19
SULIT SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SUTERA PEPERIKSAAN PERTENGAHAH TAHUN 2013 BAHASA MELAYU Kertas 1 TAHUN 6 Lima Puluh Minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. 2. Jawap dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan. 3. Bagi setiap soalan hitamkan satu ruangan sahaja. 4. Jika kamu handak menukar jawapan, padamkan tanda yangtelah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru. [ Lihat halaman sebelah BM-T6-K1 SULIT 011 Bahasa Melayu Kertas 1 Mei 2013

T6_011.doc

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: T6_011.doc

SULIT

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SUTERA

PEPERIKSAAN PERTENGAHAH TAHUN

2013

BAHASA MELAYUKertas 1

TAHUN 6Lima Puluh Minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan.

2. Jawap dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

3. Bagi setiap soalan hitamkan satu ruangan sahaja.

4. Jika kamu handak menukar jawapan, padamkan tanda yangtelah dibuat. Kemudian hitamkan

jawapan yang baru.

Kertas soalan ini mengandungi 11 halaman bercetak

[ Lihat halaman sebelahBM-T6-K1

SULIT

011Bahasa MelayuKertas 1Mei 201350 minit

Page 2: T6_011.doc

SULIT 2

Soalan 1 - 18

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling tepat.

1. Tiupan _________ oleh Si Bongkok itu telah memikat hati beberapa orang pemudi di

Kampung Semerah Padi.

A biola

B serunai

C gambus

D gendang

2. Adik saya belajar di __________ kerana dia masih kecil dan berumur lima tahun.

A Perpustakaan Desa Rahmat

B Sekolah Tanjung Kapit

C Tadika Kemas

D Hotel Seri Wangi

3. Datin Hasnah seorang yang dermawan. Oleh sebab itu, __________ disenangi oleh

jiran-jirannya.

A dia

B mereka

C beliau

D baginda

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4. "Kalau tidak silap patik, pokok tempat __________ bersandar ini namanya pokok

Melaka," ujar Panglima Ali kepada Sultan Muzaffar.

A baginda

B tuanku

C hamba

BM-T6-K1 SULIT

Page 3: T6_011.doc

SULIT 3

D beta

5. Mak cik Zaleha sedang __________ tikar mengkuang di serambi rumahnya.

A menganyam

B menjahit

C meraut

D menyirat

6. Aidil Zakuan tidak dapat meneruskan larian kerana kakinya __________ .

A kaku

B kejur

C keras

D kejang

7. Sejak akhir-akhir ini susuk badan Pak Arman semakin __________ kerana dia

menghidap penyakit aneh.

A halus

B langsing

C kurus

D ramping

8. Rasa masakan itu __________ kerana tidak dimasukkan garam menyebabkan peserta

Program Master Chef itu dimarahi oleh tenaga pengajarnya.

A kelat

B manis

C pahit

D tawar

9. Ibu Hanis tidak sanggup lagi melaksanakan tugasan itu __________ badannya

semakin uzur.

A semasa

B sekiranya

C sementara

D sementelah

BM-T6-K1Lihat Halaman Sebelah

SULIT

Page 4: T6_011.doc

SULIT 4

10. Tempoh promosi barang-barang itu __________sehingga akhir bulan Mei ini dan

kebanyakan barang yang dipromosikan __________ pakaian dan peralatan elektrik.

A ialah ... ialah

B ialah ... adalah

C adalah ... adalah

D adalah ... ialah

11. Murid-murid __________ menyertai semua aktiviti kokurikulum yang dianjurkan

oleh pihak sekolah.

A masih

B patut

C sedang

D pernah

12. Pemandangan di Pesta Flora Taman Orkid Hutan Bandar itu__________ indah pada

waktu malam.

A nian

B sekali

C benar

D paling

13. Datuk Khalid telah memberi ___________ kewangan kepada murid-murid miskin di

Sekolah Mara Jaya itu.

A sokongan

B dorongan

C galakan

D bantuan

14. Siti Nurhaliza mengadakan majlis __________ sempena ulang tahun

perkahwinannya.

A kehadiran

B keramaian

BM-T6-K1 SULIT

Page 5: T6_011.doc

SULIT 5

C keramahan

D kemasyhuran

15. Sejak kelmarin lagi __________ keluarga Maya Kiran akan berpindah ke Kuala

Lumpur pada bulan depan.

