16
SAMPLE SUN LIFE MALAYSIA ASSURANCE BERHAD DOKUMEN POLISI Sun eCritical Shield A joint venture between Sun Life Assurance Company of Canada and Renggis Ventures Sdn Bhd

SUN LIFE MALAYSIA ASSURANCE BERHAD DOKUMEN … · Tempoh penilaian adalah untuk jangka masa tempoh minimum yang dinyatakan dalam definisi yang berkaitan dan tidak akan lebih daripada

  • Upload
    hadang

  • View
    215

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: SUN LIFE MALAYSIA ASSURANCE BERHAD DOKUMEN … · Tempoh penilaian adalah untuk jangka masa tempoh minimum yang dinyatakan dalam definisi yang berkaitan dan tidak akan lebih daripada

SAMPLESUN LIFE MALAYSIA ASSURANCE BERHAD

DOKUMEN POLISI

Sun eCritical Shield

A joint venture between Sun Life Assurance Company of Canada and Renggis Ventures Sdn Bhd

Page 2: SUN LIFE MALAYSIA ASSURANCE BERHAD DOKUMEN … · Tempoh penilaian adalah untuk jangka masa tempoh minimum yang dinyatakan dalam definisi yang berkaitan dan tidak akan lebih daripada

SAMPLE

LAMPIRAN ECS001

Peruntukan am

1. Takrifan

1.1 Di dalam polisi ini, perkataan dan frasa berikut membawa maksud yang diberikan disebelahnya:

(a) Tempoh penilaian bermaksud tempoh yang mana syarikat insurans akan menilai keadaansebelum menentukan sama ada keadaan tersebut layak atau tidak dikira sebagai kekal.Tempoh penilaian adalah untuk jangka masa tempoh minimum yang dinyatakan dalamdefinisi yang berkaitan dan tidak akan lebih daripada 12 bulan (dengan syarat segala buktiyang diperlukan telah diserahkan).

(b) Tarikh berkuatkuasa bermaksud tarikh berkuatkuasa seperti yang tertera di dalam jadualpolisi dan merupakan tarikh di mana perlindungan insurans untuk polisi ini bermula.

(c) Keadaan kongenital bermaksud sebarang kelainan perubatan atau fizikal yang wujudsemasa kelahiran dan juga kelainan fizikal neo-natal yang berkembang dalam tempoh 12bulan dari waktu kelahiran. Mereka termasuk semua jenis hernia dan epilepsi kecualisemasa diakibatkan oleh trauma yang berlaku selepas tarikh di mana pemilik polisidilindungi secara berterusan di bawah polisi ini.

(d) Penyakit Berkaitan Diabetik merujuk kepada:

(i) Pembedahan untuk Retinopati Diabetik Jenis 2Pengesahan Diabetik Retinopati dengan keperluan menjalani rawatan laser disahkansebagai amat diperlukan oleh pakar oftalmologi dengan sokongan laporan AngigrafiFundus Pendarfluor dan daya penglihatan pada tahap 6/18 atau lebih teruk padamata yang lebih baik dengan menggunakan carta mata Snellen; atau

(ii) Amputasi Anggota Badan disebabkan Komplikasi Diabetik Jenis 2Menjalani amputasi sebenar pada kaki / tapak kaki / jari kaki / lengan / tangan / jaritangan untuk merawat gangren yang berlaku disebabkan komplikasi diabetik; atau

(iii) Nefropati Diabetik Serius mengakibatkan Kegagalan Buah PinggangDiagnosis nyata nefropati diabetik oleh pakar nefrologi dan terbukti oleh GFR kurangdaripada 30ml/min/1.73m dengan menjalani proteinuria lebih daripada 300mg/24jam.2

(e) Tarikh tamat bermaksud tarikh polisi ini tamat seperti yang tertera di dalam jadual polisiatau di dalam sebarang pengendorsan pada masa hadapan yang menukar tarikh tamat.

(f) Pengendorsan bermaksud bukti bertulis mengenai sebarang pindaan, perubahan ataupenukaran yang dibuat ke atas polisi ini dan jadual polisi.

(g) Tarikh dikeluarkan bermaksud tarikh dikeluarkan seperti yang tertera di dalam jadualpolisi.

(h) Penama bermaksud satu atau lebih orang yang telah anda pilih di bawah klausa 22 dandinamakan di dalam borang penamaan atau di dalam sebarang pengendorsan pada masahadapan sebagai penama.

Dokumen Polisi - Sun eCritical ShieldB03.01

Muka surat 2 dari 16

Page 3: SUN LIFE MALAYSIA ASSURANCE BERHAD DOKUMEN … · Tempoh penilaian adalah untuk jangka masa tempoh minimum yang dinyatakan dalam definisi yang berkaitan dan tidak akan lebih daripada

SAMPLE

(i) Kekal bermaksud dijangka untuk kekal seumur hidup orang yang diinsuranskan.

(j) Defisit neurologi kekal dengan simptom klinikal berterusan bermaksud simptomdisfungsi dalam sistem saraf yang didapati semasa pemeriksaan klinikal dan dijangkakekal seumur hidup orang yang diinsuranskan. Simptom-simptom yang dilindungi termasukkebas, lumpuh, kelemahan setempat, dysarthia (kesukaran bertutur), aphasia(ketidakupayaan bertutur), dysphagia (kesukaran menelan), kecacatan visual, kesukaranberjalan, kekurangan koordinasi, tremor, sawan, demensia, delirium dan koma.

