TAHUN 5, Bilangan 34 - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/BULETIN_SPEED_2012/Buletin01-201234... · MAJLIS MAULID RASUL PERINGKAT SEKOLAH erarak di kawasan luar sekolah. Kemudian

Embed Size (px)

Citation preview

  • eriah dan Lancar! Penglibatan

    warga SKPKBP khususnya guru dan murid-murid dalam perkhemahan & motivasi kokurikulum selama 2 hari 1 malam amat baik dan memuaskan. Peserta dihidangkan dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang meliputi aktiviti fizikal, mental dan kerohanian selain kawad asas bagi membentuk penumpuan dan disiplin murid sepanjang program yang diadakan

    pada 18 -19 Mei 2012. (abk_103)

    PERKHEMAHAN & MOTIVASI KOKURIKULUM - Pengalaman Baru Untuk Murid

    etiap 16 Mei, Hari Guru akan disambut di seluruh negara. SKPKBP menyambutnya

    serentak bersama hari pekerja dengan harapan setiap warga sekolah diraikan dalam satu sambutan yang meriah antara guru, PPM, staf pejabat dan juga pekerja swasta. Pelbagai acara telah disusun sepanjang hari tersebut. (abk_103)

    JA

    N,FE

    B,M

    AC,A

    PR,M

    EI

    2012

    Menarik Di Dalam:

    Sidang Ridaksi Buletin 2

    Aktiviti perkhemahan 2

    Catatan Khas Editor 2

    Barisan Pengawas SKPKBP 3

    Mesyuarat Agung PIBG 3

    Maulid Rasul 3

    Pertandingan Bowling 6

    Pertandingan Mewarna 3 Lensa SKPKBP 4&5

    Program Pend. Luar KKBP 6

    Info Speed 7

    Bantuan Aeal Persekolahan 6

    Data guru, staf dan murid 7

    Buletin Speed diterbitkan dengan tujuan memberi

    maklumat semasa kepada ibubapa dan masyarakat

    setempat.

    Terbitan pertama adalah pada Januari-Februari

    2008 sebagai kesinambungan kepada terbitan buletin sekolah

    sebelum itu.

    Pernah mendapat surat penghargaan

    tahniah atas penerbitan-nya daripada Ketua Sektor,

    Sektor Pend Khas Dan Swasta bertarikh 14 Mac

    2008 (Rujuk Buletin Edisi Mei 2008).

    Sekali lagi penerbitan dihargai apabila lembaran buletin

    Edisi Mei 2008 dimasukkan dalam buku Pengurusan

    Sekolah Tips ABC tulisan Hj Md Kassim b Md Noah,

    Ketua Sektor Jaminan Kualiti, JPNJ (Rujuk Buletin

    Edisi Jan-Feb 2009).

    {Rujuk halaman 2 dalam CATATAN KHAS

    EDITOR}

    LAGI BERITA & GAMBAR DI HALAMAN 5

    Guru pembimbing mengawasi dan melatih pergerakan murid dalam aktiviti berakit yang diadakan sempena program perkhemahan dan motivasi kepimpinan persatuan dan pengakap anjuran unit kokurikulum SKPKBP 2012.

    SKPKBP MEMPUNYAI 24 GURU DAN 40 MURID ehingga Mei 2012, SKPKBP mempunyai bilangan guru seramai 24 orang, 4 orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM), 2 orang pemandu dan 3 orang staf

    pejabat. Sementara bilangan murid adalah seramai 40 orang iaitu 25 lelaki dan 15 perempuan. Kakitangan swasta pula seramai 5 orang. (abk_103)

    Guru, Murid & Staf Raikan Hari Guru Peringkat Sekolah.

