Upload
mamaniya
View
298
Download
9
Embed Size (px)
DESCRIPTION
langkah-demi langkah bimbingan pagi para pelajar memahami teknik berkesan rumusan
Citation preview
Teknik Menghasilkan Rumusan
Berkesan (Petikan dan Rencana)OLEH : Cikgu Rosniyati
pendahuluan
Contoh 2Contoh 3
Contoh 5
Contoh 4
Contoh 1
Latihan Pendahuluan
1. Tulis dan ubah perkataan daripada kata kunci soalan pertama sahaja. (tidak boleh ada perkataan ‘dan’ dalam pengenalan)
2. Mengubah maksud perkataan kunci kata pertama soalan:
* faktor = punca = sebab = penyebab = perkara yang mempengaruhi
* langkah = cara = usaha = strategi = inisiatif = kaedah = tindakan * kesan = implikasi = akibat = kebaikan = keburukan = kesan positif = kesan negatif * ciri = sifat = kriteria* fenomena = keadaan =situasi* masalah = halangan = cabaran = kekangan* sumbangan = bakti = jasa
Contoh 1:1. Buat satu rumusan
tentang langkah-langkah mengatasi hakisan tanah dan faedahnya kepada
masyarakat
Pengenalan rumusan 1 :
Petikan membincangkan cara-cara mengatasi hakisan tanah di Malaysia
Contoh 2Buat satu rumusan tentang faktor yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di
kawasan bandar dan implikasinya kepada
pembangunan di kawasan bandar tersebut.
Pengenalan rumusan 2
Petikan membincangkan punca-punca yang
menyebabkan berlakunya banjir kilat di
kawasan bandar.
Contoh 3Buat satu rumusan tentang
ciri-ciri yang terdapat di dalam diri seorang pelajar
cemerlang dan langkah melahirkan pelajar cemerlang. Panjang
rumusan hendaklah tidak lebih 120 patah perkataan.
Pengenalan rumusan 3
Petikan membincangkan sifat-sifat yang terdapat di dalam diri
seorang pelajar cemerlang
Contoh 4Baca petikan di bawah dan buat satu rumusan tentang kepentingan sektor
pertanian kepada negara kita dan langkah untuk memajukan sektor
pertanian negara. Panjang karangan mestilah tidak melebihi 120 patah
perkataan.
Pengenalan rumusan 4
Petikan membincangkan faedah sektor pertanian
kepada negara kita
Contoh 5Buat satu rumusan tentang keburukan makanan ringan
kepada kanak-kanak dan cara-cara untuk
mencegahnya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan
Pengenalan Rumusan 5
Petikan membincangkan kesan negatif makanan
ringan kepada kanak-kanak di Malaysia.
Isi Tersurat
Contoh 2
Contoh 3
Contoh 4
Contoh 1
Isi jawapan berdasarkan kunci kata soalan yang pertama.
(gunakan kunci kata dalam soalan. Jangan ubah)
Isi hanya yang terdapat dalam petikan
sahaja.
Beri maksimum 6 isi. (Jumlah isi tersurat dan tersirat ialah 8 isi)
Jika kurang isi tersurat, jangan panik. Tambah isi tersirat anda.
Jika jumlah perkataan masih kurang 120 perkataan, anda digalakkan tambah isi tersurat.
Pastikan maksimum 2 isi dalam satu ayat. SEBAIK-BAIKNYA 1 isi dalam I ayat. Gunakan penanda wacana untuk menggabungkan setiap ayat.
JANGAN gunakan perkataan ‘harus/ patut/ mesti/ wajib/ hendaklah/ wajarlah’ dan lain-lain yang
berbentuk cadangan. (Tiada markah diberi jika perkataan ini digunakan)
Salah : Langkah mengatasinya ialah kerajaan harus menguatkuasakankan undang-undang.
Sepatutnya : Langkah mengatasinya ialah kerajaan menguatkuasakan undang-undang.
Salah : Selain itu, kerajaan harus mengenakan denda yang tinggi kepada pesalah trafik.
Sepatutnya : Selain itu kerajaan mengenakan denda yang tinggi kepada pesalah trafik.
Contoh Rumusan 1(menulis isi tersurat dari petikan)
Soalan : Buat satu rumusan tentang faktor kemalangan jalan raya dan langkah mengatasinya.
