13
LAMPIRAN 1 TAJUK/NAMA INOVASI : eCOB NAMA JABATAN/AGENSI: MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI 1.0 PENGENALAN 1.1 Fungsi Jabatan Pesuruhjaya Bangunan adalah menjalankan tugas dan kuasa Pesuruhjaya Bangunan (COB) Majlis Perbandaran Seberang Perai seperti mana yang diperuntukan di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757). Antara aktiviti Jabatan Pesuruhjaya Bangunan ialah: Memantau penubuhan JMB/MC di semua kawasan pemajuan berstrata Mengurus aduan berkaitan penubuhan /pengurusan /kewangan /penyenggaraan /kerosakan dan lain-lain Memberi khidmat nasihat berkaitan Akta 757 Menyediakan data/maklumat bagi kawasan pemajuan berstrata Menghadiri mesyuarat jemputan pihak luar (JMB/MC/Pemaju dll) mengikut keperluan Menerima permohonan pemfailan jadual petak daripada pemaju Menerima bayaran deposit untuk membaiki kecacatan pada harta bersama dari pemaju 2.0 LAPORAN INOVASI (Nyatakan secara ringkas yang mana yang berkaitan) 2.1 Tujuan Inovasi 2.1.1 Dengan pembangunan yang semakin pesat bagi skim berstrata di bawah Majlis Perbandaran Seberang Perai, Jabatan Pesuruhjaya Bangunan (COB), MPSP mengambil inisiatif dengan membangunkan Sistem Pengurusan Jabatan Pesuruhjaya Bangunan (e-COB) secara client based untuk memudahkan jabatan menguruskan data skim berstrata bagi kawasan Seberang Perai.

TAJUK/NAMA INOVASI : eCOB NAMA JABATAN/AGENSI: …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2404-ecob.pdf · maklumat bangunan dan maklumat pemilik petak. ... Bangunan di semua PBT

  • Upload
    lydieu

  • View
    257

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

LAMPIRAN 1

TAJUK/NAMA INOVASI : eCOB

NAMA JABATAN/AGENSI:

MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI

1.0 PENGENALAN

1.1 Fungsi Jabatan Pesuruhjaya Bangunan adalah menjalankan tugas dan

kuasa Pesuruhjaya Bangunan (COB) Majlis Perbandaran Seberang Perai

seperti mana yang diperuntukan di bawah Akta Pengurusan Strata 2013

(Akta 757). Antara aktiviti Jabatan Pesuruhjaya Bangunan ialah:

• Memantau penubuhan JMB/MC di semua kawasan pemajuan berstrata

• Mengurus aduan berkaitan penubuhan /pengurusan /kewangan

/penyenggaraan /kerosakan dan lain-lain

• Memberi khidmat nasihat berkaitan Akta 757

• Menyediakan data/maklumat bagi kawasan pemajuan berstrata

• Menghadiri mesyuarat jemputan pihak luar (JMB/MC/Pemaju dll)

mengikut keperluan

• Menerima permohonan pemfailan jadual petak daripada pemaju

• Menerima bayaran deposit untuk membaiki kecacatan pada harta

bersama dari pemaju

2.0 LAPORAN INOVASI (Nyatakan secara ringkas yang mana yang berkaitan)

2.1 Tujuan Inovasi

2.1.1 Dengan pembangunan yang semakin pesat bagi skim berstrata di

bawah Majlis Perbandaran Seberang Perai, Jabatan Pesuruhjaya

Bangunan (COB), MPSP mengambil inisiatif dengan membangunkan

Sistem Pengurusan Jabatan Pesuruhjaya Bangunan (e-COB) secara

client based untuk memudahkan jabatan menguruskan data skim

berstrata bagi kawasan Seberang Perai.

2.2 Proses Pelaksanaan Inovasi

-

2.3 Proses sebelum dan selepas

Impak sebelum dan selepas inovasi dihasilkan menunjukkan tahap

yang amat positif kepada Jabatan dimana sebelum ini secara manual

bertukar kepada elektronik (e-COB). Cara kerja menjadi lebih efektif,

sistematik, menjimatkan masa dan meningkatkan mutu kerja di

Jabatan.

