7
DEFINASI SUKAN RAGAM Perkataan “Ragam” bermaksud “cara atau kegiatan yang pelbagai bentuk “. Pertandingannnya adalah mengikut sistem berpasukan. Peserta-peserta akan menjalani acara-acara sukan ini secara bergilir-gilir dan memungut mata untuk pasukannya. Pencapaian mata atau markah adalah berasaskan prestasi setiap peserta dalam acara yang tertentu. Keputusan Pertandingan Sukan ragam ditentukan dengan mengira jumlah mata yang diperolehi oleh setiap pasukan itu. Salah satu kelebihan Sukan Ragam adalah sistem pemberian matanya. Skor bagi setiap acara itu biasanya mengambilkira taraf kebolehan murid-murid dalam suatu acara itu. Cara ini penting untuk menentukan bahawa kebolehan murid-murid dalam sesuatu acara itu. Cara ini penting untuk menentukan bahawa setiap orang akan berpeluang merasai kejayaan dan dapat memberi sumbangan kepada pasukannya. Dari segi psikologi, pengalaman yang serupa ini akan membina sifat yakin diri dalam sanubari murid-murid. FALSAFAH SUKAN Untuk membentuk sebuah masyarakat yang cergas, sihat dan kukuh dari segi fizikal dan mental - bersemangat dan berpendirian positif dalam hidup, berdisiplin dan berdikari melalui penyertaan semua lapisan masyarakat secara aktif dan sukarela dalam semua aktiviti sukan,

Sukan ragam

  • Upload
    deeya76

  • View
    5.117

  • Download
    4

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Sukan ragam

DEFINASI SUKAN RAGAM

Perkataan “Ragam” bermaksud “cara atau kegiatan yang pelbagai bentuk “.

Pertandingannnya adalah mengikut sistem berpasukan. Peserta-peserta akan

menjalani acara-acara sukan ini secara bergilir-gilir dan memungut mata untuk

pasukannya. Pencapaian mata atau markah adalah berasaskan prestasi setiap

peserta dalam acara yang tertentu. Keputusan Pertandingan Sukan ragam

ditentukan dengan mengira jumlah mata yang diperolehi oleh setiap pasukan itu.

Salah satu kelebihan Sukan Ragam adalah sistem pemberian matanya. Skor

bagi setiap acara itu biasanya mengambilkira taraf kebolehan murid-murid dalam

suatu acara itu. Cara ini penting untuk menentukan bahawa kebolehan murid-

murid dalam sesuatu acara itu. Cara ini penting untuk menentukan bahawa

setiap orang akan berpeluang merasai kejayaan dan dapat memberi sumbangan

kepada pasukannya. Dari segi psikologi, pengalaman yang serupa ini akan

membina sifat yakin diri dalam sanubari murid-murid.

FALSAFAH SUKAN

Untuk membentuk sebuah masyarakat yang cergas, sihat dan kukuh dari

segi fizikal dan mental - bersemangat dan berpendirian positif dalam

hidup, berdisiplin dan berdikari melalui penyertaan semua lapisan

masyarakat secara aktif dan sukarela dalam semua aktiviti sukan, rekreasi

dan kecergasan fizikal dengan berpegang kepada konsep kenegaraan,

iaitu "Melayu Islam Beraja".

Sukan merupakan satu aktiviti yang paling berkesan dan mempunyai

potensi menolong seseorang itu memperolehi sebanyak-banyak

keseronokan dan kepuasan dalam hidup, mencapai nilai terpuji hidup

(quality of life) dan keperluan asas manusia.

Sukan juga adalah satu penglibatan pembangunan sosial melalui

penyertaan beramai-ramai sama ada ahli keluarga, sahabat handai,

Page 2: Sukan ragam

masyarakat setempat dan masyarakat asing - semuanya menggalakkan

pergaulan, persaingan yang sihat dan mengeratkan perhubungan sosial

serta melahirkan masyarakat yang tidak mengasingkan diri.

Keperluan asas manusia merangkumi berbagai-bagai faktor daripada

keperluan fiziologi kepada kepuasan mutlak diri.

Kemanfaatan dan sumbangan sukan kepada individu, masyarakat dan

dunia antarabangsa dapat dirumuskan seperti berikut: -

1. Di Peringkat Individu,

i. Peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal.

ii. Pembentukan sahsiah (keperibadian) yang murni, kepercayaan serta

bergantung kepada diri sendiri (berdikari) dan pendirian yang positif;

iii. Penggunaan masa lapang yang bermakna dan bermanfaat;

iv. Kekurangan tekanan (stress) hidup moden;

v. Semangat bergaul dan bersahabat antara individu;

vi. Peningkatan kemahiran melalui latihan dan persaingan; dan

vii. Peluang memenuhi keperluan asas manusia mencapai kepuasan mutlak

individu.

