Upload
yuvarani-subramaniam
View
20.431
Download
9
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Citation preview
1.0 Pengenalan
Istilah ‘rekreasi’ berasal dari bahasa Latin iaitu, ‘re-creare’ yang bermaksud membuat
ulang, kegiatan yang dilakukan untuk penyegaran kembali jasmani dan rohani
seseorang. Secara umumnya, rekreasi adalah aktiviti yang dilakukan oleh seseorang
selain pekerjaan. Aktiviti rekreasi biasanya dilakukan secara berkumpulan. Aktiviti
rekreasi boleh disusun atur dalam bentuk pertandingan atau persembahan atau dalam
bentuk tanpa dirancang. Matlamat akhir rekreasi ialah untuk mencapai kesejahteraan
diri, keluarga dan komuniti. Ringkasnya, rekreasi merupakan aktiviti masa lapang yang
membina, merehatkan fikiran dan mencergaskan tubuh badan. Berikut merupakan
beberapa pendapat tokoh tentang rekreasi :-
▪ Webster (1990)
Rekreasi adalah aktiviti saranan untuk menyegarkan kembali atau hiburan.
▪ Ford (1981)
Rekreasi merupakan program yang melibatkan penggunaan persekitaran yang semula
jadi yang bertujuan untuk mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang
sedia ada. Ia juga merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran, ilmu, dan
sikap.
▪ Hammerman Etal (1985)
Sukan rekreasi itu merupakan landasan untuk mengenal pasti pengetahuan dan ilmu
yang boleh digunakan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
▪ Mohd Salleh Aman (2004)
Rekreasi merupakan aktiviti masa lapang yang membina (positif) sama ada bentuk
riadah (aktif) atau santai (pasif).
▪ Knapp ( 1981 )
Sukan Rekreasi adalah alat untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan.
▪ Douglas (1970)
Rekreasi alam tempat terbuka adalah rekreasi yang dilakukan di tempat-tempat yang
tidak dibatasi.
▪ Meyer, Brightbill dan Sessom
rekreasi merupakan kegiatan
bentuknya beraneka ragam
rekreasi ditentukan oleh motivasi
rekreasi dilakukan secara rutin
rekreasi sukarela
rekreasi dilakukan secara universal dan penting
rekreasi adalah serius dan berguna
rekreasi itu fleksibel
rekreasi merupakan hasil sampingan
2.0 Kepentingan Sukan dan Rekreasi
Secara psikologi banyak orang di lapangan yang merasa tidak selesa dengan adanya
beberapa kesibukan dan masalah, sehingga mereka mengkorbankan masa dari
bekerja, tidur dengan nyaman, bersantai sehabis latihan, keseimbangan antara
pengeluaran dan pendapatan, mempunyai teman bekerja yang baik, hidup bebas, dan
merasa aman dari risiko buruk. Rekreasi dapat disimpulkan sebagai suatu kegiatan
yang dilakukan sebagai pengisi waktu luang untuk satu atau beberapa tujuan.
Antaranya untuk kesenangan, kepuasan, penyegaran sikap dan mental yang dapat
memulihkan kekuatan baik fizikal maupun mental.
Banyak nilai yang dapat diperoleh dari rekreasi dengan menggunakan dasar
persekutuan. Ketegangan dapat dilepaskan dan masa yang ada dapat digunakan
dengan cara-cara yang berguna. Seseorang individu dapat diajari bagaimana individu
dapat dibangun dan ditingkatkan melalui rekreasi. Salah satu manfaat penting dari
rekreasi adalah dalam pembentukan personaliti diri seseorang. Melalui suatu program
rekreasi yang telah disusun dan dijalankan dengan baik, seseorang individu dapat
belajar untuk menikmati penggunaan waktu sebaik-baiknya serta nilai-nilai seperti
disiplin diri, keyakinan diri, kerjasama, dan tolong-menolong.