(k) Ulang tahun polisi bermaksud ulang tahun yang pertama dan yang berikutnya bagi polisiini bermula dari tarikh berkuatkuasa polisi.

(l) Ulang tahun bulanan polisi bermaksud tarikh pada mana-mana bulan yang mempunyaihari yang sepadan dengan hari dalam tarikh berkuatkuasa; sekiranya tiada tarikh dalammana-mana bulan berikutnya yang mempunyai hari yang sepadan dengan hari dalamtarikh berkuatkuasa, hari terakhir bulan tersebut akan dijadikan sebagai ulang tahunbulanan.

(m) Pemilik polisi atau orang yang diinsuranskan bermaksud orang yang memiliki polisi inidan yang boleh menggunakan semua hak, keistimewaan dan pilihan yang disediakan danorang yang hayatnya sedang dilindungi di bawah polisi ini sebagaimana dinamakan didalam jadual polisi.

(n) Jadual polisi bermaksud jadual yang mengandungi butiran pemilik polisi, orang yangdiinsuranskan, manfaat-manfaat, premium dan tempoh polisi, seperti yang dilampirkanbersama dokumen polisi ini.

(o) Premium bermaksud amaun premium yang tertera di dalam jadual polisi. Premium perludibayar pada tarikh yang tertera di dalam jadual polisi atau di dalam sebarangpengendorsan pada masa hadapan.

(p) Keadaan sedia ada bermaksud sebarang kecederaan, penyakit, keadaan atau gejalayang wujud dalam tempoh 12 bulan sebelum tarikh polisi berkuatkuasa atau tarikhpengembalian semula terakhir, yang mana terkemudian, yang mana:

(i) rawatan, perubatan, nasihat atau diagnosis telah dicadangkan atau diterima;

(ii) seseorang yang biasa dan waras yang mengalami kecederaan, penyakit, keadaanatau gejala seharusnya telah mendapatkan nasihat ataupun rawatan yang sepatutnyauntuk kesihatannya; atau

(iii) kewujudannya telah diketahui oleh anda dan/atau orang yang diinsuranskan, samaada rawatan, perubatan, nasihat atau diagnosis telah dicadangkan atau diterima.

(q) Jumlah yang diinsuranskan bermaksud amaun perlindungan untuk manfaat di bawahpolisi ini seperti yang tertera di dalam jadual polisi atau di dalam sebarang pengendorsanpada masa hadapan yang menukar jumlah yang diinsuranskan tersebut.

Dokumen Polisi - Sun eCritical ShieldB03.01

Muka surat 3 dari 16

Page 4: SUN LIFE MALAYSIA ASSURANCE BERHAD DOKUMEN … · Tempoh penilaian adalah untuk jangka masa tempoh minimum yang dinyatakan dalam definisi yang berkaitan dan tidak akan lebih daripada

SAMPLE

(r) 3 Penyakit Kritikal (CI) Utama merujuk kepada:

(i) Kanser - keterukan tertentu dan tidak melindungi kanser tahap awalSebarang tumor malignan yang didiagnos positif dengan pengesahan histologi danbercirikan pertumbuhan sel malignan yang tidak terkawal dan serangan tisu. Termatumor malignan termasuk leukimia, limfoma dan sarcoma.

Untuk definisi di atas, berikut adalah tidak dilindungi:Semua kanser yang secara histologinya diklasifikasikan sebagai berikut:- Pra-malignan;- Bukan invasif;- Karsinoma in situ;- Mempunyai malignan pinggiran (borderline); atau- Mempunyai potensi malignan.Semua tumor prostat yang secara histologinya diklasifikasikan sebagai T1N0M0(Klasifikasi TNM);Semua tumor tiroid yang secara histologinya diklasifikasikan sebagai T1N0M0(Klasifikasi TNM);Semua tumor pundi kencing yang secara histologinya diklasifikasikan sebagaiT1N0M0 (Klasifikasi TNM);Leukemia Limfositik Kronik kurang daripada RAI Tahap 3;Semua kanser dengan kewujudan HIV; danSebarang kanser kulit selain melanoma malignan.

(ii) Strok/Angin Ahmar - mengakibatkan defisit neurologi kekal dengan simptom-simptomklinikal berterusanKematian tisu otak akibat bekalan darah yang tidak cukup, pendarahan dalamtengkorak atau embolisasi dari satu sumber selain dari kranium yang mengakibatkandefisit neurologi kekal dengan simptom klinikal berterusan. Diagnosis ini mestiberdasarkan kepada perubahan yang boleh dilihat pada imbasan CT atau MRI dandisahkan oleh seorang pakar neurologi. Tempoh penilaian minimum selama 3 bulanadalah digunapakai.

Untuk definisi di atas, berikut adalah tidak dilindungi:Serangan iskemia sementara (TIA);Simptom-simptom serebral yang disebabkan oleh migrain;Kecederaan traumatik pada tisu otak atau salur-salur darah; danPenyakit vaskular yang memberi kesan terhadap mata atau saraf optik ataufungsi-fungsi vestibular.

