermaksud sebarang peristiwa atau keadaan yang dibentangkan
dalam Fasal 13 Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini.
"Pelaburan" bermaksud semua:-
(i) Instrumen Deposit Boleh Niaga Kadar Terapung (FRNID)
dan Instrumen Deposit Boleh Niaga (NID) tertentu yang
diterbitkan oleh Bank atau CIMB Investment Bank Berhad
seperti yang ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa;
(ii) Produk Berstruktur tertentu yang diterbitkan oleh Bank atau
CIMB Investment Bank Berhad seperti yang ditentukan oleh
Bank dari semasa ke semasa;
(iii) Unit amanah yang diterbitkan dan diuruskan oleh CIMB
Principal Asset Management Berhad; dan
(iv) sebarang cagaran lain yang boleh diterima oleh Bank dari
semasa ke semasa
yang kini atau selepas ini atau dari semasa ke semasa ditawarkan oleh
Peminjam dan/atau mana-mana Pihak Cagaran sebagai cagaran bagi
Kemudahan dan/atau dideposit dengan Bank atau yang mungkin kini
atau selepas ini berada dalam milikan atau dipegang oleh Bank atau
nomininya dan termasuk semua faedah atau kupon yang terakru ke
atasnya dari semasa ke semasa dan semua bonus, kadar hasil,
pendapatan, pembahagian dan wang lain pun jua yang dibayar atau
perlu dibayar atau dibuat terhadapnya dan semua hasil penebusan,
hasil jualan, hak, opsyen, dan manfaat yang walau bagaimanapun jua
terakru atau sebaliknya berhubung dengannya.
"Margin Pembiayaan"
bermaksud, berhubung dengan setiap Kolateral atau kategori
Kolateral, margin pembiayaan seperti yang dibentangkan dalam
Lampiran pada Surat Tawaran atau sebarang margin pembiayaan lain
yang boleh ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa menurut budi
bicara mutlaknya, dan selaras dengannya Had Pengeluaran dan Had
Peminjaman Komponen diperolehi atau dikira.
"Nilai Pasaran" bemaksud nilai setiap Kolateral pada masa yang ditentukan seperti
yang ditetapkan oleh Bank berdasarkan:-
(i) harga penutup harian bagi Kolateral tersebut seperti yang
ditentukan oleh Bank menurut budi bicara tunggal dan
mutlaknya; atau mengikut keadaan
(ii) nilai muka Kolateral tersebut.
"Jumlah Belum
Dijelaskan"
bermaksud agregat semua wang sama ada jumlah prinsipal, faedah,
faedah dimodalkan, fi komitmen, kos, caj atau jumlah lain pun jua
yang belum dijelaskan atau perlu dibayar atau dipersetujui agar perlu
dibayar oleh Peminjam dari semasa ke semasa di bawah atau
berbangkit daripada Kemudahan, Surat Tawaran ini dan Dokumen
Cagaran dan semua liabiliti dan obligasi sama ada pada masa ini atau
masa hadapan atau sebenar atau kontingen bagi pembayaran balik atau
pembayaran sebarang wang oleh Peminjam dari semasa ke semasa
berhubung dengan atau berbangkit daripada Kemudahan, Surat
Tawaran ini dan Dokumen Cagaran.
"Cagaran"
hendaklah membawa maksud yang ditetapkan baginya dalam Surat
Tawaran.
"Dokumen Cagaran" bermaksud sebarang dan semua dokumen cagaran yang
disempurnakan atau yang mungkin dari semasa ke semasa
disempurnakan memihak kepada Bank untuk menjamin pembayaran
balik atau pembayaran Jumlah Belum Dijelaskan oleh Peminjam.
"Kepentingan
Cagaran"
termasuk tanpa had, sebarang gadai janji, sandaran, lien, gadaian
(sama ada tetap atau terapung), penyerahan hak, hipotekasi, hak
tolakan, deposit melalui cagaran, penjualan dengan penyimpanan atau
kepentingan cagaran lain tidak kira jenisnya (termasuk tanpa prejudis
sebarang penyimpanan hakmilik, penyerahan hak, pemindahan
melalui cagaran, penjualan dan pajakan balik dan/atau penjualan dan
pembelian balik berdasarkan terma kredit) dan sebarang perkiraan lain
yang mempunyai kesan ekonomi yang sebahagian besarnya sama
sama seperti mana-mana yang disebut sebelum ini yang walau
bagaimanapun jua diwujudkan atau berbangkit.
"Pihak Cagaran" bermaksud mana-mana pihak yang menyediakan sebarang cagaran
(termasuk selaras dengan Dokumen Cagaran) kepada Bank sebagai
cagaran bagi Kemudahan.
"Jumlah Dedahan" bermaksud Jumlah Belum Dijelaskan dan agregat semua wang lain
yang terhutang atau perlu dibayar atau dipersetujui agar perlu dibayar
oleh Peminjam kepada Bank berhubung dengan sebarang dan semua
kemudahan perbankan yang diberikan oleh Bank kepada Peminjam
dan sebarang obligasi belum dijelaskan yang terhutang oleh Peminjam
kepada Bank sama ada sendiri atau bersama-sama dengan pihak lain
atau pihak-pihak lain dan sama ada sebagai prinsipal atau penjamin
atau sebenar atau kontingen pada bila-bila masa atau dari semasa ke
semasa;
2. SYARAT-SYARAT TERDAHULU BAGI KETERSEDIAAN KEMUDAHAN
Kemudahan (termasuk sepertimana disemak semula atau ditambah dari semasa ke semasa
oleh Bank) sedia digunakan oleh Peminjam setelah semua syarat terdahulu berikut dipenuhi:-
(i) Dokumen Cagaran relevan yang perlu disempurnakan oleh Peminjam atau Pihak
Cagaran dan sebarang dokumen cagaran lain atau dokumen lain yang perlu
disempurnakan oleh Peminjam dan mana-mana Pihak Cagaran sepertimana
dikehendaki oleh Bank menurut budi bicara mutlaknya telah disempurnakan dan
dikembalikan kepada Bank bersama-sama dengan semua sijil relevan, penyata akaun,
surat pengesahan dan/atau bukti berdokumen lain tentang hakmilik atau pemilikan
terhadap cagaran sebagaimana mungkin dikehendaki oleh Bank menurut budi bicara
mutlaknya;
(ii) cagaran relevan yang perlu disediakan oleh Peminjam atau Pihak Cagaran telah
disediakan kepada dan diterima oleh Bank (termasuk kebenaran yang diperlukan, jika
berkenaan);
(iii) pembukaan akaun semasa oleh Peminjam (Sila ambil maklum bahawa akaun tidak
boleh dibuka jika terdapat catatan negatif terhadap nama Peminjam dalam pangkalan
data mana-mana Biro Kredit atau CTOS atau DCHEQS);
(iv) sebarang dokumen yang diperlukan oleh Bank menurut budi bicara mutlaknya telah
disempurnakan dan/atau didaftarkan dan/atau sebaliknya diisi dengan wajar;
(v) pematuhan dengan undang-undang/ peraturan kawal selia seperti yang dinyatakan
dalam Fasal 15 Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf
Bercagar ini;
(vi) tiada Peristiwa Keingkaran yang dinyatakan dalam Fasal 13 Terma-terma dan Syarat-
syarat Utama ini dan tiada peristiwa yang dengan pemberian notis dan/atau luputnya
masa akan merupakan Peristiwa Keingkaran telah berlaku atau masih berterusan;
(vii) Bank berpuas hati (keputusan Bank adalah muktamad dalam hal ini) bahawa tiada
perubahan material telah berlaku terhadap keadaan kewangan Peminjam (dan/atau
penjamin atau mana-mana Pihak Cagaran, jika berkenaan) yang menjejaskan atau
mungkin menjejaskan cagaran Bank; dan
(viii) kepatuhan dengan sebarang terma dan syarat lain yang boleh ditetapkan oleh Bank
menurut budi bicara tunggal dan mutlaknya.
Syarat-syarat terdahulu bagi penyediaan Kemudahan yang dibentangkan di dalam ini adalah
untuk manfaat tunggal Bank dan boleh diketepikan oleh Bank, sama ada secara keseluruhan
atau sebahagian, tanpa memudaratkan sebarang hak Bank untuk menegaskannya secara
keseluruhan atau sebahagian untuk penggunaan Kemudahan yang seterusnya.
3. CAGARAN
3.1 DEPOSIT TETAP SEBAGAI CAGARAN
(a) Jika deposit tetap yang ditempatkan dengan Bank disediakan oleh Peminjam
(dan/atau mana-mana Pihak Cagaran, jika berkenaan) sebagai cagaran
berterusan bagi Kemudahan, Peminjam (dan/atau mana-mana Pihak Cagaran,
jika berkenaan) dengan ini menggadai dan/atau menyerahhakkan kepada
Bank melalui gadaian tetap pertama semua wang yang kini atau selepas ini
atau dari semasa ke semasa ditempatkan dalam deposit tetap dengan Bank
dan semua wang yang dari semasa ke semasa dalam kredit semua akaun
deposit tetap dengan Bank termasuk semua faedah yang terakru ke atasnya
dan semua pembaharuannya (selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai
"FD") yang mana ungkapannya hendaklah jika konteks membenarkannya,
termasuk mana-mana bahagian daripadanya) sebagai cagaran berterusan
untuk membayar balik, apabila dituntut, Jumlah Belum Dijelaskan dan
semua/atau mana-mana liabiliti Peminjam dengan Bank sama ada sendiri atau
bersama dan berasingan dengan pihak atau pihak-pihak lain dan sama ada
sebagai prinsipal atau penjamin dan sama ada terhutang dan kena dibayar
pada masa ini atau selepas ini atau dari semasa ke semasa termasuk faedah
dan semua caj dan wang lain sehingga tarikh penyelesaian penuh.
(b) Bank mempunyai budi bicara mutlak untuk membaharui FD bersama-sama
dengan faedah ke atasnya (kecuali jika faedah tersebut dibenarkan dikeluarkan
menurut terma-terma penempatan) pada tarikh matang menurut sebarang terma
yang dianggap wajar dan gadaian/ penyerahan hak FD hendaklah termasuk
semua faedah yang diperolehi terhadap deposit tersebut dan Bank berhak
menyimpan deposit tersebut bersama-sama faedah yang terakru sehingga
keseluruhan liabiliti Peminjam dengan Bank telah dibayar balik dengan
sepenuhnya.
(c) Di samping hak Bank sebagai pemegang gadaian/pemegang serah hak, Bank
mempunyai budi bicara mutlak dan kebebasan pada bila-bila masa atau dari
semasa ke semasa dan meskipun tempoh penempatan FD atau mana-mana
bahagian daripadanya mungkin belum luput dengan memberikan notis
terdahulu selama tujuh (7) hari kalendar kepada Peminjam (dan/atau mana-
mana Pihak Cagaran, jika berkenaan) untuk melaksanakan hak untuk menolak
FD (termasuk sebarang faedah yang terakru) terhadap sebarang liabiliti
Peminjam dengan Bank. Sementara menunggu pihak Bank melaksanakan hak
untuk menolak yang tersebut, pihak Bank berhak untuk menahan dan atau
menggantung bayaran untuk sebarang wang dari FD tersebut (termasuk apa-apa
faedah yang terkumpul). Semasa melaksanakan sebarang budi bicara dan
haknya, Bank tidak mempunyai sebarang obligasi atau kewajipan atau liabiliti
pun jua untuk mengelakkan atau mengurangkan sebarang kerugian kepada
Peminjam (dan/atau mana-mana Pihak Cagaran, jika berkenaan) termasuk
tetapi tidak terhad kepada sebarang kerugian faedah.
(d) Sepanjang tempoh Kemudahan ini berkuat kuasa dan selepas itu sehingga
keseluruhan Kemudahan dijelaskan dengan sepenuhnya, Peminjam tidak
boleh:-
(a) menyerah hak, memindahkan atau sebaliknya berurusan dengan,
mewujudkan atau membenarkan wujud sebarang Kepentingan
Cagaran terhadap FD; atau mana-mana bahagian daripadanya
(b) mewujudkan sebarang amanah terhadap FD atau mana-mana
bahagian daripadanya;
(c) mewujudkan atau memberikan memihak kepada mana-mana pihak
sebarang hak terhadap FD atau mana-mana bahagian daripadanya;
(d) mengeluarkan dan Peminjam juga tidak berhak mengeluarkan atau
berhak meminta pembayaran balik FD atau mana-mana bahagian
daripadanya tanpa kebenaran bertulis terdahulu daripada Bank.
(e) Bank boleh menurut budi bicara mutlaknya menghendaki Peminjam (dan/atau
mana-mana Pihak Cagaran, jika berkenaan) untuk melakukan apa-apa tindakan
atau perkara atau melaksanakan apa-apa dokumen, notis, pengendorsan bagi
tujuan menyempurnakan cagaran Bank terhadap FD dan Peminjam (dan/atau
mana-mana Pihak Cagaran, jika berkenaan) hendaklah bertindak/melakukan
perkara yang dikehendaki dalam sebarang tempoh yang boleh ditetapkan oleh
Bank.
