Tahun6 Bahagian c

Embed Size (px)

DESCRIPTION

TAHUN 6

Citation preview

TEMA: JAUH PERJALANAN LUAS PANDANGAN

TEMA:JAUH PERJALANAN LUAS PANDANGANBAHAGIAN C MEMBUAT ULASAN

SURYANTY BINTI ILISK KAMPUNG IGANSEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN FASA 8

1

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Berikan contoh yang sesuai berdasarkan petikan tersebut.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Ayah membawa kami ke hotel penginapan yang sudah ditempahnya. Penyambut tetamu yang berdiri di pintu hotel itu tersenyum sambil menyapa kami. Kami membalas senyumannya lalu menuju ke kaunter untuk mengambil kunci bilik.Kami masuk ke dalam bilik. Kami berpuas hati setelah melihat bilik itu kelihatan sangat bersih dan susun aturnya sangat menarik. Bilik kami berhadapan dengan pantai. Aku melihat pemandangan yang sungguh indah dari tingkap bilik hotel. Selepas kami sekeluarga berehat, kami turun ke lobi hotel. Adik Afiq mengajak untuk mandi di kolam renang yang disediakan. Ayah dan ibu duduk di tepi kolam memerhatikan kami.Aku dan adik mandi bersama-sama. Aku sentiasa berada di samping adik kerana bimbang akan keselamatannya walaupun aku tahu dia pandai berenang.Setelah hampir dua jam, kami pun bersiap untuk pergi membeli-belah. Ketika kami sekeluarga mahu masuk ke lobi hotel, kami dikejutkan dengan jeritan meminta tolong dari arah kolam renang tempat kami mandi tadi. Aku bergegas ke kolam renang dan melihat seorang kanak-kanak hampir lemas. Aku terus terjun untuk menyelamatkannya dan membawanya naik ke tebing kolam. Orang ramai mengerumuni tempat tersebut. Kulihat dia sangat lelah tetapi mujurlah dia tidak kelemasan. Aku bersyukur kerana dia selamat.

A AntaranyaS-Seterusnya/ selanjutnyaS- Selain ituD-Di samping ituA-Akhir sekali

Ayah membawa kami ke hotel penginapan yang sudah ditempahnya. Penyambut tetamu yang berdiri di pintu hotel itu tersenyum sambil menyapa kami. Kami membalas senyumannya lalu menuju ke kaunter untuk mengambil kunci bilik.Kami masuk ke dalam bilik. Kami berpuas hati setelah melihat bilik itu kelihatan sangat bersih dan susun aturnya sangat menarik. Bilik kami berhadapan dengan pantai. Aku melihat pemandangan yang sungguh indah dari tingkap bilik hotel. Selepas kami sekeluarga berehat, kami turun ke lobi hotel. Adik Afiq mengajak untuk mandi di kolam renang yang disediakan. Ayah dan ibu duduk di tepi kolam memerhatikan kami.

Aku dan adik mandi bersama-sama. Aku sentiasa berada di samping adik kerana bimbang akan keselamatannya walaupun aku tahu dia pandai berenang.Setelah hampir dua jam, kami pun bersiap untuk pergi membeli-belah. Ketika kami sekeluarga mahu masuk ke lobi hotel, kami dikejutkan dengan jeritan meminta tolong dari arah kolam renang tempat kami mandi tadi. Aku bergegas ke kolam renang dan melihat seorang kanak-kanak hampir lemas. Aku terus terjun untuk menyelamatkannya dan membawanya naik ke tebing kolam. Orang ramai mengerumuni tempat tersebut. Kulihat dia sangat lelah tetapi mujurlah dia tidak kelemasan. Aku bersyukur kerana dia selamat.