2.4 Elemen penurunan kuasa (jika ada)

-

2.5 Impak inovasi terhadap kumpulan

Antara COB PBT pertama di Malaysia yang mempunyai sistem secara

elektronik untuk menyimpan, memantau dan membuat carian data

berkaitan skim pemajuan strata di Seberang Perai.

• Menerima lawatan dari Kementerian dan lain-lain PBT bagi

mengetahui e-COB antaranya ialah Kementerian Kesejahteraan

Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Majlis

Bandaraya Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu,

Majlis Bandaraya Johor Bahru, Majlis Bandaraya Shah Alam,

Majlis Perbandaran Seremban, Majlis Perbandaran Manjung

dan Majlis Daerah Kubang Pasu.

• e-COB merupakan inovasi yang diperlukan oleh setiap COB di

PBT dan berupaya memenuhi keperluan masa depan dengan

melihat fokus pembangunan berstrata yang semakin meningkat.

i) Elemen Inovatif/Kreativiti

Usaha inovasi yang dijalankan merangkumi perubahan yang

menyeluruh dan sistematik

• e-COB dibangunkan bagi membantu Jabatan menjalankan

fungsi-fungsi COB. Data mentah (raw data) diperolehi daripada

Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Data - data yang

dibekalkan oleh Jabatan Penilaian adalah perihal kemajuan

sesebuah skim strata seperti maklumat skim, maklumat pemaju,

maklumat bangunan dan maklumat pemilik petak. Data ini

dikemaskini secara input data dan mengimbas oleh COB

berdasarkan maklumat serta dokumen Mesyuarat Agung dan

lain – lain maklumat berkaitan skim yang diperolehi secara

berkala daripada pihak berkaitan seperti pemaju, JMB,MC dan

lain – lain sumber menghasilkan satu maklumat yang lengkap

dan terkini.

• e-COB adalah satu sistem yang merupakan transformasi

daripada sistem lama dalam menjalankan penyimpanan data

secara pemfailan fizikal kepada penyimpanan yang lebih

sistematik. Penggunaan e-COB bersifat mesra pengguna dan

mudah dicapai oleh setiap pengguna yang berdaftar.

• e-COB merupakan satu bentuk inovasi untuk menambah baik

dari sistem manual sebelum ini mengikut perkembangan

teknologi masa kini. Ia merupakan perisian yang terkini dan

sesuai digunapakai oleh mana-mana Jabatan Pesuruhjaya

Bangunan di semua PBT dalam memantau skim pemajuan

berstrata masing-masing.

• Hasilnya kerja-kerja di Jabatan menjadi lebih pantas,mudah dan

efektif dalam perkembangan berkaitan skim strata.

• Disamping itu juga kaedah pencarian maklumat skim-skim strata

tertentu akan lebih mudah dan pantas.

ii) Elemen Keberkesanan

• Data berpusat dapat diwujudkan dengan mengambil kira data

utama berkaitan pemajuan berstrata yang diperlukan

dihimpunkan di e-COB dimana ia memudahkan dan

meringankan kerja-kerja di Jabatan COB disamping jabatan

jabatan lain yang berkepentingan berkaitan data strata.

• Pengunaan e-COB memudahkan dan mempercepatkan dalam

pencarian data bagi mengetahui perkara-perkara yang

diperlukan dengan kadar segera.

• Dengan inovasi ini,penyimpanan data dilakukan secara

sistematik dan selamat sekaligus dapat mengurangkan risiko

kehilangan sesuatu data.

• Inovasi ini dapat menjimatkan masa dan ruang kerja kerana

data skim strata dapat disimpan secara eloktronik. Selain itu

dapat mengurangkan kos dalam penyediaan peralatan dan

ruang tempat penyimpanan data

iii) Elemen Signifikan

• e-COB adalah inovasi yang signifikan dan wajar digunapakai

oleh lain - lain PBT di mana ia memaparkan keberhasilan yang

penting seperti berikut:

• e-COB mudah dikendali/diuruskan

• Data yang tepat dan selaras dengan Jabatan dalaman yang lain

di Majlis Perbandaran Seberang Perai seperti berikut

Jabatan Kejuruteraan ( cth : penamaan alamat, nama skim)

Jabatan Bangunan (cth: Tarikh OC)

Jabatan Penilaian (cth : perihal kemajuan)

• Dapat memantau dan mengenalpasti status badan pengurusan

kawasan pemajuan berstrata yang aktif dan tidak aktif.