A dengar-dengar

B entah-entah

C betul-betul

D agak-agak

Soalan 16 berdasarkan gambar di bawah.

16. Abang menggunakan __________ untuk membuat sudut tegak.

A kekisi

B sesiku

C rerambut

D bebenang

17. Hujan lebat menyebabkan ____________di Kampung Tualang Tiga tidak boleh

dilalui kerana ditenggelami air banjir.

A jalan mati

B jalan buntu

C jalan raya

D jalan damai

18. Pak Daiman yang sudah lanjut usianya itu masih mempunyai __________ yang kuat

kerana dapat menceritakan banyak peristiwa ketika dia masih kanak-kanak.

A tipu daya

B kata laluan

C badan usaha

BM-T6-K1Lihat Halaman Sebelah

SULIT

Page 6: T6_011.doc

SULIT 6

D daya ingatan

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

19. I Emak masuk ke dapur lalu menyediakan hidangan untuk makan tengah hari.

II Jamilah Jonet lalu datang ke rumah saya untuk berbincang tentang pelajaran.

III Adibah Noor tidak lalu makan kerana dia demam.

IV Tiga minggu yang lalu rumah Pak Darsuki dimasuki pencuri.

A I dan II sahaja

B II dan III sahaja

C I, III dan IV sahaja

D II, III dan IV sahaja

20. I Bergotong-royong ialah satu cara untuk meringankan kerja yang sukar.

II Mengikut tabib, Encik Lim menghidapi penyakit yang sukar untuk sembuh.

III Atan dibenci oleh rakan-rakannya kerana sikapnya yang sukar mengganggu

orang.

IV Air laut yang semakin sukar itu mencemaskan Pak Ali hendak mengawal

sampannya.

A I dan II

B II dan III

C I dan IV

D III dan IV

Soalan 21 berdasarkan gambar di bawah.

21. Pak Suparman menggergaji _________ buluh untuk dijadikan tabung anaknya.

A seruas

B sebilah

BM-T6-K1 SULIT

Page 7: T6_011.doc

SULIT 7

C seberkas

D sebatang

22. Emak menghadiahkan __________ baju kurung kepada kakak sempena ulang

tahunnya yang kelapan belas.

A sehelai

B secebis

C sepasang

D selonggok

23. Pak Munir mengopek kelapa di kebunnya sebelum dijual kepada pemborong.

Pilih perkataan seerti bagi mengopek.

A memotong

B menghiris

C mengupas

D membelah

24. Sebelum membuat sebarang keputusan, Yusnita selalu sahaja waspada.

Pilih perkataan berlawan bagi waspada.

A lali

B alpa

C lupa

D gopoh

Soalan 25 berdasarkan gambar di bawah.

25. A Nah, terimalah balasan jika berbuat jahat!

B Cis, banyaknya darah keluar!

C Aduh, sakitnya kakiku!

BM-T6-K1Lihat Halaman Sebelah

SULIT

Page 8: T6_011.doc

SULIT 8

D Wah, malangnya nasibku!

Pilih ayat yang betul berdasarkan gambar di bawah.

26. A Bolehkah saya ambilkan buku-buku itu sekarang?

B Awak sebenarnya berasal dari negeri manakah?

C Dekatkah rumah awak daripada sini?

D Ini emak saudara awak?

Pilih Ayat Sama Maksud dengan ayat yang diberikan.

27. Mereka terpaksa meredah kawasan hutan berpaya yang luas sebelum tiba ke tapak

perkhemahan yang menarik itu.

A Mereka terpaksa meredah tapak perkhemahan, sebelum tiba ke kawasan hutan

luas berpaya yang menarik itu.

B Mereka terpaksa meredah kawasan hutan yang luas, sebelum tiba di tapak

pekhemahan berpaya yang menarik itu.

C Sebelum tiba ke tapak perkhemahan yang menarik itu mereka terpaksa

meredah ke kawasan hutan berpaya yang luas.

D Sebelum tiba di tapak perkhemahan berpaya yang menarik itu, mereka

terpaksa meredah kawasan hutan yang luas.

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

28. Apakah langkah-langkah yang patut kamu lakukan untuk meningkatkan pencapaian

dalam peperiksaan?

A Selain peperiksaan, setiap kali ujian bulanan saya perlu tingkatkan

pencapaiannya.