3.2 INSTRUMEN DEPOSIT BOLEH RUNDING KADAR TERAPUNG
(FRNID)/INSTRUMEN DEPOSIT BOLEH RUNDING (NID) YANG
DITERBITKAN OLEH CIMB BANK BERHAD ATAU CIMB INVESTMENT
BANK BERHAD / PRODUK BERSTRUKTUR CIMB YANG DITERBITKAN
OLEH CIMB BANK BERHAD ATAU CIMB INVESTMENT BANK BERHAD
/ UNIT AMANAH YANG DITERBITKAN DAN DIURUSKAN OLEH CIMB
PRINCIPAL ASSET MANAGEMENT BERHAD DAN CAGARAN LAIN
YANG BOLEH DITERIMA OLEH BANK
(a) Peminjam (dan/atau mana-mana Pihak Cagaran, jika berkenaan) dengan ini
secara mutlak menyerah hak dan/atau menggadai janji dan/atau menggadai
dan/atau menyandar dan/atau mendeposit dengan Bank melalui gadaian tetap
pertama semua Pelaburan sebagai cagaran berterusan untuk pembayaran
balik, apabila dituntut, Jumlah Belum Dijelaskan dan semua dan/atau mana-
mana liabiliti Peminjam dengan Bank sama ada sendiri atau bersama dan
berasingan dengan pihak atau pihak-pihak lain dan sama ada sebagai
prinsipal atau penjamin dan sama ada terhutang pada masa ini atau selepas ini
termasuk faedah dan semua caj dan wang lain sehingga tarikh penyelesaian
penuh.
(b) Bank mempunyai budi bicara dan kuasa pada semua masa untuk membuat
keputusan sama ada atau tidak dan bila untuk meneruskan dengan
pendaftaran mana-mana atau semua Pelaburan dalam nama Bank atau
penamanya dan semua Pelaburan hendaklah menjadi cagaran berterusan
untuk semua liabiliti dengan Bank sama ada Pelaburan telah didaftarkan
sedemikian atau tidak dan tidak kira sama ada Pelaburan mungkin
didaftarkan dalam nama Bank atau penamanya.
(c) Sebarang Pelaburan yang disediakan oleh Peminjam kepada Bank hendaklah
berbayar sepenuhnya dan juga hendaklah bebas daripada semua tuntutan dan
bebanan pun jua.
(d) Peminjam hendaklah dengan serta-merta berhubung dengan sebarang
Pelaburan yang ditawarkannya sebagai cagaran untuk Kemudahan (kecuali
telah dilakukannya sebelum ini): -
(i) menyerahkan atau menyebabkan penyerahan kepada Bank semua
sijil relevan, penyata akaun, surat pengesahan dan/atau bukti
berdokumen tentang hakmilik atau pemilikan terhadap Pelaburan
sebagaimana yang mungkin dikehendaki oleh Bank menurut budi
bicara mutlaknya,
(ii) memindahkan atau menyebabkan pemindahan melalui cara
elektronik atau sebaliknya kepada akaun Bank, agennya atau
nomininya, depositori termasuk tetapi tidak terhad kepada Malaysian
Central Depository Sdn. Bhd., sub-wakil, daftar saham atau mana-
mana institusi yang diberi kuasa di bawah undang-undang Malaysia,
(iii) menyempurnakan sebarang borang atau dokumen yang dikehendaki
oleh Bank dari semasa ke semasa bagi penyerahan hak, sandaran,
gadaian terhadap sebarang nota kontrak, sijil atau sebarang cagaran
yang dipegang oleh mana-mana pihak dalam akaun Peminjam untuk
memenuhi obligasi Peminjam di dalam ini.
(e) Sepanjang tempoh Kemudahan berkuat kuasa dan selepas itu sehingga
keseluruhan Kemudahan dijelaskan dengan sepenuhnya, cagaran yang
diwujudkan terhadap Pelaburan termasuk dan merangkum semua faedah,
kupon, dividen, bonus, kadar hasil, pendapatan, pembahagian, penebusan,
hak, keutamaan, opsyen, waran, jualan hasil jualan dan hasil penebusan dan
semua wang, saham, stok atau sebarang manfaat yang walau bagaimanapun
jua terakru kepadanya atau sebaliknya berhubung dengannya yang dibayar
secara terus kepada Peminjam dari semasa ke semasa dan tidak boleh
dikeluarkan atau dilupuskan atau diserah hak atau dipindahkan atau
diwujudkan sebarang amanah terhadapnya atau diberikan sebarang waran
opsyen atau hak untuk melanggan atau membeli atau memperolehinya atau
diwujudkan sebarang bentuk bebanan dengan mana-mana pihak pun jua.
(f) Semua panggilan, wang langganan dan/atau sebarang wang yang perlu
dibayar ke atas atau terhadap Pelaburan hendaklah dibayar oleh Peminjam
apabila dituntut, dan jika tidak, Bank boleh (tetapi tidak mempunyai obligasi
berbuat demikian) membuat pembayaran dan jika Bank berbuat demikian,
Peminjam hendaklah menanggung rugi Bank dengan sepenuhnya terhadap
semua pembayaran sedemikian bersama-sama dengan faedah ke atasnya dari
tempoh bermula pada tarikh pembayaran tersebut dan berakhir pada tarikh
apabila Bank telah ditanggung rugi dengan sepenuhnya oleh Peminjam, yang
dikira pada kadar yang akan ditentukan oleh Bank menurut budi bicaranya.
(g) Peminjam hendaklah pada semua masa tidak mengambil atau abai
mengambil apa-apa tindakan, yang mana tindakan atau peninggalan tersebut
boleh menjejaskan secara material dan mudarat atau boleh mengurangkan
nilai sebarang Pelaburan atau yang boleh mengubah atau menjejaskan Surat
Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini atau sebarang hak
yang diwujudkan disini.
(h) (i) Peminjam hendaklah pada semua masa memastikan bahawa Jumlah
Belum Dijelaskan tidak melampaui agregat semua Had Peminjaman
Komponen sama ada (i) dengan mendeposit dengan atau
menyediakan kepada Bank Cagaran tambahan yang diluluskan oleh
Bank (dalam tempoh yang ditetapkan yang dibentangkan dalam
makluman Bank secara bertulis kepada Peminjam) dan dengan itu
Cagaran tambahan tersebut akan menjadi sebahagian daripada
Pelaburan di sini; atau (ii) dengan membayar kepada Bank atau
penamanya secara tunai sebarang jumlah dan berdasarkan sebarang
terma yang dikehendaki oleh Bank; dan
(ii) Di samping dan tanpa prejudis kepada sebarang hak dan remedi lain
di pihak Bank, Bank berhak dan dengan ini secara tak boleh batal dan
dengan tidak bersyarat dibenarkan oleh Peminjam pada bila-bila
masa dan dari semasa ke semasa, apabila Jumlah Dedahan melebihi
agregat semua Had Peminjaman Komponen atau apabila difikirkan
wajar oleh Bank:-
1. untuk menggunakan semua atau sebarang manfaat dan hak
daripada Pelaburan atau yang wujud padanya untuk
mengurangkan Jumlah Dedahan dalam apa jua cara atau
turutan yang dianggap wajar oleh Bank; dan/atau
2. untuk menjual, menukar kepada wang atau melupuskan atau
untuk merealisasikan atau bersetuju menjual, menukar
kepada wang atau melupuskan atau merealisasikan Pelaburan
atau mana-mana bahagian daripadanya yang dianggap wajar
oleh Bank sama ada melalui tawaran awam atau triti
persendirian atau sebaliknya dengan atau tanpa iklan dan
untuk sebarang balasan atau nilai dan berdasarkan sebarang
terma yang boleh diputuskan oleh Bank menurut budi
bicaranya dan bagi sebarang Pelaburan yang tidak boleh
dipindahkan, lantas menyebabkan ianya tidak dapat dijual,
Bank berhak melaksanakan penebusan awalnya selaras
dengan terma-termanya dan hasilnya boleh digunakan untuk
mengurangkan Jumlah Dedahan dalam sebarang cara atau
turutan yang dianggap wajar oleh Bank.
(i) Sepanjang tempoh Kemudahan berkuat kuasa dan selepas itu sehingga
keseluruhan Kemudahan dan semua liabiliti daripadanya dijelaskan dengan
sepenuhnya, Bank akan pada semua masa mengekalkan budi bicara mutlak
terhadap semua atau sebarang isu berkaitan dengan penggunaan sebarang
faedah, kupon, pendapatan, pembahagian atau sebarang wang lain yang
diterima, pelaksanaan hak mengundi, sama ada untuk mendapatkan
pemisahan sekuriti menjadi lot lebih kecil dan pelaksanaan kuasa
penguatkuasaan berikutan sebarang pelanggaran Surat Tawaran dan Terma-
terma dan Syarat-syarat Utama ini.
(j) (i) Cagaran yang diwujudkan di dalam ini akan menjadi dengan serta-
merta boleh dikuat kuasa dan kuasa penjualan dan sebarang kuasa
lain yang diberikan oleh undang-undang, Surat Tawaran, Terma-
terma dan Syarat-syarat Utama ini kepada Bank akan menjadi dengan
serta-merta boleh dilaksana, pada bila-bila masa menurut budi bicara
Bank, selepas Peminjam gagal membayar atau menjelaskan mana-
mana bahagian Kemudahan apabila kena dibayar atau selepas Bank
menuntut pembayaran sama ada keseluruhan atau sebahagian
daripada liabiliti Peminjam atau jika Peminjam melanggar sebarang
obligasi kepada Bank sama ada di bawah Kemudahan ini atau
sebarang kemudahan dan/atau perjanjian lain dengan Bank.
(ii) Di samping itu dan tanpa menjejaskan sebarang peruntukan di dalam
ini, kuasa Bank termasuk (tetapi tidak terhad kepada) kuasa untuk:-
1. mengambil milikan, memungut dan mendapatkan Pelaburan
atau mana-mana bahagian daripadanya;
2. menjual, bertukar, menukar kepada wang atau melupuskan
atau merealisasikan atau bersetuju menjual, bertukar,
menukar kepada wang atau melupuskan atau merealisasikan
Pelaburan atau mana-mana bahagian daripadanya yang
dianggap wajar oleh Bank sama ada melalui tawaran awam
atau triti persendirian atau sebaliknya dengan atau tanpa
iklan dan untuk sebarang balasan atau nilai dan berdasarkan
sebarang terma yang diputuskan oleh Bank menurut budi
bicara mutlaknya (bagi sebarang Pelaburan yang tidak boleh
dipindahkan, lantas menyebabkan ianya tidak dapat dijual,
Bank berhak melaksanakan penebusan awalnya selaras
dengan terma-terma di sini dan hasilnya boleh digunakan
untuk membayar balik liabiliti Peminjam terhadap Bank
dalam sebarang cara atau turutan yang dianggapnya wajar);
3. melaksanakan atau menyebabkan atau membenarkan
pelaksanakan semua kuasa atau hak sampingan dengan
pemilikan Pelaburan atau mana-mana bahagian daripadanya;
4. menjelaskan, melaraskan, mengkompromi dan menyusun
sebarang tuntutan/penyelesaian, akaun, pertikaian, persoalan
dan tuntutan yang berkaitan dalam apa cara jua dengan
Pelaburan atau mana-mana bahagian daripadanya;
5. membawa, mendakwa, menguatkuasakan, membela dan/atau
menggugurkan sebarang tindakan, guaman atau prosiding
terhadap apa-apa perkara atau terhadap mana-mana pihak
yang berkaitan dengannya yang dianggap wajar dan perlu
oleh Bank; dan
6. mengambil semua tindakan dan/atau perkara yang perlu atau
wajar atau sesuai untuk merealisasikan Pelaburan dan
penjelaskan penuh semua liabiliti yang kena dibayar kepada
Bank.
Peminjam hendaklah menanggung rugi Bank dan memastikan Bank
ditanggung rugi sepenuhnya terhadap semua tindakan, kerugian,
tuntutan, prosiding, kos, tuntutan dan liabiliti yang ditanggung oleh
Bank (jika ada) untuk melaksanakan atau cuba melaksanakan
sebarang hak, kuasa, remedi atau budi bicara yang diletak hak pada
Bank.
(k) Sebarang dividen, faedah, kupon, pendapatan, wang dan/atau sebarang
bentuk manfaat lain yang diterima daripada atau berpunca daripada
Pelaburan, sama ada dibayar atau diberikan kepada Peminjam atau
sebaliknya, hendaklah pada semua masa dipegang dalam amanah untuk Bank
dan dibayar kepada Bank apabila dituntut.
(l) Bank (termasuk wakilnya dan sub-wakilnya) tidak akan bertanggungjawab
dalam apa-apa keadaan pun jua atau atas apa-apa sebab pun jua terhadap
Peminjam atau mana-mana pihak atas sebarang kerugian atau kerosakan atau
pengurangan harga/nilai Pelaburan atau mana-mana bahagian daripadanya
yang disebabkan oleh Bank merealisasikan keseluruhan atau sebahagian
daripada Pelaburan atau atas sebarang keingkaran atau ketinggalan oleh Bank
berkaitan dengan Pelaburan atau kerana Bank melaksanakan atau tidak
melaksanakan atau lewat melaksanakan sebarang kuasa atau budi bicara yang
diletak hak pada Bank. Peminjam mengakui dan bersetuju bahawa Bank tidak
mempunyai sebarang kewajipan kepada Peminjam untuk memastikan bahawa
Pelaburan dijual atau ditebus pada harga terbaik atau harga munasabah.
(m) Mana-mana pembeli, rumah dana atau penerbit sebarang Pelaburan atau
orang, firma, syarikat lain atau entiti lain yang berurusan dengan Bank tidak
akan terikat atau dikehendaki memastikan atau bertanya sama ada hak Bank
untuk melaksanakan apa-apa kuasa yang diberikan oleh Surat Tawaran
dan/atau Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini atau yang boleh
dilaksanakan oleh Bank telah berbangkit atau mengambil kira sebarang notis
yang menyatakan sebaliknya atau tentang kewajaran atau kesesuaian
sebarang pelaksanaan atau pelaksanaan yang dikatakan terhadap kuasa
tersebut atau sama ada sebarang wang masih terhutang terhadap cagaran ini
atau tentang penggunaan sebarang wang yang dibayar.