(iii) Serangan Jantung - keterukan tertentuKematian otot jantung, disebabkan oleh kekurangan bekalan darah yang telahmenyebabkan infarksi miokardium akut dengan semua bukti berikut:

Sejarah sakit dada tipikal;Perubahan ciri baru elektrokardiografik; dengan pembentukan salah satu daripadayang berikut: peningkatan atau penurunan ST, penyonsangan (inversi) gelombangT, patologi gelombang Q atau blok cabang berkas kiri; danPeningkatan petunjuk kardium, termasuk CPK-MB melebihi tahap normal makmalyang diterima secara umum atau Troponin yang direkodkan berada di peringkatberikut atau lebih tinggi:- Troponin T Kardium atau Troponin l Kardium > / = 0.5 ng/ml

Dokumen Polisi - Sun eCritical ShieldB03.01

Muka surat 4 dari 16

Page 5: SUN LIFE MALAYSIA ASSURANCE BERHAD DOKUMEN … · Tempoh penilaian adalah untuk jangka masa tempoh minimum yang dinyatakan dalam definisi yang berkaitan dan tidak akan lebih daripada

SAMPLE

Bukti mesti menunjukkan kejadian infarksi miokardium akut adalah pasti, yangmana seharusnya disahkan oleh pakar kardiologi atau pakar perubatan.Untuk definisi di atas, berikut adalah tidak dilindungi:

Kejadian sindrom koronari akut termasuk tetapi tidak terhad kepada anginatidak stabil; danPeningkatan petunjuk kardium akibat daripada prosedur perkutaneus untukpenyakit arteri koronari.

(s) Kami bermaksud Sun Life Malaysia Assurance Berhad.

(t) Anda bermaksud pemilik polisi seperti yang tertera di dalam jadual polisi.

2. Interpretasi

2.1 Di dalam polisi ini, kecuali konteks memerlukan sebaliknya:

(a) tajuk di dalam polisi ini dimasukkan untuk kemudahan sahaja dan tidak memberi kesan keatas pembentukannya.

(b) perkataan tunggal hendaklah merangkumi perkataan majmuk dan sebaliknya.

(c) perkataan yang merujuk kepada jantina hendaklah merangkumi semua jantina.

2.2 Jika terdapat mana-mana peruntukan di dalam polisi ini tidak sah atau tidak bolehdikuatkuasakan di bawah undang-undang Malaysia, ia tidak akan menjejaskan kesahan,kesahihan atau kebolehkuatkuasaan peruntukan lain.

3. Polisi

3.1 Polisi ini dikeluarkan setelah mempertimbangkan pembayaran premium seperti yang tertera didalam jadual polisi dan adalah bergantung kepada:

(a) jawapan yang diberikan oleh anda dan/atau orang yang diinsuranskan dalam permohonananda atau sebarang soal selidik berikutnya yang kami berikan atas apa-apa perkaraberkaitan permohonan dan sebarang pendedahan yang dibuat oleh anda dan/atau orangyang diinsuranskan di antara waktu permohonan dan waktu polisi ini dibuat; dan

(b) laporan perubatan dan apa-apa laporan dan soal selidik yang lain;

(secara kolektif dirujuk sebagai 'maklumat penting')

dan maklumat penting tersebut akan menjadi sebahagian daripada polisi antara kami dan andadan/atau orang yang diinsuranskan. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat apa-apa salahnyataan prakontrak yang berkaitan dengan maklumat penting telah dibuat, hanya remedi dibawah Jadual 9 dalam Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 akan dikenakan.

3.2 Jika kami memerlukan anda dan/atau orang yang diinsuranskan, sebelum polisi berubah, untukmenjawab sebarang soalan atau jika anda dan/atau orang yang diinsuranskan dikehendakiuntuk mengesahkan atau meminda apa-apa perkara berkaitan polisi yang sebelum ini andadan/atau orang yang diinsuranskan dedahkan kepada kami, ia adalah tanggungjawab andadan/atau orang yang diinsuranskan untuk mengambil penjagaan munasabah supaya tidakmembuat salah nyataan semasa menjawab soalan-soalan atau mengesahkan atau memindaapa-apa perkara yang didedahkan sebelum ini.

Dokumen Polisi - Sun eCritical ShieldB03.01

Muka surat 5 dari 16

Page 6: SUN LIFE MALAYSIA ASSURANCE BERHAD DOKUMEN … · Tempoh penilaian adalah untuk jangka masa tempoh minimum yang dinyatakan dalam definisi yang berkaitan dan tidak akan lebih daripada

SAMPLE

3.3 Anda dan/atau orang yang diinsuranskan mesti memaklumkan kami sebarang perubahanberkaitan dengan maklumat yang telah diberikan kepada kami dalam jawapan anda dan/atauorang yang diinsuranskan atau sebarang perkara yang sebelum ini didedahkan kepada kamiberhubung dengan polisi ini jika perubahan tersebut telah berlaku selepas anda dan/atau orangyang diinsuranskan mengemukakan permohonan bagi perubahan tetapi sebelum polisi diubah.

4. Tempoh semakan percuma

4.1 Sekiranya anda membuat keputusan untuk tidak mengambil polisi ini atas apa jua sebabselepas ia telah dikeluarkan, anda boleh membatalkan polisi tersebut dengan memberikan notisbertulis kepada kami dalam tempoh 15 hari dari tarikh penghantaran polisi ini.

