Teks Ucapan Hari Graduasi Sek

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Teks ucapan Hari Graduasi Sekolah

Citation preview

TEKS UCAPAN HARI GRADUASI SEK. KEB PENAJIS 2011.

Hari ini menanam jagung, Di bawa ke Perlis bersama peria, Hari ini kita berkampung, Meraikan majlis penuh ceria

Ke pekan Kuala membeli bingka, Sayang pesanan terlupa sudah, Majlis bermula tirai dibuka, Dengan Alunan madah yang indah.

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sireh berlipat sireh melintang, Sireh dari pulau Mutiara, Pemanis Kata Selamat Datang, Awal Bismillah pembuka bicara.

Bismillahiramnirahim

Yang Berusaha __________________________ Yang Dipertua PIBG SK Penajis Yang Berusaha, Puan Guru Besar, ________________________________

Guru- guru Penolong Kanan, Guru-guru , Ajk-Ajk PIBG, ibubapa , para pelajar yang diraikan serta hadirin-hadirat yang dikasihi sekalian.

Sayang kumbang mencari makan, Terbang seiring di tepi kali, Selamat Datang kami ucapkan Moga diiringi restu Illahi.

Berkaca cahaya air di gelas Di timba gadis dari perigi Anugerah Cemerlang 2011 Murid- murid bertuah kita hargai

Garam ada kicap pun ada, Sayang lada terlupa bagi, Pantun ada ucapan pun ada, Sayang tiada berdoa lagi.

Doa dibaca amin disebut, Keberkatan majlis sentiasa diharapkan, Ustaz Mohd Nori kami menjemput, Sudilah Tuan tampil ke hadapan

Amin-amin-amin.. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Mohd Nori b. Hamzah untuk pimpinan bacaan doa sebentar tadi. Majlis dengan segala hormatnya menjemput Encik Rahmad_______ selaku Yang dipertua PIBG sekolah kebangsaan penajis untuk menyampaikan ucapan sepatah dua kata.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Rahmat _______ diatas ucapan beliau yang bersemangat itu. Kini, majlis mempersilakan pula Yang Berusaha Puan Naripah bt Othman guru besar SKPenajis untuk menyampaikan ucapan beliau.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. (Ucapan.)

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berusaha Guru Besar atas ucapan itu tadi

Umpan dipasang menangkap lokan, Lokan bermain berpandu arah, Acara seterusnya kami mulakan, Tibalah masa penyampaian anugerah

En Rahmat selalu disebut, Bila ketawa tampak meriah, Bukan jemput sebarang jemput, Memohon YDP menyampaikan hadiah.

Dipersilakan......

Penyampaian hadiah kurikulum 1) 2) 3) 4) Kedudukan Dalam Kelas Mata Pelajaran Terbaik Kedatanagn Penuh Tokoh Nilam

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Rahmat diatas kesudian beliau untuk menyampaikan hadiah kepada para pelajar.

Dari kedah ke bandar Perlis, Singgah bersantai di tepi jeti, Persembahan menyusul memeriahkan majlis, Semoga hadirin terhibur di hati.

Sekarang dipersilakan adik adik dari tahap 1 mempersembahkan 2 buah persembahan iaitu nyanyian lagu Arab dan sebuah lagu bahasa inggeris yang bertajuk Clementine

Terima kasih diucapkan kepada adik-adik dari Tahap 1, atas persembahan itu tadi.

Bagi meneruskan acara kita pada pagi ini lagi, di persilakan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Penajis untuk menyampaikan hadiah berikutnya. Di persilakan.. Penyampaian Hadiah Ko- kurikulum Olahraga/olahragawan

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Hjh Naripah diatas kesudian beliau untuk menyampaikan hadiah kepada para pelajar.

Sebelum kita meneruskan lagi acara kita yang seterusnya pada pagi yang bertuah ini, marilah bersama-sama kita melihat persembahan seterusnya dari adik-adik Tahun 4 dan 5.

Di persilakan..

Terima kasih diucapkan kepada adik-adik tahun 4 dan 5 di atas persembahan menawan hati itu tadi

Bagi meneruskan acara kita pada hari ini, majlis menjemput ______________________ untuk menyampaikan hadiah bagi Anugerah Agama Petang (KAP)

-

Kedudukan dalam kelas M/P terbaik Mengikut Tahun Saguhati

Terima kasih diucapkan kepada __________________ di atas kesudian untuk menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Bagi meneruskan acara kita pada hari ini, majlis mempersilakan murid dari tahun 6 sekolah kebangsaan penajis untuk mempersembahkan persembahan mereka.

Di persilakan..

Terima kasih diucapkan kepada adik-adik tahun 6 di atas persembahan boria itu tadi.

Seterusnya, bagi tidak melengahkan masa lagi, majlis menjemput ___________________ untuk menyampaikan anugerah yang seterusnya.

Di persilakan.

Terima kasih diucapkan kepada ______________________ kerana kesudian menyampaikan anugerah itu tadi . Seterusnya tibalah masanya untuk mengumumkan Tokoh Murid Sekolah Kebangsaan Penajis 2011. Majlis menjemput ________________________ untuk menyampaikan anugerah.

Beliau mula bersekolah dari tahun 4 hingga ke tahun 6 di sekolah kebangsaan Penajis Beliau juga merupakan anak sulung dalam keluarga beliau. Berkulit hitam manis , berwajah tampan sentiasa ceria.. Beliau juga merupakanseorang pengawas sekolah, seorang yang tekun belajar serta aktif dalam kurikulum dan ko-kurikulum . Beliau yang dimaksudkan ialah adik Putera Firdaus bin Yuzaimi , Pelajar tahun 6 Sekolah Kebangsaan Penajis.

Terima kasih di ucapakan kepada ______________________________________ kerana sudi menyampaikan anugerah tersebut.

Subur padi Allah kurnia, Hidup mula di dalam air, Sudah menjadi lumrah dunia, Setiap yang bermula akan berakhir.

Bunga seroja di atas para , Jatuh ditimpa buah berangan, Andai kata tersilap bicara, Kemaafan jua kami pohonkan.

Dari Kedah ke pekan sari, Beli suasa di Kota Tinggi, Selesai sudah tugas diberi, Di lain masa bersua lagi.

Sekian wabilahitaufik walhidayah.. wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.