Slide Quran(Tafsir Al-baqarah 221)

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/29/2019 Slide Quran(Tafsir Al-baqarah 221)

    1/17

    TAFSIR AYAT HUKUM

    Surah Al-Baqarah ayat 221

    (KAHWIN KAFIR)

    Disediakan oleh:MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN AZMI

    NURUL ATILIANA BINTI MOHD ZUKI

  • 7/29/2019 Slide Quran(Tafsir Al-baqarah 221)

    2/17

    PENGERTIAN

    Surah Al-Baqarah ayat 221

    (KAHWIN KAFIR)

  • 7/29/2019 Slide Quran(Tafsir Al-baqarah 221)

    3/17

    Maksudnya: Dan janganlah kamu menikahi wanita-wanitamusyrik, sebelum mereka beriman. Sesungguhnya wanita

    budak yang mukmin lebih baik dari wanita musyrik, walaupundia menarik hatimu. dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan wanita-wanita mukmin) sebelummereka beriman. Sesungguhnya budak yang mukmin lebihbaik dari orang musyrik, walaupun dia menarik hatimu. merekamengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke surga danampunan dengan izin-Nya. dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya (perintah-perintah-Nya) kepada manusia supaya merekamengambil pelajaran.

    PENGERTIAN

    Surah Al-Baqarah ayat 221

    (KAHWIN KAFIR)

  • 7/29/2019 Slide Quran(Tafsir Al-baqarah 221)

    4/17

    Ibn Munzir, Ibn Abi Hatim dan al-Wahidi meriwayatkan

    daripada Muqatil, bahawa dia berkata: Ayat ini turun pada

    Mirthad Ibn Abi Mirthad al-Ghanawiy yang telah meminta izin

    daripada Nabi s.a.w untuk berkahwin dengan seorang wanitaQuraisy musyrik yang mempunyai rupa paras yang cantik,

    sedangkan beliau seorang muslim, lalu turunlah ayat ini.

  • 7/29/2019 Slide Quran(Tafsir Al-baqarah 221)

    5/17

    Di dalam riwayat yang lain, diriwayatkan bahawa ayat ini diturunkan

    berkaitan dengan Mirthad Ibn Abi Mirthad al-Ghanawiy yang membawa

    tawanan perang dari Makkah ke Madinah. Pada zaman Jahiliyah, Mirthad

    telah jatuh hati dengan seorang wanita yang bernama Anaq.

    Kemudian perempuan itu datang kepadanya dan berkata: Tidakkah

    engkau mahu bersama dengan saya?

    Mirthad menjawab: Celakalah engkau, mengapa engkau berkata

    demikian, sesungguhnya Islam telah memisahkan antara kita.

    Lalu wanita itu berkata: Tidakkah engkau akan menikah dengan saya?

    Mirthad menjawab: Ya, akan tetapi saya akan pergi berjumpa Rasulullah

    s.a.w terlebih dahulu. Saya akan meminta pendapat baginda, maka apabiladitanya pandangan Rasulullah berkenaan dengan hal ini. Maka turunlah

    ayat di atas.

  • 7/29/2019 Slide Quran(Tafsir Al-baqarah 221)

    6/17

    Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawasanya ayat diatas diturunkan berkaitan dengan Abdullah ibn Rawahah

    yang memiliki hamba berkulit hitam.

    Pada suatu hari, Abdullah bin Rawahah marah kepada

    hamba tersebut dan menamparnya. Kemudian setelah itu,

    dia merasa bersalah dan takut, lalu beliau pergi menemuiRasulullah s.a.w dan menceritakan perihal yang berlaku.

    Nabi bertanya kepadanya: Bagaimana keadaan dan

    keperibadian hambamu itu, ya Abdullah?.

  • 7/29/2019 Slide Quran(Tafsir Al-baqarah 221)

    7/17

    Abdullah menjawab: Wahai Rasulullah dia seorang yang tekun

    mengerjakan solat, berpuasa dan berwuduk dengan baik,serta bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah danbahawasanya engkau adalah Rasulullah lalu Nabi bersabda:Wahai Abdullah, dia seorang muslimah yang beriman.Lantas Abdullah pun berkata: Demi zat yang mengutusmudengan kebenaran, aku akan memerdekakannya dan aku akan

    menikahinya. Kemudian Abdullah melaksanakan apa yang diakatakan iaitu berkahwin dengan hamba tersebut.Sebahagian kaum muslimin mencela Abdullah dan berkata:Dia (Abdullah) telah menikahi seorang hamba.

    Maka turunlah ayat ini yang menegaskan bahawa

    sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itulebih baik daripada perempuan kafir musyrik.

  • 7/29/2019 Slide Quran(Tafsir Al-baqarah 221)

    8/17

    TAFSIR PIMPINAN AR-

    RAHMAN

    Lelaki yang beragama Islam diharamkan berkahwin dengan

    perempuan kafir musyrik, begitu juga dengan perempuan.

    Diharamkan berkahwin dengan org musyrik bukan sahaja

    disebabkan perbezaan agama tetapi perkahwinan berlainan

    agama akan mendorong orang islam melakukan sesuatu yang

    bertentangan dengan syarak yang akan menjerumuskan

    seseorang itu ke neraka.

  • 7/29/2019 Slide Quran(Tafsir Al-baqarah 221)

    9/17

    Mengenai firman Allah SWT ( )Danjanganlah kamu menikahi wanita-wanita musyriksebelum mereka beriman.Ali bin Thalhah meriwayatkan dari Ibnu Abbas:

    Dalam hal ini, Allah SWT telah mengecualikan wanita-wanita ahlu Kitab.

    Ada yang mengatakan: Bahkan yang dimaksudkan dalamayat itu adalah wanita musyrik dari kalangan penyembahberhala, sama sekali bukan wanita Ahlu Kitab.

  • 7/29/2019 Slide Quran(Tafsir Al-baqarah 221)

    10/17

    Setelah menceritakan ijma mengenai kebolehannya menikahi

    wanita ahlu Kitab, Abu Jafar bin Jarir ra. mengatakan:

    Umar melarang hal itu (menikahi ahlu Kitab) agar orang-

    orang tidak meninggalkan wanita-wanita Muslimah atau

    karena sebab lain yang semakna.

    Imam al-Bukhari meriwayatkan, Ibnu Umar mengatakan:

    Aku tidak mengetahui syirik yang lebih besar daripada

    seorang wanita yang mengaku Isa sebagai Rabb-nya.

  • 7/29/2019 Slide Quran(Tafsir Al-baqarah 221)

    11/17

    Firman Allah ( )Sesungguhnya wanita budak yang beriman itu lebih baikdaripada wanita musyrik, walaupun ia menarik hatimu..

    As-Suddi mengatakan: Ayat ini turun berkenaan dengan

    Abdullah bin Rowahah yang mempunyai seorang budakwanita berkulit hitam. Suatu ketika Abdullah bin Rowahahmarah dan menamparnya, lalu ia merasa takut danmendatangi Rasulullah SAW dan menceritakan peristiwayang terjadi di antara mereka berdua (Abdullah bin

    Rowahah dan budaknya). Maka Rasulullah SAW bertanya:Bagaimana budak itu?

  • 7/29/2019 Slide Quran(Tafsir Al-baqarah 221)

    12/17

    Abdullah bin Rowahah menjawab:Ia berpuasa, solat, berwudhu dengan sebaik-baiknya, danmengucapkan syahadat bahwa tidak ada ilah yang berhakdisembah selain Allah SWT dan engkau adalah Rasul-Nya.

    Kemudian Rasulullah bersabda: Wahai Abu Abdullah, wanitaitu adalah mukminah. Abdullah bin Rowahah mengatakan:Demi Allah yang mengutusmu dengan hak, aku akan

    memerdekakan dan menikahinya. Setelah itu Abdullah punmelakukan sumpahnya itu, maka beberapa orang dari kalangankaum Muslimin mencelanya : Apakah ia menikahi budaknyasendiri? Padahal kebiasaannya mereka ingin menikah denganorang-orang musyrikin atau menikahkan anak-anak merekadengan orang-orang musyrikin, karena menginginkan

    kemuliaan mereka.

  • 7/29/2019 Slide Quran(Tafsir Al-baqarah 221)

    13/17

    Maka Allah SWT menurunkan ayat

    ( )

    Sesungguhnya wanita budak yang beriman itu lebih baik

    daripada wanita musrik musyrik, walaupun ia menarik

    hatimu.. ( ) Seungguhnyabudak yang beriman itu lebih baik daripada orang musyrik,

    walaupun ia menarik hatimu.

  • 7/29/2019 Slide Quran(Tafsir Al-baqarah 221)

    14/17

    Dalam kitab shahih pun (al-Bukhari dan Muslim) telah

    ditegaskan dari Abu Hurairah, dari Nabi SAW beliau bersabda:

    Ertinya: Wanita itu dinikahi karena empat hal: kerana harta,

    keturunan, kecantikan, dan agamanya. Pilihlah wanita yang

    beragama, niscaya engkau beruntung.

    (HR. al-Bukhari dan Muslim)

    Diriwayatkan juga oleh Imam Muslim, Jabir bin Abdullah, dari

    Umar, bahwa Rasulullah SAW bersabda:

    Ertinya: Dunia ini adalah kenikmatan, dan sebaik-baik

    kenikmatan dunia adalah wanita solehah. (HR. Muslim)

  • 7/29/2019 Slide Quran(Tafsir Al-baqarah 221)

    15/17

    Kemudian ayat ( ) Mereka mengajak keNeraka. Maksudnya bergaul dan berhubungan dengan

    mereka hanya akan membangkitkan kecintaan kepada dunia

    dan kefanaannya serta lebih mengutamakan dunia daripada

    akhirat dan hal ini berakibat buruk.

    ( ) Sedang Allah mengajak keSurga dan ampunan dengan izin-Nya. Yaitu melalui syariat,

    perintah, dan larangan-Nya. ( ) DanAllah menerangkan ayat-ayat-Nya (perintah-perintah) kepada

    manusia supaya mereka mengambil pelajaran.

  • 7/29/2019 Slide Quran(Tafsir Al-baqarah 221)

    16/17

    Pengajaran

    Ayat

    Diharamkan bagi

    seorang mukmin

    menikahi wanitamusyrik

    Islam melarangwanita berkahwin

    dengan bukanIslam

    Keimanan

    mengajak kesyurga

    Orang mukmin lebihbaik daripada orang

    musyrik dalam apa

    jua keadaan

    Kufur

    tempatnyaneraka

    Perlu ada

    wali bagi

    wanita

  • 7/29/2019 Slide Quran(Tafsir Al-baqarah 221)

    17/17

    SEMOGA BERMANFAAT.SYUKRAN