4.2 Kami akan membayar balik premium yang telah dibayar.

5. Salah nyata umur dan/atau jantina

5.1 Polisi ini dikeluarkan untuk umur dan jantina orang yang diinsuranskan seperti yang tertera didalam jadual polisi, berdasarkan tarikh lahir dan jantina yang diakui dalam permohonan. Kamimemerlukan bukti umur dan jantina orang yang diinsuranskan sebelum kami membayarsebarang manfaat.

5.2 Jika umur dan/atau jantina orang yang diinsuranskan telah tersalah nyata dan adalah dalamlingkungan had yang kami terima, kami akan membuat satu daripada penyelarasan sepertiberikut:

(a) Jika premium berdasarkan umur dan/atau jantina orang yang diinsuranskan yang betuladalah lebih tinggi berbanding dengan premium yang dibayar, kami mungkin akanproratakan manfaat-manfaat yang akan dibayar berdasarkan pada nisbah premiumsebenar yang telah dibayar dengan premium betul yang perlu dibayar oleh orang yangdiinsuranskan berdasarkan tarikh lahir dan/atau jantina yang betul; atau

(b) Jika premium berdasarkan umur dan/atau jantina orang yang diinsuranskan yang betuladalah lebih rendah berbanding dengan premium yang dibayar, kami akan mengembalikanperbezaaan premium kepada anda.

Sekiranya tersalah nyata umur telah menyebabkan orang yang diinsuranskan tidak layak untukperlindungan insurans, jumlah manfaat yang akan dibayar untuk polisi ini hanya terhad kepadajumlah premium yang dikutip dari tarikh polisi berkuatkuasa dan polisi ini akan ditamatkan.

6. Tempoh menunggu

6.1 Tempoh menunggu selama 30 hari dari tarikh berkuatkuasa polisi atau tarikh pengembaliansemula terakhir, yang mana terkemudian, akan dikenakan kepada Strok/Angin Ahmar denganpengecualian untuk penyakit kritikal berikut yang akan tertakluk kepada tempoh menunggu 60hari:

(i) Kanser;

(ii) Serangan Jantung; dan

(iii) Penyakit berkaitan Diabetik yang dirujuk sebagai Pembedahan untuk Retinopati DiabetikJenis 2, Amputasi Anggota Badan disebabkan Komplikasi Diabetik Jenis 2 dan NefropatiDiabetik Serius mengakibatkan Kegagalan Buah Pinggang.

Dokumen Polisi - Sun eCritical ShieldB03.01

Muka surat 6 dari 16

Page 7: SUN LIFE MALAYSIA ASSURANCE BERHAD DOKUMEN … · Tempoh penilaian adalah untuk jangka masa tempoh minimum yang dinyatakan dalam definisi yang berkaitan dan tidak akan lebih daripada

SAMPLE

6.2 Tiada manfaat akan dibayar di bawah peristiwa orang yang diinsuranskan didiagnosis denganpenyakit kritikal atau menunjukkan tanda-tanda dan gejala-gejala sebarang penyakit kritikalyang disenaraikan dalam tempoh menunggu seperti ditakrifkan.

7. Tempoh hidup

7.1 Tempoh hidup selama 30 hari dari tarikh orang yang diisuranskan didiagnosis denganmana-mana penyakit kritikal dilindungi akan dikenakan untuk pelan ini.

7.2 Tiada manfaat akan dibayar di bawah peristiwa orang yang diinsuranskan gagal untuk hidupdalam tempoh tersebut.

8. Klausa perihal tidak boleh dipertikaikan

8.1 Jika polisi ini tidak lagi sah, atas sebab selain daripada penipuan, kami akan membayar balikpremium yang telah dibayar dari tarikh berkuatkuasa.

8.2 Kami tidak boleh mempertikaikan polisi ini selepas ia telah berkuatkuasa selama 2 tahun daritarikh dikeluarkan, kecuali terdapat bukti penipuan atau apabila anda tidak membayar premium.Jika polisi ini telah ditamatkan akibat anda tidak membayar premium dan kami telahmengembalikannya semula di bawah klausa 19, maka ia akan tertakluk kepada klausa 19.

9. Kemampuan untuk melakukan perjalanan dan sebarang sekatan ke atas lokasi tempatkediaman anda dan/atau orang yang diinsuranskan

9.1 Polisi ini tidak menyekat anda dan/atau orang yang diinsuranskan daripada melakukansebarang perjalanan dan tidak dijejaskan oleh lokasi tempat tinggal anda dan/atau orang yangdiinsuranskan.

10. Perubahan kepada polisi

10.1 Kami berhak meminda terma-terma dan peruntukan-peruntukan polisi ini bertujuan untukmematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan Malaysia. Kami akan memberi notis bertulissekurang-kurangnya 30 hari terlebih dahulu melalui pos biasa ke alamat terakhir anda yangdiketahui dalam rekod kami atau kaedah komunikasi yang lain.

10.2 Permintaan anda untuk apa-apa perubahan atau pengendorsan kepada polisi ini tidak akan sahkecuali jika kami benarkan dan kelulusan tersebut hendaklah diendorskan di bawah polisi ini.

11. Hak dan kegunaan amaun yang terhutang

11.1 Kami mempunyai keutamaan atas sebarang amaun terhutang di bawah polisi ini.

11.2 Kami boleh mengimbangi sebarang amaun yang kami terhutang kepada anda (sebagai contoh:manfaat-manfaat) di bawah polisi ini dengan sebarang amaun yang anda terhutang kepadakami (sebagai contoh: premium) di bawah polisi ini.

