15
1 TEKS UCAPAN YBHG. TAN SRI DATO’ SRI HAJI MOHAMED APANDI BIN ALI PEGUAM NEGARA MALAYSIA PERHIMPUNAN SUKU TAHUNAN JABATAN PEGUAM NEGARA BIL. 4/2017 TARIKH : 7 DISEMBER 2017 (KHAMIS) MASA : 9.05 PAGI TEMPAT : DEWAN TAN SRI ABDUL KADIR JABATAN PEGUAM NEGARA PUTRAJAYA

TEKS UCAPAN - agc.gov.my · PDF fileTEKS UCAPAN YBHG. TAN SRI DATO’ SRI HAJI MOHAMED APANDI BIN ALI PEGUAM NEGARA MALAYSIA ... Ketua Bahagian Penasihat, merangkap Pengerusi

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TEKS UCAPAN - agc.gov.my · PDF fileTEKS UCAPAN YBHG. TAN SRI DATO’ SRI HAJI MOHAMED APANDI BIN ALI PEGUAM NEGARA MALAYSIA ... Ketua Bahagian Penasihat, merangkap Pengerusi

1

TEKS UCAPAN

YBHG. TAN SRI DATO’ SRI HAJI MOHAMED APANDI BIN ALI

PEGUAM NEGARA MALAYSIA

PERHIMPUNAN SUKU TAHUNAN

JABATAN PEGUAM NEGARA

BIL. 4/2017

TARIKH : 7 DISEMBER 2017 (KHAMIS)

MASA : 9.05 PAGI

TEMPAT : DEWAN TAN SRI ABDUL KADIR

JABATAN PEGUAM NEGARA

PUTRAJAYA

Page 2: TEKS UCAPAN - agc.gov.my · PDF fileTEKS UCAPAN YBHG. TAN SRI DATO’ SRI HAJI MOHAMED APANDI BIN ALI PEGUAM NEGARA MALAYSIA ... Ketua Bahagian Penasihat, merangkap Pengerusi

2

Bismillahirrahmannirrahim.

Yang Berbahagia Datin Paduka Zauyah Be T. Loth Khan,

Peguam Cara Negara II;

Yang Berbahagia Datuk Siti Zainab Omar,

Ketua Bahagian Penasihat, merangkap Pengerusi

Jawatankuasa Penganjur Perhimpunan Suku Tahunan Jabatan

Peguam Negara Bilangan 4/2017;

Ketua-Ketua Bahagian;

Ahli-Ahli Majlis Pakar Pelbagai Disiplin dan Pakar Penasihat;

Timbalan-Timbalan Ketua Bahagian;

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam

Sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia.

Page 3: TEKS UCAPAN - agc.gov.my · PDF fileTEKS UCAPAN YBHG. TAN SRI DATO’ SRI HAJI MOHAMED APANDI BIN ALI PEGUAM NEGARA MALAYSIA ... Ketua Bahagian Penasihat, merangkap Pengerusi

3

1. Terlebih dahulu marilah kita mengatur syukur kepada Allah

Subhanahu Wata’ala (SWT) kerana dengan limpah izinan-Nya

kita dapat bersama-sama berkumpul pada pagi ini untuk

menghadiri Perhimpunan Suku Tahunan AGC yang keempat

iaitu yang terakhir bagi tahun ini.

2. Pertama sekali, saya mengambil kesempatan ini untuk

mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang

telah terlibat dalam penganjuran Persidangan Tahunan Yang ke-

8 antara Jabatan Peguam Negara Brunei Darussalam, Malaysia

dan Republik Singapura baru-baru ini. Persidangan yang

dipanggil “8th Tri AGC Event” ini telah bermula pada 28 – 30

November 2017 yang lalu.

