7
___________________________________________________ SKRIP ___________________________________________________ SKRIP TEATER PENDEK SEMPENA HARI GURU Skrip oleh: CIKGU ZUL Tajuk: “TARAAA…SELAMAT HARI GURU, CIKGU” Bahasa: BAHASA MELAYU, NON-FORMAL ENGLISH SINOPSIS: Cerita ini mengenai seorang murid yang pintar, nakal tetapi miskin yang mempunyai pelbagai masalah dalam keluarganya. Akan tetapi Amir sangat rajin menolong guru-gurunya ketika di sekolah. Dia seorang budak yang sentiasa mempunyai perancangan untuk mengenakan gurunya setelah menolong dan dalam cerita kali ini dia merancang untuk mengenakan Cikgu Yuyu bersempena Hari guru. Situasi : Amir seorang pelajar pintar, nakal dan miskin yang mempunyai pelbagai masalah dalam keluarganya sedang menikmati bekal yang dibawa di kantin.Tiba-tiba lalu

Skrip Teater Hari Guru

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bm

Citation preview

Page 1: Skrip Teater Hari Guru

___________________________________________________

SKRIP

___________________________________________________

SKRIP TEATER PENDEK SEMPENA HARI GURU

Skrip oleh:

CIKGU ZUL

Tajuk:

“TARAAA…SELAMAT HARI GURU, CIKGU”

Bahasa:

BAHASA MELAYU, NON-FORMAL ENGLISH

SINOPSIS:

Cerita ini mengenai seorang murid yang pintar, nakal tetapi miskin yang mempunyai pelbagai masalah dalam keluarganya. Akan tetapi Amir sangat rajin menolong guru-gurunya ketika di sekolah. Dia seorang budak yang sentiasa mempunyai perancangan untuk mengenakan gurunya setelah menolong dan dalam cerita kali ini dia merancang untuk mengenakan Cikgu Yuyu bersempena Hari guru.

Situasi : 

Amir seorang pelajar pintar, nakal dan miskin yang mempunyai pelbagai masalah dalam keluarganya sedang menikmati bekal yang dibawa di kantin.Tiba-tiba lalu Cikgu Yuyu seorang cikgu yang sangat mengambil berat terhadap anak-anak muridnya dan berhenti betul-betul di depan Amir dan Drama pun bemula....

Cikgu Yuyu  : Amir petang nie boleh tolong cikgu?Amir  : Tolong? cikgu!, tolong  apa?.

Page 2: Skrip Teater Hari Guru

Cikgu Yuyu  : Yew..tolong cikgu buat persiapan untuk majlis hari

guru esok.

Amir  : Owh..boleh cikgu. Pukul berapa cikgu?

CikguYuyu  : Dalam pukul 3petang.Amir  : Baiklah, cikgu.. kedekah...kedekah...(bunyi batuk

dari mulut Amir)

Cikgu Yuyu  : Amir kamu sakit? cikgu tengok muka kamu pucat

ni.

Amir  : er...er..saya tak apa-apa cikgu. (Amir cuba

Menyembunyikan sesuatu)

Cikgu Yuyu  : sure kamu tak apa-apa nie?

Amir  : Ye.. cikgu. (Senyum terukir jelas di wajah Amir)

Scene 2 (Di dewan Sekolah)

Pukul 3 Petang

Amir sedang menolong Cikgu Yuyu menghias dewan untuk majlis hari guru esok.

Cikgu Yuyu  : Boleh tolong cikgu angkat kerusi nie?Amir  : Boleh cikgu, Nak letak mana?

Cikgu Yuyu  : Letak atas pentas tu ya!.Amir  : Atas pentas tu ya? baek cikgu. (Amir mengangkat

Sambil terketar-ketar)

Cikgu Yuyu  : Boleh tak nie amir? Kalau tak boleh ajak kawan-kawan tolong. 