12. Penyerahan polisi

12.1 Anda boleh, pada bila-bila masa semasa hayat orang yang diinsuranskan dan semasa polisi iniberkuatkuasa, menyerahkan polisi ini dengan memberi notis bertulis kepada kami. Semuamanfaat dan hak di bawah polisi ini akan tamat pada ulang tahun premium patut dibayarselepas menerima notis tersebut.

Dokumen Polisi - Sun eCritical ShieldB03.01

Muka surat 7 dari 16

Page 8: SUN LIFE MALAYSIA ASSURANCE BERHAD DOKUMEN … · Tempoh penilaian adalah untuk jangka masa tempoh minimum yang dinyatakan dalam definisi yang berkaitan dan tidak akan lebih daripada

SAMPLE

12.2 Disebabkan polisi ini tidak mempunyai nilai tunai, kami tidak akan membayar sebarang nilaitunai atau pro-rata premium semasa penyerahan polisi ini.

12.3 Klausa 4 akan dikuatkuasakan jika anda menyerahkan polisi anda dalam tempoh semakanpercuma.

13. Penamatan polisi

13.1 Polisi ini akan ditamatkan dalam mana-mana keadaaan berikut yang terawal:

(a) Apabila kematian orang yang diinsuranskan;

(b) Apabila polisi ini dibatalkan;

(c) Apabila pembayaran mana-mana satu daripada manfaat Penjagaan 3 CI Utama;

(d) Apabila polisi ini luput;

(e) Apabila polisi ini diserahkan;

(f) Pada tarikh tamat tertera di dalam jadual polisi; atau

(g) Pada ulang tahun polisi sejurus selepas hari lahir bagi orang yang diinsuranskan yangke-70.

14. Pembaharuan

14.1 Polisi akan diperbaharui setiap tahun tertakluk kepada bayaran premium dalam tempohtenggang dan terma-terma dan syarat-syarat polisi ini.

14.2 Tiada dokumen pembaharuan akan dikeluarkan semasa pembaharuan. Polisi dan jadual polisiini akan terus digunakan.

15. Undang-undang

15.1 Polisi ini dan tanggungjawab kami di bawah polisi ini adalah tertakluk kepada undang-undang,syarat-syarat dan peraturan-peraturan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia. Undang-undang,syarat-syarat dan peraturan-peraturan akan meliputi tetapi tidak terhad kepada mana-manapekeliling, arahan atau garis panduan.

15.2 Sekiranya terdapat perbezaan antara peruntukan-peruntukan polisi ini dengan mana-manaundang-undang, syarat-syarat atau peraturan-peraturan, undang-undang, syarat-syarat atauperaturan-peraturan tersebut akan dikuatkuasakan.

15.3 Polisi ini akan ditadbir mengikut undang-undang Malaysia. Sebarang pertikaian akan diuruskandi mahkamah Malaysia.

16. Cukai

16.1 Semua cukai, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang cukai barangan dan perkhidmatan,dan/atau lain-lain bentuk cukai jualan atau kepenggunaan, sama ada yang berkuatkuasa padamasa ini atau dilaksanakan selepas tarikh polisi ini akan dikenakan mengikut undang-undangyang berkenaan pada kadar semasa. Jika perlu, kami akan meminda terma-terma polisi iniuntuk mengambil kira cukai-cukai sedemikian.

Dokumen Polisi - Sun eCritical ShieldB03.01

Muka surat 8 dari 16

Page 9: SUN LIFE MALAYSIA ASSURANCE BERHAD DOKUMEN … · Tempoh penilaian adalah untuk jangka masa tempoh minimum yang dinyatakan dalam definisi yang berkaitan dan tidak akan lebih daripada

SAMPLE

17. Membayar premium dan tempoh tenggang

17.1 Pembayaran premiumSemua premium perlu dibayar pada atau sebelum tarikh premium patut dibayar (seperti yangtertera di dalam jadual polisi atau sebarang pengendorsan pada masa hadapan yang memindatarikh premium patut dibayar) terus kepada kami.

17.2 Kadar premiumKadar premium adalah tidak dijamin dan mungkin disemak semula dari semasa ke semasa.Notis bertulis akan diberi kepada anda 30 hari terlebih dahulu dan semak semula premiumtersebut akan dikuatkuasa bermula ulang tahun polisi yang berikutnya.

17.3 Pertukaran kekerapan pembayaran premiumTertakluk kepada kelulusan daripada kami, anda boleh meminda kekerapan pembayaranpremium dengan memberi notis secara bertulis kepada kami sebelum tempoh tenggang tamat.

17.4 Tempoh tenggangJika anda tidak membayar premium pada atau sebelum tarikh patut dibayar, kami akanmembenarkan tempoh tenggang selama 30 hari dari tarikh premium patut dibayar untukpembayaran sebarang premium. Polisi ini masih berkuatkuasa dalam tempoh tersebut. Polisi iniakan luput atau berhenti berkuatkuasa selepas tempoh tenggang.

17.5 Tuntutan penyakit kritikalSekiranya kami telah meluluskan tuntutan penyakit kritikal dilindungi di bawah polisi ini, danpenyakit kritikal dilindungi berlaku dalam tempoh tenggang, kami akan menolak sebarangamaun yang anda terhutang kepada kami dan premium yang perlu dibayar setakat tarikhkejadian daripada manfaat yang perlu dibayar.