Petikan : "Kemalangan jalan raya kerap berlaku di lebuh raya. Hal ini telah banyak menyebabkan kehilangan nyawa dan kerugian harta benda. Kejadian seperti ini perlu dibendung dan sikap orang ramai menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba-lumba harus disekat. "
Contoh Rumusan 1(menulis isi tersurat dari petikan)
Isi tersurat :
Faktor yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap orang ramai menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba-lumba.
Contoh Rumusan 2(menulis isi tersurat dari petikan)
Soalan : Buat satu rumusan tentang kesan-kesan kemajuan teknologi kepada negara dan masalah yang dihadapi.
Petikan :Banyak kemajuan tercapai apabila manusia memperkenalkan sains dan teknologi. Pelbagai jenis ciptaan turut dihasilkan sehingga menyebabkan tugas yang dilaksanakan oleh orang ramai menjadi lebih mudah."
Contoh Rumusan 2(menulis isi tersurat dari petikan)
Isi tersurat :
Selain itu, kesan kemajuan teknologi kepada negara ialah tugas yang dijalankan oleh orang ramai menjadi lebih mudah.
Contoh Rumusan 3(menulis isi tersurat dari petikan)
Soalan : Buat satu rumusan tentang ciri-ciri tanaman kontan di negara kita dan kepentingannya
Petikan : "Antara tanaman kontan tersebut termasuklah getah dan kelapa sawit. Tanaman ini banyak ditanam di sini kerana tanah lateritnya yang subur. Hasil tanaman ini adalah digunakan untuk jualan yang memberi keuntungan kepada negara."
Contoh Rumusan 3(menulis isi tersurat dari petikan)
Isi tersurat :
Ciri-ciri pertanian kontan yang lain termasuklah digunakan sebagai jualan bagi memberi keuntungan kepada negara.
Contoh Rumusan 4(menulis isi tersurat dari petikan)
Soalan : Buat satu rumusan tentang kesan negatif kafe siber dalam kalangan remaja dan langkah mengatasinya.
Petikan : "Umum mengetahui perkembangan kafe siber begitu pesat sehingga seperti cendawan tumbuh. Banyak pihak berpendapat bahawa perkembangan ini amat wajar bagi meningkatkan kemajuan IT dalam kalangan penduduk. Namun segelintir kecil menentangnya dengan alasan bahawa tempat ini akan menjadi tempat berkembangnya gejala sosial dalam kalangan remaja. "
Contoh Rumusan 4(menulis isi tersurat dari petikan)
Isi tersurat :
- Seterusnya, kafe siber akan menjadi tempat berkembangnya masalah sosial dalam kalangan masyarakat.
Isi Tersirat
Contoh 2
Contoh 3
Contoh 4
Contoh 1
Berdasarkan kunci kata soalan yang kedua.
Isi bahagian ini perlu anda fikir sendiri dan bukan diambil dari petikan juga.
Jika isi tersirat yang anda fikirkan sudah ada dalam petikan juga, jangan ambil sebagai isi anda.
Penggunaan ayat dan penanda wacana adalah sama dengan isi tersurat.
Jumlah minimum ialah 2 isi tetapi jika isi tersurat kurang, bahagian isi ini perlu ditambah.
JANGAN gunakan perkataan ‘harus/ patut/ mesti/ wajib/ hendaklah/ wajarlah’ dan lain-lain yang berbentuk cadangan.
(Tiada markah diberi jika perkataan ini digunakan)
Contoh Rumusan 1(menulis isi tersirat dari petikan)
Soalan : Buat satu rumusan tentang kesan-kesan kemajuan teknologi kepada negara dan masalah yang dihadapi.
Contoh Rumusan 1(menulis isi tersirat dari petikan)
Isi tersirat :
- Masalah yang dihadapi dalam menyebarkan kemajuan teknologi ialah kekurangan pakar yang mampu memberi perkhidmatan dalam bidang ini kerana masih baru di negara kita.
Contoh Rumusan 2(menulis isi tersirat dari petikan)
Soalan : Buat satu rumusan tentang kepentingan sektor pertanian kepada negara kita dan langkah untuk memajukannya
Contoh Rumusan 2(menulis isi tersirat dari petikan)
Isi tersirat :
- Masalah yang dihadapi dalam menyebarkan kemajuan teknologi ialah kekurangan pakar yang mampu memberi perkhidmatan dalam bidang ini kerana masih baru di negara kita.