3. Saya mendapat maklum bahawa rata-rata peserta

terutamanya daripada Brunei Darussalam dan Republik

Singapura sangat berpuashati dan kagum dengan penganjuran

Persidangan tersebut oleh Malaysia pada kali ini. In fact, some

Page 4: TEKS UCAPAN - agc.gov.my · PDF fileTEKS UCAPAN YBHG. TAN SRI DATO’ SRI HAJI MOHAMED APANDI BIN ALI PEGUAM NEGARA MALAYSIA ... Ketua Bahagian Penasihat, merangkap Pengerusi

4

have even sent me personal thank you note to express their

gratitude and said that this is the best Tri AGC Event that they

have attended thus far. Tahniah sekali lagi saya ucapkan

ikepada semua ahli Jawatankuasa Persidangan Tri AGC yang

dipimpin oleh YBhg Dato’ Chan Seong Gnoh dan YBhg To’ Puan

Azian Mohd Aziz.

4. Di samping itu juga, saya difahamkan bahawa

Perhimpunan Suku Tahunan pada hari ini dibuat secara 4-in-1.

Perhimpunan pada harini dibuat bersekali dengan pertamanya,

sambutan Hari Inovasi; kedua, Hari Integriti Tahun 2017

peringkat Jabatan Peguam Negara (AGC) serta yang ketiga,

Pelancaran Pelan Strategik ICT (ISP) AGC 2017-2020. Justeru,

ucapan syabas dan tahniah juga saya ucapkan kepada semua

pihak yang terlibat terutamanya Bahagian Penasihat selaku

Jawatankuasa Penganjur yang telah bertungkus-lumus untuk

menganjurkan Perhimpunan pada hari ini.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

Page 5: TEKS UCAPAN - agc.gov.my · PDF fileTEKS UCAPAN YBHG. TAN SRI DATO’ SRI HAJI MOHAMED APANDI BIN ALI PEGUAM NEGARA MALAYSIA ... Ketua Bahagian Penasihat, merangkap Pengerusi

5

5. Bercakap mengenai inovasi, Albert Einstein pernah berkata

- “You can’t solve a problem on the same level that it was

created. You have to rise above it to the next level”. Justeru,

untuk menjadi sebuat organisasi awam bertaraf dunia, we need

to constantly improving and generate creative ideas. Oleh yang

demikian, penganjuran Hari Inovasi peringkat AGC yang

bertemakan “Kreativiti Menjana Inovasi” pada hari ini amat

bertepatan dengan apa yang dihasratkan ini.

6. Seperti Tuan-Tuan dan Puan-Puan sedia maklum,

sambutan Hari Inovasi AGC pada tahun 2017 ini telah dimulakan

dengan beberapa program seperti penganjuran Post Your

Innovative Ideas dan Bengkel Kumpulan Inovatif dan Kreatif

(KIK) Horizon Baharu yang telah diadakan pada bulan Oktober

dan November masing-masing.

7. Inisiatif Post Your Innovative Ideas ini bertujuan untuk

meransang percambahan idea-idea baharu bagi menambah

Page 6: TEKS UCAPAN - agc.gov.my · PDF fileTEKS UCAPAN YBHG. TAN SRI DATO’ SRI HAJI MOHAMED APANDI BIN ALI PEGUAM NEGARA MALAYSIA ... Ketua Bahagian Penasihat, merangkap Pengerusi

6

baik antara lain, kualiti, kecekapan dan produktiviti AGC. Untuk

tujuan ini, pandangan bernas yang telah disumbangkan oleh

tuan-tuan dan puan-puan telahpun dibincangkan dalam Bengkel

KIK Horizon Baharu bagi maksud penghasilan suatu projek

inovasi/transformasi dengan menggunakan kaedah Design

Thinking dan Strategi Lautan Biru (Blue Ocean Strategy).