(n) Sepanjang tempoh Kemudahan dan selama mana selepas itu sehingga
keseluruhan Kemudahan telah dijelaskan dengan sepenuhnya, Peminjam
tidak akan:-
(i) menggadai janji, menggadai, menyandarkan, menyerah hak,
memindahkan atau sebaliknya berurusan dengan, mewujudkan atau
membenarkan wujud sebarang Kepentingan Cagaran terhadap
Pelaburan atau mana-mana bahagian daripadanya;
(ii) mewujudkan sebarang amanah terhadap Pelaburan atau mana-mana
bahagian daripadanya;
(iii) mewujudkan atau memberikan memihak kepada mana-mana pihak
apa-apa hak terhadap Pelaburan atau mana-mana bahagian
daripadanya;
3.3 CAGARAN BERTERUSAN
Sebarang cagaran yang diambil oleh Bank atau diwujudkan dibawah ini adalah
cagaran yang berterusan bagi tujuan pembayaran semua wang yang terhutang pada
masa ini atau selepas ini kepada Bank oleh Peminjam dan/atau setiap Pihak Cagaran
dari semasa ke semasa, meskipun:
(a) Peminjam atau mana-mana Pihak Cagaran tidak lagi berhutang kepada Bank
untuk suatu jangka masa;
(b) sebarang akaun Peminjam dan/atau Pihak Cagaran dengan Bank atas
sebarang sebab pun jua tidak lagi aktif dan meskipun sebarang penjelasan
akaun atau sebaliknya;
(c) sebarang perubahan melalui penggabungan, penyatuan atau sebaliknya yang
mungkin dibuat pada susunan mana-mana Pihak Cagaran (yang merupakan
sebuah pertubuhan perbadanan) atau Bank; atau
(d) kebankrapan Peminjam atau kebankrapan mana-mana Pihak Cagaran, sama
ada secara sukarela atau paksa.
3.4 LIEN DAN HAK LAIN
(a) Di samping dan tanpa prejudis terhadap sebarang remedi, kepentingan atau
cagaran lain di pihak Bank, Bank akan, selagi Kemudahan masih berkuat
kuasa atau sebarang wang masih boleh dipinjamkan atau perlu dibayar oleh
Peminjam dan/atau Pihak Cagaran, mempunyai lien am terhadap semua
sekuriti dan aset lain Peminjam dan/atau Pihak Cagaran yang kini atau
mungkin dari semasa ke semasa selepas ini dideposit dengan atau dalam atau
menjadi milik, dijaga atau dikawal atau dipegang dalam nama atau atas
perintah atau untuk Bank dan/atau penama Bank sama ada untuk simpanan
selamat atau cagaran atau sebaliknya atau untuk sebarang tujuan khusus atau
secara amnya.
(b) Tiada apa-apa pun jua yang terkandung di dalam Perjanjian ini akan
memudaratkan atau menjejaskan hak dan remedi atau sebarang cagaran lain
yang menjadi hak Bank dari semasa ke semasa atau yang mungkin dipegang
oleh Bank untuk atau bagi Jumlah Belum Dijelaskan dari semasa ke semasa
atau sebarang wang lain yang terhutang oleh Peminjam kepada Bank dan
tiada apa-apa yang terkandung di dalam ini akan memudaratkan atau
menjejaskan sebarang bil, nota, jaminan, gadaian atau cagaran lain yang
mungkin dipunyai atau dipegang oleh Bank pada masa itu untuk sebarang
wang yang dipinjamkan atau didahulukan, faedah ke atasnya dan wang lain
yang disebut sebelum ini atau sebarang hak atau remedi Bank di bawah bil,
nota, jaminan, gadaian atau cagaran lain tersebut.
3.5. WA'D UNTUK MENYEDIAKAN CAGARAN LANJUT
Peminjam hendaklah, jika dan apabila dikehendaki oleh Bank, menyempurnakan
memihak kepada Bank atau sepertimana yang diarahkan oleh Bank, sebarang
instrumen undang-undang atau instrumen cagaran, bebanan atau perjanjian lain atau
sepertimana yang dikehendaki oleh Bank terhadap sebarang aset Peminjam.
Instrumen cagaran, bebanan atau perjanjian tersebut hendaklah disediakan oleh atau
bagi Bank dengan kos dan perbelanjaan ditanggung oleh Peminjam dan hendaklah
mengandungi semua terma dan syarat untuk manfaat Bank sepertimana dikehendaki
oleh Bank.
4. PENETAPAN TENTANG FAEDAH, FI, CAJ, KOS DAN KOMISYEN
(a) Peminjam hendaklah membayar faedah pada Kadar Faedah Semasa, Kadar Ingkar
atau Kadar Had Lebihan (mengikut keadaan), komisyen, fi komitmen, caj bank, fi dan
sebarang caj lain terhadap Kemudahan pada sebarang kadar dan dalam cara yang
ditetapkan oleh Bank di dalam Surat Tawaran.
(b) Faedah ke atas Kemudahan akan dikira atas dasar baki harian seperti yang dinyatakan
dalam Surat Tawaran dan dikira berdasarkan bilangan hari sebenar yang berlalu dan
365 hari setahun (366 hari pada tahun lompat) dan akan didebit kepada akaun
Kemudahan Peminjam setiap bulan kecuali dinyatakan atau dipersetujui sebaliknya
oleh Bank.
(c) Kadar Faedah (termasuk faedah pada Kadar Faedah Semasa, Kadar Ingkar, Kadar
Had Lebihan, faedah tambahan dan faedah dimodalkan), adalah tertakluk kepada
perubahan dari semasa ke semasa oleh Bank menurut budi bicaranya. Perubahan
tersebut termasuk tetapi tidak terhad kepada mengubah asas bagaimana Bank
menentukan Kadar Faedah, daripada tanda aras Kadar Asas Bank, spread kuantum
yang perlu dibayar melebihi Kadar Asas, atau peratusan faedah itu sendiri sekiranya
kadar faedah tidak dikira terhadap Kadar Asas Bank dan asas yang telah diubah untuk
mengira Kadar Faedah dan/atau kadar faedah baru akan berkuat kuasa dari tarikh
yang ditetapkan oleh Bank dan perlu dibayar dengan serta-merta.
(d) Berhubung dengan perubahan pada komisyen, fi komitmen, caj bank, fi terhadap
Kemudahan dan perubahan pada sebarang Kadar Faedah yang diperuntukkan di
dalam ini berbangkit daripada perubahan pada profil risiko anda, Bank berhak
mengubah komisyen, fi komitmen, caj bank, fi dan/atau Kadar Faedah yang terpakai
yang terkandung di dalam ini dengan memberikan notis terdahulu sekurang-
kurangnya 21 hari kalendar kepada Peminjam.
(e) Faedah yang dicaj dan sebarang fi, caj, kos dan komisyen berkaitan dengan
Kemudahan perlu dibayar setiap bulan secara tertunggak dan Bank boleh, pada bila-
bila masa selepas tarikh kena dibayar berhak mendebit faedah dan sebarang fi, caj,
kos dan komisyen berkaitan dengan Kemudahan kepada akaun Kemudahan
Peminjam dan faedah yang didebit tersebut akan seterusnya dikenakan faedah pada
Kadar Faedah relevan dan hendaklah dicagar dan dibayar sewajarnya.
Bagi tujuan di sini, "Kadar Faedah" bermaksud kadar faedah berkenaan yang terpakai pada
Kemudahan sepertimana dinyatakan dalam Surat Tawaran termasuk Kadar Faedah Semasa,
Kadar Ingkar, Kadar Had Lebihan atau sebarang kadar lain yang mungkin dari semasa ke
semasa ditetapkan oleh Bank.
5. FAEDAH PERLU DIBAYAR SEBELUM DAN SELEPAS PENGHAKIMAN
MAHKAMAH
Semua faedah ke atas sebarang jumlah yang didahulukan yang belum dijelaskan di bawah
Kemudahan yang pada masa itu dicagar dan sebarang fi, caj, kos dan komisyen berkaitan
dengannya (termasuk faedah pada Kadar Faedah Semasa, Kadar Ingkar, Kadar Had Lebihan,
faedah yang diubah dan faedah dimodalkan) perlu dibayar sebelum dan selepas penghakiman
mahkamah dan sebelum dan selepas tuntutan dibuat untuk pembayaran terhadap Peminjam
dan semua wa'd dan syarat yang terkandung di dalam atau dibayangkan secara tersirat oleh
Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan semua kuasa dan remedi yang diberikan oleh
undang-undang atau melalui Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan semua peraturan
undang-undang atau ekuiti berkaitan dengan jumlah prinsipal dan faedah hendaklah
dikenakan dengan sama rata kepada faedah dimodalkan dan meskipun perhubungan jurubank
dan pelanggan antara Bank dan Peminjam telah terhenti atas apa-apa sebab pun jua.
Bagi tujuan memastikan sama ada had prinsipal di bawah Kemudahan telah dilampaui atau
tidak, semua faedah yang didebit dan faedah yang dimodalkan akan dianggap faedah dan
bukan prinsipal.
6. HAK UNTUK MENYEMAK SEMULA DAN MENGUBAH TERMA-TERMA DAN
SYARAT-SYARAT
Meskipun terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung dalam Surat Tawaran, Terma-terma
dan Syarat-syarat Utama ini atau di dalam sebarang Dokumen Cagaran lain, Bank berhak
menurut budi bicara tunggalnya untuk menyemak semula Kemudahan pada bila-bila masa
yang dianggap wajar oleh Bank menurut budi bicara mutlaknya, tanpa sebarang obligasi sama
ada di sisi undang-undang atau ekuiti, untuk memberi sebarang sebab untuknya dan sama ada
peristiwa yang dibentangkan di dalam klausa 13 di dalam ini telah berlaku atau tidak, dan
untuk mengubah dan/atau meminda pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa dan dalam
sebarang cara pun jua;-
(a) had Kemudahan (yang termasuk tetapi tidak terhad kepada menurunkan atau
menambah had Kemudahan pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa);
(b) cara Kemudahan disediakan;
(c) sebarang terma dan syarat Kemudahan; dan/atau
(d) sebarang Dokumen Cagaran berkaitan dengan Kemudahan.
Sebarang perubahan dan/atau pindaan (sama ada dengan menambah, meminda atau
memadamkan terma-terma dan syarat-syarat Kemudahan dan/atau mengurangkan,
memadamkan, membatalkan, memodifikasi, meminda, menukar, mengganti Kemudahan atau
sebaliknya) hendaklah dianggap berkuat kuasa dari tarikh yang ditetapkan oleh Bank dan
tidak akan dalam apa cara pun jua menjejaskan hak dan remedi Bank yang terkandung di
dalam ini dan/atau sebarang Dokumen Cagaran lain atau kesahan cagaran, liabiliti dan
obligasi yang diwujudkan di dalam ini atau di dalam sebarang Dokumen Cagaran lain. Bank
tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan sekiranya sebarang cek
atau nota yang dibayar atau bil yang diterima oleh Peminjam tidak dilayan disebabkan
tindakan yang disebut sebelum ini oleh Bank.
6.1. KOMUNIKASI TENTANG PERUBAHAN DAN PINDAAN
Peminjam dengan ini bersetuju bahawa Bank berhak untuk mengambil mana-mana satu
atau lebih daripada satu cara atau kaedah komunikasi berikut berkaitan dengan variasi,
pindaan dan/atau perubahan pada Kemudahan, sebarang terma dan syarat berkenaan
dengannya dan sebarang faedah yang dicaj dan sebarang caj, kos dan komisyen berkaitan
dengannya termasuk tarikh apabila perubahan demikian mula berkuat kuasa:-
(i) dengan menampal notis di premis Bank menyatakan perubahan demikian dan
tarikh apabila perubahan tersebut berkuat kuasa dan notis tersebut akan dianggap
sebagai diterima oleh atau dimaklumkan kepada Peminjam pada tarikh notis
tersebut ditampal di premis Bank; dan/atau
(ii) dengan menerbitkan dalam satu atau lebih daripada satu akhbar yang dipilih oleh
Bank, notis tentang perubahan tersebut dan tarikh apabila perubahan tersebut
berkuat kuasa dan notis tersebut akan dianggap sebagai diterima oleh atau
dimaklumkan kepada Peminjam pada tarikh penerbitan pertama dalam mana-mana
akhbar yang dipilih oleh Bank; dan/atau
(iii) dengan memasukkan ke dalam penyata akaun Bank notis tentang perubahan
tersebut dan tarikh apabila perubahan tersebut berkuat kuasa dan notis tersebut
akan dianggap sebagai diterima oleh atau dimaklumkan kepada Peminjam tiga (3)
hari selepas tarikh pengeposan penyata akaun Bank kepada Peminjam; dan/atau
(iv) dengan menghantar melalui pos biasa atau pos berdaftar kepada Peminjam notis
tentang perubahan tersebut dan tarikh apabila perubahan tersebut berkuat kuasa
dan notis tersebut akan dianggap sebagai diterima oleh atau dimaklumkan kepada
Peminjam tiga (3) hari selepas tarikh pengeposan notis tersebut kepada Peminjam
melalui pos biasa atau pos berdaftar; dan/atau
(v) dengan menghantar notis tentang perubahan tersebut dan tarikh apabila perubahan
tersebut berkuat kuasa melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau mel elektronik
kepada Peminjam atau dengan meletakkan notis tentang perubahan tersebut dan
tarikh apabila perubahan tersebut berkuat kuasa di laman web Bank dan notis
tersebut akan dianggap sebagai diterima oleh atau dimaklumkan kepada Peminjam
pada tarikh apabila notis tentang perubahan tersebut dihantar melalui SMS atau
mel elektronik kepada Peminjam atau tarikh apabila notis tentang perubahan
tersebut diletakkan di laman web Bank, mengikut keadaan.
