Upload
ayisy-hariz
View
56
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
APRESIASI FLORA FAUNA
BERTEMPAT DITAMAN NEGARA KELANTAN, GUA MUSANG, KELANTAN
TARIKH22 -24 SEPTEMBER 2011
ANJURANSCIENCE EDUCATION SOCIETY (SES)
PISMP SAINS SEMESTER 6,AMBILAN JANUARI 2009
DENGAN KERJASAMA
JABATAN SAINSIPG KAMPUS KOTA BHARU
MENGADAKAN KEM APRESIASI FLORA FAUNA
ANJURAN SCIENCE EDUCATION SOCIETY
PISMP SAINS SEMESTER 6, AMBILAN JANUARI 2009
1.0 PENDAHULUAN
Program ini adalah salah satu dari aktiviti persatuan yang kami telah sepakat untuk
mengadakannya.Aktiviti ini adalah adalah satu program wajib di bawah tuntutan subjek
kurikulum persatuan (WAJ 13),dimana persatuan kami wajib menganjurkan program
yang seperti ini dalam amali kami. Program ini disertai oleh semua pelajar PISMP
Sains Semester 6, ambilan Januari 2009, iaitu ahli ahli Science Education
Society(SES).Aktiviti ini akan diadakan di Taman Negara Kelantan, Kuala Koh,Gua
Musang, Kelantan, pada 22 hingga 24 Setember 2011. Aktiviti ini dilaksanakan selaras
dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal
insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan
dalam bidang kokurikulum. Seseorang pelajar itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum
untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan
yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti yang dilaksanakan ini
bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.
2.0 MATLAMAT
Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan
disiplin yang perlu ada dalam setiap pelajar. Ia bertujuan untuk meningkatkan
keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pelbagai
aktiviti disusun dalam program ini agar sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat
ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program
ini juga diselitkan dengan aktiviti kerohanian untuk membina keyakinan diri dan
mengukuhkan rohani agar dapat membentuk modal insan yang seimbang selaras
dengan pembangunan negara yang mampan.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman dalam menyertai
program kepimpinan.
3.2 Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri
dalam setiap situasi.
3.3 Melatih para pelajar untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan
menghargai alam sekitar.
3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang
disediakan.
3.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang
bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
3.6 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap
mementingkan diri sendiri.
3.7 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.
4.0 JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANA
Rujuk Lampiran 1
5.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN
Tarikh : 22 -24 September 2011 ( Khamis – Sabtu)
Tempat : Taman Negara Kelatan, Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan
Jangka Masa : 3 hari ( 3 hari, 2 malam)
Pengangkutan :Bas IPG Kampus Kota Bharu
6.0 TEMPAT (RASIONAL MEMILIH TEMPAT)
Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana Taman Negara Kelantan Kuala Koh :
6.1 Kawasan perkhemahan dengan bentuk muka bumi berhutan
6.2 Kawasan untuk perkhemahan yang agak luas untuk pelbagai aktiviti.
6.3 Kawasan muka bumi yang cantik, disamping merupakan hutan simpan yang
terpelihara..
6.4 Bebas dari sebarang gangguan luar dan memberikan tumpuan sepenuhnya
pada peserta dalam aktiviti mereka.
7.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran 2
8.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN
8.1 Jumlah peserta : 20 (ahli SES)
8.2 Jumlah pensyarah: 2 orang ( pensyarah pengiring)
9.0 SUMBER KEWANGAN DAN PERBELANJAAN
Rujuk Lampiran 3
10.0 PENUTUP
Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan
berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam aktiviti
aprisiasi flora fauna ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi untuk
melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, Kerjasama
daripada pihak Tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Disediakan oleh :
…..................................................
(MUHAMAD AZHAN BIN ABU HANIFAH)
Setiausaha Program,Science Education SocietyPISMP Sains Semester 6IPG Kampus Kota Bharu.
Disokong oleh :
…..............................................
(PUAN ROZINAWATI BT HAJI
GHAZALLI)
Pesyarah penasihat SESJabatan SainsIPG Kampus Kota Bharu
Disemak oleh :
….............................................................
(MOHD HANIF BIN KAMARUDIN)
Ketua ProjekScience Education Society,PISMP Sains Semester 6IPG Kampus Kota Bharu.
Disahkan oleh :
…..............................................
(EN. MD REDZUAN BIN MUSTAPHAKetua JabatanJabatan SainsIPG Kampus Kota Bharu
Diluluskan oleh :
…..............................................
( TN HJ HASHIM BIN DERAMAN)
Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota
Bharu.
Kelantan Darul Naim
LAMPIRAN 11.0 JAWATANKUASA
Jawatakuasa Induk
Penaung : Tn. Hj Hashim B. Deraman
Pengarah Institut Pendidikan Guru
Kampus Kota Bharu
Penasihat 1 : Dr. Mohd Aziz B. Mohd Din
Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru
Kampus Kota Bharu
Penasihat 2 : En. Khabir B. Mat Dahang
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Ahli Jawatankuasa Penggerak
PensyarahPembimbing : Puan Rozinawati bt Haji Ghazalli
Pengerusi : Mohd Hanif Kamarudin
N. Pengerusi : Mohamad Fikrie Bin Ahmad Shaidi
Setiausaha1 : Muhamad Azhan Bin Abu Hanifah
Setiausaha2 : Mohd Zulkiefadly Bin Zulkifli
Bendahari : Rabiatulwardah Binti BaharuddinNaib Bendahari : Suhana Binti Mohamad
PengisianRohani : Nur Ridzwan Bin Abdul Aziz
Peralatan : Mohd Muhaimin Bin Nur AnuarNor Azlan Bin Ahmad @ Ismail
Dokumentasi/Pelaporan : Emy Norain Binti Sawal
Wan Nor Haslinda Binti Wan Zaidi
Perhubungan : Nur Syamshaera Binti Mustapar Aiza Aziemah Binti Mazlan
Kebajikan : Nur Eleena Binti Zol Siti Umairah Binti Suib Nur Farahin Binti Nordin
Penginapan : Nik Nur Azyyatie Binti Mohd Yusoff Khuzaimah Binti Md Noh
Tugas Khas : Sh. Fatin Zulaikha Binti Syed Mustapha Ramizah Binti Ramli
LAMPIRAN 3
SUMBER KEWANGAN
YURAN PESERTA RM 100 x 20 = RM 2000
ANGGARAN PERBELANJAAN
MAKANAN RM 35 x 22 orang = RM 770
TITIAN CANOPY RM 3.00 X 22 = RM 66
RUBBER TUBING RM 10.00 X 22 = RM220
GENERATOR RM 150.00 = RM 150
ASRAMA RM 12 x 2 x 20 = RM 480
SEWA TAPAK RM 1.00 x 2 hari x 22 = RM 44
PERMIT MASUK RM 1.00 X 22 = RM 22
KECEMASAN RM 100 = RM 100
CENDERAHATI RM 100 = RM 100
JUMLAH RM 1952
*Anggaran dibuat berdasarkan 22orang peserta
*Tertakluk kepada perubahan harga dan jumlah peserta
SENARAI ALATAN YANG DIPOHON DARI STOR
BIL PERKARA KUANTITI
1 KERTAS A4 1RIM
2 KERTAS MAHJONG 1 BUNDLE
3 AIR MINERAL 4 KOTAK
PENGANGKUTAN
Bas Institut Pendidikan Guru 1Buah Bas
*Tertakluk kepada perubahan