3.0 Jenis sukan dan rekreasi
3.1 Perkhemahan
Aktiviti perkhemahan adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit,
di gunung dan sebagainya. Berkhemah bermakna menerima atau memikul beberapa
tanggungjawab terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam
aktiviti berkaitan dengan persekitaran. Perhubungan yang erat dengan alam semulajadi
perlu diutamakan dalam perkhemahan sama ada perkhemahan secara individu ataupun
perkhemahan secara kumpulan. Melalui aktiviti perkhemahan, unsur- unsur asas
pembangunan kemanusiaan seperti bertoleransi, tolong-menolong, berdisiplin dan jati
diri dipupuk dalam diri seseorang individu. Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan
para peserta kepada cabaran- cabaran fizikal dan mental yang secara tidak langsung
memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing-masing. Aktiviti perkhemahan
yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu, secara tidak langsung
mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan kemahiran kognitif, afektif
dan psikomotor masing-masing.
3.1.1 Jenis-jenis Khemah
Jenis-jenis khemah terdapat dalam pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan iaitu:
▪ Ridge Tent
Mempunyai tiang yang melintang di sepanjang bumbung. Ia diperbuat dari bahan
nilon(nylon) yang ringan supaya mudah dibawa dan dilipat.
▪ Dome Tent
Berbentuk gelembung dan menggunakan bahan yang sesuai serta fleksibel. Ianya
ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk perkhemahan seperti di sekolah dan
sebagainya.
▪ Frame Tent
Khemah jenis besar ini biasa digunakan untuk perkhemahan keluarga. Rangka khemah
akan dipasang terlebih dahulu kemudian barulah dipasang kanvas.
▪ Bell Tent
Mempunyai satu sahaja tiang tinggi di puncak khemah. Khemah jenis ini juga sudah
jarang digunakan dan digantikan dengan khemah jenis ‘dome’.
3.2 Kajian empirikal
Penyiasatan saintifik empirikal bermakna kajian yang dirancangkan boleh diuji dalam
makmal atau luar makmal dan terbuka untuk diteliti orang lain. Kajian empirikal
dijalankan dengan mengaplikasikan dua kaedah iaitu soal selidik dan temu ramah.
Melalui kaedah soal selidik, pengumpulan data-data atau maklumat terkini dapat
diperolehi. Kaedah ini kebiasaannya melibatkan satu turutan aktiviti yang harus diikuti
untuk memudahkan kajian yang dilakukan. Kajian empirikal terhadap flora dan fauna
penting dan perlu dijalankan dalam aktiviti rekreasi. Maklumbalas ini perlu untuk
mengetahui tentang penemuan-penemuan baru, fungsi-fungsi serta habitat flora dan
fauna di sesuatu tempat. Jika kajian terhadap alam semulajadi diteruskan, bermakna
alam semulajadi akan dapat dikekalkan dan generasi akan datang dapat merasai
peluang melihat dan mengenali alam semulajadi dengan lebih dekat. Kajian empirikal
juga dapat menarik minat seseorang untuk lebih meminati aktiviti rekreasi dan
mendekatkan diri dengan alam semulajadi.
3.3 Kemahiran tali
Kemahiran tali amat penting semasa melakukan aktiviti rekreasi. Kemahiran ini banyak
menyumbang untuk melakukan aktiviti seperti membina khemah, abseiling, dan flying
fox. Terdapat beberapa jenis kemahiran tali yang penting dan perlu diketahui oleh
seseorang individu yang menyertai aktiviti rekreasi iaitu, seperti yang dihuraikan di
bawah :-
3.3.1 Simpulan (knotting)
Lazimnya simpulan dibuat menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Tali ini
digunakan pada benda-benda kecil dan sederhana. Contoh simpulan adalah seperti
buku sila, tindih kasih, simpul himpit dan lilit dua simpul.
3.3.2 Ikatan (lashing)
Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang, dan papan untuk membuat
jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya. Contoh ikatan adalah seperti ikatan
seraya, ikatan serong, ikatan silang gunting dan lilit balak .
3.3.3Sambat (splicing)
Sambat digunakan untuk menyambung dua tali dan membuat sesuatu peralatan.
Menyambung dua tali dengan menggunakan sambat adalah baik dan selamat semasa
digunakan. Contoh sambat adalah seperti sambat balik, sambat pendek dan sambat
mata.