    DATA GURU, STAF DAN MURID DI HALAMAN 7

    TAHUN 5, Bilangan 34

    LAGI GAMBAR DI HALAMAN 7

    http://skpkbp.edu.my/Berita--and--Peristiwa.php

    INFO BULETIN SPEED

    SK PEND KHAS BATU PAHAT

  • Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua. Sewaktu menulis catatan ini.saya teringat bapa saya yang dah tiada. Tahniah, tahniah dan tahniah bagi mereka yang masih diberi peluang menatapi atau menikmati kasih sayang seorang ayah. Hargailah jasanya walaupun hanya dengan menjenguk seminit dua. Terima kasih tak terhingga buat semua sahabat guru dan bukan guru kerana bersama-sama melawat emak saya sewaktu dirawat di ICU mahupun wad 4 di HBP. Pengalaman 46 hari tidur di hospital masih terlalu sedikit berbanding jasa orang tua mendidik diri ini. Segala sumbangan dan perhatian sahabat semua di saat saya bercelaru kerana insiden yang menimpa diri dan keluarga akan saya kenang dan hargai. Buletin Speed untuk tahun ke-5 ini saya cadang akan terbit pada Mac lalu. Namun, atas sebab yang tak terduga, menyebab-kan ianya terperap sehingga habis penggal 1 persekolahan. Menatap koleksi buletin yang lepas-lepas dengan tujuan mencari semangat baru menulis buletin yang diamanahkan dalam unit penerbitan sekolah sebenarnya bukan sesuatu yang mudah, sementalahan pula Buletin Speed edisi 33 sebelum ini sudah terba-yang di fikiran; itulah bakal buletin terakhir buat saya. Alhamdulillah, tiba-tiba terjumpa satu artikel yang saya tulis dan gambar yang saya paparkan sebagai tag-line dalam Speed Bilangan 4 Tahun 2008 adalah antaranya orang yang saya tidak kenal pada waktu itu (mungkin sahabat guru lain ada yang sudah lama mengenalinya), tetapi kini telah bertugas di SKPKBP. Maaf, saya tidak mengenalinya waktu itu. Mungkin kebetulan atau telah ditakdirkan kerana saya hanya me-nyatakan di buletin tersebut iaitu En Abdul Rahman (tiga dari kanan) sempat bergambar kenangan dengan Yang Berbahagia Dato Haji Alimuddin b Mohd Dom , Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (dua dari kiri) sewaktu melawat pameran ICT. En Abd Rahman kini menjadi Guru Besar di SKPK Ipoh dan Tuan KPPM tersebut kini telah bersara. Dan, Pn Hamidah bt Ahmad Sahal, kini telah menjadi majikan saya dan bakal bersara disini. Amin. Subhanallah. A p a p u n cadangan untuk menjadikan buletin ini paparan dalam talian seperti yang dicadangkan oleh beberapa orang sahabat telah lama

    ditunaikan oleh Guru ICT sekolah, En Mohamad Saffri b Hamali. (http://skpkbp.edu.my/Berita--and--Peristiwa.php) Harap buletin ini dapat dimanfaatkan oleh semua.

    Sekian, selamat membaca.

    Halaman 2

    DARI HALAMAN UTAMA

    Pn Hamidah bt Ahmad Sahal berdiri di tengah antara En Abd Rahman dan Dato Hj Alimuddin KPPM ketika itu.

    SIDANG RIDAKSI : Buletin SpeEd Jan-Mei 2012 SK Pendidikan Khas Batu Pahat

    PENAUNG & PENGERUSI Pn Hamidah bt Ahmad Sahal

    Guru Besar SKPK Batu Pahat

    NAIB PENGERUSI Pn Hjh Arni bt Md Noor

    GPK HEM

    EDITOR & GRAFIK Aizam @ Azlan bin Kadiron

    ( [email protected] )

    WARTAWAN & PENGARANG Pn Norhafizah binti Nordin Pn Maznah bt Abu Bakar Pn Radziah bt Sulaiman

    JURUGAMBAR En Mohamad Saffri bin Hamali

    En Kevin Mak Wai Kim

    PENERBIT Unit Penerbitan, Pusat Sumber SKPKBP,

    Jln Lim Yew Leong, PS 30, 83007 Batu Pahat, Johor D Tazim.

