9
Soalan objektif SOALAN 1HINGGA 20 Tiap-tiap soalan diikuti tiga pilihan jawapan A, B, dan C atau empat pilihan jawapan A, B, C, dan D. Antaranya, ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan. Soalan 1 hingga Soalan 15 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang betul. Soalan 1 berdasarkan Gambar 1 Gambar 1 1 Para nelayan tidak turun ke laut pada musim tengkujuh kerana laut …………… A bergelora B tenang C beralun Soalan 2 berdasarkan Gambar 2

Soalan ujian obj thn 5

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Soalan ujian obj thn 5

Soalan objektif

SOALAN 1HINGGA 20

Tiap-tiap soalan diikuti tiga pilihan jawapan A, B, dan C atau empat pilihan jawapan A, B, C, dan D. Antaranya, ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

Soalan 1 hingga Soalan 15Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang betul.

Soalan 1 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1

1 Para nelayan tidak turun ke laut pada musim tengkujuh kerana laut ……………

A bergeloraB tenangC beralun

Soalan 2 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2

2 Mereka berlari ………………………. apabila ternampak seekor ular sawa.

A terhoyong-hayangB terhencut-hencut

Page 2: Soalan ujian obj thn 5

C terkedek-kedekD lintang-pukang

Soalan 3 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3

3 Allahyarham Tun Abdul Razak ialah Perdana Menteri Malaysia yang ketiga.…………………..dikenali sebagai Bapa Pembangunan Malaysia.

A DiaB BetaC Beliau

Soalan 4 dan Soalan 5 berdasarkan Gambar 4

Gambar 4

4 Waktu ……………….. ayah telah berada di kebun untuk menoreh getah.

A dinihariB terbit matahariC menjelang senja

5 Setiap hari ayah …………………….. untuk mencari rezeki buat kami sekeluarga.

A angkat kakiB berpeluk tubuh

Page 3: Soalan ujian obj thn 5

C langkah kananD membanting tulang

Soalan 6 berdasarkan Gambar 5

Gambar 5

6 Kerja-kerja …………………. mangsa tsunami sedang giat dijalankan.

A keselamatanB menyelamatC diselamatkanD penyelamat

7 Azman mengambil majalah itu ………… menyerahkannya kepada Kak Long.

A laluB agarC untukD sambil

Soalan 8 berdasarkan Gambar 6

Gambar 6

8 Setelah sakit hampir empat bulan, keadaan datuk …………………………..

A bagai balak terendamB bagai berkain tiga hasta

Page 4: Soalan ujian obj thn 5

C bagai pucuk pisang didiangD bagai embun di hujung rumput

9 …………………..kalah dalam pertandingan itu ……………….Asmadi tidakberputus asa.

A Walaupun … justeruB Kendatipun … namunC Sungguhpun … walauD Sementara … walaupun

Soalan 10 berdasarkan Gambar 6

Gambar 6

10 Puan Halimah sedang ………………….. kain songket yang ditempah oleh pelanggannya.

A menjahitB menyiratC menenunD menyulam

11 Nenek mengutip beberapa ……………cendawan busut dan memetik ………….pucuk paku di belakang rumahnya.

A batang … sepokokB ikat … setangkaiC kuntum … seikatD kaki … secekak

Page 5: Soalan ujian obj thn 5

Soalan 12 berdasarkan Gambar 7

Gambar 11

12 Kapal itu dalam …………………… menuju ke Pelabuhan Pasir Gudang.

A belayarB melayariC pelayaran

Soalan 15 dan Soalan 16Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.

13 Hutang-piutangnya telah ayah lunaskan.

A biarkanB luluskanC gunakanD jelaskan

14 Murid-murid Tahun Lima dipelawa menyertai Kolokium Bahasa yang akan diadakan pada awal bulan Ogos.

A digesaB dimintaC dipaksaD dijemput

Soalan 16

Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.

15 Pada masa lapang, saya mengikut ayah menangkap ikan di laut.

A mencarikanB menebarkanC menjualkanD melepaskan

Page 6: Soalan ujian obj thn 5

Soalan 16 berdasarkan Gambar 8

Gambar 8

Pilih jawapan yang betul bagi ayat tanya yang diberikan.

16 Tuanku hendak ke mana?

A Beta hendak pergi beraduB Beta hendak pergi memburuC Beta hendak pergi bersiar-siar

Soalan 17

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris.

17 “Pasukan pengakap sekolah saya akan berkhemah di Gunung Ledang pada minggu hadapan,” kata Daud kepada Zamir.

A Zamir menjelaskan bahawa pasukan pengakap sekolahnya akan berkhemah di Gunung Ledang pada minggu hadapan.

B Daud memberitahu Zamir yang pasukan pengakap sekolahnya akan berkhemah di Gunung Ledang pada minggu hadapan.

C Daud mengajak Zamir menyertai perkhemahan pengakap di Gunung Ledang pada minggu hadapan.

D Daud memberitahu Zamir, Gunung Ledang akan dijadikan kawasan perkhemahan pengakap pada minggu hadapan.

Soalan 18

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

18 1 Saya tidak mampu membeli kasut yang mahal itu.11 Orang ramai diminta mampu ketika berada di dalam dewan.111 Zaidi tidak mampu mengangkat meja yang besar itu seorang diri.1V Saya tidak boleh membaca kerana cahaya lampu itu mampu cahaya.

Page 7: Soalan ujian obj thn 5

A 1 dan 11 sahajaB 1 dan 111 sahajaC 11 dan 111 sahajaD 11 dan 1V sahaja

Soalan 19 hingga Soalan 20Pilih ayat-ayat yang betul.

19 1 Halaman pertama buku itu telah koyak.11 Abang tidak terangkat kotak yang berat itu.111 Encik Hamid tinggal di kawasan pendalaman.1V Indah nian pemandangan di puncak Gunung Kinabalu.

A 1 dan 111 sahajaB 11 dan 1V sahajaC 1, 11, dan 111 sahajaD 1, 11, dan 1V sahaja

20 1 Bakul ini dibuat dari rotan dan buluh.11 Buku itu ada dalam beg sekolah abang.111 Pada waktu petang saya bermain bola di padang.1V Nenek rindu akan cucunya yang telah lama tidak menziarahinya.

A 1 dan 11 sahajaB 111 dan 1V sahajaC 1, 11, dan 1V sahajaD 1, 11, dan 111 sahaja

.