12

Teknik Demonstrasi

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Cara nak wat demo

Citation preview

Page 1: Teknik Demonstrasi
Page 2: Teknik Demonstrasi

Guru tunjukkan setiap langkah: membuat memasang menanggal mengguna memain

~~~

Page 3: Teknik Demonstrasi

Satu kaedah pengajaran di mana guru membuat sesuatu di hadapan sekumpulan pelajar

Tujuan ~ menerangkan konsep atau menunjukkan cara yang betul

Disertai dengan rangsangan penglihatan, pendengaran dan sentuhan

Page 4: Teknik Demonstrasi

Kenal pasti: isi kandungan objektif hasil atau output

Adakah masa & peralatan mencukupi? Try-out dahulu! Uruskan susunan tempat duduk Buat kumpulan2 kecil [jika perlu]

Page 5: Teknik Demonstrasi

Terangkan yang nak ditunjukkan

Terangkan pelajar harus buat

Tunjukkan langkah demi langkah disertai dengan huraian

Jelaskan output/hasil

Amati reaksi pelajar, ulang jika perlu

Beri peluang pelajar mencuba Buat rumusan langkah-langkah

Page 6: Teknik Demonstrasi

“Sekarang cikgu nak tunjukkan macam mana nak buat satu folder pada desktop.”

“Cuba lihat dengan teliti bagaimana cikgu tanggal dan pasang balik RAM pada papan induk.”

“Cikgu akan buang dan wujudkan balik bar alatan pada skrin. Tengok betul-betul.”

Page 7: Teknik Demonstrasi

“Masa cikgu tunjukkan macam mana nak buat folder ni, awak lihat dahulu dengan teliti dan tuliskan langkah-langkahnya.”

“….. buat sama-sama dengan cikgu.”

Page 8: Teknik Demonstrasi

“Tunjukkan kursor pada mana-mana ruang kosong pada desktop, klik kanan, menu pintas akan muncul, pilih opsyen “New”, kemudian pilih opsyen “Folder” dan klik sekali. Awak akan lihat objek berwarna kuning muncul pada desktop. Ini adalah ikon untuk folder. Awak mesti namakan folder ini, contohnya “Teknologi Maklumat”. Untuk namakan folder, awak hanya perlu menaip seperti biasa. Bila habis taip, klik sekali di luar folder, iaitu di ruang kosong desktop. Folder awak dah siap dan awak boleh simpan apa-apa fail di dalamnya.”

Page 9: Teknik Demonstrasi

“Folder awak dah siap dinamakan dan awak boleh simpan apa-apa jenis fail di dalamnya.”

“Bila cikgu klik pada butang “Search” pada bar alatan, skrin akan terbahagi kepada dua bahagian.”

“Bila awak simpan gambar ini dalam format tif, awak akan dapati saiznya lebih besar dari format gif atau jpeg.”

Page 10: Teknik Demonstrasi

“Jadi, untuk mencipta satu folder pada desktop, awak perlu klik kanan pada ruang kosong, pilih “New”, pilih “Folder”, kemudian klik sekali sahaja, lepas tu namakan folder dan klik di ruang kosong bila dah habis taip nama folder tersebut.”

Page 11: Teknik Demonstrasi

Kumpulan sasar tidak terlalu besar

Alat/objek tidak terlalu kecil

Bahasa - tidak terlalu formal

Mungkin membantu sekiranya langkah-langkah ditulis di papan putih, transparensi, kertas edaran dsbnya

Page 12: Teknik Demonstrasi

Teknik demonstrasi mesti sesuai dengan topik dan dirancang dengan teliti

Demonstrasi perlu diperjelaskan dengan huraian

Huraian ialah menambah maklumat baru untuk menjelaskan lagi konsep asas atau pernyataan am

Contoh, analogi, metafor dan lakaran adalah bentuk-bentuk huraian