9
SK TERUSAN LAHAD DATU PETI SURAT 61484, 91123 LAHAD DATU SABAH TEL/FAX : 089-9-897713 Ruj. Kami : XBA3142/600/9/3/01 Tarikh : 31 Januari 2015 Kepada;` Encil/Puan :…………………………………………. Tuan/Puan, MESYUARAT LINUS KALI PERTAMA Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas. 2. Sehubungan itu, tuan/puan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut mengikut butiran di bawah: Tarikh : 2 Februari 2015 Masa : 12.20 ptg Tempat : Bilik Guru SK Terusan 3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut: 3.1 Ucapan Aluan 3.2 AJK Linus 2015 3.3 Takwim Linus 2015 3.4 Laporan Headcount Linus Saringan 2 2014 3.5 Pelan Tindakan Intervensi 2015 3.6 Hal-hal lain 4. Kehadiran tuan/puan amat diharapkan bagi melancarkan perjalanan mesyuarat ini. Kerjasama daripada tuan/puan didahului dengan ribuan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Surat Panggilan Dan Minit Mesyuarat Linus 2014

Embed Size (px)

DESCRIPTION

LINUS 2014

Citation preview

Page 1: Surat Panggilan Dan Minit Mesyuarat Linus 2014

SK TERUSAN LAHAD DATU PETI SURAT 61484, 91123 LAHAD DATU SABAH

TEL/FAX : 089-9-897713

Ruj. Kami : XBA3142/600/9/3/01Tarikh : 31 Januari 2015

Kepada;`Encil/Puan :………………………………………….

Tuan/Puan,

MESYUARAT LINUS KALI PERTAMA Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2. Sehubungan itu, tuan/puan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut mengikut butiran di bawah:Tarikh : 2 Februari 2015Masa : 12.20 ptgTempat : Bilik Guru SK Terusan

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:3.1 Ucapan Aluan 3.2 AJK Linus 20153.3 Takwim Linus 20153.4 Laporan Headcount Linus Saringan 2 20143.5 Pelan Tindakan Intervensi 20153.6 Hal-hal lain

4. Kehadiran tuan/puan amat diharapkan bagi melancarkan perjalanan mesyuarat ini. Kerjasama daripada tuan/puan didahului dengan ribuan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………………………………. ( )Setiausaha LINUS SK Terusan, Lahad Datu.

Sk Guru Besar (Tuan/Puan dijemput hadir)Penolong Kanan Pentadbiran (Tuan/Puan dijemput hadir)Penolong Kanan HEM (Tuan/Puan dijemput hadir)Penolong Kanan Kokum (Tuan/Puan dijemput hadir)

Page 2: Surat Panggilan Dan Minit Mesyuarat Linus 2014

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA LINUS KALI PERTAMA 2014SEKOLAH KEBANGSAAN TERUSAN, LAHAD DATU

Tarikh : 12 Mac 2014Hari : RabuMasa : 12.40 tengahari

KEHADIRAN:

1. Tuan Hj. Abdul Hj Using (Guru Besar)

2. En. Abd Rahman Suliman (PK Pentadbiran)

3. En. Amil Hasli Amilasan (PK HEM)

4. Puan Jurairah Hj Amappease (PK Kokum/Guru Literasi Tahun 1 )

5. Puan Noorlies Hj Sukur (Penyelaras LINUS)

6. Cik Sarimah Ahmad (Guru Literasi Tahun 2)

7. Puan Halimah Bangawan (Guru Literasi Tahun 3/KP BM)

8. Puan Rosnah Buntarang (Guru Numerasi Tahun 1 dan 2/KP MT)

9. Cik Mimi (Guru Numerasi Tahun 3/Guru UBK)

10. Puan Pamela Grace Itin (KP Bahasa Inggeris)

11. En. Harun Andres (Guru Pemulihan Khas)

12. En. Saiful Khair (Guru Pra-Sekolah)

1.0 Ucapan Aluan

1.1 Guru besar memulakan bicara dengan lafaz bismillah diikuti salam keagamaan

kepada semua guru. Guru besar mengucapkan tahniah kepada penyelaras LINUS

kerana dapat melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa LINUS Sekolah Kali Pertama

sesi 2014 tahun ini.

Page 3: Surat Panggilan Dan Minit Mesyuarat Linus 2014

1.2 Guru besar juga meminta guru-guru LINUS lama dan yang baru terlibat dengan

LINUS agar dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaik-baiknya dan

berusaha mengurangkan jumlah murid LINUS untuk tahun ini.

2.0 AJK LINUS Tahun 2014

Ahli Jawatankuasa LINUS sekolah 2014 adalah seperti yang berikut:

2.1 Penasihat 1 : Tuan Hj Abdul Hj Using

Penasihat 2 : En. Abd Rahman Suliman (PK Pentadbiran)

En. Amil Hasli Amilasan (PK HEM)

Puan Jurairah Hj Amappeas(PK Kokum/

Guru Literasi T 1)

Setiausaha : Puan Noorlies Hj Sukur (Penyelaras LINUS)

AJK : Cik Sarimah Ahmad (Guru Literasi Tahun 2)

Puan Halimah Bangawan (Guru Literasi Tahun 3/KP BM)

Puan Rosnah Buntarang (Guru Numerasi Tahun 1dan 2/

KP MT)

Cik Mimi Tantiana Ganing (Guru Numerasi Tahun 3/

Guru UBK)

En. Harun Andres (Guru Pemulihan Khas)

Puan Pamela Grace Itin (KP Bahasa Inggeris)

3.0 Taklimat LINUS 7 Mac 2014

Berikut adalah ringkasan maklumat daripada taklimat LINUS pada 7 Mac 2014 yang

diadakan di Bilik Mesyuarat Pusat Kegiatan Guru Lahad Datu.