3.3.4 Mematikan hujung tali (whipping)
Tali tidak boleh digunakan sebelum tali itu di matikan. Ia bertujuan supaya tali tidak
terburai di hujungnya. Contoh ikatan adalah seperti lilit pemati biasa, lilit pemati selit
dan sambat balik.
3.4 Ikhtiar Hidup
Ilmu ikhtiar hidup di dalam hutan amat luas. Bagi memahiri ilmu ini, seseorang itu
memerlukan latihan amali dan pengalaman yang banyak. Dalam melaksanakan
kegiatan luar kadang kala kita tidak akan menduga bahawa berlakunya perkara yang
tidak diingini. Tersesat di dalam hutan, kemalangan dan kecemasan semasa
melaksanakan aktiviti luar adalah sesuatu risiko yang perlu dihadapi oleh setiap
pengamal kegiatan luar. Dalam keadaan seperti inilah seseorang yang sememangnya
mempunyai daya ketahanan mental dan fizikal akan cuba berhadapan dengan apa jua
keadaan demi menyambung terus kehidupan mereka. Kemahiran ikhtiar hidup adalah
merupakan suatu amalan dan pelajaran yang amat berguna, terutamanya kepada
mereka yang sememangnya sentiasa berminat dalam rekreasi yang berbentuk kegiatan
luar. Kamus Dewan mentakrifkan ikhtiar sebagai pilihan atau berusaha mencari jalan
bagi mencapai sesuatu maksud. Hidup pula ditakrifkan sebagai terus bernyawa atau
bernafas. Perkataan ikhtiar hidup dapatlah dirumuskan sebagai sesuatu usaha atau
mencari pilihan daripada pelbagai yang ada untuk terus hidup atau menyambung
nyawa.
3.4.1 Ketakutan
Antara kebanyakkan kesukaran yang akan dihadapi jika tersesat dalam sesuatu tempat
rekreasi seperti hutan, gunung dan bukit, perasaan takut adalah halangan yang paling
tinggi. Ketakutan kita akan berkurangan apabila keadaan yang mencemaskan menjadi
normal. Ada berbagai cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi perasaan takut.
Ketakutan yang paling penting adalah seperti takut terhadap perkara-perkara yang tidak
diketahui, takut disebabkan ketidakselesaan dan takut disebabkan kelemahan diri
sendiri.
3.4.2 Perhubungan Dengan Orang Asli
Apabila bertembung dengan orang asli, seseorang itu harus berhati-hati. Sekiranya
individu tersebut boleh berhubung dengan mereka, maka peluang untuk terus hidup
adalah cerah. Mereka boleh membantu dengan makanan, tempat berteduh, ubatan
tempatan, petunjuk jalan dan keselamatan. Walaubagaimanapun, seseorang itu perlu
berhati-hati kerana adat orang asli berbeza dengan adat kita. Bagi orang asli yang
hidup di pendalaman hutan, mereka mempunyai pengetahuan yang sedikit tentang
kehidupan di luar hutan. Pantang larang memainkan peranan yang penting dalam
kehidupan mereka.
3.4.3 Makanan
Berikhtiar hidup biasanya melibatkan perjalan yang jauh tanpa mempunyai makan yang
mencukupi. Lazimnya, dalam hutan di Malaysia terdapat sumber makanan yang banyak
tetapi adalah penting dalam memilihnya. Jika hendak berikhtiar hidup, seseorang itu
harus tidak boleh mengikut selera makan tetapi harus terima sahaja makan dari
pelbagai sumber seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan.
3.5 Pendidikan Konservasi
Pendidikan konservasi boleh didefinisikan sebagai satu usaha untuk menimbulkan
kesedaran atau kepekaan terhadap kepentingan atau keperluan terhadap sesuatu
perkara. Manakala sukan rekreasi pula boleh didefinisikan sebagai aktiviti yang
terancang yang dilakukan untuk memenuhi masa lapang bukan untuk tujuan
pertandingan tetapi untuk memperolehi ketenangan minda dan merehatkan badan serta
mempelajari pengetahuan tentang sesuatu perkara. Maka kepentingan pendidikan
konservasi dalam sukan rekreasi boleh didefinisikan sebagai satu usaha ataupun cara
untuk mendidik seseorang individu dalam sesuatu perkara apabila mereka mengikuti
aktiviti rekreasi ini. Menurut Rijksen (1981), konservasi merupakan suatu bentuk evolusi
kebudayaan. Pada masa duhulu, usaha konservasi lebih buruk dan sangat lemah
daripada sekarang. Konservasi dapat dilihat dari segi ekonomi dan ekologi. Konservasi
dari segi ekonomi bererti cuba memperuntukkan sumber daya alam untuk sekarang.
