Upload
ravendran-munian
View
54
Download
1
Embed Size (px)
DESCRIPTION
gdg
Citation preview
Encik Lazit b. Ahmad No. Rujukan:SPHM15/SS/10
Penolong Pengarah Kanan Unit Sukan Tarikh: 30 Mac 2015
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
Tuan,
Per: Memohon Sokongan Penyertaan Sekolah Bagi Program Sukan SP Half Marathon 2015.
Merujuk kepada perkara di atas.
2. Saya S.Genesan,bekas atlit negara selaku pengurus bagi program SP Half Marathon ingin
memohon sokongan penyertaan sekolah dari pihak Tuan bagi satu program sukan untuk
pelajar dan juga masyarakat, di Dataran Zero KM, Sungai Petani, negeri Kedah seperti
berikut :
Nama program : SP HALF MARATHON 2015
Tarikh Perlaksanaan : 12hb September 2015 (Sabtu)
Masa : 6.00pagi hingga 11.00pagi
Tempat : Dataran Zero KM, Sungai Petani, Kedah D.A.
3. Untuk makluman Tuan, sasaran pelajar sekolah dalam program larian ini adalah seramai
3,500 orang peserta. Program ini merupakan satu program sukan yang dapat memberi
manfaat kepada pelajar iaitu memberi kesedaran betapa pentingnya sukan dalam kegiatan
harian , memupuk semangat kesukanan di kalangan pelajar, melahirkan pelajar cergas dan
cerdas. Program ini juga dapat mempromosikan Bandar Sungai Petani serta negeri Kedah
Darul Aman.
4. Untuk pengetahuan Tuan, Menteri Besar Negeri Kedah YAB DatoSeri Mukhriz Bin Tun
Mahathir akan menyampaikan hadiah kepada pemenang dan akan turut bersama ialah
Penaung SP Half Marathon 2015, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman YB
Dato Haji Tajul Urus Bin Haji Mat Zain, dan juga beberapa bekas atlit kebangsaan yang
pernah mengharumkan nama Negara.
KELAB SUKAN GENERASI KEJAYAAN RIA (5137/2012) NO. 748A, JALAN B.M. 1/1, BANDAR MUTIARA, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN.
H/P No: 013-5000684/ 0135000986 Tel / Fax : 04-4487187 Email: [email protected] / [email protected]
5. Oleh yang sedemikian, saya sebagai pengurus program ini amatlah berbesar hati sekiranya
Tuan dapat menyokong kami bagi menjayakan program ini dengan lebih cemerlang lagi.
Sokongan daripada Tuan, amatlah kami hargai.
Sekian, terima kasih.
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.
Yang benar,
GENESAN A/L SUBRAMANIAM (Bekas Atlit Negara)
Pengurus Program SP Half Marathon 2015