Contoh Rumusan 3(menulis isi tersirat dari petikan)
Soalan : Buat satu rumusan tentang faktor kemalangan jalan raya dan langkah mengatasinya.
Contoh Rumusan 3(menulis isi tersirat dari petikan)
Isi tersirat :
- Langkah mengatasi kemalangan termasuklah memperketat undang-undang jalan raya kepada pemandu yang menyalahi peraturan di jalan raya.
Contoh Rumusan 4(menulis isi tersirat dari petikan)
Soalan : Buat satu rumusan tentang keburukan makanan ringan kepada kanak-kanak dan cara-cara untuk mencegahnya.
Contoh Rumusan 4(menulis isi tersirat dari petikan)
Isi tersirat :
- Seterusnya,ibu bapa memberikan didikan tentang pemakanan yang seimbang kepada anak-anak.
penutup
Contoh 2
Contoh 3
Contoh 4
Contoh 1
3 aspek perlu ditulis iaitu:
i. siapa bertindak ii. apa tindakan
iii. tujuan tindakan
Ayat mesti mengandungi perkataan berikut:
i. Kesimpulannya / Oleh itu / Justeru / Maka / Jadi
ii. harus / patutlah / mestilah / wajarlah / harus / patut
iii. supaya / agar
Ayat seharusnya berbunyi begini :
Contoh 1 :
Kesimpulannya, (siapa bertindak) harus (apa tindakan) agar (tujuan
tindakan).
Contoh 2 :
Oleh itu, (siapa bertindak) harus (apa tindakan) agar (tujuan
tindakan).
Contoh penutup 1
Soalan : Buat satu rumusan tentang faktor penyalahgunaan dadah dan langkah membanterasnya
Ulasan rumusan: Kesimpulannya, kerajaan dan masyarakat harus berganding bahu agar masalah penyalahgunaan dadah dapat diatasi.
Contoh penutup 2
Soalan Buat rumusan tentang ciri makanan seimbang dan kebaikan makanan tersebut.
Ulasan rumusan:
Kesimpulannya, ibu bapa harus mendidik anak-anak mereka agar bijak memilih makanan yang seimbang.
Contoh penutup 3
Soalan : Buat satu rumusan tentang inisiatif untuk menggalakkan pelajar membaca dan masalah yang dihadapi.
Ulasan rumusan:
Kesimpulannya, para pelajar patut bijak memilih buku yang dibaca agar mendapat pengetahuan yang berfaedah
Contoh penutup 4
Soalan : Buat satu rumusan tentang faedah penggunaan Bahasa Inggeris dalam sains dan matematik serta permasalahannya.
Ulasan rumusan:
Kesimpulannya, para pelajar haruslah menggunakan bahasa Inggeris dalam pembelajaran mata pelajaran tersebut agar mutu bahasa Inggeris mereka dapat dipertingkatkan.
Contoh penulisan rumusan yang baik
Rumusan yang tidak
baik
Rumusan yang baik
Contoh Rumusan yang baik (1)
Rumusan Berkaitan
faktor banjir kilat
1.-Faktor yang menyebabkan banjir kilat ialah keadaan longkang yang tersumbat.
2.Selain itu, faktor kurangnya kadar serapan air di kawasan bandar.
3.Selanjutnya, hujan lebat yang berterusan juga turut menjadi faktor fenomena
tersebut. .
4.Selanjutnya, kurangnya sistem perangkap sampah di kawasan sungai berhampiran.
5.Kekurangan tumbuhan di bandar juga menyebabkan banjir kilat terjadi.
6.Hakisan tanah yang dihasilkan oleh pembinaan di bandar turut menyebabkan
banjir kilat.
Cara menulis Rumusan yang tidak baik (2)
1. Faktor pertama yang menyebabkan banjir kilat ialah keadaan longkang yang sempit.
2. Faktor kedua ialah kurangnya kadar serapan di kawasan bandar.
3. Faktor ketiga ialah hujan lebat yang berterusan di bandar.
4. Faktor keempat ialah kekurangan tumbuhan di bandar.
5. Faktor terakhir ialah hakisan tanah dari kawasan pembinaan.
(akan ditolak 1 markah bahasa)
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha pengurusan hutan di
negara kita dan kepentingan mengekalkan hutan. Panjang
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kelebihan-kelebihan penggunaan
teknologi insenarator untuk melupuskan sampah dan masalah-
masalahnya. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha pengurusan hutan di negara kita dan kepentingan mengekalkan hutan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Isu pembalakan haram bukanlah masalah baru yang membelenggu Malaysia. Sekiranya pembalakan ini berterusan sehingga lima tahun yang akan datang, bermakna jumlah pokok yang ditebang akan berlipat ganda. Oleh sebab itu, kegiatan pembalakan perlu dikawal agar tidak memusnahkan alam sekitar.