8. Saya amat teruja kerana saya dimaklumkan bahawa

semua idea inovasi dan hasil Bengkel KIK Horizon Baharu

tersebut akan dipamerkan di ruang pameran inovasi di aras lobi

AGC pada hari ini. Malah, saya turut dimaklumkan bahawa kos

perbelanjaan bagi sambutan Hari Inovasi AGC pada hari ini

datangnya daripada hasil kutipan lelongan secara atas talian

iaitu Lelong@AGC yang telah dibuka sejak November lagi.

Suatu pendekatan yang cukup kreatif dan inovatif dalam

menghadapi cabaran kegawatan ekonomi global yang turut

dirasai di sektor perkhidmatan awam. Sekali lagi, syabas saya

ucapkan kepada mereka yang telah menyumbang dalam

mencapai pendekatan yang kreatif dan inovatif sebegini.

Page 7: TEKS UCAPAN - agc.gov.my · PDF fileTEKS UCAPAN YBHG. TAN SRI DATO’ SRI HAJI MOHAMED APANDI BIN ALI PEGUAM NEGARA MALAYSIA ... Ketua Bahagian Penasihat, merangkap Pengerusi

7

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

9. Seperti dalam ucapan-ucapan saya sebelum ini, saya

seringkali menekankan prinsip integriti dalam kalangan warga

AGC. Integriti bukan sahaja bermaksud tidak mengambil rasuah

semata-mata tetapi turut mencakupi aspek yang lebih luas

daripada itu. The meaning of integrity is very wide. It doesn’t only

refer to corruption. Integrity is doing the right thing at all times in

all circumstances.

10. Sambutan Hari Integriti AGC pada setiap tahun, ditambah

lagi dengan pelancaran Pelan Integriti Jabatan Peguam Negara

(AGC) 2016 – 2020 pada tanggal 29 November 2016 yang lalu

jelas mencerminkan komitmen AGC untuk membudayakan nilai-

nilai integriti dalam kalangan warganya. Sepanjang tempoh

setahun ini, pelbagai program telah dijalankan untuk

meningkatkan tahap kefahaman, kesedaran dan penghayatan

terhadap integriti dalam kalangan warga AGC.

Page 8: TEKS UCAPAN - agc.gov.my · PDF fileTEKS UCAPAN YBHG. TAN SRI DATO’ SRI HAJI MOHAMED APANDI BIN ALI PEGUAM NEGARA MALAYSIA ... Ketua Bahagian Penasihat, merangkap Pengerusi

8

11. Inisiatif terbaharu yang telah diambil oleh Jabatan ini ialah

dengan penubuhan “Unit Integriti” pada 1 Oktober 2017 yang

lalu khusus untuk menguruskan isu-isu berkaitan integriti di

Jabatan Peguam Negara. Tindakan ini bukan sahaja sebagai

menyahut saranan Kerajaan untuk mewujudkan suatu focal

point dalam pengurusan isu integriti di semua agensi awam1,

malah ia juga menunjukkan kesungguhan kita untuk memastikan

supaya sebarang isu yang menjejaskan integriti mana-mana

pegawai dan kakitangan Jabatan Peguam Negara ditangani

secara tegas dan dengan sebaiknya.

12. Lantaran itu, bersempena Hari Integriti AGC pada hari ini,

saya berharap agar tuan-tuan dan puan-puan bukan sahaja

dapat menyertai pameran integriti yang dianjurkan oleh Unit

Integriti dengan kerjasama Suruhanjaya Integriti Agensi

Penguatkuasaan (SIAP), tetapi juga mengamati prinsip-prinsip

1 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013

Page 9: TEKS UCAPAN - agc.gov.my · PDF fileTEKS UCAPAN YBHG. TAN SRI DATO’ SRI HAJI MOHAMED APANDI BIN ALI PEGUAM NEGARA MALAYSIA ... Ketua Bahagian Penasihat, merangkap Pengerusi

9

integriti yang disampaikan dan seterusnya memperaktikkan ia

dalam kehidupan seharian.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

13. Sebagaimana yang telah saya katakan sebentar tadi, majlis

pada hari ini juga akan menyaksikan pelancaran Pelan Strategik

ICT (ISP) AGC 2017-2020. Pelan Strategik ICT merupakan

blueprint ICT yang dirancang untuk memperkasa perkhidmatan

digital di AGC secara lebih terancang dan menyeluruh. Antara

objektif pelan ini adalah untuk mengurus makluman

perundangan dan pentadbiran secara bersepadu dan digital

serta memantapkan pengurusan infrastruktur ICT AGC secara

efektif dan optimum.