7. PEMBAYARAN BALIK
(a) Meskipun sebarang peruntukan yang terkandung di dalam ini dan di dalam Surat
Tawaran, segala jumlah belum dijelaskan di bawah Kemudahan (sama ada prinsipal,
faedah atau sebarang wang lain yang terhutang kepada Bank) hendaklah perlu dibayar
pada bila-bila masa dengan serta-merta apabila dituntut.
(b) Peminjam bertanggungjawab untuk membayar kepada Bank sebarang jumlah yang
dibentangkan di dalam Surat Tawaran atau yang dimaklumkan oleh Bank sebagai
jumlah yang terhutang dan perlu dibayar kepada Bank dalam tempoh yang ditetapkan di
dalam Surat Tawaran atau sebagaimana yang dimaklumkan oleh Bank, mengikut
keadaan.
(c) Semua pembayaran yang akan dibuat kepada Bank hendaklah pembayaran penuh tanpa
tolakan atau tuntutan balas, bebas dan bersih dan tanpa potongan sebarang cukai, levi,
impos, duti, caj, fi, potongan, penahanan, sekatan atau syarat tidak kira jenisnya.
(d) Jika undang-undang menghendaki sebarang potongan daripada sebarang pembayaran,
Peminjam hendaklah memastikan bahawa jumlah bersih yang diterima oleh Bank
adalah bersamaan dengan jumlah penuh yang akan diterima oleh Bank, jika potongan
tersebut tidak dibuat.
8. REPRESENTASI DAN JAMINAN
Dengan menerima Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini, Peminjam
membuat representasi dan menjamin kepada Bank bahawa:
(a) Peminjam mempunyai kapasiti untuk menyempurnakan, memenuhi dan
melaksanakan terma-terma di dalam Surat Tawaran dan di dalam Terma-terma dan
Syarat-syarat Utama ini;
(b) baik Peminjam, penjamin mahupun mana-mana Pihak Cagaran tidak mengingkari
sebarang perjanjian (sama ada berkenaan dengan pembayaran, pelaksanaan atau
sebaliknya) yang mana Peminjam, penjamin atau mana-mana Pihak Cagaran adalah
pihak padanya atau yang mengikat Peminjam, penjamin atau mana-mana Pihak
Cagaran;
(c) tiada litigasi, timbang tara atau pertikaian sama ada sebenar, belum diputuskan atau
diancam terhadap Peminjam atau mana-mana penjamin atau Pihak Cagaran;
(d) semua penyata kewangan yang diterima atau akan diterima oleh Bank berkenaan
dengan Peminjam memberikan gambaran yang benar dan tepat tentang kedudukan
kewangan Peminjam;
(e) tiada perubahan material yang buruk berlaku pada keadaan kewangan Peminjam atau
keadaan kewangan penjamin atau Pihak Cagaran, dan jika berkenaan, persekitaran
operasi atau pengurusan perniagaan Peminjam atau perniagaan penjamin atau mana-
mana Pihak Cagaran yang akan menjejaskan secara material keupayaan Peminjam
atau keupayaan penjamin atau Pihak Cagaran untuk melaksanakan obligasi
Peminjam/mereka di bawah Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini
dan/atau Dokumen Cagaran;
(f) Peminjam dan jika berkenaan, penjamin dan setiap Pihak Cagaran adalah pemilik
undang-undang dan benefisial sebarang aset atau harta yang ditawarkan sebagai
cagaran kepada Bank berhubung dengan Kemudahan, Surat Tawaran, Terma-terma
dan Syarat-syarat Utama ini dan Dokumen Cagaran;
(g) penerimaan Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini merupakan
obligasi yang sah dan boleh dikuat kuasa dan tidak atau tidak akan melanggar
peruntukan mana-mana undang-undang, peraturan, kaedah, perintah, writ, injunksi
atau dekri mana-mana mahkamah, badan pentadbiran atau badan kawal selia yang
mempunyai kuasa terhadap Peminjam, dan tidak melanggar sebarang perjanjian lain
yang mana Peminjam adalah pihak padanya atau akujanji yang mengikat Peminjam
atau asetnya;
(h) Peminjam telah mendedahkan kepada Bank dengan sepenuhnya dan secara bertulis
semua fakta berkaitan dengan Peminjam, penjamin dan Pihak Cagaran yang diketahui
atau secara munasabah sepatutnya diketahui oleh Peminjam dan yang wajar
didedahkan kepada Bank dalam konteks Kemudahan;
(i) semua pengisytiharan yang dibuat kepada Bank dan maklumat yang diberikan oleh
Peminjam dan jika berkenaan, setiap penjamin dan Pihak Cagaran berhubung dengan
Kemudahan tidak mengandungi sebarang kenyataan yang tidak benar atau tidak
menyatakan sebarang fakta dan semua ungkapan tentang jangkaan, niat, kepercayaan
dan pendapat semua unjuran yang terkandung di dalamnya dibuat dengan jujur dan
berdasarkan alasan munasabah selepas pertanyaan yang wajar dan berhati-hati;
(j) Peminjam, setiap penjamin dan setiap Pihak Cagaran adalah tertakluk kepada undang-
undang sivil dan perdagangan berhubung dengan setiap obligasi Peminjam/ mereka di
bawah Kemudahan dan penyempurnaan, penyerahan dan pelaksanaan obligasi yang
diwujudkan di bawah ini merupakan tindakan peribadi dan perdagangan dan bukan
tindakan kerajaan atau awam dan Peminjam, penjamin, Pihak Cagaran mahupun
mana-mana harta/Cagaran tidak menikmati sebarang kekebalan atas alasan kedaulatan
atau sebaliknya berhubung dengan obligasi mereka berbangkit daripada Kemudahan;
(k) tiada prosiding kebankrapan telah dimulakan terhadap Peminjam, dan penjamin
dan/atau mana-mana Pihak Cagaran;
(l) Jumlah peminjaman Peminjam daripada semua sumber dalam Malaysia, termasuk
Kemudahan ini (tidak termasuk kemudahan untuk pembiayaan/pembiayaan semula
bagi pembelian atau pembinaan harta tak alih dan pembelian tanah) tidak melebihi
RM10 juta secara agregat atau sebarang had maksimum lain yang mungkin dikenakan
oleh pihak berkuasa yang mengawal dari semasa ke semasa. (Hanya terpakai kepada
warga asing)
(m) Peminjam, setiap penjamin dan setiap Pihak Cagaran telah memperolehi semua
kebenaran, lesen, pengecualian, kelulusan atau pemberikuasaan yang perlu yang
mungkin dikehendaki di bawah sebarang undang-undang, peraturan atau arahan yang
terpakai berkaitan dengan penyempurnaan, pelaksanaan, kesahan atau
kebolehkuatkuasaan terma-terma yang dibayangkan oleh Surat Tawaran, Terma-
terma dan Syarat-syarat Utama ini, dan jika berkenaan, jaminan dan Dokumen
Cagaran dan pelaksanaan setiap perniagaan Peminjam, penjamin atau mana-mana
Pihak Cagaran; dan
(n) semua tindakan, syarat dan perkara yang perlu diambil, dipenuhi dan dilakukan
(termasuk memperolehi semua Kebenaran untuk Penyerahan Hak yang dikehendaki
daripada pihak berkaitan, jika berkenaan) telah dipenuhi dan dilakukan untuk
membolehkan Peminjam:
(i) memasuki, melaksanakan hak, menjalankan dan mematuhi obligasi di dalam
Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dengan sah;
(ii) memastikan bahawa obligasi dan penyerahan hak, sandaran, cagaran Pelaburan
adalah sah, mengikat dan boleh dikuat kuasa; dan
(iii) menjadikan Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini boleh
diterima sebagai keterangan dalam Mahkamah Undang-undang di Malaysia.
(o) Terdapat tiada pelanggaran mana-mana peruntukan yang terkandung dalam Akta
Perkhidmatan Kewangan 2013 atau mana-mana undang-undang atau keperluan
peraturan atau arahan atau garis panduan yang dikeluarkan atau yang dari semasa ke
semasa boleh dikeluarkan atau dipinda oleh Bank Negara Malaysia berkaitan dengan
pemberian Kemudahan secara amnya atau kepada orang-orang yang berkaitan dengan
pihak Bank ('Undang-Undang atau Garis Panduan').
Setiap representasi dan jaminan yang dinyatakan di atas akan kekal berkuat kuasa selepas
Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini ditandatangani dan diserahkan
dan Peminjam akan dianggap membuat reprentasi dan jaminan kepada Bank bahawa
representasi dan jaminan di atas adalah benar dan tepat dalam semua segi dan diulang setiap
hari.
9. KOS, PERBELANJAAN DAN FI
Meskipun Kemudahan mungkin dibatalkan atau dibantutkan atas apa-apa sebab pun jua:
(a) Semua kos dan perbelanjaan pun jua termasuk kos pembantutan, duti setem (termasuk
duti dan cukai lain yang serupa dan apa-apa penalti terhadapnya), pencetakan,
perbelanjaan tunai langsung dan semua kos lain berkaitan dengan Kemudahan yang
ditanggung oleh Bank berhubung dengan rundingan, persediaan atau pennyiapan
Kemudahan atau langkah mendapatkannya kembali atau penebusan akaun
Kemudahan Peminjam atau berkaitan dengan apa-apa akaun atau aset Peminjam perlu
dibayar oleh Peminjam apabila dituntut, atas dasar tanggung rugi penuh.
(b) Jika berkenaan, Dokumen Cagaran berkenaan dengan Kemudahan akan disediakan
oleh peguamcara dalam panel Bank dan Peminjam bersetuju untuk membayar kepada
peguamcara tersebut semua fi undang-undang (atas dasar tanggung rugi penuh) dan
kos sampingan berkaitan dengan langkah menyediakan, mematikan setem (termasuk
'upstamping'), mendaftarkan dan menguatkuasakan apa-apa Dokumen Cagaran yang
diperlukan oleh Bank di bawah ini walaupun dokumen tersebut tidak disempurnakan
oleh Peminjam atas apa-apa sebab pun jua.
(c) Jika sebarang wang yang perlu dibayar di bawah Kemudahan perlu didapatkan
kembali melalui proses undang-undang atau sebarang proses lain, atau diserahkan
kepada peguamcara untuk pungutan, Peminjam bertanggungjawab untuk membayar fi
peguamcara Bank (atas dasar peguamcara-anakguam) dan sebarang pembayaran dan
perbelanjaan yang ditanggung berkaitan dengan pungutan tersebut. Peminjam
bertanggungjawab membayar semua duti setem, fi brokeraj, fi penilaian, caj
jurulelong, bayaran pungutan hutang dan fi profesional lain yang mungkin
ditanggung oleh Bank berhubung dengan langkah mendapatkan kembali wang
tersebut dan/atau penguatkuasaan Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat
Utama ini dan/atau Dokumen Cagaran dan/atau untuk melaksanakan sebarang hak
dan remedinya di bawah Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat ini.
Peminjam juga hendaklah menanggung rugi Bank terhadap sebarang liabiliti
berkaitan dengan atau disebabkan sebarang kelewatan untuk membayar atau
kegagalan untuk membayar sebarang duti atau cukai.
(d) Meskipun Fasal 9(a) di atas, Bank berhak mendebit akaun Kemudahan Peminjam
pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa untuk faedah, komisyen, caj, fi, duti
setem, duti, penalti dan semua wang berbangkit daripada Kemudahan termasuk kos
yang disebut dalam perenggan-perenggan sebelum ini. Jumlah yang didebit tersebut
akan dikenakan faedah pada kadar semasa atau Kadar Faedah Semasa, dan boleh
tertakluk kepada sebarang faedah tambahan pada Kadar Ingkar atau Kadar Had
Lebihan, yang mana lebih tinggi dan boleh dimodalkan di bawah peruntukan di dalam
ini pada penghujung setiap bulan kalendar.
(e) Tanpa prejudis terhadap mana-mana peruntukan di bawah ini, Peminjam adalah
bertanggungjawab ke atas apa-apa cukai barangan dan perkhidmatan yang
berhubungan dengan atau berikutan daripada perjanjian ini atau kemudahan atau apa-
apa perkhidmatan yang berhubungan dengannya. Peminjam hendaklah menanggung
rugi Bank dan dengan tak boleh batal memberi kuasa kepada Bank untuk mendebit
akaun Peminjam bagi sebarang jumlah yang diperlukan untuk membayar cukai
barangan dan perkhidmatan.
10. BUDI BICARA BANK TERHADAP PENGGUNAAN/PEMINDAHAN WANG
Jika sebarang jumlah yang diterima atau didapatkan kembali berkaitan dengan liabiliti
Peminjam adalah kurang daripada jumlah yang terhutang kepada Bank, Bank boleh
menggunakan jumlah tersebut untuk membayar faedah, fi, jumlah prinsipal atau sebarang
jumlah lain yang kena dibayar menurut sebarang kadar dan turutan dan secara amnya
mengikut sebarang cara yang difikirkan wajar oleh Bank atau boleh mengkredit atau
memindahkan sebarang wang yang diterima atau didapatkan kembali kepada akaun
gantungan tanpa faedah buat sebarang tempoh yang difikirkan wajar oleh Bank tanpa
sebarang obligasi sementara itu untuk menggunakannya atau mana-mana bahagian
daripadanya untuk atau bagi tujuan menjelaskan sebarang wang atau liabiliti yang kena
dibayar atau yang ditanggung oleh Peminjam kepada Bank.
