SOALAN 2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

edu

Citation preview

Malaysia menggunakan suatu kurikulum yang sama bagi semua pelajar. Ianya menjadi satu cabaran besar kepada guru dalam menyampaikan kurikulum ini kepada anak didik. Di dalam ruang lingkup bilik darjah, guru perlu membuat sedikit analisis mengenai latar belakang murid-murid sebelum merancang pengajaran. Ini disebabkan budaya memainkan peranan yang penting dari aspek guru ini dimana sebagai seorang guru, dia perlu tahu bahawa setiap pelajar mempunyai budaya, latar belakang keluarga dan tahap sosio ekonomi yang berbeza. Hal ini disebabkan murid di dalam sesebuah bilik darjah terdiri daripada etnik, taraf sosioekonomi, latar belakang keluarga, kawasan petempatan, budaya, adat resam dan bahasa yang berbeza. Lantaran itu, guru tidak seharusnya menggunakan cara yang sama untuk melayani dan memberikan perhatian terhadap para murid. Kepelbagaian sosio budaya yang wujud di dalam bilik darjah memerlukan guru mengambil perhatian yang sesuai bagi membolehkan setiap murid mendapat peluang yang adil untuk pembelajaran yang berkesan. Bagi memastikan budaya murid tidak menjadi salah satu masalah di sekolah, guru tidak harus membezakan bangsa murid, tidak mengelompok murid mengikut kaum mereka sahaja. Para murid dari kaum dan jantina berlainanjuga harus ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk berinteraksi terbuka luas. Para murid akan merasa diri mereka dihargai jikalau guru bersikap sebagai seorang guru yang profesional. Selain itu, guru juga digalakkan untuk mengajar tanpa membezakan kelas taraf murid. Para murid hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira sama ada mereka dari kelas atasanatau bawahan dan hendaklah tidak ada pinggiran ditunjukkan. Guru tidak harus mengutamakan budaya seseorang murid sebelum menjalankan sesuatu pengajaran. Di samping itu, guru bertanggungjawab membentuk komuniti pembelajaran yang mesra murid berasaskan latar belakang dari harus bijak dalam mengendalikan kelas rofes murid dimana akan wujud pergaulan bebas, tidak berkelompok, berinteraksi tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Dengan cara ini suasana pembelajaran lebih menyeronokkan.Guru perlu menghormati dan mengenali latar belakang murid, taraf sosioekonomi, tempat tinggal, budaya, adat resam, kepercayaan dan agama akan membolehkan guru memberikan layanan yang lebih adil kepada individu murid. Guru tidak seharusnya melayani murid sebagai satu kelompok kelas sosial atau kelompok mengikut kaum etnik tetapi sebagai individu yang mempunyai keunikan. Justeru, guru perlu memberikan layanan yang adil mengikut keperluan individu murid. Apabila guru memahami situasi murid, dapatlah guru merancang pembelajaran yang sesuai. Hal yang demikian, diskriminasi dan kesan self fulfilling prophercy dapat dielakkan. (dipetik daripada http://www.slideshare.net/sifatpgsr/topik-3-implikasi-kepelbagaian-sosio-budaya-terhadap-3) Guru bertanggungjawab membentuk komuniti pembelajaran yang mesra murid berasaskan latar belakang dari pelbagai sosio-budaya. Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan oleh guru untuk menyekat aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum, pembentukan kumpulan berdasarkan etnik dan meniupkan api perkauman dikalangan murid. Selain daripada itu, guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan oleh murid-murid. Setiap kepercayaan dan nilai harus diterima seadanya. Isu-isu sensitif dan berkaitan agama murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan. Guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama yang dianuti murid.Guru harus merancang strategi pembelajaran yang boleh disertai oleh semua murid, tanpa mengira jantina. Isu yang mempunyai unsur biasa kepada mana-mana jantina mesti dielakkan untuk memberikan peluang yang sama pada setiap murid menerokai aktiviti