18. Nilai tunai

18.1 Polisi ini tidak mempunyai sebarang nilai tunai.

19. Pengembalian semula polisi

19.1 Sekiranya polisi luput, anda boleh memohon untuk mengembalikan semula dalam tempoh masa12 bulan dari tarikh luput polisi, tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

(a) melengkapkan dan menyerahkan borang pengembalian semula yang telah ditandatangani;

(b) orang yang diinsuranskan memperakui dengan jujur kesemua fakta di dalam borangpengembalian semula;

(c) orang yang diinsuranskan menyediakan semua maklumat (jika ada) yang telah kami minta;

(d) orang yang diinsuranskan membayar semua premium tertunggak yang kami tentukan; dan

(e) sebarang terma-terma dan syarat-syarat lain yang mungkin kami kenakan pada masapermohonan pengembalian semula.

19.2 Sekiranya anda membatalkan atau menyerahkan polisi ini, pengembalian semula tidak terpakai.

Dokumen Polisi - Sun eCritical ShieldB03.01

Muka surat 9 dari 16

Page 10: SUN LIFE MALAYSIA ASSURANCE BERHAD DOKUMEN … · Tempoh penilaian adalah untuk jangka masa tempoh minimum yang dinyatakan dalam definisi yang berkaitan dan tidak akan lebih daripada

SAMPLE

19.3 Sekiranya kami mengetahui terdapat sebarang maklumat yang tidak benar atau disembunyikan,kami akan mengetepikan (seterusnya menamatkan) polisi yang dikembalikan semula. Kamihanya boleh melakukannya dalam masa 2 tahun pertama selepas pengembalian semula polisiini, kecuali kami dapat membuktikan berlaku penipuan atau, jika anda gagal membayarpremium.

19.4 Jika kami mengetepikan polisi yang dikembalikan semula ini (atas sebab selain daripadapenipuan), kami akan membayar balik premium yang dibayar bermula dari tarikh pengembaliansemula terakhir. Kami tidak akan membayar balik premium yang dibayar sebelum tarikhpengembalian semula terakhir.

19.5 Kami tidak akan memberi perlindungan insurans di bawah polisi ini untuk tempoh di antaratarikh polisi ini telah luput dan tarikh kami meluluskan pengembalian semula tersebut.

20. Hak milik

20.1 Anda adalah pemilik sah polisi ini.

20.2 Anda boleh menggunakan semua hak dan pilihan yang disediakan oleh polisi ini (bergantungkepada hak sebarang penama atau penerima pindahan polisi ini yang sah di sisiundang-undang).

21. Tugasan (pemindahan hak undang-undang)

21.1 Dari sisi undang-undang kami tidak akan menerima pemindahan polisi kecuali pemindahan ituberdaftar dengan kami.

21.2 Kami tidak mempunyai sebarang tanggungjawab mengenai kesahihan pemindahan jika andamembuat keputusan untuk memindah polisi ini.

22. Penama

22.1 Pemilik polisi yang telah mencapai umur 16 tahun, boleh menamakan seseorang untukmenerima manfaat-manfaat insurans (jika ada) yang perlu dibayar apabila pemilik polisimeninggal dunia di bawah polisi insurans ini. Penamaan boleh dibuat semasa permohonanpolisi atau pada bila-bila masa selepas polisi dikeluarkan.

22.2 Penama yang dinamakan di dalam borang penamaan atau mana-mana pindaan yang anda buatpada masa hadapan, akan menerima manfaat-manfaat insurans (jika ada) mengikut AktaPerkhidmatan Kewangan 2013. Anda boleh membatalkan atau menukar penama pada bila-bilamasa dengan memberi notis bertulis kepada kami. Notis bertulis mestilah kami terima dandaftarkan semasa hayat orang yang diinsuranskan. Pembatalan dan perubahan penama akanberkuatkuasa dari tarikh kami menerima notis bertulis tersebut.

23. Tindakan undang-undang

23.1 Tiada tindakan undang-undang atau dalam ekuiti akan dibawa untuk menuntut apa-apa manfaatdi bawah polisi ini sebelum penamatan tempoh 2 tahun dari tarikh berlakunya keadaan yangmenyebabkan tuntutan.

Dokumen Polisi - Sun eCritical ShieldB03.01

Muka surat 10 dari 16

Page 11: SUN LIFE MALAYSIA ASSURANCE BERHAD DOKUMEN … · Tempoh penilaian adalah untuk jangka masa tempoh minimum yang dinyatakan dalam definisi yang berkaitan dan tidak akan lebih daripada

SAMPLE

24. Notis tuntutan

24.1 Anda atau wakil sah anda mestilah memberi notis bertulis mengenai tuntutan di ibu pejabatkami dalam tempoh masa 30 hari dari tarikh kejadian yang dilindungi berlaku.

25. Bukti tuntutan

25.1 Bukti tuntutan yang memuaskan perlu diberikan kepada kami dalam tempoh masa 30 hari daritarikh pemberian notis tuntutan kepada kami, atas perbelanjaan anda sendiri atau wakil sahanda.