11. PENDEDAHAN
Tertakluk kepada peruntukan di bawah yang (i) melarang pendedahan maklumat kepada
Syarikat-syarikat Kumpulan jika dibantah oleh Peminjam; dan (ii) menghendaki kebenaran
nyata daripada Peminjam bagi pendedahan maklumat kepada pihak ketiga untuk tujuan yang
dinyatakan, Peminjam dengan ini bersetuju dan memberi kuasa kepada Bank untuk
mendedahkan sebarang maklumat berhubung dengan Peminjam dan/atau urusan atau akaun
Peminjam dan/atau perhubungan akaun atau perhubungan urusan Peminjam dengan Bank
termasuk tetapi tidak terhad kepada butir-butir Kemudahan, sebarang cagaran yang diberikan,
transaksi yang dilaksanakan dan/atau baki dan/atau kedudukan dengan Bank:
(a) kepada agen, penyedia perkhidmatan, juruaudit, peguam, penasihat profesional Bank
yang lain dan kepada mana-mana orang di dalam atau di luar Malaysia yang
menyediakan cagaran atau jaminan dan/atau adalah pihak pada mana-mana perjanjian
yang mungkin merupakan atau membentuk asas untuk cagaran atau jaminan tersebut;
(b) kepada Biro Kredit Pusat, Biro Maklumat Cek atau pihak berkuasa relevan lain kepada
mana Bank dikehendaki membuat pendedahan sedemikian dan/atau kepada mana-
mana pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa terhadap Bank;
(c) kepada mana-mana institusi kewangan yang berurusan atau bakal berurusan dengan
Peminjam;
(d) kepada mana-mana syarikat insurans yang dianggap wajar oleh Bank berhubung
dengan sebarang polisi insurans yang ingin diambil oleh Bank selaras dengan terma-
terma Perjanjian ini;
(e) kepada syarikat yang kini atau di masa hadapan mungkin menjadi syarikat di dalam
kumpulan Bank serta syarikat di dalam kumpulan CIMB Group Holdings Berhad,
syarikat induk muktamad Bank ("Syarikat-syarikat Kumpulan") sama ada Syarikat-
syarikat Kumpulan tersebut bermastautin, menjalankan perniagaan, diperbadankan atau
ditubuhkan di dalam atau di luar Malaysia;
untuk memudahkan perniagaan, operasi, kemudahan dan perkhidmatan oleh atau yang
diberikan atau disediakan oleh Bank dan/atau Syarikat-syarikat Kumpulan kepada pelanggan
mereka atau seperti yang dikehendaki oleh undang-undang atau selaras dengan sebarang
sepina atau perintah mahkamah.
Pendedahan kepada Syarikat-syarikat Kumpulan hendaklah bagi tujuan memudahkan operasi,
perniagaan, penjualan silang dan tujuan lain di pihak Bank dan/ atau Syarikat-syarikat
Kumpulan dengan syarat sentiasa bahawa pendedahan bagi tujuan penjualan silang tidak
akan dilaksanakan jika pendedahan tersebut dibantah oleh Peminjam dengan
menghubungi Bank di nombor telefon atau alamat berikut (yang boleh diubah oleh Bank dari
semasa ke semasa melalui notis kepada Peminjam): Tingkat 19, Menara Bumiputra
Commerce, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, No. Tel.: 1300-880-900.
Selanjutnya, jika Bank bercadang untuk berkongsi maklumat Peminjam (tidak termasuk
maklumat berkaitan dengan urusan atau akaun Peminjam) dengan pihak ketiga untuk tujuan
perikatan strategik, pemasaran dan promosi, Bank hendaklah memastikan bahawa kebenaran
daripada Peminjam telah diperolehi.
Peminjam dengan ini secara nyata membenarkan pendedahan tersebut dan dengan ini
mengesahkan bahawa Bank, pegawai dan agennya tidak akan menanggung sebarang liabiliti
pun jua kerana memberikan maklumat tersebut sama ada disebabkan sebarang salah nyata,
kesilapan, kecuaian, ketinggalan, kelewatan atau apa-apa perkara berhubung dengannya pun
jua dan sama ada sebelum pada atau selepas tarikh Surat Tawaran.
12. PENYATA OLEH BANK
Penyata atau notis oleh pengurus atau mana-mana pegawai atau agen Bank yang diberi kuasa
pada masa itu atau notis daripada Bank yang dihasilkan oleh komputer yang tidak
memerlukan tandatangan, yang diberikan setiap bulan, berkaitan dengan jumlah baki dan
liabiliti yang ditanggung oleh atau kena dibayar kepada Bank atau tentang kadar faedah atau
jumlah faedah yang perlu dibayar adalah bukti konklusif untuk segala tujuan (termasuk tetapi
tidak terhad kepada prosiding undang-undang). Di samping itu, jika Peminjam gagal
melaporkan kepada Bank tentang apa-apa kesilapan di dalamnya dalam sebarang tempoh
yang ditetapkan oleh Bank, penyata atau notis tersebut akan menjadi bukti konklusif tentang
liabiliti Peminjam kepada Bank dalam jumlah yang dinyatakan di dalamnya.
13. PERISTIWA KEINGKARAN
Tanpa prejudis kepada obligasi keseluruhan Peminjam untuk membayar balik semua Jumlah
Belum Dijelaskan apabila dituntut oleh Bank, Kemudahan atau mana-mana bahagian
daripadanya yang pada masa itu belum dijelaskan dan tidak dibayar bersama-sama dengan
faedah ke atasnya dan semua wang lain yang dijamin oleh apa-apa cagaran hendaklah,
melalui notis bertulis oleh Bank kepada Peminjam, menjadi dengan serta-merta kena dan
perlu dibayar dan cagaran memihak kepada Bank akan menjadi dengan serta-merta boleh
dikuat kuasa dan boleh dilaksanakan oleh Bank, dan Kemudahan akan dibatalkan dan
pengeluaran lanjut atau ketersediaan Kemudahan tidak akan dibenarkan, apabila berlaku
mana-mana satu atau lebih daripada satu peristiwa berikut (tidak kira sama ada peristiwa
tersebut berlanjutan):
(a) Jika Peminjam, mana-mana Pihak Cagaran atau penjamin gagal membayar kepada
Bank (i) sebarang wang yang terhutang atau perlu dibayar di bawah atau berhubung
dengan Kemudahan, apabila dituntut atau (ii) sebarang wang yang terlebih
keluar/wang berlebihan, dalam masa yang ditetapkan, atau (iii) sebarang wang yang
perlu dibayar yang disebut di dalam Surat Tawaran atau di bawah sebarang perjanjian
atau pengaturan dengan Bank, pada tarikh kena dibayar.
(b) Jika Peminjam, mana-mana Phak Cagaran atau penjamin melanggar atau mengancam
untuk memungkiri sebarang waad, akujanji, terma, syarat atau peruntukan dalam
Surat Tawaran atau Terma-Terma dan Syarat-Syarat Utama ini atau dalam dokumen
yang diserahkan selaras dengan Kemudahan atau Dokumen Cagaran dan gagal
meremedi kemungkiran tersebut dalam tempoh tujuh (7) hari selepas notis daripada
Bank atau sebarang tempoh lain yang ditetapkan oleh Bank.
(c) Jika Peminjam, mana-mana Pihak Cagaran, penjamin atau mana-mana syarikat di
mana Peminjam dianggap oleh Bank sebagai mempunyai kepentingan mengawal
(sama ada melalui pemegangan saham, atau sama ada syarikat tersebut lazimnya atau
mempunyai obligasi untuk bertindak mengikut arahan, kepentingan atau hajat
Peminjam) gagal membayar pada tarikh kena dibayar sebarang wang yang perlu
dibayar oleh Peminjam, Pihak Cagaran, penjamin atau syarikat tersebut, di bawah
sebarang perjanjian atau pengaturan dengan Bank atau sebarang pemberi
pinjaman/pemiutang lain.
(d) Jika suatu distres atau pelaksanaan dikenakan ke atas atau dikeluarkan terhadap
sebarang harta atau aset Peminjam atau Pihak Cagaran dan/atau penjamin dan tidak
dibayar atau dilepaskan dalam tempoh lima (5) hari daripada tarikh permulaan distres
atau pelaksanaan tersebut.
(e) Jika prosiding undang-undang guaman atau tindakan tidak kira jenisnya (sivil atau
jenayah) diambil terhadap Peminjam, mana-mana Pihak Cagaran atau penjamin.
(f) Jika Peminjam, mana-mana Pihak Cagaran atau penjamin dihukum bankrap atau
digulungkan atau melakukan tindakan kebankrapan (atau peristiwa serupa) atau
petisyen kebankrapan dikemukakan terhadap Peminjam, mana-mana Pihak Cagaran
atau penjamin atau jika Peminjam, mana-mana Pihak Cagaran atau penjamin menjadi
tidak waras atau meninggal dunia.
(g) Jika Peminjam, mana-mana Pihak Cagaran atau penjamin memasuki persetujuan,
moratorium atau pengaturan atau membuat penyerahan hak secara umum untuk
manfaat Peminjam/pemiutangnya.
(h) Jika berlaku sebarang persitiwa atau berbangkit hal keadaan termasuk perubahan pada
keadaan kewangan Peminjam atau keadaan kewangan mana-mana Pihak Cagaran
atau penjamin yang menurut pendapat Bank akan memudaratkan keupayaan
Peminjam atau Pihak Cagaran atau penjamin untuk melaksanakan mana-mana
obligasi mereka yang terkandung di dalam ini atau di bawah sebarang Dokumen
Cagaran.
(i) Jika notis atau cadangan untuk pengambilan paksa mana-mana aset Peminjam atau,
jika berkenaan, aset mana-mana Pihak Cagaran atau mana-mana bahagian
daripadanya dikeluarkan atau dibuat di bawah atau menurut Akta Parlimen atau
undang-undang.
(j) Jika Bank berpendapat bahawa sebarang cagaran memihak kepada Bank selaras
dengan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan sebarang Dokumen Cagaran
terancam.
(k) Jika Peminjam disenaraikan sebagai pesalah cek 'tendang' oleh DCHEQS yang
ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia.
(l) Jika Peminjam, mana-mana Pihak Cagaran atau penjamin gagal untuk mengendalikan
akaun Peminjam/mereka dengan Bank dalam cara yang memuaskan.
(m) Dalam situasi di mana Peminjam atau Pihak Cagaran adalah tuan punya tunggal atau
perkongsian, berlaku sebarang peristiwa yang membawa kesan buruk yang material
terhadap pemilikan tunggal/perniagaan tersebut.
(n) Jika Peminjam, mana-mana penjamin atau Pihak Cagaran (sebagai tuan punya
tunggal, perkongsian atau perbadanan) berhenti atau mengancam untuk berhenti
menjalankan keseluruhan atau sebahagian besar daripada perniagaan
Peminjam/perniagaannya.
(o) Jika mana-mana bahagian perniagaan Peminjam atau perniagaan mana-mana
penjamin atau Pihak Cagaran (sebagai peniaga tunggal/perkongsian atau perbadanan)
terancam.
(p) Jika sebarang pengisytiharaan, representasi atau jaminan yang dibuat atau
dibayangkan secara tersirat kepada Bank adalah tidak benar atau mengelirukan pada
tarikh representasi atau jaminan tersebut dibuat.
(q) Jika pelaksanaan obligasi Bank atau Peminjam di bawah ini menjadi mustahil atau
menyalahi undang-undang.
(r) Jika berlaku sebarang peristiwa lain yang, menurut pendapat tunggal Bank, boleh atau
mungkin menjejaskan atau memudaratkan keupayaan atau kesanggupan Peminjam
(atau keupayaan atau kesanggupan penjamin atau mana-mana Pihak Cagaran) untuk
mematuhi semua atau mana-mana obligasi Peminjam di bawah Surat Tawaran atau
Terma-Terma atau Syarat-Syarat Utama ini atau obligasi penjamin atau Pihak
Cagaran di bawah Dokumen Cagaran.
(s) Jika Peminjam atau dan/atau mana-mana Peminjam bersama (iaitu apabila Peminjam
terdiri daripada lebih daripada seorang) dan/atau mana-mana penjamin atau Pihak
Cagaran telah meninggal dunia atau menjadi tidak waras.
(t) Jika sebarang jumlah menjadi kena dibayar atau boleh, selaras dengan terma-terma
relevan di sini, menjadi diisytiharkan kena dan perlu dibayar oleh Peminjam dan atau
mana-mana Pihak Cagaran dan/atau penjamin (secara kolektif "Penanggung
Obligasi") kepada Bank dan atau mana-mana pihak ketiga lain dari semasa ke semasa
atau pada bila-bila masa atau jika mana-mana Penanggung Obligasi ingkar membayar
sebarang keterhutangannya atau Penanggung Obligasi atau mana-mana daripada
mereka mungkin menjadi atau telah menjadi bertanggungjawab kepada Bank di mana
jua terhadap sebarang kemudahan perbankan, pinjaman, sebarang kemudahan kredit
lain atau sebarang akaun lain, semasa atau sebaliknya ("akaun") atau dalam sebarang
cara lain pun jua termasuk tetapi tidak terhad kepada liabiliti mana-mana Penanggung
Obligasi yang ditanggung kepada Bank sebagai penjamin atau jika keingkaran
dilakukan oleh Penanggung Obligasi atau mana-mana daripada mereka terhadap
sebarang peruntukan yang mengawal akaun.
(u) Sekiranya terdapat pelanggaran atau menyalahi mana-mana undang-undang atau garis
panduan oleh Peminjam.
