Upload
others
View
6
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
TAHAP KEMAHIRAN BELAJAR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN
AKADEMIK DI KALANGAN PELAJAR CINA DAN PELAJAR MELAYU
TAHUN
4 SPA/E/J/H (PERDANA)
ROSEMARIA BINTI SALLEH
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
OKTOBER, 2003
Teristimewa untuk abah dan ma yang dihormati dan disayangi:-
Encik Salleh B. Din & Puan Alani Bt Mohd Nawawi.
Terima kasih diucapkan di atas segala pengorbanan & doa untukku.
Untuk adik-beradik yang dikasihi:-
Rosemarzuna, Mohd. Fadzlee, Rosemarinie, Rosemarlinda, Mohd. Farizal,
Rosemariati & Mohd. Faizul.
Sesungguhnya kalian adalah pendorong kejayaanku.
Buat teman-teman tersayang:-
Shalot, Ros, Saa & Mas.
Terima kasih di atas galakan dan dorongan kalian.
Untuk teman-teman seperjuangan 4 SPH (Perdana) 2002/2003.
Terima kasih di atas tunjuk ajar kalian.
Mudah-mudahan kalian semua mendapat keberkatan dari Allah.
Insya-Allah………….
PENGHARGAAN Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurnia-Nya dapat saya
menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada
penyelia PSM saya, Puan Rohana Binti Hamzah kerana sanggup meluangkan masa dan
tenaga membantu saya menyiapkan projek ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada semua responden saya yang
terdiri daripada pelajar-pelajar tahun 4 SPA/E/J/H (Perdana) sesi 2002/2003 kerana
sudi memberikan kerjasama mereka untuk menjawab soal-selidik yang telah
disediakan. Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada rakan-rakan
seperjuangan yang banyak memberi bantuan kepada saya.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga saya
yang sentiasa memberikan dorongan kepada saya dan mendoakan kejayaan saya.
Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala bantuan yang telah diberikan oleh
kalian semua. Sekian, Terima Kasih.
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kemahiran belajar yang
mempengaruhi pencapaian akademik dikalangan pelajar Cina dan pelajar Melayu tahun
4 SPA/E/J/H (Perdana) di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Kajian
ini hanya menumpukan kepada tiga kemahiran belajar iaitu kemahiran mencatat nota,
kemahiran pengurusan masa. Kajian yang menggunakan soal-selidik ini dijalankan
secara tinjauan ke atas 60 orang sampel yang dipilih secara rawak mudah. Data yang
diperolehi telah dianalisis menggunakan perisian SPSS 11.0 For Windows untuk
mendapatkan nilai min, kekerapan dan peratus. Hasil kajian ini menunjukkan tiada
sebarang perbezaan tahap kemahiran belajar di antara pelajar Cina dan juga pelajar
Melayu.
ABSTRACT
The purpose of this research is to studies the influence of study skills’ level in
academic result between Chinese and Malays students (4 SPA/E/J/H) at Faculty of
Education of University Technology Malaysia. This research was based on three study
skills. It is taking note, time management and listening. This research using a
questionnaire and has been conducted on 60 sample which randomly chosen. The data
was analysis using SPSS 11.0 For Windows to obtained a mean, frequency and
percentage. The research shown that there is no difference between Chinese and
Malays students’ study skills’ level.
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
TAJUK i
PENGESAHAN PENYELIA ii
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAHAGIAN SATU
PENDAHULUAN
BAB I PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 3
1.4 Objektif Kajian 4
1.4.1 Objektif Am 4
1.4.2 Objektif Khusus 4
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Batasan Kajian 5
1.7 Kepentingan Kajian 5
1.8 Definisi Istilah 6
1.9 Penutup 8
BAHAGIAN DUA
SOROTAN KAJIAN
BAB II SOROTAN KAJIAN 9
2.1 Pengenalan 9
2.2 Kemahiran Belajar 10
2.3 Kemahiran Mencatat Nota 12
2.4 Kemahiran Pengurusan Masa 17
2.5 Kemahiran Mendengar 21
2.6 Penutup 24
BAHAGIAN TIGA
METODOLOGI KAJIAN
BAB III METODOLOGI KAJIAN 25
3.1 Pengenalan 25
3.2 Rekabentuk Kajian 26
3.3 Sampel Kajian 26
3.4 Instrumen Kajian 27
3.5 Kajian Rintis 29
3.6 Prosedur Kajian 29
3.7 Analisis Data 29
3.8 Penutup 30
BAHAGIAN EMPAT
ANALISIS DATA
BAB IV ANALISIS DATA 31
4.1 Pengenalan 31
4.2 Analisis Data Bahagian A 31
