Sosioekonomi Kolonial Di Malaya

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/29/2019 Sosioekonomi Kolonial Di Malaya

    1/7

    Sosioekonomi kolonial di Malaya

    1.Pengenalan

    Episod sejarah sosio-ekonomi Malaysia sering dikaitkan dengan pengalamannya dalam era

    penjajahan khususnya semasa dalam cengkaman Inggeris. Senario yang mewarnai susur

    galur sejarahnya menunjukkan ada perubahan yang secara tidak langsung mencerminkan

    ekonomi negara yang ada pada masa kini. Perdebatan dalam kalangan sejarawan banyak

    membuktikan bahawa struktur ekonomi ketika itu banyak dipengaruhi oleh unsur dari barat

    yakni British. Bermula ketika Penjanjian Pangkor 1874, golongan kulit putih ini telah

    berusaha mengaut sebanyak mungkin hasil perut bumi Tanah Melayu. Aktiviti ini berterusan

    sehingga kepada Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957. Namun demikian fokus

    yang diutarakan dalam penulisan ini hanya merangkumi tempoh masa zaman kolonial

    sehingga bermulanya pendudukan Jepun. Hasil penulisan ini juga bertujuan melihat

    perubahan yang berlaku dalam sosio-ekonomi di Malaysia Barat dan Malaysia Timur

    berdasarkan kepada isu dan komoditi yang tertentu. Selain itu juga perbandingan juga turut

    disentuh bagi mentafsirkan kadar pertumbuhan dan pembangunan ekonomi kedua-dua

    bahagian Malaysia iaitu Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

    2. Latar belakang keadaan awal zaman kolonial

    Pada asalnya terdapat pelbagai reaksi yang menyebabkan masyarakat Tanah Melayu

    mengalami kejutan awal dalam sejarah ekonominya. Kebanyakkan pembaharuan yang

    dibawa hanya bertujuan kepada keuntungan semata-mata serta kos yang paling minima.

    Zaman kolonialisme adalah zaman berlakunya eksploitasi kekayaan, penindasan bagi

    golongan yang terjajah dan konsep kebebasannya adalah dalam konteks pada orang putih

    atau 'white man' sahaja. Pengeksploitasian yang berlaku hanya menguntungkan pihak

    kolonial manakala bagi masyarakat setempat pula, ia terus di takuk lama malah kekuasaan

    orang-orang tempatan makin kurang dan seterusnya akan terhapus. Pengenalan satu

    sistem ekonomi baru seperti sistem ekonomi kapitalis terus 'mencerut' masyarakat tempatan

    kerana mereka kekurangan dari pelbagai segi seperti kekurangan modal. Oleh itu, golongan

    seperti pelabur-pelabur Barat serta Cina berkuasa dalam mengaut hasil kekayaan bumi

    Melayu manakala orang-orang Melayu masih dengan ekonomi tradisionalnya seperti

    mengeluarkan tanaman makanan seperti padi dan ini secara tidak langsung telah

    memundurkan serta menjauhkan lagi orang Melayu dari arus pembangunan yang makin

    rancak berjalan pada masa itu. Orang Melayu terus terperangkap dalam 'kapsul masa' serta

  • 7/29/2019 Sosioekonomi Kolonial Di Malaya

    2/7

    terpinggir manakala pihak kolonial serta kaum lain terus menikmati kekayaan yang

    diperolehinya.

    3. Perkembangan awal Sosio-Ekonomi Zaman Kolonial

    Pengaturan semula struktur sosial oleh kerajaan ketika itu telah banyak merubah keadaan

    semasa. Matlamat kemajuan ekonomi dilihat meliputi skop yang lebih besar. Pengunaan

    istilah British Malaya menunjukkan bahawa Malaya telah menjadi British dalam menjelaskan

    matlamat sosial dan ekonominya. Merujuk kepada Malaysia Barat pihak British telah

    melakukan pelbagai pembangunan sosio-ekonomi seperti pembentukan infrastruktur,

    khasnya sistem perhubungan. Melihat kepada konteks ini pelbagai kemudahan termasuk

    jalan raya, telegraf, dermaga dan keretapi telah di bina bagi memudahkan aliran

    perdagangan. Pekara yang perlu dipastikan bahawa kesemua ini hanya dilakukan atas