Bagi tujuan klausa ini, dalam keadaan di mana Peminjam adalah dalam perkongsian, rujukan
terhadap "Peminjam" hendaklah termasuk rujukan kepada mana-mana rakan kongsi
Peminjam, tidak kira sama ada orang tersebut telah menyediakan sebarang cagaran kepada
Bank.
14. TOLAKAN/CAGARAN BAGI KETERHUTANGAN MASA KINI DAN MASA
HADAPAN
Keterhutangan anda kepada Bank di dalam ini yang termasuk keterhutangan masa kini dan
masa hadapan yang mungkin ditanggung oleh anda pada bila-bila masa atau dari semasa ke
semasa sama ada sebagai peminjam dan atau penjamin dan atau penyedia cagaran hendaklah
dijamin oleh cagaran yang diwujudkan di dalam ini atau dari semasa ke semasa oleh anda
memihak kepada Bank. Tanpa menjejaskan perkara yang disebut sebelum ini, dengan ini
selanjutnya diperuntukkan bahawa Bank berhak menahan, menggabungkan atau menyatukan
semua atau mana-mana akaun sedia ada Penanggung Obligasi (sama ada akaun semasa,
deposit, pinjaman atau sebarang sifat lain pun jua dan sama ada dalam Ringgit Malaysia atau
sebarang mata wang lain) di mana jua letaknya (Akaun-akaun tersebut) dan menolak atau
memindahkan sebarang baki yang ada atau sebarang jumlah kredit dalam mana-mana satu
atau lebih daripada satu akaun tersebut untuk atau bagi tujuan menjelaskan sebarang
keterhutangan Penanggung Obligasi setelah Bank memberikan notis terdahulu selama tujuh
(7) hari kalendar kepada Penanggung Obligasi. Sementara menunggu Bank melaksanakan
tolakan tersebut, Bank berhak menahan dan atau menggantung pembayaran apa-apa wang
daripada baki kredit dalam Akaun.
15. PEMATUHAN UNDANG-UNDANG/ KEPERLUAN KAWAL SELIA/ AKTA
PERKHIDMATAN KEWANGAN 2013
(a) Tawaran dan ketersediaan Kemudahan di dalam Surat Tawaran ini adalah tertakluk
kepada tiada perlanggaran dilakukan terhadap sebarang undang-undang berkaitan
dengannya.
(b) Tanpa menjejaskan sifat am perkara yang disebut sebelum ini, tawaran dan
ketersediaan Kemudahan di dalam Surat Tawaran ini adalah tertakluk kepada
representasi dan akujanji oleh Peminjam bahawa pembiayaan oleh Bank di dalam ini
dan persetujuannya untuk memberi atau membuat atau menyediakan Kemudahan
secara berterusan kepada Peminjam tidak akan melanggar atau memungkiri sebarang
undang-undang sedia ada atau keperluan kawal selia atau terma-terma dan syarat-
syarat atau peruntukan ditetapkan oleh atau dinyatakan dalam arahan atau garis
panduan yang dikeluarkan atau dari semasa ke semasa akan dikeluarkan oleh Bank
Negara Malaysia ("BNM"), Persatuan Bank-Bank di Malaysia dan/atau mana-mana
orang atau badan yang mempunyai bidang kuasa atau bidang kuasa ke atas Bank
("Undang-Undang dan Peraturan Yang Terpakai"). Undang-Undang dan
Peraturan Yang Terpakai yang mengawal Kemudahan ini termasuk tetapi tidak terhad
kepada (i) semua peruntukan yang berkuat kuasa di dalam Akta Perkhidmatan
Kewangan 2013 dan semua garis panduan dan arahan oleh BNM yang dikeluarkan
terhadapnya dan semua garis panduan BNM tentang atau yang terpakai bagi
pemberian kemudahan kepada orang-orang yang mempunyai kaitan dengan Bank,
dan (ii) sebarang had atau sekatan peminjaman yang boleh dikenakan ke atas Bank
dari semasa ke semasa oleh BNM atau mana-mana pihak berkuasa kerajaan yang lain.
(c) Peminjam hendaklah dengan serta-merta memaklumkan Bank secara bertulis jika
mana-mana Undang-undang dan Peraturan Yang Terpakai atau mana-mana terma dan
syarat di dalam Surat Tawaran ini tidak dipenuhi atau didapati tidak dipenuhi.
(d) Dengan memberikan deklarasi tentang apa-apa perkara yang disebut sebelum ini atau
mana-mana terma dan syarat di dalam Surat Tawaran ini seperti yang dikehendaki
oleh dan mengikut terma-terma yang ditetapkan oleh Bank, Peminjam akan dianggap
sebagai membuat representasi dan menjamin kepada Bank bahawa kandungan di
dalamnya adalah benar dan tepat dalam semua segi selagi Kemudahan masih tersedia
atau sebarang jumlah masih perlu dibayar.
16. GARIS PANDUAN SISTEM MAKLUMAT CEK TENDANG (DCHEQS)
Operasi akaun semasa anda antara lainnya turut tertakluk kepada peruntukan yang ditetapkan
oleh Bank Negara Malaysia (BNM) di bawah Garis Panduan BNM mengenai DCHEQS, di
mana Bank merizab hak untuk menutup akaun Peminjam apabila berlaku tiga (3) kejadian cek
tendang dalam tempoh dua belas (12) bulan dari tarikh kejadian pertama dan selepas itu satu
laporan akan dihantar kepada Biro Kredit BNM mengenai penutupan akaun tersebut.
17. PEMINDAHAN/ JUALAN/ PENYERAHAN HAK
Bank berhak pada bila-bila masa untuk memindahkan, menjual, atau menyerahhakkan semua
atau mana-mana bahagian hak, hakmilik, kepentingan, manfaat dan obligasinya di bawah
Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan/atau mana-mana Dokumen
Cagaran kepada mana-mana pihak lain dengan memberikan notis kepada Peminjam.
Peminjam tidak boleh memindahkan atau menyerahhakkan sebarang hak, manfaat dan
obligasi Peminjam di bawah Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan
/atau sebarang Dokumen Cagaran tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Bank dan
setiap penyerahan hak yang dikatakan tanpa kebenaran sedemikian adalah batal dan tidak sah.
18. UNDANG-UNDANG YANG MENGAWAL
Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini akan ditafsirkan mengikut dan
tertakluk kepada undang-undang Malaysia dan Peminjam dengan ini berserah kepada bidang
kuasa Mahkamah Malaysia. Penyampaian sebarang writ atau saman atau sebarang proses
undang-undang terhadap sebarang tindakan atau prosiding boleh dilaksanakan oleh Peminjam
dengan menghantar sesalinan writ atau saman atau pernyataan tuntutan atau proses undang-
undang lain melaui pos pra-bayar (atau sebarang kaedah lain yang dibenarkan oleh undang-
undang) ke alamat Peminjam yang dinyatakan di dalam Surat Tawaran atau alamat terakhir
Peminjam yang diketahui. Sekiranya diserahkan melalui pos, writ atau saman atau pernyataan
tuntutan atau sebarang proses undang-undang lain tersebut akan dianggap sebagai
disampaikan kepada Peminjam dua (2) hari selepas tarikh pengeposan meskipun notis atau
tuntutan tersebut mungkin dikembalikan melalui pejabat pos tanpa diserahkan atas apa-apa
sebab pun jua.
19. INSURAN
Peminjam hendaklah mengekalkan dan/atau menyebabkan Pihak Cagaran relevan
mengekalkan sebarang polisi insuran dan/atau polisi insuran hayat yang diperlukan oleh Bank
melalui syarikat insuran yang diluluskan oleh Bank, untuk sebarang jumlah dan berdasarkan
sebarang terma yang dikehendaki oleh Bank untuk melindungi hak dan kepentingan Bank
selama mana Kemudahan disediakan kepada Peminjam. Polisi insurans hendaklah
menyediakan perlindungan terhadap sebarang risiko yang dikehendaki dan difikirkan wajar
oleh Bank, menurut budi bicara mutlaknya. Polisi insuran dan/atau polisi insuran hayat
tersebut hendaklah sama ada diserah hak kepada Bank atau menunjukkan kepentingan Bank
sebagai penerima kerugian diendorskan padanya dan Bank merizab hak untuk membuat
pembayaran premium tahunan yang akan didebit daripada akaun Peminjam untuk memastikan
perlindungan secara berterusan. Salinan asal polisi insurans dan/atau polisi insurans hayat
tersebut bersama-sama dengan sebarang resit premium pembaharuan hendaklah diserah
simpan dengan Bank. Jika perlu, Peminjam dengan tak boleh batal dan secara eksklusif
memberi kuasa kepada Bank untuk mengatur polisi insurans dan/atau polisi insurans hayat
tersebut bagi pihak Peminjam dengan kos ditanggung oleh Peminjam bagi sepanjang tempoh
Kemudahan.
20. CARIAN KEBANKRAPAN
Bank boleh tetapi tidak mempunyai obligasi untuk membuat carian kebankrapan atau
penggulungan (mengikut keadaan) ke atas Peminjam/mana-mana Pihak Cagaran dan/atau
mana-mana penjamin sebelum pelepasan Kemudahan dan pada bila-bila masa dan dari
semasa ke semasa selepas itu. Semua kos yang ditanggung berhubung dengan carian
kebankrapan atau penggulungan (mengikut keadaan) hendaklah ditanggung oleh Peminjam.
21. TERMA-TERMA YANG DIKENAKAN OLEH BANK NEGARA MALAYSIA
Kemudahan hendaklah dikawal pada setiap masa oleh peraturan dan/atau arahan (sama ada
mempunyai kuasa undang-undang atau tidak) yang dikehendaki atau dikenakan ke atas Bank
dari semasa ke semasa dan pada bila-bila masa oleh Bank Negara Malaysia atau mana-mana
pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa terhadap Bank.
22. NOTIS
(a) Sebarang tuntutan, permintaan, notis atau komunikasi lain (secara kolektif dirujuk
sebagai "Notis") oleh atau bagi pihak Bank atau Peminjam hendaklah dibuat secara
bertulis.
(b) Notis boleh diberikan atau dibuat melalui pos, telegram, faks, penyerahan kediri atau
kaedah lain yang dibenarkan oleh Bank. Notis hendaklah dikeluarkan oleh atau bagi
Bank (termasuk notis/penyata yang dihasilkan oleh komputer yang tidak perlu
ditandatangani) kepada Peminjam di alamat, nombor faks atau alamat e-mel Peminjam
yang dinyatakan di dalam Surat Tawaran atau alamat, nombor faks atau alamat e-mel
yang terakhir diketahui yang dimaklumkan oleh Peminjam secara bertulis. Peminjam
hendaklah memaklumkan Bank dengan segera tentang sebarang perubahan pada alamat
dan/atau butir-butir hubungan Peminjam. Notis akan dianggap telah dihantar kepada
Peminjam;-
(i) sekiranya melalui pos, dua hari selepas tarikh pengeposan meskipun Notis tersebut
dikembalikan kerana tidak diserahkan atau tidak dituntut;
(ii) sekiranya melalui telegram, pada hari perniagaan selepas tarikh penghantaran;
(iii) sekiranya melalui faks, pada hari penghantaran;
(iv) sekiranya melalui e-mel, pada hari penghantaran dengan syarat Bank tidak
menerima mesej kegagalan penghantaran atau penghantaran tidak diterima daripada
penyedia host penerima pada hari penghantaran.
(v) sekiranya melalui penyerahan kediri, pada masa penyerahan.
(c) Notis oleh Peminjam kepada Bank hendaklah ditandatangani sewajarnya oleh
Peminjam atau jika dibenarkan oleh Bank, oleh penandatangan yang diberi kuasa oleh
Peminjam dan diserahkan kepada Bank di alamat atau nombor faks yang dimaklumkan
secara bertulis oleh Bank dari semasa ke semasa. Notis akan dianggap diterima oleh
Bank apabila sebenarnya diterima kecuali sekiranya Bank menganggapnya perlu untuk
menentusahkan identiti Peminjam atau sumber Notis tersebut, Peminjam mungkin
dikehendaki menyerahkan, seperti yang dikehendaki oleh Bank, sebarang bukti
dokumen (termasuk Notis sebenar atau Notis asal) kepada Bank dengan kos ditanggung
oleh Peminjan. Jika penentusahan dikehendaki oleh Bank, Notis akan dianggap
diterima oleh Bank hanya apabila Bank menerima bukti berdokumen tambahan yang
diminta oleh Bank.
(d) Peminjam bersetuju bahawa Bank boleh, menurut budi bicara tunggalnya, merakamkan
dan memantau semua komunikasi lisan dan bertulis dengan Peminjam mengikut
sebarang cara dan pada sebarang masa yang dianggap wajar oleh Bank.
23. PERTUKARAN ATAU PENGGANTIAN KEMUDAHAN
Untuk memperluaskan dan di samping hak Bank di bawah Fasal 6 dan meskipun sebarang
peruntukan lain yang terkandung di dalam Perjanjian ini atau dokumen lain, Bank berhak
pada bila-bila masa menurut budi bicara mutlaknya dan tanpa menjejaskan cagaran yang
diwujudkan selaras dengan Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini atau
mana-mana Dokumen Cagaran, untuk memberikan kemudahan lanjut, mengubah, menukar
atau menggantikan mana-mana Kemudahan dengan kemudahan perbankan lain yang akan
diberikan kepada Peminjam (termasuk hak untuk mengganti atau menukar Kemudahan
menjadi Pinjaman Bertempoh) dan selepas itu Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat
Utama ini atau sebarang Dokumen Cagaran akan menjamin kemudahan lanjut atau
kemudahan yang ditukar atau digantikan tersebut. Bank mempunyai hak untuk memberikan
nombor akaun baru atau untuk memindahkan dan/atau menyatukan akaun-akaun sedia ada
Peminjam dengan Bank kepada akaun baru apabila perubahan, penukaran atau penggantian
tersebut dilakukan, tanpa menjejaskan hak Bank di bawah Surat Tawaran, Terma-terma dan
Syarat-syarat Utama ini atau sebarang Dokumen Cagaran.