B Menelaah pelajaran yang secukupnya dan menambahkan bahan-bahan rujukan

akan meningkatkan pencapaian saya dalam peperiksaan.

C Pencapaian dalam peperiksaan akan meningkat sekiranya saya seorang yang

bijak.

D Pencapaian yang mengagumkan merupakan langkah-langkah peningkatan

dalam peperiksaan.

BM-T6-K1 SULIT

Page 9: T6_011.doc

SULIT 9

29. Janganlah diambil balik sesuatu barang yang telah kita berikan kepada orang lain

kerana perbuatan itu dikatakan __________.

A berat hati

B buruk siku

C busuk hati

D buruk sangka

30. Hidung anak perempuan Dato' Yusof Haslam dan Datin Roziah mancung macam

_____________ .

A. seludang

B. sembilu

C. lengkuas

D. tanduk

BM-T6-K1Lihat Halaman Sebelah

SULIT

Page 10: T6_011.doc

SULIT 10

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

JOHOR BAHRU, 20 Mac - Pertandingan menulis karangan yang dianjurkan oleh Jabatan

Pelajaran Daerah Johor Bahru telah diadakan di Dewan Sekolah Sri Utama dengan kerjasama

Panitia Bahasa Melayu Sekolah Sri Utama. Pertandingan ini telah disertai oleh semua murid

Tahap Dua dari daerah Johor Bahru.

Menurut Encik Lim, tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk menggalakkan dan

memberikan peluang kepada murid-murid berkarya dalam bahasa Melayu. Di samping itu,

pertandingan ini akan dapat memupuk semangat cinta akan bahasa kebangsaan.

Tambahnya lagi, pertandingan ini telah dimulakan sejak sebulan yang lalu. Peserta yang

menyertai pertandingan ini perlu menulis karangan hasilan sendiri dan bukan terjemahan

daripada mana-mana rencana. Peserta bebas menulis sama ada dalam bentuk rencana, cerpen

ataupun puisi. Panjang bagi setiap karya adalah antara 300 hingga 500 patah perkataan.

Para pemenang pertandingan ini menerima hadiah daripada Pegawai Pelajaran Daerah

Johor Bahru. Johan pertandingan mengarang ini ialah Nurul Aqilah Binti Amin, murid Tahun

6 dari Sekolah Kebangsaan Sri Utama. Dia berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak

RM1 000.00 berserta piala dan sijil. Tempat kedua pula disandang oleh Amitha Kaur yang

mendapat wang tunai RM500.00 dan tempat ketiga Cloe Tan yang membawa pulang

RM300.00. Kesemua pemenang telah diraikan dalam satu majlis. Semua hadiah dan trofi

disumbangkan oleh Majlis Guru daerah ini.

Nurul Aqilah, 11 tahun, berkata kemenangan yang diperolehnya hasil latihan serta

sikapnya yang rajin membaca. Dia memperuntukkan masa selama dua jam sehari untuk

membaca. Dia mempunyai minat yang amat mendalam dalam bidang penulisan di samping

mendapat galakan daripada keluarga dan rakan-rakan.

Pihak penganjur juga berharap agar pertandingan pada tahun hadapan akan mendapat

sambutan yang lebih menggalakkan. Beberapa acara selingan telah dipersembahkan seperti

berpidato, pantun, bercerita dan kuiz. Pada acara penutupnya, murid-murid Sekolah Sri

Utama telah mempersembahkan sebuah drama selepas penyampaian hadiah oleh Pegawai

Pelajaran Daerah.

BM-T6-K1 SULIT

Page 11: T6_011.doc

SULIT 11

31. Siapakah yang menganjurkan pertandingan tersebut?

A Majlis Guru Besar.

B Jabatan Pelajaran Daerah.

C Guru-guru Sekolah Sri Utama.

D Panitia Bahasa Melayu Sekolah Sri Utama.

32. Hadiah kepada pemenang bagi semua pertandingan itu disampaikan oleh

A Panitia Bahasa Melayu Derah Petaling Jaya.

B Pegawai Pelajaran Daerah Petaling Jaya.

C Guru Besar Sekolah Sri Utama.

D Guru Besar Sekolah Sri Jaya.

33. Apakah acara yang terakhir yang dipersembahkan?

A Berpidato.

B Bercerita.

C Drama.

D Kuiz.

34. Yang berikut ialah tujuan Pertandingan Mengarang Bahasa Melayu kecuali

A mendorong murid-murid agar mencintai bahasa Melayu.

