Upload
muhammad-syaffiq-al-fateh
View
240
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
8/2/2019 Soalan Dua(1)
1/14
3.1 Pengenalan
Dalam makmal matematik yang dicadangkan, terdapat banyak aset-aset yang
disediakan bagi kemudahan guru dan pelajar. Antara aset yang terdapat dalam
makmal tersebut terbahagi kepada dua bahagian. Pertama elektronik dan bukanelektronik. Bagi alatan elektronik asset yang terdapat dalm makmal ini adalah seperti
yang di bawah:
JENIS BARANGAN BILANGAN
KOMPUTER 18
LCD 1
PAPAN PUTIH ELEKTRONIK 1
Senarai Alatan bukan elektronik yang terdapat dalam makmal ini adalah:
JENIS BARANGAN BILANGAN
ALMARI
a) Buku
b) Peralatan
c) Pameran
3
2
5MEJA KOMPUTER 16
MEJA AMALI 18
KERUSI MURID 32
KERUSI GURU 2
MEJA GURU 2
SINKI 6
RAK KASUT 2
8/2/2019 Soalan Dua(1)
2/14
Bagi merekodkan semua aset yang telah diberikan. Satu senarai semak akan
diwujudkan. Dalam senarai semak tersebut, semua maklumat berkaitan dengan
barangan akan dicatat dan disimpan dalam satu fail.Senarai ini dikenali sebagai senarai
inventori. Dalam senarai ini, setiap aset yang terdapat di dalam makmal metematik
akan mendapat nombor siri yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
dan diwartakan sebagai Hak Milik kerajaan Malaysia. Setiap barang hendaklah dikira
atau diaudit setiap tahun. Jika aset yang telah dibekalkan rosak, maka ia akan dikira
sebagai dikira sebagai stok hapus kira.
Untuk mengelakkan berlaku kerosakan bagi alatan yang dibekalkan, satu garis
panduan tentang penggunaan makmal matematik akan diwujudkan. Peraturan
penggunaan perlu dipatuhi oleh setiap pengguna makmal matematik. Jika ada diantara
mereka yang ingkar, maka tindakan tatatertib boleh diambil keatas para pelajar. Selain
dari peraturan penggunaan bahan yang terdapat dalam makmal matematik, pengguna
makmal itu sendiri tertakluk kepada peraturan semasa berada di dalam makmal
matematik itu sendiri. Mereka perlu berada dibawah pengawasan guru semasa berada
di dalam makmal matematik.
8/2/2019 Soalan Dua(1)
3/14
3.2 Cadangan Aset Makmal Matematik
Model Makmal matematik yang dibina merangkumi tiga bahagian utama. Pertama Bilik
Komputer, kedua ruang legar atau ruang galeri dan ketiga merupakan tempat amali
atau bilik praktikal. Ketiga-tiga ruang ini mempunyai fungsi dan ciri-ciri tersendiri.Sebelum memperoleh lakaran model yang berkualiti ini, kami telah membuat beberapa
lakaran Makmal Matematik dan kami telah memilih lakaran yang terbaik untuk kami
realisasikannya dalam bentuk model 3D.
3.3 Bilik Multimedia
Seperti yang dapat dilihat dalam lakaran di atas, bahagian pertama iaitu bilik
komputer menyediakan kemudahan kepada pelajar dan guru untuk menggunakan
komputer yang telah disediakan bagi mendapatkan maklumat berkenaan Matematik
dengan melayari internet. Dalam bilik komputer ini, sebanyak 16 buah komputer yang
telah disediakan untuk kemudahan para pelajar dan sebuah komputer yang terdapat
pada meja guru untuk kegunaan guru. Para pelajar juga boleh menyiapkan tugasan
yang diberikan oleh guru dengan menggunakan komputer yang disediakan dalam bilik
komputer yang terdapat dalam Makmal Matematik ini. Bilik ini digunakan sebagaitempat untuk mempelajari teori dan tidak banyak berkaitan praktikal. Oleh sebab itu,
bilik ini hanya dibekalkan dengan komputer untuk kegunaan murid. Ia untuk
memudahkan kerja atau tugasan untuk mencari maklumat sekiranya tugasan ada
diberikan selain dari mendedahkan murid dengan teknologi masa kini.
8/2/2019 Soalan Dua(1)
4/14
3.2.1 Meja Komputer
Meja disusun secara berpasangan bertujuan untuk mengalakkan murid untuk
melakukan perbincangan sesama meraka. Namun begitu, murid hanya dibenarkan
untuk melakukan perbincangan hanya dengan pasangan yang berada paling hampir
dengan mereka. Perbincangan sesama murid-murid sangat penting kerana ada
dinyatakan di dalam psikologi kanak-kanak yang dipelopori oleh (Johnson & Johnson,
1991). Secara dasarnya, pembelajaran kooperatif atau perbincangan kerana melibatkan
pelajar untuk bekerjasama dalam mencapai satu-satu objektif pembelajaran.