Keadaan ini lebih serius apabila kerja pembalakan haram dilakukan di kawasan sempadan negara. Malaysia pernah didakwa oleh Indonesia sebagai pembeli balak haram kerana terdapat pihak tertentu yang cuba menyeludup kayu balak dari Indonesia secara haram ke Malaysia.
.
Seharusnya Malaysia dan Indonesia bekerjasama untuk memantau kawasan hutan di sempadan kedua-dua buah negara dengan lebih ketat bagi membanteras aktiviti pembalakan haram. Kedua-dua negara tidak harus saling menuding jari sehingga menjejaskan hubungan diplomatik yang telah sedia terjalin. Teknik mengesan profil deoxyribonucleic acid (DNA) pokok adalah salah satu cara untuk mengatasi aktiviti pembalakan haram. Teknik ini dikenali sebagai Random Amplified Polymorphic DNA (RAPD). Setiap
spesis pokok mempunyai profil DNA unik yang berlainan dan tidak menyerupai mana-mana profil pokok yang lain. Melalui teknik RAPD, balak yang dicuri dapat dipadankan dengan tunggul pokok yang ditebang secara haram. Teknik ini telah digunakan dengan jayanya di beberapa buah negara maju. Walau bagaimanapun, teknik RAPD memerlukan pihak penguat kuasa perhutanan menjalankan pemerhatian yang kerap di kawasan yang disyaki berlaku aktiviti pembalakan haram. Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5) berjaya membaik pulih 1.56 juta hektar hutan kekal di negara ini dan 80 ribu hektar kawasan pembalakan di Semenanjung Malaysia.
Pada 1995-2000, sebahagian kawasan hutan di Semenanjung Malaysia telah digunakan untuk menjayakan ‘Program Perhutanan Masyarakat’ yang meliputi penubuhan dan penyelenggaraan hutan lipur, hutan perkampungan, hutan bandar dan sebagainya. Selaras dengan usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai “negara dalam taman” dan memulihara alam sekitar, kerajaan negeri menetapkan sasaran untuk menanam 50 ribu pokok setahun dan 1.2 juta pokok menjelang tahun 2020 di negeri masing-masing. Malaysia juga begitu komited untuk melaksanakan pengurusan hutan secara berkekalan selaras dengan deklarasi RI0 pada Jun 1992. Bagi program kemajuan ekonomi jangka panjang, kerajaan berusaha memanfaatkan industri hiliran kayu. Kerajaan memberikan insentif kepada industri berasaskan kayu seperti perusahaan perabot, papan lapis dan kraf tangan. Selain itu, khidmat nasihat dan kepakaran diperluaskan untuk sektor ini.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti pembalakan memberikan pendapatan yang lumayan kepada negara. Kayu dan hasil pengeluaran kayu menjadi penyumbang pertumbuhan ekonomi dan merupakan eksport ketiga besar negara ini. Sektor ini juga berupaya menyediakan lebih 260 ribu peluang pekerjaan kepada guna tenaga negara. Namun sekiranya aktiviti pembalakan tidak disekat, kesannya akan dirasai oleh generasi akan datang.
(Diubahsuaikan daripada rencana
utama , ‘Pembalakan Haram: Malaysia Terus Menjadi Mangsa, oleh Awang Azman Awang Par. Dewan Masyarakat, Februari 2005)
Berdasarkan petikan LATIHAN 1 , jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. •(i) Terangkan maksud rangkai kata tidak harus saling menuding jari seperti yang terdapat dalam petikan di atas. (2 markah) •(ii) Nyatakan sumbangan-sumbangan sektor pembalakan dalam meningkatkan pembangunan negara. (3 markah) •(iii) Pada pendapat anda, huraikan cara-cara memupuk sikap generasi muda agar menyayangi alam sekitar? (4 markah )