24. MODIFIKASI DAN KELONGGARAN
Bank boleh pada bila-bila masa dan tanpa dalam apa cara jua menjejaskan cagarannya dan
hak, kuasa dan remedi yang diberikan kepada Bank dibawah Surat Tawaran, Terma-terma dan
Syarat-syarat Utama ini dan/atau Dokumen Cagaran, untuk;-
(a) memberikan kepada Peminjam, penjamin atau mana-mana Pihak Cagaran sebarang
tempoh masa atau kelonggaran atau penepian atau kebenaran atau pelepasan;
(b) berurusan dengan, menukar, melepaskan atau memodifikasi atau menahan diri
daripada menyempurnakan atau menguatkuasakan sebarang cagaran atau jaminan
atau hak lain yang dipunyai oleh Bank pada masa ini atau pada bila-bila masa selepas
ini atau dari semasa ke semasa daripada atau terhadap Peminjam, penjamin atau
mana-mana Pihak Cagaran;
(c) melepaskan atau mencapai persetujuan atau memasuki sebarang suratikatan atau
persetujuan dengan Peminjam, penjamin atau mana-mana Pihak Cagaran;
(d) memperbaharui sebarang bil atau sekuriti boleh niaga; atau
(e) memberikan atau terus memberikan atau memperbaharui sebarang kemudahan sedia
ada atau tambahan atau baru atau kemudahan perbankan atau kredit lain atau
Kemudahan kepada anda dan/atau mengubah atau menyusun semula sebarang
kemudahan sedia ada yang telah diberikan kepada anda dengan cara (tetapi tidak
terhad kepada) penggantian, penambahan, kenaikan atau pengurangan pun jua atau
sebaliknya menurut terma-terma masing-masing.
25. OBLIGASI PEMBAYARAN BEBAS
Peminjam dengan ini secara nyata bersetuju dan mengisytiharkan bahawa setiap obligasi
Peminjam untuk membuat pembayaran atau pembayaran balik di bawah mana-mana
peruntukan Surat Tawaran dan Terma-Terma dan Syarat-Syarat Utama ini, atau jika
berkenaan, sebarang Dokumen Cagaran terdiri daripada obligasi yang berasingan dan bebas,
akan membangkitkan kausa tindakan yang berasingan dan bebas, akan terpakai tidak kira
sama ada sebarang penepian atau kelonggaran diberikan oleh Bank terhadap sebarang obligasi
lain, akan kekal berkuat kuasa dan berkesan meskipun sebarang penghakiman, perintah,
tuntutan atau bukti bagi jumlah tertentu terhadap kewajipan lain dan boleh disandarkan dan
dikuat kuasa oleh Bank secara berasingan atau serentak, dengan atau tanpa perlu memulakan
sebarang tindakan lain di bawah obligasi tersebut atau di bawah sebarang Dokumen Cagaran
atau tanpa perlu terlebih dahulu menghabiskan sebarang remedi atau terlebih dahulu menolak,
menjual atau melupuskan sebarang aset atau Cagaran, harta atau perusahaan yang mungkin
disediakan sebagai cagaran kepada Bank dari semasa ke semasa.
26. PEMINJAM BERSAMA
Jika Kemudahan ditawarkan kepada dua atau lebih daripada dua peminjam, Peminjam dengan
ini bersetuju bahawa:
(a) semua perjanjian, waad, terma, penepatan dan akujanji yang dinyatakan sebagai
dibuat oleh dan bagi pihak Peminjam hendaklah dianggap dibuat oleh atau mengikat
ke atas semua peminjam secara bersama dan berasingan;
(b) semua wang yang perlu dibayar atau yang dipersetujui sebagai perlu dibayar
(termasuk liabiliti kontingen) oleh setiap peminjam bersama-sama dengan faedah dan
sebarang jumlah lain yang belum dijelaskan terhadapnya akan menjadi kena dibayar
dan dengan serta-merta perlu dibayar atas dasar liabiliti bersama dan berasingan sama
ada apabila dituntut atau apabila berlakunya Peristiwa Keingkaran yang melibatkan
mana-mana Peminjam.
27. KENAIKAN KOS
Peminjam hendaklah membayar dengan segera kepada Bank apabila dituntut, sebarang
jumlah yang boleh ditetapkan oleh Bank mengikut budi bicara mutlaknya dan menanggung
rugi Bank terhadap sebarang kos atau kenaikan kos jika Bank menetapkan bahawa
pengenalan atau perubahan sebarang undang-undang, perintah, peraturan atau arahan rasmi
(sama ada mempunyai kuasa undang-undang atau tidak) daripada mana-mana pihak berkuasa
relevan yang, bersama-sama dengan obligasi Bank di bawah Surat Tawaran, Terma-terma dan
Syarat-syarat Utama ini atau apa-apa Dokumen Cagaran yang dimasuki:-
(a) menyebabkan Bank menanggung sebarang kos; atau
(b) menambah kos kepada Bank untuk membiayai atau meneruskan obligasinya di bawah
Surat Tawaran atau Terma-Terma dan Syarat-Syarat Utama ini atau sebarang
Dokumen Cagaran.
28. MAKLUMAN
Peminjam hendaklah memberikan notis bertulis kepada Bank jika berlaku sebarang Peristiwa
Keingkaran di bawah Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini atau sebarang
Dokumen Cagaran dalam tempoh tiga (3) hari perniagaan apabila kejadiannya diketahui oleh
Peminjam.
29. KESAN MENGIKAT
(a) Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini atau sebarang Dokumen
Cagaran hendaklah mengikat waris, wakil diri, pengganti hakmilik dan penerima
serah hak Peminjam yang dibenarkan dan pengganti hakmilik dan penerima serah hak
Bank.
(b) Peminjam tidak berhak menyerah hak atau memindahkan hak atau obligasinya di
bawah ini tanpa kebenaran bertulis terdahulu daripada Bank.
(c) Bank berhak pada bila-bila masa untuk menyerah hak atau memindahkan keseluruhan
atau mana-mana bahagian hak dan obligasinya di bawah ini. Jika Bank melaksanakan
penyerahan hak sedemikian, Bank hendaklah memaklumkan Peminjam secara
bertulis.
(d) Semua kos dan perbelanjaan yang mungkin ditanggung oleh Bank dan pemegang
serah hak dan penerima pindahan yang sampingan pada penyerahan hak atau
pemindahan tersebut hendaklah perlu dibayar oleh Peminjam.
30. TANGGUNG RUGI
Tanpa memudaratkan terma-terma dan peruntukan yang disebut di atas dan di samping dan
tanpa menjejaskan kuasa, hak dan remedi lain yang dipunyai oleh Bank, Peminjam hendaklah
menanggung rugi Bank dan memastikan Bank tidak dipertanggungjawabkan terhadap dan
atas sebarang kerugian, kerosakan dan perbelanjaan pun jua, sama ada di sisi undang-undang
atau sebaliknya, (termasuk tetapi tidak terhad kepada semua kos undang-undang yang
ditanggung oleh Bank atas dasar peguamcara-anakguam) yang mungkin ditanggung atau
dialami oleh Bank akibat sebarang keingkaran untuk membuat pembayaran di bawah
Kemudahan tersebut dan faedah ke atasnya atau mana-mana bahagian daripadanya atau
sebarang jumlah lain yang perlu dibayar di bawahnya atau di bawah jaminan dan/atau
Dokumen Cagaran, atau disebabkan ketidakpatuhan terhadap semua atau mana-mana terma
penetapan perjanjian dan peruntukan oleh Peminjam atau oleh Pihak Cagaran dan/atau
penjamin yang terkandung di dalam ini atau di bawah Dokumen Cagaran, dan kerugian,
kerosakan dan perbelanjaan tersebut hendaklah termasuk tetapi tidak terhad kepada jumlah
yang diperakui oleh Bank (perakuan tersebut yang disertai dengan asas dan pengiraan jumlah
tersebut adalah konklusif dan mengikat Peminjam kecuali jika berlaku kesilapan nyata).
31. MASA
Masa di mana jua disebut adalah menjadi asas tetapi sebarang kegagalan untuk melaksanakan
atau kelewatan untuk melaksanakan sebarang hak, kuasa atau remedi yang terakru kepada
Bank tidak akan menjejaskan, memudaratkan, memprejudis atau beroperasi sebagai
penepiannya atau keakuran terhadap keingkaran tersebut, dan sebarang pelaksanaan tunggal
atau separa sebarang hak, kuasa atau remedi atau sebarang tindakan Bank berhubung dengan
sebarang keingkaran tidak akan menghalang atau menjejaskan atau memudaratkan atau
memprejudis sebarang pelaksanaan lain atau lanjut terhadapnya atau pelaksanaan sebarang
hak, kuasa atau remedi berhubung dengan sebarang keingkaran selepas itu. Sebarang
kesabaran atau kelonggaran yang diberikan oleh Bank tidak harus ditafsirkan sebagai
penepian hak Bank di bawah Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan
Dokumen Cagaran.
32. AKUJANJI
Peminjam dan/atau Pihak Cagaran dengan tak boleh batal dan tanpa bersyarat memberi kuasa
kepada Bank untuk mengeluarkan akujanji pada sebarang masa dan mengikut sebarang cara
dan untuk sebarang jumlah dan berdasarkan sebarang kontingensi dan syarat yang difikirkan
wajar oleh Bank mengikut budi bicara tunggal dan mutlaknya memihak kepada mana-mana
orang dan juga untuk membuat pembayaran di bawah Kemudahan secara terus kepada orang
tersebut selaras dengan akujanji tersebut. Bank pada semua masa berhak membuat sebarang
pembayaran dan/atau melaksanakan sebarang obligasi yang dikenakan di bawah akujanji
tersebut tanpa perlu menjalankan penyiasatan atau membuat pertanyaan. Peminjam dan/atau
Pihak Cagaran tidak berhak sama ada di sisi undang-undang atau ekuiti untuk melarang atau
menuntut agar Bank menahan sebarang pembayaran atau menahan daripada melaksanakan
sebarang obligasi yang dikehendaki selaras dengan akujanji tersebut, tidak kiralah sama ada
Peminjam dan/atau Pihak Cagaran mungkin mempunyai apa-apa tuntutan, tuntutan balas atau
hak tolakan terhadap penerima akujanji tersebut. Meskipun peruntukan di dalam ini, Bank
mempunyai budi bicara tunggal dan mutlak untuk mengubah, meminda, membatalkan,
menarik balik, menggantikan, menggantung dan/atau untuk meminta pelepasan akujanji
tersebut tanpa menjejaskan atau memudaratkan obligasi Peminjam dan/atau Pihak Cagaran
kepada Bank.
33. PERWAKILAN
Bank boleh, menurut budi bicara mutlaknya, pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa
melalui surat kuasa wakil atau melalui sebarang kaedah lain yang tersedia, mewakilkan
kepada mana-mana orang atau badan orang yang berubah-ubah, semua atau sebarang kuasa
dan budi bicara yang diletak hak kepada Bank di bawah Surat Tawaran dan Terma-Terma dan
Syarat-Syarat Utama ini berkenaan dengan Cagaran dan/atau Kolateral atau mana-mana
bahagian daripadanya dan sebarang perwakilan tersebut (termasuk sub-perwakilan) boleh
berdasarkan sebarang terma dan syarat yang dianggap wajar oleh Bank dan Bank tidak akan
bertanggungjawab dalam apa jua keadaan atas sebarang kerugian atau kerosakan yang
ditanggung oleh Peminjam berbangkit daripada sebarang tindakan, keingkaran, peninggalan,
salah laku atau kecuaian daripada perwakilan atau sub-perwakilan tersebut.
34. SURAT KUASA WAKIL
Peminjam sebagai jaminan dengan ini melantik Bank dan setiap wakil atau sub-wakilnya (jika
ada) yang ditetapkan oleh Bank sebagai Wakil Peminjam dalam nama Peminjam atau
sebaliknya bagi pihaknya dengan kuasa penggantian yang penuh untuk melaksanakan dan
melakukan semua instrument, dokumen, jaminan, tindakan dan perkara yang mungkin
dikehendaki atau dianggap wajar oleh Bank berhubung dengan pelaksanaan hak dan
remedinya atau yang seharusnya dibuat oleh Peminjam di bawah peruntukan Surat Tawaran
dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini untuk menyempurnakan dan menyiapkan
sebarang pemindahan atau dokumen yang diperlukan oleh Bank untuk menyempurnakan
hakmiliknya atau untuk meletak hak Cagaran dan/atau sebarang Kolateral kepada atau dalam
nama Bank atau penamanya dan/atau untuk mendapatkan kembali dan/atau menerima
daripada mana-mana pihak yang terlibat, semua jumlah yang kena dibayar kepada Peminjam
terhadap Cagaran dan/atau sebarang Kolateral dan/atau untuk menguatkuasakan sebarang hak
berkenaan dengannya dan untuk memberi resit sah dan/atau untuk memulakan sebarang
prosiding dengan kos dan perbelanjaan ditanggung oleh Peminjam, sama ada melalui
tindakan, distres atau sebaliknya sebagaimana dianggap sesuai dan wajar oleh Bank mengikut
budi bicara mutlaknya dan/atau untuk menguatkuasakan sebarang hak yang disebut sebelum
ini dan atau untuk menjual, memindahkan atau sebaliknya berurusan dengan semua atau
sebarang Kolateral sama ada melalui lelongan awam atau penjualan persendirian atau
sebaliknya dengan atau tanpa iklan dan untuk sebarang balasan atau nilai atau berdasarkan
sebarang terma yang dianggap wajar oleh Wakil menurut budi bicara mutlaknya dan bagi
tujuan ini untuk memasuki dan menandatangani sebarang kontrak, pemindahan, suratikatan
dan dokumen lain dan melakukan semua tindakan lain yang mungkin perlu bagi penjualan
tersebut dan Peminjam dengan ini meratifikasi dan mengesahkan semua tindakan dan
perbuatan Wakil atau Wakil-wakil yang dilaksanakan secara sah olehnya/oleh mereka di
bawah Surat Kuasa Wakil ini. Surat Kuasa Wakil yang dengan ini diberikan yang diberikan
untuk balasan bernilai, adalah tak boleh batal sehingga Jumlah Belum Dijelaskan dibayar
dengan sepenuhnya kepada Bank.
