3
1 Teknik Penjagaan Komputer Riba/Laptop Komputer riba atau laptop sering digunakan oleh semua peringkat umur. Penggunaannya sangat mudah dan senang untuk di bawa ke mana-mana sahaja. Meskipun begitu, peralatan ini memerlukan penjagaan yang efektif dalam usaha memanjangkan jangka hayat penggunaannya, diantaranya :- Bil. Perkara Keterangan 1. Bateri Mengeluarkan bateri yang telah di cas (100%) daripada laptop adalah salah satu langkah terbaik, kerana selain menjimatkan kuasa elektrik, laptop tersebut juga akan berada dalam keadaan suhu bilik. Bateri perlu di cas semula apabila kuasa bateri telah berada di bawah 10%. Bateri yang terlalu kerap di cas akan kehilangan tenaga sebanyak 50 %. Elak daripada menggunakan bateri atau pengecas yang tidak sepadan dengan sesebuah laptop. Memastikan tiada sebarang kebocorkan atau mengenakan tekanan tinggi ke atas bateri kerana ia boleh menyebabkan litar pintas.

Teknik Penjagaan Komputer Riba/Laptop Teknik Penjagaan Komputer Riba/Laptop Komputer riba atau laptop sering digunakan oleh semua peringkat umur. Penggunaannya sangat mudah dan senang

Embed Size (px)

Citation preview

1

Teknik Penjagaan Komputer Riba/Laptop

Komputer riba atau laptop sering digunakan oleh semua peringkat umur.

Penggunaannya sangat mudah dan senang untuk di bawa ke mana-mana

sahaja. Meskipun begitu, peralatan ini memerlukan penjagaan yang efektif

dalam usaha memanjangkan jangka hayat penggunaannya, diantaranya :-

Bil. Perkara Keterangan

1.

Bateri

Mengeluarkan bateri yang telah di cas

(100%) daripada laptop adalah salah

satu langkah terbaik, kerana selain

menjimatkan kuasa elektrik, laptop

tersebut juga akan berada dalam

keadaan suhu bilik.

Bateri perlu di cas semula apabila kuasa

bateri telah berada di bawah 10%.

Bateri yang terlalu kerap di cas akan

kehilangan tenaga sebanyak 50 %.

Elak daripada menggunakan bateri

atau pengecas yang tidak sepadan

dengan sesebuah laptop.

Memastikan tiada sebarang

kebocorkan atau mengenakan tekanan

tinggi ke atas bateri kerana ia boleh

menyebabkan litar pintas.

2

Pastikan laptop tidak digunakan di atas

permukaan yang lembut seperti sofa

atau tilam, kerana ia boleh menghalang

peredaran udara dan meningkatkan

suhu.

Membiarkan terminal bateri bersentuh

dengan bahan logam, sebagai

contohnya duit syiling, boleh

mengakibatkan bateri tersebut rosak.

2.

Papan Kekunci

Menghindarkan papan kekunci

daripada dimasuki habuk, adalah

disyorkan agar meletakkan sekeping

kertas A4 di atas papan kekunci setiap

kali tidak menggunakannya.

Lapkan papan kekunci perlu secara

perlahan-lahan boleh mengelakkan

butang kekunci cepat rosak.

3.

Skrin LCD

Lapkan LCD skrin dalam tempoh

berkala boleh menghindari habuk

memenuhi LCD skrin berkenaan.

Digalakkan menggunakan screen saver

serta setkan ‘Power Management’

kepada 'Turn Off Monitor In Minutes'

untuk menjimatkan tenaga elektrik.

Sentuhan skrin menggunakan jari akan

menyebabkan ‘dead pixel’, kesannya

akan menghilangkan sebarang simbol

yang ada pada papan kekunci

berkenaan.

3

4.

Haba Panas

Pastikan laptop anda mempunyai ruang

untuk mengeluarkan haba panas

kerana laptop hanya mempunyai ruang

simpanan yang kecil.

Gunakan cooler pad (papan penyejuk)

untuk mengurangkan suhu panas pada

laptop.

5.

Surge Protector

Surge Protector merupakan peranti

elektronik yang digunakan untuk

melindungi perkakasan komputer

daripada voltan yang tidak stabil.

Ia turut berfungsi menjaga Hard Disk

Drive (pemacu cakera keras) dan Power

Supply (bekalan kuasa) daripada rosak.

6.

Port

Port perlu dibersihkan selalu dengan

menggunakan berus kerana ia mudah

dimasuki habuk.

Pastikan suis dimatikan terlebih dahulu

ketika membuat pembersihan.

Sekian. Terima kasih.

Disediakan oleh :

ICT, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Korporat, IDFR.

12 Julai 2012