4
TEKS PENGACARA MAJLIS NYANYIAN LAGU PATRIOTIK PERINGKAT SK TEDONG TARIKH : 19 SEPTEMBER 2013 TEMPAT : DEWAN TERBUKA SEKOLAH KEBANGSAAN TEDONG BIL PENGACARA ANN CATATAN Ikha Perhatian kepada semua murid, anda diminta untuk berada dalam keadaan tenang dan bersedia kerana majlis akan dimulakan sebentar sahaja lagi. Terima kasih. Atie Dari Raub pergi ke Pontian Terus pula ke Kuala Perlis Harap semua berikan perhatian Mohon saya mulakan Majlis Irama beralun gendang dipalu, Langkah diayun berpasang-pasangan, 56 tahun telah berlalu, Malaysia megah menyambut kemerdekaan. Bismillahirahmannirrahim....Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Dihormati Tuan Haji Ismail bin Puteh, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tedong Yang Berusaha En Rahman Bin Siran, Guru Penolong Kanan Kurikulum, En Fazari Bin Ali, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En Daud Bin Ahmad, Guru Penolong Kanan Kokurikulum Barisan guru berdedikasi Sekolah Kebangsaan Tedong, Staf-staf sokongan, Dan murid-murid yang dikasihi sekalian Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat ilahi,kerana di atas limpah kurnia Nya dapat kita sama-sama berkumpul bagi memeriahkan Majlis Nyanyian Lagu-Lagu Patriotik Peringkat Sekolah Kebangsaan Tedong. Ikha Sebelum tirai persembahan dibuka, izinkan saya memperkenalkan barisan hakim yang akan mengadili majlis nyanyian lagu patriotik kita pada hari ini. Yang pertama Tn Haji Abdul Raof bin Abbas selaku ketua hakim. Kedua En Fazari Bin Ali, ketiga En Rahman Bin Siran dan yang terakhir Encik Daud Bin Ahmad. Ikha Majlis Nyanyian Lagu Patriotik Peringkat

TEKS PENGACARA MAJLIS NYANYIAN LAGU PATRIOTIK.docx

Embed Size (px)

DESCRIPTION

master of ceremony

Citation preview

Page 1: TEKS PENGACARA MAJLIS NYANYIAN LAGU PATRIOTIK.docx

TEKS PENGACARAMAJLIS NYANYIAN LAGU PATRIOTIK PERINGKAT SK TEDONG

TARIKH : 19 SEPTEMBER 2013TEMPAT : DEWAN TERBUKA SEKOLAH KEBANGSAAN TEDONG

BIL PENGACARA ANN CATATAN

Ikha Perhatian kepada semua murid, anda diminta untuk berada dalam keadaan tenang dan bersedia kerana majlis akan dimulakan sebentar sahaja lagi. Terima kasih.

Atie Dari Raub pergi ke PontianTerus pula ke Kuala PerlisHarap semua berikan perhatianMohon saya mulakan Majlis

Irama beralun gendang dipalu,Langkah diayun berpasang-pasangan,56 tahun telah berlalu,Malaysia megah menyambut kemerdekaan.

Bismillahirahmannirrahim....Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.

Yang Dihormati Tuan Haji Ismail bin Puteh, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tedong

Yang Berusaha En Rahman Bin Siran, Guru Penolong Kanan Kurikulum, En Fazari Bin Ali, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En Daud Bin Ahmad, Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Barisan guru berdedikasi Sekolah Kebangsaan Tedong, Staf-staf sokongan,Dan murid-murid yang dikasihi sekalian

Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat ilahi,kerana di atas limpah kurnia Nya dapat kita sama-sama berkumpul bagi memeriahkan Majlis Nyanyian Lagu-Lagu Patriotik Peringkat Sekolah Kebangsaan Tedong.

Ikha Sebelum tirai persembahan dibuka, izinkan saya memperkenalkan barisan hakim yang akan mengadili majlis nyanyian lagu patriotik kita pada hari ini. Yang pertama Tn Haji Abdul Raof bin Abbas selaku ketua hakim. Kedua En Fazari Bin Ali,

Page 2: TEKS PENGACARA MAJLIS NYANYIAN LAGU PATRIOTIK.docx

ketiga En Rahman Bin Siran dan yang terakhir Encik Daud Bin Ahmad.

Ikha

Ikha

Atie

Atie

Ikha

Ikha

Atie

Atie

ikha

Majlis Nyanyian Lagu Patriotik Peringkat Sekolah Kebangsaan Tedong dimulakan dengan menjemput peserta pertama yang terdiri daripada kanak-kanak cilik Prasekolah dengan pilihan lagu bertajuk Keranamu Malaysia. Dipersilakan.

Majlis diteruskan dengan menjemput murid-murid dari Tahun 1 Bestari yang akan mendendangkan lagu bertajuk Nyalakan Tekad. Dipersilakan.

Peserta seterusnya yang akan mengambil tempat di atas pentas bakal menyampaikan sebuah lagu ciptaan asal Allyarham Sudirman Hj Arshad. Oleh itu, dijemput murid-murid tahun 1 Bestari dengan lagu 31 Ogos.

Kehangatan majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan mempersilakan murid-murid dari tahun 2 Bestari yang akan mempertaruhkan lagu bertajuk Keranamu Malaysia. Dipersilakan.