    Tel: 07 4341139 / Fax: 07 4342139 / E-mel : [email protected]

    http://skpkbp.edu.my/Berita--and--Peristiwa.php

    Sebarang pertanyaan atau sumbangan artikel boleh dialamatkan ke alamat di atas.

    CETAKAN / EDARAN En Munif bin Hj Basir

    AKTIVITI MEMANCING MEMERIAHKAN SUASANA PETANG DI HARI PERTAMA

    eronok rupanya memancing...!. Peserta perkhemahan telah didedahkan dengan aktiviti memancing ikan di dalam kolam dengan bimbingan guru

    pengiring. Pelbagai ragam dapat dilihat pada hari pertama perkhemahan apabila aktiviti memancing mendapat hasil tangkapan yang amat menggalakkan walaupun ikan dilepas semula ke dalam kolam setelah tamat pertandingan. (abk_103)

    KEMBARA, MEMASAK, BERAKIT DAN MERENTAS AIR

    elbagai aktiviti lain telah dijalankan pada sebelah malam dan keesokannya seperti kembara, memasak,

    berakit dan merentas air. Peserta turut diberi bimbingan kerohanian, motivasi serta permainan. Pembahagian kumpulan sekawan telah memudahkan aktiviti dijalankan dalam bentuk pertandingan. (abk_103)

  • Halaman 3

    Barisan pengawas SKPKBP sessi 2012

    10 Orang Pengawas bergambar bersama GPK1, GPK HEM, GPK KOKU, Guru Disiplin dan Guru Pengawas.

    ada 17 Januari 2012, seramai 10 orang murid telah dilantik sebagai pengawas sekolah untuk sesi 2012. Mereka ialah Lim Jin Yu (Ketua), Nor Nabila bt Mohd Nazri (Penolong), Mohamad Khairudin b Jasmani, Amirulalif b Abdul

    Hamid, Noranisyah Anis bt Nordin, Yap Xin Hong, Mohamad Amirul b Musnaini, Mohamad Zubair b Zulkiflee, Mohamad Khair Zuhri b Mohamad Noor dan Nurul Aisyah bt Isa. (abk_103)

    MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-22 & HARI ANUGERAH 2011 iada pemilihan AJK baharu pada mesyuarat kali ini. Namun begitu mesyuarat tetap dijalankan dengan lancar, sebelum majlis rehat sebentar dengan

    jamuan ringan. Selepas itu program Hari Anugerah 2011 yang telah ditangguhkan pada tahun lalu dimulakan sehingga jam 1.00 petang. Kehadiran dan sokongan ibubapa dalam kedua-dua program yang diadakan pada hari Sabtu, 25 Febuari 2012 amat baik dan membanggakan. (abk_103)

    MAJLIS MAULID RASUL PERINGKAT SEKOLAH erarak di kawasan luar sekolah. Kemudian acara diteruskan di Balai Harmoni dengan program ucapan, persembahan

    murid dan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Ikmal Hisham b Shamsuddin. Program dalaman yang dibuat pada 10 Febuari 2012 itu telah dianjurkan oleh Panitia Agama Islam telah diakhiri dengan jamuan makan tengahari (abk_103)

    PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA BERTEMA ALAM SEKITAR anitia Pendidikan Seni Visual telah mengelolakan pertandingan melukis dan

    mewarna bertema alam sekitar anjuran bersama pihak swasta dengan kerjasama kementerian. Program yang dianjurkan pada 02 Febuari 2012 itu dibahagikan kepada 2 acara iaitu mewarna lukisan untuk murid Tahap 1 dan melukis untuk murid Tahap 2. (abk_103)

  • Halaman 4

    DARI HALAMAN UTAMA

  • Halaman 5

  • Halaman 6

    PROGRAM PENDIDIKAN LUAR KELAS KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN (KKBP)

    encabar!. Proram luar KKBP di Gunung Soga amat mendatangkan kesan bukan sahaja untuk murid malahan kepada guru dan PPM. Program ini

    dijalankan pada 15 Februari 2012. Aktiviti ini amat baik untuk menguji ketahanan fizikal dan mental selain kesabaran diri melayan karenah dan keselamatan murid-murid. (abk_103)

    BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN MURID TAHUN 1 2012 atu Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan Murid Tahun 1 2012 bagi DUN

    Penggaram telah disampaikan oleh YB Datuk Koh Chee Chai (ADUN Kawasan Penggaram) bertempat di SJKC Ai Chun 1 pada 08 Mac 2012. Murid SKPKBP telah menerima bantuan di majlis tersebut dengan diiringi oleh Pn Guru Besar, Pn Hamidah bt Ahmad Sahal dan GPK 1, En Hamidi b Selamat. (abk_103)

    PERTANDINGAN BOWLING PERINGKAT DAERAH BATU PAHAT

    K Pend. Khas Batu Pahat telah menghantar beberapa orang peserta dalam

    pertandingan bowling anjuran Pendidikan Khas daerah pada 28 Februari 2012 yang lalu. Antara peserta terlibat ialah Lim Jin Yu, Yap Xin Hong, Mohamad Aizudin dan Nurul Aishah sambil dibimbing oleh En Mohamad Faizal b Abdullah dan En Ikhmal Hisham b Shamsuddin. (abk_103)

    Program 1 : Mendaki Gunung Soga, Batu Pahat

    enyeronokan!. Murid macam tak nak balik apabila di bawa ke Taman Permainan di Tasik Y pada 22 Feb 2012. Selain bermain, murid turut diajar

    dengan latihan berjalan di kawasan berjalan kaki di kawasan batu refleksiologi. (abk_103)

    Program 2 : Taman Rekreasi Tasik Y, Batu Pahat

    engutip cengkerang!. Itu matlamat awal untuk hadir ke sini pada 29 Feb. 2012. Walaupun cengkerang yang dicari tidak banyak kelihatan, tetapi

    pendedahan murid dengan suasana pantai yang bertembok batu dengan kemudahan tempat duduk selesa memudahkan aktiviti-aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan mudah. (abk_103)

    Program 3 : Hentian Mahkota, Parit Simin

    elas pra kacau daun!! (Maaf, gurau jer). Pada 22 Mac 2012, di tempat ini, murid meluahkan seni kreatif mereka bermain pasir di pantai. Pelbagai

    peralatan permainan pasir telah di bawa oleh guru pengiring dan PPM bagi memudahkan murid-murid membina pelbagai bentuk artifak sementara di atas pasir pantai. Program seterusnya akan dinyatakan pada Buletin akan datang... (abk_103)

    Program 4 : Membina istana pasir di Pantai Punggor, Senggarang.

    LAGI GAMBAR DI HALAMAN 5

  • Halaman 7

    Info SpeEd (Bahagian 34)

