5
TEKS PENGACARA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2014 Mengumumkan ketibaan, Yang Berbahagia, Encik Azman bin Wahid, YDP PIBG SK Ampang, diiringi oleh Puan Rosmimah bt Embi, Guru Besar SK Ampang. Nyanyian lagu Negaraku & lagu Negeri Selangor. Hadirin diminta berdiri. Ucapan Pengacara Majlis Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.. Melayang serindit di atas permatang, Merbah berkicau di hujung muara, Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara. Yang berbahagia, Encik Azman bin Wahid, YDP PIBG SK Ampang Yang berusaha, Puan Rosmimah bt EMbi, Guru Besar SK Ampang Barisan Guru Penolong Kanan, Barisan AJK PIBG IbuBapa, Guru-guru pendidik bangsa, Para Ibubapa berhati mulia, Anak-anak cemerlang pewaris bangsa, Seterusnya hadirin hadirat warga dewan sekalian. Selamat datang ke acara Hari Anugerah Kecemerlangan SK Ampang 2014. Semoga dengan kehadiran tuan puan ke majlis ini, akan memeriahkan lagi susasana Hari Anugerah kita pada tahun ini. Bacaan doa Hadirin hadirat sekalian, sebelum tirai dibuka, sebelum majlis ini bermula, moleklah kiranya, kita menadah tangan bersama-sama untuk memohon limpah rahmat dan barakah agar majlis kita pada hari ini diberkati Ilahi. Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput al-Fadhil Ustaz Mohd Marzuki bin Mat Jusoh untuk memimpin bacaan doa. Amin ya rabbal ‘alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz di atas pimpinan doa itu

Teks Pengacara Hari Anugerah Kecemerlangan 2014

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Untuk hari anugerah kecemerlangan pada setiap hujung tahun

Citation preview

TEKS PENGACARA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2014Mengumumkan ketibaan, Yang Berbahagia, Encik Azman bin Wahid, YDP PIBG SK Ampang, diiringi oleh Puan Rosmimah bt Embi, Guru Besar SK Ampang.

Nyanyian lagu Negaraku & lagu Negeri Selangor. Hadirin diminta berdiri.

Ucapan

Pengacara Majlis

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera..

Melayang serindit di atas permatang,

Merbah berkicau di hujung muara,

Pemanis kata selamat datang,

Awal Bismillah pembuka bicara.

Yang berbahagia, Encik Azman bin Wahid, YDP PIBG SK Ampang

Yang berusaha, Puan Rosmimah bt EMbi, Guru Besar SK Ampang

Barisan Guru Penolong Kanan,

Barisan AJK PIBG IbuBapa,

Guru-guru pendidik bangsa,

Para Ibubapa berhati mulia,Anak-anak cemerlang pewaris bangsa,

Seterusnya hadirin hadirat warga dewan sekalian.

Selamat datang ke acara Hari Anugerah Kecemerlangan SK Ampang 2014. Semoga dengan kehadiran tuan puan ke majlis ini, akan memeriahkan lagi susasana Hari Anugerah kita pada tahun ini.

Bacaan doa

Hadirin hadirat sekalian, sebelum tirai dibuka, sebelum majlis ini bermula, moleklah kiranya, kita menadah tangan bersama-sama untuk memohon limpah rahmat dan barakah agar majlis kita pada hari ini diberkati Ilahi. Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput al-Fadhil Ustaz Mohd Marzuki bin Mat Jusoh untuk memimpin bacaan doa.

Amin ya rabbal alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz di atas pimpinan doa itu tadi.

Ucapan Guru BesarTak molek, jika ada alu tiada lesungnya

Tak berguna, jika ada dayung tiada perahunya

Tak lengkaplah majlis, jika tiada yang berbicara.

Sebagai pembuka tirai ucapan pada hari ini, marilah kita sama-sama mendengar ucapan alu-aluan daripada Puan Rosmimah bt Embi, Guru Besar SK Ampang. Dengan segala hormatnya, dipersilakan puan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas ucapan alu-aluan itu tadi.

Ucapan YDP PIBGSidang hadirin sekalian, majlis kini diteruskan lagi dengan ucapan perasmian oleh YDP PIBG SK Ampang. Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan En. Azman bin Wahid, selaku YDP PIBG untuk menyampaikan ucapan beliau, seterusnya merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan 2014.

Begitulah tadi ucapan perasmian oleh YDP PIBG SK Ampang. Seterusnya, majlis menjemput En. Azman dan diiringi para pentadbir untuk memalu gong sebanyak 3 kali, sebagai tanda simbolik perasmian majlis kita pada hari ini.Majlis sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih.

Penyampaian hadiah tahun 1&2Warga dewan sekalian, kita akan mulakan upacara penyampaian hadiah kecemerlangan kepada murid-murid tahun satu dan dua terlebih dahulu. Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En. Abd Ghafar bin Abbas GPK Koko SKA dan. diiringi oleh Puan Sarimah bt Hj Isa. Dipersilakan.