Peserta seterusnya telah memilih untuk mendendangkan lagu berjudul Jalur Gemilang. Untuk maksud itu dipersilakan murid-murid dari Tahun 2 Bijak ke pentas pertandingan. Dipersilakan.

Kini tibalah giliran peserta dari tahun 3 Bestari untuk bersedia di atas pentas bagi menyampaikan lagu bertajuk Warisan. Dipersilakan.

Kemeriahan majlis kita pada pagi yang berbahagia ini diteruskan dengan menjemput murid-murid tahun 4 Bestari yang bakal mempersembahkan lagu pilihan mereka bertajuk Prajurit Tanah Air. Dipersilakan.

Peserta seterusnya telah memilih untuk menyampaikan sebuah lagu yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Dengan itu dipersilakan murid-murid tahun 4 Bijak dengan lagu berjudul Warisan.

Peserta seterusnya yang bakal menghangatkan lagi pentas pertandingan kita pada hari ini telah memilih untuk menyampaikan medley Standing In The Eyes of The World dan Nyalakan Tekad. Oleh itu, dipersilakan murid-murid tahun 5 Bestari untuk bersedia di atas pentas.

Page 3: TEKS PENGACARA MAJLIS NYANYIAN LAGU PATRIOTIK.docx

Ikha

Atie

Atie

Atie

Tanpa melengahkan masa, dijemput pula murid-murid tahun 5 Bijak yang akan mempersembahkan lagu pilihan mereka bertajuk Warisan. Dipersilakan.

Setelah sekian lama bersedia, kini tibalah giliran murid-murid lelaki tahun 6 Sekolah Kebangsaan Tedong untuk mencuba nasib di atas pentas pertandingan dengan mempertaruhkan lagu pilihan mereka yang bertajuk Malaysia Baru. Dipersilakan.

Peserta terakhir kita pada hari ini telah memilih untuk menyampaikan lagu bertajuk Setangkai Mawar. Oleh itu, dipersilakan barisan puteri tahun 6 Sekolah Kebangsaan Tedong ke pentas pertandingan.

Dengan berakhirnya persembahan itu tadi, maka tamatlah sudah pertandingan nyanyian Lagu Patriotik Peringkat Sekolah Kebangsaan Tedong. Acara pada hari ini diteruskan lagi dengan Majlis Perasmian Penutup Bulan Kemerdekaan. Oleh itu, hadirin diminta bersedia.

Ikha Sebelum tersasar tujuan bersua,

Sebelum lidah tersasul bahasa,Mari berdoa kepada yang Esa,Mohon restu yang Maha Kuasa.

Untuk memberkati majlis pada hari ini, dijemput Tuan Hji Saiful Bahari Bin M. Sulaieman untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Setelah selesai bacaan doa...........

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

Ikha Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Tuan Haji Ismail Bin Puteh, guru besar Sekolah Kebangsaan Tedong untuk menyampaikan ucapan Perasmian Penutupan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah Kebangsaan Tedong Tahun 2013. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Hadirin sekalian, kini tibalah kita ke upacara gimik penutupan Bulan Kemerdekaan. Warga Sk Tedong telah sepakat memilih ubi kayu sebagai simbol dan tema Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah pada tahun. Pemilihan ini dilakukan bertujuan untuk memperkenalkan makanan nenek

Page 4: TEKS PENGACARA MAJLIS NYANYIAN LAGU PATRIOTIK.docx

moyang kita semasa zaman penjajahan suatu ketika dahulu.

Oleh itu, dijemput Tuan Guru Besar untuk menyempurnakan upacara gimik penyerahan pokok ubi kayu.

Atie Keputusan pertandingan telah pun berada di tangan saya. Kita mulakan acara penyampaian hadiah sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan ini dengan keputusan pertandingan yang pertama iaitu pertandingan mewarna poster bagi Tahap 1 dan Tahap 2. Oleh itu dijemput Encik Daud Bin Ahmad, guru penolong Kanan Kokurikulum untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang

Senarai pemenang.......... Ikha Seterusnya dijemput Encik Fazari Bin Ali, Guru

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan kolaj Tahun 6 .

Atie Acara penyampaian hadiah diteruskan lagi dengan menjemput En Rahman Bin Siran, Guru penolong Kanan Kurikulum untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan Kuiz Sejarah Kemerdekaan dan Pertandingan Kuiz Silang Kata bagi murid tahun 6.

Ikha Kini kita telah sampai ke kemuncak acara kita pada hari ini. Untuk itu, dijemput, Tuan Guru Besar, Tuan Haji Ismail Bin Puteh bagi menyempurnakan acara penyampaian hadiah nyanyian lagu patriotik peringkat sekolah kebangsaan tedong.

Senarai pemenangAtie Hadirin sekalian, dengan berakhirnya upacara itu tadi,

maka sempurnalah sudah Majlis Perasmian Penutupan Bulan Kemerdekaan Tahun 2013 Peringkat sekolah Kebangsaan Tedong.

Songket biru tampak berseri,Tenunan indah buat arjuna,Tersilap bicara harap maafi,Ketemu lagi, di lain acara

Sekian, saya akhiri majlis dengan lafaz suci....................................................