Upload
kalai-shan
View
181
Download
9
Embed Size (px)
DESCRIPTION
mathematics
Citation preview
Soalan 1 : Segi tiga mancis
Susunkan 9 mancis untuk menghasikan empatsegitiga samasisiseperti
yang diberi.Sekarang cari langkah untuk menyususn hanya 6 mancis
untuk menghasilkan 4 segitiga yang sama size danbentuknya.
1) Memahami Masalah
Susun 9 mancis dan hasilkan empat segi tiga sama sisi
2) Merancangjalanpenyelesaian
Cari langkah untuk menyususn hanya 6 mancis dan hasilkan
4 segitiga yang size dan bentuknya sama.
3) Menjalankanpenyelesaian
4) Semak semula
Semak semula jawapan yang diberi.
Soalan 2 :PenolakanKejutan
Soalan
Pilih mana-mana empat digit sebagai contoh 3, 6, 2, 8 dan susunkan
untuk menghasilkan nombor yang paling tinggidan paling rendah iaitu 8,
6, 3, 2 dan 2, 3, 6, 8.Tolak nombor yang paling rendah daripada nombor
yang paling tinggi dan ulang proses tersebut dengan menggunakan
empat digit pada jawapan sebagai tanda permulaan.
Memahami masalah
Pilih empat digit nombor dan susunkan mengikut urutan.
Tolaknombor yang paling rendah daripada yang paling
tinggi.
Merancang jalan penyelesaian
Cari nombor yang paling rendah dan tinggi.
Menjalankan penyelesaian
8632 – 2368 = 6264
6642 – 2466 = 4176
7641 – 1467 = 6174
Semak semula
Semak semula jawapan yang diberi.
Soalan 3 : Berapa banyak segitiga boleh buat?
Soalan
Berapa banyak segitiga boleh dibuat pada pinboard 3 × 3?
Memahami masalah
Memerlukan banyak bentuk segitiga pada pinboard
Merancang jalan penyelesaian
Membincang dan mencuba untuk melukis bentuk segitiga pada
pinboard.
Menyelesaikan masalah
● ● ●
● ● ●
● ● ●
Semak semula
Semak semula jawapan yang diberi
Soalan 4 : Mengetahui umur dan nombor rumah
Soalan
1. Lipat duakan nombor rumahnya
2. Tambahlah dengan 5
3. Darabkan dengan 50
4. Tambahlah dengan umurnya
5. Tambahlah dengan jumlah hari dalam tahun biasa
6. kurangi dengan 615
7. Angka di sebelah kanan menunjukkan umur orang dan angka di
sebelah kiri adalah
nombor rumahnya
Memahami masalah
Hendak mencari umur orang dan nombor rumah
Merancang jalan penyelesaian
Mendengar secara teliti
Membincang dengan ahli kumpulan
Mengira dengan cara yang tepat
Menyelesaikan masalah
Misalkan umur seorang 46 dan nombor rumahnya 29
1. Lipat duakan nombor rumahnya à 29 x 2 = 58
2. Tambahkan dengan 5 à 58 + 5 = 63
3. Kalikan dengan 50 à 63 x 50 = 3150
4. Tambahkan dengan umurnya à 3150 + 46 = 3196
5. Tambahkan dengan jumlah hari dalam tahun à 3196 + 365 = 3561
6. Kurangi dengan 615 à 3561 – 615 = 2946
Semak semula
Semak semula jawapan yang diberi.
Soalan 5 : Penjualan tiket
Soalan
Amy dan Judy menjual 12 keping tiket suatu persembahan bersama.
Jika Amy menjual 2 keping tiket lebih daripada Judy. Berapa keeping
tiketkah yang Amy jual?
Memahami masalah
Maklumat yang diberi ialah:
Amy dan Judy menjual 12 keping tiket.
Amy menjual 2 keping tiket lebih daripada Judy.
Berapa keping tiket yang Amy jual?
Merancang jalan penyelesaian
Boleh menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan strategi
operasi matematik.
Menyelesaikan masalah
x = Judy
x + 2 = Amy
12 = x + ( x + 2 )
= 2x + 2
10 = 2x
x = 5
x = 5
Amy = x + 2
= 5 + 2
= 7
Semak semula
12 – 7 = 5
7 – 5 = 2
Amy menjual 2 tiket lebih daripada Judy.
Soalan 6 : Berapa orang boleh masuk pameran?
Soalan
Setiap 8 pelajar yang memasuki pameran, 2 pelajar tidak akan
dikenakan bayaran. Berapa orang pelajarkah yang dapat masuk ke
pameran tersebut secara percuma jika sekumpulan pelajar seramai 30
orang ingin memasuki pameran tersebut ?
Memahami masalah
Maklumat yang diberi ialah:
8 pelajar = 2 percuma
30 pelajar = x orang pelajar masuk percuma
Merancang jalan penyelesaian
Boleh menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan strategi
melukis rajah.
Menyelesaikan masalah
Lukis 3 lajur yang mempunyai 8 pelajar dan 1 lajur yang mempunyai 6
pelajar.Kemudian, bulatkan 2 pelajar yang berada pada lajur yang
mempunyai 8 pelajar dan akhir sekali, jumlahkan pelajar yang telah
dibulatkan.
~6 pelajar masuk ke pameran secara percuma.
