Upload
gidang
View
128
Download
6
Embed Size (px)
Citation preview
BAB 4:TEKANAN UDARA
PERHATIKAN SIMULASI INI DAN IMBAS SEMULA TOPIK SUSUNAN DAN PERGERAKAN ZARAH-ZARAH
GAS SEMASA TINGKATAN 1(lihat)
• Udara berada di sekeliling kita setiap masa. • Tekanan udara bertindak ke atas badan kita
dari semua arah, tetapi kita tidak dapat melihat dan merasainya.
• Walaupun kita tidak dapat melihat tekanan udara, kita boleh melihat beberapa kesan hasil daripada tindakan tekanan udara.
Mari perhatikan gambar ini dan buat penaakulan
Langkah-langkah untuk anda membina taakulan1. Perhatikan gambar dengan teliti, bandingkan isipadu udara di dalam gelas dengan isipadu udara di luar gelas, termasuk di bawah kadbod.2. Tuliskan hipotesis anda dalam lampiran yang disediakan tentang perkara yang terjadi pada air sekiranya tangan diangkat. 3. Perhatikan demo ini.4. Bina Inferens dari pemerhatian anda dengan mengaitkannya dengan tekanan udara.
A
B. Mengapa telinga seseorang sakit apabila menaiki kapal terbang yang sedang meningkat ketinggiannya?
Langkah-langkah membina taakulan
• 1. kenalpasti apa yang berubah semasa menaiki kapal terbang.
• 2. Bandingkan kepadatan zarah-zarah gas di permukaan bumi dengan kpeada zarah-zarah gas di tempat tinggi dengan mengaitkannya dengan daya tarikan graviti. (lihat)
• 3. Fikirkan bagaimana perbezaan kepadatan ini memberi kesan terhadap tekanan udara pada suatu ketinggian.
• 4. Hasilkan satu kesimpulan (teori) tentang hubungan antara ketinggian dengan tekanan udara.
Berdasarkan simulasi di atas, kaji faktor-faktor yang mempengaruhi
tekanan udara dan lengkapkan lembaran kerja
Alatan yang menggunakan prinsip tekanan udara
• Udara bergerak dari kawasan yang bertekanan tinggi ke kawasan yang bertekanan rendah.
• Berdasarkan prinsip-prinsip ini pelbagai alat telah dibina untuk memudahkan kita melakukan kerja.
• Penggunaan prinsip tekanan udara dapat membantu menyelesaikan beberapa masalah yang berlaku dalam kehidupan harian kita.
• Bagaimanakah kita boleh aplikasikan prinsip tekanan udara untuk menyelesaikan masalah seperti...