Manakala dari segi ekologi, konservasi merupakan peruntukan sumber daya alam untuk
sekarang dan masa yang akan datang.
Pendidikan konservasi dalam sukan rekreasi perlu didedahkan kepada semua
orang sejak di bangku sekolah lagi supaya kita dapat meluaskan ilmu pengetahuan
mereka terhadap kepentingan alam sekitar kita. Hal ini kerana isu alam sekitar
sememangnya menjadi suatu isu yang serius dan memerlukan pemerhatian segera.
Oleh itu apabila pendidikan konservasi terhadap alam sekitar diberikan kepada anak
murid melalui sukan rekreasi, kita dapat memupuk amalan memelihara dan memulihara
alam sekitar daripada ancaman pencemaran.
Pendidikan koservasi ini juga turut mendidik anak-anak murid untuk tidak
mencemarkan alam sekitar kita dan ramah dengan alam sekitar dengan tidak
membuang sampah serta mencemarkan sungai. Mereka juga akan mula untuk
mencintai flora dan fauna serta sungai yang berada di kawasan aktiviti sukan rekreasi.
Ini akan membantu untuk memelihara alam sekitar kita yang kian hari semakin
mengalami ancaman yang serius.
Selain itu, pendidikan konservasi dalam sukan rekrasi juga menjadi alat utama
untuk menanamkan semangat untuk menjaga alam sekitar dan sekaligus menukar
sikap mereka yang tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar kepada sebaliknya.
Pendidikan konservasi dalam sukan rekreasi sememangnya sesuatu yang harus
ditekankan dan diteruskan supaya kita dapat mengubah sikap generasi yang akan
datang supaya mereka juga turut memainkan peranan dalam menjaga alam sekitar kita.
Dengan berbuat demikian dapatlah kita mengurangkan masalah pencemaran alam
sekitar dan mula untuk menanam semula pokok-pokok baru supaya kawasan sekeliling
kita dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan hijau.
4.0 Jenis-jenis aktiviti rekreasi
Aktiviti rekreasi dilingkari beberapa jenis aktiviti lasak yang menguji ketahanan fizikal
dan mental seseorang yang menyertainya. Aktiviti-aktiviti ini dapat memupuk keyakinan
diri dalam diri seseorang yang mengikutinya. Berikut adalah contoh beberapa jenis
aktiviti yang dapat dijalankan semasa aktiviti rekreasi.
4.1 Jungle trekking
Aktiviti jungle trekking adalah satu aktiviti lasak yang lazimnya dijalankan dalam
program rekreasi. Namun begitu, semasa menjalankan aktiviti ini, akitiviti keselamatan
hendaklah sentiasa diutamakan tidak kira kepada peserta, guru pengiring, fasilatator
mahupun jurulatih itu sendiri. Pengurusan risiko terhadap aktiviti ini boleh diuruskan
dengan menggunakan satu kaedah yang dinamakan HIRARC. HIRARC adalah
singkatan kepada Hazard Identification, Risk Assessment & Risk Control. HIRARC
merupakan satu kaedah dimana setiap hazard dikenal pasti pada sekitar kawasan
jungle trekking, laluan denai, peralatan, manusia dan lain-lain. Setiap hazard yang
dikenalpasti akan dinilai sejauh mana risiko ke atas keselamatan para peserta dan
setiap risiko akan dikawal mengikut hieraki kawalan.