    kepentingan ekonomi sahaja. Berbanding dengan Malaysia Timur kadar pembangunan

    ekonominya sedikit terlambat dalam tempoh masa yang sama. Di Borneo utara contohnya,

    pemerintah masih lagi merupakan sebuah syarikat. Syarikat Berpiagam Borneo Utara yang

    dimaksudkan ini hanya berfungsi sebagai pengaut keuntungan. Walaupun terdapat juga

    perkembangan infrastruktur namun ianya masih memfokus kepada keuntungan. Antara

    tahun 1911 dan 1931 kemasukan buruh asing khususnya India dan Cina secara efektif

    sedikit sebanyak mempengaruhi struktur sosial Tanah Melayu ketika itu. Kemasukan ini

    telah digalakkan oleh pihak kolonial bagi tujuan mengerakkan intensif buruh dikawasan

    sumber ekonomi contohnya lombong dan estet yang akan dilihat kemudian.

    4. Aktiviti Perlombongan Timah

    Jelasnya aktiviti ini menunjukkan suatu komoditi yang sangat penting malah merupakkan

    pengerak awal ekonomi khususnya di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada peringkat

    awal sememangnya hasil bumi ini kurang mendapat perhatian menyeluruh, namun demikian

    setelah wujudnya pasaran yang memberangsangkan ianya menjadi lebih agresif untuk di

    korek. Perkembangan bijih timah dilakukan secara besar-besaran ialah berlaku pada akhir

    abad ke-19. Petemuan tapak baru sering membuatkan ramai pihak mencebur diri dalam

    aktiviti ini khususnya orang Cina. Perusahaan ini dilakukan oleh usahawan Cina Selat dan

    ada juga antara mereka mendapat sokongan modal dari saudagar Eropah.

    Faktor kemasukan modal Eropah secara pukal berlaku hanya selepas pengenalan kapal

    korek pada tahun 1912. Penggunaan teknologi ini telah berjaya meluaskan operasi lombong

    kerana kemampuannya mengorek dengan lebih dalam lagi malah setiap output yang

  • 7/29/2019 Sosioekonomi Kolonial Di Malaya

    3/7

    dikeluarka mampu menghasilkan keuntungan yang besar berdasarkan pasaran. Melihatkan

    kepada modal yang besar, pengurusan yang sistematik amat diperlukan bagi melicinkan

    operasi. Bagi tujuan tersebut secara tidak langsung mengakibatkan kesannya kepada

    struktur sosial yang mana terdapat kelas dalam birokrasi pengeluaran hasil. Permintaan

    yang tinggi daripada hasil bijih ini telah mendesak pihak kolonial untuk memenuhi kehendak

    pelabur dengan mengesyorkan kawasan yang lebih luas di Negeri Melayu Bersekutu seperti

    Perak, Selangor, dan Pahang. Proses penyediaan ini melibatkan hal mengukur tanah,

    mengumpul maklumat mengenai kawasan lombong serta menyelia setiap kawasan yang

    diteroka. Usaha ini dilakukan ini menjamin kawasan pemajakkan yang tepat serta

    menghasilkan untung yang lebih maksimum.

    Pada awal kurun ke-20 pemintaannya meningkat disebabkan oleh industri mengetin yang

    berlaku di Eropah. Menurut penjelasan Andaya, Amerika merupakan pasaran bijih timah

    yang utama, namun sejah 1920 pemintaannya hanya berkisar pada aras 2540 tan setahun

    disebabkan penjimatan dan pengunaan timah yang lebih efektif. Meskipun mencapai zaman

    gemilangnya industri timah juga mengalami kemerosotan sekitar tahun 1930an disebabkan

    masalah harganya yang tidak seimbang.

    5. Industri Getah

    Penglibatan Tanah Melayu dengan tanaman ini bermula dengan hadirnya biji benih pokok

    yang mampu mengeluarkan cecair getah yang di pungut dari Brazil ( Hevea brasiliensis ).