35. PIHAK CAGARAN DAN PEMINJAM ADALAH PIHAK BERLAINAN
(a) Jika Pihak Cagaran dan Peminjam adalah pihak yang berlainan, Pihak Cagaran
dengan tak bersyarat dan tanpa boleh batal secara bersama dan berasingan menjamin
pembayaran kepada Bank terhadap liabiliti Peminjam kepada Bank di bawah
Kemudahan sama ada dalam Ringgit Malaysia atau mana-mana mata wang lain, yang
adalah kena dibayar atau terakru kepada Bank sama ada liabiliti tersebut adalah atau
mungkin adalah bersama atau berasingan atau utama atau sampingan atau kontingen.
Jika sebarang pembayaran adalah tertakluk kepada apa-apa cukai atau jika Pihak
Cagaran dikehendaki membuat potongan atau penahanan, Pihak Cagaran hendaklah
membayar cukai tersebut, hendaklah memastikan pembayaran, potongan atau
penahanan tersebut tidak melebihi liabiliti undang-undang minimum untuknya dan
hendaklah dengan serentak membayar kepada Bank sebarang jumlah tambahan yang
diperlukan untuk membolehkan Bank menerima, setelah semua pembayaran,
potongan dan penahanan tersebut, jumlah bersih yang bersamaan dengan jumlah
penuh yang perlu dibayar di bawah Surat Tawaran ini dan Terma-Terma dan Syarat-
Syarat Utama ini.
(b) Jika terdapat dua (2) atau lebih daripada dua orang yang dirangkum atau termasuk di
dalam ungkapan "Pihak Cagaran" semua persetujuan, waad, obligasi, penetapan dan
akujanji yang dinyatakan sebagai dibuat oleh dan bagi Pihak Cagaran hendaklah
dianggap sebagai dibuat oleh atau mengikat orang-orang tersebut secara bersama dan
berasingan.
(c) Pihak Cagaran bersetuju secara bersama dan berasingan dengan Peminjam untuk
membayar atau membayar balik kpeada Bank duti setem dan kos, caj dan
perbelanjaan Bank untuk menguatkuasakan semua hak Bank di dalam ini termasuk,
tanpa had, kos dan perbelanjaan undang-undang atas dasar tanggung rugi penuh.
36. HAK UNTUK MENYUMBERLUARKAN PUNGUTAN HUTANG
Jika sebarang wang yang perlu dibayar di bawah Kemudahan perlu didapatkan kembali
daripada Peminjam, Bank berhak untuk menyumberluarkan pungutan hutang kepada agensi
luar yang dipilih oleh Bank menurut budi bicara tunggalnya dan Peminjam bertanggungjawab
bagi fi pungutan hutang, fi penilaian, fi jurulelong, fi profesional lain dan caj dan kos lain
yang ditanggung untuk mendapatkannya kembali dan/atau untuk menguatkuasakannya.
37. KEBOLEHASINGAN
Sebarang terma, syarat, penetapan, peruntukan waad atau akujanji dalam Surat Tawaran atau
Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini yang menyalahi undang-undang, dilarang, atau
tidak boleh dikuat kuasa tidak membawa kesan setakat kepenyalahan undang-undang,
keterbatalan, larangan atau ketidakbolehkuatkuasaan sahaja tanpa membatalkan peruntukan
lain.
38. FASAL PRIVASI
(a) Peminjam dengan ini mengesahkan bahawa Peminjam telah membaca, memahami
dan bersetuju untuk terikat dengan Notis Privasi Kumpulan CIMB (yang boleh
didapati di www.cimbbank.com.my atau www.cimbislamic.com) dan fasal-fasal di
dalam ini, yang berkaitan dengan pemprosesan maklumat peribadi Peminjam. Bagi
mengelakkan keraguan, Peminjam bersetuju bahawa Notis Privasi tersebut hendaklah
disifatkan sebagai digabungkan ke dalamTerma-terma dan Syarat-syarat Utama ini
secara rujukan.
(b) Sekiranya Peminjam memberikan maklumat peribadi dan kewangan yang berkaitan
dengan pihak ketiga, termasuk maklumat yang berkaitan dengan waris dekat dan
tanggungan Peminjam bagi tujuan membuka atau mengendalikan akaun/kemudahan
Peminjam dengan Bank atau sebaliknya melanggan produk dan perkhidmatan Bank,
Peminjam (a) mengesahkan bahawa Peminjam telah mendapatkan persetujuan
mereka atau sebaliknya berhak untuk memberikan maklumat ini kepada Bank dan
untuk Bank menggunakannya mengikut Perjanjian ini; (b) bersetuju untuk
memastikan bahawa maklumat peribadi dan kewangan pihak ketiga tersebut adalah
tepat; (c) bersetuju untuk memberi laporan kemas kini kepada Bank secara bertulis
sekiranya ada apa-apa perubahan yang material kepada maklumat peribadi dan
kewangan tersebut; dan (d) bersetuju akan hak Bank untuk menamatkan Perjanjian
ini, sekiranya persetujuan ditarik balik oleh mana-mana pihak ketiga tersebut.
(c) Jika Peminjam mengarahkan Bank untuk melaksanakan sebarang bentuk transaksi
rentas sempadan (termasuk untuk membuat atau menerima pembayaran), butiran
yang berkenaan dengan transaksi rentas sempadan tersebut (termasuk maklumat yang
berkaitan dengan pihak yang terlibat di dalam transaksi tersebut) boleh diterima dari
atau dihantar ke luar negara, di mana ia mungkin boleh diakses (sama ada secara
langsung atau tidak langsung) oleh pengawal selia dan pihak berkuasa luar negara
berkaitan dengan kewajipan mereka yang sah (contohnya, pencegahan jenayah).
Dalam mengarahkan Bank dan/atau ejen-ejen Bank untuk memasuki apa-apa
transaksi rentas sempadan bagi pihak Peminjam, Peminjam bersetuju akan
pendedahan tersebut di atas bagi pihak Peminjam dan orang lain yang terlibat dalam
transaksi rentas sempadan tersebut.
(d) Bank mungkin menggunakan agensi pelaporan/rujukan kredit untuk membantu
membuat keputusan, contohnya apabila Bank perlu (a) menyemak butiran mengenai
permohonan untuk kredit dan berkaitan dengan kredit atau kemudahan lain; (b)
menguruskan akaun atau kemudahan kredit dan berkaitan dengan kredit, termasuk
menjalankan semakan terhadap portfolio Peminjam; dan/atau mendapatkan semula
hutang. Peminjam akan dihubungkan oleh agensi pelaporan/rujukan kredit kepada
mana-mana nama lain yang digunakan atau pernah digunakan oleh Peminjam, dan
mana-mana pemohon bersama dan berasingan. Bank juga boleh berkongsi maklumat
tentang Peminjam dan bagaimana Peminjam menguruskan akaun/kemudahan
Peminjam dengan agensi-agensi laporan/rujukan kredit yang berkenaan.
(e) Meskipun selepas Peminjam memberi sebarang maklumat kepada Bank, Peminjam
masih mempunyai pilihan untuk menarik balik kebenaran yang diberikan sebelum ini.
Dalam keadaan itu, Bank mempunyai hak untuk tidak memberi atau memberhentikan
penyediaan mana-mana produk, perkhidmatan, akaun dan/atau kemudahan yang
berhubung dengan maklumat tersebut.
(f) Bank merizab hak untuk meminda fasal ini dari semasa ke semasa mengikut budi
bicara mutlak Bank dan akan memberi notis terdahulu secara bertulis kepada
Peminjam dan meletakkan pindaan tersebut di dalam laman web Bank dan/atau
meletak notis di ruang perbankan atau di lokasi yang mudah dilihat di cawangan-
cawangan Bank.
(g) Untuk tujuan Fasal ini, Kumpulan CIMB terdiri daripada CIMB Group Holdings
Berhad dan semua syarikat yang berkaitan dengannya sebagaimana yang ditakrifkan
di dalam Seksyen 6, Akta Syarikat 1965 dan syarikat-syarikat dikawal bersama yang
menyediakan perkhidmatan kewangan dan perkhidmatan terkawal lain, yang tidak
termasuk syarikat, cawangan, pejabat dan bentuk kehadiran lain yang beroperasi di
luar Malaysia, dan penggunaan perkataan "Bank" hendaklah dibaca sebagai merujuk
kepada Kumpulan CIMB.
(h) Fasal ini adalah tanpa prejudis kepada sebarang fasal lain di dalam Perjanjian ini yang
membuat peruntukan bagi pendedahan maklumat.
39. KEKURANGAN HASIL JUALAN
Jika jumlah yang direalisasi terhadap penjualan Kolateral atau mana-mana bahagian
daripadanya atau sebaliknya selaras dengan peruntukan Fasal 10 tidak mencukupi untuk
menjelaskan jumlah yang terhutang kepada Bank berhubung dengan Jumlah Belum
Dijelaskan dan/atau selaras dengan Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama
ini dan sama ada pada penjualan tersebut Bank adalah pembeli Kolateral atau tidak, Peminjam
hendaklah membayar kepada Bank perbezaan antara jumlah yang kena dibayar dan jumlah
yang direalisasi dan sehingga pembayaran dibuat akan turut membayar kepada Bank sebarang
jumlah yang akan memberi pampasan kepada Bank atas sebarang kerugian atau perbelanjaan
yang mungkin dialami atau ditanggung oleh Bank termasuk tetapi tidak terhad kepada
sebarang faedah yang perlu dibayar oleh Bank untuk menanggung atau mengekalkan jumlah
perbezaan yang disebut sebelum ini antara jumlah yang kena dibayar dan jumlah yang
direalisasi, dengan syarat tiada apa-apa yang terkandung di dalam ini akan ditafsirkan sebagai
mengenakan sebarang kewajipan (sama ada di sisi undang-undang atau ekuiti) ke atas Bank
untuk melaksanakan semua remedinya untuk menjual Kolateral sebelum melaksanakan
sebarang tindakan berasingan atau sebelum menguatkuasakan sebarang remedi lain atau
melaksanakan sebarang hak lain terhadap Peminjam dan Peminjam dengan ini secara tak
boleh batal dan tak bersyarat bersetuju dan membenarkan Bank memulakan prosiding
berasingan, menguatkuasakan remedi lain dan melaksanakan sebarang hak lain di pihak Bank
terhadap Peminjam dengan serentak atau tanpa melaksanakan semua haknya untuk menjual
atau meneruskan tindakan terhadap Kolateral.
40. TANGGUNG RUGI MATA WANG
Jika atas sebarang sebab, sebarang pembayaran di bawah atau berhubung dengan Surat
Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat ini dan/atau sebarang Dokumen Cagaran dibuat atau
diterima atau didapatkan kembali oleh Bank dalam mata wang ("mata wang lain") selain
daripada Ringgit Malaysia maka, setakat mana pembayaran (apabila ditukar pada kadar
pertukaran pada tarikh pembayaran atau seberapa cepat yang mungkin selepas itu) adalah
kurang daripada jumlah yang terhutang di bawah Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-
syarat ini dan/atau Dokumen Cagaran, Peminjam hendaklah sebagai kewajipan yang
berasingan dan bebas, menanggung rugi Bank dengan sepenuhnya terhadap jumlah
kekurangan; dan bagi tujuan Klausa ini, ungkapan "kadar pertukaran" bermaksud kadar di
mana Bank boleh pada tarikh relevan selaras dengan amalan biasanya membeli Ringgit
Malaysia dengan mata wang lain. Bank tidak perlu memberikan bukti tentang sebarang
kerugian sebenar di pihak Bank.
41. PENTAFSIRAN
Kecuali konteks menghendaki sebaliknya, perkataan yang ditulis dengan huruf besar yang
digunakan di dalam ini yang tidak ditafsirkan akan membawa maksud yang sama seperti yang
ditakrifkan di dalam Surat Tawaran. Jika terdapat sebarang perkara yang tidak konsisten,
konflik, kesamaran atau percanggahan antara teks Bahasa Inggeris atau sebarang versi lain
bagi terma-terma dan syarat-syarat ini, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi yang lain.
Meskipun perkara yang disebut sebelum ini, sekiranya anda meminta versi terma-terma dan
syarat-syarat di dalam ini dalam Bahasa Malaysia, Bank hendaklah menyediakannya kepada
Peminjam dan jika perjanjian dimasuki atas dasar ini, maka versi terma-terma dan syarat-
syarat ini dalam Bahasa Malaysia akan mengatasi yang lain.
************************************
(Bahagian seterusnya dalam muka surat ini sengaja dibiarkan kosong)