2
LAMPIRAN 1 (A) ANUGERAH SAINTIS MUDA NEGARA 2015 MOSTI 1 ANUGERAH SAINTIS MUDA NEGARA 2015 SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN 1. Nama Anugerah Anugerah ini dikenali sebagai Anugerah Saintis Muda Negara. 2. Tujuan Anugerah Saintis Muda Negara diadakan sebagai satu pengiktirafan terhadap kerja dan pencapaian yang cemerlang oleh saintis muda dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) sains, teknologi dan inovasi (STI). Anugerah ini diharap akan memberikan perangsang dan galakan kepada saintis muda tempatan untuk meningkatkan kecemerlangan, kreativiti dan sumbangan dalam bidang penyelidikan sains dan teknologi (S&T). 3. Hadiah Anugerah Anugerah ini menyediakan satu (1) hadiah bernilai RM20,000.00, plak dan sijil penghargaan. 4. Kelayakan Pencalonan 4.1 Penyelidikan yang dijalankan hendaklah dalam salah satu bidang keutamaan. 4.2 Saintis di bawah umur 35 tahun pada 31 Disember 2014 adalah layak untuk dicalonkan. 4.3 Anugerah ini hanya dibuka kepada seseorang individu saintis/penyelidik warganegara Malaysia yang menjalankan projek R&D di pusat penyelidikan dan institusi pengajian tinggi awam/swasta atau organisasi penyelidikan swasta di Malaysia. 4.4 Pencalonan hendaklah berasaskan penyelidikan asli yang cemerlang dan menyumbang kepada kemajuan S&T, sosio-ekonomi atau perindustrian negara. Kerja penyelidikan yang dikemukakan mestilah telah diterbitkan sebelum tarikh pencalonan.

Syarat Anugerah Saintis Muda Negara 2015

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Syarat Anugerah Saintis Muda Negara 2015

Citation preview

Page 1: Syarat Anugerah Saintis Muda Negara 2015

LAMPIRAN 1 (A)

ANUGERAH SAINTIS MUDA NEGARA 2015 MOSTI

1

ANUGERAH SAINTIS MUDA NEGARA 2015

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN

1. Nama Anugerah

Anugerah ini dikenali sebagai Anugerah Saintis Muda Negara.

2. Tujuan

Anugerah Saintis Muda Negara diadakan sebagai satu pengiktirafan terhadap

kerja dan pencapaian yang cemerlang oleh saintis muda dalam bidang

penyelidikan dan pembangunan (R&D) sains, teknologi dan inovasi (STI).

Anugerah ini diharap akan memberikan perangsang dan galakan kepada saintis

muda tempatan untuk meningkatkan kecemerlangan, kreativiti dan sumbangan

dalam bidang penyelidikan sains dan teknologi (S&T).

3. Hadiah Anugerah

Anugerah ini menyediakan satu (1) hadiah bernilai RM20,000.00, plak dan sijil

penghargaan.

4. Kelayakan Pencalonan

4.1 Penyelidikan yang dijalankan hendaklah dalam salah satu bidang

keutamaan.

4.2 Saintis di bawah umur 35 tahun pada 31 Disember 2014 adalah layak

untuk dicalonkan.

4.3 Anugerah ini hanya dibuka kepada seseorang individu saintis/penyelidik

warganegara Malaysia yang menjalankan projek R&D di pusat

penyelidikan dan institusi pengajian tinggi awam/swasta atau organisasi

penyelidikan swasta di Malaysia.

4.4 Pencalonan hendaklah berasaskan penyelidikan asli yang cemerlang dan

menyumbang kepada kemajuan S&T, sosio-ekonomi atau perindustrian

negara. Kerja penyelidikan yang dikemukakan mestilah telah diterbitkan

sebelum tarikh pencalonan.

Page 2: Syarat Anugerah Saintis Muda Negara 2015

LAMPIRAN 1 (A)

ANUGERAH SAINTIS MUDA NEGARA 2015 MOSTI

2

5. Pemilihan Pemenang / Syarat

5.1 Pencalonan akan dinilai dan disenaraipendekkan oleh Panel Penilai untuk

pemilihan pemenang. Panel Penilai boleh memanggil calon-calon untuk

temuduga sekiranya perlu.

5.2 Keputusan Panel Penilai adalah muktamad.

5.3 Penerima Anugerah hendaklah bersedia untuk menyampaikan

syarahan/ceramah mengenai hasil kerja yang memenangi Anugerah ini

dari semasa ke semasa apabila diperlukan.

6. Prosedur Pencalonan

6.1 Pencalonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang yang dilampirkan.

6.2 Pencalonan hendaklah dibuat oleh Ketua Pusat Penyelidikan, Naib

Canselor Universiti atau Ketua Organisasi Swasta di mana individu

bekerja.

7. Tarikh Tutup Pencalonan

7.1 Borang pencalonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan

sebelum/pada 31 Mac 2015 kepada alamat berikut:

URUSETIA

ANUGERAH SAINTIS MUDA NEGARA DAN ANUGERAH

JURUTEKNOLOGI NEGARA 2015,

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI)

BAHAGIAN TERAS SAINS DAN TEKNOLOGI

ARAS 2, BLOK C4, KOMPLEKS C

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

62662 PUTRAJAYA

7.2 Borang pencalonan yang diterima selepas tarikh tutup pencalonan tidak

akan dinilai.

7.3 Sebarang pertanyaan berkaitan bolehlah hubungi pegawai berikut:

Pn. Nur Marina Ibrahim ([email protected]) 03-8885 8380

Pn. Siti Zuhaini Abd. Samah ([email protected]) 03-8885 8270

En. Abdul Hadi Mat Som ([email protected]) 03-8885 8359