2. Di Peringkat Masyarakat,

i. Menggalakkan pembinaan kualiti mental masyarakat seperti semangat

berdikari dan berdisiplin;

ii. Membina masyarakat yang sihat dan cergas dari segi fizikal, mental dan

spiritual. Ini akan mendorongkan peningkatan produktiviti negara;

Page 3: Sukan ragam

iii. Menimbulkan suasana untuk memupuk perhubungan dan penyatuan

masyarakat di kalangan rakyat dan penduduk berbagai keturunan dan

status sosial dan menghindarkan hidup berpuak dalam masyarakat;

iv. Mencegah jenayah dan aktiviti liar melalui penggunaan masa lapang yang

berfaedah dan sebagainya; dan

v. Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara melalui

industri sukan, rekreasi dan pelancongan.

3. Di peringkat Antarabangsa,

i. Mengeratkan hubungan muhibah serta persefahaman antara sebuah

negara dengan negara lain ke arah keamanan dan kesejahteraan dunia;

dan

ii. Mempertingkatkan mutu pencapaian individu dan kecemerlangan melalui

pertandingan antarabangsa yang menghasilkan kebanggaan diri,

keluarga, bangsa dan negara.

TUJUAN SUKAN RAGAM

Tujuan sukan ragam diadakan di sekolah ialah:

i. Untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal murid-murid.

ii. Untuk membentukkan sahsiah (keperibadian) yang murni, kepercayaan

serta bergantung kepada diri sendiri (berdikari) dan pendirian yang positif;

iii. Untuk mengurangkan tekanan (stress) hidup moden di kalangan murid..

iv. Untuk meningkatkan semangat bergaul dan bersahabat antara individu;

v. Untuk meningkatkan kemahiran melalui latihan dan persaingan.

vi. Untuk memberi peluang kepada individu untuk memenuhi keperluan asas

manusia dan mencapai kepuasan mutlak individu.

vii. Untuk mempupuk sifat-sifat kemasyarakatan seperti semangat

Page 4: Sukan ragam

berpasukan, mematuhi peraturan, semangat kesukanan dan kepimpinan

di kelangan murid.

viii.Menghilangkan rasa bosan di kangan murid pada waktu Pendidikan

Jasmani.

ix. Membantu guru untuk menilai tahap pencapaian murid-muridnya dalam

kemahiran yang tertentu.

MATLAMAT SUKAN RAGAM

Sukan ragam bertujuan untuk melahirkan murid yang menguasai

pengetahuan, kemahiran dan pengalaman asas sukan melalui amalan

teori dan praktis dalam bidang sukan serta memupuk dan

meningkatkan pengayaan nilai sebagai persediaan di bidang kerjaya,

memberi peluang kepada setiap murid untuk merasai kejayaan dan

dapat memberi sumbangan kepada pasukannya. Ia juga bermatlamat

membina sifat yakin diri dalam sanubari murid-murid.

OBJEKTIF SUKAN RAGAM

Membolehkan murid :

i. memperoleh pemahaman tentang fungsi tubuh badan secara

saintifik semasa melakukan pergerakan;

ii. menghayati perlakuan pergerakan fizikal terhadap kehidupan

dan kesihatan diri;

iii. mengaplikasi prinsip latihan bagi meningkatkan komponen

kecergasan;

iv. memahami proses fisiologi yang memberi kesan terhadap

pencapaian sukan;

v. memahami prinsip asas kecederaan sukan dan aplikasinya

dalam aktiviti fizikal; dan

vi. merancang pemakanan yang sesuai berdasarkan keperluan

latihan dan pertandingan.

Page 5: Sukan ragam

AKTIVITI SUKAN RAGAM

1) Permainan : Susup Gelung Rotan Berganti-ganti

Tujuan Permainan : Kanak-kanak dapat menjulur dan menyusur

Senarai keperluan :Tempat : kawasan lapang Bahan : Gelung rotan sebanyak 10 unit

Peraturan Permainan :

1) Setiap kanak-kanak perlu menyusur dalam gelung rotan sehingga ke hujung barisan

2) Orang yang seterusnya hanya boleh masuk ke gelung apabila orang sebelumnya sudah tamat menyusur

Cara bermain : 1) Buat 4 barisan, 2 barisan kanak-kanak tidak memegang gelung rotan dan

2 barisan kanak-kanak memegang gelung rotan. Setiap barisan ada 5 hingga 7 orang.

2) Barisan kanak-kanak dan pemegang gelung rotan berada dalam barisan bertentangan.

3) Apabila dibunyikan wisel orang pertama berlari dan terus menyusur ke dalam gelung sehingga tamat

4) Diikuti dengan rakan seterusnya.

Formasi Permainan:

GP GT

P3 P2 P1

Page 6: Sukan ragam