Setiap ahli mempunyai tanggungjawab ke atas keberkesanan pembelajaran
sesebuah kumpulan. Prinsip ini dikenali sebagai saling bergantungan secara positif.
Untuk mencapai kejayaan dalam prinsip ini, tugas perlu diagihkan kepada semua ahli
kumpulan untuk menyumbang jawapan atau hasil dapatan. Tanggungjawab individu
bermakna setiap pelajar mesti melaksanakan tugas masing-masing yang diberikan
untuk menyumbang kepada sesuatu projek.
Setiap meja computer diletakkan penghadang untuk mengelakkan pelajar hilang fokus
semasa melakukan kerja masing-masing.
8/2/2019 Soalan Dua(1)
5/14
Gambar di atas merupakan model meja komputer yang telah dilengkapi dengan sebuah
komputer. Untuk membuat meja komputer tersebut, kami telah membuat bentangan
terlebih dahulu sebelum mencantumkannya bagi membentuk model meja komputer
seperti gambar di atas. Kami telah membina model meja dan komputer tersebut dengan
menggunakan mounting board.
8/2/2019 Soalan Dua(1)
6/14
3.2.2 Papan putih interaktif
Selain itu, seiring dengan peredaran zaman teknologi dalam bilik komputer ini, terdapat
papan putih interaktif yang disediakan untuk digunakan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran. Papan putih interaktif dapat menarik minat pelajar untuk belajar kerana
ia berupaya untuk mengubah pendekatan dan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas.
8/2/2019 Soalan Dua(1)
7/14
3.3 Ruangan Galeri
3.3.1 Rak buku dan Almari Hasil Kerja Murid
Seterusnya, bahagian kedua model makmal Matematik yang kami bina ialah ruang
galeri. Dalam ruang galeri, terdapat tiga biji rak yang menempatkan fail, buku rujukan
serta majalah yang berkaitan dengan Matematik. Ruang galeri merupakan satu tempat
untuk menyimpan bahan rujukan matematik yang membantu menambahkan
pengetahuan am kepada pelajar-pelajar. Pelajar boleh membaca buku di tempat yang
disediakan. Rak buku disini dibahagikan mengikut matapelajaran atau bahagian
matematik yang telah diasingkan mengikut jenis.
Almari dan rak buku disusun menghadap ke kawsan tengah ruang bertujuan
untuk memudahkan pelajar mengambil bahan bacaan. Selain itu, ia juga dapat
menjimatkan ruang dan memberikan ruang untuk pelajar melakukan aktiviti sesame
mereka. Bagi untuk tujuan keselamatan pelajar, rak yang menempatkan barang yang
agak bernilai dipasangkan pintu. Pintu tersebut akan ditutup sekiranga pelajar tidak
menggunakannya. Sebagai kemudahan kepada pelajar, sebuah meja diletakkan
8/2/2019 Soalan Dua(1)
8/14
ditengah-tengah ruangan sebagai tempat mereka melakukan kerja berkumpulan atau
melakukan perbincangan.
3.3.2 Tikar Mengkuang
Lantai di ruangan ini juga di letakkan sebidang tikar mengkuang. Tujuan kami memilih
untuk menggunakan tikar jenis ini adalah kerana menyokong industri kecil dan
sederhana dalam negara kita. Jika pihak sekolah atau KPM mem buat MOU dengn
pengusaha tikar mengkuang, ia sedikit sebanyak dapat meningkatkan ekonomi
masyarakat di Malaysia terutamanya masyarakat luar Bandar. Ia dilihat sebagai
sokongan terhadap dasar kerajaan untuk memajukan dan meningkatkan ekonomi
bumiputera dan menepati slogan kerajaan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.
Selain itu, tikar mengkuang juga dipilih sebagai hamparan di ruangan tersebut keranaterdapat unsur-unsur matematik padanya. Corak yang menghiasi tikar tersebut
bercorak geometri dan mesra alam. Ia juga penting untuk kesihatan para pelajar kerana
tikar mengkuang tidak menghasilkan habuk seperti karpet sintetik pada masa kini. Jika
pelajar banyak terdedah dengan debu atau bulu yang gugur dari kerpet tersebut, ia
dapat memberikan implikasi kepada pelajar itu sendiri terutamanya kepada pelajar yang
menghidap penyakit asma atau lelah.Pada ruangan galeri juga menyimpan hasil kerja
pelajar. Selain dari hasil kerja pelajar. Ia juga menempatkan laporan aktiviti kelab atau
persatuan matematik.
8/2/2019 Soalan Dua(1)
9/14
3.3.3 Hiasan Dinding
Hiasan dinding yang terdapat pada ruangan galeri makmal matematik mempamerkan
waktu di beberapa Bandar di dunia ini. Ini merupakan aplikasi bagi tajuk masa dan
waktu. ini dapat menunjukkan perbezaan diantara Negara di dunia ini. Guru boleh
menggunakan jam tersebut sebagai bahan sokongan mengajar semasa didalam
makmal matematik.