3.1 Saringan 1 Lisan /Membaca bagi Literasi, Numerasi Tahun 1,2 dan 3 akan diadakan

bermula 10 Mac 2014 hingga 18 Mac 2014. Begitu juga bagi Saringan Linus BI bagi Tahun

1 dan 2 dibuat pada tarikh yang sama.

3.2 Semua guru yang mentadbir saringan 1 wajib membaca Manual Am Pentadbiran

Instrumen 2014 sebelum melaksanakan saringan.

Page 4: Surat Panggilan Dan Minit Mesyuarat Linus 2014

3.3 Saringan hendaklah dilaksanakan semasa pdp dijalankan di dalam kelas. Sebelum

saringan, guru boleh menguji dan membimbing murid sebanyak mana yang guru inginkan

sebelum saringan sebenar dijalankan.

3.4 Guru-guru LINUS boleh menjalankan saringan mengikut kesesuaian dan keselesaan guru

serta murid semasa saringan dijalankan sama ada di dalam mahupun di luar kelas. Guru juga

tidak perlu menjalankan saringan untuk keseluruhan kelas tetapi 1,2 atau 3 murid sahaja

untuk setiap saringan dijalankan.

3.5 Saringan sebenar hanya boleh diulang sebanyak 2 kali sahaja. Skor murid perlu

direkodkan di dalam borang yang disediakan di setiap instrumen saringan yang dibekalkan

oleh PPD.

3.6 Bekalan instrumen untuk Saringan 1 Bertulis akan dibekalkan oleh PPD kepada semua

sekolah selepas saringan 1 Lisan/Bacaan selesai dilaksanakan mengikut tarikh yang telah

ditetapkan.

3.7 Puan Beche memberitahu bahawa KPI bagi Literasi dan Numerasi Tahun 1,2 dan 3

adalah 100% selepas Sar ingan 2 dilaksanakan kelak. Namun bagi LBI, peningkatan 15%

perlu dicapai selepas Saringan 2.

3.8 Penyelaras LINUS dan guru-guru LINUS juga boleh meminta FasiLINUS Daerah untuk

turun tangan membantu guru-guru di sekolah sekiranya diperlukan.

3.9 Data yang dihantar disimpan di dalam fail hendaklah mendapat pengesahan daripada

pentadbir terlebih dahulu.

Page 5: Surat Panggilan Dan Minit Mesyuarat Linus 2014

4.0 Takwim LINUS 2014

4.1 aktiviti yang akan diadakan berdasarkan Takwim LINUS 2014.

4.2 Saringan LINUS telah ditetapkan dan instrumen saringan juga akan disediakan oleh

FasiLINUS Daerah Lahad Datu.

4.3 Perjumpaan ibubapa murid-murid LINUS akan diadakan selepas selesai analisis

saringan 2 LINUS.

4.4 Sebarang penambahan aktiviti atau sebarang perubahan akan dimaklumkan.

5.0 Pelan Tindakan Intervensi 2014

5.1 Sila lihat lampiran 1

5.2 Perubahan atau tambahan program akan dimaklumkan berdasarkan keperluan semasa.

6.0 Hal-hal Lain

6.1 Puan Rosnah meminta agar ada guru yang boleh menggantikan beliau sepanjang cuti

bersalin bagi memudahkan pelaksanaan saringan 1.

6.2 Puan Halimah meminta tunjuk ajar daripada Penyelaras LINUS dan guru-guru

LINUS lama agar membantu dan membimbing beliau memandangkan ini adalah

tahun pertama beliau menjadi guru LINUS.

6.3 Puan Noorlies juga meminta agar Guru Pemulihan Khas iaitu En, Harun agar dapat

membantu murid-murid LINUS sekiranya diperlukan.

6.4 Guru besar meminta agar guru-guru dapat menjalankan saringan dengan telus dan

berhemah agar pencapaian LINUS sekolah 100% dan mencapai KPI yang

diharapkan.

Penyelaras LINUS mengucapkan terima kasih di atas kerjasama rakan-rakan guru. Mesyuarat

ditangguhkan sehingga jam 2.15 minit petang.

Page 6: Surat Panggilan Dan Minit Mesyuarat Linus 2014

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………... …………………………

( NOORLIES HJ SUKUR) (HJ ABDUL HJ USING)

Setiausaha/ Penyelaras LINUS Guru Besar SK Terusan Lahad Datu SK Terusan Lahad Datu

Pengesahan Minit

Tarikh / Masa :____________________________

Dicadangkan oleh :_____________________________

Disahkan oleh :_____________________________