4.2 Orienteering
Orienteering merupakan salah satu cabang pengetahuan yang berkenaan dengan
teknik-teknik pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan
kemahiran membaca peta dan kompas. Orienteering adalah sukan rekreasi yang
memerlukan imbangan di antara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta
perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain
dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan
di atas peta dan ditentukan di permukaan bumi mengikut susunan tertentu.
4.2.1 Terminologi Dan Alatan
Dalam aktiviti orienteering ini perlu tahu terminologi alatan-alatan yang digunakan bagi
menjalankan aktiviti ini. Antara alatan-alatan yang digunakan adalah seperti berikut:
▪ Titik kawalan (Control point)
• Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati oleh
peserta.
• Biasanya merupakan ciri-ciri mukabumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas.
• Titik kawalan bukanlah “check-point” kerana ia tiada penjaga dititik ini.
▪ Penanda kawalan (Control marker)
• Tujuannya bagi membantu peserta tiba ke destinasi yang betul.
• Sesuatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih sebagai
tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m).
• Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik.
▪ Kad kawalan (Control card)
• Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acara
sebagai bahan bukti atau pengesahan.
• Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dan
tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti. Kad ini perlu
diserahkan kepada penjaga masa digarisan penamat untuk dicatatkan masa penamat.
▪ Peta utama (Master map)
• Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan
kawalan.
• Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan.
▪ Keterangan kawalan (Control description)
• Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan berkenaan.
Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawalan dan keterangan
mengenai kedudukan titik kawalan.
• Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk ‘teks’ tetapi dalam
bentuk kod/gambarajah.
▪ Landasan (Course)
• Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke titik
kawalan yang lain hingga kepenamat. Landasan ini akan dilukis diatas peta utama dan
akan disalin oleh peserta kemudiannya.
• Tanda yang berkenaan landasan adalah seperti berikut :-
- Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.
- Titik kawalan dengan tanda bulatan.
- Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertintih.
- ‘Leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan.
▪ Kompas (Compass)
• Alat bantu yang kedua terpenting dalam sukan orienteering.
• Ia digunakan hanya untuk menentukan arah sahaja.
▪ Peta
Peta adalah lukisan bagi gambaran bentuk mukabumi bagi sesebuah kawasan yang
dilihat dari udara. Peta adalah sumber maklumat bagi kawasan berkenaan. Mempunyai
tajuk, kontor, skala, petunjuk, garisan melaras dan kod warna yang akan memberi
kemudahan dan tangkapan yang tepat mengenai rupa bumi kawasan berkenaan.
Membaca peta ialah proses menafsirkan maklumat yang tergambar di atas peta kepada
maklumat sebenar yang diwakilinya. Peta merupakan satu gambaran yang dapat dilihat
dari udara ke atas sesuatu tempat atau kawasan yang menggambarkan keadaan
tempat itu di segi jenis tanaman, bangunan, jalanraya, sungai, paya, hutan tanah tinggi
dan sebagainya. Peta yang selalu digunakan untuk aktiviti orienteering ialah peta
topografi.
4.3 Berkayak
Berkayak adalah sejenis sukan air. Berbeza dari sukan kanu, berkayak selalunya di
lakukan di air yang tenang dan kurang berisiko. Aktiviti berkayak boleh dilakukan secara
bersendirian ataupun dengan pemerhatian jurulatih.
4.3.1 Anatomi Kayak
Semua jenis kayak mempunyai nama bahagian yang sama, hanya bentuk, ukuran dan
bahan pembuatannya sahaja yang berbeza mengikut syarikat pengeluar dan teknologi
semasa. Berikut adalah anatomi kayak :-
▪ Haluan & Buritan (Bow & Stern)
Bow atau Haluan adalah bahagian depan atau muncung kayak yang berfungsi sebagai
arah tujuan dan juga sebagai alat memecah ombak. Stern atau Buritan pula ialah
bahagian belakang kayak. Kedudukan. Tip untuk mengenali diantara Bow dengan Stern
ialah melihat arah tempat duduk pendayung.
▪ Gunwale Line / Painter Line
Gunwale Line / Painter Line ialah bahagian tepi atau sisi kayak yang berfungsi sebagai
penyeimbang bagi pendayung, apakah perahu yang dinaikkan itu sesuai dengan berat
badannya atau tidak. Sisi kanan disebut "starboard" dan sisi kiri disebut "portside".