pembelajaran. Pembelajaran yang berkesan bagi sekumpulan murid tidak semestinya berkesan bagi kumpulan lain. Kesaksamaan pendidikan lebih bergantung pada persekitaran tempat tinggal murid, faktor status sosioekonomi keluarga dan gaya pembelajaran murid. Dengan mengambil kira faktor-faktor yang membantu pembelajaran, guru dapat menyediakan pembelajaran yang berkesan mengikut kemampuan murid.Guru sebagai pengurus bilik darjah yang berkesan perlu sebagai guru adalah lebih baik sekiranya ia memahami setiap budaya pelajar yang wujud di dalam sesebuah sekolah supaya ia dapat menyatukan pelajar yang pelbagai budaya di dalam sesebuah bilik darjah dan mengelakkan berlakunya perkauman di dalam bilik darjah. Walaupun seseorang pelajar itu lain agama atau kaum tetapi guru perlu memberikan perhatian yang sama rata buat semua pelajarnya tanpa mengira latar belakang. Pastikan bilik darjah membawa imej yang positif kepada pelbagai kumpulan etnik. Contohnya: membuat poster, kalendar yang menunjukkan bangsa, etnik dan agama. Selain itu juga proses pengajaran dan pembelajaran juga menggalakkan pelajar-pelajar yang pelbagai budaya dan latar belakang belajar dan bekerja bersama melalui pembelajaran berkumpulan. Gabungkan pelajar-pelajar yang pelbagai budaya di dalam sesebuah kumpulan.Guru-guru juga perlu mempunyai pengetahuan, sikap yang baik, dan kemahiran apabila mengajar. Dengan adanya pengetahuan yang mendalam mereka dapat mengajar dengan lebih mendalam tentang sesuatu kaum, bangsa, budaya sesuatu kumpulan tersebut. sebagai guru adalah lebih baik sekiranya ia memahami setiap budaya pelajar yang wujud di dalam sesebuah sekolah supaya ia dapat menyatukan pelajar yang pelbagai budaya di dalam sesebuah bilik darjah dan mengelakkan berlakunya perkauman di dalam bilik darjah.Pada masa kini, terdapat banyak jenis sekolah yang bahasa pengantarnya berbeza mengikut sekolah tertentu. Ini juga menyebabkan bahasa yang dipertuturkan juga berbeza. Aspek bahasa harus diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh guru. Murid-murid yang terdiri daripada pelbagai kaum pastilah berlakunya dialek bahasa yang sedikitsebanyak akan memberi kesan kepada pembelajaran di dalam bilik darjah. Jurang yang berlaku akibat daripada penggunaan bahasa dialek haruslah dielakkan. Penggunaan bahasa yang standard akan memberi peluang yang sama rata kepada murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru harus peka terhadap perkara ini. Jikalau bahasa yang dipertuturkan oleh guru, tidak dapat difahami oleh murid maka mereka tidak dapat menerima arahan guru dengan jelas. Oleh itu, tanggungjawab guru dalam memastikan bahasa yang dipertuturkan boleh difahami oleh para murid. Guru perlu mengelakkan bahasa yang menggunakan perkataan yang sukar difahami oleh murid. Guru harus memperbanyakkan penggunaan perkataan yang para murid menggunakan dalam kehidupan seharian mereka. Maka ini akan membolehkan murid teliti dan peka tentang apa yang mereka dengar. Guru harus berkomunikasi dengan murid dengan bahasa yang mudah mengikut aras kefahaman murid. Ini dapat membantu murid dan guru dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Tetapi sewaktu guru bertutur dan mengajar subjek-subjek tertentu seperti bahasa, Pendidikan Moral, Matematik, Sains dan sebagainya beliau menggunakan bahasa ibundanya mengikut kaum etnik tersendiri. Dalam penggunaan bahasa ibunda kepada murid-murid, guru perlu menyentuh tentang pengajaran yang ditekankan dalam agama masing-masing dan cuba meminta muridnya untuk mengamalkan dalam kehidupan seharian mereka. Perkara sebegini ini hanya diterapkan oleh guru-guru melalui bahasa ibundanya di sekolah kepada murid-murid mereka. Perkara manfaat seperti di atas disematkan dalam jiwa murid sejak dari bangku sekolah dalam bahasa ibundanya akan memudahkan murid-murid kaum etnik tertentu untuk memahami dan menghayatinya dengan lebih mendalam.