soalan kenegaraan uthm

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Semester exam paper

Citation preview

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PUSAT PENGAJIAN KEMANUSIAAN DAN KOMUNIKASI

KOD MATA PELAJARAN : UMS 1133

MATA PELAJARAN : PENGANTAR KENEGARAAN DAN

PEMBANGUNAN MALAYSIA

Arahan : Kertas ini mengandungi 40 soalan objektif. Jawab semua soalan yang diberikan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih jawapan yang tepat sekali.

01. Antara yang berikut, yang manakah ciri konsep asas sebuah negara?

I. Raja yang berdaulat.

II. Penduduk yang tetap

III. Sempadan yang tetap

IV. Pemerintah yang berkuasa penuh.

A. I dan II B. I dan III

C. II dan III D. III dan IV

02. ________________________________________________________________ . Kerajaan Pusat mempunyai kesemua kuasa pemerintahan . Kerajaan Pusat berhak membatalkan perundangan yang diluluskan oleh

Kerajaan Negeri.

________________________________________________________________

Pernyataan-pernyataan di atas merujuk kepada

A. Sistem Kerajaan Persekutuam B. Sistem Kerajaan Konfederasi

C. Sistem Kerajaan Kesatuan D. Sistem Kerajaan Republik

03. _________________________________________________________________

. Warganegara yang berkelayakan berhak bertanding dalam pilihan raya . Badan perundangan terdiri daripada wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat

. Semua warganegara yang layak boleh mengundi dalam pilihan raya

__________________________________________________________________ Pernyataan-pernyataan di atas merujuk kepada sistem pemerintahan

A. demokrasi B. Monarki

C. sosialis D. Autokrasi

04. Konsep kerajaan ialah kuasa berada di tangan Kerajaan Negeri dan ditubuhkan berasaskan satu ikatan yang longgar. Kerajaan ini ialah

A. Kerajaan Persekutuan B. Kerajaan Konfederasi

C. Kerajaan Kesatuan D. Kerajaan Sosialis

1

05. Antara berikut, yang manakah tidak benar tentang sebuah Negara Kesatuan?

I. Negara diketuai oleh seorang raja.

II. Kerajaan Negeri mempunyai autonomi perundangan tertentu

III. Kerajaan Pusat mempunyai segala aspek pemerintahan

IV. Wujudnya pembahagian kuasa antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri.

A. I dan III B. II dan III

C. I, II dan IV D. I, III dan IV06. Berikut adalah contoh-contoh kawasan penempatan tradisional di Tanah Melayu di zaman Neolitik kecuali

A. Kota Tampan ( Perak ) B. Gua Kepah ( Kedah )

C. Gua Madai ( Sabah ) D. Sungai Muar ( Johor )

07. Mengapakah Kesultanan Melayu Melaka sangat terkenal di kalangan pedagang dan pelayar dari seluruh dunia.?I. Melaka ialah sebuah empayar yang besar dan kukuh

II. Melaka ialah pusat penyebaran agama Hindu-Buddha

III. Melaka mempunyai banyak bahan mentah semula jadi

IV. Melaka ialah pusat pertemuan pedagang dari kawasan Timur dan Barat. A. I dan II B. I dan III

C. I, III dan IV D. I dan IV

08. _________________________________________________________________

Kuasa X mendahului kuasa Barat lain dalam penjajahan di Tanah Melayu

pada tahun 1511.

_________________________________________________________________

Merujuk maklumat di atas, X adalah A. Britain B. Perancis

C. Portugis D. Belanda

09. Tempoh penjajahan kuasa-kuasa Barat ke atas Tanah Melayu adalah selama

A. 346 tahun B. 446 tahun

C. 546 tahun D. 646 tahun

010. Berikut adalah faktor-faktor penentangan penduduk-penduduk tempatan terhadap penjajahan British di Tanah Melayu kecuali

A. Perubahan-perubahan yang dilakukan oleh British di Tanah Melayu melalui

pengenalan sistem Residen

B. Sultan dan pembesar Melayu kehilangan kuasa

C. Penguasaan politik dan ekonomi oleh British.

2

D. Dasar kerajaan British membawa masuk imigran Cina dan India ke Tanah Melayu.

011. _________________________________________________________________

. Naning ialah negeri yang bebas dan berdaulat

. Rakyat Naning tidak perlu mematuhi perintah dan arahan British

_________________________________________________________________

Maklumat di atas berkaitan dengan pendirian Dol Said. Mengapakah beliau

berpendirian demikian.?

A. British menyerang Naning

B. British menghantar Residen

C. British melaksanakan buruh paksa

D. British memperkenalkan cukai baru

012. ___________________________________________ . Kebangkitan Tok Janggut

. Kebangkitan Haji Abdul Rahman Limbong

___________________________________________ Maklumat di atas menunjukkan kebangkitan dua pahlawan tanah air. Apakah

ciri persamaan perjuangan tersebut?

