5
PENGIKLANAN JAWATAN KOSONG PERATURAN 38(b) Hanya dibukakan bagi pemohon daripada kalangan pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat di kementerian / jabatan di mana kekosongan jawatan diiklankan sahaja. AHLI BOMBA KANAN (P.3) JABATAN PENERBANGAN AWAM KEMENTERIAN PERHUBUNGAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM ========================================================== Syarat-Syarat Am: (A) Pemohon terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. (B) Pemohon adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat di Jabatan Penerbangan Awam. (C) Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam. (D) Bersedia untuk bertugas pada bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana- mana sahaja di Negara Brunei Darussalam. SURAT PEMBERITAHUAN PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BILANGAN : IKLAN 48/2018 Surat Pemberitahuan ini hendaklah dibawa kepada pengetahuan serta perhatian semua Pegawai-Pegawai yang layak untuk memohon

SURAT PEMBERITAHUAN PEJABAT ... - recruitment.gov.bn · Surat Pemberitahuan ini hendaklah dibawa ... Lulus 2 mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Peringkat Lanjutan ... mempunyai lesen

Embed Size (px)

Citation preview

PENGIKLANAN JAWATAN KOSONG PERATURAN 38(b)

Hanya dibukakan bagi pemohon daripada kalangan pegawai dan

kakitangan yang sedang berkhidmat di kementerian / jabatan di mana

kekosongan jawatan diiklankan sahaja.

AHLI BOMBA KANAN (P.3)

JABATAN PENERBANGAN AWAM

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

==========================================================

Syarat-Syarat Am:

(A) Pemohon terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei

Darussalam.

(B) Pemohon adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan

yang sedang berkhidmat di Jabatan Penerbangan Awam.

(C) Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam,

adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan

politik Negara Brunei Darussalam.

(D) Bersedia untuk bertugas pada bila-bila masa di luar waktu bekerja

biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti

awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-

mana sahaja di Negara Brunei Darussalam.

SURAT PEMBERITAHUAN

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BILANGAN : IKLAN 48/2018

Surat Pemberitahuan ini hendaklah dibawa kepada pengetahuan serta perhatian semua Pegawai-Pegawai yang layak untuk memohon

Senarai semak sebelum memohon jawatan kosong dalam Bahagian V

Untuk mengelakkan permohonan awda ditolak, sila pastikan maklumat-maklumat berikut

hendaklah lengkap dan di muat naik ke dalam Profil awda sebelum menekan butang ‘Apply’;

Kad pengenalan dan Lesen Memandu (Jika berkenaan).

SIJIL KELULUSAN atau PENGESAHAN JABATAN PEPERIKSAAN sebagaimana yang dikehendaki

oleh Skim Iklan.

Bagi pemohon yang memenuhi syarat pengalaman sahaja, memastikan mempunyai

pengalaman sebagaimana kehendak skim.

Bagi pemohon yang sedang berkhidmat dengan kerajaan pastikan di dalam profil awda

terdapat ruangan “Current Government Employee” / ”Warga Perkhidmatan Awam Negara

Brunei Darussalam”. Jika sekiranya tidak ada, pemohon hendaklah memaklumkan kepada POC

(Kementerian / Jabatan) dan seterusnya POC (Kementerian / Jabatan) akan memaklumkan

kepada POC (SPA).

KELAYAKAN MINIMUM:

1. a) Lulus 2 mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Peringkat Lanjutan (‘A’

Level) atau sebanding.

Mempunyai kelulusan yang lebih tinggi adalah kelebihan.

ATAU

b) Telah berkhidmat di Jabatan Penerbangan Awam sebagai Ahli

Bomba dalam tanggagaji P.2 tidak kurang dari 3 tahun.

2. Telah mengikuti dengan jayanya kursus / Latihan lanjutan kebombaan.

3. Mempunyai lesen memandu kelas 5 yang sah. Ahli Bomba yang tidak

mempunyai lesen memandu kelas 5 tetapi berkhidmat lebih 15 tahun

sebagai Ahli Bomba akan juga dipertimbangkan.

4. Mempunyai Diploma ‘IFE Graduateship’ adalah satu kelebihan.

5. Lulus pemeriksaan kesihatan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan.

6. Lulus Ujian kecergasan Fizikal (BFT), Ujian bertulis dan ujian-ujian yang

ditetapkan oleh Jabatan dari semasa ke semasa. Mereka yang gagal

dalam ujian tersebut tidak akan disokong.

7. Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya

SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

1. JAWATAN : AHLI BOMBA KANAN KEMENTERIAN/JABATAN : JABATAN PENERBANGAN AWAM

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

BAHAGIAN : V

TANGGAGAJI : P.3 ($750 – $1,070 SEBULAN)

KEKOSONGAN : TIGA (03)

SYARAT-SYARAT KHAS

a) Ahli Bomba Kanan yang dilantik ke jawatan ini adalah dikehendaki

mengikuti Kursus/Latihan Ahli Bomba Kanan.

b) Ahli Bomba Kanan yang dilantik kejawatan ini dikehendaki mengikuti

Kursus/Latihan ‘Pegawai Rendah Bomba’ (Junior Airport Fire Officer)

daripada sebuah Pusat Latihan yang diiktiraf oleh ICAO atau yang

sebanding dengannya.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

1. Melapor diri kepada Timbalan Pegawai Balai.

2. Bertanggungjawab ke atas Ahli Bomba di bawah jagaannya dalam

perkhidmatan menyelamat dan melawan kebakaran dengan sempurna dan

berkesan.

3. Menghadiri dan mengetuai sebarang panggilan kecemasan / kemalangan

termasuk perkhidmatan khas.

4. Memandu dan menyelenggara kereta / jentera bomba.

5. Mengetuai tugas-tugas penjaga bilik kawalan (control room officer).

6. Mengambil alih tugas-tugas Timbalan Pegawai Balai semasa ketiadaannya.

7. Menjalankan apa jua tugas yang diarahkan oleh Ketua Unitnya dari semasa

ke semasa.