▪ Hull
Hull ialah bahagian bawah kayak. Bentuknya berbeza bergantung kepada jenis kayak.
▪ Deck (Geladak)
Deck ialah bahagian atas hadapan kayak untuk melindungi kaki untuk memudahkan
melakukan teknik Eskimo Roll. Deck bahagian depan ini dikenali sebagai "foredeck"dan
dibelakangnya pula dikenali sebagai "afterdeck".
▪ Cockpit (Ruang Tempat Duduk)
Cockpit ialah ruangan yang dibentuk untuk pendayung kayak. Kedudukan Cockpit ini
berbeza mengikut rekaan bentuk dan penggunaan kayak tersebut.
▪ Seat (Tempat Duduk)
Tempat duduk terletak didalam Cockpit, dan tempat duduk terbahagi dalam beberapa
jenis iaitu Standard (bentuk dan ukuran tetap), tempat duduk sederhana (biasa untuk
kayak rekreasi), tempat duduk ketat (digunakan untuk di arus deras.)
▪ Toggle
Toggle adalah sejenis tali untuk mengangkat kayak, letaknya di hujung depan (Bow)
dan belakang (Stern).
▪ Coaming
Coaming adalah bahagian tepi kecil dan mengelilingi cockpit, ianya berfungsi sebagai
penahan air untuk masuk ke dalam perahu dan juga untuk mengikat spray cover.
▪ Knee Brace
Letaknya dibawah Coaming yang berfungsi sebagai penahan lutut dan memberikan
sanggahan ke kaki supaya kaki pendayung lebih kuat terhadap perahu.
▪ Towline / Deckline
Towline / Deckline ialah tali yang diikatkan di hujung kayak (bow) dan buritan kayak
(stern). Ia berfungsi sebagai tali penyelamat, menarik perahu.
▪ Keel
Terletak dibawah geladak belakang dan berfungsi sebagai kemudi.
▪ Buoyancy
Buoyancy adalah bahan apungan yang terletak di bawah deck bagian depan (bow) dan
deck bagian belakang (stern) yang berfungsi sebagai penyimpang apabila kayak
terbalik dan tidak mudah tenggelam.
▪ Footrest
Footrest terletak di bahagian foredeck berfungsi sebagai tempat meletak kaki,
bentuknya terdiri dari bar (dipasang pada sisi kiri dan kanan), paddle (hampir sama
dengan bar tetapi terpisah antara letak sebelah kiri dengan kanan), bulkhead (bentuk
bulat rata dan terletak di bagian haluan (bow).
▪ Deck Eye / Eye Cleat
Eck Eye / Eye Cleat ialah lubang untuk mengikat tali (towline) yang terletak di atas
geladak.
▪ Eye Pit
Eye Pit ialah lubang yang terletak di ujung haluan (bow) dan buritan (stern) pada jenis
kayak-kayak tertentu.
▪Hatch
Hatch ialah lubang penutup yang terdapat di bahagian depan dek dan belakang dek,
yang berfungsi sebagai tempat meletakkan barang, biasa digunakan untuk kayak jenis
ekspedisi.
▪Back Strap
Back Strap berbentuk getah yang diletakkan pada bahagian tempat duduk belakang,
berfungsi untuk memberikan keselesaan pendayung untuk menyandar ke belakang
sewaktu mendayung dan sekaligus untuk melindungi keselamatan bahagian belakang
pendayung.
4.4 Rafting
Rafting adalah sejenis aktiviti yang seiras dengan aktiviti berkayak tetapi lebih
mencabar. Aktiviti rafting dilakukan dalam kumpulan. Aktiviti ini tidak dilakukan semasa
air dalam keadaan tenang. ‘Water Rafting’ adalah satu sukan yang amat mencabar
fizikal dan mental. Aktiviti ini amat memerlukan kekuatan daya tahan yang maksimum.
Sekiranya tidak, ia akan mendatangkan risiko kepada semua ahli kumpulan. Aktiviti ini
digalakkan untuk dilakukan dengan pemerhatian jurulatih.
