Taqwa

  • Upload
    iniki

  • View
    224

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Islam

Citation preview

Taqwa Makanan RohaniApabila mata terbuka, minda segera akan teringat, Apa nak makan pagi ni? Terfikir tentang makan kerana seseorang itu terasa perutnya kosong. Atau mengingatkan tugasan kerjayanya bagi yang penagih bekerja. Atau mengingati hal-hal yang menjadi kegemaran masing-masing dalam kehidupan seharian. Kita mohon perlindungan Allah daripada melupakan-Nya walau sedetik. Latihlah diri untuk merasa sentiasa kerdil dan kurangnya ibadah kita untuk Allah. Justeru apabila mata terjaga daripada tidur, usahakanlah minda teringat akan Allah yang menganugerah kehidupan kepada kita pada hari itu. Lantas kita perlu segera bersyukur kepada ilahi dengan berzikir dan seterusnya menunaikan solat fardu subuh. Seterusnya kita luangkan masa untuk membaca al-Quran. Kemudian kita menyiapkan diri untuk melaksanakan tugasan yang menjadi tanggung jawab sebagai seorang makhluk Allah di bumi ini; sebagai pelajar atau sebagai pekerja. Tugas itu juga merangkumi tanggungjawab kepada keluarga; sebagai anak, sebagai ibu atau bapa. Jalankan tanggungjawab itu dengan amanah.Sebagai pelajar, sifat takwa penting untuk menjadi pengawal agar tidak terdorong mengikuti hawa nafsu negatif. Ramai para remaja yang juga pelajar kecundang dalam melaksanakan tugasan harian kerana terpedaya dengan mengamalkan budaya pintas iaitu jika ingin berjaya dalam peperiksaan jalan pintas meniru. Jika ingin cepat pandai diusahakan dengan jalan menipu. Jika ingin akan sesuatu di luar kemampuaan (memiliki barang berjenama) diperoleh dengan mencuri. Untuk mengekang budaya ini terus menular ke dalam seluruh masyarakat mesti ada usaha yang hebat. Jasad memerlukan makanan rohani iaitu takwa. Takwa merupakan makanan rohani yang amat penting diberi kepada jasad yang berjiwa. Bagaimana hendak memupuk sifat takwa dalam diri?Memiliki takwa mestilah dimulai dengan mempunyai sifat ihsan yang hidup dalam diri. Tidak cukup dengan beriman dan beramal. Keduanya mesti diiringi denga sifat ihsan. Ramai remaja sekarang tidak mempunyai sifat penting ini sehingga mereka terjebak dengan jenayah. Mereka cuma menghafal di bibir sahaja bahawa Allah mengetahui apa yang dibuat oleh manusia sepanjang hari dan waktu. Untuk benar-benar menghayati sifat ihsan ini sangat sukar dibuktikan oleh mereka. Keadaan ini sama sebagaimana orang kafir yang diceritakan dalam Surah al-Zukhruf:

Maksudnya: Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka, niscaya mereka menjawab: "Allah", Maka Bagaimanakah mereka dapat dipalingkan (dari menyembah Allah )?Sifat ihsan yang dimiliki oleh seseorang akan menyedarikannya bahawa Allah mengetahui perbuatannya terang-terangan atau bersembunyi. Sudah tentu orang itu menjaga dirinya daripada melakukaan sesuatu yang tidak disukai Allah. Bermula seawal pagi, ketika mencelikkan mata, minda sedarnya akan bersedia dengan amalan yang disukai oleh Allah. Makanan rohaninya adalah janji yang sering diulang-ulang dalam sebahagian daripada doa iftitah: (Sesungguhnya sembahyangku ibadatku , hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam.)Sekiranya kehidupan seharian dilalui dengan tasbih ini, apakah ada lagi makanan yang lebih lazat daripadanya? Segala cerita tentang kelazatan makanan jasmani hanyalah seperti angin lalu yang tidak akan hinggap dibenaknya. Semakin banyak cerita tentang jenis lauk pauk, puding pembasuh mulut, kuih muih pembuka selera, makanan mewah di hotel-hotel hanya akan memualkan seleranya. Secara automatik, segala penyakit yang berpunca daripada makanan jasmani tidak akan singgah di batang tubuhnya.Makanan rohani sentiasa menyuburkan roh dan mindanya. Tidak mustahil orang ini akan menjadi manusia yang kreatif, pencipta alatan dunia, atau sesuatu yang memanfaatkan orang ramai. Bermodalkan semangat kental dan jiwa yang tenang, muncullah pemimpin warak yang amanah, rakyat unggul yang bertanggungjawab, masyarakat bersatu padu yang prihatin, keluarga yang mementingkan syariat dan hamba Allah yang mempunyai jati diri beragama. Masyarakat Islam yang mendapat keberkatan Allah SWT adalah mukmin yang kuat jiwa dan roh. Oleh itu muhasabah diri agar tergolong dalam kalangan hamba Allah yang bertaqwa.