Upload
puvaneswari-punis
View
542
Download
13
Embed Size (px)
DESCRIPTION
contoh surat jemputan
Citation preview
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALMAJALAN BUKIT MINYAK14000 BUKIT MERTAJAMTEL : 04 5078687FAKS : 04 5084598 EMAIL : smk [email protected]
__________________________________________________________________________________Ruj Kami : SMKA (PENT) 100-7/4 ( )Tarikh : 25 Mac 2015
Tn Shaik Ismail Md. Allapichay,DJN., PJKPejabat Perhubungan ANGKASA NegeriPulau PinangNo. 1 B, Tingkat 1Lintang Sungai Tiram 5Sunway Prima11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Tuan/ Puan,
JEMPUTAN KE MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR 2015
Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah, SMK Alma Bukit Mertajam akan mengadakan majlis di atas pada ketetapan berikut :
TARIKH: 11 APRIL 2015 (SABTU )MASA: 8.30 PAGITEMPAT: DEWAN MUTIARA, SMK ALMAPAKAIAN: BATIK
3. Sehubungan dengan itu, dengan segala hormatnya tuan dijemput untuk merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik SMK Alma bagi tahun 2015. Kesudian tuan untuk memenuhi jemputan ini amatlah dialu-alukan.
4. Kerjasama dan keperihatinan pihak tuan berhubung perkara di atas amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sebarang pertanyaan berkaitan majlis, sila berhubung dengan Pn Puvanes, Setiausaha Kurikulum Sekolah, SMK Alma 2015, No Tel : 0164510640
Sekian.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah ,
...........................................................................(ABDUL AZIZ BIN JELANI)Penolong Kanan PentadbiranSMK Alma Bukit Mertajam