Upload
narizam74
View
170
Download
9
Embed Size (px)
Citation preview
JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG BANDAR INDERA MAHKOTA
25604 KUANTAN
MODUL GEOGRAFI TINGKATAN SATU
2012
NAMA :_________________________________ TINGKATAN :_________________________________
Hasil Kerja: Cikgu Aminah bt Ramli - SMK Peramu Jaya
Cikgu Rosidah bt Ismail - SMK Ubai
Edited by: Cg Man - SABS Kuantan
KEDUDUKAN MALAYSIA DI ASIA TENGGARA
1
TEMA 1: BENTUK MUKA DAN POTENSINYA
BAB 6 Kedudukan dan Keistimewaan Pelbagai Bentuk Muka Bumi di Malaysia
A KAWASAN TANAH TINGGI
1. Ciri kawasan Tanah Tinggi di Malaysia
2
2. Ciri Kawasan Tanah Tinggi Di Sabah Dan Sarawak
3
4
Kawasan Tanah Pamah di Malaysia
5
PINGGIR LAUT DI MALAYSIA
Pinggir Laut Dan Pulau-Pulau Di Malaysia
6
Keratan Rentas Pentas Benua
Ciri-ciri Pentas Benua
CIRI FIZIKAL DI SEPANJANG PINGGIR LAUT
1. Pentas benua ialah laut cetek di pinggir benua.
2. Pentas benua di perairan Malaysia ialah Pentas Sunda dan Pentas Sahul.
3. Dalamnya laut di Pentas Benua berbeza-beza antara 70 hingga 180 meter.
4. Laut yang cetek ini membolehkan cahaya matahari menembusi ke dasar laut.
Hal ini menggalakkan pertumbuhan plankton dan pembiakan ikan.
5. Menggalakkan aktiviti perikanan
7
BENTUK MUKA BUMI HAKISAN OMBAK
Ciri-ciri fizikal pinggir laut yang terbentuk akibat hakisan ombak
a) Tebing tinggi batu-batan bercerun curam menghadap laut dan keras serta tahan hakisan.
- Rumah api dibina atas tebing tinggi menjadi panduan kapal-kapal pada waktu malam.
b) Teluk batuan lembut dihakis oleh ombak. - Pelabuhan perikanan dan perkampungan nelayan sesuai didirikan di kawasan teluk.
c) Tanjung batuan keras tahan hakisan dan menganjur ke laut dari daratan. - Kawasan tanjung sesuai dijadikan kawasan rekreasi dan pelancongan.
d) Gua hakisan ombak terhadap batuan lembut di bahagian tebing tinggi. e) Gerbang laut hakisan giat di dua buah gua yang bertentangan di sesuatu tanjung. f) Batu Tunggul hakisan ombak berterusan meruntuhkan gerbang laut dan terbentuklah batu
tunggul.
g) Batu Sisa lama-kelamaan batu tunggul akan terhakis dan membentuk batu sisa.
8
BENTUK MUKA BUMI AKIBAT PEMENDAPAN OMBAK
Pembentukan beting pasir, anak tanjung dan tombolo
Ciri-ciri fizikal yang terbentuk akibat pemendapan ombak a) Beting pasir timbunan pasir berhampiran pantai
b) Anak Tanjung pemendapan pasir dan kelikir di hadapan teluk dan muara sungai. c) Tombolo beting pasir yang menyambung kawasan daratan dengan pulau. d) Lagun kawasan perairan yang dikelilingi anak tanjung.
9
10
ManFXPencil
SUNGAI DAN TASIK DI MALAYSIA
KEPENTINGAN SUNGAI DAN TASIK DI SEMENANJUNG MALAYSIA
11
KEPENTINGAN SUNGAI DAN TASIK DI SABAH DAN SARAWAK
12
PROFIL PANJANG SUNGAI
PROFIL RENTAS SUNGAI
BENTUK MUKA BUMI DI SEPANJANG ALIRAN SUNGAI
BAHAGIAN HULU SUNGAI BAHAGIAN TENGAH SUNGAI BAHAGIAN HILIR SUNGAI
13
7.1 Potensi kawasan tanah tinggi
Menjana kuasa hidroelektrik
Sungai beraliran deras di bahagian hulu Empangan dibina. Cth : Empangan Chenderoh, Empangan Temenggor di Perak, Empangan Kenyir di Terengganu.
Kegiatan Pertanian
Tanam teh dan pertanian hawa sederhana suhu 18 C. Cth:Tanah Tinggi Cameron di Pahang dan Kundasang di Sabah.
Pusat rekreasi dan eko -pelancongan
Tanah Tinggi Cameron, Tanah Tinggi Genting dan Bukit Fraser di Pahang
Mempunyai ciri istimewa cth: stalaktit dan stalagmit di gua batu kapur seperti Gua Niah dan Gua Mulu di Sarawak.
Kawasan pembalakan
Hutan hujan tropika- meranti, cengal, keruing dan merbau
7.2 Potensi kawasan Tanah Pamah
Petempatan Lembah Klang, Ipoh,
Seremban.
Perindustrian Lembah Klang, Prai dan Shah
Alam.
Tumpuan Jaringan Pengangkutan
Lebuhraya Utara-Selatan.
Pertanian Dataran Kedah-Perlis (padi),
Dataran Johor (getah dan kelapa sawit).