25.2 Kami berhak untuk meminta sebarang dokumen (dokumen-dokumen) tambahan lain sekiranyaperlu untuk menyokong tuntutan.

25.3 Kami berhak untuk meminta orang yang diinsuranskan untuk menjalani pemeriksaan perubatanpada bila-bila masa oleh pemeriksa yang berkelayakan dari segi undang-undang dan yang kamilantik, atas perbelanjaan kami, untuk menyokong tuntutan.

26. Akta Pematuhan Cukai Akaun Asing Amerika Syarikat (FATCA)

26.1 Tidak berkenaan

Dokumen Polisi - Sun eCritical ShieldB03.01

Muka surat 11 dari 16

Page 12: SUN LIFE MALAYSIA ASSURANCE BERHAD DOKUMEN … · Tempoh penilaian adalah untuk jangka masa tempoh minimum yang dinyatakan dalam definisi yang berkaitan dan tidak akan lebih daripada

SAMPLE

LAMPIRAN ECS002

Pengecualian-pengecualian dan had am

1. Penguatkuasaan pengecualian-pengecualian

1.1 Pengecualian-pengecualian berkenaan orang yang diinsuranskan ini hanya dikuatkuasasekiranya peruntukan-peruntukan manfaat membuat rujukan kepada lampiran ini.

2. Pengecualian penyakit kritikal:

2.1 Tiada manfaat akan dibayar jika orang yang diinsuranskan didiagnosis dengan penyakit kritikaldisebabkan secara langsung atau tidak langsung, akibat oleh mana-mana yang berikut:

(a) penyakit akibat Sindrom Kurang Daya Tahan (AIDS), komplikasi yang berkaitan denganAIDS, atau jangkitan Virus Kurang Daya Tahan Penyakit Manusia (HIV);

(b) keadaan sedia ada;

(c) keadaan kongenital;

(d) kecederaan ke atas diri sendiri, semasa waras atau tidak waras;

(e) penyalahgunaan alcohol atau dadah secara sengaja;

(f) peperangan, atau sebarang tindakan peperangan, atom, peperangan / aktiviti yangmelibatkan bahan biologi dan / atau kimia, aktiviti yang berkaitan dengan keganasan dansebarang aktiviti yang bersifat ketenteraan;

(g) mengambil bahagian dalam sebarang kegemaran/aktiviti seperti sebarang jenisperlumbaan, sukan udara, menyelam skuba atau sukan professional;

(h) gejala atau tanda Kanser, Serangan Jantung atau Penyakit berkaitan Diabetik yang wujudsebelum atau dalam tempoh 60 hari dari tarikh polisi berkuatkuasa atau tarikhpengembalian semula terakhir, yang mana terkemudian;

(i) gejala atau tanda Strok/Angin Ahmar yang wujud sebelum atau dalam tempoh 30 hari daritarikh polisi berkuatkuasa atau tarikh pengembalian semula terakhir, yang manaterkemudian; atau

(j) sebarang penyakit selain daripada didiagnosis dengan penyakit kritikal seperti ditakrifkandi sini.

Dokumen Polisi - Sun eCritical ShieldB03.01

Muka surat 12 dari 16

Page 13: SUN LIFE MALAYSIA ASSURANCE BERHAD DOKUMEN … · Tempoh penilaian adalah untuk jangka masa tempoh minimum yang dinyatakan dalam definisi yang berkaitan dan tidak akan lebih daripada

SAMPLE

LAMPIRAN ECS003

Peruntukan manfaat - Penjagaan 3 Penyakit Kritikal (CI) Utama

1. Penjagaan 3 Penyakit Kritikal (CI) Utama

1.1 Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan am, sewaktu polisi ini berkuatkuasa, sekiranya kamimenerima bukti yang memuaskan bahawa orang yang diinsuranskan didiagnosis dengankanser, strok/angin ahmar atau serangan jantung dan hidup selama sekurang-kurangnya 30hari selepas didiagnosis, seperti ditakrifkan dalam Lampiran ECS001 dokumen polisi danapabila tuntutan tersebut diluluskan, kami akan membayar manfaat sekali gus berdasarkanjumlah yang diinsuranskan tertera di jadual polisi atau sebarang pengendorsan yang memindaamaun manfaat.

1.2 Kami akan menolak sebarang amaun yang pemilik polisi terhutang kepada kami.

1.3 Jumlah agregat maksimum untuk manfaat penyakit kritikal yang dibayar kepada orang yangdiinsuranskan bawah polisi ini dan kesemua individu dan kumpulan polisi / sijil yang lain yangkami keluarkan tidak akan melebihi RM1,500,000.

1.4 Polisi ini akan ditamatkan selepas pembayaran tuntutan di bawah manfaat ini.

2. Pengecualian-pengecualian

2.1 Pengecualian-pengecualian yang dikuatkuasa di bawah manfaat ini akan merujuk kepadalampiran ECS002.

3. Prosedur tuntutan untuk manfaat penyakit kritikal

3.1 Pemilik polisi atau wakil yang sah perlu menghantar notis bertulis kepada kami untuk membuattuntutan manfaat penyakit kritikal semasa hayat orang yang diinsuranskan dan dalam tempoh30 hari dari selepas tarikh diagnosis penyakit kritikal yang dilindungi tersebut.

