2
TEKS PENGACARAAN MAJLIS PERJUMPAAN IBU BAPA THN 6 - Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera. Sireh berlipat sireh pinang, Sireh dari pulau Mutiara, Pemanis Kata Selamat Datang, Awal Bismillah pembuka bicara. - Yang Berbahagia, Mejar Azlan b Mustafa, Yan g Dipertua PIBG SK Padang Temb ak 1 ,Yang Berusaha, Tuan Guru Besar, Pn Susila a/p Gopal, Yang dihormati Tuan Hj Nazmi b Md Nor, penceramah jemputan, Guru- guru Penolong Kanan, Guru-guru , ibubapa yang penuh kasih say ang dan cinta akan kecemerlangan anak-anak tercina, para pelajar , hadirin-hadirat yang dikasihi sekalian. Warga SK Padang Tembak 1 sangat berbesar hati dengan kehadiran tuan dan puan ke Majlis Perjumpaan Ibu Bapa Thn 6 pada hari ini atas tiket ingin melihat anak-anak terampil akademiknya dan tersirna kecerdasannya. Ini bukanlah bermaksud pandainya seseorang pada keputusan peperiksaan UPSRnya, namun matlamat sekolah dan sistem pendidikan yang sebenar adalah menampakkan perubahan pada para pelajar sama ada dari segi k esungguhan pembelajarannya dan keupayaannya mencabar diri mencapai prestasi pelajaran terbaik sepanjang enam tahun . I ni pasti menerbitkan bangga di hati ibu bapa apatahlagi kami warga sekolah yang ingin melihat kejayaan mereka. Lebat ke miri pohonnya rendah, Dahan terikat tali perkasa, Sepuluh jari kami menadah,, Mohon berkat Yang Maha Esa. Majlis mempersilakan Ust Jamiulkhair b Jaapar untuk membacakan doa..Dipersilakan.. Terima kasih diucapkan.  __________ Majlis seterusnya menjemput Mejar Azlan b Mustafa, Yang Dipertua PIBG SK Padang Tembak 1 untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan Majlis mengucapkan terima kasih . Kini majlis menjemput pula Pn Susila a/k Gopal untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan Majlis merakamkan ucap an terima kasih .  __________

Skrip Teks Perjumpaan Ibu Bapa Thn6 2013

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Skrip Pengacara Majlis

Citation preview

TEKS PENGACARAANMAJLIS PERJUMPAAN IBU BAPA THN 6

- Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sireh berlipat sireh pinang,Sireh dari pulau Mutiara,Pemanis Kata Selamat Datang,Awal Bismillah pembuka bicara.

- Yang Berbahagia, Mejar Azlan b Mustafa, Yang Dipertua PIBG SK Padang Tembak 1 ,Yang Berusaha, Tuan Guru Besar, Pn Susila a/p Gopal, Yang dihormati Tuan Hj Nazmi b Md Nor, penceramah jemputan, Guru- guru Penolong Kanan, Guru-guru , ibubapa yang penuh kasih sayang dan cinta akan kecemerlangan anak-anak tercina, para pelajar , hadirin-hadirat yang dikasihi sekalian.

Warga SK Padang Tembak 1 sangat berbesar hati dengan kehadiran tuan dan puan ke Majlis Perjumpaan Ibu Bapa Thn 6 pada hari ini atas tiket ingin melihat anak-anak terampil akademiknya dan tersirna kecerdasannya. Ini bukanlah bermaksud pandainya seseorang pada keputusan peperiksaan UPSRnya, namun matlamat sekolah dan sistem pendidikan yang sebenar adalah menampakkan perubahan pada para pelajar sama ada dari segi kesungguhan pembelajarannya dan keupayaannya mencabar diri mencapai prestasi pelajaran terbaik sepanjang enam tahun . Ini pasti menerbitkan bangga di hati ibu bapa apatahlagi kami warga sekolah yang ingin melihat kejayaan mereka.

Lebat ke miri pohonnya rendah,Dahan terikat tali perkasa,Sepuluh jari kami menadah,,Mohon berkat Yang Maha Esa.

Majlis mempersilakan Ust Jamiulkhair b Jaapar untuk membacakan doa..Dipersilakan.. Terima kasih diucapkan._________________________________________________

Majlis seterusnya menjemput Mejar Azlan b Mustafa, Yang Dipertua PIBG SK Padang Tembak 1 untuk menyampaikan ucapan.

Dipersilakan

Majlis mengucapkan terima kasih .

Kini majlis menjemput pula Pn Susila a/k Gopal untuk menyampaikan ucapan.

Dipersilakan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih .

_________________________________________________

Majlis diteruskan dengan ceramah motivasi oleh Tn Hj Nazmi Sedikit latar belakang beliau.

Tn Hj Nazmi..

Tn Hj Nazmi nama disebut,Ilmu dicurah minda bercambah,Bukan jemput sebarang jemput,Memohon Tn Hj menyampaikan ceramah.

Dipersilakan......

_________________________________________________

Majlis berehat sebentar. Majlis akan bersambung semula pada pukul _______ dan akan memasuki agenda penting iaitu taklimat oleh penyelaras tahun 6 dan ketua panitia subjek UPSR._______________________________________________

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Para hadirin diminta mengambil tempat .

Tanpa membuang masa, majlis menjemput En Budi b Benang selaku Penyelaras Tahun 6 untuk menyampaikan taklimat. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan.

Majlis diteruskan dengan taklimat Ketua-ketua Panitia. Taklimat matapelajaran dimulakan dengan Ketua Panitia Bahasa Malaysia SK Padang Tembak 1, Pn Rosnah bt Remly.

Seterusnya dijemput, Pn Saharah bt Sulaiman, Ketua Panitia Bahasa Inggeris.Seterusnya dijemput, Pn Noraida bt Muhamad, Ketua Panitia Matematik.Seterusnya dijemput, En Azmajisham b Nor, Ketua Panitia SainsAkhir sekali, majlis menjemput Ustazah Umi Hilmiah bt Nordin selaku Penyelaras PAFA untuk menyampaikan taklimat.

Dengan taklimat-taklimat itu tadi, maka tamatlah sudah majlis kita pada hari ini. Moga perjumpaan ini bukanlah pengakhiran. Pihak sekolah mengalu-alukan sokongan ibu bapa. Moga anak-anak para pelajar sekalian mengorak langkah tahun baru ini dengan penuh semangat ke arah mengharumkan nama ibu bapa dan sekolah khususnya..moga menjadi generasi cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sekian, terima kasih.