4.2.1 Jantina 32
4.2.2 Bangsa 33
4.2.3 Kursus 34
4.2.4 CPA Semester Lepas 35
4.3 Analisis Bahagian B 36
4.3.1 Analisis Data Persoalan Kajian 1 36
4.3.2 Analisis Data Persoalan Kajian 2 38
4.3.3 Analisis Data Persoalan Kajian 3 40
4.3.4 Analisis Data Persoalan Kajian 4 41
4.3.5 Analisis Data Persoalan Kajian 5 42
4.4 Kesimpulan 43
BAHAGIAN LIMA
PERBINCANGAN DAN CADANGAN
BAB V PERBINCANGAN DAN CADANGAN 44
5.1 Pengenalan 44
5.2 Perbincangan 45
5.2.1 Bahagian A 45
5.2.2 Bahagian B 46
5.2.2.1 Tahap Kemahiran Mencatat 46
Nota Di Kalangan Pelajar
5.2.2.2 Tahap Kemahiran Pengurusan Masa 48
Di Kalangan Pelajar
5.2.2.3 Tahap Kemahiran Mendengar 49
Di Kalangan Pelajar
5.2.2.4 Tahap Kemahiran Belajar 50
Di Kalangan Pelajar
5.3 Cadangan 51
5.3.1 Kemahiran Mencatat Nota 51
5.3.2 Kemahiran Pengurusan Masa 52
5.3.3 Kemahiran Mendengar 52
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 53
5.5 Kesimpulan 53
BAHAGIAN ENAM
RUJUKAN
RUJUKAN 54
BAHAGIAN TUJUH
LAMPIRAN
LAMPIRAN
A. Set Soal-Selidik 60
B. Analisis Kebolehpercayaan (ALPHA) 64
C. Surat Pengesahan Isi Kandungan 65
Instrumen Kajian
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.1 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut jantina 32
4.2 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut bangsa 33
4.3 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut kursus 34
4.4 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut CPA 35
semester lepas
4.5 Data analisis bagi tahap kemahiran mencatat nota 36
4.5.1 Nilai min bagi tahap kemahiran mencatat nota mengikut 37
bangsa
4.6 Data analisis bagi tahap kemahiran pengurusan masa 38
4.6.1 Nilai min bagi tahap kemahiran pengurusan masa mengikut 39
bangsa
4.7 Data analisis bagi tahap kemahiran mendengar 40
4.7.1 Nilai min bagi tahap kemahiran mendengar mengikut bangsa 41
4.8 Analisis bagi tahap kemahiran belajar 41
4.9 Analisis perbezaan tahap kemahiran belajar di antara pelajar 42
Cina dan pelajar Melayu
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
4.1 Bilangan responden mengikut jantina 32
4.2 Bilangan responden mengikut bangsa 33
4.3 Bilangan responden mengikut kursus 34
4.4 Bilangan responden mengikut CPA semester lepas 35
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT
A Set soal-selidik 60
B Analisis Kebolehpercayaan (ALPHA) 64
C Surat Pengesahan Isi Kandungan Instrumen Kajian 65
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pada hari ini isu pencapaian pelajar Melayu yang kurang memuaskan mendapat
perhatian umum. Dari hari ke hari, perkara ini kerapkali diperkatakan. Kenapakah
masalah ini terjadi? Adakah kerana lebih ramai pelajar bukan Melayu berjaya
menempatkan diri di universiti tempatan?
Menurut Kajian Prestasi Pelajar di UTM yang dilakukan oleh Abu Bakar, et. al
(1997), kelemahan pelajar Melayu seringkali dikaitkan dengan sikap. Dapatan lain
menunjukkan pelajar Melayu kurang menguasai Bahasa Inggeris berbanding pelajar
bukan Melayu. Selain itu, kajian ini juga menunjukkan pelajar Melayu kurang cekap
dalam mengambil nota. Adakah hanya masalah ini yang dihadapi oleh pelajar Melayu
ataupun masih terdapat masalah lain?
1.2 Latar belakang masalah.
Beberapa tahun kebelakangan ini, masalah pencapaian pelajar Melayu yang
kurang memuaskan kerapkali diusulkan di dada akhbar. Malahan, Perdana Menteri kita
iaitu Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pernah menitiskan air mata ketika
memperkatakan tentang pencapaian pelajar Melayu yang kurang memuaskan ini. Ini
menunjukkan bahawa masalah ini mendapat perhatian umum termasuklah Perdana
Menteri sendiri.
Kebimbangan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad ini
berhubung pencapaian akademik pelajar Melayu di institusi pengajian tinggi (IPT)
terutama untuk memperolehi ijazah kelas pertama memang berasas. Setelah segala
usaha yang dilakukan oleh kerajaan, pencapaian pelajar Melayu masih di tahap lama.
(Utusan Malaysia, 2001).
Berdasarkan Kajian Prestasi Pelajar di UTM yang dijalankan oleh Abu Bakar,
et. al (1997), mendapati bahawa pelajar Melayu lebih ramai yang mendapat keputusan
3.0 ke bawah berbanding pelajar bukan Melayu yang mendapat keputusan 3.0 ke atas.