~baca senarai nama murid tahun 1&2

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Abd Gafar kerana sudi menyampaikan hadiah.

*Mohon kerjasama daripada ibubapa murid-murid tahun 1 & 2 untuk tunggu di dewan sehingga tamat majlis untuk sama-sama meraikan kejayaan anak-anak murid yang lain di samping terdapat pelbagai persembahan menarik selepas ini.

Penyampaian hadiah tahun 3&4seterusnya, kita akan ke acara penyampaian hadiah kecemerlangan kepada murid-murid tahun tiga dan empat terlebih dahulu. Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan Hasnah bt Ahmad Awang GPK HEM SKA dan diiringi oleh Puan Sarimah bt Hj Isa. Dipersilakan.

~baca senarai nama murid tahun 3&4

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Hasnah GPK (HEM) kerana sudi menyampaikan hadiah.

Persembahan pertamaHadirin sekalian, marilah kita redakan sedikit debaran para penerima anugerah dengan sama-sama menyaksikan persembahan action song daripada murid-murid tahun tiga. Dipersilakan..

Demikianlah tadi persembahan action song yang cukup menghiburkan. Untuk makluman semua hadirin, pasukan action song SKA ini telah mendapat johan peringkat zon Ampang dan mendapat tempat ketiga di daerah Hulu Langat pada tahun ini. Tahniah dan syabas kita ucapkan.

Penyampaian hadiah tahun 5 & 6

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, acara penyampaian hadiah kecemerlangan untuk pelajar-pelajar tahun 5&6 akan diteruskan kini. Dengan ini, majlis menjemput Puan Rosmimah bt Embi, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ampang diiringi oleh Puan Junaidah bt Mohd Nor untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan~baca senarai nama penerima hadiah tahun 5&6

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Rosmimah bt Embi.

Persembahan kedua

Burung nuri di balik dahan,

Di Gunung Daik bersarang telani,

Majlis diseri pelbagai persembahan,

Gabungan bakat putra dan putri.

Kini, marilah kita sama-sama saksikan persembahan koir daripada pasukan koir sekolah. Mereka akan menyampaikan dua buah lagu yang bertajuk Guruku Sayang dan juga Bunga Raya.Begitulah tadi persembahan yang cukup menghiburkan daripada pasukan koir sekolah. Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Penyampaian hadiah tokoh2Warga dewan sekalian, kita sudah tiba ke kemuncak acara iaitu penyampaian hadiah kecemerlangan kepada tokoh-tokoh murid dalam pelbagai kategori. Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan segala hormatnya menjemput YDP PIBG SK Ampang, En. Azman bin Wahid, diiringi oleh Puan Rosmimah bt Embi, Guru Besar SK Ampang untuk naik ke pentas bagi menyampaikan hadiah.

Kita mulakan dengan tokoh nilam tahap 1 lelaki.

Tokoh nilam tahap 1 perempuan.

Tokoh nilam tahap 2 lelaki

Tokoh nilam tahap 2 perempuan

Tokoh koko lelaki } baca profil

Tokoh koko perempuan } baca profil

Tokoh akademik lelaki } baca profil

Tokoh akademik perempuan } baca profil

Tokoh putera SKA } baca profil

Tokoh puteri SKA } baca profil

Terima kasih diucapkan kepada En. Azman kerana sudi menyampaikan hadiah kepada tokoh-tokoh SK Ampang pada tahun ini.

BersuraiSidang hadirin sekalian, dengan penyampaian hadiah kepada tokoh-tokoh SKA itu tadi, maka majlis kita sudah sampai ke penghujung acara. Pihak majlis ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah hari ini dan semoga anugerah yang diterima menjadi pemangkin kepada anda untuk berusaha lebih gigih pada masa hadapan.

Pada kesempatan ini juga, kami ingin memohon kemaafan sekiranya terdapat sebarang kelemahan sepanjang kami mengendalikan majlis pada hari ini.

Kami juga sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada para ibu bapa yang hadir dan terus kekal berada di dewan ini hingga ke akhir rancangan.

Sekalung penghargaan juga kepada PIBG dan juga semua pihak yang sudi memberikan sumbangan dan tidak lupa kepada barisan AJK yang bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran Hari Anugerah Kecemerlangan pada tahun ini.

Persembahan penutup

Gugur menguning buah kuini

Menghijau pohon subur dibaja

Majlis kita berakhir di sini

Salah dan silap lupakan saja

Sebarang kelemahan harap dimaafi

Segala kerjasama sangat dihargaiTerima kasih sekalung budi

Kenangan yang indah terpahat di hati

Semoga kita berjumpa lagi

Sebagai penutup acara pada hari ini, marilah kita saksikan bersama persembahan melodian daripada pasukan melodian dan pancaragam sekolah. Dipersilakan.

Sekian wabillahi taufik wal hidayah

Assalamualaikum w.b.t

Sehingga kita berjumpa lagi