4.5 Abseiling
Abseiling merupakan satu aktiviti menuruni satu kawasan tinggi ke kawasan yang
rendah dengan menggunakan tali. Individu yang terlibat akan mengawal sendiri
pergerakannya. Namun begitu, sebagai langkah keselamatan, jurulatih ataupun
fasilitator akan bertanggungjawab membantu individu itu pada masa-masa kecemasan
bagi mengelakkan kemalangan. Bagi memastikan aktiviti berjalan dengan lebih lancar,
peralatan yang sesuai dan ada jaminan kualiti sahaja yang boleh digunakan.
4.5.1 Alat-alat untuk melakukan aktiviti Abseiling
▪ Safety Helmet (Topi Keselamatan)
Topi keselamatan digunakan sebagai pelindung kepala dan untuk menahan hentakan.
Topi keselamatan ini bersifat ringan.
▪ Carabin (Karabina)
Karabina digunakan sebagai alat penghantaraan untuk menyambung satu alat ke alat
yang lain. Alat ini diperbuat daripada aloi (alloy) yang sensitive pada hentakan dan
boleh menampung beban seberat 2000kg hingga 2200kg.
▪ Pulley
Pulley digunakan untuk mengurangkan keberatan bebanan. Alat ini diperbuat daripada
aloi (alloy) yang sensitive pada hentakan . Kemampuan bebanan bergantung pada
kedudukan pulley. Maksimum bebanan adalah 2400kg.
▪ Figure of Eight
Alat ini digunakan untuk tujuan menurun sahaja. Alat ini diperbuat daripada aloi (alloy)
yang sensitive pada hentakan. Alat ini juaga boleh menampung beban seberat 2500kg
hingga 3000kg bergantung kepada saiz dan pengeluar.
▪ Full Seat Harnes
Alat ini digunakan untuk menyokong tubuh. Ianya diperbuat daripada nylon atau
polyster.
▪ Juma @ Jammer
Alat ini digunakan untuk menaik sahaja dan diperbuat daripada aloi (alloy) yang sangat
sensitif pada hentakan. Alat ini boleh menampung beban seberat 2500kg hingga
3000kg.
▪ Stopper
Alat ini digunakan untuk turun dan melakukan sebarang kerja di pertengahan tali.
Ianya diperbuat daripada aloi(alloy) yang sensitif pada hentakan.
▪ Rack
Alat ini digunakan untuk tujuan menurun sahaja. Alat ini diperbuat daripada aloi (alloy)
yang sensitif pada hentakan.
▪ Sling
Alat ini digunakan sebagai tali penghantaraan. Ia diperbuat daripada nylon atau polyster
dan boleh menampung beban seberat 2000kg hingga 2200kg.
▪ Kernmantle Rope
Tali lebih sesuai digunakan untuk permukaan yang tajam.
4.6 Snorkeling
Pengertian dasar snorkeling adalah suatu teknik menikmati pesona keindahan dasar
laut dengan menggunakan peralatan dasar selam berupa snorkle, fin (kaki katak) dan
mask (kacamata renang). Snorkeling adalah kegiatan berenang atau menyelam dengan
menggunakan peralatan berupa masker selam dan snorkel. Selain itu, penyelam sering
mengenakan alat bantu gerak berupa kaki katak (sirip selam) untuk menambah daya
dorong pada kaki. ‘Snorkel’ adalah peralatan selam berupa selang berbentuk
huruf ‘J’ dengan pelindung mulut di bahgian hujung sebelah bawah. Alat ini berfungsi
sebagai jalan masuk udara ketika bernafas dengan mulut tanpa harus mengangkat
muka dari permukaan air. Pemandangan bawah air biasanya dapat dilihat sambil
berenang dengan wajah menghadap ke permukaan air dan bernafas melalui snorkel.
Selain menguasai cara bernafas dengan mulut melalui snorkel, kegiatan snorkeling
tidak memerlukan kemahiran yang khusus.
4.6.1 Alatan-alatan yang digunakan untuk aktiviti Snokerling
▪ Snorkle atau alat bantu pernafasan
Alat ini wajib dipunyai sendiri untuk membantu pernafasan. Cara pemakaian alat ini
adalah dengan digigit pada mulut sehingga kita biasa bernafas melalui mulut.
