7
TEKS PENGACARA HARI ANUGERAH CEMERLANG SMK SINAR BINTANG TAHUN 2010 1. Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha, En Angus Ng Yang Di Pertua PIBG SMK Sinar Bintang, diiringi oleh Pn Sumarni Binti Junin, Pengetua SMK Sinar Bintang Hadirin diminta berdiri. Syair…. Indah berseri bagaikan bulan, Tersusun, terkarang laksana intan, Sinar Bintang menyerlah menawan, Semoga cemerlang sepanjang ingatan Majlis Mohon dimulakan… 2. Kata-kata Aluan Yang Berusaha En En Angus Ng Yang Di Pertua PIBG SMK Sinar Bintang, Yang Berusaha, Pn Sumarni Binti Junin Pengetua SMK Sinar Bintang, En Philip Yam, Naib Yang DiPertua PIBG SMK Sinar Bintang,

TEKS PENGACARA HARI ANUGERAH CEMERLANG 2011

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TEKS PENGACARA HARI ANUGERAH CEMERLANG 2011

TEKS PENGACARA HARI ANUGERAH CEMERLANG

SMK SINAR BINTANG TAHUN 2010

1. Ketibaan VIP

Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha, En Angus Ng Yang Di

Pertua PIBG SMK Sinar Bintang, diiringi oleh Pn Sumarni Binti

Junin, Pengetua SMK Sinar Bintang Hadirin diminta berdiri.

Syair….

Indah berseri bagaikan bulan,

Tersusun, terkarang laksana intan,

Sinar Bintang menyerlah menawan,

Semoga cemerlang sepanjang ingatan

Majlis Mohon dimulakan…

2. Kata-kata Aluan

Yang Berusaha En En Angus Ng Yang Di Pertua PIBG SMK Sinar

Bintang, Yang Berusaha, Pn Sumarni Binti Junin Pengetua SMK Sinar

Bintang,

En Philip Yam, Naib Yang DiPertua PIBG SMK Sinar Bintang,

Yang DiHormati Puan Noraizan Binti Mohamed , Penolong Kanan Tadbir

dan kurikulum, ,Puan Pauline Koh Choi Lan Penolong Kanan Hal Ehwal

Murid,

Puan Puziah binti Ahmad,, Penolong Kanan Ko Kurikulum, Puan Tay

Moh Nah,Penolong Kanan Petang, Guru-guru Kanan, para AJK PIBG,

Page 2: TEKS PENGACARA HARI ANUGERAH CEMERLANG 2011

ibubapa, guru-guru, dan seterusnya pelajar-pelajar, sidang hadirin dan

hadirat yang dihormati sekalian.

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA SERTA

SALAM SATU MALAYSIA.

Ibarat Bintang, si bunga kekwa Susun bersama tiara di dulangSelamat datang kepada semuaSempena majlis Anugerah Cemerlang

Terlebih dahulu pihak majlis mengucapkan Selamat Datang ke Majlis

Anugerah Cemerlang SMKSB tahun 2010. Pihak Majlis juga ingin

merakamkan setinggi penghargaan ribuan terima kasih kepada semua

pihak yang sudi meluangkan masa bagi menghadiri majlis pada pagi

ini. Majlis Anugerah Cemerlang diadakan bertujuan memberi

penghargaan dan pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang

dalam akademik, samaada dalam peperiksaan dalaman mahupun

peperiksaan yang lebih besar seperti SPM dan PMR. Diharapkan

dengan adanya majlis seperti ini, pelejar-pelajar lebih bersemangat

untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka kerana

sesungguhnya .

3. Bacaan Doa

Hadirin dan hadirat sekalian,

Untuk memulakan majlis dan sebagai Tanda kesyukuran yang tidak

terhingga kerana diberi kesempatan kepada kita untuk menjayakan

Page 3: TEKS PENGACARA HARI ANUGERAH CEMERLANG 2011

Majlis Anugerah Cemerlang ini, dijemput dengan segala hormatnya

USTAZ AHMAD SHARIFUDDIN untuk membacakan doa. Dipersilakan.

BACAAN DOA

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Ustaz Ahmad

Sharifuddin di atas bacaan doa sebentar tadi.

4. Ucapan Alu-aluan Pengetua

Majlis seterusnya menjemput Yang Berusaha , Pn Sumarni Binti

Junin, Pengetua SMK Sinar Bintang, untuk menyampaikan ucapan alu-

aluan sempena majlis Anugerah Cemerlang untuk tahun 2010.

Dipersilakan.

UCAPAN ALUAN PENGETUA

Majlis merakamkan ribuan Terima kasih kepada Pn. Pengetua kerana

sudi menyampaikan ucapan alu-aluan tadi.

5. Ucapan Perasmian

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha En

Angus Ng Yang Di Pertua PIBG SMK Sinar Bintang untuk

menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah

Cemerlang SMK Sinar Bintang, untuk tahun 2011. dipersilakan.

UCAPAN PERASMI

Dengan bergemanya paluan GONG sebanyak 3 kali sebentar tadi, yang

telah disempurnakan oleh,Yang Berusaha En Angus Ng Yang Di Pertua

Page 4: TEKS PENGACARA HARI ANUGERAH CEMERLANG 2011

PIBG SMK Sinar Bintang, bermakna rasmilah sudah majlis Anugerah

Cemerlang SMK Sinar Bintang tahun 2010

JUTAAN terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha En Angus Ng

Yang Di Pertua PIBG SMK Sinar Bintang kerana sudi menyampaikan

ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis kita pada pagi ini.

5. Penyampaian hadiah dan sijil

Hadirin yang dimuliakan,

Majlis kita pada pagi ini akan diteruskan dengan acara

penyampaian hadiah, Sijil dan cenderamata kepada para pelajar

yang cemerlang dalam bidang akademik.

- SILA RUJUK SENARAI PENERIMA ANUGERAH

Persembahan 1.

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada para pelajar yang mendapat

keputusan cemerlang dalam peperiksaan dan menerima anugerah

cemerlang sebentar tadi. Diharapkan para pelajar akan lebih

bersemangat untuk menuntut ilmu dan mencapai kejayaan yang

diimpikan.

Page 5: TEKS PENGACARA HARI ANUGERAH CEMERLANG 2011

6. Persembahan pelajar 2

Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis Anugerah Cemerlang akan diserikan dengan beberapa

persembahan daripada para pelajar SMK Sinar Bintang.

- KOIR dibawah pimpinan Cik Norhapipah, guru Muzik SMK Sinar

Bintang.

TQ.

- CHORAL SPEAKING di bawah pimpinan beberapa orang Guru

Bahasa Inggeris yang diketuai oleh Pn Rita.

TQ.

7. Bersurai

Dengan Berakhirnya Persembahan Itu Tadi, Maka Berakhirlah Majlis

Anugerah Cemerlang SMK Sinar Bintang Pada Hari Ini. Diharapkan

Para Pelajar Akan Berusaha Dengan Lebih Giat Lagi Kearah

Kecemerlangan SMK Sinar Bintang.

Sebelum Bersurai, Pihak Majlis Menjemput Semua VIP Ke Billik ERT

Untuk Jamuan Ringan.

Page 6: TEKS PENGACARA HARI ANUGERAH CEMERLANG 2011