14. Pelan yang telah dibangunkan secara dalaman dengan

khidmat perundingan daripada Unit Perundingan Perancangan

Strategik ICT, Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan

Pengurusan Malaysia (MAMPU) ini juga telah melakar

Page 10: TEKS UCAPAN - agc.gov.my · PDF fileTEKS UCAPAN YBHG. TAN SRI DATO’ SRI HAJI MOHAMED APANDI BIN ALI PEGUAM NEGARA MALAYSIA ... Ketua Bahagian Penasihat, merangkap Pengerusi

10

sejarahnya yang tersendiri. Untuk pengetahuan Tuan-Tuan dan

Puan-Puan, Jabatan Peguam Negara adalah merupakan agensi

pertama yang menggunakan metodologi Panduan Perancangan

Strategik ICT (PerSI).

15. Justeru, tahniah saya ucapkan kepada semua pihak yang

telah terlibat dalam pelaksanaan Projek yang dipimpin oleh

YBhg. Datin Paduka Zauyah Be binti T. Loth Khan, Peguam

Cara Negara II selaku Penasihat dan Tuan Donald Joseph

Franklin, Timbalan Ketua Bahagian Penyelidikan selaku

Timbalan Penasihat.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

16. Tahun 2017 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi.

Sememangnya banyak cabaran yang kita telah lalui dan

kejayaan yang telah kita kecapi sepanjang tahun ini. Pencapaian

cemerlang KPI tahun 2016 Peguam Negara pada peratusan

98.80% dan markah prestasi 94.76% Pengurusan Kewangan

Page 11: TEKS UCAPAN - agc.gov.my · PDF fileTEKS UCAPAN YBHG. TAN SRI DATO’ SRI HAJI MOHAMED APANDI BIN ALI PEGUAM NEGARA MALAYSIA ... Ketua Bahagian Penasihat, merangkap Pengerusi

11

Indeks Akauntabiliti (AI) bagi tahun 2016 dengan pencapaian 5

bintang adalah antara bukti kesinambungan kecemerlangan

Jabatan Peguam Negara.

17. Kejayaan penganjuran majlis-majlis bertaraf antarabangsa

sepanjang tahun 2017 seperti The 17th ASEAN Senior Law

Officials Meeting (ASLOM) dan The 8th Tri AGC Event telah

mendapat pujian daripada pelbagai pihak. Pelancaran AGC ke

Arah Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) 2017

serta pelancaran Garis Panduan Penggunaan Senjata Api

(Semasa Menjalankan Tugas) 2017 juga telah menyumbang

kepada senarai kejayaan-kejayaan AGC sepanjang tahun 2017.

18. Malah, saya turut dimaklumkan bahawa pada 22

November 2017 yang lalu, Bahagian Perbicaraan dan Rayuan

pula telah berjaya memperolehi sijil penarafan ISO 9001:2015

setelah mematuhi standard akreditasi yang ditetapkan oleh

United Kingdom Accreditation Services (UKAS) dan Jabatan

Standard Malaysia (DSM).

Page 12: TEKS UCAPAN - agc.gov.my · PDF fileTEKS UCAPAN YBHG. TAN SRI DATO’ SRI HAJI MOHAMED APANDI BIN ALI PEGUAM NEGARA MALAYSIA ... Ketua Bahagian Penasihat, merangkap Pengerusi

12

19. Pencapaian-pencapaian yang membanggakan ini tidak

akan dapat dicapai tanpa komitmen yang tinggi serta semangat

kerjasama dan bersatu padu daripada semua warga AGC.

