Upload
others
View
10
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
UJIAN BULAN JULAI
SMK SUKAU 2014
SAINS
TINGKATAN 3
DISEDIAKAN OLEH PANITIA SAINS PT 3
NAMA:_________________________ NO IC:____________________________
ARAHAN:
KERTAS JAWAPAN DISEDIAKAN OLEH PELAJAR SENDIRI.
Soalan 1 Baca petikan di bawah Pencemaran ammonia Sungai Langat punca bekalan air terjejas 20 Februari 2014.
KUALA LUMPUR: Peningkatan paras ammonia di Sungai Langat menyebabkan Loji Penapisan Air (LPA) Batu 11 Cheras terpaksa menghentikan operasi pada 28 Januari lalu diikuti LPA Bukit Tampoi pada 29 Januari mengakibatkan gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur.
Dalam satu kenyataan media, Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (Luas), Md Khairi Selamat berkata, kadar bacaan pencemaran ammonia di Sungai Langat didapati melebihi 1.5 mg/l yang melebihi piawaian air minum yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menurut Md Khairi, Luas selaku urusetia Jawatankuasa Kecemasan Pencemaran Sumber Air Negeri Selangor bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) telah menjalankan siasatan bersepadu dan mengambil tindakan sesuai bagi menangani masalah ini.
"Peningkatan mendadak tahap ammonia di kedua-dua LPA tersebut disebabkan oleh kegagalan loji rawatan kumbahan Kompleks Federal Reserve Unit (FRU) di samping punca daripada kawasan-kawasan lain.
"Keadaan ini ditambah dengan faktor penurunan aliran air sungai yang disebabkan oleh ketiadaan hujan di sekitar kawasan tadahan Sungai Langat beberapa minggu yang lepas," jelas beliau.
Keadaan ini, katanya menyebabkan kadar pencairan (dilution) berkurangan di dalam sungai dan telah meningkatkan kadar kepekatan ammonia di hulu sungai sehingga mencecah 12.5 mg/l.
Pihak IWK, tambahnya telah mengambilalih operasi loji rawatan kumbahan berkenaan dan tindakan pembersihan serta pengoperasian loji telah dijalankan, manakala limpahan air kumbahan telah dapat dikawal.
LPA Batu 11 Cheras telah beroperasi semula pada 2 Februari hasil pelepasan air dari Empangan Langat yang membantu meningkatkan kadar pencairan, namun dihentikan semula pada 4 Februari oleh kerana kadar ammonia meningkat.
"Kadar tersebut kemudiannya menurun kembali pada 7 Februari 2014 disebabkan terdapatnya hujan di kawasan tadahan pada malam sebelumnya.
"Bagaimanapun, bacaan ammonia yang tidak konsisten tersebut menyebabkan kedua-dua LPA masih belum boleh beroperasi untuk merawat air," jelas beliau.
Menurut Md Khairi, pihaknya telah memohon SPAN dan IWK untuk meningkatkan lagi kualiti pelepasan efluen loji rawatan kumbahan walaupun telah mematuhi piawaian yang ditetapkan untuk membantu mengurangkan paras ammonia di dalam sungai.
Dalam masa yang sama, ujarnya pemantauan kadar tersebut dilakukan dengan berterusan melalui pensampelan di titik pemantauan.
"Pelepasan air dari empangan juga dilakukan untuk meningkatkan kadar pencairan di dalam sungai bagi membantu menurunkan paras ammonia.
"Dalam masa yang sama, penggunaan kolam-kolam berhampiran dengan LPA Bukit Tampoi telah dilakukan untuk meningkatkan kadar aliran air sungai," katanya. KKM juga, ujar beliau telah diminta untuk menetapkan had piawaian kualiti air minum ke tahap yang sesuai pada waktu-waktu tertentu dan sedang melakukan semakan.
"Pihak Luas kesal dengan situasi yang berlaku dan bersimpati di atas kesulitan yang dialami penduduk oleh kerana kualiti air sungai yang telah menyebabkan gangguan bekalan air.