Semak semula
Pelajar perlu bayar = 6
Pelajar masuk percuma = 2
Jika 30 pelajar :
30 – 8 – 8 – 8 – 6 = 0
~setiap kali tolak 8 =2 orang pelajar masuk percuma
2 x 3 = 6 ( 6 orang masuk percuma )
Soalan 7 : Berapa biji guli dalam kotak
Soalan
Berapakah biji guli yang terdapat dalam 4 kotak sekiranya setiap kotak
tersebut mengandungi 5 biji guli?
Memahami masalah
Setiap kotak mengandungi = 5 biji guli
4 kotak guli = y
Merancang jalan penyelesaian
Untuk menyelesaikan masalah ini, ia menggunakan strategi
gambar rajah.
Menyelesaikan masalah
Untuk menyelesaikan masalah ini, 4 buah kotak dilukis dan setiap
kotaknya terisi 5 biji guli dalamnya. Seterusnya, jumlahkan setiap guli
yang terdapat dalam setiap kotak tersebut.
5 + 5 + 5 + 5
= 20
Semak semula
1 kotak = 5 biji guli
4 kotak = 4 x 5
= 20 biji
Soalan 8 : Berapakah pokok kelapa boleh ditanam?
Soalan
Fuad mempunyai kawasan yang seluas 3600m2. Dia ingin menanam
pokok kelapa dengan sepohon 16m2 di kawasan tersebut. Berapakah
pokok kepala yang boleh ditanam oleh Fuad dalam kawasan tersebut?
Memahami masalah
• Keluasan kawasan = 3600m2
• Keluasan untuk menanam sepohon pokok kelapa = 16m2
• Bilangan pokok kelapa yang boleh ditanam = ?
Merancang jalan penyelesaian
Pelajar dikehendai meneka bilangan pokok yang boleh ditanam
bagi memuatkan kawasan yang seluas 3600m2
Menyelesaikan masalah
Keluasan
sepohon
pokok
kelapa (m2)
Bilangan
pokok yang
boleh
ditanam
Jumlah
keluasan
kawasan
(m2)
Keluasan
kawasan
(m2)
Tanda betul
atau tidak
16 300 4800 3600 Tidak
16 280 4480 3600 Tidak
16 250 4000 3600 Tidak
16 225 3600 3600 Betul
16 200 3200 3600 Tidak
Semak semula
(Pokok yang ditanam) x (keluasan sepohon pokok) = keluasan kawasan
(3600m2)
225 x 16 m2 = 3600m2
Soalan 9 : Berapa soalan yang salah?
Soalan
Sang Kuriang mengambil ujian percubaan untuk menjadi anak murid
Panglima Tok Rashid.Jumlah soalan yang perlu dijawab Sang Kuriang
adalah sebanyak 40 soalan tetapi markah akhir dikira berdasarkan
jumlah soalan yang dijawab sahaja.Bagi setiap soalan yang dijawab
dengan betul akan mendapat 10 markah.manakala jawapan yang salah
pula akan ditolak 5 markah.Kalau tidak jawab markahnya ialah 0
markah.Sang Kuriang menjawab 36 soalan sahaja dan mendapat 270
markah.Berapakah soalan yang Sang Kuriang salah jawab?
Memahami masalah
Jumlah yang dijawab oleh si Kuriang ialah 36/40.
Jawapan yang betul mendapat 10 markah.
Jumlah markah yang salah ditolak 5 markah.
Si Kuriang mendapat 270 markah.
Berapa soalan yang salah?
Merancang jalan penyelesaian
Menggunakan teka dan uji.
Jawapan teka-teki Matematik 1 = 6 soalan salah.
Saya teka bahawa jawapannya ialah 6 soalan yang salah, maknanya si
Kuriang hanya dapat menjawab 30 soalan sahaja dengan betul.
Menyelesaikan masalah
6 salah 30 betul
betul : 30 x 10 = 300
salah : 6 x 5 = 30
Semak semula
Menyemak semula jawapan yang diberi
300 – 30 = 270.
Soalan 10 : Berapakah bilangan gula-gula?
Soalan
Nur mempunyai 21 biji gula-gula, dia memberikan beberapa biji gula-
gula terebut kepada Hakim. Selepas itu, Nur memberikan separuh
daripada gula-gulanya kepada Ali. Baki gula-gula yang ada pada Nur
sekarang adalah 5 biji. Berapakah bilangan gula-gul yang Nur berikan
kepada Hakim?
Memahami masalah
Nur memberikan gula-gulanya kepada Hakim.
Selebihnya dibahagikan secara sama rata kepada Ali.
Baki gula-gula 5 biji.
Hakim mendapat berapa biji gula-gula?
Merancang jalan penyelesaian
cara penyelesaian teka dan uji.
Menyelesaikan masalah
Membuat tekaan pertama Hakim mendapat 10 biji gula-gula.
-menguji tekaan tersebut.
(21-10) = 5.5(salah)
2
Mebuat tekaan kedua, Hakim mendapat 12 biji gula-gula.
(21-12) = 4.5 (salah)
2
Membuat tekaan ketiga, Hakim mendapat 11 biji gula-gula.
(21-11) = 5 (betul)
2
Semak semula
Membuat pengiraan selengkapnya dan memastikan semua nilai yang
dinyatakan dalam soalan bertepatan dengan nilai yang ditemui.
21-11=10
10/2=5
Jawapan diatas adalah betul kerana nilai baki gula-gula Nur yang
dijumpai adalah sama dengan nilai baki yang dinyatakan dalam soalan
iaitu 5.