    Penanaman awal getah dilihat tidak begitu teratur kerana kurang penyelidikan malah

    pasarannya yang belum diketahui keuntungannya. Senario yang sama berlaku di Borneo

    utara pada asalnya syarikat tidak begitu yakin namun melihatkan kepesatan yang berlaku d

    Tanah Melayu maka penanamannya telah diperbesarkan. Justeru getah merupakan

    komoditi yang berjaya ditanam di kedua-dua belah bahagian Malaysia ketika itu.

    Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada perkembangan getah di Malaysia

    khususnya pada zaman penjajahan. Tenaga buruh yang banyak dan murah membantu

    dalam pengeluran komoditi ini. Buruh India Selatan telah dibawa masuk untuk bekerja di

    estet menggunakan Sistem Kontrak. Seterusnya modal seperti tanah amat diperlukan

    dalam hal sedemikian kerana rantau Malaysia amat sesuai bagi tanaman getah jenis ini.

    Maka di sebabkan faktor modal tanah ianya telah berjaya membuka mata pelabur asing

    dalam memcebur diri dalam penanaman getah.

    Kemerosotan pengeluaran bijih telah digantikan dengan penanaman pohon getah. Secara

    amnya getah telah ditanam secara rasmi pada tahun 1896 berikutan perkembangan

  • 7/29/2019 Sosioekonomi Kolonial Di Malaya

    4/7

    pembuatan tayar oleh Goodyear serta peningkatan pengeluaran kereta yang sangat

    memerlukan bahan ini bagi tujuan tersebut. Peningkatan dalam jumlah pengeluaran

    meningkat setiap tahun ( sila rujuk Lampiran 1). Selain kemerosotan bijih kemerosotan

    harga kopi turut menyumbang kepada peralihan terhadap tanaman getah. Pada tahun 1897

    satu peraturan tanah khas telah di perkenalkan di NMB untuk menggalakkan tanaman

    getah. Berdasarkan galakan ini pelbagai langkah telah diambil bagi menarik minat

    penguasaha contohnya dengan mengenakan cukai yang rendah iaitu sebanyak 10 sen

    setiap ekar untuk sepuluh tahun pertama dan duti rendah hanya 2.5% bagi 15 tahun

    pertama. Perkembangan getah ini secara amnya telah di bawa oleh seorang Inggeris iaitu

    H.N. Ridley. Beliau sangat berminat dan bersungguh-sungguh mengalakkn penanaman

    getah secara komersil bagi mengaut keuntungan seterusnya meningkatkan ekonomi

    domestik. Harga getah dilihat semakin meningkat setiap tahun berdasarkan pasarannya

    (sila rujuk Lampiran 2). Hasil ketekunan Ridley dalam usaha ujikajinya yang berterusan

    maka telah berjaya mengembangkan tanaman getah ini.

    Seperti yang dikatakan tadi meledaknya harga getah belaku dalam tahun 1905 dengan

    berkembangnya industri kereta. Senario ini telah menyebabkan lebih banyak kawasan yang

    dibuka untuk penanaman getah dengan lebih menyeluruh. Menjelang 1908, getah telah

    ditanam hampir keseluruhan Tanah Melayu berjumlah kira-kira 190000 hektar. Jumlah ini

    merupakan lebih banyak daripada tanaman lain. Pengulangan peningkatan harga getah

    sekali lagi berlaku pada 1909 dan 1912 telah menyebabkan beberapa syarikat eropah

    seperti Guthries dan Harrisons & Crosfield menambah pelaburan dan membuka lebih

    banyak tanah bagi tujuan ini. Harga yang semakin meningkat menyebabkan penambahan

    kos dalam membuat selingan dengan tanaman lain supaya pengeluaran dapat

    dimaksimakan. Terdapat juga pekebun kecil Melayu dan Cina berusaha untuk menanam

    namun pihak kerajaan kurang mengambil perhatian kepada mereka. Hasilnya keluasan

    tanah yang ditanam dengan getah telah menunjukkan kadar yang positif iaitu kira-kira

    219000 hektar dan terus meningkat kepada 322000 hektar pada tahun 1913.