▪ Mask atau kacamata selam
Mask atau kacamata selam memudahkan penglihatan kita dalam air. Mask adalah alat
yang menghalang air dari dimasuki mata.
▪ Fin atau kaki katak
Fin atau kaki katak. Terdapat 2 model fin iaitu open whell dan close whell.
3.7 Flying fox
Aktiviti Flying Fox juga dikenali sebagai Kubung Terbang. Aktiviti ini juga adalah salah
satu aktiviti yang amat menyeronokan serta mampu menguji ketahanan mental peserta.
Flying fox merupakan salah satu aktiviti yang dapat mewujudkan keyakinan diri dalam
diri seseorang individu. Aktiviti ini kebiasaanya dilakukan secara individu. Peserta akan
dibawa naik ke atas pelantar yang tinggi untuk melakukan aktiviti ini, Dengan
menggunakan peralatan khusus yang disediakan, peserta akan menggelongsor turun
ke bawah mengikut kecuraman tali. Peralatan yang digunakan untuk menjalankan
aktiviti ini adalah peralatan yang digunakan untuk aktiviti abseiling seperti :-
▪ Tali statik
▪ Carabinar
▪Helmet
▪ Full Harnest
▪ Figure of Height
5.0 Rumusan
Kesimpulannya, aktiviti rekreasi dapat mengembangkan tingkah laku positif serta
hubungan sosial seseorang. Aktiviti rekreasi juga membantu meluaskan pengetahuan
seseorang peserta tentang alam sekitar atau ruang lingkup kegiatan tersebut. Rekreasi
dapat disimpulkan sebagai suatu kegiatan yang dilakukan sebagai pengisi waktu luang
untuk sesuatu tujuan, di antaranya untuk kesenangan, kepuasan, penyegaran sikap
dan mental yang dapat memulihkan kekuatan baik fizikal mahupun mental.
Banyak nilai yang dapat diperoleh melalui aktiviti rekreasi dengan menggunakan dasar
persekutuan. Ketegangan dapat dilepaskan dan kesihatan juga dapat dipertingkatkan.
Selain itu, seseorang yang menyertai aktiviti rekreasi akan diselitkan dengan nilai
keyakinan diri, bekerjasama, tolong-menolong, dan disiplin diri.
Aktiviti rekreasi dapat membentuk personaliti seseorang. Misalnya, membentuk
personaliti diri yang berkualiti seperti berdikari, berani dan yakin. Selain itu, aktiviti
sebegini juga menyelitkan nilai kepimpinan dalam diri seseorang individu. Aktiviti
rekreasi bersama kumpulan dapat melatih rasa tanggungjawab dan prihatin terhadap
keselamatan orang lain. Lantaran itu, penglibatan dalam rekreasi juga dapat memupuk
sikap sosialisasi. Tamsilnya, seseorang peserta dapat melibatkan diri dengan aktiviti
kumpulan yang dianjurkan oleh sesebuah pihak dan memberi peluang kepada
seseorang untuk mengenali orang lain yang turut serta dalam aktiviti berkenaan. Aktiviti
umpama ini dapat memberi pengalaman yang baru dan pelbagai kepada peserta.
Disingkap dari aspek kelemahan, penglibatan dalam aktiviti rekreasi boleh
mengundang kecelakaan. Contohnya, seseorang itu boleh menghadapi kecederaan
semasa melakukan aktiviti lasak. Selain itu, seseorang boleh juga bersemuka dengan
masalah seperti sesat dalam hutan, gunung atau taman negara.
Secara rumusnya, pelbagai aspek perlu diambil kira semasa melakukan sesuatu
aktiviti rekreasi. Kebaikan dan kelemahan sesuatu aktiviti perlu diberi perhatian
sebelum dijalankan. Rentetan itu, aktiviti-aktiviti lasak perlu dilakukan dengan
pemerhatian jurulatih atau dengan panduan yang diberikan oleh jurulatih. Peserta
aktiviti sukan dan rekreasi perlu selalunya berhati-hati semasa rekreasi.