Apakah puncanya pencapaian pelajar Melayu kurang berbanding pelajar bukan
Melayu?
Menurut laporan Utusan Malaysia pada 16 Julai 2001, hanya 28 daripada 6,766
orang pelajar Bumiputera di UTM memperolehi kelas pertama. Bagi pelajar bukan
Bumiputera pula, 301 orang daripada 3,068 orang mendapat kelas pertama. Seramai
240 orang pelajar Bumiputera dan hanya 14 orang pelajar bukan Bumiputera yang
memperolehi kelas ketiga.
Ini menunjukkan pencapaian yang rendah di kalangan pelajar Melayu
berbanding dengan pelajar bukan Melayu. Walaupun terdapat pembolehubah yang
sama mempengaruhi pembelajaran pelajar untuk semua kaum, namun pelajar
Bumiputera didapati berada dalam keadaan kekurangan dari segi pembelajaran
berbanding dengan pelajar bukan Bumiputera (Unit Pengajaran dan Pembelajaran
UTM, 1995).
Menurut Sulaiman (1996), dalam proses pembelajaran untuk mencapai
kecemerlangan akademik yang menjadi perkara pokok ialah pelajar itu sendiri. Ini
bermakna bahawa dalam proses mencapai kecemerlangan, ia bergantung kepada daya
usaha pelajar itu sendiri untuk berjaya. Pelajar seharusnya bersedia dan mendorong diri
sendiri untuk belajar agar dapat menghasilkan kemahiran belajar yang berkesan untuk
mendapat kejayaan dalam pelajaran.
Menurut Getingger dan Seibert (2002), pelajar pada semua peringkat yang
memiliki kemahiran belajar yang berkesan berkemungkinan mencapai kejayaan.
Menurut Anderson, et.al (1969), kejayaan dalam pelajaran banyak bergantung kepada
kemahiran belajar seseorang individu. Oleh itu, pengkaji ingin mengkaji tahap-tahap
kemahiran belajar yang mempengaruhi pencapaian akademik di kalangan pelajar.
1.3 Pernyataan masalah.
Secara umumnya, keberkesanan kemahiran belajar adalah asas kepada
pencapaian akademik. Kebolehan pelajar mengaplikasikan kemahiran belajar akan
membantu pelajar mencapai kejayaan dalam pelajaran. Kemahiran belajar pula
terbahagi kepada beberapa seperti kemahiran membaca, kemahiran menulis, kemahiran
mengurus masa dan lain-lain.
Justeru itu, penyelidikan ini adalah untuk mengkaji tahap-tahap kemahiran
belajar yang mempengaruhi pencapaian di kalangan pelajar Cina dan pelajar Melayu 4
PTV (Perdana) dari aspek kemahiran mencatat nota, pengurusan masa dan kemahiran
mendengar.
1.4 Objektif Kajian
1.4.1 Objektif Am.
Objektif am kajian ini adalah untuk mengkaji tahap-tahap kemahiran belajar
yang mempengaruhi pencapaian di kalangan pelajar Cina dan pelajar Melayu 4 PTV
(Perdana).
1.4.2 Objektif Khusus.
Objektif khusus kajian ini adalah untuk:-
a. Mengenal pasti tahap kemahiran mencatat nota di kalangan pelajar.
b. Mengenal pasti tahap kemahiran pengurusan masa di kalangan pelajar.
c. Mengenal pasti tahap kemahiran mendengar di kalangan pelajar.
d. Mengenal pasti tahap kemahiran belajar pelajar 4 PTV Perdana.
e. Mengenal pasti perbezaan tahap kemahiran belajar di antara pelajar
Cina dan pelajar Melayu.
1.5 Persoalan kajian.
Kajian ini diharapkan dapat menjawab beberapa persoalan berikut:-
i Apakah tahap kemahiran mencatat nota di kalangan pelajar?
ii Apakah tahap kemahiran pengurusan masa di kalangan pelajar?
iii Apakah tahap kemahiran mendengar di kalangan pelajar?
iv Apakah tahap kemahiran belajar di kalangan pelajar 4 PTV
Perdana?
v Adakah terdapat perbezaan tahap kemahiran belajar di antara pelajar
Cina dan pelajar Melayu?
1.6 Batasan kajian
Kajian ini dijalankan di Fakulti Pendidikan, UTM yang hanya memfokuskan
kepada pelajar tahun 4 PTV (Perdana). Kajian ini hanya meninjau mengenai tahap-
tahap kemahiran belajar yang mempengaruhi pencapaian di kalangan pelajar Cina dan
pelajar Melayu 4 PTV (Perdana) dari aspek kemahiran mencatat nota, pengurusan masa
dan kemahiran mendengar.
1.7 Kepentingan kajian.
Kajian ini diharapkan dapat mengenalpasti tahap-tahap kemahiran belajar yang
mempengaruhi pencapaian di kalangan pelajar Cina dan pelajar Melayu 4 PTV