    Getah begitu ketara di negeri pantai barat di sebabkan kesinambungan penggunaan

    infrastruktur yang telah wujud sejak zaman timah lagi. Landasan keretapi dan jalan raya

    berfungsi sebagai penghubung dalam mengangkut susu getah ke bahagian pesisir pantai

    bagi tujuan eksport. Tempoh masa Perang Dunia Pertama sedikit sebanyak telah

    menjejaskan peranan getah, lebih parah lagi dengan wujudnya getah tiruan yang menyaingi

    getah asli. Kemelesetan semakin meruncing pada awal tahun 1930 menyebabkan peraturan

    getah telah telah ditanda tangani bagi mengurangkan pengeluaran getah dunia. Merujuk

  • 7/29/2019 Sosioekonomi Kolonial Di Malaya

    5/7

    kepada zaman pendudukan Jepun getah semakin kurang diusahakan kesan daripada

    keadaan semasa yang huru-hara, namum pada masa selepas itu industri getah mula

    menampakkan sinarnya.

    6. Minyak Sawit

    Menjelang tahun 1917 kemunculan ladang kelapa sawit yang pertama telah menampakkan

    usaha untuk mengkomersilkanya. Penggunaanya melibatkan pembuatan sabun, lilin, fluks,

    menyadur timah, majerin, minyak sayur, gris dan minyak untuk enjin pembakaran. Namun

    demikian penggunaannya hanya bersifat sedikit sehingga merosotnya harga getah telah

    menyebabkan pihak syarikat yang terlibat mencari tanaman ganti. Bagaimanapun

    pembangunan secara besar-besaran dilakasanakan menjelang tahun 1924 apabila tiga

    buah syarikat getah dalam Guthrie telah menubuhkan Kelapa Sawit Malaya Berhad.

    Kemudian terdapat firma lain mencuba nasib dalam tanaman ini dan berharap mendapat

    pulangan yang besar. Modal yang besar dalam pengoperasian memerlukan tenaga yang

    pakar sering merusingkan pihak kolonial dan secara tidak langsung mengekalkan tanaman

    ini berdekatan dengan kawasan getah agar mendapat manfaat daripada infrastruktur getah

    itu sendiri. Kebanyakkan ladang sawit terdapat di kawasan pantai barat dan bertambah

    besar sehingga tahun 1930-an. Komoditi ini mencatatkan pertumbuhan pengeluaran yang

    memberangsangkan contohnya pada tahun 1938 telah berjaya meningkat kepada 58300

    tan iaitu 11% daripada pengeluaran minyak sawit dunia. Kemajuan ini telah dibantu dengan

    kemasukan teknologi baru serta kepakaran yang tinggi dalam teknik penanaman. Menjelang

    pendudukan Jepun banyak ladang telah musnah serta terbakar. Justeru pengeluarannya

    terhenti seketika dan bersambung semula selepas perang.

    7. Komoditi Padi

    Padi pada asalnya berkisar dalam kalangan masyarakat tempatan namun menjelang

    kemasukan imigran luar ke Tanah Melayu menyebabkan bahan makanan ini amat

    diperlukan untuk menampung bekalan. Penanaman secara aktif telah di syorkan oleh

    kerajaan kolonial disebabkan pertambahan penduduk, hal ini disokong dengan wujudnya

    keadaan di mana kesemua manusia yang ada memerlukan beras sebagai makanan ruji.

    Pemintaan semakin pesat serentak dengan kemerosotan pekerjaan tradisional seperti

    pertukangan telah menyebabkan ramai masyarakat khususnya Melayu memperbesarkan

    kawasan padi mereka. Contohnya bermula sejak akhir kurun ke-19 golongan bangsawan di

    Kedah telah memperluaskan kawasan padi sehingga ke kawasan barat laut negeri.

  • 7/29/2019 Sosioekonomi Kolonial Di Malaya

    6/7

    Sementara itu kerajaan negeri juga telah memperkenalkan sistem saliran secara besar-

    besaran bagi mengairi sawah padi dengan lebih sistematik lagi. Secara keseluruhannya 60

    % dari kawasan padi di Tanah Melayu berada di kawasan seperti Perlis, Kedah, Pulau

    Pinang, dan Perak manakala 23 % lagi di negeri Kelantan dan Terengganu. Bagi Borneo

    Utara dan Sarawak padi telah ditanam berdasarkan kepada keperluan kecil sahaja kerana

    masih terdapat masyarakat yang hidup secara pindah. Secara keseluruhanya Padi juga

    mengalami perkembangan yang positif kesan daripada pertambahan penduduk Di Tanah

    Melayu, Sabah dan Sarawak.