"Luas sedang mengambil tindakan sedaya-upaya bersama pihak-pihak terlibat yang lain untuk menangani situasi ini dengan kadar segera. Kerjasama daripada semua pihak amatlah diharapkan untuk memainkan peranan dan tugas masing-masing," katanya. Berdasarkan petikan di atas, Apakah pencemaran yang dialami oleh penduduk di sekitar sungai Langat? (1 Markah) Jelaskan Punca pencemaran itu? (3 Markah) Sebagai seorang pelajar, apakah tindakan anda untuk membantu menjaga sungai-‐sungai yang lain daripada tercemar seperti sungai langat ini. (2 Markah)
Soalan 2. Anita sedang menyidai pakaiannya dengan dua cara pada jam 10.30 pagi.
Cara 1
Cara 2
(i) Manakah yang lebih cepat kering? Berikan alasan anda. (3 Markah)
Tiba-‐tiba awan mendung mulai berarak dan hujan mulai turun. Anita membawa selimutnya yang belum kering itu ke dalam rumah.
(ii) Sebagai kakak/abang kepada anita, apakah cadangan anda kepadanya untuk mempercepatkan selimutnya cepat kering jika dijemur dalam rumah. (3 Markah)
Soalan 3.
Buaya
Buaya adalah haiwan reptilia yang hidup di dalam air. Ibu buaya adalah lebih ganas daripada buaya yang lain. Induk buaya betina rata-rata menyimpan telur-telurnya dengan dibenamkan pada tanah atau di bawah seresah daun. Dan, induk tersebut menunggu dari jarak sekitar 2 meter dari dalam air. Di musim bertelur buaya amat buas menjaga telurnya. Di Malaysia dan Indonesia ada 3 jenis buaya yang terkenal:
1. Buaya muara 2. Buaya air tawar Irian 3. Buaya sepit
Makanan utama buaya adalah haiwan-haiwan bertulang belakang seperti ikan, reptilian dan mamalia, kadang-kadang juga memangsa udang dan sotong bergantung pada spesiesnya. Jelaskan ciri-‐ciri haiwan dalam kelas reptilia. (3 Markah) Berikan satu contoh lain dalam kelas haiwan yang sama dengan buaya. (1 Markah) Pada waktu pagi, Buaya akan berjemur di bawah matahari untuk meningkatkan suhu badannya. Ini bertujuan untuk meningkatkan kadar metabolisme dalam buada dan mempercepatkan penghadaman makanan dalam perut buaya. Mengapakah buaya tidak berjemur pada waktu tengah hari? (2 Markah)
Soalan 4.
Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha pada 27 Julai 1972) merupakan doktor bedah ortopedik dari Malaysia dan merupakan angkasawan Malaysia yang pertama ke angkasa lepas setelah diumumkan oleh Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada 25 September 2007(Selasa) tepat jam 12.00 tengah hari. Beliau berlepas ke angkasa pada 10 Oktober 2007 dengan menaikiSoyuz TMA-‐11 yang dilancarkan oleh Stesen Angkasa Antarabangsa(ISS). Beliau menyertai program ini di bawah perjanjian bersamaRussia menerusi program Angkasawan, dan telah kembali ke Bumi bersama ahli-‐ahli Ekspedisi 15, Fyodor Yurchikhin dan Oleg Kotovselepas sembilan hari berada di stesen berkenaan. Misi selama 11 hari ini telah berjaya dilangsungkan dari 10 Oktober 2007 jam 9.21 malam waktu Malaysia dan selamat kembali ke bumi pada 21 Oktober 2007 pada jam 6.44 petang waktu Malaysia. Beliau merupakan orang Islam pertama yang menjalani ibadah berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri di angkasa lepas. Semasa sidang akhbar NASA dengan ahli-‐ahli Ekspedisi 16 pada 23 Julai 2007, Shukor menyatakan bahawa beliau berharap untuk membawa pelbagai kultur sel hidupan untuk dipelajari semasa penerbangannya. Berdasarkan kepada pengetahuan dan pemahaman anda dalam Bab penerokaan angkasa lepas dalam sains tingkatan 3, jawap soalan-‐soalan berikut. Bagaimanakah angkasawan ke angkasa lepas? (2 markah) Huraikan dua nilai yang boleh kita pelajari daripada penerokaan angkasa lepas. (4 Markah)
Soalan 5. Dalam foto sistem suria, matahari kelihatan sangat besar. Adakah matahari merupakan bintang yang terbesar dalam alam semesta? Berikan alasan anda. (2 Markah) Jelaskan ciri-‐ciri bintang. (2 Markah) Apakah perbezaan bintang dengan matahari? Jelaskan alasan anda. (2 Markah) Soalan 6 Ramlan ingin memasang lampu mentol di dalam rumahnya. Beliau mempunyai 2 cara dalam pilihannya. Pilihan yang pertama beliau adalah memasang dalam bentuk litar sesiri dan yang kedua adalah litar selari.