3.2 Kami juga akan memerlukan semua dokumen dan maklumat yang berkaitan untuk menilaituntutan dengan secepat mungkin.

3.3 Sebagai bukti tuntutan yang diberikan, kami mungkin meminta orang yang diinsuranskan untukmenjalani pemeriksaan perubatan oleh pemeriksa yang kami lantik. Kami akan memberitahuorang yang diinsuranskan jika ia diperlukan dan kami akan menanggung kos pemeriksaanperubatan tersebut.

3.4 Kami hanya akan menilai tuntutan tersebut selepas kami menerima semua dokumen, maklumatdan bukti yang kami perlukan.

4. Penamatan perlindungan

4.1 Manfaat ini akan tamat apabila berlaku mana-mana kejadian berikut, yang mana terawal:

(a) Apabila orang yang diinsuranskan meninggal dunia;

(b) Apabila polisi ini dibatalkan;

(c) Apabila pembayaran mana-mana satu daripada manfaat Penjagaan 3 CI Utama;

Dokumen Polisi - Sun eCritical ShieldB03.01

Muka surat 13 dari 16

Page 14: SUN LIFE MALAYSIA ASSURANCE BERHAD DOKUMEN … · Tempoh penilaian adalah untuk jangka masa tempoh minimum yang dinyatakan dalam definisi yang berkaitan dan tidak akan lebih daripada

SAMPLE

(d) Apabila polisi ini luput;

(e) Apabila polisi ini diserahkan;

(f) Pada tarikh tamat yang tertera di dalam jadual polisi; atau

(g) Pada ulang tahun polisi sejurus selepas hari lahir orang yang diinsuranskan yang ke-70.

Dokumen Polisi - Sun eCritical ShieldB03.01

Muka surat 14 dari 16

Page 15: SUN LIFE MALAYSIA ASSURANCE BERHAD DOKUMEN … · Tempoh penilaian adalah untuk jangka masa tempoh minimum yang dinyatakan dalam definisi yang berkaitan dan tidak akan lebih daripada

SAMPLE

LAMPIRAN ECS004

Peruntukan manfaat - Penjagaan Diabetik

1. Penjagaan Diabetik

1.1 Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan am, sewaktu polisi ini berkuatkuasa, sekiranya kamimenerima bukti yang memuaskan bahawa orang yang diinsuranskan didiagnosis denganmana-mana satu daripada Penyakit Berkaitan Diabetik di bawah manfaat Penjagaan Diabetik,seperti ditakrifkan dalam Lampiran ECS001 dokumen polisi dan apabila tuntutan tersebutdiluluskan, kami akan membayar manfaat sekali gus berdasarkan jumlah yang diinsuranskantertera di jadual polisi atau sebarang pengendorsan yang meminda amaun manfaat.

1.2 Kami akan menolak sebarang amaun yang pemilik polisi terhutang kepada kami.

1.3 Manfaat ini akan ditamatkan selepas bayaran tuntutan tetapi ini tidak mengurangkan manfaatPenjagaan 3 CI Utama dan polisi diteruskan untuk manfaat Penjagaan 3 CI Utama.

2. Pengecualian-pengecualian

2.1 Pengecualian-pengecualian yang dikuatkuasa di bawah manfaat ini akan merujuk kepadalampiran ECS002.

3. Prosedur tuntutan untuk manfaat penyakit kritikal

3.1 Pemilik polisi atau wakil yang sah perlu menghantar notis bertulis kepada kami untuk membuattuntutan manfaat penyakit kritikal semasa hayat orang yang diinsuranskan dan dalam tempoh30 hari dari selepas tarikh diagnosis penyakit kritikal yang dilindungi tersebut.

3.2 Kami juga akan memerlukan semua dokumen dan maklumat yang berkaitan untuk menilaituntutan dengan secepat mungkin.

3.3 Sebagai bukti tuntutan yang diberikan, kami mungkin meminta orang yang diinsuranskan untukmenjalani pemeriksaan perubatan oleh pemeriksa yang kami lantik. Kami akan memberitahuorang yang diinsuranskan jika ia diperlukan dan kami akan menanggung kos pemeriksaanperubatan tersebut.

3.4 Kami hanya akan menilai tuntutan tersebut selepas kami menerima semua dokumen, maklumatdan bukti yang kami perlukan.

4. Penamatan perlindungan

4.1 Manfaat ini akan tamat apabila berlaku mana-mana kejadian berikut, yang mana terawal:

(a) Apabila orang yang diinsuranskan meninggal dunia;

(b) Apabila polisi ini dibatalkan;

(c) Apabila pembayaran mana-mana satu daripada manfaat Penjagaan 3 CI Utama;

(d) Apabila pembayaran manfaat Penjagaan Diabetik;

(e) Apabila polisi ini luput;

Dokumen Polisi - Sun eCritical ShieldB03.01

Muka surat 15 dari 16

Page 16: SUN LIFE MALAYSIA ASSURANCE BERHAD DOKUMEN … · Tempoh penilaian adalah untuk jangka masa tempoh minimum yang dinyatakan dalam definisi yang berkaitan dan tidak akan lebih daripada

SAMPLE

(f) Apabila polisi ini diserahkan;

(g) Pada tarikh tamat yang tertera di dalam jadual polisi; atau

(h) Pada ulang tahun polisi sejurus selepas hari lahir orang yang diinsuranskan yang ke-70.

Dokumen Polisi - Sun eCritical ShieldB03.01

Muka surat 16 dari 16