B menggalakkan murid-murid agar menguasai bahasa Melayu.

C mengetengahkan kebolehan murid-murid yang mengambil bahagian.

D melatih murid-murid menggunakan bahasa Melayu dalam pertandingan.

35. Rangkai kata mendapat galakan dalam petikan bermaksud

A menemui kebaikan

B menikmati layanan

C menerima sambutan

D memperoleh dorongan

BM-T6-K1Lihat Halaman Sebelah

SULIT

Page 12: T6_011.doc

SULIT 12

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Aku akan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah pada bulan

September tahun ini. Peperiksaan ini akan menentukan nasib dan masa hadapanku.

Aku berazam untuk mencapai keputusan 5A. Kejayaan kakak dan abangku sebelum ini

menjadi pendorong untuk aku terus berusaha. Pelbagai cara telah kulakukan. Jadual belajar

yang ketat dan disiplin diri menjadi peganganku untuk mencapai kecemerlangan dalam

peperiksaan.

Tepat jam 5 pagi, aku sudah bangun. Setelah mandi, aku menunaikan solat sunat. Setelah

itu, aku membaca buku pelajaran hingga pukul 6 pagi. Aku melakukan aktiviti senaman

ringan lebih kurang sepuluh minit untuk mendapatkan kesegaran. Setelah mendirikan solat

Subuh dan bersarapan pagi, sementara menunggu bas sekolah sampai, aku menyemak dan

meneliti nota kecil yang sentiasa setia menemaniku. Nota kecil itu kusimpan di dalam poket

bajuku.

Di dalam kelas pula, aku menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran yang diajar

oleh guru. Sekiranya ada hal yang aku tidak faham, aku akan terus bertanya tanpa berasa

malu. Peribahasa "Malu bertanya sesat jalan" sentiasa kuhayati.

Setelah pulang dari sekolah, apabila semua kerja sekolah sudah dibereskan, aku berehat

sambil membaca akhbar untuk mengetahui berita terkini. Bagi mengukuhkan tahap

pembelajaran, aku menghadiri kelas tuisyen tiga kali seminggu pada waktu malam di Pusat

Tuisyen Maju. Pusat Tuisyen Maju sering mengadakan "Kursus Motivasi dan Kemahiran

Belajar" untuk murid-muridnya. Aku tidak pernah melepaskan peluang untuk menghadirinya

kerana menurut guru, aku akan dapat menajamkan fikiran dan meningkatkan kebolehanku

lagi.

Dalam sehari aku memperuntuk masa sekurang-kurangnya tiga jam untuk mengulang kaji

dan satu jam untuk menyemak pelajaran yang baharu. Walaupun penat, aku berpegang pada

peribahasa "hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih". Biarlah aku berpenat sedikit

sekarang asalkan cita-citaku untuk mendapat 5A akan tercapai.

BM-T6-K1 SULIT

Page 13: T6_011.doc

SULIT 13

Sungguhpun segala persiapan telah aku lakukan, namun aku tidak pula lupa untuk berdoa

kepada Allah pada setiap kali selepas sembahyang semoga usahaku ini direstui dan segala

hajatku akan dikabulkan.

36. Siapakah yang menjadi perangsang kepada 'aku'?

A Rakan karib.

B Sepupunya.

C Guru-guru.

D Kakaknya.

37. Bagaimanakah cara 'aku' belajar?

A Meneliti nota kecil dan membuat latihan.

B Mengulang kaji bersama kakaknya.

C Berpandukan jadual belajar yang ketat.

D Mengadakan kumpulan belajar.

38. Apakah yang dilakukan oleh 'aku' untuk memahami pengajaran guru?

A Meminta nasihat guru.

B Memberikan tumpuan.

C Mengikuti kelas tuisyen.

D Meminta bantuan abang

39. Pilih penyataan yang benar tentang "aku" berdasarkan petikan.

A Suka bangun tengah malam.

B Bersenam pada waktu petang.

C Menghadiri kelas tuisyen setiap malam.

D Memperuntuk masa lebih tiga jam sehari untuk mengulang kaji pelajaran.

40. Rangkai kata berita terkini dalam petikan bermaksud

A maklumat terbaru.

B bahan maklumat.

C menyampaikan maklumat.

D semua maklumat.

BM-T6-K1Lihat Halaman Sebelah

SULIT