Susut Nilai Dan Susut Nilai Terkumpul

  • Upload
    mrhaizam

  • View
    1.860

  • Download
    26

Embed Size (px)

Citation preview

SUSUT NILAI DAN SUSUT NILAI TERKUMPUL

Susut nilai bermaksud kejatuhan nilai bagi Aset Bukan Semasa perniagaan Susut nilai merupakan belanja kepada perniagaan maka direkod sebagai belanja dalam Penyata Pendapatan/ debit Akaun Untung Rugi. Contoh merekod : Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir RM RM Belanja: Susut Nilai Kenderaan XXXX

Akaun Untung Rugi bagi tahun berakhir . RM Susut Nilai Kenderaan xxxxx

Susut nilai terkumpul ialah jumlah susut nilai yang dikumpul daripada tahun pertama susut nilai dikira sehingga tahun semasa dalam tempoh perakaunan Susut nilai terkumpul akan direkod pada Kunci Kira-kira di bahagian Aset Bukan Semasa, dengan menolak daripada kos asal aset bukan semasa untuk mendapatkan nilai buku aset berkenaan Contoh merekod: Kunci Kira-Kira pada RM RM Aset Bukan Semasa Kenderaan XXXX (-) Susut Nilai Terkumpul (XXXX) XXXX

Pengiraan susut nilai dapat dilakukan dengan tiga kaedah iaitu kaedah garis lurus/ ansuran tetap/kos tetap, kaedah baki berkurangan dan kaedah penilaian semula

1) KAEDAH GARIS LURUS/ANSURAN TETAP/KOS TETAP Jumlah susut nilai adalah sama setiap tahun sepanjang tempoh usia guna aset berkenaan Aset mungkin boleh dijual setelah tamat usia dengan nilai jualan aset itu yang dikenali sebagai

nilai skrap Formula: Susut Nilai Tahunan = Kos Asal Nilai Skrap Usia guna aset

Susut Nilai tahunan = Kos asal aset X Kadar susut nilai

CONTOH 1: Perniagaan Rinni membeli sebuah mesin bernilai RM 28 000 dan dijangka dapat digunakan selama 5 tahun. Pada akhir tahun ke-5, mesin itu dijangka dapat dijual sebagai besi buruk bernilai RM 3 000. Hitung susut nilai tahunan badi aset tersebut

CONTOH 2: Perniagaan Puspa membeli jentera memproses tebu bernilai RM 10 000. Susut

nilai ditetapkan pada kadar 20% setahun daripada kos asalnya. Hitungkan susut nilai tahunan aset itu

2. KAEDAH BAKI BERKURANGAN Susut nilai tahunan dikira berasaskan kadar peratus yang tetap terhadap nilai buku aset dan

bukan kos asal aset. Untuk memeproleh nilai buku, kos asal aset ditolak dengan susut nilai terkumpul aset

berkenaan Contoh : Kedai Mun Yee membeli sebuah mesin fotostat dengan harga RM 20 000. Kadar

peratus susut nilai dianggarkan sebanyak 10% setahun. Susut nilai tahunan dikira mengikut kaedah baki berkurangan selama tiga tahun. Hitung susut nilai tahunan mesin fotostat tersebut. TAHUN PENGIRAAN SUSUT NILAI SUSUT NILAI TERKUMPUL

3. KAEDAH PENILAIAN SEMULA Rumus : Susut nilai = Nilai aset pada awal tahun + belian aset Nilai aset pada akhir

tahun Contoh : Pada 1 Januari 2012, baki awal alat-alat kecil bagi kedai Motor Arumugam bernilai RM 1 800. Sepanjang tempoh perakaunan, pemilik kedai telah membeli alat-alat kecil bernilai RM 4 500. Pada akhir tempoh perakaunan, iaitu 31 Disember 2012, nilai semasa alat-alat kecil ialah RM 5 100