Pusat Pentadbiran Negara Cyberjaya dan Putrajaya.
Bekas lombong dijadikan kawasan pertanian dan penternakan ikan air tawar.
Bekas lombong di Ipoh ditebus guna sebagai kawasan kebun sayur, buah-buahan dan kawasan ternakan ikan.
7.3 Potensi Kawasan Pinggir Laut
Kawasan pinggir laut mempunyai pantai berpasir yang indah.
Kegiatan rekreasi dan pelancongan
Pantai Cahaya Bulan di kelantan, Desaru di Johor dan Cherating di Pahang
Tapak Pelabuhan
Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Pulau Pinang.
Kawasan perikanan
Tanjung dawai Kedah, Kuala Besut Terengganu, Sedili dan Mersing di Johor
. 7.4 Potensi Saliran
Kegunaan Domestik dan Perindustrian Empangan Klang Gate di
Selangor.
Sumber Pengairan Rancangan Pengairan
Muda di kedah dan Rancangan Pengairan Kemubu di Kelantan
Eko-pelancongan Menyusur sungai dengan
bot dari Kuala Jengai ke Kuala Sungai Ceralak di Terengganu.
Sukan air Dapat menarik pelancong.
Penternakan ikan air tawar
Tanjung Dawai Kedah.
BAB 7 : POTENSI DAN HALANGAN BENTUK MUKA BUMI TERHADAP KEGIATAN MANUSIA
14
15
BAB 8 : KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR
8.1 Kesan Kegiatan Manusia terhadap Alam Sekitar
a)Penebangan pokok dan kesannya.
- Tanah dan permukaan bumi terdedah pada hakisan air hujan dan angin.
- Air hujan yang turun akan memecahkan tanah di permukaan bumi dan mengalir ke sungai.
- Apabila aliran sungai menjadi perlahan, tanah dan lumpur akan mendap di dasar sungai.
- Dasar sungai menjadi cetek
- Semasa hujan lebat isipadu air sungai bertambah dan air yang berlebihan akan membanjiri kawasan sekitarnya.
- Banjir di hilir sungai
- Suhu di kawasan terdedah akan meningkat.
- Permukaan bumi pula akan dipanaskan secara berterusan oleh matahari kerana tiada tumbuhan sebagai pelindung.
- Tumbuh- tumbuhan semula jadi musnah.
- Hidupan liar akan kehilangan habitatnya.
- Ekosistem hutan terganggu.
- Menjejaskan kawasan tadahan air.
b) Kegiatan Pertanian dan kesannya.
- Manusia menggunakan pelbagai teknik moden seperti baja kimia, racun serangga, racun kulat dan racun herba.
- Penggunaan bahan tersebut akan meninggalkan bahan toksik yang tidak larut air di kawasan sekitarnya.
- Keadaan ini akan menyebabkan asid dalam tanah meningkat. ( Keasidan tanih )
- Apabila hujan, bahan tersebut di bawa ke dalam air sungai.
- Ini akan mengakibatkan hidupan akuatik terancam.
c) Pembinaan Jalan Raya
- Pembinaan lebuh raya dan jalan raya di cerun curam adalah kerja yang berbahaya.
- Kerja memotong cerun bukit untuk membina jalan raya menyebabkan kejadian hakisan cerun oleh air hujan.
- Gelongsoran tanah dan tanah runtuh sering berlaku di kawasan ini
16
Penggunaan Kaedah Biologi dalam pertanian
Digalakkan guna baja organik atau baja asli untuk menggantikan baja kimia.
Baja organik diperolehi daripada najis haiwan dan sisa tanaman.
Baja ini murah dan tidak perlu diproses.
Contohnya : peladang lada hitam di Sarawak menggunakan guano (najis burung dan kelawar) sebagai baja.
Kaedah biologi digunakan adalah untuk mengawal makhluk perosak.
Ular dan burung hantu digunakan di ladang kelapa sawit untuk menangkap tikus.
Di ladang kelapa sawit dan koko pula sejenis lalat digunakan untuk mengawal ulat karung yang memakan daun pokok.
Pemeliharaan cerun tinggi.
Kawasan cerun curam akan dilandaikan
Tebing curam kaki bukit akan ditarah untuk mengurangkan kecerunan jalan raya.
Plastik diletakkan untuk mengurangkan kadar hakisan.
Rumput ditanam di cerun
Longkang dibina untuk mengelakkan air bertakung.
Dinding penahan dibina untuk mengurangkan hakisan.
Penanaman semula
Usaha pemuliharaan hutan dijalankan melaui penanaman semula pokok-pokok.
Pokok yang ditanam adalah pokok yang cepat tumbuh dan matang seperti akasia, batai, sesenduk ditanam di Bukit Tinggi Pahang.
Antara lain ialah medang teja di Kedah.
Kawasan hutan paya air masin juga ditanam semula cth: pokok bakau minyak di tanam di Hutan Simpan Paya Laut di Perak.
8.2 Langkah-langkah Mengurangkan Kesan Kegiatan Manusia terhadap Alam
Sekitar.
17
BAB 6 - BENTUK MUKA BUMI1 - POTENSI BMB2 - PERBANDINGAN BMB NEGARA LAINbab 8.1 - Kesan Kegiatan Manusiabab 8.2 LANGKAH2 MENGURANGKAN KESAN KEGIATAN MANUSIA