Anda adalah seorang pakar elektik dan diminta untuk memberikan cadangan kepada ramlan bagaimana cara terbaik memasang lampu kalimantang dalam rumah. Berikan alasan anda.(3 markah) Berikan 2 cara lain untuk menjimatkan elektrik dalam kehidupan seharian. (2 Markah)
Soalan 7 Baca petikan di bawah Mata ialah organ deria bagi deria penglihatan. Apabila anda melihat pada sesuatu objek, sinar cahaya dari objek memasuki mata. Sinar cahaya akan dibiaskan oleh kornea, gelemair, kanta dan gelemaca. Imej dibentuk pada retina, impuls dihasilkan dan dihantar ke oleh saraf optik. Lukiskan carta alir bagi lintasan cahaya bagi mata berdasarkan petikan diatas. Lukiskan lintasan cahaya dalam mata abuniera suka menonton tv secara dekat. Apakah kesan jangka panjang jika abuniera meneruskan tabiatnya ini.
Soalan 8.
Pele suka mengumpul haiwan-‐haiwan yang ada dibelakang rumahnya. Sebagai kawan baik pele, kelaskan setiap haiwan-‐haiwan di atas mengikut kelas haiwan yang sama. (2 Markah) Jelaskan perbezaan Vertabrata dan Invertabrata. (2 Markah) Bagaimanakah ikan bernafas? (1Markah) Bagaimanakah Cacing bernafas? (1 Markah) Lengkapkan ayat dibawah. Mamalia melahirkan anak manakala burung bertelur. Persamaan kedua-‐dua kelas ini adalah _____________________________________. (1 Markah)
Soalan 9.
Vincent seorang pemuda yang bijak pandai. Pada suatu hari yang sangat sejuk, beliau melihat wayar telefon di depan rumahnya tergantung seperti dalam gambar di atas. Berdasarkan pengetahuan anda dalam sains, lukiskan apa yang akan terjadi kepada wayar-‐wayar itu pada waktu hari yang sangat panas?
(2 Markah)
landasan kereta api dan jambatan jalan raya mempunyai celahan-‐ celahan kecil di antara setiap bahagian tertentu. Jelaskan tujuan celahan-‐celahan ini dibina.
(2 Markah)
Soalan 10
Gizi seimbang ialah gizi yang mengandungi semua kelas makanan dalam nisbah yang betul. Ianya penting untuk mengekalkan kesihatan badan dan mengelakkan pelbagai penyakit. Faktor yang menentukan gizi seimbang seseorang adalah seperti berikut.
1. Umur 2. Saiz 3. Jantina 4. Pekerjaan 5. Iklim 6. Keadaan kesihatan.
Huraikan dengan ringkas bagaimana Faktor Umur mempengaruhi pengambilan makanan. (2 markah) Nizam mengamalkan amalan makanan yang tidak seimbang. Adakah Nizam akan menjadi sihat? Berikan alasan Anda. (2 Markah) Arun seorang yang suka memakan daging-‐daging sahaja dan mengalami kesukaran untuk membuang air besar. jelaskan penyakit itu dan cara paling mudah untuk mengubati penyakit tersebut. (2 Markah)