2
TanamSendiri Kucai Allium schoenoprasum, Allium tuberosum, Allium odoratum Jika gemarkan rasa bawang, kucai adalah tanaman yang patut ditanam di laman rumah terutamanya dalam patch herba. Ada yang menyatakan kucai sukar ditanam kerana benihnya sukar tumbuh. Ada pula yang menyatakan kucai mudah ditanam; campak aja pasti akan tumbuh. Yang pasti, kucai sesuai ditanam di mana-mana sahaja; di tanah, atau dalam bekas. Apa khasiat kucai? Khasiat kucai sama dengan khasiat daun bawang. Saya tanam kucai untuk rasanya yang enak. Tanah apa yang sesuai untuk tanam kucai? Kucai tak cerewet. Ia boleh ditanam dalam pelbagai jenis tanah. Ada yang tanam kucai dalam tanah bekas lombong. Ia hidup dengan subur. Bagaimanapun, kucai paling elok ditanam dalam tanah yang elok salirannya serta kaya dengan bahan organik. Jadi, sebelum tanam kucai, campurkan baja organik atau kompos dan biarkan kira-kira 1 hingga 2 minggu sebelum menanam kucai.

Tanamsendiri kucai

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Tanamsendiri kucai

TanamSendiri KucaiAllium schoenoprasum, Allium tuberosum, Allium odoratum

Jika gemarkan rasa bawang, kucai adalah tanaman yang patut ditanam di laman rumah terutamanya dalam patch herba. Ada yang menyatakan kucai sukar ditanam kerana benihnya sukar tumbuh. Ada pula yang menyatakan kucai mudah ditanam; campak aja pasti akan tumbuh. Yang pasti, kucaisesuai ditanam di mana-mana sahaja; di tanah, atau dalam bekas.

Apa khasiat kucai?Khasiat kucai sama dengan khasiat daun bawang. Saya tanam kucai untuk rasanya yang enak.

Tanah apa yang sesuai untuk tanam kucai?Kucai tak cerewet. Ia boleh ditanam dalam pelbagai jenis tanah. Ada yang tanam kucai dalam tanah bekas lombong. Ia hidup dengan subur. Bagaimanapun, kucai paling elok ditanam dalam tanah yang elok salirannya serta kaya dengan bahan organik. Jadi, sebelum tanam kucai, campurkan baja organik atau kompos dan biarkan kira-kira 1 hingga 2 minggu sebelum menanam kucai.

Page 2: Tanamsendiri kucai

Tanam guna apa?Anda boleh gunakan biji benih atau rizom (bebawang) kucai. Benih boleh dibeli dari blog tanamsendiri.com (SMS/WhatsApp 0175009364). Letakkan 1 hingga 3 biji benih dalam satu lubang sedalam 2 cm. Kekalkan kelembapan tanah.

Jika guna rizom atau bebawang, tanam dalam lubang sedalam 5 cm. Jangan mampatkan tanah. Jika tanam menggunakan pokok yang sedia ada, pecahkan rumpun pokok kepada 3 atau 4 bahagian dan tanam dalam lubang sedalam 5 cm.

Cara penjagaannya?Kucai tidak cerewet. Ia tahan panas dan tidak perlukan air yang banyak. Bagaimanapun kucai tidak tahan rumpai. Jadi anda perlu merumput selalu untuk pastikan kucai tidak bersaing dengan rumpai. Untuk pastikan pokok kucai rimbun, guntung buang tangkai bunga.

Bagaimana cara tuai?Bahagian yang dimakan ialah daun. Gunting daun dan biarkan bebawang terus hidup. Daun baru akan tumbuh.

(iskandar di http://www.tanamsendiri.com)