These achievements are the result of the combined effort of each

and every individual in AGC. Bagi mencerminkan kejayaan dan

pencapaian kita, saya ingin memetik kata-kata hikmah yang

berbunyi, “strength grows when we dare, unity grows when we

pair, love grows when we share and relation grows when we

care”.

20. Justeru, terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan

kepada semua warga AGC atas usaha dan tenaga yang telah

dicurahkan sepanjang tahun 2017 demi memastikan AGC kekal

unggul. Semoga semangat ini diteruskan lagi untuk menghadapi

tahun 2018 nanti.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

Page 13: TEKS UCAPAN - agc.gov.my · PDF fileTEKS UCAPAN YBHG. TAN SRI DATO’ SRI HAJI MOHAMED APANDI BIN ALI PEGUAM NEGARA MALAYSIA ... Ketua Bahagian Penasihat, merangkap Pengerusi

13

21. Dalam kita tersenyum bangga mengimbau kejayaan pada

tahun ini, janganlah kita lupa akan cabaran yang lebih mencabar

yang sedang menunggu kita pada tahun 2018 yang tidak sampai

beberapa minggu sahaja lagi.

22. Seperti tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum, tahun

2018 bakal melakar satu lagi titik penting dalam lebaran sejarah

negara iaitu Pilihanraya Umum ke-14. Justeru, di peringkat

Jabatan, saya menyeru agar semua warga AGC bersiap-siaga

bagi memastikan Jabatan Peguam Negara dapat memberi

perkhidmatan dan nasihat yang sewajarnya sepannjang tempoh

PRU 14 bagi memastikan ia berjalan dengan lancar.

23. Pada masa yang sama, saya juga ingin mengingatkan

tuan-tuan dan puan-puan sekalian sebagai warganegara

Malaysia untuk menjalankan tanggungjawab dan hak mengundi

masing-masing sebagaimana yang diperuntukkan di bawah

Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.

Page 14: TEKS UCAPAN - agc.gov.my · PDF fileTEKS UCAPAN YBHG. TAN SRI DATO’ SRI HAJI MOHAMED APANDI BIN ALI PEGUAM NEGARA MALAYSIA ... Ketua Bahagian Penasihat, merangkap Pengerusi

14

24. Saya dimaklumkan bahawa berdasarkan laporan oleh

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), masih terdapat seramai 96

orang warga AGC yang layak untuk mengundi tetapi masih

belum lagi mendaftar sebagai pemilih. Pesanan saya kepada

semua warga AGC yang belum lagi mendaftar sebagai pemilih

supaya mendaftarlah dengan segera dan janganlah dipersia-

siakan keistimewaan dan hak yang telah diberikan ini. Undi kita

akan menentukan masa depan negara dan menjadi sumbangan

terbesar kita sebagai rakyat Malaysia.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

25. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, sekali lagi saya

ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Bahagian

Penasihat atas penganjuran Perhimpunan ini dan juga kepada

Unit Integriti serta Jawatankuasa Kreativiti dan Inovasi atas

kesungguhan merangka pelbagai program pada hari ini. Tahniah

juga diucapkan kepada Jawatankuasa Projek Pembangunan

Page 15: TEKS UCAPAN - agc.gov.my · PDF fileTEKS UCAPAN YBHG. TAN SRI DATO’ SRI HAJI MOHAMED APANDI BIN ALI PEGUAM NEGARA MALAYSIA ... Ketua Bahagian Penasihat, merangkap Pengerusi

15

Pelan Strategik ICT atas komitmen yang cukup tinggi dalam

menghasilkan Pelan Strategik ICT AGC.

26. Akhir kata, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya

dengan ini melancarkan Pelan Strategik ICT (ISP) AGC 2017-

2020.

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh.