30

SMD SOP001-04 - Pengurusan Permohonan Geran › ... › SOP-Pengurusan-Permohonan-Geran.pdf5.1. Sila rujuk carta yang telah disertakan. 6. TANGGUNGJAWAB 6.1. Semua pegawai Jabatan

  • Upload
    others

  • View
    20

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • CFM/SMD/SOP001-04 | Prosedur Operasi Standard Pengurusan Permohonan Geran

    Versi 3 Muka Surat 2 daripada 30

    REKOD PINDAAN

    TARIKH VERSI DISEDIAKAN BUTIRAN PINDAAN 08/09/2017 1 MRE • Versi asal.

    01/11/2017 2 MRE • Pembetulan proses mengikut ketetapan

    polisi Pejabat Pengarah Eksekutif CFM. • Pembetulan tatabahasa.

    20/11/2017 3 MRE • Perubahan mengikut Minit Mesyuarat Lembaga Majlis Bil. 04 Tahun 2017.

    REKOD SEMAKAN

    TARIKH VERSI SEMAKAN OLEH KOMEN

  • CFM/SMD/SOP001-04 | Prosedur Operasi Standard Pengurusan Permohonan Geran

    Versi 3 Muka Surat 3 daripada 30

    Kandungan dokumen ini adalah hak milik Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Tiada mana-mana bahagian dokumen ini boleh diterbitkan semula, dicetak, disalin, disimpan dalam bentuk elektronik atau fizikal, dikongsi dan disiar dalam apa-apa bentuk sekalipun, sama ada secara penuh atau sebahagian daripadanya, tanpa mendapat kebenaran secara bertulis daripada pemegang hak cipta.

    © FORUM PENGGUNA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA, 2017

    Pejabat Berdaftar:

    Communications & Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM) Malaysian Communications & Multimedia Commission (MCMC) Jalan Impact, Off Persiaran Multimedia 63000 Cyberjaya Selangor Darul Ehsan

  • CFM/SMD/SOP001-04 | Prosedur Operasi Standard Pengurusan Permohonan Geran

    Versi 3 Muka Surat 4 daripada 30

    KANDUNGAN

    REKOD PINDAAN REKOD SEMAKAN KANDUNGAN

    1 Nama Prosedur 2 Objektif 3 Skop 4 Definisi 5 Kenyataan Prosedur 6 Tanggungjawab 7 Dokumen Berkenaan 8 Lampiran

  • CFM/SMD/SOP001-04 | Prosedur Operasi Standard Pengurusan Permohonan Geran

    Versi 3 Muka Surat 5 daripada 30

    1. NAMA PROSEDUR

    Prosedur Operasi Standard Pengurusan Permohonan Geran.

    2. OBJEKTIF Untuk memastikan permohonan Geran Keahlian untuk Ahli Permintaan mengikut proses kewangan dan kelulusan EDO di bawah pemantauan CFM.

    3. SKOP Skop prosedur ini merangkumi perkara - perkara berikut: 3.1. Permohonan Geran Keahlian untuk semua Ahli Permintaan 3.2. Kelulusan Permohonan Geran oleh EDO 3.3. Penyerahan Cek Geran kepada Pemohon 3.4. Penyerahan Laporan Aktiviti (selepas 2 minggu tamat program)

    4. DEFINISI

    SMD : Jabatan Pengurusan Pihak Berkepentingan CCMD : Jabatan Pengurusan Aduan dan Pematuhan CPRD : Jabatan Komunikasi & Perhubungan Awam SAD : Jabatan Pengurusan Sekretariat Penyedia Perkhidmatan

    : Pihak Penyedia Perkhidmatan mengikut definisi Perlembagaan CFM

    Permintaan : Pihak Permintaan mengikut definisi Perlembagaan CFM CM : Mesyuarat Ahli Majlis EDO : Pejabat Pengarah Eksekutif 5. KENYATAAN PROSEDUR

    5.1. Sila rujuk carta yang telah disertakan.

    6. TANGGUNGJAWAB 6.1. Semua pegawai Jabatan Pengurusan Pihak Berkepentingan perlu mematuhi

    prosedur operasi ini. 6.2. Semua penyelia perlulah memantau dan memastikan pegawai-pegawai di

    bawah kawalselia mengetahui, memahami dan mematuhi prosedur ini.

    7. DOKUMEN BERKENAAN i. Templat Borang Permohonan Geran Keahlian CFM

  • CFM/SMD/SOP001-04 | Prosedur Operasi Standard Pengurusan Permohonan Geran

    Versi 3 Muka Surat 6 daripada 30

    PROSES PENGURUSAN PERMOHONAN GERAN

    2 bulan sebelum

    tarikh program

    24-48 jam selepas

    penerimaan Borang

    24-48 jam selepas

    keputusan Lembaga

    Majlis

  • CFM/SMD/SOP001-04 | Prosedur Operasi Standard Pengurusan Permohonan Geran

    Versi 3 Muka Surat 7 daripada 30

    HURAIAN JANGKA MASA TINDAKAN OLEH 1. PENERIMAAN BORANG PERMOHONAN GERAN KEAHLIAN CFM • Bahagian ini menjelaskan proses dan syarat-syarat

    penerimaan Borang Permohonan Geran Keahlian CFM daripada Ahli Permintaan.

    • Setiap Borang Permohonan Geran Keahlian CFM adalah untuk satu (1) program sahaja. Sebagai contoh, sekiranya Pemohon ingin memohon Geran Keahlian CFM untuk tiga (3) program, Pemohon hendaklah menghantar tiga (3) Borang Permohonan Geran Keahlian CFM.

    • CFM hanya akan melayan permohonan yang diterima

    dua (2) bulan sebelum tarikh pelaksanaan program. • Sekiranya Ahli Permintaan ingin membuat Permohonan

    Geran Keahlian CFM buat kali kedua pada tahun yang sama, Permohonan tersebut adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

    1. Ahli Permintaan telah membuat Permohonan pada

    tahun yang sama dan Permohonan tersebut telah diluluskan oleh Lembaga Majlis.

    2. Ahli Permintaan hanya boleh membuat Permohonan pada dan selepas bulan Jun tahun tersebut.

    3. Penerimaan Permohonan buat kali kedua adalah tertakluk kepada Baki Jumlah Peruntukan Geran Keahlian semasa.

    • Sekiranya Pemohon berhasrat untuk menjemput Wakil

    CFM untuk hadir sebagai Penceramah Jemputan semasa program berlangsung, Pemohon mestilah melengkapkan Bahagian C Borang Permohonan Geran Keahlian CFM (Lampiran 2 - Borang Perincian Program).

    • Pemohon hendaklah menanggung semua kos pengangkutan dan penginapan Wakil CFM ke lokasi program.

    2 bulan sebelum tarikh

    perlaksanaan program

    SMD

  • CFM/SMD/SOP001-04 | Prosedur Operasi Standard Pengurusan Permohonan Geran

    Versi 3 Muka Surat 8 daripada 30

    • Pemohon hendaklah menyediakan kemudahan untuk berceramah. Kemudahan asas yang mesti disediakan adalah:

    1. Komputer 2. Projektor 3. Kabel Sambungan Komputer ke Projektor 4. Sistem Audio 5. Ruang Ceramah

    2. PENGESAHAN DAN SEMAKAN • Pengesahan dan semakan Borang Permohonan Geran

    Keahlian CFM. Kriteria borang yang wajib dilengkapkan adalah: 1. Butiran Pemohon 2. Surat Akuan Permohonan Geran Keahlian CFM 3. Lampiran 1 (Profil Pertubuhan) 4. Lampiran 2 (Butiran Perincian Program) 5. Lampiran 3 (Perincian Perbelanjaan Program) 6. Lampiran 4 (Senarai Semak Borang Permohohan) 7. Dokumen-Dokumen Sokongan

    • CFM berhak menolak permohonan sekiranya tidak

    lengkap dan tidak menepati kriteria yang ditetapkan. • • CFM berhak menolak permohonan sekiranya Ahli yang

    memohon belum membuat pembayaran Yuran Keahlian. • CFM berhak menolak permohonan sekiranya Laporan

    Pasca Program yang sebelumnya tidak diserahkan 2 minggu selepas Tarikh Pelaksanaan Program (untuk Pemohon yang telah memohon dan mendapatkan kelulusan Geran Keahlian sahaja).

    • Sekiranya Borang tidak lengkap, ianya akan dikembalikan kepada Pemohon untuk pembetulan dan penambahbaikan.

    • Pemohon hendaklah menjadi Ahli CFM sekurang-

    kurangnya 6 bulan sebelum layak untuk memohon Geran.

    24-48 jam selepas

    penerimaan Borang

    SMD

  • CFM/SMD/SOP001-04 | Prosedur Operasi Standard Pengurusan Permohonan Geran

    Versi 3 Muka Surat 9 daripada 30

    • Semakan dan Pengesahan Permohonan Geran pada peringkat EDO

    • Proses Semakan dan Pengesahan Permohonan Geran

    Keahlian CFM pada peringkat EDO; 1. Pengarah: Semakan 2. Pengarah Eksekutif: Sokongan

    • Permohonan yang diluluskan hendaklah ditandatangani

    oleh EDO.

    24-36 jam selepas

    pengesahan dan semakan SMD

    EDO

    • Makluman Keputusan Disokong/Tidak Disokong Permohonan Geran oleh EDO kepada Lembaga Majlis.

    24-48 jam selepas

    keputusan EDO SMD

    • Lembaga Majlis mengundi untuk meluluskan/tidak meluluskan Permohonan Geran tersebut semasa prosiding CM atau secara atas talian.

    • Proses undian Lembaga Majlis boleh dilaksanakan secara

    atas talian (e-mel, aplikasi Skype/Facetime dan seumpamanya) sekiranya tiada prosiding CM pada masa terdekat.

    • Sekiranya proses undian dilaksanakan secara atas talian

    (e-mel atau aplikasi Whatsapp), tempoh membuat keputusan oleh Ahli Majlis adalah dalam masa empat (4) hari bekerja. Sekiranya tiada maklum balas daripada Ahli Majlis selepas empat (4) hari bekerja, maka keputusan akan dianggap bersetuju.

    24-48 jam selepas

    keputusan EDO atau semasa prosiding CM

    3. PEMBAYARAN GERAN • Penyediaan salinan berwarna (fizikal & digital) Borang

    Permohonan Geran Keahlian CFM untuk rekod CFM.

    • Penyerahan Borang Permohonan Geran Keahlian CFM kepada SAD.

    • Penyediaan Cek Geran.

    1. Untuk Permohonan kali pertama, pembayaran geran hanyalah separuh daripada jumlah geran yang diluluskan. Baki akan dilunaskan apabila Laporan Pasca Program diterima selewat-lewatnya 2 minggu selepas tamat program.

    2 minggu sebelum tarikh perlaksanaan

    program

    SMD & SAD

  • CFM/SMD/SOP001-04 | Prosedur Operasi Standard Pengurusan Permohonan Geran

    Versi 3 Muka Surat 10 daripada 30

    2. Sekiranya Laporan Pasca Program terdahulu tidak diterima, maka pembayaran geran hanya akan dibuat selepas tamat program dan selepas penyerahan program.

    • Pemohon menandatangani Surat Akuan Penerimaan

    Bayaran Geran Keahlian CFM.

    • Penyerahan Cek Geran kepada Pemohon. Pemohon diberi pilihan untuk cara penyerahan Geran:

    1. SMD mendepositkan Cek Geran ke dalam Akaun

    Pemohon. 2. SMD mengirimkan Cek Geran kepada Pemohon.

    • Sekiranya Pemohon gagal melaksanakan program 30

    hari daripada Tarikh Asal Perancangan Program tanpa sebarang makluman tunjuk sebab yang munasabah, Pemohon dikehendaki mengembalikan jumlah penuh wang Geran yang telah diperolehi kepada CFM.

    2 minggu sebelum tarikh perlaksanaan

    program

    SMD

    • Penyerahan Laporan Pasca Program lengkap berdasarkan format yang ditetapkan oleh CFM kepada SMD (bagi pihak EDO).

    • Peringatan kepada Pemohon (bagi pihak EDO) jika

    laporan tidak diterima dalam tempoh dua (2) minggu selepas tamat program.

    • Sekiranya Laporan Pasca Program tidak diterima dalam

    tempoh dua (2) minggu selepas peringatan sebelumnya, program akan dianggap tidak dilaksanakan dan Pemohon dikehendaki mengembalikan jumlah penuh wang Geran yang telah diperolehi kepada CFM.

    2 minggu selepas tamat

    program SMD

    4. MAKLUMAN KEPADA PEMOHON • Sekiranya Permohonan Geran Keahlian CFM tidak

    diluluskan oleh EDO, Pemohon akan dimaklumkan melalui e-mel dan surat rasmi.

    24-48 jam selepas

    keputusan Majlis

    SMD

  • CFM/SMD/SOP001-04 | Prosedur Operasi Standard Pengurusan Permohonan Geran

    Versi 3 Muka Surat 11 daripada 30

    CFM/SMD/FORMS/SOP001-04

    1

    BORANG PERMOHONAN GERAN KEAHLIAN CFM

    BUTIR-BUTIR PEMOHON

    1. NAMA PERTUBUHAN

    2. NOMBOR PENDAFTARAN

    3. ALAMAT TETAP

    4. NAMA PEGAWAI

    NO TELEFON

    PEJABAT

    TELEFON BIMBIT

    FAKS

    E-MEL PEJABAT

    INDIVIDU

    5. NAMA PEGAWAI KEDUA

    NO TELEFON

    PEJABAT

    TELEFON BIMBIT

    FAKS

    E-MEL PEJABAT

    INDIVIDU

    UNTUK URUSAN PEMINDAHAN WANG

    (Hanya akaun pertubuhan pemohon yang dibenarkan. Akaun nama individu akan menyebabkan permohonan tidak akan diterima. SILA PASTIKAN BUTIRAN KEWANGAN ADALAH TEPAT.) 6. NO. AKAUN BANK

    7. NAMA AKAUN BANK

    8. NAMA BANK

    (I) TEMPLAT BORANG PERMOHONAN GERAN KEAHLIAN CFM

  • CFM/SMD/SOP001-04 | Prosedur Operasi Standard Pengurusan Permohonan Geran

    Versi 3 Muka Surat 12 daripada 30

    CFM/SMD/FORMS/SOP001-04

    2

    TERMA DAN SYARAT-SYARAT PERMOHONAN GERAN KEAHLIAN

    NOTA : Setiap permohonan mestilah dihantar dan diterima oleh CFM 2 BULAN sebelum tarikh tentatif pelaksanaan program. Permohonan kurang 2 bulan daripada tarikh tersebut TIDAK AKAN DITERIMA.

    DOKUMEN – DOKUMEN YANG DIPERLUKAN :

    1. Maklumat Terkini Pertubuhan ( Sila rujuk lampiran 1 ). 2. Dokumen Pemilikan Tunggal/Perkongsian ( sertakan Sijil Pendaftaran Perniagaan )

    ATAU a. Dokumen Syarikat atau Perbadanan ( sertakan Sijil Pendaftaran, Borang 24 & Borang

    49 ).

    3. Salinan kad pengenalan ( depan & belakang ) bagi pegawai & pegawai kedua bagi warganegara Malaysia.

    4. Perincian Program ( Sila lengkapkan Lampiran 2 ). 5. Laporan lengkap penganjuran selepas tamat program iaitu dalam masa 2 MINGGU

    selepas tarikh program ( Sila rujuk lampiran 3 ).

    a. Sekiranya pihak CFM tidak menerima laporan seperti yang telah dinyatakan pada No. 6, maka program yang telah dirancang akan dianggap tidak dilaksanakan dan wang geran yang telah diterima hendaklah dikembalikan kepada CFM.

    KRITERIA – KRITERIA WAJIB PROGRAM :

    1. Program kemasyarakatan yang mesti disertai lebih daripada 50 orang peserta. 2. Tema program adalah diwajibkan mengenai perihal dan isu perkhidmatan industri

    Komunikasi dan Multimedia. 3. Program mestilah tidak berbentuk atau berunsur politik. 4. Anjuran aktiviti pertandingan adalah dibenarkan tetapi mestilah berkaitan dengan

    industri Komunikasi dan Multimedia. Pertandingan tersebut mestilah tidak berbentuk perjudian dan seakan dengannya.

    5. Perserta sasaran program adalah ditetapkan kepada golongan yang melanggan perkhidmatan berbayar Komunikasi dan Multimedia.

    6. Program mestilah dilaksanakan di dalam kawasan liputan NGO/pertubuhan masing-masing.

    7. Segala hal-hal melibatkan pengurusan program, termasuk jemputan kepada tetamu kehormat, penceramah/fasilitator dan peserta-peserta perlulah dilakukan oleh Pemohon Geran sendiri dan tidak melibatkan Sekretariat CFM.

    8. Keutamaan akan diberi kepada kawasan liputan yang belum mengadakan program sekiranya berlaku permohonan untuk kawasan liputan yang telah menganjurkan

    program pada tahun yang sama.

  • CFM/SMD/SOP001-04 | Prosedur Operasi Standard Pengurusan Permohonan Geran

    Versi 3 Muka Surat 13 daripada 30

    CFM/SMD/FORMS/SOP001-04

    3

    SURAT AKUAN PERMOHONAN GERAN KEAHLIAN CFM

    Saya, __________________________________________________________________(nama wakil)

    kad pengenalan _______________________________ (no. kad pengenalan), mewakili pertubuhan

    _________________________________________________________________ (nama pertubuhan)

    mengaku bahawa semua butiran dalam Surat Akuan ini adalah benar dan saya bagi pihak organisasi

    ingin memohon Geran sebanyak RM ___________________ sebagai peruntukan untuk

    ____________________________________________________________________ (nama program)

    pada ________________ (tarikh program).

    Pihak kami akur dengan ketetapan pihak CFM bahawa program akan dianggap tidak dilaksanakan

    serta berjanji akan mengembalikan wang Geran Keahlian yang telah diterima kepada pihak CFM

    sekiranya:

    1. Program yang telah dirancang tidak dilaksanakan dalam jangka masa tiga puluh (30) hari

    daripada tarikh penerimaan Geran ini tanpa makluman tunjuk sebab yang munasabah.

    2. Laporan Pasca Program tidak diserahkan kepada pihak CFM dua (2) minggu selepas tarikh

    pelaksanaan program.

    Pihak CFM berhak menolak permohonan jika maklumat di atas didapati salah dan dokumen yang

    disertakan bersama Borang Permohonan yang telah diberikan tidak lengkap. Saya/Kami bersetuju

    dengan syarat-syarat yang telah dikenakan dan bertanggungjawab ke atas Geran yang akan

    diberikan oleh pihak Forum Pengguna Komunikasi & Multimedia Malaysia (CFM) serta terma dan

    syarat-syarat yang dinyatakan dalam BORANG PERMOHONAN GERAN KEAHLIAN CFM.

    Tandatangan Pemohon : Cop Rasmi :

    Tarikh :

  • CFM/SMD/SOP001-04 | Prosedur Operasi Standard Pengurusan Permohonan Geran

    Versi 3 Muka Surat 14 daripada 30

    CFM/SMD/FORMS/SOP001-04

    4

    LAMPIRAN 1 | MAKLUMAT TERKINI PERTUBUHAN

    PROFIL PERTUBUHAN

    Nama Penuh Pertubuhan

    Nama Singkatan Pertubuhan

    Tarikh Ditubuhkan

    Bilangan Ahli Berdaftar

    Fokus Utama Pertubuhan

    Kawasan Liputan

    Sila Nyatakan:

    < Negeri / Seluruh Negara >

    PENJAWAT UTAMA PERTUBUHAN

    Pengerusi / Presiden

    Timb. Peng / Timb. Presiden

    Setiausaha

    Bendahari

    Tarikh Menjadi Ahli CFM

  • CFM/SMD/SOP001-04 | Prosedur Operasi Standard Pengurusan Permohonan Geran

    Versi 3 Muka Surat 15 daripada 30

    CFM/SMD/FORMS/SOP001-04

    5

    AKTIVITI TERAKHIR PERTUBUHAN

    UNTUK AKTIVITI-AKTIVITI SELAIN DARIPADA AKTIVITI GERAN KEAHLIAN CFM

    SAHAJA

    Nama Aktiviti

    Tarikh

    Tempat

    Jumlah Peserta

    Perincian Program Sila nyatakan:

    1. Objektif Aktiviti 2. Golongan Sasaran 3. Ringkasan Hasil Program 4. Ringkasan Belanjawan

  • CFM/SMD/SOP001-04 | Prosedur Operasi Standard Pengurusan Permohonan Geran

    Versi 3 Muka Surat 16 daripada 30

    CFM/SMD/FORMS/SOP001-04

    6

    LAMPIRAN 2 | BORANG PERINCIAN PROGRAM

    BAHAGIAN A | BUTIRAN MAKLUMAT PROGRAM

    Nama Program

    Nama Penganjur

    Jenis Program

    Ceramah Seminar Bengkel Forum Karnival Lain-lain (sila nyatakan):

    Tarikh Program

    Lokasi Program Sila nyatakan alamat penuh.

    Objektif Program Sebaik-baiknya nyatakan tiga (3) objektif program dengan ringkas, padat dan tepat.

    Ringkasan Eksekutif Program Sebaik-baiknya secara ringkas dan tepat dalam lima puluh (50) patah perkataan.

  • CFM/SMD/SOP001-04 | Prosedur Operasi Standard Pengurusan Permohonan Geran

    Versi 3 Muka Surat 17 daripada 30

    CFM/SMD/FORMS/SOP001-04

    7

    BAHAGIAN B | BUTIRAN PESERTA PROGRAM

    Tetamu Kehormat/VIP Jika ada sahaja.

    Penceramah/Fasilitator Jemputan Nota: Selain daripada Penceramah/Fasilitator Jemputan CFM. Pemohon digalakkan menjemput pakar industri (subject matter expert) selain daripada wakil CFM untuk hadir dan berkongsi maklumat serta ilmu.

    Anggaran Kehadiran Peserta Sasaran Program

    Kategori Umur Peserta Sasaran Program

    Kanak-Kanak Remaja Belia Dewasa Warga Emas

    Tahap Pengetahuan Peserta Mengenai Industri Komunikasi dan Multimedia

    Kurang Asas Pertengahan Mahir

  • CFM/SMD/SOP001-04 | Prosedur Operasi Standard Pengurusan Permohonan Geran

    Versi 3 Muka Surat 18 daripada 30

    CFM/SMD/FORMS/SOP001-04

    8

    BAHAGIAN C | PERMOHONAN SOKONGAN DARIPADA CFM

    Sokongan Pameran CFM

    Adakah pihak Tuan/Puan memerlukan sokongan pameran daripada CFM?

    Ya Tidak

    Jika Ya, sila tandakan kemudahan pameran yang akan disediakan oleh pihak Tuan/Puan semasa program:

    Ruang Pameran Meja Kerusi Komputer (Laptop) Projektor Skrin

    Sokongan Barangan Publisiti CFM

    Adakah pihak Tuan/Puan memerlukan sokongan barangan publisiti daripada CFM?

    Ya Tidak

    Jika Ya, sila tandakan barangan publisiti yang dipohon oleh pihak Tuan/Puan:

    Majalah SHOUT! Lanyard CFM Sampul Wang CFM T-Shirt CFM Beg Cenderahati CFM Figura Mini Fillo (maskot CFM) Buku Nota CFM Buku GCC (Bahasa Melayu) Buku GCC (Bahasa Inggeris)

    *kelulusan permohonan tertakluk kepada stok barangan

  • CFM/SMD/SOP001-04 | Prosedur Operasi Standard Pengurusan Permohonan Geran

    Versi 3 Muka Surat 19 daripada 30

    CFM/SMD/FORMS/SOP001-04

    9

    Sokongan

    Penceramah/Fasilitator

    CFM

    Adakah pihak Tuan/Puan memerlukan sokongan penceramah/fasilitator CFM?

    Ya Tidak

    Jika Ya, sila nyatakan topik yang dipohon untuk dibentangkan, dibahaskan atau dibincangkan semasa program:

    Serta sila nyatakan tempoh masa yang diberikan untuk slot/sesi penceramah/fasilitator CFM:

    Lain-lain Sokongan

    Jika ada sahaja.

    BAHAGIAN D | MAKLUMAT PERHUBUNGAN PEGAWAI PROGRAM

    Nama Pegawai

    Nama Organisasi

    E-mel

    No. Tel (Pejabat)

    No. Tel (Telefon Bimbit)

  • CFM/SMD/SOP001-04 | Prosedur Operasi Standard Pengurusan Permohonan Geran

    Versi 3 Muka Surat 20 daripada 30

    CFM/SMD/FORMS/SOP001-04

    10

    LAMPIRAN 3 | PERINCIAN PERBELANJAAN PROGRAM

    3 (a) | GARIS PANDUAN PERINCIAN PERBELANJAAN PROGRAM MAKLUMAN: SEBAGAI GARIS PANDUAN PIHAK TUAN/PUAN SAHAJA. SILA SEDIAKAN DRAF PERINCIAN PERBELANJAAN BERDASARKAN GARIS PANDUAN INI DAN MENGIKUT FORMAT YANG DISERTAKAN BERSAMA LAMPIRAN INI.

    GARIS PANDUAN PERINCIAN PERBELANJAAN PROGRAM

    1

    Lokasi Program

    • Sewa Dewan Serbaguna/Tapak/Bilik Konferens

    Sila sertakan dokumen rujukan (daripada pemilik fasiliti seperti pihak hotel, majlis perbandaran, majlis daerah dan sebagainya) kadar sewa lokasi tersebut berserta gambar sebagai justifikasi perbelanjaan. Sekiranya Pemohon menggunakan fasiliti milik organisasi masing-masing sebagai lokasi program, maka Pemohon tidak dibenarkan untuk menyatakan kos sewaan lokasi dalam perincian perbelanjaan.

    2

    Makanan & Minuman

    • Jamuan

    Contoh Menu Minum Pagi: 1. Sandwich Telur (RM2.50 x 100 = RM250.00) 2. Buah-Buahan Tempatan (2.00 x 100 = RM200.00) 3. Jus Buah-buahan (RM1.00 x 100 = RM100.00) 4. Teh & Kopi (RM1.00 x 100 = RM100.00)

    Contoh Menu Makan Tengahari: 1. Nasi Kukus (RM1.00 x 100 = RM100.00) 2. Ayam Goreng Berempah (RM5.00 x 100 = RM500.00) 3. Ikan Bakar (RM5.00 x 100 = RM500.00) 4. Sambal Belacan (RM0.10 x 100 = RM10.00) 5. Sayur Kukus (RM2.00 x 100 = RM200.00) 6. Jus Buah-Buahan (RM1.00 x 100 = RM100.00)

  • CFM/SMD/SOP001-04 | Prosedur Operasi Standard Pengurusan Permohonan Geran

    Versi 3 Muka Surat 21 daripada 30

    CFM/SMD/FORMS/SOP001-04

    11

    Sila nyatakan menu makanan dan minuman setiap sesi jamuan beserta caj peralatan (jika ada) sebagai justifikasi perbelanjaan. Pemohon digalakkan untuk menyediakan menu yang sihat untuk peserta program. Sekiranya perbelanjaan makanan dan minuman adalah disertakan bersama pakej seminar atau sebagainya, sila nyatakan perincian perbelanjaan pakej tersebut sebagai justifikasi perbelanjaan.

    3

    • Publisiti

    Kain Rentang Kos penyediaan kain rentang adalah digalakkan untuk ditetapkan kepada RM300.00 per unit. Saiz maksima kain rentang adalah digalakkan ditetapkan kepada 3x6 (ukuran kaki). Sila sertakan salinan rekaan kain rentang sebagai justifikasi perbelanjaan. Sekiranya Pemohon ingin menyediakan kuantiti kain rentang lebih daripada satu (1) unit, sila sertakan salinan gambar lokasi dan sebab yang munasabah untuk meletakkan kain rentang di lokasi tersebut sebagai justifikasi perbelanjaan. Sekiranya Pemohon ingin menyediakan kain rentang yang lebih besar daripada saiz maksima yang telah ditetapkan, sila sertakan salinan rekaan kain rentang, gambar lokasi dan sebab yang munasabah untuk meletakkan kain rentang di lokasi tersebut sebagai justifikasi perbelanjaan. Urusan Pencetakan Berikut adalah senarai barangan bercetak untuk peserta program yang dibenarkan untuk disenaraikan dalam perincian perbelanjaan: • Borang Pendaftaran Program • Risalah Maklumat Tentatif Program • Risalah Kandungan Program • Risalah Slaid Pembentangan/Ceramah Program • Borang Maklum Balas Program

  • CFM/SMD/SOP001-04 | Prosedur Operasi Standard Pengurusan Permohonan Geran

    Versi 3 Muka Surat 22 daripada 30

    CFM/SMD/FORMS/SOP001-04

    12

    Sila sertakan salinan draf rekaan (design draft) risalah-risalah program sebagai justifikasi perbelanjaan. Pemohon digalakkan untuk menggunakan platform-platform digital percuma untuk mengurangkan penggunaan kertas, kos pencetakan dan untuk mengelakkan pembaziran. Selain itu, cadangan ini adalah untuk memperkasakan pengetahuan dan kemahiran peserta program dalam menggunakan kemudahan-kemudahan digital yang sedia ada. Cadangan ini adalah mudah untuk dilaksanakan kerana kebanyakan peserta program pada masa kini mempunyai peranti telefon pintar/tablet pintar. Berikut adalah contoh-contoh senario penggunaan platform-platform digital: • Platform Slideshare untuk perkongsian slaid pembentangan/ceramah

    program.

    Pautan Sesawang: https://www.slideshare.net

    • Platform Eventbrite untuk urusan pendaftaran peserta program serta perkongsian tentatif program.

    Pautan Sesawang: https://www.eventbrite.com

    • Platform Google Docs untuk perkongsian risalah kandungan program. Pautan Sesawang: https://www.google.com/docs/about

    • Platform Google Forms untuk urusan mendapatkan maklum balas daripada peserta program.

    Pautan Sesawang: https://www.google.com/forms

    Pihak CFM sentiasa memberikan sokongan penuh kepada Pemohon untuk melaksanakan inisiatif secara digital ini.

    4

    Elaun Penceramah/Fasilitator Jemputan Pemohon tidak dibenarkan untuk menyenaraikan Elaun untuk Penceramah Jemputan daripada CFM kerana pihak Sekretariat CFM mempunyai peruntukan elaun tersendiri. Elaun hanya boleh dibayar kepada penceramah jemputan yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan subjek serta industri Komunikasi & Multimedia (subject matter expert). Kadar Elaun Penceramah/Fasilitator Jemputan adalah seperti berikut:

  • CFM/SMD/SOP001-04 | Prosedur Operasi Standard Pengurusan Permohonan Geran

    Versi 3 Muka Surat 23 daripada 30

    CFM/SMD/FORMS/SOP001-04

    13

    Penceramah/Fasilitator Pakar Bidang (Subject Matter Expert) Tahap Kelayakan Penceramah Fasilitator

    Doktor Falsafah (PhD) RM300.00 sejam RM100.00 sejam Sarjana (Masters Degree) RM200.00 sejam RM90.00 sejam Lain-Lain Kelayakan Bergantung kepada

    kelayakan dan rekod profesional.

    Bergantung kepada kelayakan dan rekod profesional.

    Penceramah/Fasilitator Anggota Perkhidmatan Awam

    Jawatan Penceramah Fasilitator Kumpulan Pengurusan Tertinggi

    RM300.00 sejam RM100.00 sejam

    Kumpulan Pengurusan & Profesional Gred 53 & 54

    RM200.00 sejam RM100.00 sejam

    Kumpulan Pengurusan & Profesional Gred 45 & 52

    RM150.00 sejam RM90.00 sejam

    Kumpulan Pengurusan & Profesional Gred 41 & 44

    RM120.00 sejam RM80.00 sejam

    Kumpulan Sokongan RM80.00 sejam RM60.00 sejam *Rujukan: Perbendaharaan Malaysia - Peraturan Mengenai Kadar-Kadar Dan Syarat-Syarat Bayaran Saguhati Kepada Pensyarah/Penceramah Dan Fasilitator Sambilan (WP 1.8) Sila sertakan profil profesional atau resume (jika ada) Penceramah/Fasilitator Jemputan sebagai justifikasi perbelanjaan.

    5

    Penghargaan Sijil Penyertaan Kos penyediaan sijil penyertaan adalah digalakkan untuk ditetapkan kepada RM1.00 setiap unit atas sebab memberikan keutamaan kepada faedah berbentuk ilmiah kepada peserta program. Sekiranya Pemohon ingin menyediakan sijil penyertaan yang kosnya melebihi RM1.00 per unit, sila sertakan rekaan sijil dan sebab yang munasabah sebagai justifikasi perbelanjaan.

  • CFM/SMD/SOP001-04 | Prosedur Operasi Standard Pengurusan Permohonan Geran

    Versi 3 Muka Surat 24 daripada 30

    CFM/SMD/FORMS/SOP001-04

    14

    Cenderamata Untuk Tetamu Kehormat/Penceramah Jemputan *Kos penyediaan cenderamata adalah digalakkan untuk ditetapkan kepada RM50.00 setiap unit atas sebab memberikan keutamaan kepada faedah berbentuk ilmiah kepada peserta program. Sekirnya Pemohon ingin menyediakan cenderahati yang kosnya melebihi RM50.00 untuk tetamu kehormat yang besar sumbangannya kepada program, sila sertakan profil profesional atau resume (jika ada) tetamu kehormat tersebut serta lampiran perincian cenderahati sebagai justifikasi perbelanjaan. *Pemohon tidak dibenarkan untuk menyatakan kos penyediaan Beg Cenderahati (Goodie Bag) dalam perincian perbelanjaan atas sebab boleh dipohon daripada pihak CFM. Sila nyatakan permohonan dalam Bahagian C Borang Perincian Program.

    6

    Wang Kontingensi Berikut adalah perbelanjaan yang secara umumnya dibenarkan untuk disenaraikan untuk tujuan kontingensi: 1. Alat-alat Tulis 2. Kertas 3. Air Mineral

    Sekiranya Pemohon ingin menyertakan perbelanjaan yang tidak tersenarai di sini, sila nyatakan sebab yang kukuh dan munasabah untuk perbelanjaan tersebut.

    7

    Perbelanjaan Yang Tidak Dibenarkan Pemohon tidak dibenarkan untuk menyatakan kos Gerak Kerja Program dalam perincian perbelanjaan atas sebab tidak diperuntukkan mengikut polisi CFM. Pemohon tidak dibenarkan untuk menyatakan kos Protokol Program seperti perbelanjaan untuk majlis perasmian atau sebagainya dalam perincian perbelanjaan atas sebab tidak diperuntukkan mengikut polisi CFM.

  • CFM/SMD/SOP001-04 | Prosedur Operasi Standard Pengurusan Permohonan Geran

    Versi 3 Muka Surat 25 daripada 30

    CFM/SMD/FORMS/SOP001-04

    15

    3 (b) | GARIS PANDUAN PERINCIAN PERBELANJAAN PROGRAM

    MAKLUMAN: SEBAGAI GARIS PANDUAN PIHAK TUAN/PUAN SAHAJA. SILA SERTAKAN DOKUMEN SOKONGAN SEPERTI REKA BENTUK KAIN RENTANG, PROFIL PROFESIONAL PENCERAMAH/FASILITATOR JEMPUTAN, DLL.

    No. Perkara Kuantiti Harga Seunit

    (RM) Jumlah (RM)

    1. Sewa Lokasi Program

    2. Makanan dan Minuman

    3. Publisiti

    4. Elaun Penceramah/Fasilitator Jemputan

    … …

    JUMLAH PERBELANJAAN PROGRAM

  • CFM/SMD/SOP001-04 | Prosedur Operasi Standard Pengurusan Permohonan Geran

    Versi 3 Muka Surat 26 daripada 30

    CFM/SMD/FORMS/SOP001-04

    16

    LAMPIRAN 4 | SENARAI SEMAK BORANG PERMOHONAN MAKLUMAN: SILA PASTIKAN BORANG PERMOHONAN DAN DOKUMEN SOKONGAN LENGKAP SEBELUM DIHANTAR KEPADA PIHAK CFM.

    SENARAI SEMAK BORANG PERMOHONAN

    LAMPIRAN 1 | MAKLUMAT TERKINI PERTUBUHAN

    LAMPIRAN 2 | BORANG PERINCIAN PROGRAM

    LAMPIRAN 3 | PERINCIAN PERBELANJAAN PROGRAM

    LAMPIRAN 4 | SENARAI SEMAK BORANG PERMOHONAN

    DOKUMEN PENGESAHAN ORGANISASI:

    Bagi Pemilikan Tunggal / Perkongsian; Sijil Pendaftaran Perniagaan .