8/2/2019 Soalan Dua(1)
10/14
3.4 Bilik Amali
Dalam mata pelajaran matematik juga terdapat sukatan pelajaran yang memerlukan
guru menunjukkan kepada pelajar berkenaan dengan ukuran atau sukatan. Sebagai
contoh, apabila guru ingin mengajar tajuk isipadu dan sukatan cecair kepada pelajar,
guru boleh menggunakan ruangan ini. Memang tidak dapat dinafikan pengajaran bagi
tajuk tersebut boleh dilakukan di dalam kelas. Tetapi jika terdapat bahan maujud yang
boleh dipegang oleh murid, ia dapat memberikan lebih kefahaman dan dapat
memahami tajuk tersebut dengan mudah.
Hal ini disokong oleh pelopor teori perkembangan kanak-kanak tersohor iaitu
Jean Piaget yang menyatakan bahawa Interaksi individu dengan persekitaran
membantu mereka untuk memahami perkara-perkara yang berlaku. Mereka akan
meneroka, menguji, memerhati dan menyusun maklumat yang diperolehi.
Bagi tujuan tersebut kami telah merancang untuk meletakkan dalam bilik ini ada
enam kumpulan di mana setiap kumpulan mempunyai tiga meja dan setiap meja
mempunyai satu sinki dan paip. Bilik ini juga dilengkapi dengan radas yang sesuai
dengan tajuk di sekolah rendah.
8/2/2019 Soalan Dua(1)
11/14
3.4.1 Laluan ke bilik Amali
Dalam ruangan ini juga diletakkan dua laluan atau dua pintu untuk kegunaan pelajar.
Dua laluan dibuat kerana ia sebagai langkah keselamatan jika berlaku kecemasan
dalam bilik amali. Bayangkan jika hanya satu laluan dibuat. Kesesakan akan berlaku
dan kejadian tolak menolak untuk keluar dari bilik tersebut akan memburukkan lagi
suasana. Jadi dengan terbinanya dua laluan tersebut diharapkan dapat melicinkan
proses pengosongan dari ruangan tersebut. Selain dari rancangan pengosongan bilik
amali jika berlaku kecemasan, pihak sekolah dan kerjasama pihak Bomba dan
penyelamat telah merangka satu pelan kawad kecemasan.
8/2/2019 Soalan Dua(1)
12/14
3.4.2 Almari Radas
Bagi pengurusan bilik ini pula, setiap radas perlu disusun dengan kemas selepas
digunakan. Memandangkan banyak radas dan semuanya berlainan jenis digunakan,
maka pihak kami merancang untuk membuat almari radas yang mempunyai banyak
ruang. Setiap ruangan tersebut akan di isi satu jenis bahan sahaja. Jika radas terlalu
banyak, maka ia akan disusun dalam dua ruang tetapi di ruang yang berdekatan.
Sebagai dokumentasi radas bilik amali, satu senarai semak akan disediakan
untuk memastikan asset kerajaan didalam bilik tersebut disalah guna. Dalam senarai
semak tersebut mengandungi maklumat yang terperinci berkenaan dengan setiap radas
yang diterima. Dalam rekod tersebut akan dicatat kontraktor yang membekalkan bahan,
tarik terima bahan, kos seunit dan tarikh penyelengaraan bahan jika perlu.selain itu
Satu buku laporan kerosakan disediakan sebagai rekod jika berlaku kerosakan
terhadap barang yang terdapat di dalam bilik amali. Setiap radas atau barangan yang
ingin dipinjam hendaklah dipohon melalui ketua panitia. Jika ketua panitia memberikan
kebenaran barulah alatan tersebut boleh diambil dan keluar masuk barang akan
direkodkan.
8/2/2019 Soalan Dua(1)
13/14
3.4.3 Meja Amali
Ini merupakan meja amali dalam makmal matematik yang dirancang. Meja diwarnakan
dengan warna yang berbeza untuk membezakan kumpulan antara satu sama lain.
Bentuk meja juga di berikan sentuhan aplikasi geometri. sinki yang berbentuk segi tiga
menaikan lagi seri bilik ini. Paip atau pili diletakkan ditengah-tengah meja kumpulan
kerana untuk memudahkan aktiviti pengajaran. Lantai bilik amali sengaja dibiarkan
kosong dan tidak diletakkan sebarang benda atau objek kerana disebabkan oleh faktor
keselamatan. Selain itu, kumpulan warna meja akan ditukarkan setiap minggu. Sebagai
contoh, minggu pertama kumpulan pertama berada di meja merah dan pada minggu
kedua, mereka pula perlu berada dimeja kuning. Minggu ketiga mereka berada di meja
hijau.
8/2/2019 Soalan Dua(1)
14/14
3.4.4 Hiasan Dinding
Pada dinding bilik ini diletakkan gambar tokoh matematik islam zaman dahulu.ini
bertujuan untuk melatih dan memupuk mereka menghargai dan mempunyai jati diri
yang mantap serta berbangga terhadap pencapaian Islam sebelum ini.