Amir : Eh tak pa cikgu ringan jew nie, saya nie lelaki cikgu (menunjukkan kegagahannya)

Page 3: Skrip Teater Hari Guru

Cikgu Yuyu : (Tersenyum)...

Kedepummm!!!! Bunyi sesuatu jatuh.

Cikgu Yuyu : Amir !Amir : Maaf cikgu... (mukanya ketakutan)

Cikgu Yuyu : Kamu tak apa-apa? (Kerisauan jelas terpancar di wajah cikgu Yuyu)Amir : Saya..... oke cikgu...Cikgu Yuyu : Betul nie? Amir!, cikgu tengok kamu pucat sangat nie. Kamu sakit?

Amir : Betul saya tak dew apa-apa. Pucat? eh mana ada cikgu.. (Amir cuba menyebunyikan lagi).

Scene 3 ( Di rumah)

Pukul 9 Malam

Amir duduk temenung di depan pintu, memikirkan hadiah apa yang dia nak bagikan kepada Cikgu Yuyu.

Emak : Jauh temenung.Amir : Eh..emak.Emak : Kamu menungkan sape? awek? (mak tersenyum)

Amir : Eh, mana adalah emak. (Senyum amir yang penuh tanda tanya)

Emak : Kalau macam tu, kenapa nie nak? 

Amir : Emak, esok hari guru...Amir tak tahulah nak bagi hadiah apa kat Cikgu Yuyu. Cikgu tu baik sangat dengan amir.Emak : Owh...macam tu ya. Amir bagilah hadiah yang akan buat cikgu tu ingat selamanya.

Amir : Tapi Amir tak dew duit. (sayu jelas terpancar di wajahnya)

Page 4: Skrip Teater Hari Guru

Emak : ........Amir!.. amir bagi lah hadiah yang tak guna duit. Itu jugak sangat bermakna.

Lepas dari perbualan dengan emak amir melangkah kaki menunju ke belakang rumah dan mengambil benda yang sangat bernilai dan di bungkusnya dalam kotak.

Scene 4 (Di Dewan Sekolah)

16 MAY 2001

Amir berjumpa dengan Cikgu Yuyu untuk memberi hadiah sempena hari guru. Selangkah demi selangkah kaki Amir menuju ke cikgu Yuyu. Amir tiba-tiba rebah...

Cikgu Yuyu : Amir!..kenapa nie?Amir : Cikgu...nie hadiah untuk cikgu. (Nafasnya semakinya semakin tersekat-sekat dan suaranya terketar-ketar)

Cikgu Yuyu : Amir!...bangun Amir! (belindangan air mata cikgu Yuyu menitik satu persatu ke bumi)Amir : ......(keras tidak berbunyi apa-apa.)

Ckgu Yuyu : Amir!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!...(jeritan cikgu Yuyu menghiasi suasana suram di pagi itu)

Semua cikgu dan murid-murid berpusu-pusu ke cikgu Yuyu. Cikgu Yuyu membuka surat yang berada pada kotak. 

Page 5: Skrip Teater Hari Guru

"Selamat hari guru cikgu Yuyu, Terima kasih sebab dah banyak mencurah ilmu kepada saya. Hadiah ini jew yang mampu saya beriikan pada cikgu....."

Selesai membaca surat surat yang ada pada kotak tu cikgu Yuyu pon buka lah kotak tu dengan penuh kesedihan. Tertiba masa cikgu Yuyu sedang membuka kotak itu..

Arghhhhhhhhhhhhhhh...KATAK!!!!!!..Jeritan Cikgu Yuyu.

Amir cepat-cepat bangun dan larikkk..

AMIR!!!!!!!!!!!!!!!.

**********

Page 6: Skrip Teater Hari Guru

Selamat Hari guru untuk semua guru-guru terutama guru di SKTJ

P/S Aku rasa kalau buat cerita sedih tak sesuai untuk hari guru. Jadi cerita nie separa sedih oke kut...kah kah kah.... :P