A. Berunsur keagamaan B. Mendapat bantuan luar

C. Mendapat sokongan padu D. Berjaya menewaskan British

013. ________________________________________________________________ Semangat inilah yang menyebabkan kita berjuang untuk membebaskan

bangsa dan tanah air kita daripada kuasa asing

_________________________________________________________________

Pernyataan di atas merujuk kepada

A. semangat Pan-Islam B. semangat kebangsaan

C. semangat bekerjasama D. semangat bersatu padu014. Mengapakah semangat cinta akan bangsa dan tanah air penting kepada penduduk negara kita.?I. meluaskan wilayah

II. membangunkan Negara

III. menolak pengaruh luar

IV. membentuk Negara yang berdaulat

A. I dan II B. II dan III

C. III dan IV D. I dan IV3015. _______________________________________. Haji Abbas Muhd. Taha. Syed Syeikh Ahmad al-Hadi

. Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin

_______________________________________ Bagaimanakah pemimpin di atas membangkitkan semangat kebangsaan di Tanah

Melayu.?

A. melalui Gerakan Islah B. melalui Gerakan Kebangsaan C. melalui Revolusi Islam D. melalui Kesatuan Melayu Muda.

016. _________________________________________________________________ Kaum Muda menyebarkan idea baru mereka menerusi penerbitan akhbar

_________________________________________________________________

Akhbar yang diterbitkan oleh mereka ialah .......................

I. Al-Iman

II. Al-Ikhwan

III Lidah Benar

IV Suara Benar

A. I dan II B. II dan III

C. III dan IV D. I dan IV

017. ______________________________ . Abdul Hadi Hasan . Ibrahim Hj. Yaacob

. Harun Aminurrashid

_______________________________ Apakah ciri persamaan tokoh-tokoh di atas?A. Nasionalis berpendidikan Arab

B. Nasionalis berpendidikan Melayu

C. Nasionalis berpendidikan Inggeris

D. Nasionalis berpendidikan Melayu-Inggeris

018. _________________________________________________________________ Idea penubuhan Sistem Ahli dicetuskan oleh Dato Onn Jaafar

_________________________________________________________________

Pernyataan di atas mengenai Sistem Ahli yang ditubuhkan pada tahun 1951. Apakah ciri-ciri sistem tersebut?4

I. Sebuah kabinet bayangan

II. Keahliannya terdiri daripada penduduk tempatan

III. Ahli-ahli bertanggungjawab memutuskan undang-undang

IV. Pelantikan ahli-ahli dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British

A. I dan II B. II dan III

C, III dan IV D. I dan IV

019. Pilihan Raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur dianggap mempunyai keistimewaan. Apakah keistimewaan pilihan raya tersebut?A. Parti perikatan ditubuhkan

B. Parti Negara turut bertanding

C. UMNO-MCA membentuk kerjasama

D. Parti Radikal memenangi pilihan raya

020. Parti Perikatan ditubuhkan pada tahun 1955 adalah terdiri daripada parti UMNO, MIC dan MCA. Apakah nilai daripada peristiwa tersebut?

A. Berani B. Berdikari

C. Berdisiplin D. Bekerjasama

021. Tunku Abdul Rahman menyetujui gagasan Malaysia semasa majlis makan tengah hari anjuran Persatuan Wartawan Luar Negeri di..A. Ipoh B. Singapura

C. Johor Bahru D. Kuala Lumpur

022. _________________________________________________________________

Tunku Abdul Rahman mengemukakan idea penggabungan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei

_________________________________________________________________

Mengapakah idea tersebut dikemukakan?

A. Mengukuhkan institusi kesultanan

B. Menghapuskan semangat kenegerian

C. Mengukuhkan kedudukan politik rantau Asia Tenggara

D. Menyediakan keadilan sosial bagi penduduk Asia Tenggara

023. Antara berikut, negeri yang manakah akan memperolehi kemerdekaan lebih awal jika menyertai Malaysia?

I. Sabah

II. Brunei

III. Indonesia

IV. Singapura

5

A. I, II dan III B. I, II dan IV

C. I, III dan IV D. II, III dan IV

024. Mengapakah Barisan Sosialis di Singapura menentang pembentukan Malaysia?

A. Menganggap ia satu penjajahan baru

B. Bimbang akan pengaruh orang Melayu

C. Tidak yakin terhadap Tunku Abdul Rahman

D. Ingin mencapai kemerdekaan dengan segera

025. _________________________________________________________________

Pada akhir tahun 1961, penduduk dan pemimpin di Sabah dan Sarawak

mula menyokong pembentukan Malaysia

_________________________________________________________________

Apakah yang menyebabkan perubahan sikap rakyat?

I. Berpendidikan tinggi

II. Semangat perpaduan

III. Usaha kerjasama pemimpin

IV. Faham tentang pembentukan Malaysia

A. I dan II B. II dan III

C. III dan IV D. I dan IV

026. _________________________________________________________________

Sultan Brunei : Beta setuju dengan gagasan Malaysia

Pembesar : Tapi Tuanku ada parti yang menentang

_________________________________________________________________

Berdasarkan dialog di atas, parti yang menentang merujuk kepada

A. UNKO B. PESAKA

C. Parti Rakyat Brunei D. Parti Tindakan Rakyat

027. ___________________________________

Ganyang Malaysia - 20 Januari 1963 ___________________________________

Apakah tujuan dasar tersebut?