    8. Pembangunan Ekonomi Malaysia Timur

    Pada tahun-tahun awal pembabitan Syarikat Berpiagam Borneo Utara pelbagai tanaman

    telah cuba diusahakan bagi meningkat kadar pertumbuhan ekonomi. Bagi di Sarawak pula

    pihak Rajah juga ada memperlakukan perkembangan ekonomi namun ianya tertakluk demi

    mempertahan kan hak pribumi. Hal ini merujuk kepada dasar kerajaan Brooke sendiri yang

    mahukan hak pribumi dipertahankan.

    Merujuk pada kegiatan di Borneo Utara tanaman asing bukan menjadi komoditi utama tetapi

    hasil asli yang banyak menyumbang, contohnya sarang burung layan-layang. Sarang

    burung ini merupakan bahan hidangan sup masyarakat Cina yang dipungut daripada

    kawasan gua dan terus di eksport ke Hong kong. Meskipun demikian industri pembalakkan

    dilihat lebih mendatangkan hasil yang lumayan dalam dekad terakhir kurun ke-19 yang

    didorong oleh pemintaan kayu bagi pembinaan landasan keretapi. British Borneo Trading

    and Planting Company merupakan syarikat yang terbesar menegendalikan aktiviti ini.

    Kemudian sebuah syarikat baru telah muncul iaitu British Borneo Timber Company yang

    telah mendapat hak penebangan balak selama lebih 25 tahun. Eksport kayu balak telah

    meningkat kepada 178000 tan dan perlabuhan Sandakan dijadikan hub pemasaranya

    keluar negeri. Berbanding dengan Tanah Melayu demam getah juga melanda Sabah sekitar

    awal kurun ke-20. Kadar pertumbuhannya mungkin agak lambat tetapi setelah timbul

    kesedaran banyak kawasan baru di teroka bagi merealisasikan usaha ini disamping

    kemudahan seperti pengangkutan dan perhubungan. Kewujudan getah di Borneo Utara dan

    Sarawak adalah seiring dengan keadaan di Tanah Melayu yang mana beralih daripada

    tempoh kemuncaknya sehingga keadaan kemelesetannya sekitar tahun 1930-an. Kesemua

    ini dilihat serentak berlaku di seluruh dunia bukan sahaja di Tanah Melayu mahupun Borneo

    Utara dan Sarawak.

    Di Sarawak pula seperti yang telah diperkatakan tadi dasar awal pemerintah Brooke yang

  • 7/29/2019 Sosioekonomi Kolonial Di Malaya

    7/7

    mahukan pengekalan ekonomi terhadap pribumi menjadi teras kepada

    perkembanganngannya. Namun masih terdapat kelonggaran kepada syarikat luar seperti

    Borneo Company yang menguasai ekonomi di Sarawak. Seperti mana di Borneo Utara

    Sarawak juga merupakan pembekal kayu balak yang unggul. Pengeluarannya mengatasi

    pengeluaran getah yang ada pada ketika itu malah mampu menjana pendapatan negeri

    secara jangka panjang. Pada tahun 1895 minyak telah dijumpai di Miri namun hal ini hanya

    tertakluk kepada pengeluaran yang kecil. Selain itu juga arang batu dan raksa telah

    dijumpai dan turut membantu pendapatan negeri. Syarikat Borneo Company pernah

    mengalami tempoh masa kemelesetan sekitar 1900-an namum telah berjaya meningkatkan

    keuntungan secara perlahan dan mampu bertahan sebelum kedatangan Jepun.

    Percubaan telah mula dibuat dalam mempersiapkan infrastruktur bagi kemudahan sosio-

    ekonomi di Malaysia Timur ketika itu. Hal ini di sebabkan kefahaman yang tidak sama

    dengan Pentadbiran Kolonial Tanah Melayu serta jaminan pasaran yang berbeza dalam

    tempoh yang sama. Maka, walaupun terdapat perbezaan dalam menentukan kadar

    pertumbuhan dan pembangunan ekonomi kedua-dua kawasan namun menjelang

    kemerdekaan dan penyatuan kesemua hal ini dapat diselaraskan.