    TAHUN /KELAS LELAKI PEREMPUAN JUMLAH BESAR M C I Jum M C I Jum

    1 PRASEKOLAH 3 1 - 4 1 - - 1 5

    3 KKBP Sinar 2 3 - - 3 - 1 1 2 5

    5 TAHUN 1 - - 1 1 1 - - 1 2

    6 TAHUN 2 - - - 0 1 - - 1 1

    7 TAHUN 3 2 1 - 3 1 - - 1 4

    8 TAHUN 4 2 - - 2 - - - 0 2

    9 TAHUN 5 2 - - 2 - - - 0 2

    10 TAHUN 6.1 2 - 1 3 2 - - 2 5

    JUMLAH 19 4 2 25 9 5 1 15 40

    BIL

    2 KKBP Sinar 1 1 1 - 2 1 2 - 3 5

    4 PENGUKUHAN 2 1 - 3 1 1 - 2 5

    11 TAHUN 6.2 2 - - 2 1 1 - 2 4

    BUTIRAN LELAKI PEREMPUAN JUMLAH BESAR M C I Jum M C I Jum

    GURU 7 1 - 8 15 1 - 16 24

    STAF SOKONGAN 3 - - 3 6 - - 6 9

    12 1 - 13 25 1 - 26 39 JUMLAH

    STAF SWASTA 2 - - 2 4 - - 4 6

    DATA GURU, STAF & MURID PADA 01 Mei 2012

    DARI HALAMAN UTAMA

    SINDROM DOWN

    Sindrom down adalah satu simptom yang terjadi disebabkan oleh baka atau gen yang tidak normal. Ia terjadi apabila terdapat lebih satu kromosom pada kromosom ke-21. Dianggarkan sindrom down terjadi pada kadar satu bagi setiap 650 kelahiran. Perkembangan mental kanak-kanak sindrom down ini adalah lebih lambat berbanding dengan kanak-kanak normal. Sindrom down ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu Trisomi, Translocation dan Mosaic.

    Potensi perkembangan kanak-kanak sindrom down ini sukar diramal kerana darjah kecacatan mereka yang berbeza. Ini ditambahkan lagi dengan pedidikan awal yang diberikan adalah berbeza. Kanak-kanak ini perlu mendapat pendidikan khas seawal mungkin untuk membantu mereka hidup berdikari. Permeriksaan perubatan dan psikologi yang teliti dan terperinci perlu dilakukan bagi menentukan tahap kecacatan yang dialami. Kebolehan kanak-kanak sindrom down adalah terhad. Antara ketidakupayaan kanak-kanak ini ialah kecacatan pendengaran, penglihatan, fizikal, serebral palsi dan mempunyai masalah pembelajaran. Hampir 50 peratus

    kanak-kanak Sindrom Down mengalami masalah jantung, pertuturan dan sistem pencernaan, tidak upaya intelek (terencat akal), komplikasi pada penglihatan (seperti katarak yang boleh menyebabkan buta) atau menghidap leukemia. Bahkan tahap kecerdasan (IQ) anak Sindrom Down juga rendah, iaitu antara 35 hingga 70 saja. Kajian menunjukkan 88 peratus kelebihan kromosom 21 ini didapati daripada ibu dan lapan peratus daripada bapa, dua peratus ketidaknormalan genetik berlaku disebabkan kesilapan mitotik iaitu proses pembahagian sel ketika awal kehamilan, manakala dua peratus lagi tidak diketahui. Namun, yang penting untuk diingat ialah sindrom down bukan penyakit keturunan yang boleh berlaku kepada sesiapa saja tanpa mengira kaum, kedudukan dan tahap sosio ekonomi. ...(bersambung)

  • PERTANDINGAN PENTANQUE PERINGKAT SEKOLAH

    .BU

    LETI

    N S

    pe

    Ed J

    AN-M

    EI 2

    012

    . KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS

    PERINGKAT NEGERI JOHOR 2012

    PENCAPAIAN PESERTA PADA KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS NEGERI JOHOR 20012

    Mohamad Haziq b Mohd Azhar 1 emas (lontar peluru) & 1 perak (4x200 m )

    Mohd. Khairuddin b Jasmani 2 perak (200 m & 4x200 m)

    Nuranisyah Anis bt Nordin 1 perak (200 m)

    Mohamad Aizudin b Haron 2 gangsa (4x200 m)

    Muhamad Asrulnizam b Supardi 1 gangsa (4x100m)

    Mohamad Syazwan b M. R. Vijaindran -

    Lim Jin Yu -

    eberapa orang murid telah mewakili daerah dalam Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Negeri Johor yang diadakan di

    daerah Kluang. Dalam kejohanan tersebut peserta dari SKPKBP telah memenangi 1 pingat emas dan 3 pingat perak. (abk103)

    Halaman 8

    atu pertandingan pentanque antara murid SKPKBP telah diadakan pada 3-4 April 2012 bertempat di Padang Pentanque

    MPBP. Peserta dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu prasekolah, KKBP, Tahap 1 dan Tahap 2. Peserta terpilih telah dikenalpasti untuk mewakili sekolah dalam pertandingan peringkat daerah. (abk103)