• Pemantauan tarikh akhir Mesyuarat Agung Tahunan (AGM)

serta senarai Jawatankuasa sesuatu skim strata. Surat

Peringatan (auto-generate) akan dikeluarkan melalui e-COB

setelah sesuatu skim yang tidak mengadakan AGM

dikenalpasti.

• e-COB juga dapat mengenalpasti pemilik/pemunya atau bukan

pemilik/pemunya

• Dengan perlaksaan inovasi .ni,kos ruang kerja dapat

dikurangkan kerana semua maklumat tidak disimpan di dalam

fail. Dengan ini dapat menjimatkan kos dalam pembelian

peralatan untuk penyimpanan data.

• Proses mencari maklumat dapat dilakukan dengan lebih pantas

dan menjimatkan masa tanpa merujuk kepada fail sesuatu skim.

Carian maklumat dapat dilakukan hanya pada e-COB dan

memudahkan kakitangan Jabatan untuk menyampaikan

maklumat kepada orang awam.

iv) Elemen Relevan

i. Inovasi e-COB yang dihasilkan sangat relevan dengan arus

perdana dan memenuhi agenda nasional

Dengan mengikut peredaran masa serta trend masa

kini,kewujudan e-COB adalah sangat tepat pada masanya

kerana inovasi ini adalah amat efektif serta memudahkan cara

kerja Jabatan dalam memantau serta menyelia data skim-skim

strata.

Inovasi e-COB dapat merealisasikan transformasi pihak

berkuasa tempatan untuk lebih berdaya maju.

Dengan sistem ini kaedah pemfailan yang kuno dapat

ditinggalkan serta dapat menjimatkan masa serta menjadikan

produktiviti kerja jabatan akan lebih efektif dan efisyen.

ii. Usaha inovasi yang ditunjukan mengambil kira persekitaran

semasa samada di peringkat tempatan atau pun global.

2.6 Pengiktirafan diterima

2.6.1

2.7 Gambar-gambar berkaitan

2.7.1 Lampiran 1

2.8 Implikasi Kewangan (jika ada)

3.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, inovasi yang dihasilkan dapat memastikan

fungsi Jabatan Pesuruhjaya Bangunan dalam memastikan penubuhan

JMB/MC disemua kawasan pemajuan berstrata akan tercapai dengan

jayanya. Inovasi ini juga bersifat mesra pengguna dan mudah dicapai

oleh setiap pengguna dan disyorkan untuk digunapakai oleh setiap

Jabatan Pesuruhjaya Bangunan (COB) disetiap Pihak Berkuasa

Tempatan (PBT) diseluruh Malaysia. Penambahbaikan terhadap

inovasi ini akan dijalankan dari masa ke semasa dalam memastikan

ianya selaras dengan peruntukan dan penguatkuasaan Akta

Pengurusan Strata 2013 (Akta 757).

Disediakan oleh:

Mohammad Atiqi Aziman Mustaqim Bin Ahmad Zubaidi

Jabatan Pesuruhjaya Bangunan,

Majlis Perbandaran Seberang Perai

04-5497 516

[email protected]

Lampiran 1

Muka Hadapan e-COB 

Muka Hadapan Maklumat Pedaftaran Sesuatu Skim 

Maklumat Mesyuarat Agung Tahunan 

Maklumat Perbadanan Pengurusan (MC) dan Badan Pengurusan Bersama 

Senarai Jawatanuasa Yang Telah Dilantik 

Maklumat Surat Yang Dihantar Kepada Jabatan 

Maklumat Senarai Pemilik 

Contoh Pengeluaran Sijil JMB 

Contoh  Pop up Allert Message