A. Menentang penjajahan

B. Menyatukan Malaysia Indonesia

C. Menggagalkan pembentukan Malaysia

D. Mewujudkan kerjasama serantau di Asia

028. _________________________________________________________________

Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum ditubuhkan di Singapura

pada tahun 1961

_________________________________________________________________

6

Antara berikut yang manakah menerangkan tujuannya?

I. Membentuk Rukun Negara

II. Mendamaikan pelbagai bangsa

III. Menerangkan matlamat gagasan Malaysia

IV. Mengumpul pandangan daripada penduduk

A. I dan II B. II dan III

C. III dan IV D. I dan IV

029. ________________________________________________________________

Rombongan Merdeka terdiri daripada empat orang wakil raja-raja

Melayu dan empat orang wakil Parti Perikatan _________________________________________________________________

Antara berikut yang manakah wakil Parti Perikatan?

I. Tun H.S. Lee

II. Tun Abdul Razak

III. Tun V.T. Sambathan

IV. Tunku Abdul Rahman

A. I, II dan III B. I, II dan IV

C. I, III dan IV D. II, III dan IV

030. Mengapakah perkataan merdeka perlu dilaungkan pada 31 Ogos setiap kali sambutan kemerdekaan Negara?A. Menanam sifat berani

B. Merupakan amalan rakyat

C. Meningkatkan motivasi rakyat

D. Memupuk semangat patriotik rakyat

031. Antara berikut negeri yang manakah terlibat dalam pemilihan Yang di-Pertuan Agong?I. Perak

II. Melaka

III. Pahang

IV. Selangor

A. I, II dan III B. I, II dan IV

C. I, III dan IV D. II, III dan IV

032. Berikut merupakan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong kecualiA. Melantik wakil rakyat

B. Membubarkan parlimen

C. Melantik Perdana Menteri

D. Mengisytiharkan undang-undang darurat

7033. Ahli Dewan Negara digelar sebagaiA. Menteri B. Senator

C. Jemaah D. Penasihat

034. Apakah peranan utama Dewan Rakyat?

A. Melantik wakil rakyat B. Membicarakan kes jenayahC. Menggubal undang-undang D. Mengesahkan undang-undang

035. Apakah yang dilakukan pada sesi pembacaan pertama di Dewan Rakyat?

A. Pengesahan rang undang-undang

B. Perbahasan rang undang-undang

C. Pengundian rang undang-undang

D. Pembentangan tajuk rang undang-undang

036. Antara berikut, yang manakah bertindak sebagai badan pelaksana dasar-dasar kerajaan?

A. Majlis Raja B. Dewan RakyatC. Dewan Negeri D. Jemaah Menteri

037. _____________________

Senarai Bersama

_____________________ Apakah yang anda faham tentang istilah di atas?

A. Bidang kuasa antara raja dengan rakyatnya

B. Bidang kuasa antara parti-parti politik pelbagai kaum

C. Bidang kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri

D. Bidang kuasa kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Malaysia

038. Antara berikut, yang manakah merupakan seni kata yang terdapat dalam lagu kebangsaan kita?

I. Tanah tumpahnya darahku

II. Raja kita selamat bertakhta

III. Raja dan rakyat bekerjasama

IV. Rakyat hidup bersatu dan maju

A. I, II dan III B. I, II dan IV

C. I, III dan IV D. II, III dan IV

039. Mengapakah Jalur Gemilang sentiasa dikibarkan dalam majlis dan adat istiadat rasmi?I. Simbol perpaduan

II. Identiti kenegerian

8III. Semangat patriotik

IV. Lambang kedaulatan

A. I, II dan III B. I, II dan IV

C. I, III dan IV D. II, III dan IV

040. _________________________________________________________________

. Membangunkan Malaysia sebagai sebuah Negara yang mempunyai

masyarakat yang berasaskan pengetahuan.

. Menjana pertumbuhan ekonomi yang didorong oleh sumber dan

kekuatan tempatan.

. Mencapai penyertaan bumiputera yang berkesan dan pemilikan ekuiti

sekurang-kurangnya 30% menjelang tahun 2010

_________________________________________________________________

Pernyataan di atas berkaitan dengan

A. Dasar Pembangunan Nasional

B. Dasar Wawasan Negara

C. Dasar Ekonomi Baru

D. Dasar Penswastaan

KERTAS SOALAN TAMATDisediakan oleh

Zulkifli Bin Senin

Jabatan Sains Sosial

Institut Perguruan Tun Hussein Onn

Batu Pahat, Johor

9

SKEMA JAWAPAN01. C 31. C

02. C 32. A

03. A 33. B

04. B 34. C

05. C 35. D

06. A 36. D

07. D 37. C

08. C 38. B

09. B 39. C

010. D 40. B

011. D

012. A

013. B

014. B

015. A

016. A

017. B

018. D

019. C

020. D

021. B

022. C

023. B

024. A

025. B

026. C

027. C

028. C

029. B

030. D

ZBS/SEPTEMBER/2007