    ATAU

    Bagi Syarikat atau Perbadanan; Sijil Pendaftaran, Borang 24 dan Borang 49.

    DOKUMEN PENGESAHAN WAKIL TETAP DAN WAKIL GANTIAN:

    Salinan kad pengenalan (depan & belakang) bagi warganegara Malaysia.

    ATAU

    Salinan pasport bagi bukan warganegara Malaysia.

    MAKLUMAT PENTING

    1. Sila pastikan semua maklumat telah diisi dengan betul dan jelas.

    2. Sila kembalikan borang yang lengkap kepada Sekretariat CFM (u/p: ) menerusi e-mel .

    3. Kegagalan untuk melengkapkan dan mengembalikan borang ini kepada pihak CFM menerusi kaedah di atas boleh menyebabkan Permohonan Geran ditolak dan

    jemputan pihak Tuan/Puan untuk kehadiran wakil CFM tidak dapat dipenuhi.

  • CFM/SMD/SOP001-04 | Prosedur Operasi Standard Pengurusan Permohonan Geran

    Versi 3 Muka Surat 27 daripada 30

    CFM/SMD/FORMS/SOP001-04

    17

    UNTUK KEGUNAAN PEJABAT FORUM PENGGUNA KOMUNIKASI & MULTIMEDIA MALAYSIA SAHAJA

    Semakan dan Pengesahan Jabatan Pengurusan Pihak Berkepentingan (SMD)

    SENARAI SEMAK PERMOHONAN GERAN PROGRAM KEAHLIAN CFM

    1 STATUS YURAN KEAHLIAN SUDAH DIJELASKAN BELUM DIJELASKAN

    2 STATUS KEAHLIAN AKTIF TIDAK AKTIF

    STATUS PERMOHONAN GERAN SEBELUMNYA

    3 TARIKH PERMOHONAN GERAN

    4 STATUS PERMOHONAN GERAN DILULUSKAN TIDAK DILULUSKAN

    5 LAPORAN AKTIVITI SUDAH DISERAHKAN BELUM DISERAHKAN

    6 JUMLAH GERAN DISALURKAN RM

    7 NAMA PROGRAM

    8 TEMPAT AKTIVITI DIADAKAN

    9 JUMLAH KEHADIRAN

    SEMAKAN BORANG & DOKUMEN PERMOHONAN

    10 Borang Permohonan Geran yang telah diisi oleh Pemohon adalah lengkap.

    11 Dokumen-dokumen yang telah disertakan oleh Pemohon adalah lengkap.

    Tandatangan: Komen:

    Pengurus Jabatan Pengurusan Pihak Berkepentingan TARIKH:

  • CFM/SMD/SOP001-04 | Prosedur Operasi Standard Pengurusan Permohonan Geran

    Versi 3 Muka Surat 28 daripada 30

    CFM/SMD/FORMS/SOP001-04

    18

    Semakan & Pengesahan Pejabat Pengarah Eksekutif CFM

    SEMAKAN PENGARAH CFM

    1 KEPUTUSAN DISOKONG TIDAK DISOKONG

    2 CADANGAN JUMLAH KELULUSAN RM

    Tandatangan: Komen:

    Pengarah Forum Pengguna Komunikasi & Multimedia Malaysia TARIKH:

    KELULUSAN PENGARAH EKSEKUTIF CFM

    1 KEPUTUSAN DISOKONG TIDAK DISOKONG

    2 JUMLAH YANG DILULUSKAN RM

    Tandatangan: Komen:

    Pengarah Eksekutif Forum Pengguna Komunikasi & Multimedia Malaysia TARIKH:

  • CFM/SMD/SOP001-04 | Prosedur Operasi Standard Pengurusan Permohonan Geran

    Versi 3 Muka Surat 29 daripada 30

    CFM/SMD/FORMS/SOP001-04

    19

    Pengesahan Lembaga Majlis CFM

    KEPUTUSAN LEMBAGA MAJLIS

    1 KEPUTUSAN PERMOHONAN LULUS TIDAK LULUS

    Tandatangan: Komen:

    b.p. Lembaga Majlis Setiausaha Forum Pengguna Komunikasi & Multimedia Malaysia TARIKH:

  • CFM/SMD/SOP001-04 | Prosedur Operasi Standard Pengurusan Permohonan Geran

    Versi 3 Muka Surat 30 daripada 30

    CFM/SMD/FORMS/SOP001-04

    20

    SENARAI SEMAK LAPORAN PASCA PROGRAM

    SILA SIMPAN DOKUMEN INI SEBAGAI RUJUKAN PIHAK TUAN/PUAN.

    1. Sila pastikan senarai semak ini lengkap sebelum menghantar Laporan Pasca

    Program.

    2. Sila hantar Laporan Pasca Program yang lengkap kepada Sekretariat CFM selewat-

    lewatnya 2 minggu selepas tarikh pelaksanaan program.

    Perkara Nota

    1. Nama Program

    2. Tarikh & Masa

    3. Aturcara Program

    4. Perincian Perbelanjaan Program yang Telah Dianjurkan

    5. Senarai Jemputan

    6. Senarai Kehadiran

    7. Laporan Publisiti Program

    8. Laporan Keberkesanan Program (Data Maklum Balas Peserta Program)

    9. Gambar Lokasi Program

    10. Gambar Penceramah/Fasilitator

    11. Gambar Jemputan/Peserta Program

    -PENGHUJUNGDOKUMEN-